ch
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 181 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 284,并在 马来西亚 地区排名第 903

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 181 名订阅者。

根据 01 七月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -376,过去 24 小时变化为 -11,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 4.79%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 1 735 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

凭借高频更新(最新数据采集于 02 七月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

36 181
订阅者
-1124 小时
-777
-37630
帖子存档
Situasi A. Hadir kelas, terus merancang buat: 1. Content Mapping. 2. Beli buku, rujuk. 3. Mula menulis. 4. Susun posting. 5. Posting, viral. Rujuk balik nombor 1. 6. Sales naik 300%. 7. Pengikut pun naik mendadak. Klien ini dari 0 pengikut, hari ini 14,000 orang follower. Baru 3 bulan ikuti kelas, sudah berjaya mendapatkan jualan sehingga RM500,000 dengan memuat naik #content yang tersusun bagi mendapatkan #crowd dan kemudiannya menyusun juga posting copy-writing berbentuk #iklan. Situasi B. Hadir kelas, kemudian: 1. Buat posting, #viral sekali. 2. Lost dan blur. Tak tahu nak buat apa. Tiada perancangan content. 3. Beri alasan sibuk. 4. Kemudian tak buat, tak muat naik content. 5. Sales semakin jatuh. 6. Mula salahkan cikgu. 7. Mahu cikgu bantu bangunkan #sales segera. Ini yang biasa terjadi. Dan dipihak cikgu, terima sahaja apa kelemahan anak murid dan telanlah segalanya apa yang dituntut. Kawan-kawan yang baik, untuk teruskan momentum mendapatkan apa yang kalian mahu, kalian perlu putuskan sama ada mahu kerja keras atau biar. Jika kalian mahu hasil, maka buat. Jika tidak mahu, dan kemudiannya jadi gagal. Siap sedialah hilang network, hilang sales, hilang juga kredibiliti dan hormat orang kepada kalian. Ingat ini, Fokus = rezeki. Kerja keras = rezeki. Network = rezeki. Alasan = menolak / buang rezeki. Selepas hadir kelas, buat. Tak buat, tak adalah hasil. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita follow cara Situasi A.

Untuk menulis content, cara yang paling baik ialah mendahulukan fakta barulah disusuli dengan emosi. Maksud fakta di sosial media ini adalah bukannya perkara yang perlu dicari hingga ke Wikipedia, ia adalah perkara sebenar dan tepat tentang kehidupan kalian sahaja. Contoh: “Hari ini saya sudah bersarapan. Lega dah kenyang.” Ini ayat biasa, ikutkan itu sudah jadi fakta kerana memang iya kalian bersarapan. Perkataan lega itu pula menunjukkan emosi kalian. Namun, ia boleh diperkuatkan dengaan begini: “Hari ini saya sudah bersarapan nasi dagang di Simpang Pintu 1 Putrajaya. Sedap betul nasinya, gulainya padu ya amat dan ikannya memang dimasak betul. Rasa macam nak tambah 2-3 kali, haha.” Sebut nasi dagang, Simpang Pintu 1 Putrajaya merupakan fakta kejadian dalam hidup kalian pagi itu. Emosinya pula sangat kuat. Perkataan sedap dan padu memberi impak bagus dalam minda pembaca. Masukkan gambar, ada video lebih bagus. Ia akan buat orang lain klik butang share. Senang kan? Sebarkan kebaikan, kebaikan juga kembali kepada kalian walau sekadar cerita tentang sarapan pagi. Mulakan menulis content dengan kehidupan kalian, nanti-nanti sudah praktis ia akan memudahkan kalian menulis content iklan, copy-writing dan ayat menarik pelanggan dengan sebaiknya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pembangun Content. Cewah.

photo content

Itu hari ramai marah kenapa sekejap sangat buat #FlashSale. Iyalah dari #RM303 dapat bawah RM100. Ha sesiapa nak harga #RM99, pm saya, saya kasi kupon diskaun, dapat #potongan harga sampai #RM204. Habis ja kupon jangan duk nangis lagi okeh. Tunggu 3 bulan lagi baru ada. Hahaha. 3 E-Book #Content ini ialah: 1. The Content Game. 2. Bagaimana Saya Bina Bank Content. 3. 118 Idea Menulis Content. Semuanya saya sendiri tulis. Siapa nak kupon, PM SAYA DI FACEBOOK MESSENGGER YA! Ini linknya: https://bykhm.onpay.my/order/form/ebook2mac https://bykhm.onpay.my/order/form/ebook2mac https://bykhm.onpay.my/order/form/ebook2mac

Soalan: Saya ada banyak sangat benda yang saya minat. Sampai kadang-kadang tak tahu nak susun yang mana untuk dikongsikan dengan friends dan followers di Facebook. Bagaimana ya? Jawapan: Cari yang punya banyak titik persamaan dengan orang lain. Tak perlu jadi rare, jadi asing, jadi pelik. Hanya perlu sama sahaja. Yang bezakan ialah stail dan penyampaian sahaja. Orang suka masak dan makan, kongsi resipi. Orang suka jaga badan, kongsi tips senaman, video kecergasan, step nak kurus. Orang suka cantik, kongsi tips bersiap dengan cepat. Orang suka bawa bekal tempat kerja, kongsi menu bento. Orang suka memancing, kongsi tips joran, jenis ikan, jenis umpan. Orang suka motor, kongsi tips jalan raya. Orang suka kereta, kongsi pengumuman kereta baru, features terkini. Ada banyak titik persamaan yang manusia suka. Jadi gunakan itu sebaiknya. Pilih 3 sahaja setiap minat itu, dan konsisten menulis tentang itu di media sosial sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 1 minat, 3 kali seminggu = 3 minat kali 3 post, bersamaan dengan 9 post seminggu. Susun baik-baik, maka kalian akan mula dapat audien. #rahsiabapaviralkebangsaan

Salam semua. Kalau kalian semua perasan, saya ada jual 2 ebook dari 2 kawan saya. Dan 2-2nya itu saya sendiri ikuti perkembangannya. Paling best ialah 2-2nya memberi banyak manfaat kepada team saya. 1. *Ebook BluePrint Prospek *dari Tuan Khairul Nidzam Harga sekarang ialah RM179. Harga asal RM687. 2. *176 Template Copy Writing dan Story Telling *dari Hafiz Mansor. Harga asal RM199, sekarang hanya RM126. Isunya ialah bukan harga. Namun kegunaannya itu yang power. Kami buat simulasi baru-baru ini, alhamdulillah berjaya buat sales RM74,000 dalam tempoh beberapa jam sahaja. Syukur sangat. Saya berharap kalian beli, gunakan dan manfaatkan. Ianya pelaburan yang amat-amat berbaloi. Ini linknya: *Ebook1*: https://knmarketingglobal.onpay.my/order/form/blueprintinstant/11 *Ebook2*: https://bukulali.onpay.my/order/form/tsspl/776 Kalau perlu kupon di ebook pertama, masukkan perkataan BLUEPRINTKN kemudian klik tuntut. Terima kasih. Semoga bermanfaat.

Ini antara ebook yang saya sayang sangat-sangat. Sejak dijual januari lalu, bersyukur ramai yang memberi maklum balas positif. Saya terangkan dengan jelas apakah #content dan bagaimana ia boleh sesuai dengan #bisnes kalian. Lebih dari itu, ada yang bermula dengan 100 pengikut, hari ini dalam tempoh hampir 2 bulan sudah mencecah 4,000 orang. Dan paling saya rasa lega ialah kenaikan pengikutnya diikuti dengan naiknya #jualan juga. Alhamdulillah alhamdulillah. Kalian boleh dapatkan ebook ini dengan harga RM187 sahaja di sini: 118 Idea Menulis Content oleh #KHM https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhm https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhm https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhm Jika kalian perlu bantuan, terus whatsapp ke: 013 924 9877 013 924 9877 013 924 9877

photo content

Alhamdulillah. Naskhah “Ya Tuhan, Ini Amat Menyakitkan” kini dah masuk que untuk dicetak. Perjalanan dari #Malaysia hingga ke #Turki kemudian dapat pengalaman ke kem-kem pelarian termasuk berpeluang menziarahi #Syria sendiri, semuanya saya tulis di dalam naskhah ini. Semoga ianya dapat membuka banyaknya hati untuk kita bersama dalam berharap, berdoa dan terus membantu mereka. Dengan lafaz Bismillah hirrahman nirrahim saya dengan ini membuka untuk kawan-kawan yang baik semua untuk buat pra-pesanan. Harganya RM23, kurier ke mana-mana pun seluruh negara RM7 sahaja. Kalian boleh buat pesanan melalui link ini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/ytiam https://bykhm.onpay.my/order/form/ytiam https://bykhm.onpay.my/order/form/ytiam

photo content

Sekiranya mahu muat naik status ke Facebook, fikir semula tentang: 1. Adakah ia beri impak positif kepada diri sendiri? Jika ya, teruskan. 2. Adakah ia beri impak positif kepada audien (friends dan follower)? Jika ya, teruskan. Antara yang menjadikan impak negatif dalam satu-satu posting ialah perkara yang boleh menjadikan pergaduhan, perbalahan, bantaian, kesipuan serta apa sahaja bentuk penulisan yang ada nilai kemarahan dan keburukan di dalam ruang komen. Ingat, fungsi like, komen dan share hanya untuk perkara kebaikan sahaja. Facebook membawa pendamaian. Tidak ada butang unlike disediakan. Like perkara yang kalian suka, komen baik-baik dan kongsilah perkara yang bawa kesan positif kepada kehidupan.

photo content
+6

Waktu kami bersembang awal dulu, saya dah ternganga yang beliau berjaya buat sales sekitar RM500,000 dalam tempoh 2 jam sahaja. Kemudian, beliau mula atur kelas, dan dalam setiap kelas beliau, beliau buktikan yang semua teknik itu berjaya apabila beliau buat simulasi sebenar. Terbaharu, sekali lagi beliau ulang kejayaan itu dengan buat jualan RM480,000 dalam tempoh 2 jam juga! Huwaaaa! Geramnya. Beliau ialah KN atau nama sebenarnya Khairul Nidzam. Power ya amat. Hari ini, beliau lancarkan ebooknya. Dan semua teknik, tips, kaedah serta cara-cara nak buat jualan begitu, beliau turunkan di dalam ebook tersebut. Lengkap dengan video dan satu persatu penerangan teliti. Power! Saya sendiri dah dapatkannya. Sekiranya kalian nak beli, eloklah beli sekarang! Mana tahu nanti beliau naikkan harga. Iyalah, kalau benda yang boleh jana jualan sampai juta-juta, takkan nak jual murah. Harga asal ialah RM697. Hari ini hanya RM179 sahaja! Lekas sebelum harganya naik kembali! Kalian akan dapat 3 blueprint terus! Semuanya dengan 1 harga sahaja. Dapatkan sekarang di sini! https://knmarketingglobal.onpay.my/order/form/blueprintinstant/11 https://knmarketingglobal.onpay.my/order/form/blueprintinstant/11 https://knmarketingglobal.onpay.my/order/form/blueprintinstant/11

Jika kau hadir ke mana-mana posting, letak dalam hati kau yang kau perlu hormat orang itu walau postingnya itu kau tak suka. Di media sosial, kita tidak berhadapan. Juga ada kemungkinan kita 'friends' namun tidak mengenali antara satu sama lain. Dengan 1 posting, tidak boleh beri hukum apa-apa. Tidak suka tak mengapa, abaikan dan banyak lagi posting lain yang bagus-bagus. Jika ia berlarutan, boleh terus klik butang unfriend. Mudah, selesa dan kau dapat hidup tenang. Yang penting tak payahlah nak heboh satu dunia kau sudah unfriend dia. Diam-diam sahaja. Facebook bukan untuk mereka yang tidak mahu berkawan, oleh sebab itulah tidak ada notifikasi sekiranya kau kena block atau kena unfriend. Facebook untuk kita saling kenal dan saling hormat antara satu sama lain.

Setiap kali saya adakan bengkel penulisan, tak kiralah untuk pemasaran produk, atau penulisan buku atau penulisan di media sosial, pasti ramai tanya kenapa saya berkorban sangat menulis secara konsisten 3,000 patah perkataan sehari dan giat membaca 4 buku seminggu? Entah. Saya tak ada jawapan. Yang saya tahu, mati itu tidak ada syarat. Tua mati, muda mati. Sakit mati, sihat juga mati. Saya melihat Buya Hamka masih hidup dengan karyanya. Pak Sako, Pendeta Za'Ba dan ramai lagi. Semuanya masih ada di mana-mana rak buku. Dan semua masih memberi manafaat. Saya impikan itu juga berlaku. Jika penulisan saya teruk sekalipun, sekurang-kurangnya kita pernah ada kenangan. Itu sahaja. Titik. Khairul Hakimin Muhammad.

Ramai yang tanya saya, bagaimanalah nak manfaatkan sosial media ini supaya apa yang kita tulis, beri kesan kepada masyarakat, bukan sekadar di lapangan Facebook ini sahaja. Dari tahun 2015 ini yang saya buat dan demi Tuhan yang maha pemurah, Allah luaskan semula dan buka pintu-pintu lain untuk saya. 1. Saya suka beli dari jalanan. Ambil gambar, sebelum makan, ambil gambar lagi dan lagi. Dan sekiranya sedap dan berpuas hati, saya akan tulis di media sosial. Lengkap dengan lokasi dan harga. Ia memudahkan orang yang baca, boleh beli terus selepas itu. Pekedai / penjual akan dapat iklan percuma dari pelanggan seperti kita dan kita memudahkan urusan dia. 2. Saya suka bersembang dengan orang lain. Syaratnya saya hanya tanya 2-3 soalan sahaja, dan biarkan si dia bercerita. Saya ambil yang positif sahaja dan akan tanya dia boleh tak saya kongsikan di sosial media. Biasanya cerita baik yang kita kongsikan, akan dapat kesan yang baik juga. 3. Setiap kali mengembara (travel), saya putuskan hanya bercerita benda baik. Sekiranya ada hal yang perlu berjaga-jaga dan berhati-hati, maka saya akan tulis dalam bentuk dos and donts. Bercerita keburukan budaya, manusia, fasiliti serta hal-hal tidak baik akan merosakkan nilai penulisan itu sendiri. 4. Sekiranya berhadapan dengan makanan yang tidak elok, rosak, basi, pekerja sombong dan sebagainya. Elak dari menulis di sosial media. Uruskan di alam realiti. Ia jauh lebih baik. 5. Elakkan bertempur dengan sesiapa dalam memberi pendapat di ruang komen. Posting mesti lawannya posting. 6. Iklan dan promosi bisnes kawan-kawan. Merekalah tunjang hidup kita walau jarang nak bertegur sapa. Kawan ini, doanya makbul dalam diam-diam. 7. Banyak-banyak membuat posting yang buat orang gembira, nasihat dan pesanan dari memberi gelisah dan benci-benci. Ianya memberi kebahagiaan kepada orang lain. Ini sahaja yang saya ulang dan ulang. Saya tegas dalam hal begini. Cikgu saya pesan banyak kali, apabila kalian membuka jalan untuk memudahkan orang lain, pastinya Tuhan juga memudahkan kalian. Hari ini syukur alhamdulillah, Tuhan mudah-mudahkan urusan kita semua. Dan lihatlah hadiah dari Tuhan selepas ini datang dengan sebanyak-banyaknya. Sebarkan kebaikan, keberkatan akan datang bersama rezeki mencurah-curah kepada kalian. Cubalah. Khairul Hakimin Muhammad, Semoga bermanfaat.

itu tidak boleh dibuka bahagian ‘about’, adakah anda akan cuba menambah beliau sebagai rakan? Jika saya, jawapannya tidak. Perlu juga beberapa bahagian untuk dikemaskini sebagai public, untuk memudahkan urusan perkenalan sebelum aktiviti ‘add-add’ dijalankan. Tidak menjadi satu kesalahan untuk menggunakan FB sekadar berseronok dan suka-suka, ada antara kawan kita memang sukakan medium ini untuk bersama dengan rakan-rakan di alam maya. Itu pilihan mereka dan tidak menjadi satu kesalahan. Bagi yang membina identity untuk menjana kewangan, maka binalah empayar dengan bermulanya membina identiti yang baik dan bermaruah serta penggunaan platform untuk berkongsi ‘konten’. Bina identity sendiri, tidak menipu dengan meletak gambar orang lain, gambar anak, gambar suami atau isteri atau ikon atau selebriti. Begitu juga elemen-elemen di dalam profil, binalah dengan meletakkan kehidupan yang betul dan benar. Jika mahu rahsiakan, tidak perlu menipu, hanya perlu tidak meletakkan apa-apa. Kita punya profil, jadi kitalah yang bertanggungjawab penuh keatas maruah yang kita bina. Jadi, guna hanya satu profil, guna nama manusia, guna gambar sendiri dan jadi diri sendiri. Kredibiliti akan terbina secara perlahan-lahan, dan kepercayaan akan menaik dengan spontan. Kemudian, laraskan momentum, kekalkan perkongsian berasaskan konten, kalian akan membawa satu fenomena dalam empayar sendiri. Eja dengan betul. Tulis fakta dan maklumat, kongsi perkara baik-baik dan pilih kawan untuk bina empayar. Moga-moga di sana nanti syurga pula menanti dengan pintu yang dibuka seluas-luasnya. Terima Kasih. Khairul Hakimin. Muhammad Bermula dengan menulis blog kuahkari(dot)com, kini Penulis Buku paling kacak di Bangi. Kahkahkah.

Rata-rata hari ini semakin ramai yang menggunakan medium sosial untuk perkara-perkara kebaikan. Malah, perkongsian santai dan pengalaman ringkas yang dilalui setiap hari membawa kepada pergaulan matang antara satu sama lain. Selepas mengikut beberapa seminar secara online dan diskusi secara offline, saya rumuskan begini: i) Perlu hanya ada satu sahaja profil akaun di Facebook (FB). Ini adalah kerana semua audien perlu dikumpulan pada satu tempat walau tujuannya berbeza. Sebagai contoh, kita tidak mahu dikenali sebagai seorang bos di FB, maka dengan itu kita membuka satu lagi akaun hanya untuk bersosial di FB. Tindakan ini akan mengundang dua profil yang mempunyai kecelaruan identity. Penipuan dan pengelakkan berlaku tanpa kita sedar. Kita mengelak untuk ketahui bagaimana identity kita yang sebenarnya, dan cuba untuk menggunakan medium FB sebagai alat untuk menutup kelemahan kita. Ini bahaya besar. ii) Perlu hanya ada satu profil sahaja walaupun kita suka berniaga. Rata-rata peniaga dan pengusaha lebih suka membuka satu akaun lain dan menamakannya sebagai nama perniagaan seperti Azam RichCake, Siti Kedai Jam dan sebagainya. Ini sangat tidak perlu. Medium sosial dibina untuk bersosial dalam masa sama menjana kewangan. Melihat nama dan gambar profil yang jelas menunjukkan anda seorang jurujual mendatangkan bosan kepada bakal pembeli. Terus kekal dengan nama Azam Bin Berazam tetapi jalankanlah perniagaan dengan nisbah post 5:1. Lima posting tentang kehidupan dan satu posting tentang perniagaan. Profil anda akan melonjak naik dan anda akan dapat meraikan penghormatan kredibiliti dalam empayar yang anda bina sendiri. iii) Perlu hanya ada satu profil sahaja walaupun anda seorang yang dikenali. Ini adalah kerana profil anda adalah perkenalan besar kepada bakal-bakal pengikut anda yang baru. Membina satu lagi profil tidak akan mendatangkan faedah kerana butang Follow sudah pun tersedia untuk digunakan. iv) Tidak perlu guna Fan Page sekiranya Profil anda sudah mempunyai pengikut yang tersendiri. Mr. Mark Zuckerberg sendiri tidak mempunyai Fan Page dan beliau lebih suka dikenali dengan pengikutnya di Akaun Profil beliau. Hanya klik butang follow. Kekuatan butang follow ini mempunyai aura yang tersendiri, pengikut yang sukakan posting anda akan sangat menghormati anda daripada Fan Page. Fan Page bertindak sebagai ‘Fan’, sekiranya anda tidak menggunakan FBads, ia tidak membawa kesan maksimum. Tetapi Butang Follow bertindak sebagai ‘Follower’. Mana yang anda mahu guna? Kaki Kipas atau pengikut? Oleh sebab itu, Instagram menggunakan butang Follow dan lihatlah bagaimana selebriti bertaraf mega tanah air menggunakan medium itu untuk menarik individu demi individu dari hari ke hari. v) Bina kekuatan luar biasa dengan Group. Group adalah aplikasi yang memudahkan urusan sekiranya mahu berkongsi file, dokumen dan perkongsian secara tertutup. Malah, rekod juga boleh diambil dan perkongsian boleh dimanfaatkan sebaiknya. Sebagai contoh, satu group Travel boleh berkongsi idea itinerary dengan hanya meletakkan dokumen dalam bentuk PDF ke dalam group. Ini tidak boleh berlaku dengan menggunakan Profil sendiri atau mana-mana Fan Page. Menarik bukan? Jadi bina pengikut setia anda dengan Aplikasi Group. Lima perkara ini nampak enteng. Tetapi adakah anda tahu diluar sana anak-anak muda sedang mula bergelar jutawan dengan menggunakan tips-tips ini. Mereka hanya ada kurang 5,000 pengikut tetapi menjana kewangan (RM) dengan 15 kali ganda sebulan dari jumlah pengikut yang mereka ada. Asasnya ialah bina kredibiliti di akaun sendiri dengan menulis menggunakan ejaan tepat dan penuh, beradab, memberi maklumat dan fakta serta memberi keseronokan kepada pembaca. Hasil selepas itu tuan puan nantikan, insya-Allah. Setiap orang mendaftar dengan FB dan memaparkan profil diri masing-masing, ada yang bertindak merahsiakan identity (tidak menjadi kesalahan), ada juga yang meletakkannya sebagai public. Semuanya sangat bagus dan perlu bererti kepada pemilik akaun dan juga kepada audien. Sekiranya anda memang suka mencari kenalan di FB, dan melihat profil

Guna prinsip ini setiap kali nak berkongsi di media sosial: 1. I - Ingin menyampaikan. Jadi tulis sesuatu perkara dengan fokus kebaikan sahaja. Tak boleh buat perbandingan dengan perkara keburukan dan sekiranya ada, tak perlu tulis. Tulis hal kebaikan sahaja. 2. C - Content. Mesti ada asas content. Wajib! Fakta, Emosi, Bahasa dan Impak Positif tersusun setiap satunya dan apabila kita baca, kita tahu itu adalah maklumat dan ianya bermanfaat. 3. D - Debrief. Wajar untuk kita semua tutup (closing) penulisan tersebut dengan memberi peringatan umum, menaikkan info dengan memberi impak positif kepada audien tanpa mengajar-ajar, tanpa elemen memerintah juga tanpa elemen arahan. Ini adalah media sosial. Sekiranya ada perkara buruk berlaku, tulis bagaimana solusi dan pencegahannya. Tak boleh sesekali kita campak hal buruk, kemudian kita diam dan biarkan orang bergaduh di ruang komen. Ingat kawan, Punya ramai mengatakan sosial media adalah lubuk keburukan, sedangkan ianya adalah pusat informasi, titik tengah antara berkawan dan berbisnes dan semestinya menaikkan pendapatan seisi keluarga. Seperti pisau, ada orang guna untuk memotong daging, ayam, sayur, buah bagai. Ada juga yang guna untuk keburukan. Kita pilih. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Content Master Kesayangan Negara.