fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 35 194 مشترک است و جایگاه 278 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 898 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 35 194 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 01 اکتبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -268 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -14 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 8.66% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 0 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 02 اکتبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

35 194
مشترکین
-1424 ساعت
-817 روز
-26830 روز
آرشیو پست ها
20 cara bagaimana suri rumah boleh hasilkan content yang bagus: 1. Tips menguruskan baju sendiri, anak dan suami dalam masa 1 jam. 2. Cerita deko dalam rumah, luar rumah. 3. Bangunkan resipi sarapan, makan tengah hari, bekal anak dan suami, makan malam. 4. Tips beli barang dapur. 5. Tips organize barang di dapur. 6. Tips susun atur mainan anak. 7. Bagaimana ajar dan didik anak-anak belajar. 8. Menyusun atur waktu solat, mengaji dan belajar. 10. Diet anak, suami dan sendiri. 11. Hal riadah, bersukan dan hobi anak dan suami. 12. Tips putihkan baju, bersihkan itu ini, lajukan buat itu ini. 13. Bagaimana membuat duit semasa anak ke sekolah dan suami bekerja. 14. Susun atur peti sejuk. 15. Deko dapur, ruang tamu dan bilik tidur anak. 16. Berkebun dalam dan luar rumah. 17. Tips ada bibik di dalam rumah. 18. Bagaimana nak travel dengan anak dan suami. 19. Tips Menjadi suri rumah paling agung. 20. Tips jimat, menyimpan dan pelaburan seorang suri rumah. Begitulah. Semoga memberi kalian idea! Khairul Hakimin Muhammad, Tips ini hanya dari Channel Telegram KHM https://t.me/ContentKHM

Setiap buah perlu diperah, ditekan dan dihancurkan untuk keluarkan jusnya. Setiap benih memulakan hidup dalam keadaan gelap gelita di dalam tanah. Buah zaiton ditekan dengan sangat kuat untuk mengeluarkan minyaknya. Dan hampir kesemua masakan di dalam dunia terpaksa melalui proses potong, hiris, masak, mendidih, terbakar untuk dijadikan hidangan paling lazat. Begitu juga dalam industri mana-mana pun termasuk menulis #content di media sosial. Ianya nampak mudah memuat naik begitu sahaja di wall masing-masing. Namun ketahuilah hampir semua individu berpengaruh (influencer) memerah otak, merancang dan membina strategi untuk sentiasa mendapat peluang menaikkan follower dan membuat jutaan ringgit jualan setiap bulan. Mereka tidak tidur seperti orang lain. Mereka membaca lebih dari orang lain. Mereka berjumpa, mesyuarat, berkerja semuanya dengan cara yang sangat berbeza dengan orang lain. Semuanya kerja keras. Penat, letih, kadang sampai termuntah dan terbaring tak cukup nafas. Ianya sebuah proses yang bukan senang. Sebab itu mereka berpengaruh. Jika kalian mahu jadi seperti mereka, kena kuat, kena cekal, kena banyak berkorban untuk berdiri gah membawa nama sendiri. Dan percayalah, ia bukan untuk diri mereka pun, ia untuk orang lain. Mereka ini buat sesuatu untuk bina komuniti positif, mahu orang berfikir cara baik, bertindak dan berilmu dengan baik, itulah tujuan paling utama. Kawan-kawan, sungguh. Tiada jalan pintas untuk berjaya, usaha makan bulan, makan tahun. Dan selepas kalian mendapat rentak, percayalah, ia jadi semudah membeli makanan di pasar malam. Banyak pilihan, dan boleh beli apa sahaja. Ingat ini, Allah bantu mereka yang berkehendak mahu buat kebaikan. Proses susah bagaimana pun, pertolongan Allah sentiasa ada dan itulah yang sering beri kepuasan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mula dengan 0 follower. Baca tips penulisan #content di sini ya https://t.me/ContentKHM

Saya nak minta bantuan kalian semua untuk copy posting yang ini dan beri ke semua Group yang kalian ada. Kita nak bantu semua
Saya nak minta bantuan kalian semua untuk copy posting yang ini dan beri ke semua Group yang kalian ada. Kita nak bantu semua orang jana pendapatan. Tolong mereka ok! Kita tahu mereka susah! Jadi kita bantu! Mereka hanya perlu share link sahaja. Seminggu boleh dapat RM50 ke RM500! Alhamdulillah! Kita bantu mereka sama-sama, kalian juga boleh dapat pahala untuk bantu mereka ini. Pendaftaran percuma! Tak payah pegang stok, tak payah buat kurier, kami buat semua. Tolong sangat-sangat ya beritahu kawan dan saudara mara kalian. Kita bantu mereka ok! Copy paste posting ini ya, minta mereka klik link ini sekarang juga! https://khmonecookies.com/daftar/000002 https://khmonecookies.com/daftar/000002 https://khmonecookies.com/daftar/000002

Sambil-sambil belajar di sini, harap kalian tak rimas ya saya letak iklan bisnes saya. Maaf belaka siap-siap. Saya usahawan yang mahu membantu ramai orang lagi untuk menjana pendapatan melalui sistem dropship. Harap kalian semua tak marah saya ya. 🙏. Jika kalian tak suka, skroll ja laju-laju. Hee. Maaf sangat ya.

Soalan: Bagaimana dengan 1 topik boleh dipecahkan menjadi banyaknya posting? Jawapan: Asingkan menggunakan matlamat menulis #
Soalan: Bagaimana dengan 1 topik boleh dipecahkan menjadi banyaknya posting? Jawapan: Asingkan menggunakan matlamat menulis #content. Saya beri contoh mudah, nasi goreng. Macam mana nak cambahkan idea untuk tulis beberapa posting hanya gunakan perkara ini. Jika matlamat posting to educate, maka postingnya akan jadi resipi nasi goreng. Jika matlamat posting to inform, maka postingnya tentang di mana nasi goreng paling sedap di Bangi. Jika matlamat posting to inspire, maka postingnya tentang kejayaan bisnes nasi goreng Makcik si polan binti si polan. Dapat 3 posting hanya kerana nasi goreng. Itu keseronokan menulis guna content. Dari 1 isi, boleh pecah menjadi ribuan content yang best. Bayangkan produk, perkhidmatan, nak buat posting iklan, serta nak bangunkan follower, semua boleh dibina. Kita boleh ada beribu follower, boleh juga jana jutaan ringgit. Hanya dengan bangunkan content yang tersusun. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi teruslah ke https://t.me/ContentKHM

Nak tulis, tulislah perkara yang orang suka. Yang banyak titik persamaan dengan orang lain. Ia mesti dirancang, disusun dan kita sendiri hadam tentang hal tersebut. Jika tidak, kita akan gagal berkali-kali. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/bangkit-rancang-…buat-sampai-jadi/ )

photo content

Situasi 1. A pergi ke restoran B. Restoran itu kotor dan memberi tak selesa kepada A. Lalu A memuat naik posting yang memburukkan B. B hantar surat saman kepada A dan A perlu bayar saman atas memburukkan serta menjejaskan reputasi. Situasi 2. C tidak berpuas hati dengan D. Lalu C menulis sesuatu di media sosial tanpa menyebut nama namun memberi gambaran tentang keburukan D. D dapat buktikan segala apa yang ditulis. C disaman kerana memburukkan dan menjejaskan reputasi D. Kawan-kawan, Ada banyak lagi contoh yang boleh diberi. Jujurnya sekiranya kalian ada tidak berpuas hati dengan sesiapa, walau kalian di tempat yang betul, kalian tak boleh menulis memburukkan di media sosial. Kalian tetap boleh disaman dan boleh jadi bukan sekadar membayar saman, entah-entah boleh dipenjara dan muflis terus. Fokus tulis kebaikan sahaja. Bangunkan #content bermanfaat secara konsisten. Hal tak puas hati, hadaplah depan-depan. Jaga emosi. Jaga diri. Kita yang kawal diri kita. Jangan sebab restoran orang lain yang kotor, kita kena bayar saman. Jangan sebab hanya sikit tak berpuas hati, kita yang muflis. Kita yang rugi okey. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pernah saman orang kerana fitnah berterusan. Ha gitu.

Maaf semua. Sekadar ingatkan kepada semua. Ada 45 minit lagi untuk daftar dropship secara percuma. Mula 12 tengah malam ini, pendaftaran dropship KHMOneCookies akan dikenakan bayaran RM30 ya. Klik sini ya https://khmonecookies.com/daftar/000002 Terima kasih semua

10 jam lagi gais! Lepas ini harga naik ke RM199! Lekas dapatkan seat anda sekarang! Klik sini https://bykhm.onpay.my/order/fo
10 jam lagi gais! Lepas ini harga naik ke RM199! Lekas dapatkan seat anda sekarang! Klik sini https://bykhm.onpay.my/order/form/csgm

Salam semua. Selamat pagi. Reminder: Mana yang nak mendaftar sertai Dropship KHM-OneCookies, Kena daftar segera hari ini. Mula esok (25hb), pendaftaran dah mula dikenakan bayaran! Lekas bertindak ok! Klik sini segera: https://khmonecookies.com/daftar/000002 Selepas daftar, log in, kemudian terus baca paparan utama untuk ke Group Support ya. Jumpa di sana! Bismillah.

Ada rakan kami yang berjaya buat jualan RM1juta tahun 2019 tanpa guna ads langsung. Hanya bangunkan posting di personal account sahaja. Semuanya menggunakan #content yang dibina dengan strategi berkesan. 10.00 pagi - Posting crowd. Susun dan rancang status yang orang akan klik butang share. Lalu dia sentiasa dapat follower baru setiap hari. Kadang dapat 20 orang, ada masa jika postingnya viral, dia akan dapat 200-400 orang 1 malam. 1.00 tengah hari - up iklan. Terus sahaja hard sell. Tak ada serabut nak buat ayat simpang siur selekoh sana sini. Direct sahaja menjual. Apabila crowd sudah naik, ikan sedang berkumpul, maka tebarlah jala. Kadang boleh dalam 1 orang klien, ada masa dapat lebih 10 orang hanya guna 1 posting sehari sahaja! Kemudian sekitar jam 5, up pula posting side. Sekadar nak beri engagement sahaja kepada wall sendiri. Selesai 3 posting sehari. 3 posting sehari kali 365 hari setahun, dapat 1,095 posting setahun. Dan dari sebanyak itu posting setahun, dapat sales RM1juta. Ianya bermula dari membina posting yang berkesan menggunakan content yang betul. Kita nak, kita buat betul-betul. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Bisnes saya: www.onecookies.com www.khairulhakimin.com www.fakulti.com Jemput-jemput singgah belaka. Heee. 🥰

Soalan: Tuan, posting saya dah 2-3 kali viral. Tapi follower saya tak naik, kenapa ya? Jawapan: Profiling. Baiki semuanya semula. Gambar cover mesti ada elemen kehidupan, gambar profile letak gambar seorang, nama guna nama orang, elak bercampur atau bergabung nama produk dan syarikat, Teks bio letak benda kita suka, kita minat, kita selalu buat, bahagian about working baru letak kita punya bisnes dan kerjaya. Kalau di bahagian profile kita dah sibuk nak jadikan ia sebagai kedai, orang singgah selepas baca posting viral, terus tak jadi klik butang follow. Nak kasi orang follow, kena beri orang selesa dengan kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Kita yang kawal diri kita nak cakap apa, nak nasihat apa, nak jual apa. Bukannya jadikan diri kita ini dibenci hanya kerana b
Kita yang kawal diri kita nak cakap apa, nak nasihat apa, nak jual apa. Bukannya jadikan diri kita ini dibenci hanya kerana beberapa patah perkataan yang keluar dari mulut kita. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/jom-tukar-kepada-ayat-positif/ )

Elakkan menulis perkara yang tergantung atau kita sahaja yang faham. Contohnya: "Kecewa betul hari ini, semoga Allah membalas kejahatan orang tu." Atau "Susah sangat ke nak beri signal? Payah betul bawa kereta besar, otak kecil." Atau "Tak hadaplah dengan kereta besar rumah besar kau, takat menunjuk dekat insta, dapat like je punn." Kawan-kawan, Status begini menambah benci orang kepada kita. Kita luahkan kebencian tanpa kita beritahu kisah yang sebenar. Walau nampak ringkas, kita sebenarnya sedang membuka luas-luas orang bercakap tentang kita. Orang hebat, dia diamkan diri apabila dia lihat perkara yang tak baik untuk dia. Kalau perkara itu boleh dibaiki (seperti kes signal di atas), buat posting bermanfaat seperti cara guna signal dan sebagainya. Posting tergantung, menyebabkan kalian digantung mati oleh para netizen. Kita beriya nak beritahu buruk orang, kita tak sedar kita sedang burukkan diri kita sendiri. Sama-sama kita elakkan okey! Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Kalau nak copy paste, pastikan dikredit ke Channel ini ya https://t.me/ContentKHM

Ya kawan-kawan, semua orang ada ceritanya. Kita yang kena melihat dari hati. Bukan mata yang menjadi hakim. Dan apabila semua
Ya kawan-kawan, semua orang ada ceritanya. Kita yang kena melihat dari hati. Bukan mata yang menjadi hakim. Dan apabila semuanya tulus, Allah menyayangi. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/doa-kedua-ibu-bapa-adalah-kejayaan/ )

Semasa bekerja kilang dulu, Dato Rameli Musa (VC Ingress Corporation Berhad) selalu pesan perkara ini. (Baca selanjutnya di h
Semasa bekerja kilang dulu, Dato Rameli Musa (VC Ingress Corporation Berhad) selalu pesan perkara ini. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/pesanan-dari-dato-rameli-musa-vc-ingress-corporation-berhad/ )

Memori Posting setahun lalu 21-1-2020. Semoga masih memberi manfaat. Tadi saya sempat jumpa seorang kawan. Tak ada benda besar yang kami sembang, sekadar berborak biasa sahaja. Beliau tanya kepada saya, “pernah tak hadiahkan ke emak ayah bantal?” Saya jawab tak pernah. Dan saya tanya kenapa. Beliau jawab, “Cubalah.” Saya tak puas hati. Saya korek lagi. Akhirnya dia cerita. Dia cakap, dia dapat hal ini semasa dengar kuliah beberapa bulan lepas di kawasan perumahannya. Dia balik ke kampung belikan emak ayahnya bantal. Yang selesa siap dengan sarungnya yang cantik-cantik. Emaknya masa dapat itu siap peluk-peluk lagi. Katanya lagi, memang ya. Bab rezeki tak payah cakap. Murah sangat-sangat. Allah berikan segalanya. Projek banyak, buat baik sana-sini semua lega. Saya tanya, “eh kenapa bantal eh? Bagi menda lain pun ok kan?” Dia jawab, “kau kena faham falsafah yang ini. Masa emak ayah kita nak tidur. Dia akan cakap bantal ini anak dia yang beli. Lalu dia akan ingat dan doa baik-baik. Boleh jadi kasih sayang itu Allah angkat dan jadikan ia benda baik untuk anak-anak. Setiap kali nak tidur, emak kita teringatkan kita. Allahu. Kau tak nak?” Saya terdiam, ketap bibir. Ya Tuhan. Kenapalah tak terfikir. Saya masuk ke dalam kereta. Benarlah, anak yang baik akan fikir sampai ke tempat tidur emak ayahnya. Patutlah kawan yang ini rezekinya murah manjang. Kalau berjumpa pasti ada ilmu baru. Orang sama yang beri saya pesanan tentang sedekah di masjid, buat baik kepada isteri serta keluarga dulu-dulu, dialah orangnya. Ya Rabb. Terima kasih sekali lagi. Alhamdulillah. Semoga kita dapat beri emak ayah kita tidur lena dengan kebaikan yang kita semua lakukan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Belajar lagi. https://t.me/ContentKHM

photo content