uz
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Kanalga Telegram’da o‘tish

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Khairul Hakimin Muhammad analitikasi

Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 36 333 obunachidan iborat bo'lib, Marketing toifasida 285-o'rinni va Malayziya mintaqasida 912-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 36 333 obunachiga ega bo‘ldi.

18 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -381 ga, so‘nggi 24 soatda esa -13 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 8.44% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.02% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 3 069 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 734 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 19 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Marketing toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

36 333
Obunachilar
-1324 soatlar
-987 kunlar
-38130 kunlar
Postlar arxiv
photo content

Pagi tadi dapat ilmu baru di surau. Insaf juga. Teguran untuk diri sendiri, saya sampaikan ya kepada kawan-kawan. Ini yang saya sempat taip di notes. Kadang-kadang kita kena tengok diri kita lebih banyak, lebih teliti dan lebih tekun. Selalu rasa sempit walau dah banyak kita rasa kita buat baik. Kita duk marah kenapa jadi begini kenapa jadi begitu. Dalam tak sedar, mungkin kita telah lakukan ini: 1. Sedekah, namun tidak berusaha bekerja. 2. Pemurah, namun tidak menjaga mulut. 3. Banyak memberi, namun suka menunjuk-nunjuk dan nak disebut-sebut. 4. Suka buat kebaikan, namun suka dipuji-puji dan ada rasa kecewa apabila orang tidak berterima kasih. 5. Banyak membantu ibu bapa, namun suka bergaduh sesama adik beradik. 6. Gemar berbelanja rakan taulan, namun kedekut dengan keluarga. 7. Suka berilmu namun rasa bagus dengan banyaknya berbahas. Semua 7 perkara ini akan jadi paku kepada tong-tong pahala kita. Ia akan membocor dan tiris semuanya perlahan-lahan. Jadi nak buka kunci rezeki tak sempat kerana pahala itu hilang begitu sahaja. Ia seperti kalian pergi ambil air di perigi menggunakan baldi yang bocor. Saat ambil ia penuh, dalam perjalanan ia hilang sedikit demi sedikit, lalu perlu ulang lagi dan lagi sampailah kita perasan yang bocor itu perlu ditutup dahulu barulah kita dapat sepenuhnya. Mari kita tutup dan tampal semua bocor-bocor tersebut ya. Semoga semua amal baik, dapat membuka pintu rezeki dengan seluas-luasnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Teguran untuk diri sendiri juga.

Dulu Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan jadi fenomena, selepas itu Dr Samhan, Ume Cikin pula hari ini. Syukur alhamdulillah. Ada ramai lagi yang berjaya menulis content dengan baik di media sosial. Malah ada yang bawa ilmu itu dan gunakannya di TikTok dan platform lain. Syukur alhamdulillah. Bermain dengan content, paling penting ialah tahu titik persamaan dengan audien. Maksud titik persamaan ialah apa yang kita suka, audien juga suka. Tak boleh perkara itu kita sahaja yang suka. Contoh: makanan. Kita suka, audien suka. Maka content itu akan digemari. Contoh lain: Hot Wheels. Kita suka. Namun nak mencari audien lain yang sama sukakannya, payah. Jadi pembangunan content agak sukar nak dapatkan audien. TITIK PERSAMAAN itu adalah kewajipan. Kemudian, masuklah kelas hahahahahaha. Ada lagi beberapa sifir kalian kena tahu. Kelas malam ini okeh. 8-10malam. Tak dapat tonton live, tonton rakaman okeh. Ada lagi kurang 200 seat. Segera dapatkan seat kalian okey! Jumpa malam ini semua! https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jul Khairul Hakimin Muhammad, ❤️

Kelasnya esok 8-10 malam tau. Eloklah register hari ini. Karang esok naik harga pakat marah. Register terus. Kita baiki media sosial okeh. Rakaman disediakan, harga cuma RM65 ja klik sini https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jul Jika ada masalah, hubungi 0139249877 ya!

photo content
+1

Follower UMe Cikin Facebook 100,000. Tiktok 485,000. Saya sendiri tak sangka wanita yang digelar sebagai Khairul Aming Versi Perempuan ini rupanya pernah ke kelas kami. Saya sendiri ikuti perkembangan beliau dan suka benar content masakan dan travel yang beliau buat. Siapa sangka kelas 2017 seemasa beliau ikuti SL1M waktu itu mengubah hidupnya hari ini. Syukur alhamdulillah. Dalam kelas content dan FB writing, kami bantu peserta dengan beritahu ilmu-ilmu yang akan bina jatidiri kalian dalam bermain media sosial. Tak kisah dalam industri apa, pasti ia boleh dilakukan. Media sosial tak ada limit. Tulis kebaikan, kongsi kebaikan, buat video kebaikan, maka kebaikan juga akan kembali kepada kita. Begitu juga sebaliknya. Kelas terkini pada 26hb Julai 2022. Kelas secara Zoom. Sertai kami jom untuk belajar teknik bermain media sosial dengan betul. Saya dah kongsikan dari tahun 2015 lagi semua ini. Alhamdulillah sudah ramai yang berjaya! Jom semua, kelas hanya RM65 sahaja, ada lagi 155 seat: klik sini sekarang: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jul https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jul https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jul Selepas daftar kalian akan terima email. Follow sahaja aturannya ya. Jika ada masalah, boleh terus ke customer service di talian 0139249877 ya. Jumpa 26hb nanti gais! Khairul Hakimin Muhammad, 💪

Kita sudah ada topik untuk menulis, juga dah mula membaca, bagaimana nak buat langkah pertama untuk siapkan #content di media sosial kita ini, baik, buat 3 langkah ini dahulu untuk permulaan: 1. Pendahuluan, tak perlu tajuk, tak perlu heading, terus sahaja ke isi penting dalam perenggan yang pertama. Social media (di personal account) benar-benar bersifat seperti kita sedang bersembang. Jadi terus sahaja kepada poin. Orang akan faham itulah topik kita. Contoh: “Pagi ini alhamdulillah dapat makan nasi kerabu biru. Punyalah lama nak cari.” - Topik di atas adalah nasi kerabu. Tak perlu pun letak tajuk “Nasi Kerabu Sedap Paling Agung.” Yang ini akan menyebabkan orang terus jump to conclusion dan tak baca sampai habis. 2. Perenggan ke-2, letakkan isi yang ke-2 iaitu yang menguat perenggan pertama. Ia mesti ada emosi yang kuat. Contoh: “Nasi yang ini kawan aku rekemen, dia kata sedap, aku cubalah. Memang ya, nasinya memang guna bunga telang, dia punya aksesori, daun ulam bagai, budu dengan dia punya sambal, terbaik weh, rasa nak tambah dua tiga pinggan! Sedap amat!” Kita sebut terus apa elemen nasi tersebut. Kalau ia tak jadi penguat, maka posting kalian tidak akan menjadikan orang nak baca. Maksud emosi yang kuat itu ialah kita dapat bayangkan apa yang disampaikan. Seperti tulisan di atas, sedapnya itu macam nak tambah dua tiga pinggan, kita boleh bayang perkara itu kan? 3. Penutup mesti memberi impak positif kepada audien. Kalau tak, kita seorang sahaja yang faham. Contohnya: “kau orang kalau nak makan nasi kerabu sedap ya ampun ini, lokasinya di belakang Warta, nama restorannya Nasi Ayam Kampung kalau tak salah. Kau pergi sahaja situ, lorong ke dua dari Warta. Ada sebelah kiri setentang dengan Pusat Dialisis tersebut. Pagi-pagi depa dah buka dah. Kena cuba okeh!” Dalam hal makanan atau travel atau mana-mana tempat kita nak rekomen, memberi tahu lokasi yang tepat adalah impak positif yang kita boleh beri kepada audien. Ia kerana audien boleh pergi terus untuk beli. Itulah maksud impak positif dalam hal ini. *** Selesai 1 posting, entah-entah ada orang share posting tersebut. Untuk posting ulasan ringkas begini, yang wajib ada ialah: Gambar sepinggan nasi, Gambar susunan lauk / aksesosi nasi kerabu, Gambar dalam kedai, Gambar luar kedai. Selfie dalam kedai. Lima atau enam keping sudah memadai. Juga pastikan setiap empat atau lima baris ayat, ada perenggan. Dan akhir sekali setiap satu gambar, wajib ada caption. Dan yang paling penting tolonglah fokus kepada asas content iaitu Fakta, Emosi, Bahasa dan Impak Positif, tak perlu berjela membebel, tulis apa yang perlu sahaja ya. Okeh Settle. Senang kan? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tak mula hari ini, kalian rugi. Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Follower Puan Zunita Ramli: Facebook: 181,000 Instagram: 14,500 TikTok: 13,300 Puan Zunita tidak berada di Malaysia, beliau tinggal di Jepun dan berbisnes di sana. Saya masih ingat beliau ikuti kelas saya di Bangi tak lama dulu, selepas itu beliau memecut dan tak tengok belakang dah. Wanita yang dinobatkan antara 10 Wanita Terbaik Asean ini banyak menulis tentang Jepun. Sejarah, budaya, makanan, masyarakat atau apa sahaja. Semua beliau nukilkan sebaik mungkin. Setiap hari saya ditanya bagaimana nak gunakan media sosial dengan betul. Bagaimana nak bangunkan content yang baik tanpa joget, tanpa gimik dan sebagainya namun masih punya follower yang memberi kesan baik. Jadi saya wujudkan kelas ini semula. Syarikat masih bertahan dan saya fikir kita hidupkan semula majlis-majlis ilmu ini supaya ramai boleh gunakannya dan bawa kepada kebaikan. Lebih dari itu jadi income untuk berniaga insya-Allah. Saya akan ceritakan bagaimana nak membangunkan media sosial menggunakan teknik content yang betul dan tersusun. Insya-Allah kalian akan nampak bagaimana kami semua sentiasa ada sesuatu untuk ditulis. Jemput hadir belaka ya! Beritahu saudara mara, kawan semua! Klik sini ya untuk daftar, kelas pada 26hb Julai ini, 8-10malam! Tak dapat tonton live boleh tonton rakaman. https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jul https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jul https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jul Terima kasih semua! Jumpa nanti di Kelas ya! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jika ada masalah pendaftaran, hubungi customer service di talian 0139249877 ya.

photo content

Umur 18-29 tahun adalah waktu mencari pengalaman. Maksud cari itu ialah: 1. Kesanggupan rasa susah, gaji kecil dan kecilnya upah berbanding banyaknya kerja 2. Kesanggupan belajar dalam waktu tertekan. 3. Kesanggupan menerima teguran, nasihat, pesanan, marah-marah dan perubahan. 4. Kesanggupan berkorban untuk meraih kejayaan berpasukan, bukan sendirian. Elak dari merungut dan boleh berada dalam apa juga keadaan kumpulan termasuk kebersamaan stress, berjaya dan tidak. 5. Kesanggupan ketap gigi menerima cacian, dan ambil itu sebagai medan baiki diri dan maju ke hadapan. Selepas umur itu, putuskan nak jadi apa dan mulalah cari duit. Sama ada ia akan datang bergolek, atau kalian terpaksa bersusah lagi dan lagi selepas itu adalah ditentukan pada umur 18-29 tahun itulah. Selamat pagi kawan-kawan. Khairul Hakimin Muhammad, Pernah jadi mamat kilang 10 tahun 2 bulan.

Jumlah Follower Dr Samhan: Facebook: 450,000. Instagram: 100,000. Telegram: 200,000. Tiktok: 1.3juta. Masa beliau mula-mula datang ke kelas saya, orangnya diam sahaja. Ingat lagi waktu itu kelas content ramadan. Bulan puasa pun beliau hadir kelas. Beliau beritahu yang beliau banyak sangat benda nak cerita namun tak tahu nak mula dari mana. Saya pun kasi susun satu demi satu. Beliau tanya itu tanya ini, sampai saya pula tak cukup nafas. Haha Tak cukup dengan itu, beliau hadir ke kelas basic content. Belajar lagi tentang susun atur nak menulis di media sosial. Kemudian beliau sambung lagi ke kelas apprentice. Kira kelas paling advance yang saya ada. Hasilnya sekarang beliau dah potong jumlah follower saya. Beliau kini di FB, lebih 450,000 follower. Di Tiktok lagilah, lebih 1juta mengikuti beliau. Saya bersyukur sangat apa yang saya kongsikan, menjadi dengan baik. Tahniah Dr Ahmad Samhan. Kagum saya! Ada ramai yang nakkan kelas ini semula. Hari ini kelas ini kami buka kepada public. Kalian boleh dapatkan kelas ini pada 26hb ini nanti. Jika tak dapat tonton live, boleh tonton rakaman okeh: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jul https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jul https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jul Sama-sama kita belajar apa yang Dr Samhan belajar. Bolehlah kalian membina personal branding dengan baik insya-Allah. Jumpa di sana gais! Khairul Hakimin Muhammad, Tak sabar nak mengajar semula!

photo content

Jika anda boleh lakukan semua hal ini, maka kehidupan kalian akan berubah menjadi lebih baik: 1. Bangun konsisten 5.30 pagi setiap hari, lebih awal lebih bagus. 2. Mandi dan solat. Dapat pergi ke surau atau berjemaah adalah lebih baik, 6.00 pagi selesai semuanya (ikut waktu subuh ya). 3. Bersenam ringkas sekitar 10-20 minit. ini sangat bagus untuk kecergasan diri. 4. 6.20 pagi, Ambil buku dan baca 10-20 muka surat. 1 muka ada sekitar 100 patah perkataan, kalian dah baca 1,000-2,000 patah waktu pagi - ini sangat bagus untuk kecergasan otak. 5. 6.40 pagi - kalau perlu pergi kerja, maka pergi kerja. Kalau perlu siapkan sarapan, silakan. Buat yang ringkas-ringkas. 6. 7.00 pagi - Sarapan. - collect content resipi. 7. 7.15 pagi - duduk sekejap dan tulis #content pertama di word pad atau Ms Word. 7.30 pagi - save dalam mana-mana folder, saya ada buat folder bank content, dalamnya ada lagi folder (unpublish - untuk yang belum up, dan publish untuk yang dah up). 7.35 pagi - mengemas rumah, basuh baju - collect content organizer. 8.30 pagi - siap, duduk semula di meja kerja untuk susun content iklan. 9.00 pagi - buat posting pertama (posting crowd) - ini akan dapat double engagement apabila orang share, like dan komen. Layan komen awal-awal. 9.30 pagi - duduk sekejap dan membaca 10 lagi muka surat. 10.00 pagi - keluarkan barang dalam peti ais, potong bawang, siapkan untuk masak makan tengah hari - collect content organizer. 10.30 pagi - siapkan content iklan (untuk dapatkan RM) - buat posting terus dan layan pelanggan bertanya dan membeli. 11.30 pagi - mula memasak - collect content resipi. 1.00 tengah hari - siap, siap kemas semua, hidang. 1.15 tengah hari - mandi, angkat kain kalau dah kering. 1.30 tengah hari - anak-anak balik sekolah. Uruskan seorang demi seorang. 2.00 petang - muat naik posting side yang ada jenaka. Akan dapat single engagement apabila orang like dan komen. 2.30 petang - selesai jawab semua komen. Ambil bakul baju yang dah angkat dari jemuran, lipat kain depan tv - collect content cara lipat dan review drama. 3.30 petang - siap dan mula cari idea nak masak minum petang, terus masak - collect content resipi. 4.30 petang - baca lagi 10 muka surat. 6.00 petang - semua dah balik. Siap untuk makan malam - collect content resipi 8.00 malam - makan malam, bersembang - collect content perbualan dengan anak-anak. 9.00 malam - siap, kemas meja, suruh anak buat home work dan tidur. 10.00 malam - baca lagi 10 muka surat. 10.30 malam - tidur. *** Dalam tak sedar, Kalian akan dapat lebih 5 content sehari. Susunkan semuanya dalam Ms Word. Dalam tak sedar itu juga kalian sangat produktif di media sosial, dapat buat 3 posting yang ada manfaat untuk kalian. Lebih bagus, dalam tak sedar kalian berjaya membaca lebih 5,000 patah perkataan sehari. Dan itu pasti akan beri kalian idea dan banyaknya perkara nak tulis di mana-mana. Sales berjaya, Crowd pun dapat Kerja dalam rumah pun settle. Tinggal nak buat ke tidak sahaja. Allah beri kita 24 jam yang sama. Ada orang boleh buat 1 kerja sahaja, ada orang boleh buat 10-20 kerja sehari. Itu beza malas dan rajin. Ingat kawan “orang rajin cari jalan, orang malas banyak alasan.” Tiada jutawan yang bermula dengan kosong bangun jam 10.00 pagi dan melepak sepanjang hari. Mereka kerja 7 hari seminggu, 24 jam sehari tanpa pernah merungut. Dan apabila mereka tua, mereka melihat hasil kerja mereka dapat beri manfaat kepada ramainya orang. Kita boleh mulakan semua itu dari rumah sendiri. Tak mustahil kita juga dapat bina empayar dari dapur kecil kita. Asasnya kena rajin. Ini yang dinamakan sebagai Multi-millionair schedule. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangun dan buat. Nak tips lagi, kesini ya https://t.me/ContentKHM

Buat ini setiap pagi supaya kita sentiasa merendah diri: 1. Saya bersyukur apa yang Allah beri hari ini, saya ingat bagaimana saya bermula. Semuanya Allah yang beri. Usaha saya hanya alat, namun berkat doa emak ayah, keluarga dan semua adalah penyumbang kepada kejayaan saya. 2. Saya berharap saya dapat buat kejayaan lagi. Kejayaan itu bukan untuk saya seorang. 10% untuk saya. 90% untuk saya beri kepada orang lain. Saya mahu jadi orang bermanfaat kepada ramainya manusia. 3. Saya praktiskan diri untuk banyak memberi setiap hari. Ia bermula selepas solat subuh. 4. Setiap kali ditegur, dinasihat, dipesan-pesan, dimarahi, saya anggap ia sebagai ujian dan saya perlu baiki diri saya. 5. Saya utamakan hal terpenting. Saya susun dan saya siapkan dahulu, kemudian barulah saya selesaikan yang selebihnya. 6. Sekiranya saya ada berbuat kesilapan, saya maafkan diri saya. Saya berjanji untuk baiki dan tambah baik kualiti kerja saya. Setiap orang sentiasa ada peluang untuk baiki apa sahaja dalam hidupnya. 7. Saya berkeluarga, bersaudara dan berkawan adalah untuk memberi manfaat kepada mereka. Bukan untuk susahkan mereka. Kawan-kawan, cakap kepada diri sendiri ya. Kita bantu diri sendiri untuk kekal jadi orang yang disayangi Allah dan dikasihi para Nabi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Bismillah.

"Macam manalah mamat ini ada beratus ribu follower entahhhh!" Jujurnya saya pergi belajar. Saya mungkin tak sama dengan influ
"Macam manalah mamat ini ada beratus ribu follower entahhhh!" Jujurnya saya pergi belajar. Saya mungkin tak sama dengan influencer lain. Saya jenis tak berani nak cuba itu ini tanpa ilmu. Kalau tak berubah, tak tahu kan? So saya cuba. Alhamdulillah saya tulis berbagai resipi mula penghujung 2015 sampai januari 2017, saya dapat 100,000 follower yang pertama. Saya dulu kerja kilang, buat part time macam-macam, jadi jurugambar, jual biskut dan brownies, kemudian tulis buku sampailah bina syarikat. Alhamdulillah jualan mencecah RM1juta setahun. Saya yakin Allah beri apabila kita usaha dan buat. Jadi saya kongsikan teknik saya buat kepada kalian. Saya nak buat kelas bagaimana saya membina 300,000 follower tanpa buat ads langsung. Semua zero kos! Jom gais. Harga kelas hanya RM65. Klik sini okeh! Kelas pada 26hb nanti sebelah malam! Tak sempat live, ada rakaman! https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jul https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jul https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jul

Tenang sahaja jika apa yang kalian sampaikan di media sosial itu dapat 1 share, 10 share, 15 share. Itu pun sudah cukup banyak. Selagi ia memberi kebaikan, apa sahaja yang dihebah dan dikongsi kembali kemudian mereka buat dan amalkan adalah pahala yang berpanjangan. Yang penting ialah membuat dan menulis posting kebaikan dengan konsisten. Ingat kawan, biar sedikit, namun konsisten. Macam kita mengaji, tak apa dapat sehelai dua sehari, namun apabila buat setiap hari, ia konsisten. Juga seperti kita solat 5 waktu sehari. Hanya sekitar 25-30 minit sahaja diambil dari 24 jam sehari untuk solat, namun jika konsisten, ia akan mengubah keseluruhan hidup kita ini. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, #KongsiKebaikan

Kelas Content Marketing & Facebook Writing kembali bulan ini. Selasa 26hb Julai insya-Allah 8-10malam. Klik sini ya: https://
Kelas Content Marketing & Facebook Writing kembali bulan ini. Selasa 26hb Julai insya-Allah 8-10malam. Klik sini ya: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jun

Nak naikkan standard diri ini mudah sahaja: 1. Jika biasa bangun tidur selepas subuh, cuba bangun sebelum subuh. 2. Jika biasa sampai tempat kerja 5 minit sebelum, cuba datang 20 minit sebelum. 3. Jika biasa tengok tv 1 jam, cuba tak tonton tv 5 hari. 4. Jika tak biasa membaca, cuba baca 1 helai sehari. 5. Jika jarang mengaji, cuba amalkan sebaris ayat sehari. 6. Dah terbiasa solat lambat-lambat, cuba dengar sahaja azan, terus wuduk dan solat. 7. Jika biasa bawa baki kerja ke keesokan harinya, cuba siapkan pada hari tersebut dengan fokus dan tersusun. Tengok perubahan diri sekitar 2 minggu. Kita jadi segar, rasa seronok, bahagia, tak susahkan sesiapa dan kita akan perasan banyaknya benda di sekeliling pun berubah. Allah suka orang berubah kepada kebaikan, pasti hadiahnya ada dalam bentuk banyaknya rezeki. Kita adalah apa yang kita buat, kita amal dan kita usahakan. Semua itu kita. Cubalah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat terus hari ini.

Saya nak minta semua kawan-kawan singgah di Shopee kami. Ada banyak biskut sedap okeh. Semua biskut fresh bukan biskut raya lepas. Kami jalan ja production hari-hari. Nak mai kilang pun boleeeh. Ini shopee kami ya: https://shopee.com.my/onecookies.hq?v=266 https://shopee.com.my/onecookies.hq?v=266 https://shopee.com.my/onecookies.hq?v=266