✧science stream students˚₊‧₊
Kanalga Telegram’da o‘tish
1Malaysia Science Stream Student ‼️‼️ 🌟 share notes/exercises/tips #AchieveStraightAsTogether 🌟Biology 🌟Chemistry 🌟Physic 🌟Mathematic 🌟Addmath chat here :)) https://t.me/studylikerorychat
Ko'proq ko'rsatish3 296
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
+147 kunlar
+230 kunlar
Postlar arxiv
Repost from study with niki 📖🪄
tips untuk physics 🚀
- specific untuk paper 2
1. WAJIB jawab soalan perbandingan // comparison (yg ni kalau x phm bab pn x pe, yg penting phm diagram)
2. PENGIRAAN 🧮❓❓
- pastikan convert semua unit kepada S.I sblm mengira
- 3 titik perpuluhan
- pastikan jawapan akhir mengunakan unit yg betul
- pahamkan contoh pengiraan dalam textbook, sbb soalan pengiraan exam biasanya x kn lari jauh dri buku teks
- IN CASE betul x paham soalan , kenal pasti apa nilai // uni yg diber dlm soalan , cek list of formula dan pilih formula yg paling sesuai dngn soalan
3. ESSAY//SOALAN KONSEP 😨
- jawab guna jadual untuk soalan 10 markah , eliminate ciri-ciri yg memang salah dan pilih produk yg paling menepati kehendak soalan
- cuba kaitkan soalan dngn subtopik yg pernah dipelajari, apa konsep yg terlibat dan bagaiman dpt diaplikasikan dlm soalan ni?
- pastikan jwpn x 'contradicting'
Additional study tips
- banyakkan buat soalan latihan, dripada latihan sebenarnya pengetahuan konsep kita dikuatkan, kalau betul2 tak paham boleh minta ajar guru atau kawan2, subjek fizik ni kalau nak score WAJIB paham konsep
- make simplified notes for each chapter, listkan subtopik yg ada, definition, formula and apa² application//phenomenon yg berkaitan, supaya senang nak revision
- sy admit buku teks fizik kssm agak susah untuk difahami, sy suggest kalau berminat, boleh beli buku rujukan supaya senang sikit nak paham, sbb kadang² buku teks ni content dia merata-rata
Repost from Serene NotesChannel ʕっ•ᴥ•ʔっ
Checklist SPM 2022 🌟
credits : Admins of Sejarah Spmnetic
Tingkatan 4
Bab 2.3 : Perkembangan Idea Nasionalisme Di Barat
Bab 5.1 : Intipati Perlembagaan Rakyat
Bab 7.2 : Objektif CLC
Bab 8.2 : Proses Pilihan Raya MPP 1955
Bab 8.4 : Peranan Kabinet Pertama PTM
Bab 9.2 : Terma Rujukan Suruhanjaya Reid
Gerak Kerja Suruhanjaya Reid
Bab 9.4 : Inti Pati Perjanjian PTM 1957
Bab 10.1 : Pengertian Kemerdekaan
Bab 10.4 : Kesan Kemerdekaan
Bab 10.5 : Prinsip Kedaulatan PTM
Tingkatan 5
Bab 2.1 : Maksud Perlembagaan
Bab 2.2 : Terma Rujukan Utama Perjanjian PTM 1957
Bab 2.3 : Ciri Tradisional Perlembagaan Persekutuan
Bab 3.2 : Kedudukan Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
Bab 3.4 : Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa
Bab 3.5 : Keunikan Amalan Demokrasi di Negara Kita
Bab 4.2 : Senarai Persekutuan
Bab 5.6 : Faktor Konfrontasi Indonesia
Kronologi Penentangan dan Usaha Mengatasinya
Bab 6.5 : Tragedi Hubungan Antara Kaum (Peranan MAGERAN)
Faktor Tercetusnya Rusuhan Kaum
Bab 7.4: Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Bab 8.3 : Matlamat DPN
Akronim Sejarah (credits to : @jomstudygaiss admins)
[ Balik ke Menu Utama ]💡Checklist SPM 2022 🌟
credits : Admins of Sejarah Spmnetic
Tingkatan 4
Bab 2.3 : Perkembangan Idea Nasionalisme Di Barat
Bab 5.1 : Intipati Perlembagaan Rakyat
Bab 7.2 : Objektif CLC
Bab 8.2 : Proses Pilihan Raya MPP 1955
Bab 8.4 : Peranan Kabinet Pertama PTM
Bab 9.2 : Terma Rujukan Suruhanjaya Reid
Gerak Kerja Suruhanjaya Reid
Bab 9.4 : Inti Pati Perjanjian PTM 1957
Bab 10.1 : Pengertian Kemerdekaan
Bab 10.4 : Kesan Kemerdekaan
Bab 10.5 : Prinsip Kedaulatan PTM
Tingkatan 5
Bab 2.1 : Maksud Perlembagaan
Bab 2.2 : Terma Rujukan Utama Perjanjian PTM 1957
Bab 2.3 : Ciri Tradisional Perlembagaan Persekutuan
Bab 3.2 : Kedudukan Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
Bab 3.4 : Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa
Bab 3.5 : Keunikan Amalan Demokrasi di Negara Kita
Bab 4.2 : Senarai Persekutuan
Bab 5.6 : Faktor Konfrontasi Indonesia
Kronologi Penentangan dan Usaha Mengatasinya
Bab 6.5 : Tragedi Hubungan Antara Kaum (Peranan MAGERAN)
Faktor Tercetusnya Rusuhan Kaum
Bab 7.4: Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Bab 8.3 : Matlamat DPN
Akronim Sejarah (credits to : @jomstudygaiss admins)
[ Balik ke Menu Utama ]💡
Fellow Form 5 , please tell us your target for SPM in the comments!
Repost from fizik 140%
perkataan-perkataan yang mantap dari sedaghe zhidin:
• muka bercelaru
• jangan biar kegusaran membayangi kebolehan
• teman persejuangan
• kebejatan moral
• apa yg sye kongsikan harini hanyalah langkah sahaja, ibarat peta yg menunjukkan arah tetapi langkah utk tiba di destinasi tersebut tetap berada di tgn anda
• lebih arif
• gemerlap populariti
• bersama2 mencipta ruang ilmu yang tertata rapi agar .... dpt belajar bersama dgn lebih teratur
• gemar
• ada perkara yang tidak boleh dipaksa, seperti hati yang tak ingin singgah atau minat yang tak boleh kita tanamkan
• siapa yg tulus akan bertahan tanpa perlu dipaksa, biarlah apa adanya
• kerana yg benar2 mencari ilmu akan terus menghampiri
• jika cinta pd ilmu bersemi di dada, tiada kekosongan yang akan terasa
• mendambakan ilmu
• idea mencurah2
• kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji
Repost from 09’ era
A - amalkan perubahan positif
• langkah seterusnya termasuklah mengamalkan perubahan positif yang berkaitan dengan ISU UTAMA
• hal ini dikatakan demikian kerana perubahan yang sebenar hanya akan berlaku apabila ia menjadi rutin sebahagian daripada amalan harian masyarakat
• sebagai contoh , kita boleh menggalakkan orang ramai mengamalkan amalan baik seperti bermain sepak raga setiap petang
• kesannya , amalan-amalan positif ini akan menjadi budaya yang terpuji seterusnya menghasilkan perubahan yang positif dan berterusan
• bak kata pujangga , amalan kecil yang dilakukan secara berterusan akan mencipta perubahan yang besar
• oleh itu , menyuntik amalan positif dalam kehidipan seharian adalah langkah penting dalam usaha menangani ISU UTAMA
N - nilai
• antara langkah yang boleh kita ambil ialah menilai keberkesanan usaha-usaha yang telah dilaksanakan
• hal ini dikatakan demikian kerana tanpa penilaian yang teliti kita tidak dapat mengetahui kelemahan mahupun kekuatan yang kita terima
• sebagai contoh , kita boleh menetapkan kayu ukur kejayaan yang jelas dan mengambil langkah daripada kajian lapangan untuk menilai sama ada matlamat kita tercapai atau sebaliknya
• hasilnya , penilaian yang dilakukan akan memberi panduan kepada kita untuk membaiki strategi yang seterusnya dan memastikan langkah ii yang lebih berkesan mampu diwujudkan pada masa hadapan
• bak kata pepatah , ukurlah baju di badan sendiri
• justeru , langkah ini menilai usaha ii yang amat penting bagi memastikan usaha menangani ISU UTAMA berjalan dengan lancar dan memberi impak yang positif kepada masyarakat
G - gerakkan semula usaha
• langkah seterusnya termasuklah menggerakkan semula usaha ii dgan penambahbaikan
• hal ini penting kerana usaha yang tidak berterusan akan menyebabkan kita kehilangan momentum
• ibarat kata pepatah , hangat ii tahi ayam
• sebagai langkah pelaksanaan , kita boleh memperbaharui strategi dgan menyuntik elemen kreatif seperti melibatkan teknologi terkini atau memperluaskan sasaran program
• natijahnya , langkah ini akan memastikan usaha yang telah dilakukan tidak terhenti separuh jalan malah harus berkembang dengan lebih baik
• kata ii mutiara : keberhasilan sebenar terletak pada keupayaan untuk bangkit dan memperbaiki usaha
• oleh itu , menggerakan semula usaha dengan perancangan yang diperbaharui adalah langkah dalam memastikan dalam menangani keberkesanan ISU UTAMA
©® : Zhiddin Aziz
ditaip oleh : airyshfry on tiktok
Repost from 09’ era
Bertutur Teknik Gemilamg
G - gerakkan kesedaran masyarakat
• langkah y kita blh ambil termasuklah menggerakkan kesedaran masyarakat terhadap ISU UTAMA
• Hal ini dikatakan demikian kerana tanpa kesedaran yang kukuh segala usaha yang digerakkan hanya sia-sia .
• persis lidah pendeta , bagai mencurah air ke daun keladi
• sebagai langkah pelaksanaan , kita boleh menggerakkan kempen kesedaran melalui pelbagai cara
• antaranya media sosial , ceramah di peringkat pengajian atau poster-poster yang boleh menarik perhatian
• kesannya , masyarakat akan lebih cakna dan sedar akan tanggungjawab mereka lalu memberikan sokongan terhadap usaha untuk menyelesaikan ISU UTAMA
• bak kata pujangga , jiwa perlu ada kesedaran , jika tiada kesedaran , tiada gerakan penegas
E - edukasikan masyarakat
• antara langkah y harus diberi perhatian adalah mendidik masyarakat dengan ilmu pengetahuan berkaitan ISU UTAMA
• Tanpa pendidikan , masyarakat akan terus berada dalam kejahilan
• Bagi melaksanakan ini , kita boleh mengadakan bengkel , seminar atau ceramah pendidikan yang memberi pencerahan berkaitan ISU UTAMA
• dengan langkah ini , masyarakat akan lebih memahami peranan mereka dan tahu cara - cara untuk bertindak dengan lebih berkesan
• bak kata pepatah , ilmu pelita hati
• oleh itu , mendidik masyarakat adalah langkah yang signifikan dalam memastikan penyelesaikan kepada ISU UTAMA
M - motivasi
• langkah yang seterusnya termasuklah memberi motivasi kepada masyarakat supaya terus istiqamah dalam menangani ISU UTAMA
• Hal ini dikatakan demikian kerana tanpa motivasi yang berterusan semangat yang ada akan mudah luntur menyebabkan usaha yang dijalankan hanya bersifat sementara
• kita boleh memberikan penghargaan seperti memberi insentif atau memberi pengiktirafan kepada mereka yang aktif terlibat bagi menyelesaikan ISU UTAMA
• natijahnya , dengan langkah memberi motivasi mampu menyemarakkan semangat masyarakat untuk terus berusaha dan terus aktif
• bak kata cendiakawan , api motivasi dalam diri masyarakat ibarat api nan tak kunjung padam
• oleh itu , langkah ini harus diperinci supaya usaha menangani ISU UTAMA tidak hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam
I - inspirasi
• langkah yang signifikan seterusnya termasuklah memberi inspirasi kepada masyarakat melalui kisah-kisah teladan
• langkah ini penting kerana kisah-kisah kejayaan yang ada mampu membangkitkan rasa percaya dalam diri masyarakat bahawa mereka mampu mengubahnya
• sebagai langkah pelaksanaan , kita boleh berkongsi kisah-kisah teladan oleh pihak yang telah berjaya mengatasi ISU UTAMA sama ada melalui video interaktif , ceramah atau artikel yang mampu menarik minat pembaca
• hasilnya , masyarakat pasti lebih bermotivasi untuk bergerak dan lebih yakin untuk menyumbang usaha kepada penyelesaian masalah ini
• bak kata pepatah , yang baik jadikan teladan , yang buruk jadikan sempadan
• justeru , langkah memberi inspirasi adalah penting untuk membangkitkan semangat masyarakat dalam usaha menangani ISU UTAMA
L - lancarkan
• antara langkah yang boleh kita ambil termasuklah melancarkan program berkaitan ISU UTAMA
• Hal ini dikatakan demikian kerana tindakan yang konkrit adalah lebih berkesan berbanding berkata-kata tanpa pelaksanaan
• sebagai contoh , kita boleh melancarkan kempen melalui aktiviti - aktiviti yang melibatkan komuniti atau projek yang memberi fokus kepada penyelesaian ISU UTAMA
• kesannya , langkah ini mampu memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk melibatkan diri secara langsung dalam usaha menyelesaikan ISU UTAMA
• bak kata pepatah , asal ditunggal adalah benihnya
• oleh itu , tindakan melancarkan program berkaitan ISU UTAMA adalah tindakan efektif yang dapat memberikan impak positif kepada masyarakat
Repost from Thespmnetic™ 🕵🏻🕵🏻♀
Countdown SPM bertulis:
36 days left!
When you get what you want, that's Allah's direction, when you don't get what you want, that's Allah's protection, so don't give up!! - mimi
+1
✨Road to SPM 2024✨
Chapter 6 (F4): Cahaya & Optik (Light & Optics)
Lihat gambar di atas☝️
Ciri imej pada kanta Cembung:
- diperbesar
- tegak
- maya
⏭️ aplikasi: kanta pembesar
Ciri imej pada kanta Cekung:
- diperkecil
- tegak
- maya
⏭️ aplikasi: lubang intip, kamera telefon pintar
----------------------------------
Refer diagram above☝️
Image characteristics on Convex lenses:
- magnified
- upright
- virtual
⏭️ application: magnifying glass
Image characteristics of Concave lenses:
- diminished
- upright
- virtual
⏭️ applications: peephole, smartphone camera
🇵🇸amazingPhysics🇵🇸
Endi mavjud! Telegram Tadqiqoti 2025 — yilning asosiy insaytlari 
