πβΌοΈ πβπ½π βπ πππΉππ ππ ππͺπ
Kanalga Telegramβda oβtish
β οΈζ δΎ£θͺζδΊηΎ€ @avnvyou6 707δΌζ ζΊε¨δΊΊ @The707CommunityBot 707θ΅δΊη΄ζ @livescore707 ζ δΎ£θͺζ @ahmoisexy 707ζ δΏη½ https://707guarantee.com η΅ε½±ηΎ€ @movieat707 εηδΊζ΄² @chiguaasia DJθζ² @musicwabo 倧马路ε΅ζΆζ― @myblockchecking
Ko'proq ko'rsatish698
Obunachilar
-224 soatlar
+87 kun
+1230 kun
Postlar arxiv
Lelaki ditemui maut dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras
Oleh HARRITH HISHAM
16 November 2026, 6:21 pm
KAJANG β Seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 40-an ditemukan meninggal dunia di dalam longkang sedalam kira-kira enam kaki berhampiran Bandar Mahkota Cheras di sini, pagi tadi.
Mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7.20 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.51 pagi, hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di dalam longkang dengan terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala.
βPemeriksaan awal di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang petunjuk jelas yang menunjukkan berlakunya unsur jenayah.
ADS-M:
βMayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kajang bagi tujuan bedah siasat untuk menentukan punca sebenar kematian,β katanya dalam kenyataan hari ini.
Naazron berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat dan hasil siasatan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Sarjan Mejar Zharif Shah Ab Rasid menerusi talian 012-592 5390 bagi membantu siasatan. β KOSMO! ONLINE
@myblockchecking
Saya sedih melihat kita bergaduh sesama sendiri, sedangkan banyak masalah yang dihadapi rakyat.
Di Parlimen hari ini, saya membangkitkan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pelarian yang memandu kenderaan tanpa lesen.
Apabila berlaku kemalangan, rakyat kita juga yang menjadi mangsa. Kerajaan perlu melihat perkara ini secara lebih mendalam.
@myblockchecking
Cubaan mencuri kabel di Jalan Sri Sentosa 9, Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Pukul 6.30 pagi
Naik BMW guys!!
πΉ kredit Owner
@myblockchecking
Rupanya begini kejadiannya berlaku...
Semoga permudahkan segala urusan mangsa.
Naya kena langgar mcm ni.
πΉ Kredit: Owner
@myblockchecking
kemalangan jalan cheras petang semalam.
@myblockchecking
Wanita dilaporkan rebah di tandas R&R seremban arah utara semalam.
Maklumat lain tiada.
@myblockchecking
JOHOR 17/11/2026.
Kemalangan melibatkan kereta langgar lampu pembahagi jalan di Jalan Kempas Lama dari Taman Setia Tropika ke Taman Impian Emas, sekitar jam 6 pagi tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
@myblockchecking
+3
SELANGOR 17/11/2026.
Kemalangan motosikal dekat Chong Motor Batu 5, Kapar, pagi tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
@myblockchecking
kemalangan depan Pasaraya Econ save Beserah kuantan..
@myblockchecking
NEGERI SEMBILAN 17/11/2026.
Kemalangan di Lebuhraya utara selatan, Km 259.9 dari Seremban ke Port Dickson, malam tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
@myblockchecking
Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan kereta hilang kawalan.
@myblockchecking
π KEBAKARAN RUMAH DI KUBU GAJAH LUAR, SUNGAI BULOH
16 November 2026 | 1.16 tengah hari
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran rumah di Lorong 5, Kubu Gajah Luar.
Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 1.27 tengah hari dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah satu tingkat jenis kekal (Kelas A) berkeluasan 50 x 50 kaki persegi. Kebakaran melibatkan bahagian bilik, dapur dan bumbung dengan anggaran kemusnahan sebanyak 60%.
Operasi pemadaman diketuai oleh PBK I 10924 Mohd Khairul bin Mat Yassin dengan bantuan anggota dari BBP Bukit Jelutong. Kerja-kerja pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat. Operasi selesai dan semua jentera bersama anggota kembali ke balai.
@myblockchecking
Lima rakyat Malaysia ditahan cuba seludup syabu RM28.9 juta di Thailand
16 November 2026, 10:32am
Oleh: Sharifah Mahsinah Abdullah
KOTA BHARU: Pihak berkuasa Thailand menggagalkan cubaan menyeludup 240 kilogram (kg) syabu bernilai lebih RM28.9 juta ke Malaysia susulan penahanan lima rakyat Malaysia dalam operasi di Bangkok dan Prachuap Khiri Khan, minggu lalu.
Penahanan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) Bangkok bersama Polis Metropolitan Divisyen 7 bagi membongkar rangkaian pengedaran dadah rentas sempadan.
Jurucakap keselamatan Thailand berkata, siasatan dimulakan susulan penahanan seorang lelaki Thailand yang dipercayai menjadi dalang sindiket berkenaan di wilayah Nonthaburi pada 30 Oktober lalu.
Katanya, dua wanita warga Thailand berusia 24 dan 25 tahun turut ditahan dalam operasi di wilayah Prachuap Khiri Khan, Khamis lalu.
Beliau berkata, dadah yang dirampas itu dibungkus menggunakan uncang teh Cina sebelum disembunyikan di dalam ruang khas yang diubah suai menyerupai sistem audio dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah.
βPasukan Operasi 5 ONCB Bangkok diketuai pegawai penyiasat kanan, Peerawit Sodsiri, ditugaskan mengumpul risikan susulan perkembangan siasatan terhadap rangkaian pengedaran dadah rentas negara yang dikaitkan dengan rakyat Malaysia.
βPasukan itu mengesan dua MPV mewah bergerak ke selatan Thailand melalui Jalan Rama 2 (Lebuhraya 35). Pihak berkuasa kemudian memintas salah satu kenderaan itu di stesen minyak di daerah Sam Roi Yot, Prachuap Khiri Khan, kira-kira jam 9 pagi, Khamis lalu.
βSebuah lagi MPV ditahan di persimpangan jalan di daerah Pranburi, dalam wilayah sama.
βDua lelaki warga Malaysia berusia 28 dan 40 tahun yang menaiki MPV pertama ditahan, manakala seorang lagi lelaki Malaysia berusia 28 tahun dan seorang wanita warga Thailand berada dalam kenderaan kedua turut diberkas.
βPemeriksaan terhadap kedua-dua kenderaan itu menemui 240 kg syabu disembunyikan di dalam ruang khas yang diubah suai menyerupai sistem audio,β katanya.
Jurucakap itu berkata, operasi susulan membawa kepada penahanan dua lagi lelaki warga Malaysia berusia 40 tahun serta seorang wanita Thailand berusia 25 tahun dalam dua operasi berasingan di Bangkok, Jumaat lalu.
Beliau berkata, sindiket itu dipercayai beroperasi dari Malaysia dan menggunakan Thailand sebagai laluan transit untuk membawa dadah dari bahagian tengah negara itu ke wilayah Songkhla.
βSoal siasat mendapati suspek diupah ketua sindiket dadah warga Malaysia untuk membawa syabu dari tengah Thailand ke Songkhla sebelum diseludup merentasi sempadan Malaysia-Thailand.
βSuspek turut mengaku pernah membawa dadah sebanyak dua hingga tiga kali sebelum ini dengan menerima bayaran upah antara 500,000 baht (RM60,300) hingga satu juta baht (RM120,600) bagi setiap perjalanan,β katanya.
Jurucakap itu berkata, dadah yang dirampas berkenaan dianggarkan bernilai sehingga 240 juta baht (RM28.9 juta) sekiranya berjaya diseludup keluar dari Thailand.
βSindiket itu dipercayai beroperasi secara tersusun dan sistematik dengan menggunakan aplikasi WeChat dan Telegram untuk berkomunikasi.
βBayaran dibuat dalam mata wang ringgit, manakala satu dana khas turut diwujudkan bagi membiayai operasi mereka di Thailand,β katanya.
Buletin tv3
@myblockchecking
