uz
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Kanalga Telegram’da o‘tish

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Khairul Hakimin Muhammad analitikasi

Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 36 370 obunachidan iborat bo'lib, Marketing toifasida 285-o'rinni va Malayziya mintaqasida 915-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 36 370 obunachiga ega bo‘ldi.

16 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -373 ga, so‘nggi 24 soatda esa -4 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 6.97% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining N/A% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 2 534 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 0 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 17 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Marketing toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

36 370
Obunachilar
-424 soatlar
-927 kunlar
-37330 kunlar
Postlar arxiv
Di media sosial, kita boleh dapat sesaat pujian, sesaat juga makian. Semua boleh. Namun tak semua faham apa yang kita lalui di belakang pentas. Apa sahaja yang kita usahakan, kita boleh berjaya dengan banyaknya latihan tanpa pernah putus asa. Sama juga dengan dunia penulisan. Apabila menulis #content, ia mesti ada 3 perkara yang masuk ke dalam kepala pembaca: 1. Apabila orang baca, orang faham (posting inform atau inspire). Atau, 2. Apabila orang baca, orang buat terus (posting educate). Atau, 3. Apabila orang baca, orang beli terus (posting iklan. 3 impak ini wajib jatuh ke hati pembaca. Dan itulah praktis yang perlu dibuat sentiasa. Semalam apabila orang tanya mengapa Dato Sri Siti berjaya? Saya jawab, beliau rajin praktis. Lihatlah persembahannya, beliau tetap akan berlatih sampai jadi baru naik ke pentas. Makan hari, makan masa dan penatnya tak terkira. Latihan ini orang tak perasan, tak nampak, tak tahu. Yang orang tahu adalah yang kita tunjuk sahaja. Jadi dalam dunia menulis, belajar praktis tanpa orang tahu. Tulis sahaja, simpan. Tulis, simpan. Mana yang rasa okey, rasa wajar ditunjuk dan diletak di wall, letak. Tengok hasilnya selepas banyaknya usaha. Kawan-kawan, usaha tak perlu ditonjol. Itu adalah kegigihan semulajadi yang datang dari hati. Kita tahu kita mahu kejayaan, dan itu semua untuk kita, keluarga kita, sekeliling kita. Ingat, usaha gigih ini orang tak puji, namun proses itu bersilih ganti dengan maki dan baiki. Itulah diri kita nak kena asah, ketuk dan pahat. Selepas banyaknya buang dan sisih, kita jadi berkilat. Lalu bercahaya dan memberi banyaknya inspirasi di luar sana. Begitulah kawan-kawan, usaha praktis dan gigihlah! Khairul Hakimin Muhammad, Nak belajar advance, ambil personal coaching, whatsapp sini ya http://www.wasap.my/60122117994

Peluang terakhir dah ni gais! Boleh jadi bulan kelahiran saya ini adalah bulan last nak dapatkan 13 ebook ini dengan harga ya
Peluang terakhir dah ni gais! Boleh jadi bulan kelahiran saya ini adalah bulan last nak dapatkan 13 ebook ini dengan harga yang kalian boleh letak sendiri. RM10 boleh RM100 boleh RM1,000 lagilah boleh RM10,000 syukur alhamdulillah sangat boleh. Ikutkan harga semua ebook ini sekitar RM1,800+ tapi sebab saya perlukan duit untuk saya bayar hutang bisnes saya, maka saya jual dengan harga yang kalian boleh letak sendiri. Saya tahu ramai perlu ilmu ini, saya juga perlu duit, maka saya berniaga lebih baik dari saya minta derma. Selepas ini akan muncul ebook-ebook baru pula. Jadi ada lagi 10 hari, dapatkannya ya kawan-kawan! Beli di sini: https://ezy.la/KHMEBOOK-all Sudah beli, nanti semak emel, kalian akan terima akses ebook-ebook ini ya. Bacalah dan buat semuanya. Baru ngam membina pemain dunia digital yang bagus dan hesmes sokmo. Sebarkan juga ya kawan-kawan! 10 hari terakhir! Ya Rabb alhamdulillah.

Setiap hari, tetapkan dalam diri nak buat benda simple namun yakin Allah akan beri pahala. Antara perkara mudah itu ialah: 1. Sebelum isteri atau suami atau kawan bujang anda keluar dari rumah nak ke tempat kerja, doakan dalam hati "Ya Allah mudahkan urusan pasanganku (atau kawanku), semoga beliau mendapat dan memperoleh kerja, task dan pembelajaran yang baik hari ini." 2. Kita dah keluar rumah, masuk kereta atau naik motor, kita doakan jiran kita "Ya Allah peliharalah jiran-jiranku, semoga semua antara mereka ini dimurahkan rezeki dan saling menyayangi sesama kami di kawasan ini." 3. Ada kereta beri signal nak masuk laluan kita, kita perlahankan kenderaan dan beri dia masuk. Terus doa "Ya Allah semoga mereka ini selamat sampai ke destinasi." 4. Dah sampai tempat kerja terus berdoa "Ya Allah, berkati tempat aku bekerja, murahkan rezeki kami dalam mencari dan berusaha untuk diri kami, keluarga kami dan seluruh mereka yang bersama dengan kami." 5. Ada duit lebih sikit, beli kuih dan letak di pantry. Tulis sahaja di situ "jemput makan semua." * Benda mudah begini akan buat mind set kita tersusun. Nampak sesuatu, doa. Lihat sesuatu, doa. Beri suatu, doa. Semuanya akan kembali balik kepada kita. Doa kita itu ibarat kita sedang siram 1 pasu yang kita tanam benih pokok. Bayangkanlah sampai 1 hari kita jaga dia baik-baik, nanti kita akan dapat buahnya, hasilnya. Seronok benar kan. Ha begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Doakan saya juga ya. ❤️

"Saya tak banyak sangat tolong isteri saya di rumah kerana saya banyak habiskan masa kerja di luar. Beliau suri rumah dan jaga ke lima-lima anak saya." Beliau duk nasihatkan saya tentang bagaimana rezeki kita ini masuk melalui kita ini ringan tangan dan ringan tenaga kepada isteri. Beliau merupakan tokoh usahawan yang sering kita jadikan contoh sebagai peniaga yang merendah diri walau sudah kaya raya. Saya pohon berkali-kali untuk letak nama beliau dan gambar kami bersama, namun beliau tak izinkan, anak dan isterinya juga sama tak benarkan. Saya akur sahajalah kerana mereka masih beri saya bercerita. Saya pelik juga apabila beliau kata beliau tak tolong sangat di rumah, jadi mengapa mahu nasihatkan saya begitu. Rupanya beliau cakap benda mudah sahaja: "Apabila kita bangun awal, kita cucilah tandas itu sendirian. Sudah siap semua, kejutkan isteri untuk solat subuh. Selepas solat, lihat telefon dia kalau baterinya dah nak habis, tolong caskan. Biasanya isteri saya dah siapkan baju semua. Saya akan ambil, pakai. Kemudian hanger saya letak di tempat yang beliau biasa menggosok baju. Saya suka sekali waktu dia bangun ke tandas, saya pula dah siap mandi, saya akan kemaskan katil. Kalau saya dah nak pergi kerja, saya make sure saya yang hulur tangan kepada dia. Bukan dia yang beriya datang kepada saya, dia sedang sibuk dengan anak-anak, jadi saya perlu bantu dia untuk dapat "salam" saya. Itu semua kunci rezeki kita semua. Saya suka telefon dia waktu nak balik ke rumah. Saya akan tanya dia masak atau tidak, kalau dalam 6.30 petang dia belum mula masak, maka saya tahu dia tak sempat kerana uruskan anak-anak, jadi saya kata tak apa saya beli sahaja untuk semua. Dan dia sangat happy. Waktu kita mula berniaga atau buat apa sahaja, jadikan semua ini rutin sampai kita tak perasan kita dah lakukan benda sama berpuluh tahun. Kita tak sedar yang Allah beri kita lebih banyak apabila kita lakukan semua ini. Isteri adalah hati sebuah rumah. Kalau kita tak jaga, dia takkan beri positiviti rumah itu, ia mesti disusun dan disempurnakan dengan banyaknya sistem sokongan kiri kanan depan belakang. Kita yang tentukan bagaimana kita nak jemput rezeki masuk ke rumah kita. Jadi buatlah baik dengan pasangan masing-masing, jadi suami, jaga isteri. Jadi isteri, jaga suami." Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Belajar lagi. Alhamdulillah.

photo content

Dalam dunia bisnes, ini yang kalian perlukan: Pelaburan: Kelas, Buku, Travel, Networking. Akan dapat: Ilmu praktikal, Ilmu teori, Pengalaman, Perkongsian. Hasil: Berani buat keputusan, Tak takut gagal, Matang dan tenang, Kuat dan yakin. Waktu ini kalian akan dapat rasa yang perjalanan bisnes kalian ada naik turun, seronok melaluinya dengan banyak baik buruk. Dapat tenang buat keputusan dan belajar dari untung atau rugi. Waktu saya kerja dulu, saya takkan lupa Dato Rameli Musa (Founder Ingress Corporation Berhad) berucap semasa perhimpunan bersamanya, beliau kata, “Projek ini sekitar RM1billion kalau kita dapat. Namun kalau projek ini tak bagus untuk kita, tak elok untuk pembangunan kita, maka saya tak kisah jika kita tak dapat. Namun jika projek ini boleh kita dekatkan diri kepada Allah, boleh banyak lagi bantu orang, maka saya akan rasa ralat.” * Bisnes adalah tentang bantu orang lain. Letak dalam kepala hal itu. Itu batu asas. Jika yang itu tak posisikan, maka kita akan terdorong rasa susahnya nak berbuat itu ini. Sama seperti kita bermain media sosial, tulis #content yang dapat beri manfaat kepada yang baca, lihat dan dengar. Kasi orang ilmu, pengkongsian, faedah serta kesan positif. Ingat, tulisan kecil kita mungkin boleh bantu ramainya orang. Tak apa bermula dengan kosong follower, kami juga begitu. Janji tulis kebaikan. Itulah perkara paling utama dalam bermain hal alam maya ini. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Moga kita saling beri manfaat sesama sendiri. Amin.

2 jam lagi Ebook BUAT DUIT DENGAN TULIS EBOOK akan jadi RM99. Dapatkanlah sekarang semasa harganya RM59. Lekas gais! Klik ja
2 jam lagi Ebook BUAT DUIT DENGAN TULIS EBOOK akan jadi RM99. Dapatkanlah sekarang semasa harganya RM59. Lekas gais! Klik ja sini https://ezy.la/BuatDuitDenganTulisEbook

12 malam ini harga Ebook BUAT DUIT DENGAN TULIS EBOOK akan jadi RM99. Dapatkanlah sekarang semasa harganya RM59. Lekas gais! Klik ja sini https://ezy.la/BuatDuitDenganTulisEbook

photo content

Jika ada 100 perkara nak dibuat, maka: 1. Pilih 20 paling penting. - siapkan 5 dahulu, kemudian baru 5 yang lain hingga selesai. 2. Baki 80, pilih 20 paling penting. - siapkan 5 dahulu, kemudian baru 5 yang lain hingga selesai. 3. Teruskan hingga selesai. Kawan-kawan, * Kemahiran berbuat keputusan datang dari kemahiran menyusun kerja. * Kemahiran memimpin datang dari kemahiran memilih mana paling baik mana paling tidak utama. * Kemahiran menyusun gerak kerja datang dari kemahiran mendengar. * Kemahiran menyusun masa datang dari kemahiran menyusun manusia menyiapkan kerja (teamwork). * Kemahiran menjaga tenaga kerja datang dari kemahiran menjaga hati, menjaga diri dan menjaga seluruh institusi. * Kemahiran melawan gangguan semasa kerja datang dari kemahiran fokus. Ada orang boleh buat 20 kerja sehari. Ada orang 1 kerja pun belum tentu siap. Semua kita yang usahakan. Kita nak Allah bantu kita, kita kena ada rasa dibantu dahulu. Mesti rendahkan diri untuk dibantu, barulah Allah campakkan keupayaan otak kita menerima ilmu, kita memahami dan mula belajar untuk berbuat. Kadang-kadang, kita tidak dibantu hanya kerana hati kita meronta nak tunjuk itu nak tunjuk ini. Sedangkan kita tahu apa kita buat adalah untuk kita, untuk keluarga dan untuk mereka yang kita sayang. Kawan-kawan, Jaga niat. Semua benda dalam dunia ini berkait. Kemahiran jika diadun dengan jiwa, ia jadi berkat. Allah sambut dan beri banyaknya rezeki kepada kita. Jaga semuanya, Allah akan kurniakan sebanyak-banyaknya perkara baik untuk kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Main FB dari 2008 sehingga hari ini, inilah yang saya guna untuk bangunkan content. 1. Expected - saya susun content yang ada
Main FB dari 2008 sehingga hari ini, inilah yang saya guna untuk bangunkan content. 1. Expected - saya susun content yang ada titik persamaan besar dengab audien. Tak rare, bukan saya seorang sahaja tahu, mesti semua audien tahu dan faham dengan mudah apa yang saya up. Jangkaan tentang ini kena ada supaya saya tak syok sendiri. 2. Express - content perlu dibaca atau ditonton dengan waktu yang sekejap. Ya, dalam tempoh 10 saat pertama mesti sudah menangkap perhatian. Jika 10 saat pertama masih tak sedap, audien akan skroll terus kepada posting lain. 3. Exclusiveness - kita mesti bangunkan kita ounya stail. Cara tulis, cara bervideo bagai. Tak boleh sama dengan orang lain. 4. Expand - topik yang kita bangunkan mesti boleh dibesarkan sehingga ribuan posting. Kalau setakat 1-2 posting je boleh buat untuk topik tersebut maka ia bukan topik yang bagus. 5. Emotional - mesti ada emosi yang divisualkan. Emosi yang tidak divisual seperti makan nasi lemak tanpa sambal tumis. Haaa gituh. 6. Evoke - mesti mempunyai nilai tersendiri. Buat orang berfikir dan memberi gambaran. 7. Educate - posting yang terpaling senang nak viral. Jika topik yang dipilih sukar nak dibina melalui posting to educate, maka topik itu tak bagussss. 8. Engage - topik yang ada titik persamaan dengan audien akan sentiasa engage dengan kita. Orang akan suka komen, orang akan suka like dan orang suka share. 9. Entertain - content mesti ada nilai ini serba sedikit kalau tak ada dan sentiasa mendatar, maka sangat lambat pertumbuhan follower di profile kita. Haa begitulah. Nak lebih, kena mai kelas. Hihihi. Semoga bermanfaat ya wahai nurtizen semua. Khairul Hakimin Muhammad, Buat content bermanfaat. Beli ebook harga bebas, klik sini ya https://bykhm.onpay.my/order/form/aebkhm

Mungkin ini minggu terakhir kalian boleh dapatkan 13 ebook dengan harga yang kalian boleh letak berapa sahaja. Bermula minggu hadapan, ia kembali ada harganya tersendiri. Eloklah beli lekas. Linknya di sini: https://ezy.la/KHMEBOOK-all 13 ebook dengan 1 akses. Beli sahaja dengan berapa kalian mampu, RM10, RM100, RM1,000 semua saya terima.

10 Sifat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam yang senang kita contohi, boleh buat terus dan jadikan amalan. 1. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam tidak mencela makanan. Sekiranya Baginda tidak suka kepada sesuatu makanan, baginda akan berdiam diri dan meninggalkannya. 2. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bergegas solat apabila menghadapi masalah. 3. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam akan mengadap badannya ke kanan apabila ingin tidur. 4. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam akan menghulur tangan dan berjabat tangan apabila bertemu sahabatnya. 5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam akan mendahului memberi salam kepada sesiapapun yang baginda jumpa. 6. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam berwuduk sebelum tidur. 7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam melaksanakan solat sunat witir pada setiap malam. 8. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam mendahului perkara baik dengan menggunakan dari sebelah kanan (menyikat rambut, menggunting rambut, memakai baju, memakai kasut, makan dan sebagainya). 9. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam suka wangian dan sentiasa wangi. 10. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam sering senyum, baginda juga seorang pemaaf dan sangat lapang dada dalam apa sahaja situasi. Ada banyak lagi. Semoga kita semua dapat mencontohi akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️

Bina personal branding ini kena sabar gais. Tengok Khairul Aming hari ini capai berjuta pengikut, hangpa jangan ingat dia buat itu dengan hanya kejayaan 1 posting. Tengok Ume Cikin berjaya hari ini, jangan ingat dia power dengan 1 video. Aiyo amma. Ini baru buat 10 posting, terus kata gagal. Haiyaaaaa. Saya sendiri 2 tahun. Kelas pertama saya pergi tahun 2013. 2015 barulah nampak ada petanda orang mula share posting kita. Share = dapat follower. Kalau semua nak cepat, tumbang pun cepat. Relaks. Tenang. Saya suka tengok perjalanan Tokti. Tenang ja. Beliau masuk pertandingan 1995. Menang. Hangpa tau dak Tokti pernah try di Asia Bagus, tak berjaya. Namun di HMI, berjaya. Kemudian Tokti susun 1996, 1997. Pam meletup. Susun lagi, kerja keras lagi. Saat orang lain dah tak keluar album, Tokti konsisten keluar album. Saat penyanyi lain sibuk dengan terima tawaran berlakon konon nak kasi lagi orang kenal, Tokti sibuk buat konsert. Saat orang lain marah, kecewa dengan jualan album sana sini, Tokti lantakkan je join semua pertandingan dalam dan luar negara. Menang belaka pulak tu. Haa tengok Tokti. Kekal di kerusinya sendiri sekarang itulah Personal Branding. Kerja keras tak berhenti weh. Beliau sampai sekarang masih kerja keras. Masih diperlukan dan masih menjadi kesayangan. Kita pun kena begitu. Nak bangunkan personal branding bukan sekadar untuk dapat sales sekian-sekian. Bukan sekadar nak dikenali. Bukan sekadar nak capai itu ini. Tapi untuk berbakti lebih lagi kepada orang ramai. Tengok big why kita. Kalau big why kita betul, kita akan konsisten buat sesuatu yang kita suka sama ada benda itu susah macam mana pun. Kita tetap akan buat. Tak ada alasan susah. Tak ada alasan payah. Sebab kita tahu hasilnya adalah bagus dan power. Maka kita kena buat berterusan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Belajar tengok orang berjaya.

1 jam lagi gais 1 jam lagi gais 1 jam lagi gais 1 jam lagi gais Lepas ini harga jadi RM59! Lekas dapatkan malam ini juga! Hari terakhir untuk dapatkan harga murah bagi Ebook Buat Duit Dengan Tulis Ebook. Linknya di komen. 12 malam ini bermula harga baharu tau! Lekas gais, rugi tak grab masa murah! Klik sini gais! https://ezy.la/BuatDuitDenganTulisEbook Kalian akan dapat: 1. Ebook terbaharu saya, Buat Duit Dengan Tulis Ebook 2. Ebook Bagaimana Senang Menulis Ebook 3. Rakaman kelas Buat Duit Dengan Tulis ebook! Beli di sini sekarang! https://ezy.la/BuatDuitDenganTulisEbook

6 jam lagi gais 6 jam lagi gais 6 jam lagi gais BACA POSTING ATAS NI!

Hari terakhir untuk dapatkan harga murah bagi Ebook Buat Duit Dengan Tulis Ebook. Linknya di komen. 12 malam ini bermula harg
Hari terakhir untuk dapatkan harga murah bagi Ebook Buat Duit Dengan Tulis Ebook. Linknya di komen. 12 malam ini bermula harga baharu tau! Lekas gais, rugi tak grab masa murah! Klik sini gais! https://ezy.la/BuatDuitDenganTulisEbook Kalian akan dapat: 1. Ebook terbaharu saya, Buat Duit Dengan Tulis Ebook 2. Ebook Bagaimana Senang Menulis Ebook 3. Rakaman kelas Buat Duit Dengan Tulis ebook! Beli di sini sekarang! https://ezy.la/BuatDuitDenganTulisEbook