ar
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Parenting Maznah Ibrahim

تُعد قناة Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 16 274 مشتركاً، محتلاً المرتبة 963 في فئة الأسرة والأطفال والمرتبة 2 369 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 16 274 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 21 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -128، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -6، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 7.26‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.52‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 1 182 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 410 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 22 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأسرة والأطفال.

16 274
المشتركون
-624 ساعات
-367 أيام
-12830 أيام
أرشيف المشاركات
ANAK BARU MASUK DARJAH 1 / TINGKATAN 1/ BARU BERSEKOLAH TADIKA, MACAM MANA NAK TAHU DIA OK KE TAK? . Agak ramai pm dan bertanya mengenai anak mereka yang baru nak masuk sekolah, ada yang bertanya untuk anak seawal usia 2 baru nak masuk ke nurseri lagi.😊😊😊 . Biasanya ragam dan cemas nya ibubapa adalah untuk anak Darjah 1 atau Tingkatan 1 sebab alam persekolahan sekolah rendah / menengah lebih formal dan berbeza, kan? . Walau bagaimanapun, apa jua situasi PERTAMA KALI dalam lingkungan luar dari kebiasaan (keluarga/rumah pengasuh), sistem lain (sistem sosial di nurseri/tadika/sekolah), tetap merupakan pengalaman pertama yang bukan mudah untuk anak-anak kecil ini. 🐳 . Bayangkan saja, kita baru masuk kerja di sebuah organisasi baru. Kita tak tahu siapa apa mana bagaimana. Nak minum air top up bekas air masak pun tak tahu nak ambil di mana melainkan kita tanya dan barulah kita dapat info, kan? 💁 . Ada anak-anak sehinggakan tak buang air kecil di sekolah, tunggu balik rumah baru nak buang air kecil. Begitu sekali, sebab mereka tak tahu kat mana tandas, mereka tak tanya, dan mereka 'just' tak tahu kat mana, nak tanya siapa! . Jadi, ini 2 INDIKATOR anak anda OK di sekolah/pengalaman baru nya: °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° . 1⃣ Anak pulang / diambil oleh anda dalam keadaan ceria, dan mereka bercerita. Anak kecil, fitrahnya memang suka meluah/ bercerita apa pengalaman baru mereka. Khairunnisa usia 2+ pun tiap hari sebaik sahaja saya ambil dari rumah pengasuh biasa dia (walau duduk sejak dari usia 3 bulan) tu pun akan bercerita: "Mummy, tadi adik.... itu ini itu ini", macam-macam dia nak beritahu. . Mengapa? TAHUKAH ANDA: ✔ Sebab anak-anak RINDUkan anda. ✔ Mereka nak luah. ✔ Mereka excited dah jumpa anda setelah banyak jam tak jumpa. ✔ Anda adalah orang paling rapat dengan mereka sejak dari alam rahim lagi. Bila mereka berada di situasi luar dari lingkungan anda ibubapa, bila apa-apa berlaku, mereka cepat teringatkan anda. Jiika mak saya, mak saya akan tepuk badan saya masa tidur. Jika mak saya, dia kacau air susu cawan saya macam ni, takda ketul-ketul tertinggal. Jika mak saya, dia akan tanya saya dulu. 2⃣ Anak anda tidak kelihatan tidak mahu ke sekolah/tadika esok paginya. Mereka ceria dan menantikan hari esok atau pagi ini nak ke sekolah, maka mereka tidak menolak untuk bersiap ke sekolah/tadika. Tiada adegan liat liat. Ada yang sampaikan Sabtu Ahad pun mahu ke sekolah😁😂😍. . Maka sebaliknya? Faham faham sajalah ada sesuatu tak kena di sekolah/tadika maka mereka menolak untuk ke sekolah. . Sebaliknya dari di atas, 3 INDIKATOR Anak Anda Mungkin Tak OK Di Sekolah: °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° . 1⃣ Anak tidak bercerita apa-apa atau berceritanya dia adalah berkenaan perkara yang tidak enak. . Perkara tidak enak macam adegan bergaduh atau dimarahi teacher, jika di 'tackle' dengan baik, maka esoknya tiada adegan tidak mahu / liat ke sekolah. . Manakala, untuk anak tak bercerita, monyok: . Terus bantu switch kan emosi mereka, bawa ke luar dulu, macam playground, singgah mana-mana sebelum balik rumah. . Tujuan untuk beri masa dan ruang untuk mereka release tenaga emosi mereka. Terbaik ialah aktiviti menggunakan fizikal. . Tujuan untuk cepat luah/lega dari anggota badan. Badan ni menyimpan tenaga tau. Tenaga Negatif terutamanya bagi anak yang jenis pemendam. . 2⃣ Perhatikan jika mood berterusan sampai makan malam ditolak, dan tidur malam meracau/ mengigau. . Jadi, untuk cegah/ bantu awal, . ✅ refleksikan behaviour si anak: Mama nampak anak mama petang ni muka MACAM monyok aja, ada apa-apa tak best berlaku ke ni (jangan terus judge adik marah ke, tapi guna perkataan 'nampak macam') ✅ bila ada isu diutarakan si anak, tanya kan APA MEREKA TELAH LAKUKAN bila mereka hadapi situasi mencabar itu. Sekiranya perlu (ELAK REACT/JUDGE TAPI RESPOND) bantu dia refleksikan diri dan pengalaman dia. Kadangkala si anak kecil ini salah sangka dan personalised, almaklumla kecil lagi pengalaman kurang. . contoh: anak rasa guru garang sangat, sedangkan suara guru itu jeni

photo content

photo content

Tip Parenting #17 Cara Lain Beritahu Anak Agar Berhenti Menangis Kerapkali kita ibubapa mudah rasa buntu dan hanya mahu anak stop menangis saja. Sebenarnya bila suruh anak stop aja menangis, anak akan rasa diri tidak difahami dan diempati akan situasi dan emosi benar (real emotion) nya bila kita terus arah anak untuk "Dah dah berhenti menangis". . Cuba kita bantu anak dengan 'big emotion' ini dengan 3 langkah ini: 1. turunkan badan mendekati dan menyamai ketinggiannya 2. dekati anak dan usap perlahan di bahagian belakang badannya (tengah) 3. ucapkan perkataan di dalam poster (salah satu atau beberapa). . . Disclaimer: 10 ayat ini saya ambil dan modify dari happinessishereblog.com ----------- Kenapa Penting Ubah Cara / Ayat Kebiasaan? 1) Sekurangnya anak akan lega sedikit dan kurang rasa terancam jika kita gunakan kekerasan atau paksaan untuk dia berhenti menangis. 2) Anak akan belajar regulasi (urus) emosinya, dan ini penting untuk EQ skill dia kelak. 3) Dia juga akan jadi seorang yang mudah memahami situasi orang lain dan tahu bagaimana nak offer help/ support pada kawan atau adik beradik dia kelak. . p/s : Sebab jika kita perasan, kita sendiri pun kurang tahu cara lebih baik nak respon kepada seseorang yang dalam kesedihan, grief dsb kan. . Jum cuba. Sharekan ya. ♥️ CARE, Maznah Ibrahim ---- Join telegram saya untuk tips keibubapaan dan psikologi anak di t.mazn.me/chan

photo content

The two of them is just the same character. 💝 Strong will. - kalau nak tu nak tulah, bukan benda lain. - nak ais dan dan nak aiskrim malaysia tak sama sebutan dia sama ada ader, atau adern - nak buat sendiri susu dalam cawan, kacau ngan sudu, nak cara itulah bukan cara lain, dan bukan kita yang tuangkan serbuk susu tu sebab dia nak tuang sendiri kacau sendiri... 💝 High sensitive. - kakak KN baru kata Mummy kakak nak roti cicah susu, cikNa dah pergi ke bakul roti dan ambil roti kakak dia bagi kat Mummy (tau pula tu plastik ijau roti wholemeal Kakak dia) - Abang Fateh baru minta izin kat ayah dia "ayah abang nak main game kat hp ayah boleh", cikNa dah pi amik tepon ayah dia bagi kat ayah. (hmm tau tau aja dia advance betui macam makcik 60 thn) 💝 Alert. - mami baru nak keluar dia dah bagi tudung nak suh Mummy pakai. - Mummy kata pi mandi, dia dah jalan pi bilik air - Mummy kata pi sapu nasi cikNa tumpah, dia dah jalan terkedek2 gi dapur ambik penyapu dan penyodok nak sapu sendiri 💝 Smart. - dia geram nak picit tv, dia tengok abang dia, dia sengeh dan dia picit tv bagi berubah, mati terus (abang pun dah geram amat menjerit dan halang cikNa 💝 Efficient. - Mummy kata pi letak baju dia kat bakul baju kanak-kanak dia terus pi letak kat bakul kanak-kanak atau bawak tempat lain saja test mummy - cara dia mandi nak kena ada cawan dan sudu untuk dia kacau2 masuk air curah semua, dia tau dia nak apa dia minta sampai dapat untuk capai misi target idea dia yang mana hanya dia saja tahu hahahah (dahla belum boleh bercakap jelas kita agak2 ajala) 💝 Determined. - nak itu nak itu lah, bukan ini, kalau tak dapat memang dia meniarap atas lantai tak kira di mana jua, tunjuk protes dia la, tapi mudah dipujuk dan di distract dengan angkat dia dan minta dia ambil sendiri apa dia nak (tempat tinggi), selesai tiada tantrum bila faham apa dia nak..... 💝 Tinggi tenaga - dia selamba aja tarik rambut kakak dia atau tepuk muka kakak dia, tepuk muka mummy, tepuk muka abang dia, pukul badan abg dia. Kami teruskan kata keyword 'sentuhan selamat cikNa', 'sentuh macam ni' (ambil tangan dia sentuhkan badan kita). Bila abang Fateh marah geram macam nak balas cikNa, Mummy kata abang nak lawan cikNa macam la cikNa ni kawan abang lelaki usia 7, tak berbaloi dan tak sesuai abang, Sabar dan terus tunjuki dia saja ok.. Abang dulu pun sebijik macam ni tau hahahah..... Hmm... Penat mummy ayah bila layan kerenah dua ini saja.... But worth it. We keep ini our mind and message to the children : "CikNa ni sangat bijak, Dia sangat sensitif, Cepat bertindak, Memahami, Kuat kemahuan dan akan dapatkan. Peranan kita cumalah bantu dia realisasikan dapat apa dia ingin. Sabar banyak2 juga ok semua". Then semua orang kiss dia dan pandang positif pada dia (CikNa).😍😄 kikih.. (Kalau tak, sebaliknya berlaku, Selalu geram geram, mengadu pada mak ayah akan keletah si CikYumna ni - ada aja adegan hal dia buat, so chicky, pantas, menggeramkan abang kakak mak ayah) Keletah dia mencuba itu ini nak itu ini ibarat abg Fateh 2 tahun (mula mencabar banyak kesabaran mummy) dan inisiatifnya dia macam budak usia 3 tahun..... rasanya anak alaf baru memang cenggini gamaknya.... Maznah Ibrahim * tapi karektor si KN memang takdak camni, dia bukan jenis tepuk2 badan orang (buat fizikal) 😂😊❤

photo content

t - ada ego dan maruah nya. Malahan dalam suasana mana-mana manusia pun, ditegur di depan orang penting (dalam kes tadi - Pengetua tegur dia depan Ibu dia, dan Asst Teacher) adalah kurang sesuai. Kami silap walau berniat baik. . [2]. Bayangkan sahaja jika staf buat salah, kita tegur depan semua orang, dia akan malu dan beranggapan kita tak hormati pride dia. Dia akan lebih tak puas hati dan simpan hati. Ada yang sampai jadi dendam dan teringat-ingat lama bertahun-tahun. . [3]. Jadi, tegur berseorangan lagi baik dan tepat, dan asertif, walaupun nada Pengetua amat lembut dan baik, tak garang langsung pun. Cuma option lebih baik kita ambil. . [4]. Sama situasi di kalangan adik beradik atau suami isteri : tegur berseorangan, bukan di depan-depan orang lain. Contoh tegur nasihat kesalahan abang bukan di depan adik, nanti adik tak hormat abang, manakala tegur suami berseorangan bukan di depan anak-anak maka anak-anak tidaklah jadi tidak hormat pada ayahnya. . [5]. Manusia dewasa mahupun manusia kecil (anak-anak), ada maruahnya sendiri. Egonya sendiri. Hatta anak usia 2 tahun pun. Saya perasan dulu usia dalam lingkungan 2, pabila pengasuh ter mengadu pasal Fateh kepada saya di depan dia, mukanya monyok dan mood dia berubah. Masa tu saya berbincang dengan suami dan buat keputusan tidak bicara pasal anak di depan pengasuh sewaktu ambil anak, tapi mungkin mesej atau waktu lain, sebab anak kecil juga ada maruah dia. . Kini Khairunnisa usia 2+ juga saya perasan keadaan sama berlaku, muka dan mood dia berubah jika pengasuh ter mengadu walau hal kecil dia taknak makan dsb kepada saya sejurus saya mengambilnya di pintu. Jadi, saya dan suami biasanya akan terus ceriakan anak dengan aktiviti luar bagi dia keluarkan tenaga sedihnya dan hilang selepas itu (anak kecil cepat let go emosi dia tak macam orang dewasa ya). . [6]. Ingat, dalam Perkembangan Kognitif Kanak-kanak, usia 2-7 ialah peringkat Praoperasi (apa apa mesej perlu diulang, anak kecil kerap salah faham, dan kefahaman mereka masih tahap separuh faham, tak faham sepenuhnya - maka kena ulang minima 200 kali mesej peraturan sama, 2: mereka ni EGOSENTRIK - iaitu dia betul, dia ada idea dan cara sendiri, semua BERPUSATKAN DIRINYA SENDIRI, termasuk pinggan pecah pun dia rasa dia salah, atau ibubapa bertengkar / bercerai pun, dia rasa dialah puncanya. . Semoga kita semua boleh jadi ibubapa yang sensitif dan faham perspektif pemikiran dan emosi anak-anak kita, dan tidak mudah judge atau salah sangka kepada mereka. . Refleksi, Maznah Ibrahim

Repot 29 Disember 2017 Anak Kecil Juga Ada Maruah ======================== Semalam semasa mengambil Fateh dari sekolah, dia bising bercampur gembira, katanya Kenapa Mummy ambil awal, Fateh nak main.. Saya cuma tersenyum dan menjawab Mummy ambil lambat dah ni, lepas ni nak ambil adik pula. Jum balik (plan nak ke playground main macam biasa untuk fizikal mereka). . On the way di luar pagar ke kereta, tiba-tiba dia meletakkan beg dan box besar Monopoly Junior nya ke lantai, dan terus berjalan ke kereta dengan berkata: Mummy bawalah barang Fateh ni. . Saya pun bergurau gaya sama usia dia dengan berkata Yelah Mummy pun nak masuk kereta terus lah sambil terus berjalan ke kereta dengan harapan dia akan kembali mengambil beg dan box nya kembali. . Kebetulah Teacher Pengetua ada bersama menyaksikan dan terus mengucapkan ayat berbaur Khalifah yang baik akan ...... . Ya, dia terus berpatah balik dan ambil, tapi cuma ambil beg dia sahaja, box Monopoly dia tinggalkan. . Saya berpandangan dengan Assistant Teacher nya, saya berkata Mummy tak larat nak ambil (kena tunduk ambil di lantai, saya kan pregnant hehe). Asst Teacher yang baik tolong ambilkan dan beri pada saya. . Saya menuju ke kereta dan letak box Monopoly di tempat duduk belakang manakala teacher Pengetua menuruti saya ke kereta sambil memegang pintu kereta tempat duduk Fateh di sebelah pemandu dan berkata sesuatu (nasihat). . Fateh kelihatan marah dan masam. Saya sempat mengesahkan peraturan diucapkan Pengetua dengan berkata "Ya kan Fateh yang kata Khalifah bantu rakan jadi baik dan bantu alam jadi bersih dan indah" - peraturan 2 dan 3 (dia memang terus taknak mendengar dah perkataan mak dia dan terus tutup pintu kereta dengan kuat). . Pengetua sempat tergelak dan berkata kepada saya agaknya dia sudah biasa dengar nasihat di rumah. Haha saya berkata macam nilah Mak Bapa Intuiting banyak perkataan, anak Thinking tak suka dengar banyak perkataan, kan. . Dalam kereta dia masih marah dan menghentak-hentakkan kaki ke deshboard kereta. Saya biarkan dia lakukan begitu bagi mengurangkan energi marahnya, seketika. . Kesimpulannya, dari dalam kereta yang saya perasan, mood dia kembali OK baik - walau kami berpanas sebentar (berlawan kata - saya berkata - dia menjawab - tapi semuanyanya dalam keadaan terkawal dan berhemah lah - macam orang dewasa kami ni) pabila: . [1]. Saya refleksi perasaan dia: Fateh marah sebab teacher A (pengetua) tegur Fateh. (Saya tahu teacher Pengetua ni adalah kesayangan dia, dia hormati dan tambah lagi teacher ini adalah Feeling yang menakluki dia Thinking). . [2]. Saya biarkan dia luah perasaan dan pemikiran dia, dan saya jadi faham iaitu dia kata: Dia penat sebab pegang 3 benda, kiri kanan barang, dia tak larat jadi dia terus letakkan di lantai. Dan yes, dari dalam bangunan sekolah ke luar pagar nak ke kereta saya, bukan dekat sangat, jauh sikit. . Saya ada balas juga masa tu: Eh kan dua aja barang, satu beg besar, satu kotak Monopoly besar (maksudnya bukan tiga barang?) . - Sebenarnya kan, memang keduanya besar, beg sekolah dia besar, box Monopoly juga agak besar untuk anak kecil memegang serentak, sebab dia tak galas beg besar di belakang bahu tapi di tangan sahaja. Pada perspektif dia, dia pegang banyak barang dan 3 barang😂😂 . . Nak nak dengan Mak Intuiting banyak idea ni, ada ja jawapan balasnya, dan nak nak anak Thinking ni ada aja jawapan logik dia walau logik untuk dia usia 5 tak sama logik untuk kita usia 30-an kan. Itulah sebab Thinking menakluki Intuiting, jadi clash dan panas sangat. Kitalah sebagai orang dewasa kena beralah lebih lagi, jangan jadi macam budak kecil sama usia si anak ya 😆 . [3]. Bila saya ulang minta maaf berkenaan semalam saya ada tegur dia berkenaan konflik dia dengan adiknya hingga adiknya meracau teruk tidak boleh tidur dan kesilapan saya bekeras dengannya semalam. . [4]. Bercakap dalam keadaan tenang dan terkawal, tiada emosi marah membara, keep the tone: medium sahaja. . Kemudiannya, kami ok dan baik sangat. . Refleksi saya selepas itu ialah: . [1]. Fateh Thinking ekstrover

photo content

photo content

Anak Kecil Menangis, Angkat Tinggi Untuk Ringankan dan Bebaskan Emosinya ================================= Terutama anak masih kecil usia 0-3 tahun. . Namun usia 2-3, boleh mula ajak bercakap, dig dig tanya apa dia nak, apa sebab dia menangis. . Dia akan boleh relate dan beri jawapan innocent dia, . jika dia tak jawab, kita boleh beri tahu kemungkinan reason itu iaitu ibubapa verbalisekan untuk anak faham keadaan dirinya. . "Oh adik nangis sebab rindu mama ya" . . Fahami asas ilmu perkembangan awal kanak-kanak dan emosinya, Usia 0-2 : . 1) masih peringkat Attachment, bina Kepercayaan (trust) . 2) masih kuat reptilian brain (otak lapisan paling bawah), iaitu mudah rasa insecure, keperluan mereka ialah perlu diberi rasa SELAMAT dengan Time In, iaitu ibubapa penjaga mendekati anak kecil ini, bukan biarkan. . Maka memang perlu diangkat tinggi untuk bebaskan emosi sedih (berat) menjadi ringan, dengan cara distract lihat benda di atas awan, langit, bawa ke kedudukan lebih tinggi. . Sungguh ilmu energi emosi dan otak awal kanak-kanak ini, Rasulullah sudah tahu lama dahulu. . Ikut aja. . Maznah Ibrahim. Jemput ke telegram channel psikologi kanak dan keibubapaan di t.mazn.me/chan

Update Duduk Di Kerusi Selamat (carseat) untuk anak 4 Tahun Alhamdulillah di usia 4 tahun ini, Fateh telah sah dan amat selesa duduk di kerusi selamatnya (carseat) bagi perjalanan pendek dalam Perlis mahupun perjalanan panjang di KL. Bagaimana nak bantu anak sudah besar sedikit agar kekal di kerusi selamatnya ? https://maznahibrahim.com/bagaimana-menjadikan-perjalanan-balik-kampung-aidilfitri-ini-seronok-untuk-anak-kekal-di-carseat-nya/

Cara Dorong Anak Bayi Untuk Kekal Selesa Dalam Carseat Untuk anak kecil, kita tahu duduk dalam 'car seat' adalah tidak mudah. Mereka rasa kurang selesa dan sentiasa resah. Untuk ini, saya nak kongsikan skrip 'hypno' yang boleh ibu ayah gunakan untuk anak perlahan-lahan boleh sudi untuk duduk dalam 'car seat' sehingga jaya. Skripnya ada dalam Ebook Premium Hypnoscript juga ;) https://maznahibrahim.com/teknik-mendorong-anak-duduk-dalam-carseat/

Kenapa Kena Lebihkan Puji Usaha Anak Bukan Hasil Biasa kita sebagai ibu ayah suka lihat hasil atau output anak. Namun ia sama sekali tidak sesuai kerana cara sudut pandang automatik orang dewasa adalah output untuk usia orang dewasa itu. https://maznahibrahim.com/puji-usaha-anak-bukan-hasil/

Berapa Lama Sesuai Masa Anak Guna Gajet? Artikel kajian yang saya baca mengenai kesan gajet kepada perkembangan kanak-kanak, dan kesihatan mental emosinya agak jelas iaitu seiring peningkatan penggunaan gajet (ranking pertama ialah smartphone, disusuli laptop, tablet/ipad), ia memberi risiko kepada masalah kesihatan mental kanak-kanak seperti depression, anxiety, ADHD, mood disorder dan bunuh diri, selain masalah fizikal iaitu masalah sensori. https://maznahibrahim.com/berapa-lama-sesuai-masa-anak-guna-gajet/

Tak Susah Sebenarnya Nak Ajar Anak Kemas Lepas Makan Elak marah, tunjuki saja. https://maznahibrahim.com/ajari-anak-kemas-selepas-makan-sejak-bayi/

Pening Anak Usia 1 Tahun Mahu Makan Sendiri? Sepahnya takyah cakap lah, heheh. Sedang kita tahu tangan mereka memang belum cukup kuat untuk memegang sudu. Namun sebenarnya penting untuk support perkembangan sosioemosi mereka. Ini kisah lama sewaktu anakanda pertama saya berusia 1 tahun awal dulu (tahun 2013). https://maznahibrahim.com/anak-makan-sepah/

Anak Suka Gajet? . Kesan 'Gajet' atau alat perkakasan berteknologi kepada kanak-kanak memang telah diketahui umum yang ianya banyak buruk berbanding baik. Ia bukan saja beri kesan kepada mata, malahan mengubah struktur sel di otak anak yang masih immature dan developing ini. https://maznahibrahim.com/kenapa-anak-suka-gajet/

photo content