uk
Feedback

Не попадись на ботовода! Telemetrio знаходить і позначає такі канали мітками 👉 Хочеш бачити мітку, оформляй підписку

🚓‼️ 𝕀ℕ𝔽𝕆 ℝ𝕠𝕔𝕜𝔹𝕝𝕠𝕔𝕜 𝕄𝕪🚓

🚓‼️ 𝕀ℕ𝔽𝕆 ℝ𝕠𝕔𝕜𝔹𝕝𝕠𝕔𝕜 𝕄𝕪🚓

Відкрити в Telegram

⚠️情侣自拍二群 @avnvyou6 707优惠机器人 @The707CommunityBot 707赛事直播 @livescore707 情侣自拍  @ahmoisexy 707担保网 https://707guarantee.com 电影群 @movieat707 吃瓜亚洲  @chiguaasia DJ舞曲  @musicwabo 大马路况消息 @myblockchecking

Показати більше
Buy Ad
692
Підписники
-224 години
+67 днів
+430 днів
Архів дописів
Lelaki Malaysia ditahan di Pusat Pemeriksaan Tuas dengan heroin, `ice’ RM700,000 Oleh Wartawan MalaysiaGazette - 26 October 2026 KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Malaysia berusia 24 tahun ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup kira-kira 1,924 gram heroin dan 164 gram ‘ice’, ke Singapura menggunakan sebuah motosikal berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas, 21 Oktober lalu. Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura memaklumkan, lima bungkusan yang disyaki mengandungi dadah itu ditemukan di dalam beg jinjing yang disembunyikan di bawah baju hujan di dalam kotak simpanan motosikal berkenaan. Menurutnya, Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) segera dimaklumkan mengenai penemuan itu dan menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap lelaki berkenaan serta motosikalnya. “Sebanyak kira-kira 1,924 gram heroin dan 164 gram ‘ice’ dirampas dalam operasi tersebut. “Dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai lebih S$222,000 (RM700,000) dan berpotensi membekalkan bekalan dadah kepada kira-kira 1,010 penagih selama seminggu,” katanya menerusi Facebook ICA hari ini. Menurutnya, siasatan kes itu masih dijalankan di bawah Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah 1973, yang mana individu yang mengimport atau mengeksport dari Singapura lebih 15 gram diamorfin atau “heroin tulen” boleh dikenakan hukuman mati. Menurutnya, ICA akan terus bekerjasama rapat dengan CNB bagi mencegah cubaan menyeludup dadah merentasi sempadan Singapura. “ICA juga kekal berwaspada dalam menjalankan pemeriksaan keselamatan di semua pusat pemeriksaan bagi menghalang dan mengesan penyeludupan individu yang tidak diingini, senjata, bahan letupan serta barangan terlarang lain merentasi sempadan negara itu,” katanya. MalaysiaGazette @myblockchecking

Kedai runcit terbakar, orang ramai larikan makanan, snek Oleh KOSMO! 26 Oktober 2026, 7:00 pm JAKARTA – Sekumpulan individu bertindak mencuri pelbagai jenis makanan dan snek daripada sebuah kedai runcit yang terbakar di Bumi Ayu, wilayah Bengkulu, Pulau Sumatera lapor laman berita Radar Kediri. Mereka menceroboh premis tersebut untuk menjarah barangan yang tersisa, baru-baru ini. Menurut media tempatan, tindakan nekad itu dilakukan walaupun lokasi kebakaran telah dipasang pita garisan polis dan diisytiharkan zon larangan atas faktor keselamatan serta siasatan. Rakaman video kejadian menjadi tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial, yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak berhati perut serta tidak menghormati keluarga pemilik kedai yang sedang bersedih. – AGENSI Artikel Kosmo Online @myblockchecking

LORI SAMPAH TERBABAS MASUK DALAM PARIT DI TEBUK TUKANG EMAS , PAGI HARI INI. HARAP MAKLUM. @myblockchecking

- Sungai Petani Aduhai !, macam mana la ko bawak kereta, terang2 motor tu lampu hijau. Nak jugak keluar @myblockchecking

"Mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Port Dickson, manakala pemandu kereta melarikan diri selepas kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini malam Isnin. Ahmad Afiq berkata, pemandu kereta itu kemudian ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang kira-kira jam 6.30 petang tadi manakala dua rakannya ditahan di Puchong. Beliau berkata, semakan mendapati pemandu kereta itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah manakala cukai jalan dan insurans kenderaan berkenaan telah tamat tempoh. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan permohonan reman terhadap ketiga-tiga lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Port Dickson esok. - Bernama 26 Oktober 2026 11:24pm Artikel ➡️ BERNAMA @myblockchecking

Anggota bomba maut nahas, pemandu kereta ditahan selepas larikan diri SEREMBAN - Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi memb
Anggota bomba maut nahas, pemandu kereta ditahan selepas larikan diri SEREMBAN - Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan seorang anggota bomba di Kilometer 2.6, Jalan Pantai, Port Dickson pagi Isnin. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, tiga lelaki berkenaan terdiri daripada pemandu Toyota Vios yang berusia 32 tahun dan dua rakannya masing-masing berusia 31 dan 32 tahun, dipercayai bersubahat menyembunyikan serta menanggalkan nombor pendaftaran kereta itu di Puchong, Selangor. Beliau berkata, dalam kejadian pada jam 8.05 pagi itu, motosikal Honda ADV160 yang ditunggang mangsa berusia 46 tahun dan kereta berkenaan dipercayai bergerak dari arah Telok Kemang menghala ke Port Dickson. "Setibanya di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai membuat pusingan U menyebabkan penunggang motosikal yang berada di belakang cuba mengelak sebelum melanggar bahagian sisi kanan kereta berkenaan dan terjatuh di lorong bertentangan.

SARAWAK 27/10/2026. Kemalangan melibatkan 2 buah kereta di Jalan FAC pada pagi tadi. Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
SARAWAK 27/10/2026. Kemalangan melibatkan 2 buah kereta di Jalan FAC pada pagi tadi. Tiada butiran lanjut mengenai kejadian. @myblockchecking

+2
JOHOR 27/10/2026 Insiden kejar mengejar antara peronda peronda PDRM dan sebuah kereta di Lebuhraya Pasir Gudang hingga ke Jalan Suria 2, Bandar Seri Alam awal pagi tadi. Tiada butiran lanjut mengenai kejadian. @myblockchecking

dijalankan.- MalaysiaGazette Oleh Zulhisham Isahak - 26 October 2026 Artikel ➡️ Malaysia Gazette @myblockchecking

Peneroka FELDA maut ditetak dengan kapak dalam kejadian amuk KOTA TINGGI – Seorang peneroka maut selepas ditetak dengan senja
+3
Peneroka FELDA maut ditetak dengan kapak dalam kejadian amuk KOTA TINGGI – Seorang peneroka maut selepas ditetak dengan senjata tajam dalam satu kejadian amukan di FELDA Lok Heng Selatan, di sini, petang tadi. Difahamkan, insiden berlaku kira-kira pukul 7.30 petang berhampiran kawasan kediaman suspek. Menurut sumber, suspek dilaporkan mengamuk di tepi jalan dan bersenjatakan dipercayai sebilah kapak, menyebabkan penduduk sekitar tidak berani mendekati lokasi kejadian. ”Kejadian berlaku di tepi jalan dekat rumah suspek. Orang kampung tak berani bertindak kerana suspek memegang kapak dan sedang mengamuk,” katanya. Menurut sumber itu lagi, selepas bertindak menyerang mangsa, suspek terus melarikan diri dari lokasi menaiki sebuah motosikal. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. Bagaimanapun, beliau memaklumkan kenyataan rasmi berhubung kes berkenaan hanya akan dikeluarkan esok memandangkan siasatan lanjut sedang

Tular buaya di Pantai Bagan Lalang: Perhilitan laksana siasatan awal di lokasi MUHAMMAD AFHAM RAMLI 26 Oktober 2026 06:00pm SEPANG - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) melaksanakan siasatan awal di lokasi tular penampakan buaya di Pantai Bagan Lalang di sini pada Isnin. Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Fakhrul Hatta Musa berkata, siasatan di lokasi perlu dilakukan sebelum menentukan tindakan lanjut yang sesuai. "Lokasi itu merupakan kawasan laut dan pantai. Susulan itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dilaporkan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk menangani masalah tersebut. Artikel Sinar Harian @myblockchecking

🔥 VICE LOUNGE LIMITED-TIME PROMO! 🍻 RM68 NETT BUY 1, GET 1 FREE! 🐯 Choose between Tiger Beer & Carlsberg 🪣 5 bottles per
🔥 VICE LOUNGE LIMITED-TIME PROMO! 🍻 RM68 NETT BUY 1, GET 1 FREE! 🐯 Choose between Tiger Beer & Carlsberg 🪣 5 bottles per bucket ⏰ Happy Hour: 4PM–8PM Grab your friends and kick off Happy Hour with ice-cold beers! 🥂🍻 📲 Reservations & Enquiries: 011 1441 5695 📍 Block C, 02-04, Plaza Aurora Place 1, Persiaran Jalil 1, Bandar Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur 🌐  707guarantee payout 🈵   彩金自助机器人 🔜 claim bonus bot

SELANGOR 26/10/2026. Kemalangan lori treler di Bukit Kapar ke Puncak Alam pada malam ini. Tiada butiran lanjut mengenai kejadian. @myblockchecking

PAHANG 26/10/2026 Kemalangan kereta di Jalan Bukit Setongkol, Kuantan sekitar jam 9 malam tadi. Tiada butiran lanjut mengenai kejadian. @myblockchecking

Terkejut tengok orang menari dalam hutan Oleh KOSMO! 26 Oktober 2026, 6:15 pm PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan beberapa individu berhibur di dalam kawasan hutan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Menerusi sebuah video dikongsi di aplikasi Threads, kira-kira 30 individu dilihat sedang menari diiringi muzik rancak di kawasan dipenuhi pokok. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi video tersebut dirakam. Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna terkejut dan mempersoalkan bagaimana acara seperti itu boleh dianjurkan di negara ini. “Macam mana benda maksiat ini boleh diluluskan dekat Malaysia? Taubat puak-puak ini datang kecam aku kejap lagi. Patutlah masa pergi mendaki dekat parkir semua kereta mewah,” dakwa seorang pengguna. “Nanti dia cakap ini cara kami bersatu dengan alam. Hak individu kami tak sembah apa-apa cuma dengar muzik,” kata pengguna lain. “Lagi teruk daripada jin. Sekurang-kurangnya jin kacau seorang dua…kau orang kacau ramai orang,” komen seorang lagi netizen. “Jin pun terkejut, sampai ke dalam hutan kau orang bedal. Nak culik pun fikir dua tiga kali,” balas pengguna lain. – KOSMO! ONLINE @myblockchecking