uz
Feedback
BabaLongIdris

BabaLongIdris

Kanalga Telegram’da o‘tish

Channel Perkongsian Santai Ilmu Oleh @BabaLongIdris dan Para Ulama' Kiram yg lain. - Sufi - Tauhid - Fiqh - Kehidupan - Sosial Tekan sini : https://heylink.me/Babalongidris/

Ko'proq ko'rsatish
1 663
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-27 kunlar
-1030 kunlar
Postlar arxiv
photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

📢 MAKLUMAN SIRI BENGKEL WANITA TIANG SERI PERADABAN DAN MEMBINA GENERASI AL FATEH WANITA DIGERAKKAN SEBAGAI KEBANGKITAN TIAN
📢 MAKLUMAN SIRI BENGKEL WANITA TIANG SERI PERADABAN DAN MEMBINA GENERASI AL FATEH WANITA DIGERAKKAN SEBAGAI KEBANGKITAN TIANG SERI PERADABAN Penerangan 3 kota suci siri wanita Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat seluruh ahli keluarga yang dikasihi Masa akan anjurkan bengkel 3 kota untuk wanita sahaja . 📍 Tempat: Madrasah Syeikhul ariffien (MASA) 🗓 sabtu 25 / 4 / 2026 🕘 Jam 2.30 pm 🧕🏻pembentang : Doktor Aina Mardhiah 🎗️ Hibah : rm 25 perkepala Pada yang berminat untuk join , boleh masuk group whattsap 👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻 https://chat.whatsapp.com/HaJLjLYsBTMKC4thiVGFdH?mode=gi_t

Sollu Alan Nabi Assalamualaikum Semua.. *Diskusi Buku Pasrah Sistem Ilahi karangan Ayahanda Walid Ibrahim Al Malik bersama Babalong* sebelum musafir . Tarikh : 29/30 Mach 2026 - 9/10 Syawwal Hari : Ahad dan Isnin Jam : 9.30 malam Platform : Zoom Meeting Buku dapatkan disini : https://bit.ly/4db0csG Untuk pendaftaran : https://wa.link/cb2wrs Semoga diberi lagi kefahaman yang mendalam mengenai sistem Takdir.

*MALAM RAMADAN TERAKHIR* ✅ Malam ini berhimpun *dua malam mulia*: ● Malam Jumaat ● Malam terakhir Ramadan ✅ Sebahagian ulama Hadramaut berpandangan *Lailatul Qadar berlaku pada malam Jumaat terakhir*. ✅ Imam Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan salah satu daripada 47 pandangan ulama menetapkan *Lailatul Qadar berlaku setiap malam terakhir Ramadan.*

photo content

KINI TERBIT DI PASARAN Karya Terbaharu Walid IBRAHIM AL-MALIK PASRAH SISTEM ILAHIYAH === Adakah anda mencari buku yang menghuraikan bahasa takdir Tuhan melalui kacamata sufi dan sains alam? Apabila anda membacanya, anda akan rasa syukur melihat alam, akal terasa puas dan qalbu merasa tenang. Rahsia bagaimana anda memahami sistem Takdir Ilahi . Dapatkan sekarang, hanya Rm20 READY STOCK ‼️ Beli sekarang sebelum habis. Tekan Link dibawah : https://babalongshop.onpay.my/order/form/bukupasrahsistemilahiyah

“Sesiapa yang tidak mengenal aib dirinya, maka dialah manusia yang paling jahil terhadap dirinya; dan sebesar-besar aibnya ialah kejahilannya terhadap aibnya sendiri.” Tanda Ilmu itu bermanfat terlahir padanya semakin bermakrifat kepada ALLAH yang dibuktikan dengan rajinnya dia beribadah . Ibadah adalah bukti pengamalan Ilmu . Sebagaimana disebutkan juga oleh Imam Ghazali : الْعِلْمُ بِلا عَمَلٍ جُنُونٌ، وَالْعَمَلُ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَكُونُ Ilmu tanpa amal adalah gila,dan amal tanpa ilmu akan jadi sia-sia.

CATATAN PENDIDIKAN (02) ILMU YANG BERMANFAAT MERUPAKAN TERAS UTAMA PENDIDIKAN Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesebuah bangsa. Tinta Minda Alhamdulillah kita melihat di Malaysia kita sudah ada beberapa perubahan didalam falsafah pendidikan kebangsan dan reformasi Nilai . Boleh baca disini : https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2520911 Keutamaan didalam Pendidikan adalah keberhasilan ILMU YANG NAFI’ (ILMU YANG BERMANFAAT) Nabi SallahuAlaihiWasallam sering berdoa : عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ كَانَ يَقُولُ بَعْدَ صَلَاةِ الصُّبْحِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا 🌿 Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima.” — Riwayat Sunan Ibn Majah (No. 925) Juga diriwayatkan oleh Musnad Ahmad Status: Hadis sahih. Dalam riwayat lain, Nabi ﷺ juga berdoa: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tidak pernah puas, dan daripada doa yang tidak didengari.” — Riwayat Sahih Muslim (No. 2722) dalam hadis yang lain : عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يَقُولُ: سَلُوا اللَّهَ عِلْمًا نَافِعًا، وَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ 🌿 Maksudnya Daripada Jabir bin Abdullah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Mintalah kepada Allah ilmu yang bermanfaat, dan berlindunglah kepada Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat.” Dari hadis-hadis diatas kita memahami bahawa ILMU ITU DINILAI PADA MANFATTNYA BUKAN PADA BANYAKNYA . Ilmu yang bermanfaat akan membawa seseorang itu mencapai kebahagian dan kejayaan yang sebenar , ilmu yang tidak bermanfaat akan membawa sesorang itu jatuh kedalam jurang kebinasaan , sebagaimana sabdaan Nabi : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: الْعِلْمُ عِلْمَانِ: عِلْمٌ فِي الْقَلْبِ فَذَاكَ الْعِلْمُ النَّافِعُ، وَعِلْمٌ عَلَى اللِّسَانِ فَذَاكَ حُجَّةُ اللَّهِ عَلَى ابْنِ آدَمَ 🌿 Maksudnya Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah ﷺ bersabda: “Ilmu itu ada dua: (1) Ilmu yang berada di dalam hati — itulah ilmu yang bermanfaat. (2) Ilmu yang hanya pada lisan — maka itulah hujah Allah ke atas anak Adam.” Sunan Ibn Majah (no. 252) Juga diriwayatkan oleh Sunan ad-Darimi Imam Ghazali RahimahuLlahu Taala ketika berbicara betapa pentingnya ILMU NAFI’ didalam kitab Bidayah al-Hidayah : Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang membuatmu takut kepada Allah, membuat mata hatimu semakin tajam memandang aib-aib mu , menambah makrifatmu dengan menyembahnya , mengurangi keinginan terhadap dunia,menambah keinginanmu terhadap akhirat , membuka mata hati mu tentang rosaknya segala amal sehingga engkau menjaga diri mu dari kerosakan itu , dan membuatmu sangat teliti dan berjaga-jaga terhadap perangkap dan tipu daya syaitan . Konsep Untuk membentuk manusia adalah diawali dengan BERADAB DENGAN ALLAH . Imam Ghazali menyatakan lagi bahawa buah yang terhasil dari ilmu yang bermanfaat adalah : 1. Rasa Takut kepada ALLAH 2. Tunduk dan Rendah diri kepada ALLAH Kedua-dua sifat ini akan membuahkan ketaatan kepada perintah ALLAH dan membawa menghindari laranga ALLAH . Konsep ini selari dengan firman ALLAH : إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ 🌿 Maksudnya “Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya ialah para ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” — Quran, Surah Fāṭir (35:28) Sebagai penuntut ilmu kita perlu sibuk dengan aib kita sendiri bukan sibuk memandang aib orang lain . Imam Ghazali ada mengatakan didala kitab Ihya’nya : مَنْ لَمْ يَعْرِفْ عَيْبَ نَفْسِهِ فَهُوَ أَجْهَلُ النَّاسِ بِنَفْسِهِ، وَأَعْظَمُ عُيُوبِهِ جَهْلُهُ بِعَيْبِهِ. Maksudnya:

*DAURAH KITAB PUASA: IBADAH ZAHIR & BATIN* Bersedia untuk menghadapi Ramadan dengan ilmu yang betul dan penghayatan yang
*DAURAH KITAB PUASA: IBADAH ZAHIR & BATIN* Bersedia untuk menghadapi Ramadan dengan ilmu yang betul dan penghayatan yang mendalam? Ayuh sertai daurah khas Ramadan ini bersama para asatizah berpengalaman. Bersama: • Baba Idris Muharram • Ustaz Dr. Muhammad Afif Bin Yahya (Dr. UMAY) 📅 Tarikh: 21 & 22 Feb 2026 (Sabtu & Ahad) ⏰ Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi 💻 Platform: Zoom ✨ Penyertaan adalah *PERCUMA* 📘 Kitab: RM15 sahaja 🎥 Rakaman turut disediakan ❤️ Sumbangan & hibah amat dialu-alukan bagi menyokong usaha penyebaran ilmu. Tempat terhad, daftar segera sekarang sebelum slot pengajian penuh: 📲 018-243 9509 *<Link pendafataran>* https://babalongshop.onpay.my/order/form/daurahkitabpuasa Jangan lepaskan peluang untuk mendalami rahsia ibadah puasa zahir dan batin sebagai persiapan menuju Ramadan. *MOHON SHARE*

Suatu Hari Syeikh Abdul Qadir Al Jailani Al Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu berjalan bersama dengan pelajarnya , kemudian beliau terserempat dengan orang yang kemabukan (orang gila ditepi jalan ) Lalu orang itu berkata : Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan Kamu itu QADIR ( Yang MAHA BERKUASA ) Jawab Syeikh : Ye Bahkan Memang DIA MAHA BERKUASA Kata lelaki itu lagi : Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan kamu itu Qadir ( Yang MAHA BERKUASA ) Jawab Syeikh : Ye Bahkan Memang DIA MAHA BERKUASA Kata lelaki itu lagi : Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan kamu Qadir ( Yang MAHA BERKUASA ) Jawab Syeikh : Ye Bahkan Memang DIA MAHA BERKUASA Selepas itu terus berubah wajahnya dan menangis dengan teresak-esak yang bersangatan . Murid2 nya merasai pelik dengan hal yang berlaku Ditanya dengan soalan yang sama tapi kenapa syeikh begitu terkesan dan menangis dengan teresak esak .. Lalu Syeikh Abdul Qadir Al Jailani Al Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu menerangkan Ketika lelaki itu berkata : Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan kamu itu Qadir ( Yang MAHA BERKUASA ) Ketika itu dia bermaksud : Wahai Abdul Qadir Tuhan kamu yang Maha Berkuasa akan menerima Taubat kamu sekiranya kamu bertaubat kepadanya. Lalu Aku menjawab : Ye Tuhan Aku Memang DIA MAHA BERKUASA ( akan menerima taubat ku) Ketika dia berkata pada soalan kedua : Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan kamu itu Qadir ( Yang MAHA BERKUASA ) Dia bermaksud : Wahai Abdul Qadir Allah itu berkuasa untuk meletakkan aku pada tempat engkau .( aku boleh diubahkan oleh Allah dari keadaan ku yang sekarang menjadi ulama,aulia seperti mu) Jawab Syeikh : Ye Bahkan Memang DIA MAHA BERKUASA (yang boleh melatakkan engkau ditempat aku ) Soalan dia yang ketika : Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan kamu itu Qadir ( Yang MAHA BERKUASA ) Bermaksud : Wahai Abdul Qadir Tuhan mu yang QADIR mampu meletakkan engkau ditempat ku ini ( sebagai orang gila jalanan) Jawab Syeikh : Ye Bahkan Memang DIA MAHA BERKUASA Dan berubah muka syeikh dan menangis teresak-esak Hikmahnya : Ambillah ilmu dan hikmah daripada sesiapa sahaja Samada orang yang diatasmu Orang setara dengan mu Atau orang yang lebih rendah dari mu

CATATAN PENDIDIKAN Sedutan dan Olahan dari Penulisan Dr Muhammad Ardiyanshah WAKTU ADALAH ILMU Memenuhi masa dengan kemanfaatan Ilmu Imam Muzani Murid Imam Syafie membaca Karya gurunya Ar Risalah sebanyak 500 kali , kata beliau setiap kali aku membacanya aku mendapat ilmu-ilmu yang baru. Ibnu Taimiah ketika sakit beliau sibuk membaca buku lalu ditegur oleh Doktor , lalu imam menjawab “ Bukankah teori kedoktoran ada menyebut rasa bahagian itu akan mempercepatkan kesembuhan ?” Doktor menjawab ye Ibnu Taimiyah berkata “ Hatiku akan merasai bahagia bila aku bersama Ilmu “ Senyap Doktor tadi akur dengan kenyataan Ibnu Taimiyah Ulama Dahulu sangat universel , mereka tidak hanya pada satu ilmu bahkan mereka mengkaji banyak ilmu secara mendalam , lalu hasillah karya karya hebat ulama silam seperti Imam Al Ghazali , Ibnu Sina dan lain-lain. Waktu mereka dihabiskan untuk mengkaji Ilmu , kadang2 satu hari ribuan lembaran yang mereka baca dan kaji . Kekuatan Hafalan juga menjadi ciri keunggulan peeadaban Islam . Mulai menghafal Al Quran , Al Hadith , syair dan kitab-kitab. Ditengah kesibukan mereka mengkaji ilmu mereka juga sibukkan diri mereka dengan Mengajar Ilmu , Ibnu Rusyd hanya cuti 2 kali sahaja seumur hidup , pada hari kematian ayahnya dan hari pernikahannya . Sisanya dihabiskan untuk mengajar , menulis dan berfatwa . Mereka telah wakafkan diri mereka untuk pembinaan Ilmu , mengajar dan mendidik adalah pilihan mereka kerana dengan mengajar mereka mampu lahirkan singa-singa peradaban sepanjang masa . Tradisi ilmu dalam Islam adalah dengan Mengembara , merantau mencari Ilmu . Jarang kita ketemukan Ulama silam yang hanya berdiam pada suatu tempat , kaki mereka akan melangkah mencari ilmu. Kita kini berada dizaman penurunan minat terhadap ilmu , masyarakat lebih memilih hiburan berbanding ilmu , ramai yang tidak lagi rajin membaca apatah lagi kalau mahu dia menuangkan ilmunya dalam bentuk lisan atau penulisan . Kini karya ilmiah dikuasai olehbilmuan luar , hafalan , mengajar juga kinibtidak sehebat orang dulu . Majlis ilmu sudah tidak di minati , lebih kepada majlis Tausiah2 sahaja . Kita perlu kembali sedar akan perkara ini , tanpa kita sedsr kemunduran ilmu membawa kepada keruntuhan peradaban Islam yang Hebat . Maka kita perlu bangkit kembali menyalakan Tentera Peradaban Islam dengan menghidupkan kembali tradisi ilmu yang pernah ada dan hebat diera kejayaan Islam yang lampau . Umat Islam jangan terlena dengan hanya asyik membaca gosip murahan di media sosial . Kembalikan kesedaran kepada pentingkan menghidupkan ilmu , dengan Ilmu yang benar mampu mengangkat kembali Keunggulan Islam Imam Ghazali Menyebut : Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang membuatmu takut kepada Allah , membuat mata hatimu semakin tajam memandang Aib aib dirimu , menambahkan makrifatmu kepadaNya . Semoga Mendapat Manfaat

CamScanner 2-1-26 13.46.pdf14.67 MB

✨ DAURAH FIQH PUASA ✨ Menurut Mazhab As-Syafi‘e 📖 Berdasarkan Kitab: Marhaban Ihya’ Ramadhan Karangan: Sayyid Muhammad Amin
✨ DAURAH FIQH PUASA ✨ Menurut Mazhab As-Syafi‘e 📖 Berdasarkan Kitab: Marhaban Ihya’ Ramadhan Karangan: Sayyid Muhammad Amin bin Idrus bin Syeikh Abu Bakar bin Salim Al-Husaini 👳 Bersama: Babalong Idris (Mudir Madrasah Syeikhul ‘Ariffien) ⸻ 📅 Tarikh: 7 Februari 2026 📆 Hari: Sabtu 🕘 Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang 📍 Tempat: Madrasah Syeikhul ‘Ariffien Simpang Bekoh, Asahan, Melaka ⸻ 💠 Maklumat Penyertaan: • Hibah Ilmu: RM30 • Buku: RM39 (327 halaman) ✅ Terbuka kepada Muslimin & Muslimat 🍽 Makanan tengah hari disediakan 💻 Tidak dapat hadir secara fizikal? • Medium online disediakan • Rakaman turut disediakan 📲 Pendaftaran: 017-399 7027 (Abg Long Ghazali) *SEBARKAN BERSAMA* Untuk Pendaftan Tekan Link dibawah : https://babalongshop.onpay.my/order/form/daurahfiqhpuasa