Baru hari ini saya sempat berkongsi sedikit tentang
Webinar Payung Emosi Sabtu lepas.
Beberapa hari kebelakangan ini agak padat dengan tugasan, perjalanan dan beberapa undangan perkongsian berkaitan kesihatan mental.
Tetapi saya tidak mahu minggu ini berlalu tanpa mengucapkan
terima kasih kepada semua yang meluangkan masa bersama saya malam itu.
Salah satu nikmat terbesar sebagai seorang kaunselor ialah apabila melihat sesuatu konsep yang dikongsikan mula hidup dalam diri orang lain.
Saya sangat tersentuh membaca maklum balas daripada para peserta.
Mas, yang bertugas dalam bidang kesihatan, berkongsi,
"Di saat emosi sedang ribut dan berkabus beberapa minggu ni, Allah gerakan hati mengikut webinar ni. Webinar yang sangat engaging dan berkesan."
Saya doakan semoga Allah terus mempermudahkan urusan beliau dan memberi kekuatan menghadapi hari-hari yang mendatang.
Izzati pula menulis,
"Setiap emosi yang kita rasa adalah valid... bagaimana kita memberi reaksi kepada emosi itu adalah personal journey masing-masing."
Membaca ayat itu membuatkan saya bersyukur.
Kerana itulah antara perkara yang saya benar-benar berharap dapat difahami oleh setiap peserta.
Emosi bukan musuh.
Yang penting ialah bagaimana kita memilih untuk memberi respons terhadap emosi itu.
Saya juga gembira membaca perkongsian daripada
Mimi, yang ingin menggunakan aktiviti Payung Emosi bersama anak-anak
.Dan
Shas, seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling, yang tidak sabar untuk mencubanya bersama murid-murid di sekolah
.Sebagai seorang pendidik, itulah harapan saya
.Semoga ilmu yang dikongsikan tidak berhenti pada seorang peserta sahaja
.Tetapi terus memberi manfaat kepada anak-anak, keluarga, murid dan komuniti di sekeliling mereka
.Saya berdoa semoga setiap
Payung Emosi yang dibina malam itu benar-benar menjadi teman apabila hadirnya sedih, marah, takut, risau atau kecewa
.Kerana kita mungkin tidak dapat mengawal cuaca kehidupan
.Tetapi kita sentiasa boleh belajar menyediakan payung untuk melaluinya
Jika anda tidak sempat bersama kami Sabtu lepas, saya tinggalkan maklumat lanjut di sini. Semoga ia juga memberi manfaat kepada anda atau seseorang yang sedang memerlukannya
👉
https://webinar.maznahibrahim.com/payung
Antara perkongsian penuh pesert
Mas (P&P, Kementerian Kesihatan Malaysia)
"Di saat emosi sedang ribut dan berkabus beberapa minggu ni, Allah gerakan hati mengikut webinar ni. Webinar yang sangat engaging dan berkesan. Kita selalu baca di dalam buku parenting, untuk acknowledge child emotion, tapi kita ibu bapa sendiri tak pernah belajar bagaimana untuk acknowledge emosi sendiri dan belajar mengawal/ memayungi emosi sendiri. Alhamdulillah" terima kasih Puan."
Izzati (Executive HR)
"Apa yang saya belajar dari seminar ini adalah, setiap emosi yang kita rasa adalah valid dan perlu diabsahkan. Bagaimana kita memberi reaksi kepada emosi itu adalah personal journey masing-masing and Payung Emosi yang Dr Maznah ajarkan dalam sesi ini adalah merupakan tool yang sangat baik untuk saya bersedia dan menangani emosi saya nanti. Acknowledge the emotion and give an option on how to react."
Mimi (Suri Rumah)
"Alhamdulillah. Pengalaman berbeza belajar coping skill. Sangat menarik. Saya lebih faham cara-cara yang boleh dilakukan ketika beremosi. Nak cuba buat aktiviti ini dengan anak-anak pula."
Shas (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
"Saya dapat tambah ilmu tentang coping skills. Tak sabar nak cuba bersamamurid di sekolah Isnin nanti."