cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

PERKONGSIAN TAZKIRAH

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
1 894
Obunachilar
+124 soatlar
+77 kunlar
+1830 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

00:16
Video unavailableShow in Telegram
6.50 KB
Photo unavailableShow in Telegram
" Jangan doa minta masuk syurga kerana semua umat Rasulullah pasti masuk syurga tapi mintalah dijauhkan dari neraka kerana tak semua selamat dari neraka" 🌷Ustaz Abdul Somad
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib Orang Lain* عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلْ الْإِيمَانُ قَلْبَهُ لَا تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِينَ وَلَا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ مَنْ اتَّبَعَ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعُ اللَّهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ _*Daripada Abu Barzah Al Aslami ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya namun keimanannya belum masuk ke dalam hatinya, janganlah kalian mengumpat seorang muslim dan jangan pula mencari-cari kesalahannya. Sebab siapa saja yang mencari-cari kesalahan orang lain, maka Allah akan mencari-cari kesalahannya. Maka siapa saja yang Allah telah mencari-cari kesalahannya, Allah tetap akan menampakkan kesalahannya meskipun ia ada di dalam rumahnya."*_ (Sunan Abu Daud No: 4236) Status: Hadis Hasan *Pengajaran:* 1.  Orang yang beriman wajib memelihara lisannya dari mengumpat dan mencari kelemahan orang lain, sama ada sesuatu yang dituturkan mahupun yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan. 2.  Islam adalah agama rahmah yang mengajar umatnya untuk tidak mengumpat dan membuka aib orang lain. 3.  Sesiapa yang menutup aib saudaranya sesama muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Rasulullah bersabda: مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ *"Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aib orang tersebut di dunia dan akhirat."* (Sunan Ibnu Majah) 4.  Barangsiapa yang mencari-cari kesalahan saudara muslimnya, maka Allah akan membuka kesalahan dan aibnya walaupun yang ada di dalam rumahnya. 5.  Orang yang gemar membicarakan aib orang lain, sebenarnya tanpa ia sedari ia sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli. Semakin banyak aib yang ia sebarkan, maka semakin jelas keburukan diri si penyebar itu. Allah mengingatkan dengan nada keras kepada golongan ini: إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَٰحِشَةُ فِي ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ١٩ *Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).* (An-Nur: 19) Kepada pencela dan pembuka aib, ingatlah azab Allah di dunia dan akhirat. 02hb Julai 2024 25hb Zulhijjah 1445H
Hammasini ko'rsatish...
ׂ ׅ꒰ 🕌ׅ ◌ ׂ ◕ ۫ ۪ ◌ · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد . *RENUNGAN* *Hujan Yang Turun Tidak Pernah Menunggu Apakah Kita Sudah Sedia Payung Atau Belum. Demkian Juga KeMatian,Ia Akan Datang Menjemput Setiap Saat,Tak Peduli Apakah Kita Sudah Siap Atau Belum. *Jika Hari Ini Kita Masih Bisa BerBicara, Maka Bicaralah Yang Baik Baik. *Jika Hari Ini Kita Masih Bisa Bersenda Gurau, Maka Berguraulah Dengan Penuh Kasih Sayang. *Jika Hari Ini Kita Masih Bisa Menghirup Udara, Maka Nikmatilah Sambil Memperbanyak Ibadah Dan Menjauhi Maksiat. *Jika Hari Ini Kita Masih Bisa Membaca Alquran, Maka Hayatilah Makna Setiap Ayat Dengan Penuh KeInsyafan. *Jika Hari Ini Kita Masih Bisa Shalat Penuh Khusyuk, Maka Segeralah PerBanyak Doa. *Jika Hari Ini Kita Masih Dapat Bersama Orang Orang Tersayang, Maka Rebutlah Peluang Ini Dengan Mengambil RidhaNya. *Siapa Tahu. ... Esok,Semuanya Tiada Lagi. Sampai Pula Giliran Kita Yang DiPanggil Pulang. semoga Kita Selalu Dalam Hidayah Dan Lindungan Allah SWT,,,Aamiin.
Hammasini ko'rsatish...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Penyebab Ramai Masuk Syurga Atau Neraka* عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ قَالَ التَّقْوَى وَحُسْنُ الْخُلُقِ وَسُئِلَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّارَ قَالَ الْأَجْوَفَانِ الْفَمُ وَالْفَرْجُ _*Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Nabi SAW pernah di tanya; "Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk syurga?" baginda menjawab: "Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Baginda di tanya lagi; "Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk neraka?" baginda menjawab: "Dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan."*_ (HR Ibnu Majah No: 4236) Status: Hadis Hasan *Pengajaran:* 1.  Bertaqwa kepada Allah dan memiliki akhlak yang mulia antara perkara yang banyak menyebabkan orang masuk syurga dengan rahmat Allah. 2.  Dua perkara yang banyak menyebabkan orang masuk neraka ialah dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan. 3.  Syeikh Abdullah al-Talidi dalam Jawahir al-Bihar menyatakan: maksud mulut di dalam hadis adalah orang yang tidak menjaga serta berusaha untuk menjaga daripada dosa-dosa mulut seperti mengucapkan ucapan kufur, laknat, qazaf, mengejek, menipu, mengumpat, mengadu domba, persaksian palsu dan sebagainya. Selain itu, makna kemaluan pula adalah orang yang tidak menjaga kemaluannya daripada zina, liwat, tidak menjaga auratnya di hadapan selain daripada mahramnya seperti isterinya dan sebagainya. 4.  Syeikh al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwazi menyatakan: makna mulut di dalam hadis ini ialah menjaga lidahnya kerana menjaga lidah boleh menyelamatkan keseluruhan urusan agamanya dan memakan yang halal kerana itu adalah penghulu kepada ciri ketaqwaan. Jadilah orang yang bertaqwa dan memiliki akhlak yang mulia. Peliharalah mulut dan kemaluan. 01hb Julai 2024 24hb Zulhijjah 1445H
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
00:36
Video unavailableShow in Telegram
1.46 MB
Boshqa reja tanlang

Joriy rejangiz faqat 5 ta kanal uchun analitika imkoniyatini beradi. Ko'proq olish uchun, iltimos, boshqa reja tanlang.