fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 35 143 مشترک است و جایگاه 278 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 897 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 35 143 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 05 اکتبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -290 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -23 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 8.67% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 0 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 06 اکتبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

35 143
مشترکین
-2324 ساعت
-847 روز
-29030 روز
آرشیو پست ها
Soalan: Saya hanya ada 200 friend dan belum ada follower, macam mana nak dapat share banyak-banyak? Jawapan: Tenang. Jika semua benda nak cepat, cepat juga ia tumbang. Saya dulu bermula dengan 800 friend, tiada follower. Tahun 2015 saya mula tulis resipi. Ada 1 share, kemudian naik ke 5 share, 20 share. Sampailah pada 6hb Januari 2016, artikel saya dikongsi oleh 19,000 orang dan mendapat like sebanyak 60,000 kali. Follower saya naik ke 17,000 orang dalam 1 malam. Apa yang berlaku selepas itu adalah usaha yang berterusan. Semua resipi, tips travel, tips menulis serta cerita-cerita saya yang pernah saya tulis sebelumnya, dikongsi lagi dan lagi. Lebih dari itu, saya teruskan menyusun #content untuk hari-hari seterusnya. Selepas itu, Ada yang 120,000 share, Ada yang 60,000 share, Ada 1,000 share. Semuanya content yang dimuat naik secara tersusun. Saya kerja keras dengan buat table dalam Ms Excel. Berapa dapat like, berapa dapat share, berapa dapat komen dalam tempoh setahun itu (dan masih buat sampai sekarang) untuk tengok topik apa yang disukai. April 2016, follower saya naik ke 50,000 orang dan pada Januari 2017, saya berjaya raih 100,000 follower. Hari ini alhamdulillah 220,000 follower. Saya bukan artis, bukan selebriti, bukan ahli politik. Saya hanya menulis content dan buat bisnes. Apabila ramainya orang berkerumun, mudahnya kita nak buat jualan. Itu sifir mudah. Kawan-kawan, Tak ada masalah nak bermula dengan kosong. Yang ada masalah ialah semua benda nak cepat. Kita tak mahu kerja keras, tak mahu membaca, tak mahu merancang. Kita beri alasan perlu buat itu kena buat ini dan akhirnya kita merungut itu tak jadi ini tak boleh. Semua orang ada 24 jam yang sama. Ada orang boleh buat 10 kerja dalam masa itu, ada orang 1 kerja pun belum tentu siap. Ingat, kerja keras adalah usaha yang berterusan untuk jangka masa panjang. Konsiten serta fokus dengan apa yang kita tuju. Kadang-kadang kita tumbang, kadang-kadang kita menang. Saat jatuh, kita belajar, saat juara kita bantu yang lain. Content terbina dengan apa yang kita minat, kita suka, kita mahir dan kita ada passion tentang itu. Dan itulah yang orang nak baca. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sebuah rumah tak terbina dalam sehari. Nak tips lagi, klik sini https://t.me/ContentKHM

Ini 5 cara untuk sentiasa relevan menulis #content di media sosial: 1. Posisikan diri. Tulis apa yang kalian suka, minat, dan mahir. 3 perkara ini perlu diselang selikan. Ia akan membawa kepada rasa percaya tinggi. 2. Asli, autentik. Perlu ada rasa untuk wujudkan diri dengan asli, tidak fake, tidak guna bukan nama orang, guna nama sendiri, berani untuk tonjolkan wajah serta ada waktu untuk live. 3. Beri nilai. 3 tulisan yang biasanya memberi nilai kepada audien ialah, educate, inform dan inspire. Tak memberi dan hanya fokus kepada luahan hati akan hancurkan diri. 4. Konsisten. Jika sudah susun posisi, maka perlu ada jadual penulisan. Pagi, tips. Tengah hari, cerita. Petang, iklan. Malam, live. Susun sahaja. 5. Engage dan hargai semua orang. Apabila sudah memuat naik posting, hargai mereka yang datang, usaha reply atau beri reaksi seperti like, haha, wow, love. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 7pagi mesti ada tips menulis. Suka tak? Hihi. Nak tips lagi terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Ada beberapa kata-kata khas buat kalian yang berniaga: 1. Setiap dari siapa yang kalian nampak dia sudah berjaya, ada berpuluh tahun dia pernah gagal dan bangkit kembali tanpa pernah putus asa. 2. Apabila hati kalian hancur, waktu itulah otak kalian cergas, cerdas dan hebat bekerja. 3. Hargai pasangan yang sentiasa penat menanti di rumah, sabar memberi secawan kopi apabila kita pulang dengan penuh gagal, orang ini adalah orang yang sama akan melihat kita senyum apabila kita berjaya nanti. Peluk dan hargailah sampai bila-bila. 4. Jika Allah buat kamu ternanti-nanti jawapan mengapa masih gagal, siap sedialah untuk terima hadiah besar apabila berjaya nanti. Tawakkal, reda dan berusaha habis daya tanpa pernah putus asa. 5. Setiap hari, rancang untuk pergi makan bersama dengan orang yang pernah berlapar semasa kita susah dahulu. 6. Akui sahaja yang kita pernah tumbang, gagal, hancur dengan ramainya hilang kawan, putus persahabatan kerana kita masih orang sama yang lambatnya berjaya. Dan apabila sudah berjaya, layan baik-baik orang ini, itu adalah kebaikan yang dituntut. Dendam hanya bawa aura negatif dan banyaknya keburukan. 7. Kematangan itu bukannya datang dari kita bersembang benda-benda besar dan kita mahu menang mempersoal itu dan ini, ia adalah kefahaman terhadap apa yang dibincang dan menghormati setiap apa yang orang sedang utarakan. 8. Sampai satu tahap, diam adalah aktiviti terbaik dalam hidup. Melihat, memandang dan mendengar adalah proses paling bijak dalam berjaya dan terus fokus nak dapat apa yang kita tuju. 9. Satu benih itu diam-diam sahaja dia tumbuh membesar, namun pokok yang mega akan buat bunyi yang kuat semasa tumbang. Ingat, nak berjaya, tak perlu pumpang-pumpang beritahu orang itu orang ini, diam-diam sahaja, ia adalah kuasa paling hebat untuk bina apa sahaja empayar. 10. Kejayaan yang perlahan akan bina sikap baik, merendah diri dan banyaknya pelajaran, manakala jika ia terlalu laju, menang itu menang ini, boleh jadi ia akan banyak ego dan sombong. Hati-hati. Begitulah. Semoga bermanfaat kawan-kawan. Esok kita menjual lagi! Khairul Hakimin Muhammad, Motivasi peniaga sampai tidur pun masih berfikir.

Panduan untuk #FacebookLive. Adalah sangat baik untuk kalian lakukan ini: 1. Sediakan topik. Live tanpa topik seperti bersembang kosong. Topik adalah #content untuk kita bercakap nanti. 2. Sangat bagus jika kalian buat promo sebelum live. Contohnya nak live jam 3.00 petang, jam 1.00 tengah hari kalian up poster untuk live tersebut. Ia sangat bagus untuk menambah crowd. 3. Pada tahun 2016, Facebook mengatakan Video Live ini sangat bagus dibuat dalam bentuk “majlis.” Ia bermaksud adalah wajar untuk kita jemput orang dahulu sebelum kita terus buat live. Lihat poin nombor 2. 4. Sangat bagus live kita itu sekitar 10 minit ke 30 minit sahaja. 5. Memberi reaksi kepada soalan dan berbanyak seperti bersembang dengan mereka yang sedang tonton. 6. Mengikut SocialMediaExaminer, Facebook Live mendapat lebih 35% Engagement berbanding posting biasa. 7. Semasa live, kalian tak dapat meletakkan sebarang link di dalam ruangan komen. Jadi gunakan WatchParty pula untuk muat naik video tersebut. Di situ kalian boleh memuat naik apa-apa komen. 8. Live menambah kepercayaan. Elakkan dari terlalu banyak menjual, susun supaya Live akan jadi cantik untuk memberi lebih banyak faedah lain kepada audien. 9. Bercakap dengan terang, jelas dan fokus juga menyebabkan orang suka melihat kita. 10. Tutup dengan impak positif seperti biasa dan pastikan beritahu waktu live seterusnya. Ia sangat bagus bagi mereka yang sudah mula setia dengan kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka buat satu atau dua kali seminggu. Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

“Penyokong paling kuat yang ada ialah dari mereka yang anda tidak kenal. Manakala pembenci yang paling hebat berusaha menjatu
“Penyokong paling kuat yang ada ialah dari mereka yang anda tidak kenal. Manakala pembenci yang paling hebat berusaha menjatuhkan anda adalah mereka yang anda kenal.” (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/sudah-terjun-dalam-bidang-ini/ )

Apabila pihak Saudi mengumumkan ada sahaja Ibadah Haji dibuat tahun ini, maka pihak MyQurban terus membuka laluan bagi mereka yang ingin melaksanakan Badal Haji. Ia untuk mereka yang sudah meninggal dunia atau uzur. Harganya RM1,800. Kalian akan dapat ibadah haji dan umrah, sijil, air zam-zam dan wakaf Al-Quran. Tarikh tutup: 17hb Julai 2020 (esok). Klik sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/badalhaji https://bykhm.onpay.my/order/form/badalhaji https://bykhm.onpay.my/order/form/badalhaji

photo content

Usahawan yang ada perasaan takut untuk lakukan sesuatu dalam hal menjual dan promosi, biasanya mereka tak cukup lagi ilmu ten
Usahawan yang ada perasaan takut untuk lakukan sesuatu dalam hal menjual dan promosi, biasanya mereka tak cukup lagi ilmu tentang itu. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/hanya-ilmu-yang-buang-ketakutan/ )

Kita sudah ada topik untuk menulis, juga dah mula membaca, bagaimana nak buat langkah pertama untuk siapkan #content di media sosial kita ini, baik, buat 3 langkah ini dahulu untuk permulaan: 1. Pendahuluan, tak perlu tajuk, tak perlu heading, terus sahaja ke isi penting dalam perenggan yang pertama. Social media (di personal account) benar-benar bersifat seperti kita sedang bersembang. Jadi terus sahaja kepada poin. Orang akan faham itulah topik kita. Contoh: “Pagi ini alhamdulillah dapat makan nasi kerabu biru. Punyalah lama nak cari.” - Topik di atas adalah nasi kerabu. Tak perlu pun letak tajuk “Nasi Kerabu Sedap Paling Agung.” Yang ini akan menyebabkan orang terus jump to conclusion dan tak baca sampai habis. 2. Perenggan ke-2, letakkan isi yang ke-2 iaitu yang menguat perenggan pertama. Ia mesti ada emosi yang kuat. Contoh: “Nasi yang ini kawan aku rekemen, dia kata sedap, aku cubalah. Memang ya, nasinya memang guna bunga telang, dia punya aksesori, daun ulam bagai, budu dengan dia punya sambal, terbaik weh, rasa nak tambah dua tiga pinggan! Sedap amat!” Kita sebut terus apa elemen nasi tersebut. Kalau ia tak jadi penguat, maka posting kalian tidak akan menjadikan orang nak baca. Maksud emosi yang kuat itu ialah kita dapat bayangkan apa yang disampaikan. Seperti tulisan di atas, sedapnya itu macam nak tambah dua tiga pinggan, kita boleh bayang perkara itu kan? 3. Penutup mesti memberi impak positif kepada audien. Kalau tak, kita seorang sahaja yang faham. Contohnya: “kau orang kalau nak makan nasi kerabu sedap ya ampun ini, lokasinya di belakang Warta, nama restorannya Nasi Ayam Kampung kalau tak salah. Kau pergi sahaja situ, lorong ke dua dari Warta. Ada sebelah kiri setentang dengan Pusat Dialisis tersebut. Pagi-pagi depa dah buka dah. Kena cuba okeh!” Dalam hal makanan atau travel atau mana-mana tempat kita nak rekomen, memberi tahu lokasi yang tepat adalah impak positif yang kita boleh beri kepada audien. Ia kerana audien boleh pergi terus untuk beli. Itulah maksud impak positif dalam hal ini. *** Selesai 1 posting, entah-entah ada orang share posting tersebut. Untuk posting ulasan ringkas begini, yang wajib ada ialah: Gambar sepinggan nasi, Gambar susunan lauk / aksesosi nasi kerabu, Gambar dalam kedai, Gambar luar kedai. Selfie dalam kedai. Lima atau enam keping sudah memadai. Juga pastikan setiap empat atau lima baris ayat, ada perenggan. Dan akhir sekali setiap satu gambar, wajib ada caption. Dan yang paling penting tolonglah fokus kepada asas content iaitu Fakta, Emosi, Bahasa dan Impak Positif, tak perlu berjela membebel, tulis apa yang perlu sahaja ya. Okeh Settle. Senang kan? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tak mula hari ini, kalian rugi. Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Jika anda boleh lakukan semua hal ini, maka kehidupan kalian akan berubah menjadi lebih baik: 1. Bangun konsisten 5.30 pagi setiap hari, lebih awal lebih bagus. 2. Mandi dan solat. Dapat pergi ke surau atau berjemaah adalah lebih baik, 6.00 pagi selesai semuanya (ikut waktu subuh ya). 3. Bersenam ringkas sekitar 10-20 minit. ini sangat bagus untuk kecergasan diri. 4. 6.20 pagi, Ambil buku dan baca 10-20 muka surat. 1 muka ada sekitar 100 patah perkataan, kalian dah baca 1,000-2,000 patah waktu pagi - ini sangat bagus untuk kecergasan otak. 5. 6.40 pagi - kalau perlu pergi kerja, maka pergi kerja. Kalau perlu siapkan sarapan, silakan. Buat yang ringkas-ringkas. 6. 7.00 pagi - Sarapan. - collect content resipi. 7. 7.15 pagi - duduk sekejap dan tulis #content pertama di word pad atau Ms Word. 7.30 pagi - save dalam mana-mana folder, saya ada buat folder bank content, dalamnya ada lagi folder (unpublish - untuk yang belum up, dan publish untuk yang dah up). 7.35 pagi - mengemas rumah, basuh baju - collect content organizer. 8.30 pagi - siap, duduk semula di meja kerja untuk susun content iklan. 9.00 pagi - buat posting pertama (posting crowd) - ini akan dapat double engagement apabila orang share, like dan komen. Layan komen awal-awal. 9.30 pagi - duduk sekejap dan membaca 10 lagi muka surat. 10.00 pagi - keluarkan barang dalam peti ais, potong bawang, siapkan untuk masak makan tengah hari - collect content organizer. 10.30 pagi - siapkan content iklan (untuk dapatkan RM) - buat posting terus dan layan pelanggan bertanya dan membeli. 11.30 pagi - mula memasak - collect content resipi. 1.00 tengah hari - siap, siap kemas semua, hidang. 1.15 tengah hari - mandi, angkat kain kalau dah kering. 1.30 tengah hari - anak-anak balik sekolah. Uruskan seorang demi seorang. 2.00 petang - muat naik posting side yang ada jenaka. Akan dapat single engagement apabila orang like dan komen. 2.30 petang - selesai jawab semua komen. Ambil bakul baju yang dah angkat dari jemuran, lipat kain depan tv - collect content cara lipat dan review drama. 3.30 petang - siap dan mula cari idea nak masak minum petang, terus masak - collect content resipi. 4.30 petang - baca lagi 10 muka surat. 6.00 petang - semua dah balik. Siap untuk makan malam - collect content resipi 8.00 malam - makan malam, bersembang - collect content perbualan dengan anak-anak. 9.00 malam - siap, kemas meja, suruh anak buat home work dan tidur. 10.00 malam - baca lagi 10 muka surat. 10.30 malam - tidur. *** Dalam tak sedar, Kalian akan dapat lebih 5 content sehari. Susunkan semuanya dalam Ms Word. Dalam tak sedar itu juga kalian sangat produktif di media sosial, dapat buat 3 posting yang ada manfaat untuk kalian. Lebih bagus, dalam tak sedar kalian berjaya membaca lebih 5,000 patah perkataan sehari. Dan itu pasti akan beri kalian idea dan banyaknya perkara nak tulis di mana-mana. Sales berjaya, Crowd pun dapat Kerja dalam rumah pun settle. Tinggal nak buat ke tidak sahaja. Allah beri kita 24 jam yang sama. Ada orang boleh buat 1 kerja sahaja, ada orang boleh buat 10-20 kerja sehari. Itu beza malas dan rajin. Ingat kawan “orang rajin cari jalan, orang malas banyak alasan.” Tiada jutawan yang bermula dengan kosong bangun jam 10.00 pagi dan melepak sepanjang hari. Mereka kerja 7 hari seminggu, 24 jam sehari tanpa pernah merungut. Dan apabila mereka tua, mereka melihat hasil kerja mereka dapat beri manfaat kepada ramainya orang. Kita boleh mulakan semua itu dari rumah sendiri. Tak mustahil kita juga dapat bina empayar dari dapur kecil kita. Asasnya kena rajin. Ini yang dinamakan sebagai Multi-millionair schedule. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangun dan buat. Nak tips lagi, kesini ya https://t.me/ContentKHM

Mana yang nak private coaching, saya ada buka beberapa tarikh. Kelas besar susah dah nak buat kerana fokus dengan bisnes. Harga sama walau 1 orang. Nak murah kongsilah 5 orang. RM4,999/sesi. Dari pagi sampai petang. Pagi basic content, petang belajar buat content mapping. Tengok tarikh dalam link ya. Beli sesi ini di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/pccbykhm https://bykhm.onpay.my/order/form/pccbykhm https://bykhm.onpay.my/order/form/pccbykhm

photo content

Jika 10 perkara ini anda dapat lakukan dengan konsisten selama 1 tahun, percayalah anda akan bergelar jutawan. (Baca selanjut
Jika 10 perkara ini anda dapat lakukan dengan konsisten selama 1 tahun, percayalah anda akan bergelar jutawan. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/10-perkara-untuk-bergelar-jutawan/ )

Nak sertai #AffiliateKHM ini mudah sahaja gais. 1. Beli apa sahaja di sini https://bykhm.onpay.my 2. Kemudian bersabar tunggu email pendaftaran affiliate. 3. BACA BETUL-BETUL EMAIL TERSEBUT. 4. Daftar (tiada bayaran dikenakan, percuma ja). 5. Sertai Group Support. Dalam tempoh 24 jam tak terima email baru hubungi team support di talian 0139249877. Ha mudah kan? Silakan, mulakan langkah pertama okey! Jumpa di Group Support belaka! Di sana belajar semuanya percuma! Kalian boleh jual semua produk yang ada dalam akaun kalian. Walau masa nak daftar sekadar beli pes, kalian tetap boleh jual apa sahaja. Mari kita mulakan. Bismillah.

photo content

Soalan: Bagaimana tuan melihat semua benda sebagai #content? Jawapan: Ia adalah apa yang kita nak sampaikan kepada orang lain. Ia adalah matlamat membuat posting, kalau objektifnya baik, beri manfaat maka saya akan siapkan. Saya pegang 3 perkara ini sebelum memuat naik posting. 1. Untuk beri orang lain didikan atau pelajaran (to educate). Contoh: kita berjaya turunkan berat badan sebanyaj 5kg dalam tempoh sebulan, bagaimana posting to educate ini dibuat: Susun apa yang telah dibuat. Sebagai contoh, kita diet, jaga makan, senaman dan sebagainya jadi postingnya akan begini: “Saya berjaya turunkan 5kg dalam sebulan ini dengan cara mudah sahaja. 1. Minum 2 liter air sehari. Tak minum air manis langsung. 2. Sarapan hanya 2 biji telur separuh masak dan 1 keping roti. Dan terus sambung sampai habis. Jika kalian lihat, ia adalah posting yang mendidik orang. 2. Posting yang sekadar beritahu sahaja (to inform). Contohnya kita pergi makan di sebuah restoran, makanannya sedap, layanannya bagus. Maka kita pun tulis: “Bestnya makan dekat sini, aglio olio dia terbaik rasa nak order lagi bawa balik. Kalau kau orang nak makan macam ini, kena datang Restoran Yellow Card ini, rasanya terbaik, parking luas. Meja tersusun ja dekat dalam, best! Puas hati!” Ingat, dalam memberi posting begini, mesti ada impak positif. Dalam hal to inform, impaknya kena beritahu bagaimana orang lain nak beli, nak dapatkan. 3. Untuk memberi inspirasi (to inspire). Posting yang ini adalah yang menaikkan semangat, kisah kejayaan serta banyaknya benda disekeliling boleh diceritakan untuk membuka mata ramainya orang yang bermain media sosial. Contoh mudah, bagaimana nak ajar anak mengaji mudah, Sirah nabi (selawat), kisah kejayaan orang sekeliling, bagaimana dia berjaya, bagaimana dia buat, bisnesman sana, olahragawan sini, semuanya boleh diceritakan. Ia adalah inspirasi. *** Sebab itu saya pandang semua benda sebagai content. Dalam kepala saya, saya sudah setkan apa yang saya nampak, saya lihat dan saya dengar mesti yang baik-baik. Memilih content yang baik sangat mustahak. Sebarkan kebaikan, dan itu yang akan kembali kepada kita. Jika dapat benda buruk, tegur terus dan simpan. Tak boleh teruskan menulis di media sosial. Ambil yang baik sahaja ya! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Semoga kalian temu jalannya. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Semua proses itu menyakitkan, perit. Namun tak boleh berhenti. Gagahkan tenaga dan lawan semuanya. (Baca selanjutnya di : htt
Semua proses itu menyakitkan, perit. Namun tak boleh berhenti. Gagahkan tenaga dan lawan semuanya. (Baca selanjutnya di : https://khairulhakimin.com/nak-berjaya-lalui-banyak-cerita/ )

Kalian masih boleh mendaftar untuk melaksanakan ibadah korban di Makkah. Harga seekor kambing hanya RM490 sahaja. Daging akan diedarkan ke perkampungan melayu, pattani dan penduduk sekitar. Ia diuruskan oleh team MyQurban yang memang sudah ada di sana. Klik sini terus ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/korbankambing https://bykhm.onpay.my/order/form/korbankambing https://bykhm.onpay.my/order/form/korbankambing

photo content

Media sosial ini sifat paling besarnya ialah #persepsi. Kita tidak kenali antara satu sama lain, namun kita add friend. Selepas itu pihak di sebelah sana, akan klik accept. Maka kita pun berkawanlah. Kita akan baca wall dia setiap hari, dia juga akan baca wall kita setiap hari. Oleh sebab kita tidak mengenali antara satu sama lain, kita hanya boleh “baca” perangainya di media sosial sahaja. Namun kita akan jatuhkan hukum. “Dia ini tak habis-habis menjual, benci betul aku.” “Dia ini meroyan sahaja kerjanya.” “Dia ini semua dia je yang baik.” Itu semua persepsi. Jika kita kenal baik buruk dia, kita akan rasa okey sahaja. Busuk-busuk pun kita hanya unfollow kerana menjaga persahabatan itu sebaiknya. Berbeza dengan orang yang kita tidak kenal, kita akan mudah unfriend atau block terus. Kalian boleh mahu add sesiapa, tiada halangan. Walau kalian rasa mahu kenal dia kerana yakin dia itu orang yang positif, ia tetap boleh beri kesan buruk sekiranya dia ada memuat naik status yang negatif sesekali. Ha, kalian boleh cuba untuk buka butang follow dari menerima “kawan” ekspress begitu. Caranya ialah terus ke 1. Privacy and Setting, 2. Kemudian klik setting, 3. Kemudian klik public post. 4. Kemudian di bahagian “who can follow me” kalian klik public. Nanti butang follow itu akan keluar. Dari situ, mulalah menulis #content bermanfaat. Orang yang yakin mahu follow kalian, akan klik follow, mereka faham yang mereka bukan kawan kita, dan hanya mahu ikuti perkembangan content-content kita sahaja. Itu jauh lebih selamat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terima kasih follow saya ya! Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM