uz
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Kanalga Telegram’da o‘tish

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Khairul Hakimin Muhammad analitikasi

Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 36 222 obunachidan iborat bo'lib, Marketing toifasida 281-o'rinni va Malayziya mintaqasida 906-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 36 222 obunachiga ega bo‘ldi.

27 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -380 ga, so‘nggi 24 soatda esa -14 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 4.34% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining N/A% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 1 574 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 0 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 28 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Marketing toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

36 222
Obunachilar
-1424 soatlar
-787 kunlar
-38030 kunlar
Postlar arxiv
Apabila pihak Saudi mengumumkan ada sahaja Ibadah Haji dibuat tahun ini, maka pihak MyQurban terus membuka laluan bagi mereka yang ingin melaksanakan Badal Haji. Ia untuk mereka yang sudah meninggal dunia atau uzur. Harganya RM1,800. Kalian akan dapat ibadah haji dan umrah, sijil, air zam-zam dan wakaf Al-Quran. Tarikh tutup: 17hb Julai 2020 (esok). Klik sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/badalhaji https://bykhm.onpay.my/order/form/badalhaji https://bykhm.onpay.my/order/form/badalhaji

photo content

Usahawan yang ada perasaan takut untuk lakukan sesuatu dalam hal menjual dan promosi, biasanya mereka tak cukup lagi ilmu ten
Usahawan yang ada perasaan takut untuk lakukan sesuatu dalam hal menjual dan promosi, biasanya mereka tak cukup lagi ilmu tentang itu. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/hanya-ilmu-yang-buang-ketakutan/ )

Kita sudah ada topik untuk menulis, juga dah mula membaca, bagaimana nak buat langkah pertama untuk siapkan #content di media sosial kita ini, baik, buat 3 langkah ini dahulu untuk permulaan: 1. Pendahuluan, tak perlu tajuk, tak perlu heading, terus sahaja ke isi penting dalam perenggan yang pertama. Social media (di personal account) benar-benar bersifat seperti kita sedang bersembang. Jadi terus sahaja kepada poin. Orang akan faham itulah topik kita. Contoh: “Pagi ini alhamdulillah dapat makan nasi kerabu biru. Punyalah lama nak cari.” - Topik di atas adalah nasi kerabu. Tak perlu pun letak tajuk “Nasi Kerabu Sedap Paling Agung.” Yang ini akan menyebabkan orang terus jump to conclusion dan tak baca sampai habis. 2. Perenggan ke-2, letakkan isi yang ke-2 iaitu yang menguat perenggan pertama. Ia mesti ada emosi yang kuat. Contoh: “Nasi yang ini kawan aku rekemen, dia kata sedap, aku cubalah. Memang ya, nasinya memang guna bunga telang, dia punya aksesori, daun ulam bagai, budu dengan dia punya sambal, terbaik weh, rasa nak tambah dua tiga pinggan! Sedap amat!” Kita sebut terus apa elemen nasi tersebut. Kalau ia tak jadi penguat, maka posting kalian tidak akan menjadikan orang nak baca. Maksud emosi yang kuat itu ialah kita dapat bayangkan apa yang disampaikan. Seperti tulisan di atas, sedapnya itu macam nak tambah dua tiga pinggan, kita boleh bayang perkara itu kan? 3. Penutup mesti memberi impak positif kepada audien. Kalau tak, kita seorang sahaja yang faham. Contohnya: “kau orang kalau nak makan nasi kerabu sedap ya ampun ini, lokasinya di belakang Warta, nama restorannya Nasi Ayam Kampung kalau tak salah. Kau pergi sahaja situ, lorong ke dua dari Warta. Ada sebelah kiri setentang dengan Pusat Dialisis tersebut. Pagi-pagi depa dah buka dah. Kena cuba okeh!” Dalam hal makanan atau travel atau mana-mana tempat kita nak rekomen, memberi tahu lokasi yang tepat adalah impak positif yang kita boleh beri kepada audien. Ia kerana audien boleh pergi terus untuk beli. Itulah maksud impak positif dalam hal ini. *** Selesai 1 posting, entah-entah ada orang share posting tersebut. Untuk posting ulasan ringkas begini, yang wajib ada ialah: Gambar sepinggan nasi, Gambar susunan lauk / aksesosi nasi kerabu, Gambar dalam kedai, Gambar luar kedai. Selfie dalam kedai. Lima atau enam keping sudah memadai. Juga pastikan setiap empat atau lima baris ayat, ada perenggan. Dan akhir sekali setiap satu gambar, wajib ada caption. Dan yang paling penting tolonglah fokus kepada asas content iaitu Fakta, Emosi, Bahasa dan Impak Positif, tak perlu berjela membebel, tulis apa yang perlu sahaja ya. Okeh Settle. Senang kan? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tak mula hari ini, kalian rugi. Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Jika anda boleh lakukan semua hal ini, maka kehidupan kalian akan berubah menjadi lebih baik: 1. Bangun konsisten 5.30 pagi setiap hari, lebih awal lebih bagus. 2. Mandi dan solat. Dapat pergi ke surau atau berjemaah adalah lebih baik, 6.00 pagi selesai semuanya (ikut waktu subuh ya). 3. Bersenam ringkas sekitar 10-20 minit. ini sangat bagus untuk kecergasan diri. 4. 6.20 pagi, Ambil buku dan baca 10-20 muka surat. 1 muka ada sekitar 100 patah perkataan, kalian dah baca 1,000-2,000 patah waktu pagi - ini sangat bagus untuk kecergasan otak. 5. 6.40 pagi - kalau perlu pergi kerja, maka pergi kerja. Kalau perlu siapkan sarapan, silakan. Buat yang ringkas-ringkas. 6. 7.00 pagi - Sarapan. - collect content resipi. 7. 7.15 pagi - duduk sekejap dan tulis #content pertama di word pad atau Ms Word. 7.30 pagi - save dalam mana-mana folder, saya ada buat folder bank content, dalamnya ada lagi folder (unpublish - untuk yang belum up, dan publish untuk yang dah up). 7.35 pagi - mengemas rumah, basuh baju - collect content organizer. 8.30 pagi - siap, duduk semula di meja kerja untuk susun content iklan. 9.00 pagi - buat posting pertama (posting crowd) - ini akan dapat double engagement apabila orang share, like dan komen. Layan komen awal-awal. 9.30 pagi - duduk sekejap dan membaca 10 lagi muka surat. 10.00 pagi - keluarkan barang dalam peti ais, potong bawang, siapkan untuk masak makan tengah hari - collect content organizer. 10.30 pagi - siapkan content iklan (untuk dapatkan RM) - buat posting terus dan layan pelanggan bertanya dan membeli. 11.30 pagi - mula memasak - collect content resipi. 1.00 tengah hari - siap, siap kemas semua, hidang. 1.15 tengah hari - mandi, angkat kain kalau dah kering. 1.30 tengah hari - anak-anak balik sekolah. Uruskan seorang demi seorang. 2.00 petang - muat naik posting side yang ada jenaka. Akan dapat single engagement apabila orang like dan komen. 2.30 petang - selesai jawab semua komen. Ambil bakul baju yang dah angkat dari jemuran, lipat kain depan tv - collect content cara lipat dan review drama. 3.30 petang - siap dan mula cari idea nak masak minum petang, terus masak - collect content resipi. 4.30 petang - baca lagi 10 muka surat. 6.00 petang - semua dah balik. Siap untuk makan malam - collect content resipi 8.00 malam - makan malam, bersembang - collect content perbualan dengan anak-anak. 9.00 malam - siap, kemas meja, suruh anak buat home work dan tidur. 10.00 malam - baca lagi 10 muka surat. 10.30 malam - tidur. *** Dalam tak sedar, Kalian akan dapat lebih 5 content sehari. Susunkan semuanya dalam Ms Word. Dalam tak sedar itu juga kalian sangat produktif di media sosial, dapat buat 3 posting yang ada manfaat untuk kalian. Lebih bagus, dalam tak sedar kalian berjaya membaca lebih 5,000 patah perkataan sehari. Dan itu pasti akan beri kalian idea dan banyaknya perkara nak tulis di mana-mana. Sales berjaya, Crowd pun dapat Kerja dalam rumah pun settle. Tinggal nak buat ke tidak sahaja. Allah beri kita 24 jam yang sama. Ada orang boleh buat 1 kerja sahaja, ada orang boleh buat 10-20 kerja sehari. Itu beza malas dan rajin. Ingat kawan “orang rajin cari jalan, orang malas banyak alasan.” Tiada jutawan yang bermula dengan kosong bangun jam 10.00 pagi dan melepak sepanjang hari. Mereka kerja 7 hari seminggu, 24 jam sehari tanpa pernah merungut. Dan apabila mereka tua, mereka melihat hasil kerja mereka dapat beri manfaat kepada ramainya orang. Kita boleh mulakan semua itu dari rumah sendiri. Tak mustahil kita juga dapat bina empayar dari dapur kecil kita. Asasnya kena rajin. Ini yang dinamakan sebagai Multi-millionair schedule. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangun dan buat. Nak tips lagi, kesini ya https://t.me/ContentKHM

Mana yang nak private coaching, saya ada buka beberapa tarikh. Kelas besar susah dah nak buat kerana fokus dengan bisnes. Harga sama walau 1 orang. Nak murah kongsilah 5 orang. RM4,999/sesi. Dari pagi sampai petang. Pagi basic content, petang belajar buat content mapping. Tengok tarikh dalam link ya. Beli sesi ini di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/pccbykhm https://bykhm.onpay.my/order/form/pccbykhm https://bykhm.onpay.my/order/form/pccbykhm

photo content

Jika 10 perkara ini anda dapat lakukan dengan konsisten selama 1 tahun, percayalah anda akan bergelar jutawan. (Baca selanjut
Jika 10 perkara ini anda dapat lakukan dengan konsisten selama 1 tahun, percayalah anda akan bergelar jutawan. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/10-perkara-untuk-bergelar-jutawan/ )

Nak sertai #AffiliateKHM ini mudah sahaja gais. 1. Beli apa sahaja di sini https://bykhm.onpay.my 2. Kemudian bersabar tunggu email pendaftaran affiliate. 3. BACA BETUL-BETUL EMAIL TERSEBUT. 4. Daftar (tiada bayaran dikenakan, percuma ja). 5. Sertai Group Support. Dalam tempoh 24 jam tak terima email baru hubungi team support di talian 0139249877. Ha mudah kan? Silakan, mulakan langkah pertama okey! Jumpa di Group Support belaka! Di sana belajar semuanya percuma! Kalian boleh jual semua produk yang ada dalam akaun kalian. Walau masa nak daftar sekadar beli pes, kalian tetap boleh jual apa sahaja. Mari kita mulakan. Bismillah.

photo content

Soalan: Bagaimana tuan melihat semua benda sebagai #content? Jawapan: Ia adalah apa yang kita nak sampaikan kepada orang lain. Ia adalah matlamat membuat posting, kalau objektifnya baik, beri manfaat maka saya akan siapkan. Saya pegang 3 perkara ini sebelum memuat naik posting. 1. Untuk beri orang lain didikan atau pelajaran (to educate). Contoh: kita berjaya turunkan berat badan sebanyaj 5kg dalam tempoh sebulan, bagaimana posting to educate ini dibuat: Susun apa yang telah dibuat. Sebagai contoh, kita diet, jaga makan, senaman dan sebagainya jadi postingnya akan begini: “Saya berjaya turunkan 5kg dalam sebulan ini dengan cara mudah sahaja. 1. Minum 2 liter air sehari. Tak minum air manis langsung. 2. Sarapan hanya 2 biji telur separuh masak dan 1 keping roti. Dan terus sambung sampai habis. Jika kalian lihat, ia adalah posting yang mendidik orang. 2. Posting yang sekadar beritahu sahaja (to inform). Contohnya kita pergi makan di sebuah restoran, makanannya sedap, layanannya bagus. Maka kita pun tulis: “Bestnya makan dekat sini, aglio olio dia terbaik rasa nak order lagi bawa balik. Kalau kau orang nak makan macam ini, kena datang Restoran Yellow Card ini, rasanya terbaik, parking luas. Meja tersusun ja dekat dalam, best! Puas hati!” Ingat, dalam memberi posting begini, mesti ada impak positif. Dalam hal to inform, impaknya kena beritahu bagaimana orang lain nak beli, nak dapatkan. 3. Untuk memberi inspirasi (to inspire). Posting yang ini adalah yang menaikkan semangat, kisah kejayaan serta banyaknya benda disekeliling boleh diceritakan untuk membuka mata ramainya orang yang bermain media sosial. Contoh mudah, bagaimana nak ajar anak mengaji mudah, Sirah nabi (selawat), kisah kejayaan orang sekeliling, bagaimana dia berjaya, bagaimana dia buat, bisnesman sana, olahragawan sini, semuanya boleh diceritakan. Ia adalah inspirasi. *** Sebab itu saya pandang semua benda sebagai content. Dalam kepala saya, saya sudah setkan apa yang saya nampak, saya lihat dan saya dengar mesti yang baik-baik. Memilih content yang baik sangat mustahak. Sebarkan kebaikan, dan itu yang akan kembali kepada kita. Jika dapat benda buruk, tegur terus dan simpan. Tak boleh teruskan menulis di media sosial. Ambil yang baik sahaja ya! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Semoga kalian temu jalannya. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Semua proses itu menyakitkan, perit. Namun tak boleh berhenti. Gagahkan tenaga dan lawan semuanya. (Baca selanjutnya di : htt
Semua proses itu menyakitkan, perit. Namun tak boleh berhenti. Gagahkan tenaga dan lawan semuanya. (Baca selanjutnya di : https://khairulhakimin.com/nak-berjaya-lalui-banyak-cerita/ )

Kalian masih boleh mendaftar untuk melaksanakan ibadah korban di Makkah. Harga seekor kambing hanya RM490 sahaja. Daging akan diedarkan ke perkampungan melayu, pattani dan penduduk sekitar. Ia diuruskan oleh team MyQurban yang memang sudah ada di sana. Klik sini terus ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/korbankambing https://bykhm.onpay.my/order/form/korbankambing https://bykhm.onpay.my/order/form/korbankambing

photo content

Media sosial ini sifat paling besarnya ialah #persepsi. Kita tidak kenali antara satu sama lain, namun kita add friend. Selepas itu pihak di sebelah sana, akan klik accept. Maka kita pun berkawanlah. Kita akan baca wall dia setiap hari, dia juga akan baca wall kita setiap hari. Oleh sebab kita tidak mengenali antara satu sama lain, kita hanya boleh “baca” perangainya di media sosial sahaja. Namun kita akan jatuhkan hukum. “Dia ini tak habis-habis menjual, benci betul aku.” “Dia ini meroyan sahaja kerjanya.” “Dia ini semua dia je yang baik.” Itu semua persepsi. Jika kita kenal baik buruk dia, kita akan rasa okey sahaja. Busuk-busuk pun kita hanya unfollow kerana menjaga persahabatan itu sebaiknya. Berbeza dengan orang yang kita tidak kenal, kita akan mudah unfriend atau block terus. Kalian boleh mahu add sesiapa, tiada halangan. Walau kalian rasa mahu kenal dia kerana yakin dia itu orang yang positif, ia tetap boleh beri kesan buruk sekiranya dia ada memuat naik status yang negatif sesekali. Ha, kalian boleh cuba untuk buka butang follow dari menerima “kawan” ekspress begitu. Caranya ialah terus ke 1. Privacy and Setting, 2. Kemudian klik setting, 3. Kemudian klik public post. 4. Kemudian di bahagian “who can follow me” kalian klik public. Nanti butang follow itu akan keluar. Dari situ, mulalah menulis #content bermanfaat. Orang yang yakin mahu follow kalian, akan klik follow, mereka faham yang mereka bukan kawan kita, dan hanya mahu ikuti perkembangan content-content kita sahaja. Itu jauh lebih selamat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terima kasih follow saya ya! Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Ramainya manusia bermain media sosial dan mahu menulis #content namun tak tahu bagaimana nak mula. Okey ikuti langkah ini: 1. Pilih beberapa topik yang anda boleh tulis secara konsisten. Maksud konsisten ialah mesti ada pada setiap minggu. Sama ada 1 kali, 2 kali, 3 kali, itu kalian susunkan sahaja. Setiap hari lagi bagus. 2. Topik tersebut mesti mempunyai titik persamaan yang besar dengan orang lain. Tak perlu jadi rare. Contoh saya sendiri, saya tulis hal memasak, tips menulis, cerita kemanusiaan, kisah yang saya dapat serta pengembaraan (travel) saya. 5 topik okey. 3. Kemudian, start enjin kereta terus pergi ke kedai buku dan beli 5 naskhah buku (ikut berapa topik yang kalian dah pilih, kalau satu, satulah, saya ada 5 topik, jadi 5 buku lah kan). 4. Baca buku itu dan habiskan dalam tempoh seminggu. 5. Selepas itu mula menulis. Akan ada banyak bezanya. Membaca akan menambah perkataan dalam kepala, menyebabkan otak kita dapat berfikir tanpa sangkut, minda kita cergas tanpa semput. Semua jadi lolos, jadi segar dan tembus kepada banyaknya perkara. Fikir pun tak serabut, nak tulis pun semuanya tersusun dan terkawal. Ingat ini kawan-kawan, orang yang sekadar tahu nak tulis sesuatu dengan orang yang berilmu untuk tulis sesuatu ada banyak bezanya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Berusaha habiskan 4-5 buku seminggu. Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Tenang sahaja jika apa yang kalian sampaikan di media sosial itu dapat 1 share, 10 share, 15 share. Itu pun sudah cukup banyak. Selagi ia memberi kebaikan, apa sahaja yang dihebah dan dikongsi kembali kemudian mereka buat dan amalkan adalah pahala yang berpanjangan. Yang penting ialah membuat dan menulis posting kebaikan dengan konsisten. Ingat kawan, biar sedikit, namun konsisten. Macam kita mengaji, tak apa dapat sehelai dua sehari, namun apabila buat setiap hari, ia konsisten. Juga seperti kita solat 5 waktu sehari. Hanya sekitar 25-30 minit sahaja diambil dari 24 jam sehari untuk solat, namun jika konsisten, ia akan mengubah keseluruhan hidup kita ini. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, #KongsiKebaikan

FAKTA 2019 TENTANG PEMBANGUNAN CONTENT DUNIA. Menulis dengan #content di media sosial boleh ubah hidup anda, hari ini: 1. 3.8 billion manusia menggunakan media sosial dari 7.7 billion manusia. 2. Lebih 2 billion akaun Facebook sudah di daftarkan hari ini dan Instagram juga sudah punya lebih 1 billion user. 3. Hanya kurang 8% user tersebut membina content di wall mereka. 4. 72% adalah silent reader yang suka membaca, membeli dalam diam dan mengikuti perkembangan secara sambilan. 5. 10% aktif namun hanya meluahkan perasaan. 6. 10% lagi adalah peniaga yang aktif menggunakan Ads namun di personal akaun mereka tidak aktif dan tidak mahu menonjol. (Rujuk data dari ThinSliceMarketing). *** sebagai pengguna Facebook dan Instagram, membuat duit di medan ini adalah satu peluang besar. Ada 72% dari jumlah user yang sering membeli secara diam-diam untuk dikejar. Mereka ini hanya melihat kepada: * penjual yang menjual produk yang dia sedang cari. * yang tidak memaksanya membeli. * yang akan bantu masalah apa yang dia sedang hadapi. Dan semua hal ini hanya boleh ditulis dengan content. Kebiasaannya, content hanya memberi penerangan, menjual tanpa memaksa dan tidak memberi ruang tak selesa kepada audien. Ia adalah tulisan yang tersusun dan berstrategi, yang menjadikan orang yang guna akaun media sosial itu ada pengikut setia yang rajin melihat postingnya, kemudiannya dia percaya, bangga dapat meluah setia dengan klik butang follow dan terus membeli apa yang dijualnya. Inilah sifir content untuk 8% pembina content di media sosial hari ini. Mereka bermula dengan 0 follower, hari ini beratus ribu, juga waktu itu boleh jadi RM0, hari ini jualannya berjuta ringgit. Begitulah. Bina, bangun, bangkit, buat, susun. Khairul Hakimin Muhammad, Ubah hidup anda di media sosial. Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Hari ini ramai pengembara, traveler, backpacker berjalan serata dunia. Mereka ini mengambil gambar, menunjukkan sisi negara lain dengan sangat baik sekali. Dalam dunia media sosial hari ini, ada beberapa orang antara mereka ini membina kredibiliti dan buat duit dengan apa yang mereka ada. 1. Photographer. 2. Tour Guide. 3. Ejen Pelancongan. 4. Pengusaha Homestay / AirBnB. 5. Penulis. 6. Personal Shopper. Dan ramai lagi. Namun disebalik semua itu, ada 1 tugas besar yang mereka perlu buat di media sosial, iaitu menulis #Content. Dalam dunia travel, ia boleh dibahagikan kepada: 1. Lokasi. 2. Makanan. 3. Budaya. 4. Tempat shopping. 5. Orang. 6. Buku. 7. Agama. 8. Pengangkutan. 9. Penginapan. 10. Aktiviti. 11. Itinerari. 12. Minat. 13. Kaitan dengan buku. 14. Kaitan dengan drama atau filem. 15. Sejarah. 16. Demografi, Ekonomi, sosio budaya. Dan sebagainya. Dan semua perkara besar ini boleh dibahagikan kepada banyaknya pecahan kecil. Contoh kita ambil nombor 1, lokasi: - 10 tempat menarik wajar dilawati. - susunan aktiviti di tempat tersebut. - dos and donts. - sesuai untuk bujang atau berkahwin atau keluarga. - tips menyusun itinerari. - makanan / halal atau tidak / senang atau tidak / bento dan sebagainya. Kemudian, pecahkan lagi dan lagi. Sekiranya kalian buat “bank content” ini dengan baik, perjalanan kalian yang 5 hari, atau 10 hari atau 14 hari atau berapa hari pun akan ada banyaknya content untuk kalian tulis. Boleh jadi akan ada 20-30 write up yang boleh kalian kongsi di wall kalian, ada banyak dan susunlah setiap satu hari ada 1 content. Yang kalian perlu buat sebelum travel ialah study, membaca dan mengkaji serba sedikit, kemudian pergi kedai buku dan beli buku tentang tempat tersebut. Baca dan hadam. Semasa travel, apa yang anda baca akan keluar sendiri, kemudian ambillah gambar, buat database, susun semuanya perlahan-lahan. Tak perlu up terus status tersebut. Tulis sahaja dulu di note atau wordpad atau Ms Word, kemudian susun satu demi satu posting tersebut pada esoknya atau bila-bila. Tenang-tenang dan tak perlu kelam kabut. Kebanyakan traveler sifatnya banyak tenang. Mereka mengerti tentang erti perjalanan dan banyaknya melihat, mendengar dan selalu nampak perkara yang boleh banyaknya belajar berbanding seronok bersuka tanpa apa tujuan. Ingat, apa yang kalian tulis, pastikan ada impak positif kepada audien dan pembaca. Jika banyaknya benda tak elok semasa kembara, tulislah ia sebagai peringatan bukannya memburuk-burukkan lagi. Bisnes kalian akan okey, kalian juga akan naik kredibilitinya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips content lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Kita ada lagi sekitar 6 bulan untuk capai target jumlah follower dan sales tahun ini. 6 bulan = 182.5 hari. Jika kita boleh konsisten memuat naik #content “crowd” pada setiap hari sebanyak 1 kali. Dan status itu mendapat lebih 100 share, boleh jadi kenaikan follower sebanyak 30-50 orang sehari. 182.5 hari x 50 orang = 9,125 orang follower masih boleh dikejar tahun ini. Dan sekiranya jika kita membuat jualan sebanyak 1 kali sehari, susun strategi supaya orang membeli dan membeli serta merekomenkan kepada orang lain, jaga servis serta sentiasa alert dengan rungutan dan sebagainya, maka kita boleh dapat sekitar RM200-500 sehari. 182.5 hari x RM500 sales sehari = RM91,500 sales lagi tahun ini. *** Kawan-kawan, tinggal nak susun sahaja semuanya. Bagaimana saya buat, kalian boleh sahaja tiru. Saya bina bank content. 1. Bangun tidur 4.30 pagi setiap hari, baca sekurang-kurangnya 5 muka surat apa sahaja buku. 2. Sediakan sekurang-kurangnya 1 write up sebelum waktu subuh. Mulakan dengan minima 100 patah perkataan. Terpulang nak tulis di telefon atau laptop, saya suka guna Ms Word. 3. Selesaikan hal anak nak sekolah, hantar anak dan terus ke pejabat (jika suri rumah, sediakan ruang kerja 1 meja dan kerusi untuk dapatkan mood ini). 4. Sampai di pejabat, terus buka laptop dan sediakan lagi 1 write up selepas baca 5 muka surat lagi mana-mana buku. Kemudian mula kerja 5. Setiap waktu lunch, ambil 10 minit untuk membaca sebanyak-banyaknya perkara yang anda suka untuk up di media sosial. Jika suka memasak, baca buku resipi, jika suka bercerita, baca novel dan sebagainya. 6. Sambung kerja, jumpa orang dan sebagainya. Sambil-sambil tengok keliling untuk dapatkan story. 7. Habis kerja, susun semua write up yang ditulis tadi (biasanya saya tulis di Ms Word) kemudian masukkan dalam folder. Ini yang dinamakan sebagai bank content. 8. Buat posting untuk keesokan harinya atau hari-hari lain. Tak semestinya write up hari ini untuk hari ini. Boleh sahaja susun untuk esok, lusa, minggu depan, bulan depan. 9. Kita sentiasa akan ada #content dan #Story untuk up. 10. Rajin observe, rajin melihat dan mendengar. Dan yang paling saya suka buat ialah memohon kepada Allah semasa saya bangun tidur (nombor 1) dengan doa “Ya Allah, beri aku cerita yang baik hari ini untuk aku kongsi di media sosial aku Ya Allah.” Saya akan tidur sekitar 11.00 malam ke atas. Sebelum tidur pun saya pastikan saya membaca 5-10 muka surat lagi. Yang ini saya akan cuba cari bacaan tentang Surah Yusuf, ada sangat banyak buku tentangnya. Masukkan juga tafsir Al-Quran. Di situ punca segala cerita dan adab dalam berkomunikasi. Letak Tuhan di hadapan akan jadikan kita sentiasa fokus dan masih dalam jalan yang bagus. Nak hasil, buat. Bangun dan cergas. Berhenti tengok orang lain. Fokus kepada diri sendiri. Orang lain tak bayar bil kita. Semua kita kena usaha sebaik-baiknya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak kaya, mulakan sekarang. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM