uz
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Kanalga Telegram’da o‘tish

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Khairul Hakimin Muhammad analitikasi

Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 36 306 obunachidan iborat bo'lib, Marketing toifasida 285-o'rinni va Malayziya mintaqasida 906-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 36 306 obunachiga ega bo‘ldi.

20 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -389 ga, so‘nggi 24 soatda esa -8 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 8.78% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.02% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 3 187 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 734 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 21 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Marketing toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

36 306
Obunachilar
-824 soatlar
-957 kunlar
-38930 kunlar
Postlar arxiv
Berilmu, ujian. Berharta, ujian, Berjawatan, ujian. Berkeluarga, ujian. Berada, ujian. Semua benda yang Allah beri sama ada senang atau susah, semua ada ujiaannya yang tersendiri. Ada yang diuji kesukaran, ada juga ujian kesenangan. Rasa pandai juga ujian, Rasa besar juga ujian. Rasa beriman, baik, sering solat jemaah, sering pergi masjid, surau, juga ujian. Kawan-kawan, ingat perkara ini, kita sering lalui dan selalu hadap benda-benda hebat begini. Orang rajin ke surau, perli orang tak pergi surau. Orang bijak berniaga, bantai orang kerja makan gaji. Orang hebat belajar, sindir orang yang tak masuk universiti. Orang dah ada anak dua tiga, cakap orang belum nikah belum ada zuriat. Orang dah berjaya, ada kekayaan harta, pandang rendah kepada orang yang sedang berusaha. Sungguh, semua itu ujian belaka. Boleh jadi yang diuji itu sedar atau tak. Jika sedar, syukur. Jika tak, dan mati dalam keadaan tak perasan, tak ditegur hatinya, maka hidup dia tetap sia-sia. Sungguhlah; “Orang jadi jahat apabila dia rasa diri dia mulia.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita belajar.

Seronoknya dapat tonton berulangkali. Tengok rakaman pun rasa macam datang kelas. Inilah pengalaman setelah kalian dapatkan R
Seronoknya dapat tonton berulangkali. Tengok rakaman pun rasa macam datang kelas. Inilah pengalaman setelah kalian dapatkan Rakaman Eksklusif Kelas Rahsia Content Writer Jana RM5,500 Sebulan. Kelas ini padat dengan perkongsian selama 3 jam. Dan paling bestnya, kalian akan dijemput masuk ke Group Support Kelas. Di sana ramai yang telah berjaya dan mulakan kerjaya sebagai Content Writer. Atas sebab permintaan tinggi, kami berbesar hati untuk buka kepada 3 orang sahaja pada malam ini untuk dapatkan rakaman. Cuma RM45 sahaja gais. Lekas gais, daftar terus sekarang. Lepas ini, ia kembali ke harga asal iaitu RM155.00. Terus tekan link di bawah: https://bit.ly/35G5KKT https://bit.ly/35G5KKT https://bit.ly/35G5KKT

Tanda kebergantungan kita kepada Allah: 1. Apabila berkeinginan, solat hajat. 2. Apabila ingin memilih, solat istikharah. 3. Apabila ingin rezeki seluas langit, tak putus seperti tak putusnya zam-zam, solat dhuha. 4. Apabila mahu sentiasa dipermudahkan urusan, solat tahajjud. 5. Apabila rasa diri banyak dosa, mahu bertaubat dan memohon ampun, solat taubat. 6. Apabila gelisah tak sudah, solat tasbih. 7. Apabila mahu kecukupan, sentiasa tenang dan fokus, solat rawatib. Begitulah. Mari mula sama-sama gais. Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Belum terlambat.

Yang nak beli atau nak buat duit raya tahun ini, boleh baca ya. Tahun ini projek Biskut Mazola. 1 jenis sahaja kita pulun. Bi
Yang nak beli atau nak buat duit raya tahun ini, boleh baca ya. Tahun ini projek Biskut Mazola. 1 jenis sahaja kita pulun. Bismillah. Baca di sini ya: https://www.facebook.com/1409650354/posts/10228470355489808/?d=n

Orang hebat, dia menang waktu pagi. Kawan-kawan, pada setiap kali kita bangun tidur, kita "check in" diri kita untuk mengadap Allah. 1. Bangun tidur dengan doa: اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan” Selepas itu bersihkan diri. 2. Solat sunat sebelum subuh: Ini seperti mana yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA, sabda Nabi SAW: رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا Maksudnya: Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya. Riwayat Muslim (725) 3. Menunaikan solat subuh, lagi baik berjemaah. 4. Memberi sedekah pada waktu subuh. 5. Berselawat sebanyak-banyaknya ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam. 6. Mengaji sekurang-kurangnya 1 helai Al-Quran. 7. Menyediakan makanan kepada ahli keluarga terdekat dan seterusnya. - antara penyebab kebahagiaan dalam keluarga adalah adanya kecukupan makanan. Sesiapa yang berlumba menyediakan makanan dan memberi isi kepada mana-mana perut pada waktu pagi, dia beroleh pahala besar pada awal pagi juga. Ia termasuk kepada haiwan peliharaan atau mana-mana makhluk Allah yang lain. - sesiapa yang berebut sediakan, dia beruntung besar. Sebab itulah kalau kita lihat emak ayah kita berebut nak sediakan sarapan. Sama ada emak nak masak atau abah nak pergi beli. Mereka tahu keutamaan ini. Kawan-kawan, Nak Allah murahkan rezeki, kita dahulu kena pemurah. - pemurah dalam beribadah. - pemurah dalam mengingati Allah. - pemurah dalam berkeluarga. - pemurah dalam berkomuniti. - pemurah dalam bersahabat dan berkawan. Kemurahan rezeki adalah dari apa yang kita usahakan. Kita tentukan melalui hati, jiwa, perlakuan dan tindak tanduk kita. Usaha sebaiknya waktu pagi, itu permulaan kepada hati yang indah. Andai diuji pada hari tersebut walau sudah berbuat sehabis baik, ketahuilah itu tanda diri kita mahu diangkat lagi tingkatnya, mahu lebih matang, mahu lebih rasional mahu lebih hebat lebih banyak bantu lebih ramai orang lagi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Salam Jumaat semua!

Jadi 19 orang terawal untuk dapat harga istimewa di Kelas The Amazing Of Storytelling yang akan berlangsung 20hb Februari ini
Jadi 19 orang terawal untuk dapat harga istimewa di Kelas The Amazing Of Storytelling yang akan berlangsung 20hb Februari ini. Kapten Hamk akan terangkan secara terperinci cara menyusun storytelling supaya penulisan kalian berkesan dan menusuk ke hati pembaca. Cepat daftar hari ini: https://bit.ly/3uGNJGM https://bit.ly/3uGNJGM https://bit.ly/3uGNJGM

Kita pilih jadi orang rajin gais.
Kita pilih jadi orang rajin gais.

Gais kelas percuma kiraan cukai, zakat dan loan. Baca di sini ya: https://www.facebook.com/1409650354/posts/10228465570930197/?d=n

Awal dulu waktu mula serius menulis #content, cikgu saya pesan pedulikan hal like, komen dan share. Tulis sahaja. Itu adalah perkara yang susah ya amat. Iya, apabila tulis di medan media sosial, 3 perkara itu (like, komen dan share) adalah pemangkin kepada kepuasan diri. Orang like, kita suka. Orang komen, kita suka, Orang share, lagilah kita suka. Namun saya cuba disiplin. Tulis kebaikan, campak sahaja klik butang post dan duduk diam tak payah tengok ada tak dapat semua 3 perkara tersebut. Saya off terus notifikasi bagi posting tersebut. Sebut sahaja Alhamdulillah kerana berjaya buat 1 penulisan kebaikan. Dan kerap sebut istighfar takut-takut benda itu boleh jadi riak dan sebagainya. Saya tutup telinga, lantak orang nak cakap apa. Kita tulis perkara yang baik-baik akan ada orang cakap kita itu kita ini. Biarkan. Main media sosial kena cekal habis. Rupanya lepas sejam, ada 50 like, 3 komen, 5 share. Wah alhamdulillah. Esok tulis lagi. Lusa tulis lagi. Sampailah saya tulis di Ms Word dan simpan dalam folder. Kemudian saya susun sahaja pada waktu pagi nak post apa, petang apa dan malam apa. Akhirnya posting saya ada 100 share, naik 2,000 share, komen dah mula tak terlayan dan alhamdulillah follower saya meningkat. Sungguhlah. Berbuat baik, dapat baik. Syukur alhamdulillah. Begitulah kawan-kawan, buat sahaja. Konsisten. Pasti ada hasilnya. Khairul Hakimin Muhammad, Masih belajar dan belajar. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Beruntungnya yang join kelas copywriting malam ini. Harga kelas turun ke RM29.00. Kelas Copywriting Power Masterclass ni mema
Beruntungnya yang join kelas copywriting malam ini. Harga kelas turun ke RM29.00. Kelas Copywriting Power Masterclass ni memang ajar satu-satu penulisan tarik crowd dan ada 5 Formula Naikkan Sales. Tinggal 6 kekosongan seat gais. Lekas daftar. Kelas lebih kecil, lebih fokus dan paling best, macam-macam boleh tanya. Daftar sekarang dan kalian siap dapat rakaman kelas untuk tonton berulang-kali. Tekan terus link di bawah: https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf

Belajar untuk tak lihat siapa yang like posting anda, tak tengok siapa yang tonton “story” anda, tak peduli siapa yang nampak, suka, tak suka, share, atau repost. Itu semua kebaikan kepada diri sendiri. Posting yang baik, perkongsian yang baik akan dapat hasil yang baik. Jika kita sentiasa nak tahu siapa yang suka, tak suka, tonton tak tonton, hati kita sendiri semakin tak cantik. Kalau dia tengok, kita happy. Kalau dia tak tengok, kita membenci. Sedangkan dia juga ada kerja lain nak dibuat, bukan macam kita kongsi kongsi kongsi 24 jam sehari. Kalau kita berniat buat posting perli-perli kepada dia, dia tengok, kita puas namun kita dapat dosa. Dia tak tengok, kita sakit hati, kita dapat susah resah gelisah sepanjang hari. Dua-dua keadaan sangat tak baik untuk diri. Hidup kita ini kita tak ada keperluan untuk buktikan apa-apa kepada sesiapa. Terus buat baik. Tulis yang baik, kongsi yang baik. Orang akan suka, akan klik butang share dan semua orang happy bermain media sosial. Kawan-kawan, kita yang kawal diri kita nak buat post apa di akaun media sosial kita. Kita bertanggungjawab sepenuhnya apa yang kita komen, kita post dan kita share. Kalau posting kita buat menyambung hubungan, syukur. Namun jika memutuskan, sedih dan peritlah hidup. Kita yang kawal semua itu. Tak suka, tak nak dia tengok, tak perlu buang masa terus block sahaja. Namun tak adil dengan block masih mengutuk dan membenci dia. Saling kena move on okey! Hari tenang, jiwa damai. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita semua bertanggungjawab.

Semua saya yakin Allah akan beri apabila kita usaha dan buat. Takat belajar tapi tak buat, tak gunaaaaa. Jadi kena cuba try and error manjang. Syukur lepas banyak kali cuba menjadi alhamdulillah. Jadi saya nak kongsikan teknik saya buat kepada kalian. Saya nak buat kelas bagaimana saya membina hampir 300,000 follower tanpa buat ads langsung. Semua zero kos marketinggggg! Kita belajar guna media sosial dengan betul dan terancang, supaya kita dapat audien pun yang betul. Jom gais. Harga kelas hanya RM79 sahaja. Dapatkan seatnya ya. Kelas pada 28hb Februari 8.30 malam! Klik sini gais: https://bykhm.onpay.my/order/form/gbdc https://bykhm.onpay.my/order/form/gbdc https://bykhm.onpay.my/order/form/gbdc

"Macam manalah mamat ini ada beratus ribu follower entahhhh!" Saya sokmolah nak terangkan. Namun karang jadi panjang dan bori
"Macam manalah mamat ini ada beratus ribu follower entahhhh!" Saya sokmolah nak terangkan. Namun karang jadi panjang dan boringggg. Hahahaha. Jujurnya saya pergi belajar. Saya mungkin tak sama dengan influencer lain. Saya jenis tak berani nak cuba itu ini tanpa ilmu. Maka saya pun masuklah kelas. Percubaan main media sosial secada serius pada 2013-2015 tak menjadi mana. Hahahaha habis duit beribu pergi kelas tapi tak buat. Takut viral, takut kena kecam bagai. Sampailah saya cuba ja. Kalau tak berubah, tak tahu kan? So saya cuba. Alhamdulillah saya tulis berbagai resipi mula penghujung 2015 sampai januari 2017, saya dapat 100,000 follower yang pertama. Waktu itu saya kongsikan bagaimana saya buat. Saya dulu kerja kilang, buat part time macam-macam, jadi jurugambar, jual biskut dan brownies, kemudian tulis buku sampailah bina syarikat betul-betul. Alhamdulillah perlahan-lahan jualan mencecah RM1juta setahun.

Bagaimana nak keluar dari zon selesa gais? Caranya begini: 1. Bina hobi baru. Ya hobi, minat, kesukaan semuanya boleh dipupuk. Jika selama ini suka main game di rumah, cuba beli basikal dan ajak kawan sertai bersama. Akan terbina hobi baru. 2. Sesekali kena cuba menjadi sukarelawan di mana-mana. Cari, google, usaha. Pasti jumpa. Dapat pakai baju mereka dan buat kerja amal adalah sebuah usaha melihat orang lain yang dalam sengsara dan perlu dibantu. 3. Cuba besarkan jiwa. Banyak mendengar dan mengamati sesiapa yang sedang bercakap. Kebanyakan orang yang dalam zon selesa “pantang” mendengar cakap orang, dia sahaja yang nak cakap cakap cakap cakap. 4. Travel ke tempat yang kita tak suka, atau takut. Pilih tempat yang kita tak gemar dalam negara. Contohnya kita jenis suka pantai, tak suka suasana hutan atau kampung. Tapi lawan diri dengan pergi ke Janda Baik atau tempat best yang lain. Sahih akan belajar sesuatu. 5. Ubah rutin harian. Kalau dah terbiasa bangun jam 6. Cuba bangun jam 5. Kalau terbiasa balik awal nak main game, cuba balik lambat dengan joging dahulu. * Zon selesa akan jadi penyakit dalam diri kalian. Jadi malas, jadi tak kisah dan tak peduli kehidupan di masa hadapan. Hutang bertambah, selalu runsing dan sering rasa semua masalah takkan selesai. Sedangkan bersepah banyak hal ada solusinya. Untuk itu, minda kena cergas. Nak cergas, kena ubah segalanya. Mula hari ini gais! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit gais!

"Tuan, saya masih tak pandai live." "Tuan, saya malu." "Tuan, saya takut dengan kamera." "Tuan, bantu saya tuan." Gais, saya tak boleh bantu kalian. Kalian kena bantu diri sendiri. Ia tak perlu sempurna pun. Ia hanya perlu bermula. Dari situ titik belajar pun akan bermula. Hari 1: Live tak ada orang. Baiki. Hari 2: Live ada keluarga sahaja. Enjoy. Mereka nak ketawa, mereka nak kata apa, enjoy! Hadap sahaja. Hari 3: Live dah mula ada yang jenguk-jenguk, layan mereka, sebut nama mereka. Betul, kita akan tergagap-gagap lagi, okey! Tak apa. Hari 4: dah mula study dulu nak buat apa, nak cakap apa semuanya dah buat persediaan. Hari 5 dan seterusnya akan mula dapat rentak. Gais! Kalian hanya perlu bermula sahaja. Dari situ kalian akan belajar. Orang akan cakap macam-macam hal. Tegur sana baiki sini, lantak sahaja! Yang penting kalian berusaha nak lakukan sesuatu. Sama juga nak buat benda lain. Kalau tak bermula, kalian akan duk feel ketakutan itu. Duk cakap sana duk sembang sini. Syukurlah FB ini tak ada boleh keluar tangan nak lempang kita. Kalau tak, dah lama cikgu-cikgu lempang ja muka kita. Sebab tak habis kasi alasan, nak bermula pun tidak. Ha! Mula sahaja hari ini! Tak perlu tunggu esok! Nak buat, buat. Tak nak buat, memang akan banyak alasan. Nak berubah, ubah! Yang tak nak berubah sahaja sembang kencang sini tak boleh sana boleh. Dia ingat kita ini senang boleh kena tipu dengan mulut dia. Yihhhhh. Gais! Bangkit! Bangun! Buat sahaja! Ingat ini, Orang rajin, cari jalan. Orang malas, banyak alasan! Bangkit! Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat!

KELAS COPYWRITING TURUN HARGA GAIS! Ramai teruja nak join kelas penulisan. Mana yang excited sangat tu, eloklah kalian join k
KELAS COPYWRITING TURUN HARGA GAIS! Ramai teruja nak join kelas penulisan. Mana yang excited sangat tu, eloklah kalian join kelas esok malam. Kelas Copywriting Power Masterclass ni memang ajar satu-satu penulisan tarik crowd dan ada 5 Formula Naikkan Sales. Kita buka 20 seat sahaja lagi untuk kelas esok pada 8.30 malam. Kelas lebih kecil, lebih fokus dan paling best, macam-macam boleh tanya. Harga kelas turun ke RM29 sahaja hari ini. Mana yang dapat join, bertuah sungguh alahai. Daftar sekarang dan kalian siap dapat rakaman kelas untuk tonton berulang-kali. Tekan terus link di bawah: https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf

Belum susah lagi kalau masih ada rumah, Belum susah lagi kalau masih ada makanan, Belum susah lagi kalau masih ada bantuan, Belum susah lagi kalau masih ada kudrat. Kawan-kawan, Sudah-sudahlah meratib kata susah sana susah sini, Jika kalian ke negara-negara penduduknya ramai, kalian akan jumpa tahap kreatif mereka mencari rezeki. Mereka berusaha apa sahaja yang ada di dapur. Kalau hanya dapat jual 10 keping lempeng, dapat RM2, mereka akan jual. Kalau hanya dapat jual beras secawan-secawan, mereka akan jual. Apa sahaja. Jika dah tak ada apa di dapur, mereka akan pergi ke rumah-rumah jiran tanya apa yang boleh dibantu, asal ada hasil, mereka usahakan. Sama juga kita gais, Hari ini zaman teknologi, berhentilah duk cakap tak tahu nak buat apa. Belajar dan berusahalah. Semua orang ada kudrat, tenaga dan kejernihan berfikir, pasti ada jalan. Kita tak habis bandingkan hidup kita dengan kesenangan orang lain, jadi kita rasa kita lebih "susah" dari dia. Sedangkan kita jauh lebih senang dari anak-anak yang bawah umur, terpaksa berniaga dari ke sekolah. Berhujan berpanas semata nak membantu ibu bapa membeli susu adik-adik. Dah ada kerja, merungut gaji kecil. Dah ada duit, merungut sikit sangat. Dah ada senang sikit, takut benar nak hulur ke emak ayah. Ya Rabb, jika yang sedikit pun tak boleh bersyukur, tak boleh berkongsi, bagaimana Allah nak kasi lebih banyak kawan-kawan. Bangkit kawan-kawan, berhenti beralasan! Kita sendiri kena lawan sifat malas, sifat penat, sifat sentiasa merungut. Berusaha sampai berjaya! Bismillah! Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit!

Maaf ya semua. Habis 10 seat ini, kelas ini naik ke RM99.00. Sementara sempat ni, lekas daftar ya. Modul storytelling ini mem
Maaf ya semua. Habis 10 seat ini, kelas ini naik ke RM99.00. Sementara sempat ni, lekas daftar ya. Modul storytelling ini memang terperinci dan berbeza dengan kelas Content sebelum ini. Ia akan berlangsung melalui Platform Zoom pada 20 Februari 2022 ini, tepat jam 9.00 malam oleh Kapten Hamk. Ayuh! Daftar segera ya: https://bit.ly/3uGNJGM https://bit.ly/3uGNJGM https://bit.ly/3uGNJGM

Cikgu saya ajar mudah sahaja tentang maksud kemampuan. 1. Pastikan kita boleh bayar 2 kali barang yang kita beli, baru kita beli. 2. Contohnya: Iphone 11 berharga RM5,000. Kita hanya ada RM5,500. Maka kita hanya mampu beli 1. Jadi sebenarnya kita tak mampu. Jangan beli. Yang kita mampu ialah telefon yang berharga kurang RM2,500. 3. Contoh benda besar pula. Kita ambil rumah. Kalau kita rasa kita mampu bayar RM2,000/bulan. Kita kena cek balik boleh dak kalau kita bayar RM4,000 sebulan. Kalau tak boleh, maka sebenarnya kita tak mampu. Yang kita mampu sebenarnya rumah yang bayaran bulannya RM1,000 sahaja. Cikgu saya pesan “barang yang kita beli itu tanda kita mampu. Maksud mampu ialah apabila kita beli barang, kita masih ada wang.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mari belajar sama-sama gais.

Fuhh, tinggal 14 seat sahaja lagi. Selepas ini, kelas ini akan naik ke RM99.00 gais. Cepat daftar sekarang. Kelas ini pertama
Fuhh, tinggal 14 seat sahaja lagi. Selepas ini, kelas ini akan naik ke RM99.00 gais. Cepat daftar sekarang. Kelas ini pertama kali diadakan untuk tahun ini, khas untuk kalian yang nak belajar menulis storytelling di media sosial. Ia akan berlangsung melalui Platform Zoom pada 20 Februari 2022 ini, tepat jam 9.00 malam oleh Kapten Hamk. Ayuh! Daftar segera. Kalau tak melepas: https://bit.ly/3uGNJGM https://bit.ly/3uGNJGM https://bit.ly/3uGNJGM