uz
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Kanalga Telegram’da o‘tish

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Khairul Hakimin Muhammad analitikasi

Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 36 264 obunachidan iborat bo'lib, Marketing toifasida 284-o'rinni va Malayziya mintaqasida 905-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 36 264 obunachiga ega bo‘ldi.

24 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -388 ga, so‘nggi 24 soatda esa -13 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 3.96% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.02% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 1 437 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 734 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 25 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Marketing toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

36 264
Obunachilar
-1324 soatlar
-917 kunlar
-38830 kunlar
Postlar arxiv
Soalan: Bagaimana dengan 1 topik boleh dipecahkan menjadi banyaknya posting? Jawapan: Asingkan menggunakan matlamat menulis #
Soalan: Bagaimana dengan 1 topik boleh dipecahkan menjadi banyaknya posting? Jawapan: Asingkan menggunakan matlamat menulis #content. Saya beri contoh mudah, nasi goreng. Macam mana nak cambahkan idea untuk tulis beberapa posting hanya gunakan perkara ini. Jika matlamat posting to educate, maka postingnya akan jadi resipi nasi goreng. Jika matlamat posting to inform, maka postingnya tentang di mana nasi goreng paling sedap di Bangi. Jika matlamat posting to inspire, maka postingnya tentang kejayaan bisnes nasi goreng Makcik si polan binti si polan. Dapat 3 posting hanya kerana nasi goreng. Itu keseronokan menulis guna content. Dari 1 isi, boleh pecah menjadi ribuan content yang best. Bayangkan produk, perkhidmatan, nak buat posting iklan, serta nak bangunkan follower, semua boleh dibina. Kita boleh ada beribu follower, boleh juga jana jutaan ringgit. Hanya dengan bangunkan content yang tersusun. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi teruslah ke https://t.me/ContentKHM

Nak tulis, tulislah perkara yang orang suka. Yang banyak titik persamaan dengan orang lain. Ia mesti dirancang, disusun dan kita sendiri hadam tentang hal tersebut. Jika tidak, kita akan gagal berkali-kali. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/bangkit-rancang-…buat-sampai-jadi/ )

photo content

Situasi 1. A pergi ke restoran B. Restoran itu kotor dan memberi tak selesa kepada A. Lalu A memuat naik posting yang memburukkan B. B hantar surat saman kepada A dan A perlu bayar saman atas memburukkan serta menjejaskan reputasi. Situasi 2. C tidak berpuas hati dengan D. Lalu C menulis sesuatu di media sosial tanpa menyebut nama namun memberi gambaran tentang keburukan D. D dapat buktikan segala apa yang ditulis. C disaman kerana memburukkan dan menjejaskan reputasi D. Kawan-kawan, Ada banyak lagi contoh yang boleh diberi. Jujurnya sekiranya kalian ada tidak berpuas hati dengan sesiapa, walau kalian di tempat yang betul, kalian tak boleh menulis memburukkan di media sosial. Kalian tetap boleh disaman dan boleh jadi bukan sekadar membayar saman, entah-entah boleh dipenjara dan muflis terus. Fokus tulis kebaikan sahaja. Bangunkan #content bermanfaat secara konsisten. Hal tak puas hati, hadaplah depan-depan. Jaga emosi. Jaga diri. Kita yang kawal diri kita. Jangan sebab restoran orang lain yang kotor, kita kena bayar saman. Jangan sebab hanya sikit tak berpuas hati, kita yang muflis. Kita yang rugi okey. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pernah saman orang kerana fitnah berterusan. Ha gitu.

Maaf semua. Sekadar ingatkan kepada semua. Ada 45 minit lagi untuk daftar dropship secara percuma. Mula 12 tengah malam ini, pendaftaran dropship KHMOneCookies akan dikenakan bayaran RM30 ya. Klik sini ya https://khmonecookies.com/daftar/000002 Terima kasih semua

10 jam lagi gais! Lepas ini harga naik ke RM199! Lekas dapatkan seat anda sekarang! Klik sini https://bykhm.onpay.my/order/fo
10 jam lagi gais! Lepas ini harga naik ke RM199! Lekas dapatkan seat anda sekarang! Klik sini https://bykhm.onpay.my/order/form/csgm

Salam semua. Selamat pagi. Reminder: Mana yang nak mendaftar sertai Dropship KHM-OneCookies, Kena daftar segera hari ini. Mula esok (25hb), pendaftaran dah mula dikenakan bayaran! Lekas bertindak ok! Klik sini segera: https://khmonecookies.com/daftar/000002 Selepas daftar, log in, kemudian terus baca paparan utama untuk ke Group Support ya. Jumpa di sana! Bismillah.

Ada rakan kami yang berjaya buat jualan RM1juta tahun 2019 tanpa guna ads langsung. Hanya bangunkan posting di personal account sahaja. Semuanya menggunakan #content yang dibina dengan strategi berkesan. 10.00 pagi - Posting crowd. Susun dan rancang status yang orang akan klik butang share. Lalu dia sentiasa dapat follower baru setiap hari. Kadang dapat 20 orang, ada masa jika postingnya viral, dia akan dapat 200-400 orang 1 malam. 1.00 tengah hari - up iklan. Terus sahaja hard sell. Tak ada serabut nak buat ayat simpang siur selekoh sana sini. Direct sahaja menjual. Apabila crowd sudah naik, ikan sedang berkumpul, maka tebarlah jala. Kadang boleh dalam 1 orang klien, ada masa dapat lebih 10 orang hanya guna 1 posting sehari sahaja! Kemudian sekitar jam 5, up pula posting side. Sekadar nak beri engagement sahaja kepada wall sendiri. Selesai 3 posting sehari. 3 posting sehari kali 365 hari setahun, dapat 1,095 posting setahun. Dan dari sebanyak itu posting setahun, dapat sales RM1juta. Ianya bermula dari membina posting yang berkesan menggunakan content yang betul. Kita nak, kita buat betul-betul. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Bisnes saya: www.onecookies.com www.khairulhakimin.com www.fakulti.com Jemput-jemput singgah belaka. Heee. 🥰

Soalan: Tuan, posting saya dah 2-3 kali viral. Tapi follower saya tak naik, kenapa ya? Jawapan: Profiling. Baiki semuanya semula. Gambar cover mesti ada elemen kehidupan, gambar profile letak gambar seorang, nama guna nama orang, elak bercampur atau bergabung nama produk dan syarikat, Teks bio letak benda kita suka, kita minat, kita selalu buat, bahagian about working baru letak kita punya bisnes dan kerjaya. Kalau di bahagian profile kita dah sibuk nak jadikan ia sebagai kedai, orang singgah selepas baca posting viral, terus tak jadi klik butang follow. Nak kasi orang follow, kena beri orang selesa dengan kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Kita yang kawal diri kita nak cakap apa, nak nasihat apa, nak jual apa. Bukannya jadikan diri kita ini dibenci hanya kerana b
Kita yang kawal diri kita nak cakap apa, nak nasihat apa, nak jual apa. Bukannya jadikan diri kita ini dibenci hanya kerana beberapa patah perkataan yang keluar dari mulut kita. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/jom-tukar-kepada-ayat-positif/ )

Elakkan menulis perkara yang tergantung atau kita sahaja yang faham. Contohnya: "Kecewa betul hari ini, semoga Allah membalas kejahatan orang tu." Atau "Susah sangat ke nak beri signal? Payah betul bawa kereta besar, otak kecil." Atau "Tak hadaplah dengan kereta besar rumah besar kau, takat menunjuk dekat insta, dapat like je punn." Kawan-kawan, Status begini menambah benci orang kepada kita. Kita luahkan kebencian tanpa kita beritahu kisah yang sebenar. Walau nampak ringkas, kita sebenarnya sedang membuka luas-luas orang bercakap tentang kita. Orang hebat, dia diamkan diri apabila dia lihat perkara yang tak baik untuk dia. Kalau perkara itu boleh dibaiki (seperti kes signal di atas), buat posting bermanfaat seperti cara guna signal dan sebagainya. Posting tergantung, menyebabkan kalian digantung mati oleh para netizen. Kita beriya nak beritahu buruk orang, kita tak sedar kita sedang burukkan diri kita sendiri. Sama-sama kita elakkan okey! Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Kalau nak copy paste, pastikan dikredit ke Channel ini ya https://t.me/ContentKHM

Ya kawan-kawan, semua orang ada ceritanya. Kita yang kena melihat dari hati. Bukan mata yang menjadi hakim. Dan apabila semua
Ya kawan-kawan, semua orang ada ceritanya. Kita yang kena melihat dari hati. Bukan mata yang menjadi hakim. Dan apabila semuanya tulus, Allah menyayangi. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/doa-kedua-ibu-bapa-adalah-kejayaan/ )

Semasa bekerja kilang dulu, Dato Rameli Musa (VC Ingress Corporation Berhad) selalu pesan perkara ini. (Baca selanjutnya di h
Semasa bekerja kilang dulu, Dato Rameli Musa (VC Ingress Corporation Berhad) selalu pesan perkara ini. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/pesanan-dari-dato-rameli-musa-vc-ingress-corporation-berhad/ )

Memori Posting setahun lalu 21-1-2020. Semoga masih memberi manfaat. Tadi saya sempat jumpa seorang kawan. Tak ada benda besar yang kami sembang, sekadar berborak biasa sahaja. Beliau tanya kepada saya, “pernah tak hadiahkan ke emak ayah bantal?” Saya jawab tak pernah. Dan saya tanya kenapa. Beliau jawab, “Cubalah.” Saya tak puas hati. Saya korek lagi. Akhirnya dia cerita. Dia cakap, dia dapat hal ini semasa dengar kuliah beberapa bulan lepas di kawasan perumahannya. Dia balik ke kampung belikan emak ayahnya bantal. Yang selesa siap dengan sarungnya yang cantik-cantik. Emaknya masa dapat itu siap peluk-peluk lagi. Katanya lagi, memang ya. Bab rezeki tak payah cakap. Murah sangat-sangat. Allah berikan segalanya. Projek banyak, buat baik sana-sini semua lega. Saya tanya, “eh kenapa bantal eh? Bagi menda lain pun ok kan?” Dia jawab, “kau kena faham falsafah yang ini. Masa emak ayah kita nak tidur. Dia akan cakap bantal ini anak dia yang beli. Lalu dia akan ingat dan doa baik-baik. Boleh jadi kasih sayang itu Allah angkat dan jadikan ia benda baik untuk anak-anak. Setiap kali nak tidur, emak kita teringatkan kita. Allahu. Kau tak nak?” Saya terdiam, ketap bibir. Ya Tuhan. Kenapalah tak terfikir. Saya masuk ke dalam kereta. Benarlah, anak yang baik akan fikir sampai ke tempat tidur emak ayahnya. Patutlah kawan yang ini rezekinya murah manjang. Kalau berjumpa pasti ada ilmu baru. Orang sama yang beri saya pesanan tentang sedekah di masjid, buat baik kepada isteri serta keluarga dulu-dulu, dialah orangnya. Ya Rabb. Terima kasih sekali lagi. Alhamdulillah. Semoga kita dapat beri emak ayah kita tidur lena dengan kebaikan yang kita semua lakukan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Belajar lagi. https://t.me/ContentKHM

photo content

Hangpa nak tengok dak sistem baru jualan kami? Untuk pembelian terus, boleh ke sini: https://khmonecookies.com/shop/000001 Untuk nak jadi Dropship, terus ke sini okey: https://khmonecookies.com/daftar/000002

Gunakan teknik 5/25. 1. Listkan semua 25 perkara yang kamu ingin lakukan tahun ini. 2. Kemudian fokus 5 yang paling atas. 3. Tutup 20 lagi perkara selagi 5 itu tidak tercapai. 4. Selepas berjaya siapkan 5 itu, maju ke 5 perkara lagi dan tutup 15 perkara seterusnya. Begitulah sampai habis. 5. Fokus adalah segalanya. Sekiranya tidak disusun begitu, maka kalian akan gagal menyiapkan semua perkara. Begitulah juga dalam menulis #content di media sosial. Tenang dan fokus sahaja menulis apa yang kita sudah susun. Tak perlu gopoh mahu selesaikan semuanya. Kita yang kawal diri kita. Hal orang lain, biarkan. Kita yang nak buat duit, nak bayar bil. Jadi bangunkan diri kita sebaiknya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Saya suka ayat Mckee tentang kita tahu kita ada Allah. Namun kita tak berharap pun kepada Allah. Kita hanya tahu harapan kita
Saya suka ayat Mckee tentang kita tahu kita ada Allah. Namun kita tak berharap pun kepada Allah. Kita hanya tahu harapan kita kepada usaha yang kita lakukan sahaja. Moleknya kita terhadap sesuatu kerja itu berlandaskan peluh dan penat. Namun kita lupa yang menjayakannya tetap Allah... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/hidup-ini-adalah-tentang-berkat/ )

Rezeki banyak, kesihatan bagus, minda power, hubungan terjaga dan kita dikelilingi orang bagus adalah kerana kita jaga 3 perk
Rezeki banyak, kesihatan bagus, minda power, hubungan terjaga dan kita dikelilingi orang bagus adalah kerana kita jaga 3 perkara ini... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/bukan-rezekinya-…saja-yang-kurang/ )