ANAK BARU MASUK DARJAH 1 / TINGKATAN 1/ BARU BERSEKOLAH TADIKA, MACAM MANA NAK TAHU DIA OK KE TAK?
.
Agak ramai pm dan bertanya mengenai anak mereka yang baru nak masuk sekolah, ada yang bertanya untuk anak seawal usia 2 baru nak masuk ke nurseri lagi.😊😊😊
.
Biasanya ragam dan cemas nya ibubapa adalah untuk anak Darjah 1 atau Tingkatan 1 sebab alam persekolahan sekolah rendah / menengah lebih formal dan berbeza, kan?
.
Walau bagaimanapun, apa jua situasi PERTAMA KALI dalam lingkungan luar dari kebiasaan (keluarga/rumah pengasuh), sistem lain (sistem sosial di nurseri/tadika/sekolah), tetap merupakan pengalaman pertama yang bukan mudah untuk anak-anak kecil ini. 🐳
.
Bayangkan saja, kita baru masuk kerja di sebuah organisasi baru. Kita tak tahu siapa apa mana bagaimana. Nak minum air top up bekas air masak pun tak tahu nak ambil di mana melainkan kita tanya dan barulah kita dapat info, kan? 💁
.
Ada anak-anak sehinggakan tak buang air kecil di sekolah, tunggu balik rumah baru nak buang air kecil. Begitu sekali, sebab mereka tak tahu kat mana tandas, mereka tak tanya, dan mereka 'just' tak tahu kat mana, nak tanya siapa!
.
Jadi, ini 2 INDIKATOR anak anda OK di sekolah/pengalaman baru nya:
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
.
1⃣ Anak pulang / diambil oleh anda dalam keadaan ceria, dan mereka bercerita. Anak kecil, fitrahnya memang suka meluah/ bercerita apa pengalaman baru mereka. Khairunnisa usia 2+ pun tiap hari sebaik sahaja saya ambil dari rumah pengasuh biasa dia (walau duduk sejak dari usia 3 bulan) tu pun akan bercerita: "Mummy, tadi adik.... itu ini itu ini", macam-macam dia nak beritahu.
.
Mengapa? TAHUKAH ANDA:
✔ Sebab anak-anak RINDUkan anda.
✔ Mereka nak luah.
✔ Mereka excited dah jumpa anda setelah banyak jam tak jumpa.
✔ Anda adalah orang paling rapat dengan mereka sejak dari alam rahim lagi. Bila mereka berada di situasi luar dari lingkungan anda ibubapa, bila apa-apa berlaku, mereka cepat teringatkan anda. Jiika mak saya, mak saya akan tepuk badan saya masa tidur. Jika mak saya, dia kacau air susu cawan saya macam ni, takda ketul-ketul tertinggal. Jika mak saya, dia akan tanya saya dulu.
2⃣ Anak anda tidak kelihatan tidak mahu ke sekolah/tadika esok paginya. Mereka ceria dan menantikan hari esok atau pagi ini nak ke sekolah, maka mereka tidak menolak untuk bersiap ke sekolah/tadika. Tiada adegan liat liat. Ada yang sampaikan Sabtu Ahad pun mahu ke sekolah😁😂😍.
.
Maka sebaliknya? Faham faham sajalah ada sesuatu tak kena di sekolah/tadika maka mereka menolak untuk ke sekolah.
.
Sebaliknya dari di atas, 3 INDIKATOR Anak Anda Mungkin Tak OK Di Sekolah:
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
.
1⃣ Anak tidak bercerita apa-apa atau berceritanya dia adalah berkenaan perkara yang tidak enak.
.
Perkara tidak enak macam adegan bergaduh atau dimarahi teacher, jika di 'tackle' dengan baik, maka esoknya tiada adegan tidak mahu / liat ke sekolah.
.
Manakala, untuk anak tak bercerita, monyok:
.
Terus bantu switch kan emosi mereka, bawa ke luar dulu, macam playground, singgah mana-mana sebelum balik rumah.
.
Tujuan untuk beri masa dan ruang untuk mereka release tenaga emosi mereka. Terbaik ialah aktiviti menggunakan fizikal.
.
Tujuan untuk cepat luah/lega dari anggota badan. Badan ni menyimpan tenaga tau. Tenaga Negatif terutamanya bagi anak yang jenis pemendam.
.
2⃣ Perhatikan jika mood berterusan sampai makan malam ditolak, dan tidur malam meracau/ mengigau.
.
Jadi, untuk cegah/ bantu awal,
.
✅ refleksikan behaviour si anak: Mama nampak anak mama petang ni muka MACAM monyok aja, ada apa-apa tak best berlaku ke ni (jangan terus judge adik marah ke, tapi guna perkataan 'nampak macam')
✅ bila ada isu diutarakan si anak, tanya kan APA MEREKA TELAH LAKUKAN bila mereka hadapi situasi mencabar itu. Sekiranya perlu (ELAK REACT/JUDGE TAPI RESPOND) bantu dia refleksikan diri dan pengalaman dia. Kadangkala si anak kecil ini salah sangka dan personalised, almaklumla kecil lagi pengalaman kurang.
.
contoh: anak rasa guru garang sangat, sedangkan suara guru itu jeni