uz
Feedback
Ust Che Azizi

Ust Che Azizi

Kanalga Telegram’da o‘tish
496
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
+57 kun
+1230 kun

Ma'lumot yuklanmoqda...

Taglar buluti
Ma'lumot yo'q
Muammo bormi? Iltimos, sahifani yangilang yoki bizning qo'llab-quvvatlash boshqaruvchimizga murojaat qiling>.
Kirish va chiqish esdaliklari
---
---
---
---
---
---
Obunachilarni jalb qilish
Sentabr '24
Sentabr '24
+9
0 kanalda
Avgust '24
+506
0 kanalda
Sana
Obunachilarni jalb qilish
Esdaliklar
Kanallar
25 Sentabr0
24 Sentabr0
23 Sentabr0
22 Sentabr0
21 Sentabr0
20 Sentabr0
19 Sentabr0
18 Sentabr+1
17 Sentabr0
16 Sentabr0
15 Sentabr0
14 Sentabr0
13 Sentabr+2
12 Sentabr0
11 Sentabr0
10 Sentabr0
09 Sentabr+1
08 Sentabr0
07 Sentabr+1
06 Sentabr+1
05 Sentabr+1
04 Sentabr0
03 Sentabr0
02 Sentabr+2
01 Sentabr0
Kanal postlari
Alhamdulilah berkat hari Khamis malam jumaat 11/7/2024 khatamlah bacaan kitab At-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran karya Imam Nawawi رحمه الله setelah lebih kurang 3 bulan (bermula 13/5/2024) bacaan dibuat secara santai bersama sahabat kami Ust Norazlan Mohd Ariff . Pada sesi khatam ini, kami membacakan beberapa manaqib Imam Nawawi antaranya kisahnya yang masyhur ketika memasuki kota Damsyik. 1. Diceritakan beliau tidak tidur selama dua tahun semata-mata kecintaan dan keghairahannya terhadap ilmu. Ini terbukti dengan kemampuan beliau mempelajari sebanyak 12 pelajaran dalam masa sehari. 2. Imam Nawawi hanya mengambil masa 4 bulan setengah untuk menghafaz kitab At-Tanbih manakala dalam waktu kurang setahun beliau telah menghafaz Rubu’ ibadat dari kitab Muhazzab. Banyak lagi kisah beliau yang menarik boleh dikongsikan. Membaca kisah ulama merupakan salah satu cara untuk terus kekal motivasi berlumba melakukan kebaikan dan berusaha mengikuti jejak kehidupan orang-orang yang paling soleh, paling mulia di sisi Allah antaranya para Nabi. Mulai dari ibadah mereka, pergaulan mereka, akhlak mereka dan kehidupan mereka pada umumnya. Ini kerana mencontohi orang paling baik, insyaallah kita akan mendapat berkat kebaikan mereka. Ada sebuah pepatah mengatakan : فتشبهوا إن لم تكونوا مثلهم … إن التشبه بالكرام فلاح “Contohilah orang-orang baik walaupun kamu tak seperti mereka. Kerana mencontohi orang baik itu adalah satu kejayaan.”

2
+4
Matn yo'q...
205
3
Hati yang baik sudah pasti suka akan kebaikan. Hati yang baik sudah pasti gemar, tenang mendengar bacaan al-Quran, selawat di
Hati yang baik sudah pasti suka akan kebaikan. Hati yang baik sudah pasti gemar, tenang mendengar bacaan al-Quran, selawat diungkapkan serta perkataan yang menenangkan. Jika tak mampu berbuat baik, cintalah kepada kebaikan. Lidah tangan dan semua anggota jangan sesekali digunakan untuk maksiat. Jangan menyindir, jangan mengumpat dan jangan mengadu domba. Kata bijak pandai : " Apa yang diungkap oleh mulutmu, ia menunjukkan apa yang ada dihatimu" Kata Imam Haddad : "لا يحرك شيئا منها إلا في طاعة، ولا يعمل بها إلا شيئا يعود عليه نفعه في الآخرة" Jangan digerakkan sesuatu dari anggotamu melainkan ketaatan, jangan guna anggotamu melainkan pada sesuatu yg mengembalikan manfaatnya ke Akhirat"
346
4
Dalam proses menghafaz hafazan baharu (tasmik), elemen seperti : - Kelancaran - Memahami makna - Kefasihan menyebut perkataan
Dalam proses menghafaz hafazan baharu (tasmik), elemen seperti : - Kelancaran - Memahami makna - Kefasihan menyebut perkataan Semua ini akan membantu mempercepatkan proses hafazan kali pertama. Guru boleh membantu murid mengulang perkataan yang berat pada lidah untuk disebutkan. Jika perlu lakukan pengulangan perkataan tersebut bersama pelajar sehingga ia menjadi ringan di lidah pelajar. Setelah dihafaz ayat² tersebut perlu dibaca tanpa melihat kepada mashaf dihadapan guru. Terdapat dua syarat sah bagi aktiviti tasmik. 1. Dibaca tanpa melihat kepada mashaf dihadapan guru 2. Ayat² yang dibaca mestilah tidak mempunyai sebarang kesalahan sama ada kesalahan melibatkan hukum tajwid atau melibatkan kelancaran hafazan itu sendiri. Che Azizi SMKA Maahad Muar https://t.me/ustcheazizi
354
5
Usai solat Jumaat tadi bertemu sambil pekena cendol bersama al-Fadhil Ust Zakiuddin dan anak² muda dari UTHM Pagoh yg cintaka
Usai solat Jumaat tadi bertemu sambil pekena cendol bersama al-Fadhil Ust Zakiuddin dan anak² muda dari UTHM Pagoh yg cintakan Al-Quran dari negeri Sabah di bawah bayu. Azam dan cita² balik Sabah nanti nak ajar orang kampung serta ahli keluarga membaca dan mencintai al-Quran. Tinggi niat dan hasrat mereka nak menghafaz al-Quran walaupun bukan dari bidang tahfiz برك الله فيكم Che Azizi https://t.me/ustcheazizi
412
6
https://youtube.com/shorts/d-TewhWj3Es?si=YZPFNAv6zKGqtajM
497
7
3 Jun 2024 - Temubual Guru Cemerlang Tahfiz dan Cabaran Mendepani Isu² Pendidikan. Alhamdulilah.. Sesi temubual bersama 5 ora
3 Jun 2024 - Temubual Guru Cemerlang Tahfiz dan Cabaran Mendepani Isu² Pendidikan. Alhamdulilah.. Sesi temubual bersama 5 orang mahasisiwa dari USIM dapat diadakan dengan lancar. Banyak perkara yang kami bincangkan berkenaan isu² semasa dalam dunia pendidikan, khususnya pendidikan tahfiz di Malayisia. Saya sempat juga menitipkan doa dan nasihat supaya kesemua mereka berjaya menjadi pendidik yang sentiasa berjiwa murid. Sukses dalam pengajian yang sedang ditempuhi.
545
8
Matn yo'q...
629
9
Semua guru pernah menjadi murid dan guru yang benar adalah guru yang sentiasa berjiwa murid, menimba ilmu yang benar dari sum
Semua guru pernah menjadi murid dan guru yang benar adalah guru yang sentiasa berjiwa murid, menimba ilmu yang benar dari sumber yang berwibawa, untuk dikongsikan kepada muridnya yang bersedia menerima. Sebagai seorang penuntut, guru akan sentiasa mencari guru dan akan sentiasa bahagia apabila dikurniakan guru yang benar. Sebagai seorang pendidik, guru juga sentiasa akan berkongsikan ilmunya dan akan bahagia apabila dikurniakan murid yang benar. Semoga kita menjadi penuntut dan guru yang ikhlas, semoga kita ditemukan dengan guru yang berwibawa, dan semoga kita juga dirahmati dengan penuntut yang sedar. Che Azizi SMKA Maahad Muar - Rasmi https://t.me/ustcheazizi
572
10
Muzakarah Kliat Kitab pada 12 Mei 2024 (Halaqah 1) 1 Muqadimah : • Imam Nawawi menyatakan tujuan kitab ini ditulis atas beberapa faktor antaranya : • Melihat orang ditempatnya (Damsyik) ketika itu bersungguh membaca, menghafaz dan mengambil berat tentang al-Quran. • Maka beliau terdorong untuk menulis kitab yang ringkas menjelaskan berkenaan adab hamlatul quran. • Kitab ini ditulis tanpa perbahasan yang meleret. • Beliau juga membuang sanad² yg patut dibuang, kerana tujuan kitab ini ditulis untuk memudahkan pembaca memahami dan menghafaz dengan mudah. • Beliau juga menjelaskan status² hadis samada yang sahih atau lemah. Beliau tidak akan menggunakan hadis dhaif kecuali dalam bab² yang tertentu. 1 Bab 1 - Pengarang membawa dalil² kelebihan pembaca dan penghafaz al-Quran 2 Bab 2 - Kedudukan penghafaz al-Quran - penulis juga menyatakan kelebihan membaca dan menghafaz al-Quran mengatasi kelebihan zikir dan wirid yang lain. 3 Bab 3 - Suruhan memuliakan ahlul Quran • Penulis membawa dalil suruhan memuliakan ahlul quran yang yang tidak melampau, dan tidak melupakan al-Quran. Beliau juga menegaskan tentang suruhan memuliakan orang yang lebih berusia dan penguasa yang adil. • Penulis juga meriwayatkan hadis tentang memuliakan seseorang sesuai dengan kedudukannya. • Dalam bab ini penulis membawa kata² al-Hafiz Abu Al-Qasim ibn Asakir tentang kedudukan ulama’ . Beliau menyatakan : أن لحوم العلماء مسمومة “ Daging ulama’ itu beracun” Che Azizi SMKA Maahad Muar
560
11
Antara Fawaid Muzakarah Kilat Kitab At-Tibyan karya Imam Nawawi pagi tadi ialah cara mengagungkan Allah Taala ialah dengan me+1
Antara Fawaid Muzakarah Kilat Kitab At-Tibyan karya Imam Nawawi pagi tadi ialah cara mengagungkan Allah Taala ialah dengan memuliakan 3 golongan manusia : 1. Memuliakan orang mukmin yang telah tua 2. Memuliakan penghafaz al-Quran yang tidak menurut hawa nafsunya dan tidak melupakan al-Quran 3. Memuliakan pemimpin yang adil Che Azizi SMKA Maahad Muar - Rasmi https://t.me/ustcheazizi
545
12
Didalam al-Quran terdapat 3 tempat perkataan Basmalah ditulis tanpa Alif Wasal dan 4 tempat ditulis dengan Alif Wasal. Apabil
Didalam al-Quran terdapat 3 tempat perkataan Basmalah ditulis tanpa Alif Wasal dan 4 tempat ditulis dengan Alif Wasal. Apabila diperhatikan Basmalah yang ditulis tanpa Alif Wasal terdapat perkataan lafaz al-Jalalah الله selepasnya. Ia memberi makna kepada penegasan kepada hamba supaya ‘wushul’ kepada Allah dengan segera dan melalui segala wasail yang paling cepat. Adapun perkataan Basmalah dengan Alif Wasal pula biasanya menyebut tentang suruhan supaya membaca, berfikir dan bertasbih dengan maksud kepada tempoh masa yang panjang dan proses yang berterusan dalam berzikir dan berfikir bagi membina keupayaan akal dan kecerdikan seseorang manusia. Che Azizi https://t.me/ustcheazizi
534
13
Menjadi hebat perlukan kesungguhan dan mujahadah yang tinggi. Tidak hanya bergantung kepada bakat semata-mata. Bruce Lee memerlukan 1000 kali latihan dalam sehari untuk menjadi pakar dalam satu jenis tumbukan. Datuk Dr Mohd Daud Bakar membaca dokumen paling kurang 500 mukasurat seminggu selama 20 tahun. Bila banyak membaca buku, yang berat akan menjadi ringan, jiwa dan minda akan jadi ringan. Begitu juga nak menghafaz al-Quran, seingat saya… guru kami Ust Yunus حفظه الله pernah mengajar teknik menghafaz dengan membaca al-Quran satu muka surat sebanyak 20 kali tanpa henti. Ya mula-mula memang susah tetapi selepas 6 bulan dah jadi biasa dan mudah. Murajaah hafazan lama perlu diuruskan dengan baik. Mulakan murajaah hafazan yang dah ingat (hafazan lama yang lancar dibaca tanpa melihat mushaf ) pada masa kita penat, atau sibuk seperti berjalan, menunggu guru atau pensyarah masuk ke kelas. Murajaah hafazan yang dah lupa, hafaz semula ketika masa kita bermotivasi tinggi. Be flexisble. Che Azizi https://t.me/ustcheazizi
552
14
Di dunia boleh jadi orang berkuasa berjaya melepaskan diri, orang lemah ditindas. Tapi di akhirat orang lemah masuk syurga dlu, orang berkuasa pula yang kemudian. Jadi usah kecewa dengan keadilan dunia, sebab dunia tak semuanya adil untuk kita. Lihatlah akhirat, hanya disana sebenar-benar keadilan.
579
15
Aktiviti dipanggil Mukhtar Khatam (Pengesahan Juzuk semasa) yang dihafaz ialah satu proses pengukuhan hafazan yang sangat baik. Amalan ini biasanya digunapakai di madrasah² atau lebih tepat bagi kami bekas budak madrasah sebut ‘ambil cop’ seperti kata Ust Zul Ikhwan Al-Humawy Murid yang mempunyai potensi murajaah al-Quran dengan baik perlu diberikan peluang untuk melakukan murajaah (ulangan) sebanyak sejuzuk dihadapan guru. Selesai dari murajaah dihadapan kita, murid akan dihantar untuk sesi isbat (tebuk hafazan secara rawak) bersama guru halaqah lain. Guru perlu budayakan amalan ini supaya murid tahu tanggungjawab menghafaz bukan sekadar hafaz dan lepas. Tetapi ia lebih kepada satu tanggungjawab yang berterusan menjaga hafazan lama secara konsisten. Che Azizi SMKA Maahad Muar
795
16
+2
Matn yo'q...
704
17
https://youtu.be/kGiiwMly4kA?si=i4EyBKc40hvvYOBl
618
18
Murid ini antara yang konsisten melakukan murajaah dengan saya secara atas talian walaupun sudah menamatkan pembelajaran di s
Murid ini antara yang konsisten melakukan murajaah dengan saya secara atas talian walaupun sudah menamatkan pembelajaran di sekolah. Tiada alasan untuk mengingat semula hafazan yang sudah lupa. Beliau kini sedang menghafaz semula 5 juz dengan menggunakan kaedah Tahmil selama 40 hari.
592
19
Contoh rekod murajaah hafazan baharu dan lama selama 4 hari Mencintaimu+1
Contoh rekod murajaah hafazan baharu dan lama selama 4 hari Mencintaimu
495
20
Hafazan seorang murid yang mantap sudah pasti lahir dari ‘air tangan’ guru yang sangat komited dengan proses muraja’ah (ulangan) yang berkesan. Murid perlu optimumkan masa dengan baik lebih² lagi jika pengajian tahfiz itu digabungkan juga dengan subjek² akademik. Hafazan murid akan menjadi lebih parah jika tidak diuruskan masa dengan sebaiknya. Isu utama bukan tidak ada masa. Tapi bagaimana masa itu perlu diurus dan diselia sebaiknya oleh murid. Inilah yang perlu kepada bimbingan guru tasmik. Guru perlu menyemak semua aktiviti hafazan murid bermula dari proses tasmik (hafazan baharu) - Muraja’ah Hifz al-Jadid (ulangan hafazan baharu) dan Muraja’ah Hifz al-Qadim (ulangan hafazan lama). Antara strategi yang boleh guru gunakan dalam pengurusan muraja’ah ialah kaedah ulangan 4 hari ku mencintaimu. Ia bermula 5 mukasurat sehari. Setiap juzuk terdapat 20 mukasurat. 1 juz juzuk dibahagikan kepada 4 hari. Ini bermakna murid dapat menyelesaikan muraja’ah 1 juzuk selama 4 hari. Proses muraja’ah ini akan berterusan sehingga murid berjaya melakukan sesi muraja’ah dihadapan guru sebanyak 4 juzuk dalam tempoh 4 hari. Sebagai contoh : Ali sedang menghafaz juzuk 2, maka hafazan lamanya ialah juzuk 1 (20 mukasurat) : Hari pertama : Juzuk 1 (5 mukasurat) bahagian yang pertama Hari kedua : Juzuk 1 (5 mukasurat) bahagian yang kedua Hari ketiga : Juzuk 1 (5 mukasurat) bahagian yang ketiga Hari keempat : Juzuk 1 (5 mukasurat) bahagian yang keempat Hari keempat Ali berjaya melakukan ulangan hafazan lama sebanyak 1 juzuk dalam tempoh 4 hari. Jika Ali sudah menghafaz 5 juzuk, maka hafazan lamanya ialah juzuk 1,2,3 dan 4 (80 mukasuarat). Maka Ali perlu menyelesaikan muraja’ah 80 mukasurat selama 4 hari. Iaitu satu hari hanya 20 mukasurat (hanya 1 juzuk sahaja) Hari pertama : Juzuk 1,2,3 dan 4 (5 mukasurat) bahagian yang pertama Hari kedua : Juzuk 1,2,3 dan 4 (5 mukasurat) bahagian yang kedua Hari ketiga : Juzuk 1,2,3 dan 4 (5 mukasurat) bahagian yang ketiga Hari keempat : Juzuk 1,2,3 dan 4 (5 mukasurat) bahagian yang keempat Dengan ini, Ali sudah berjaya mendapatkan satu kitaran yang sempurna dalam aktiviti muraja’ah hafazan lama sebanyak 4 juzuk selama 4 hari. Sudah pasti ia dilihat sangat mudah, sedikit dan mudah oleh murid. Che Azizi SMKA Maahad Muar https://t.me/ustcheazizi
523