uz
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Kanalga Telegram’da o‘tish

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Khairul Hakimin Muhammad analitikasi

Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 36 333 obunachidan iborat bo'lib, Marketing toifasida 285-o'rinni va Malayziya mintaqasida 912-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 36 333 obunachiga ega bo‘ldi.

18 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -381 ga, so‘nggi 24 soatda esa -13 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 8.44% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.02% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 3 069 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 734 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 19 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Marketing toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

36 333
Obunachilar
-1324 soatlar
-987 kunlar
-38130 kunlar
Postlar arxiv
Hari ini ramai pengembara, traveler, backpacker berjalan serata dunia. Mereka ini mengambil gambar, menunjukkan sisi negara lain dengan sangat baik sekali. Dalam dunia media sosial hari ini, ada beberapa orang antara mereka ini membina kredibiliti dan buat duit dengan apa yang mereka ada. 1. Photographer. 2. Tour Guide. 3. Ejen Pelancongan. 4. Pengusaha Homestay / AirBnB. 5. Penulis. 6. Personal Shopper. Dan ramai lagi. Namun disebalik semua itu, ada 1 tugas besar yang mereka perlu buat di media sosial, iaitu menulis #Content. Dalam dunia travel, ia boleh dibahagikan kepada: 1. Lokasi. 2. Makanan. 3. Budaya. 4. Tempat shopping. 5. Orang. 6. Buku. 7. Agama. 8. Pengangkutan. 9. Penginapan. 10. Aktiviti. 11. Itinerari. 12. Minat. 13. Kaitan dengan buku. 14. Kaitan dengan drama atau filem. 15. Sejarah. 16. Demografi, Ekonomi, sosio budaya. Dan sebagainya. Dan semua perkara besar ini boleh dibahagikan kepada banyaknya pecahan kecil. Contoh kita ambil nombor 1, lokasi: - 10 tempat menarik wajar dilawati. - susunan aktiviti di tempat tersebut. - dos and donts. - sesuai untuk bujang atau berkahwin atau keluarga. - tips menyusun itinerari. - makanan / halal atau tidak / senang atau tidak / bento dan sebagainya. Kemudian, pecahkan lagi dan lagi. Sekiranya kalian buat “bank content” ini dengan baik, perjalanan kalian yang 5 hari, atau 10 hari atau 14 hari atau berapa hari pun akan ada banyaknya content untuk kalian tulis. Boleh jadi akan ada 20-30 write up yang boleh kalian kongsi di wall kalian, ada banyak dan susunlah setiap satu hari ada 1 content. Yang kalian perlu buat sebelum travel ialah study, membaca dan mengkaji serba sedikit, kemudian pergi kedai buku dan beli buku tentang tempat tersebut. Baca dan hadam. Semasa travel, apa yang anda baca akan keluar sendiri, kemudian ambillah gambar, buat database, susun semuanya perlahan-lahan. Tak perlu up terus status tersebut. Tulis sahaja dulu di note atau wordpad atau Ms Word, kemudian susun satu demi satu posting tersebut pada esoknya atau bila-bila. Tenang-tenang dan tak perlu kelam kabut. Kebanyakan traveler sifatnya banyak tenang. Mereka mengerti tentang erti perjalanan dan banyaknya melihat, mendengar dan selalu nampak perkara yang boleh banyaknya belajar berbanding seronok bersuka tanpa apa tujuan. Ingat, apa yang kalian tulis, pastikan ada impak positif kepada audien dan pembaca. Jika banyaknya benda tak elok semasa kembara, tulislah ia sebagai peringatan bukannya memburuk-burukkan lagi. Bisnes kalian akan okey, kalian juga akan naik kredibilitinya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips content lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Perkara penting yang kita kena tengok ialah perhatikan apa yang kita sendiri buat setiap hari. Ini semua beri kesan. Berhenti salahkan orang kalau kita jadi begitu jadi begini. Semua salah sendiri. 1. Kalau kita buka phone, apa kita tengok. 2. Kalau kita buka tv, apa kita tonton. 3. Kalau kita jumpa kawan, apa kita sembang. 4. Kalau kita bersua keluarga, apa kita borak. 5. Kalau kita beli buku, buku apa kita baca. 6. Kalau kita keluar rumah, apa yang kita pandang. 7. Kalau kita berdoa, apa kebaikan yang kita nak. Atau kita pergi minta kerosakan orang. Ha semua ini tentukan kita siapa. Cara kita berfikir dan berbuat akan tentukan sama ada kita nak berjaya atau tak. Semua kita. Berubah sekarang gais! Bismillah! Khairul Hakimin Muhammad, Dulu pun begitu. Kita berubah jom.

photo content

Nak jadi orang hebat, belajar kawal diri saat diganggu pada setiap suasana. Saat sedap rehat, kena kacau. Saat dengan keluarga kena kerja, saat sibuk kena santuni itu ini. Itu semua Allah pilih untuk kita hadap. Berjaya lalui semua itu, tengoklah bagaimana kalian boleh hadap 1,000 kali badai emosi dan gangguan di hadapan. Waktu itu kalian akan cakap “patutlah Allah sediakan aku jalan yang dulu tu, rupanya nak suruh aku sampai ke puncak sekarang.” Kalau kena ganggu sikit, marah. Kena kerja sikit, stress. Kena buat itu ini tak boleh rehat, mengeluh. Saya cakap terang, kalian akan kekal di tempat sama beratus tahun lagi. Allah uji orang yang Dia tahu orang itu boleh hadap atau tak. Kalau kita terima dah ujian itu, namun kita menolak dan tak mahu hemah dan sahsiah melaluinya, maka kita sedang menolak rezeki belajar dari Tuhan kita sendiri. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit dan ubah mind set jom!

Dari cakap "stay positiflah, takkanlah benda gitu pun kau tak reti", lebih baik cakap "pasti susahnya nak lalui keadaan itu kan. Insya-Allah ia sekejap sahaja dan Allah akan beri yang lebih besar selepas ini, terus kuat, aku bantu kau ya." Dari cakap "tenang jelah, semua orang pun diuji. Janganlah rasa teruk sangat," lebih baik cakap begini "sekarang benar kita akan rasa sangat susah. Penat jangan cakaplah, tapi kalau kau ada rasa perlu bantuan aku, cakap ja, aku akan bantu mana aku mampu ok?" Dari cakap "semua benda berlaku ada sebabnya, kena rajin berfikir." Lebih baik cakap begini "semoga kau kuat, aku sentiasa ada untuk kau. Beritahu sahaja, aku bantu." Kawan-kawan, Masa sukar begini, banyakkan berniat dan terus sahaja bantu. Bukannya memberi nasihat dan ada unsur sindir seperti mereka itu bodoh benar tak tahu nak buat apa. Boleh jadi otak dah jem, runsing dan gelisah tak tahu nak buat apa-apa. Normal manusia begitu. Boleh bantu, bantu. Tak boleh bantu, diam. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sama bantu. Bismillah.

Kita ada lagi sekitar 6 bulan untuk capai target jumlah follower dan sales tahun ini. 6 bulan = 182.5 hari. Jika kita boleh konsisten memuat naik #content “crowd” pada setiap hari sebanyak 1 kali. Dan status itu mendapat lebih 100 share, boleh jadi kenaikan follower sebanyak 30-50 orang sehari. 182.5 hari x 50 orang = 9,125 orang follower masih boleh dikejar tahun ini. Dan sekiranya jika kita membuat jualan sebanyak 1 kali sehari, susun strategi supaya orang membeli dan membeli serta merekomenkan kepada orang lain, jaga servis serta sentiasa alert dengan rungutan dan sebagainya, maka kita boleh dapat sekitar RM200-500 sehari. 182.5 hari x RM500 sales sehari = RM91,500 sales lagi tahun ini. *** Kawan-kawan, tinggal nak susun sahaja semuanya. Bagaimana saya buat, kalian boleh sahaja tiru. Saya bina bank content. 1. Bangun tidur 4.30 pagi setiap hari, baca sekurang-kurangnya 5 muka surat apa sahaja buku. 2. Sediakan sekurang-kurangnya 1 write up sebelum waktu subuh. Mulakan dengan minima 100 patah perkataan. Terpulang nak tulis di telefon atau laptop, saya suka guna Ms Word. 3. Selesaikan hal anak nak sekolah, hantar anak dan terus ke pejabat (jika suri rumah, sediakan ruang kerja 1 meja dan kerusi untuk dapatkan mood ini). 4. Sampai di pejabat, terus buka laptop dan sediakan lagi 1 write up selepas baca 5 muka surat lagi mana-mana buku. Kemudian mula kerja 5. Setiap waktu lunch, ambil 10 minit untuk membaca sebanyak-banyaknya perkara yang anda suka untuk up di media sosial. Jika suka memasak, baca buku resipi, jika suka bercerita, baca novel dan sebagainya. 6. Sambung kerja, jumpa orang dan sebagainya. Sambil-sambil tengok keliling untuk dapatkan story. 7. Habis kerja, susun semua write up yang ditulis tadi (biasanya saya tulis di Ms Word) kemudian masukkan dalam folder. Ini yang dinamakan sebagai bank content. 8. Buat posting untuk keesokan harinya atau hari-hari lain. Tak semestinya write up hari ini untuk hari ini. Boleh sahaja susun untuk esok, lusa, minggu depan, bulan depan. 9. Kita sentiasa akan ada #content dan #Story untuk up. 10. Rajin observe, rajin melihat dan mendengar. Dan yang paling saya suka buat ialah memohon kepada Allah semasa saya bangun tidur (nombor 1) dengan doa “Ya Allah, beri aku cerita yang baik hari ini untuk aku kongsi di media sosial aku Ya Allah.” Saya akan tidur sekitar 11.00 malam ke atas. Sebelum tidur pun saya pastikan saya membaca 5-10 muka surat lagi. Yang ini saya akan cuba cari bacaan tentang Surah Yusuf, ada sangat banyak buku tentangnya. Masukkan juga tafsir Al-Quran. Di situ punca segala cerita dan adab dalam berkomunikasi. Letak Tuhan di hadapan akan jadikan kita sentiasa fokus dan masih dalam jalan yang bagus. Nak hasil, buat. Bangun dan cergas. Berhenti tengok orang lain. Fokus kepada diri sendiri. Orang lain tak bayar bil kita. Semua kita kena usaha sebaik-baiknya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak kaya, mulakan sekarang. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Terus ke https://onecookies.onpay.my untuk daftar kelas content atau bengkel brownies okehhhh

Soalan: Tuan, saya sering tengok ada ahli keluarga yang tulis status-status tergantung. Ceritanya itu tiada nama, namun menjurus kepada seseorang yang kami kenal. Dan di situ ada sangat banyak komen yang bukan-bukan. Bagaimana saya nak tegur dia tuan? Jawapan: Kita pendiri #content. Perkara begitu kita tak perlu layan dan jangan masuk dalam kepala. Orang begini, biasanya dia sering kata orang mengumpat dia, berkata tentang dia, namun dia tak perasan yang status dia itu menjadikan orang bercakap-cakap. Yang berdosa besar ialah dia. Dan dia akan kata orang yang bercakap tentang hal tersebut adalah yang paling berdosa. Dia yang up, dia yang mulakan. Dia kata dia berasa hati sekian-sekian, kemudian dia luah di media sosial, ini semua golongan mengadu domba. Hati-hatilah dengan ayat-ayat jahatnya. Nak tegur, Pm sahaja. Kalau tak, unfriend atau block terus supaya dah tak baca lagi. Abaikan sahaja mereka ini. *** Ini isu besar di media sosial. Kita suka luahkan perasaan di sini. Orang bisnes, orang yang nak menjual, elakkan terus dari meluah perasaan di mana-mana wall media sosial yang kalian ada. Ia menjatuhkan kredibiliti, Ia mengurangkan rasa percaya, Ia buat orang jelak, muak dan menyampah. Ini semua akan menyebabkan sales jatuh, follower kurang. Ada masalah, hadapi. Bukannya pergi tulis di wall. Kita orang hebat, takkanlah benda kecil dalam keluarga pun mahu ditulis sampai hilang rasa sayang, buang rasa hormat. Ruginya lebih banyak dari untung. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Fokus guys! Nak tips content lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Saya kongsi sedikit sebahagian input dari kelas content online tempoh hari. Semasa kita menulis dan berkongsi di media sosial khususnya Facebook, gunakan prinsip 3:4:5. 3 = ada 3 niche penting untuk menyebarkan content, ia adalah crowd, side dan money. 4 = 4 asas content ialah fakta, bahasa, emosi dan memberi impak positif. 5 = 5 matlamat menulis content ialah to educate, to inform, to inspire, to entertain dan to convert to money. Jika semua ini dapat kita praktikkan, kita sedang serius membangunkan #content. Ia bagus untuk personal branding dan marketing. Apabila orang baca boleh faham terus, ikut terus, bertindak terus, atau kita berniaga orang beli terus. Nak belajar lebih detail lagi ilmu Content? Daftar sekarang untuk hadir Kelas Content Marketing & Facebook Writing. Klik sini lekas, hanya RM65 sahaja! Kelas terdekat ialah pada 20hb Julai nanti! onecookies.onpay.my/order/form/2 onecookies.onpay.my/order/form/2 onecookies.onpay.my/order/form/2

Soalan: tuan, saya jual tudung, dan #content saya tak banyak. Hari-hari masuk kerja, uruskan hal tudung, kakitangan, kurier, balik. Dah sampai rumah dah sibuk uruskan rumah tangga. Bantu saya tuan. Jawapan: Realiti kehidupan yang boleh dijadikan content: 1. Bangun tidur, uruskan anak - posting tips uruskan anak. 2. Siapkan sarapan anak dah suami - posting resipi atau tips siapkan sarapan, buat bekal (bento) dan sebagainya. 3. Hantar anak ke sekolah, bersembang dengan anak, posting side. 4. Masuk kerja, nampak ada 20 warna kain, 100 design, selfie dulu sebab menarik - posting side. 5. Tunjuk bagaimana cara gosok tudung, tutorial cara pakai tudung (ada 18,321 cara haha) buat semua dan susun posting tersebut pada setiap hari. 6. Lunch pergi makan di luar. Posting review kedai makan. 7. Kecoh nak kurier, ambil gambar dulu kasi hype. 8. Balik rumah siapkan dinner, resipi. Settle dapat 8 jenis posting! Apa benda tak ada idea? Ee geramnya saya. Di media sosial orang nak tengok kehidupan kita. Jadi kita susun sahaja. Itu yang akan beri orang percaya dan yakin kita ini orang yang ada integriti. Tak perlu cerita hal peribadi, tukar semuanya dalam bentuk content. Ia akan menjadi dengan baik. Follower dapat, duit pun dapat! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Relaks-relaks susun. Nak tips lagi mari ke sini ya https://t.me/ContentKHM

"Tuan, buatlah bengkel ajar kami macam mana buat biskut kapasiti besar. Kami nak sangat belajar." Haaa sebabkan ada permintaan beginilah saya adakah beberapa bengkel untuk kalian. Belajar awal, kita ready untuk raya tahun hadapan. Bengkel ada 3. Pilihlah nak belajar yang mana. Saya fokus 3 ini sahaja. Saya sendiri akan ajar. Nak belajar 3-3 pun ok. Satu bengkel hanya 25 orang sahaja. Kita akan duduk dalam 1 Group Tele lepas itu untuk tanya dan bincang. Bengkel Biskut - 16hb Julai. Bengkel Brownies - 23hb Julai. Bengkel Kek Kampung - 24hb Julai. Belajar menyiapkan semua masakan termasuk kira kos, pasaran dan ketahui proses sebenar nak jual di mana. Nak pakai ejen? Nak masuk mall? Nak jual tepi jalan? Semua saya kongsikan. Setiap 1 bengkel 10am-4pm. Hanya semurah RM450, all in. Datang melenggang sahaja. Semua peralatan dan bahan kami sediakan okeh. Bengkel di kilang kami di Bandar Baru Bangi. Klik sini ya untuk daftar. Jemput belaka mana-mana pemain industri makanan untuk sertai. Tag dan share kepada mereka juga ya: Klik sini https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Ada orang cakap buruk, senyum. Ada orang kritik, senyum. Ada orang mengumpat, senyum. Ada orang benci, senyum. Ada orang perl
Ada orang cakap buruk, senyum. Ada orang kritik, senyum. Ada orang mengumpat, senyum. Ada orang benci, senyum. Ada orang perli, senyum. Setiap kali kita senyum, ketawa, jalani hidup seperti biasa, orang yang dengki itu akan sakit sendiri. Menyendiri dan mati perlahan-lahan. Percayalah, bersyukur atas ujian adalah perkara paling sedap dalam hidup. Kita happy Allah uji kerana kita tahu kena uji itu adalah orang yang Allah nak beri lebih banyak lagi benda best di masa hadapan. Gais, hati-hati dengan siapa kalian perli, cakap buruk, hina, bantai hari ini. Boleh jadi 10 atau 20 tahun, Allah susun kita panjang umur bertemu semula namun dalam keadaan dia sudah jauh lebih berjaya dan anak kita sibuk nak kerja dengan dia. Waktu itu Allah sengaja campakkan kembali ingatan itu ke dalam kepala kita. Buat kita menyesal dan kita merindui kenapalah tak berbuat baik pada waktu tersebut. Kita sama sahaja. Saat kita hebat, kita bantu. Saat kita sukar, kita usaha. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️

Saya sentiasa tanya diri saya, APA CONTENT BERMANFAAT saya letak hari ini. Saya amat berharap kita semua dapat tanya soalan sama setiap hari sebelum kita up apa-apa di socmed. Bismillah kawan-kawan. ❤️❤️❤️❤️

photo content

Saya kongsi sedikit sebahagian input dari kelas content online tempoh hari. Semasa kita menulis dan berkongsi di media sosial
Saya kongsi sedikit sebahagian input dari kelas content online tempoh hari. Semasa kita menulis dan berkongsi di media sosial khususnya Facebook, gunakan prinsip 3:4:5. 3 = ada 3 niche penting untuk menyebarkan content, ia adalah crowd, side dan money. 4 = 4 asas content ialah fakta, bahasa, emosi dan memberi impak positif. 5 = 5 matlamat menulis content ialah to educate, to inform, to inspire, to entertain dan to convert to money. Jika semua ini dapat kita praktikkan, kita sedang serius membangunkan #content. Ia bagus untuk personal branding dan marketing. Apabila orang baca boleh faham terus, ikut terus, bertindak terus, atau kita berniaga orang beli terus. Nak belajar lebih detail lagi ilmu Content? Daftar sekarang untuk hadir Kelas Content Marketing & Facebook Writing. Klik sini lekas, hanya RM65 sahaja! Kelas terdekat ialah pada 20hb Julai nanti! https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Kami masih menanti kawan-kawan yang berminat untuk buka Cawangan Kopi Meta di Negeri / Kawasan ini: 1. Perlis. 2. Sabah. 3. S
Kami masih menanti kawan-kawan yang berminat untuk buka Cawangan Kopi Meta di Negeri / Kawasan ini: 1. Perlis. 2. Sabah. 3. Sarawak. 4. Labuan. 5. Pulau Langkawi. 6. Melaka. 7. Pulau Pinang. Pakej semurah bawah RM1,000. Percuma latihan dan bimbingan dari kami. Juga ada banyak lagi daerah / bandar yang kami masih belum tembusi. Sekiranya kalian berminat, kalian boleh terus hubungi team kami di talian ini ya: http://www.wasap.my/60134938704/SayaNakBeliPakej http://www.wasap.my/60134938704/SayaNakBeliPakej http://www.wasap.my/60134938704/SayaNakBeliPakej

Kita adalah apa yang kita lihat, Kita adalah apa yang kita dengar, Kita adalah apa yang kita pandang, Kita adalah apa yang kita fikir. Dan kita adalah apa yang kita tentukan. Gais, jika ada ujian datang, kita yang pilih mahu apa. Mahu sedih atau mahu jalan terus. Mahu kecewa lama-lama atau sekadar 1 atau 2 minit sahaja. Mahu bincang atau mahu diamkan diri, mahu lawan atau mahu kawan. Semua kita. Berhenti salahkan orang lain, kita yang negatif, kita yang sering fikir salah, fikir silap, fikir resah fikir gelisah. Sedangkan kita boleh tarik nafas, istighfar dan kemudian perlahan-lahan alami dan nikmati proses pembelajaran tersebut. Boleh marah, namun kena ada nilai kasih sayang, boleh tegur namun kena ada elemen tolak ansur, boleh kritik, boleh kutuk namun kena beringat yang orang sudah berusaha dan gigih berbuat. Semuanya ada jiwa dan hati dalam setiap apa yang kita buat. Semua kita. Sungguh kawan, pahit akan manis juga akhirnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Pagi gais!

Pemain #content di media sosial hanya ada 15 jam sahaja untuk dapatkan: Engagement tinggi. Follower ramai. Duit berkepuk. Dalam tempoh 15 jam itu, ia bermula dari 7.00 pagi hinggalah 10.00 malam. Sekiranya orang itu belum ada 25,000 orang follower, maka itu sahaja waktu yang bagus untuk dimuat naik status di wallnya. Semasa di Digital World Social Media Forum di Amsterdam, Semptember lepas, dikatakan tiada waktu premium pun untuk setiap negara. Yang mana tak ada pun waktu tertentu orang akan tunggu dan tengok untuk membeli. Itu semua mitos jika ada yang kata waktu 3.00 petang begitu begini. Namun kebenaran ini pernah ada sekitar tahun 2013 ke 2017. Kini tiada lagi. Hanya ada waktu orang aktif dan tidak sahaja. Aktif = 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Tidak aktif = 10.00 malam hingga 7.00 pagi. Jadi, susun sahaja kawan-kawan (ini untuk 6-8 status sehari) 7.00 pagi - Crowd (untuk dapatkan follower) 9.00 pagi - Iklan 1 (dapat duit) 11.00 pagi - Side (naikkan engagement semula) 1.00 tengah hari - iklan 2 (dapat duit) 3.00 petang - crowd (dapat follower) 5.00 petang - side (naikkan engagement) 8.00 malam - Iklan 3 (dapat duit) 10.00 malam - side atau crowd (untuk naikkan engagement atau follower). Susun sahaja kawan-kawan. Buat bank content, susun status. Kerja jalan, wall media sosial pun cantik, duit pun masuk. Senang kan? Selamat mencuba! Khairul Hakimin Muhammad, Kata nak jualan RM1juta setahun, kena buatlah! Nak tips lagi? Terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Selamat hari raya semuaaa! Dah melapah belummmmmmm
Selamat hari raya semuaaa! Dah melapah belummmmmmm