BabaLongIdris
前往频道在 Telegram
Channel Perkongsian Santai Ilmu Oleh @BabaLongIdris dan Para Ulama' Kiram yg lain. - Sufi - Tauhid - Fiqh - Kehidupan - Sosial Tekan sini : https://heylink.me/Babalongidris/
显示更多1 663
订阅者
无数据24 小时
-27 天
-1030 天
帖子存档
1 663
📢 MAKLUMAN SIRI BENGKEL WANITA TIANG SERI PERADABAN
DAN MEMBINA GENERASI AL FATEH
WANITA DIGERAKKAN SEBAGAI KEBANGKITAN TIANG SERI PERADABAN
Penerangan 3 kota suci siri wanita
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
buat seluruh ahli keluarga yang dikasihi
Masa akan anjurkan bengkel 3 kota untuk wanita sahaja .
📍 Tempat: Madrasah Syeikhul ariffien (MASA)
🗓 sabtu
25 / 4 / 2026
🕘 Jam 2.30 pm
🧕🏻pembentang : Doktor Aina Mardhiah
🎗️ Hibah : rm 25 perkepala
Pada yang berminat untuk join , boleh masuk group whattsap
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
https://chat.whatsapp.com/HaJLjLYsBTMKC4thiVGFdH?mode=gi_t
1 663
Sollu Alan Nabi
Assalamualaikum Semua..
*Diskusi Buku Pasrah Sistem Ilahi karangan Ayahanda Walid Ibrahim Al Malik bersama Babalong* sebelum musafir .
Tarikh : 29/30 Mach 2026 - 9/10 Syawwal
Hari : Ahad dan Isnin
Jam : 9.30 malam
Platform : Zoom Meeting
Buku dapatkan disini :
https://bit.ly/4db0csG
Untuk pendaftaran :
https://wa.link/cb2wrs
Semoga diberi lagi kefahaman yang mendalam mengenai sistem Takdir.
1 663
*MALAM RAMADAN TERAKHIR*
✅ Malam ini berhimpun *dua malam mulia*:
● Malam Jumaat
● Malam terakhir Ramadan
✅ Sebahagian ulama Hadramaut berpandangan *Lailatul Qadar berlaku pada malam Jumaat terakhir*.
✅ Imam Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan salah satu daripada 47 pandangan ulama menetapkan *Lailatul Qadar berlaku setiap malam terakhir Ramadan.*
1 663
KINI TERBIT DI PASARAN
Karya Terbaharu
Walid IBRAHIM AL-MALIK
PASRAH SISTEM ILAHIYAH
===
Adakah anda mencari buku yang menghuraikan bahasa takdir Tuhan melalui kacamata sufi dan sains alam?
Apabila anda membacanya, anda akan rasa syukur melihat alam, akal terasa puas dan qalbu merasa tenang.
Rahsia bagaimana anda memahami sistem Takdir Ilahi .
Dapatkan sekarang, hanya Rm20
READY STOCK ‼️
Beli sekarang sebelum habis.
Tekan Link dibawah :
https://babalongshop.onpay.my/order/form/bukupasrahsistemilahiyah
1 663
“Sesiapa yang tidak mengenal aib dirinya, maka dialah manusia yang paling jahil terhadap dirinya; dan sebesar-besar aibnya ialah kejahilannya terhadap aibnya sendiri.”
Tanda Ilmu itu bermanfat terlahir padanya semakin bermakrifat kepada ALLAH yang dibuktikan dengan rajinnya dia beribadah . Ibadah adalah bukti pengamalan Ilmu . Sebagaimana disebutkan juga oleh Imam Ghazali :
الْعِلْمُ بِلا عَمَلٍ جُنُونٌ، وَالْعَمَلُ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَكُونُ
Ilmu tanpa amal adalah gila,dan amal tanpa ilmu akan jadi sia-sia.
1 663
CATATAN PENDIDIKAN (02)
ILMU YANG BERMANFAAT MERUPAKAN TERAS UTAMA PENDIDIKAN
Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesebuah bangsa. Tinta Minda
Alhamdulillah kita melihat di Malaysia kita sudah ada beberapa perubahan didalam falsafah pendidikan kebangsan dan reformasi Nilai .
Boleh baca disini : https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2520911
Keutamaan didalam Pendidikan adalah keberhasilan ILMU YANG NAFI’ (ILMU YANG BERMANFAAT)
Nabi SallahuAlaihiWasallam sering berdoa :
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ كَانَ يَقُولُ بَعْدَ صَلَاةِ الصُّبْحِ:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
🌿 Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima.”
— Riwayat Sunan Ibn Majah (No. 925)
Juga diriwayatkan oleh Musnad Ahmad
Status: Hadis sahih.
Dalam riwayat lain, Nabi ﷺ juga berdoa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ
Maksudnya:
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tidak pernah puas, dan daripada doa yang tidak didengari.”
— Riwayat Sahih Muslim (No. 2722)
dalam hadis yang lain :
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يَقُولُ:
سَلُوا اللَّهَ عِلْمًا نَافِعًا، وَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ
🌿 Maksudnya
Daripada Jabir bin Abdullah RA, beliau berkata:
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Mintalah kepada Allah ilmu yang bermanfaat, dan berlindunglah kepada Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat.”
Dari hadis-hadis diatas kita memahami bahawa ILMU ITU DINILAI PADA MANFATTNYA BUKAN PADA BANYAKNYA . Ilmu yang bermanfaat akan membawa seseorang itu mencapai kebahagian dan kejayaan yang sebenar , ilmu yang tidak bermanfaat akan membawa sesorang itu jatuh kedalam jurang kebinasaan , sebagaimana sabdaan Nabi :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
الْعِلْمُ عِلْمَانِ: عِلْمٌ فِي الْقَلْبِ فَذَاكَ الْعِلْمُ النَّافِعُ، وَعِلْمٌ عَلَى اللِّسَانِ فَذَاكَ حُجَّةُ اللَّهِ عَلَى ابْنِ آدَمَ
🌿 Maksudnya
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Ilmu itu ada dua:
(1) Ilmu yang berada di dalam hati — itulah ilmu yang bermanfaat.
(2) Ilmu yang hanya pada lisan — maka itulah hujah Allah ke atas anak Adam.”
Sunan Ibn Majah (no. 252)
Juga diriwayatkan oleh Sunan ad-Darimi
Imam Ghazali RahimahuLlahu Taala ketika berbicara betapa pentingnya ILMU NAFI’ didalam kitab Bidayah al-Hidayah :
Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang membuatmu takut kepada Allah, membuat mata hatimu semakin tajam memandang aib-aib mu , menambah makrifatmu dengan menyembahnya , mengurangi keinginan terhadap dunia,menambah keinginanmu terhadap akhirat , membuka mata hati mu tentang rosaknya segala amal sehingga engkau menjaga diri mu dari kerosakan itu , dan membuatmu sangat teliti dan berjaga-jaga terhadap perangkap dan tipu daya syaitan .
Konsep Untuk membentuk manusia adalah diawali dengan BERADAB DENGAN ALLAH . Imam Ghazali menyatakan lagi bahawa buah yang terhasil dari ilmu yang bermanfaat adalah :
1. Rasa Takut kepada ALLAH
2. Tunduk dan Rendah diri kepada ALLAH
Kedua-dua sifat ini akan membuahkan ketaatan kepada perintah ALLAH dan membawa menghindari laranga ALLAH .
Konsep ini selari dengan firman ALLAH :
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
🌿 Maksudnya
“Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya ialah para ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
— Quran, Surah Fāṭir (35:28)
Sebagai penuntut ilmu kita perlu sibuk dengan aib kita sendiri bukan sibuk memandang aib orang lain . Imam Ghazali ada mengatakan didala kitab Ihya’nya :
مَنْ لَمْ يَعْرِفْ عَيْبَ نَفْسِهِ فَهُوَ أَجْهَلُ النَّاسِ بِنَفْسِهِ، وَأَعْظَمُ عُيُوبِهِ جَهْلُهُ بِعَيْبِهِ.
Maksudnya:
1 663
*DAURAH KITAB PUASA: IBADAH ZAHIR & BATIN*
Bersedia untuk menghadapi Ramadan dengan ilmu yang betul dan penghayatan yang mendalam? Ayuh sertai daurah khas Ramadan ini bersama para asatizah berpengalaman.
Bersama:
• Baba Idris Muharram
• Ustaz Dr. Muhammad Afif Bin Yahya (Dr. UMAY)
📅 Tarikh: 21 & 22 Feb 2026 (Sabtu & Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi
💻 Platform: Zoom
✨ Penyertaan adalah *PERCUMA*
📘 Kitab: RM15 sahaja
🎥 Rakaman turut disediakan
❤️ Sumbangan & hibah amat dialu-alukan bagi menyokong usaha penyebaran ilmu.
Tempat terhad, daftar segera sekarang sebelum slot pengajian penuh:
📲 018-243 9509
*<Link pendafataran>*
https://babalongshop.onpay.my/order/form/daurahkitabpuasa
Jangan lepaskan peluang untuk mendalami rahsia ibadah puasa zahir dan batin sebagai persiapan menuju Ramadan.
*MOHON SHARE*
1 663
Suatu Hari Syeikh Abdul Qadir Al Jailani Al Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu berjalan bersama dengan pelajarnya , kemudian beliau terserempat dengan orang yang kemabukan (orang gila ditepi jalan )
Lalu orang itu berkata :
Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan Kamu itu QADIR ( Yang MAHA BERKUASA )
Jawab Syeikh : Ye Bahkan Memang DIA MAHA BERKUASA
Kata lelaki itu lagi :
Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan kamu itu Qadir ( Yang MAHA BERKUASA )
Jawab Syeikh : Ye Bahkan Memang DIA MAHA BERKUASA
Kata lelaki itu lagi :
Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan kamu Qadir ( Yang MAHA BERKUASA )
Jawab Syeikh : Ye Bahkan Memang DIA MAHA BERKUASA
Selepas itu terus berubah wajahnya dan menangis dengan teresak-esak yang bersangatan .
Murid2 nya merasai pelik dengan hal yang berlaku
Ditanya dengan soalan yang sama tapi kenapa syeikh begitu terkesan dan menangis dengan teresak esak ..
Lalu Syeikh Abdul Qadir Al Jailani Al Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu menerangkan
Ketika lelaki itu berkata :
Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan kamu itu Qadir ( Yang MAHA BERKUASA )
Ketika itu dia bermaksud :
Wahai Abdul Qadir Tuhan kamu yang Maha Berkuasa akan menerima Taubat kamu sekiranya kamu bertaubat kepadanya.
Lalu Aku menjawab : Ye Tuhan Aku Memang DIA MAHA BERKUASA ( akan menerima taubat ku)
Ketika dia berkata pada soalan kedua :
Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan kamu itu Qadir ( Yang MAHA BERKUASA )
Dia bermaksud : Wahai Abdul Qadir Allah itu berkuasa untuk meletakkan aku pada tempat engkau .( aku boleh diubahkan oleh Allah dari keadaan ku yang sekarang menjadi ulama,aulia seperti mu)
Jawab Syeikh : Ye Bahkan Memang DIA MAHA BERKUASA (yang boleh melatakkan engkau ditempat aku )
Soalan dia yang ketika :
Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan kamu itu Qadir ( Yang MAHA BERKUASA )
Bermaksud : Wahai Abdul Qadir Tuhan mu yang QADIR mampu meletakkan engkau ditempat ku ini ( sebagai orang gila jalanan)
Jawab Syeikh : Ye Bahkan Memang DIA MAHA BERKUASA
Dan berubah muka syeikh dan menangis teresak-esak
Hikmahnya : Ambillah ilmu dan hikmah daripada sesiapa sahaja
Samada orang yang diatasmu
Orang setara dengan mu
Atau orang yang lebih rendah dari mu
1 663
CATATAN PENDIDIKAN
Sedutan dan Olahan dari Penulisan Dr Muhammad Ardiyanshah
WAKTU ADALAH ILMU
Memenuhi masa dengan kemanfaatan Ilmu
Imam Muzani Murid Imam Syafie membaca Karya gurunya Ar Risalah sebanyak 500 kali , kata beliau setiap kali aku membacanya aku mendapat ilmu-ilmu yang baru.
Ibnu Taimiah ketika sakit beliau sibuk membaca buku lalu ditegur oleh Doktor , lalu imam menjawab “ Bukankah teori kedoktoran ada menyebut rasa bahagian itu akan mempercepatkan kesembuhan ?” Doktor menjawab ye
Ibnu Taimiyah berkata “ Hatiku akan merasai bahagia bila aku bersama Ilmu “
Senyap Doktor tadi akur dengan kenyataan Ibnu Taimiyah
Ulama Dahulu sangat universel , mereka tidak hanya pada satu ilmu bahkan mereka mengkaji banyak ilmu secara mendalam , lalu hasillah karya karya hebat ulama silam seperti Imam Al Ghazali , Ibnu Sina dan lain-lain.
Waktu mereka dihabiskan untuk mengkaji Ilmu , kadang2 satu hari ribuan lembaran yang mereka baca dan kaji .
Kekuatan Hafalan juga menjadi ciri keunggulan peeadaban Islam . Mulai menghafal Al Quran , Al Hadith , syair dan kitab-kitab.
Ditengah kesibukan mereka mengkaji ilmu mereka juga sibukkan diri mereka dengan Mengajar Ilmu , Ibnu Rusyd hanya cuti 2 kali sahaja seumur hidup , pada hari kematian ayahnya dan hari pernikahannya . Sisanya dihabiskan untuk mengajar , menulis dan berfatwa . Mereka telah wakafkan diri mereka untuk pembinaan Ilmu , mengajar dan mendidik adalah pilihan mereka kerana dengan mengajar mereka mampu lahirkan singa-singa peradaban sepanjang masa .
Tradisi ilmu dalam Islam adalah dengan Mengembara , merantau mencari Ilmu . Jarang kita ketemukan Ulama silam yang hanya berdiam pada suatu tempat , kaki mereka akan melangkah mencari ilmu.
Kita kini berada dizaman penurunan minat terhadap ilmu , masyarakat lebih memilih hiburan berbanding ilmu , ramai yang tidak lagi rajin membaca apatah lagi kalau mahu dia menuangkan ilmunya dalam bentuk lisan atau penulisan .
Kini karya ilmiah dikuasai olehbilmuan luar , hafalan , mengajar juga kinibtidak sehebat orang dulu . Majlis ilmu sudah tidak di minati , lebih kepada majlis Tausiah2 sahaja .
Kita perlu kembali sedar akan perkara ini , tanpa kita sedsr kemunduran ilmu membawa kepada keruntuhan peradaban Islam yang Hebat .
Maka kita perlu bangkit kembali menyalakan Tentera Peradaban Islam dengan menghidupkan kembali tradisi ilmu yang pernah ada dan hebat diera kejayaan Islam yang lampau .
Umat Islam jangan terlena dengan hanya asyik membaca gosip murahan di media sosial . Kembalikan kesedaran kepada pentingkan menghidupkan ilmu , dengan Ilmu yang benar mampu mengangkat kembali Keunggulan Islam
Imam Ghazali Menyebut : Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang membuatmu takut kepada Allah , membuat mata hatimu semakin tajam memandang Aib aib dirimu , menambahkan makrifatmu kepadaNya .
Semoga Mendapat Manfaat
1 663
✨ DAURAH FIQH PUASA ✨
Menurut Mazhab As-Syafi‘e
📖 Berdasarkan Kitab:
Marhaban Ihya’ Ramadhan
Karangan:
Sayyid Muhammad Amin bin Idrus
bin Syeikh Abu Bakar bin Salim Al-Husaini
👳 Bersama:
Babalong Idris
(Mudir Madrasah Syeikhul ‘Ariffien)
⸻
📅 Tarikh: 7 Februari 2026
📆 Hari: Sabtu
🕘 Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat:
Madrasah Syeikhul ‘Ariffien
Simpang Bekoh, Asahan, Melaka
⸻
💠 Maklumat Penyertaan:
• Hibah Ilmu: RM30
• Buku: RM39 (327 halaman)
✅ Terbuka kepada Muslimin & Muslimat
🍽 Makanan tengah hari disediakan
💻 Tidak dapat hadir secara fizikal?
• Medium online disediakan
• Rakaman turut disediakan
📲 Pendaftaran:
017-399 7027
(Abg Long Ghazali)
*SEBARKAN BERSAMA*
Untuk Pendaftan Tekan Link dibawah :
https://babalongshop.onpay.my/order/form/daurahfiqhpuasa
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
