uz
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Kanalga Telegram’da o‘tish

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Khairul Hakimin Muhammad analitikasi

Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 36 370 obunachidan iborat bo'lib, Marketing toifasida 285-o'rinni va Malayziya mintaqasida 915-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 36 370 obunachiga ega bo‘ldi.

16 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -373 ga, so‘nggi 24 soatda esa -4 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 6.97% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining N/A% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 2 534 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 0 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 17 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Marketing toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

36 370
Obunachilar
-424 soatlar
-927 kunlar
-37330 kunlar
Postlar arxiv
28 minit lagi gais!

Tak mengapa langkah kita kecil, Janjinya kita terus berjalan. Tak mengapa hari ini tak berapa baik, Esoknya masih ada. Tak me
+3
Tak mengapa langkah kita kecil, Janjinya kita terus berjalan. Tak mengapa hari ini tak berapa baik, Esoknya masih ada. Tak mengapa kawan kita bersedih hari ini, Esok kita boleh bahagia semula. 12 tengah hari ini, kami buka link jualan buku digital saya yang terbaharu, "Hiduplah Semula". Ia berkisar perjuangan melawan kekusutan, melawan kegusaran, melawan kegelisahan akibat bebanan hutang bisnes, tekanan ditinggalkan sendirian serta kekecewaan yang sering datang pada setiap kali tarik dan hembus nafas. Ia sebuah perjuangan. Dapatkannya ya, sekitar 1 jam lebih sahaja lagi link akan dibuka. Sementara itu, boleh baca di sini https://ezy.la/HiduplahSemula Bismillah Khairul Hakimin Muhammad, Hiduplah Semula

Sayangnya jika kalian semua terlepas. Sayang sangat. Tak tahu bila lagi ada peluang begini. Benda berharga lebih RM1,800 kalian boleh bayar RM10 ja tau. ⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️ Akses 13 ebook saya kini dijual dengan harga yang kalian boleh letak sendiri. Tak kisah nak bayar RM10 ke RM100 ke RM1,000 ke semua saya terima. Klik sini, bayar, akan terus terima akses 13 ebook tersebut! Klik sini ya https://ezy.la/KHMEBOOK-all Lekas! Sebarkannn! Ramai lagi tak tahu ni!

10 Tanda Anda Sudah Matang Bermain Media Sosial. 1. Hanya memuat naik perkara yang perlu sahaja. Hal peribadi, kejayaan atau kesedihan yang tidak mempunyai apa-apa impak kepada pembaca lain, tidak dimuat naik kepada umum. 2. Bermain media social hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Masih boleh berinteraksi dengan baik bersama kawan-kawan dan keluarga. 3. Pilih bahan bacaan yang betul dan tepat. Tidak sesekali mengikut rentak orang lain dengan mengetahui hal viral yang tidak penting, tidak perlu dan membuang masa. 4. Hanya tekan share apabila perkara itu sahih, memberi impak positif dan untuk menyebarkan kebaikan sahaja. Selain dari itu, abaikan. 5. Banyak memberi peluang kepada diri untuk siasat terlebih dahulu mana-mana berita sebelum copy dan paste di medan lain seperti Whatsapp dan sebagainya. Tak perlu jadi hero untuk sentiasa kekal nombor 1 dalam menyampaikan berita. Tak ada siapa nak anugerahkan perkara itu. 6. Menghormati perbezaan apabila ada perbincangan. Sekiranya dikecam kerana berbuat salah dan silap, tak perlu bertahan untuk sombong, boleh sahaja memohon maaf dan teruskan bermain media social seperti biasa. 7. Tidak mengecam orang lain sekiranya dia berbuat salah dan silap. Tegur dengan baik dan lebih baik secara PM tepi. 8. Tak perlu paksa orang untuk menerima pendapat atau cadangan kita. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan apa yang kita utarakan, berlapang dada untuk terima. 9. Menghormati tuan punya posting tanpa perlu copy paste. Sekiranya mahu kongsi, klik butang share. Copy dan kemudian letak kredit di medan sama (Facebook) tetap tidak ada integrity. Jika paste di web, blog, whatsapp dan medan lain, ia ok. 10. Sesekali, enjoy sahaja bermain media social. Banyakkan buat posting kebahagiaan, hentikan kecam sana kecam sini. Tulis benda baik, kongsi perkara yang kita suka buat dan sentiasa kemaskini kebaikan, ia akan kembali semula kepada kita. Audien kita adalah apa yang kita muat naik. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ulang Tahun ke-16 bermain Facebook.

Esok hari terakhir nak dapatkan akses 13 ebook dengan harga ikut kemampuan dan keikhlasan. Lekas weh dapatkan. 13 ebook wehhh. Dapat semua! Klik sini ya https://ezy.la/KHMEBOOK-all

Beberapa hal menulis #content yang kita perlu tahu: 1. Setiap 4 ke 5 baris ayat, buat perenggan. Ia memudahkan orang baca menggunakan telefon bimbit. Tiada perenggan akan buat orang skroll terus. 2. Gunakan ayat dan perkataan mudah. Elakkan dari perkataan kiasan, novel atau yang bermadah pujangga. Ini media sosial, orang nak cepat faham. 3. Letak tajuk = orang terus “jump to conclusion” berbeza dengan terus ke intro = perenggan pertama, tulis dalam bentuk cerita. 4. Gunakan bahasa lelaki = firm, tidak mengulang dan tidak membebel. Contoh: Topik nak makan apa? Bahasa lelaki: Nasi goreng ayam. Bahasa perempuan: Siang tadi makan kuih, pagi makan mee goreng, petang ada makan cucur, kalau malam makan nasi goreng nanti gemuk pula, makan piza ok tak? Maksudnya, bahasa lelaki = kuat, tepat, isi. Bahasa perempuan banyak membebel, mengulang-ulang tanpa isi yang betul dan banyak mempersoal. 5. Tutup dengan impak positif, bukan kesimpulan. Kita bukan tulis novel atau bikin filem. Impak = kesan kepada pembaca. Bukan pergi tulis rumusan atau kesimpulan yang berjela panjang, kemudian yang baca pun tak faham. Begitulah. Selamat menulis ya! Khairul Hakimin Muhammad, Nak kelas advance, ambil personal coaching, ayuh klik sini http://www.wasap.my/60122117994

Esok hari terakhir nak dapatkan akses 13 ebook dengan harga ikut kemampuan dan keikhlasan. Lekas weh dapatkan. 13 ebook wehhh. Dapat semua! Klik sini ya https://ezy.la/KHMEBOOK-all

"Nak kaya-kaya sampai pergi mana? Bukan boleh bawa masuk kubur pun kan?" Ayat biasa kita dengar. Kawan-kawan, kita kaya, berjaya, kita tetap boleh bawa masuk kubur malah boleh jadi penyebab masuk syurga. Caranya ialah: 1. Memberi sedekah sebanyak-banyaknya dengan ikhlas. 2. Membayar zakat. 3. Sentiasa memberi hadiah kepada yang tersayang. 4. Membantu permintaan dan keperluan ibu bapa. Mereka mahu apa sahaja, tunaikan. Mereka yang berduit akan memahami hal ini sebetul-betulnya. 5. Membantu adik beradik sama ada sedang susah atau senang. 6. Masak dan edarkan kepada jiran tetangga. 7. Sentiasa mengadakan jamuan makan dan memberi makan kepada yang memerlukan. 8. Membantu sekolah, madrasah, tahfiz dan sebagainya. Membantu anak-anak yang belajar di jalan Allah. 9. Sponsor pembelajaran anak-anak yatim, tahfiz dan sebagainya. 10. Membantu pelarian atau saudara di Syria, Palestin, dan banyaknya negara lain. 11. Menyediakan rumah yang selesai, pakaian dan selesa, makanan dalam rumah sendiri untuk seisi keluarga. 12. Memberi nafkah kepada isteri. 13. Sentiasa membantu rakan dalam kesusahan. 14. Nampak sahaja yang susah, terus bantu. 15. Bantu team untuk lebih maju, lebih produktif dan sentiasa bersama mereka susah senang. Banyak lagi kawan-kawan. Sesiapa yang pernah lalui semua perkara di atas akan tahu semua itu memerlukan duit. Kita tahu duit kita itu bermanfaat untuk orang lain. Kita tahu Allah sediakan kepada kita sebanyak-banyaknya untuk bantu orang lain. Kita sentiasa bersyukur dapat kawan, saudara mara yang sentiasa berdoa kepada kita yang duit kita akan bawa kita lapangnya kubur kita nanti, buat kita terlepas seksa neraka dan memudahkan kita masuk syurga. Kawan-kawan, cari circle yang memahami pentingnya ada duit untuk bantu dan tolong orang lain. Benar bukan hanya duit boleh bantu orang, namun ia tetap perkara penting untuk jadi bermanfaat kepada orang lain pada zaman ini. Yang penting kita tidak bertuhankan duit. Kita tahu duit itu untuk beri kita lebih lagi pahala setiap masa setiap nafas kita. Terus buat baik ya kawan-kawan, buang hasad kita kepada orang dan doakan orang berhenti hasad kepada kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Usahawan yang nak membina personal branding ke company branding ka product branding ka, saya boleh bantu. Ambil personal coaching dengan saya, coach one to one insya-Allah. Boleh face to face atau zoom. Ada 6x sesi belajar selama 3 bulan. 3 bulan saya pantauuu. Whatsapp lekas di sini http://www.wasap.my/60122117994

Soalan: Tuan, saya dah banyak juga tulis dan ada yang dapat 100-200 share, namun follower tak ada pun. Ke ada salah setting? Boleh tengokkan? Jawapan: Ada 2 sebab. 1. Boleh jadi belum set ON butang follow. Senang sahaja, pergi ke: Account Setting, Public post, Di bahagian Who Can Follow Me, klik public. Settle. 2. Sebab profiling. Kalau bahagian ini tak jaga betul-betul, orang tak mahu follow. Contohnya pergi letak nama yang bergabung dengan produk seperti: Khairul Coway, Hakimin Gym. Siapa nak follow nama begitu gais? Kambing pun tak hingin. Tipsnya ialah: * Letak nama orang, walau bukan nama sendiri, mesti nama orang. * Letak wajah sendiri. * Gambar cover, gambar profile semua ada gambar sendiri, bukan gambar produk. Nak menjual guna gambar produk semua di posting, bukan di profile. * di bahagian bio, letak pernah kerja di mana. Jangan main-main bab ini, ini semua titik kepercayaan orang kepada kalian. * Jika kalian nak orang percaya yang kalian tulis #content, nak buat duit dan sebagainya, pastikan diri kalian dipercayai terlebih dahulu. Kalau tidak, hanya posting sahaja viral, apabila orang pergi ke wall kalian, tengok lain macam dia punya profile, terus tak jadi nak klik butang follow. Setkan betul-betul ya. Supaya kalian ini memang boleh dipercayai! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak belajar advance, terus ke personal coaching, ayuh ada 6x kelas selama 3 bulan bersama saya, klik sini http://www.wasap.my/60122117994

Pagi gais. Tonton bagaimana OneCookies berjaya masuk ke 46 cawangan Mydin seluruh Semenanjung Malaysia. Klik sini ya https://vt.tiktok.com/ZSNBaKcBh/

https://vt.tiktok.com/ZSNktKhkF Mana belum ada Tiktok, daftarlah sekarang, saya berkongsi bagaimana saya HIDUP SEMULA melawan hentaman hutang bisnes saya. Ayuhbgais

Bermula perkongsian "Hiduplah Semula" di Tiktok saya. Ia berkisar bagaimana saya fight bayar hutang dari RM4.09 juta sehingga habis. Sekarang tinggal lagi RM1.88 juta. Tonton Part 1 di sini ya https://vt.tiktok.com/ZSNkSKX4u/

Ingat tak beberapa bulan lepas kalian bantu saya menyelesaikan masalah kena waran tangkap kerana saya dikata tak hadir ke mah
Ingat tak beberapa bulan lepas kalian bantu saya menyelesaikan masalah kena waran tangkap kerana saya dikata tak hadir ke mahkamah? Kalian bantu saya dengan membeli buku digital tulisan saya. Kalian beli sahaja waktu itu tanpa bertanya apa pun. Kalian bantu ja. Ya Rabb alhamdulillah. Kes itu dah pun selesai alhamdulillah. Hakim dah putuskan selesai dan waran tangkapnya sudah ditarik balik. Total kena bayar waktu itu sekitar RM28,000. Bulan lepas, saya perlu sekitar RM250,000 untuk selesaikan 2 lagi kes saman. Walau jualan bulan lepas tak bagus, saya bersyukur saya bayar sahaja mana saya ada. Saya tak tahu apa akan berlaku, tunggu sahaja. Bulan ini pun sama, macam tak berjaya tapi saya kekal berusaha juga. Apapun, terima kasih semua yang tak berhenti bantu saya. Saya nak maklum yang semua 13 ebook yang kalian pernah beli dulu akan kembali dijual berasingan. Kali ini ada yang akan bantu jual dengan cara berbeza. Oleh itu untuk harga yang kalian boleh letak sendiri ini, ia akan berakhir pada 31hb Oktober ini. Ayuhlah beli sekarang jika belum beli. RM100 boleh, RM10 juga boleh. Letaklah berapa kalian mampu ya. Beli di sini sekarang: https://ezy.la/KHMEBOOK-all Jika dah beli, sebarkan tauu. Saya yakin masih ramai belum tahu tentang ebook saya ini. Ada 13 dan semuanya insya-Allah bermanfaat! Sekali lagi, terima kasih yaaaaa!

Dulu saya pun tak percaya hal ini. Sekarang dah berbisnes baru tahu apabila tengok sendiri. Ada rakan bergaji RM300,000 sebulan. Apabila tanya berapa sales dia setahun? Dia jawab adalah dalam 60-70 juta sahaja. Ya dia jawab "sahaja". Bagi dia Allah punya kuasa nak beri rezeki lebih lagi dari itu. Masuk dalam circle lagi besar, rupanya ada dalam dunia ini orang bergaji RM1j - 1.2juta sebulan. Saya tanya dia buat apa dengan duit sebanyak itu? Dia jawab "duit bekerja untuk aku, aku dah tak bekerja untuk duit." Saya tanya bagaimana? Dia pun cerita satu demi satu. Sungguhlah, rezeki Allah lebih luas dari langit. Lagi panjang dari segala jenis sungai terpanjang di dunia, takkan putus-putus seperti tak putusnya air zam-zam. Yang kita pula, pergi limitkan dalam kepala yang kita hanya dapat 2-3k sahaja sebulan. Sedangkan kita boleh dapat lebih dari itu. Kita limitkan tenaga kita. Kita limitkan kudrat kita. Kita limitkan usaha kita untuk capai begitu begini. Kita limitkan sedekah kita. Kita limitkan zakat kita. Kita limitkan perkara berbuat baik. Kita limitkan nak memberi kepada jiran, kepada keluarga, kepada sesiapa, kita limitkan doa kita. Kita limitkan solat kita. Semua kita buat dengan banyaknya limitasi. Sedangkan rezeki Allah tidak. Sangat tak ada limit pun. Semuanya kita. Sungguhlah kan, Allah mengikut sangkaan hambaNya: Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat hambaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang. Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat (HR. Bukhari dan Muslim). Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Percaya.

Setiap hari, tetapkan dalam diri nak buat benda simple namun yakin Allah akan beri pahala. Antara perkara mudah itu ialah: 1. Sebelum isteri atau suami atau kawan bujang anda keluar dari rumah nak ke tempat kerja, doakan dalam hati "Ya Allah mudahkan urusan pasanganku (atau kawanku), semoga beliau mendapat dan memperoleh kerja, task dan pembelajaran yang baik hari ini." 2. Kita dah keluar rumah, masuk kereta atau naik motor, kita doakan jiran kita "Ya Allah peliharalah jiran-jiranku, semoga semua antara mereka ini dimurahkan rezeki dan saling menyayangi sesama kami di kawasan ini." 3. Ada kereta beri signal nak masuk laluan kita, kita perlahankan kenderaan dan beri dia masuk. Terus doa "Ya Allah semoga mereka ini selamat sampai ke destinasi." 4. Dah sampai tempat kerja terus berdoa "Ya Allah, berkati tempat aku bekerja, murahkan rezeki kami dalam mencari dan berusaha untuk diri kami, keluarga kami dan seluruh mereka yang bersama dengan kami." 5. Ada duit lebih sikit, beli kuih dan letak di pantry. Tulis sahaja di situ "jemput makan semua." * Benda mudah begini akan buat mind set kita tersusun. Nampak sesuatu, doa. Lihat sesuatu, doa. Beri suatu, doa. Semuanya akan kembali balik kepada kita. Doa kita itu ibarat kita sedang siram 1 pasu yang kita tanam benih pokok. Bayangkanlah sampai 1 hari kita jaga dia baik-baik, nanti kita akan dapat buahnya, hasilnya. Seronok benar kan. Ha begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Doakan saya juga ya. ❤️