cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

PERKONGSIAN TAZKIRAH

Publicaciones publicitarias
1 886
Suscriptores
Sin datos24 horas
+37 días
-930 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Pekerjaan Paling Baik* عن سعيد بن عمير الأنصاري قال : سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ : عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ _*Daripada Said bin Amir al-Ansari berkata, Rasulullah SAW ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling baik?” Baginda menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap perniagaan yang baik.”*_ (HR. Baihaqi No: 1222) Status: Sahih lighairihi *Pengajaran:* 1.  Setiap kita wajib melakukan usaha dan ikhtiar bekerja mencari nafkah dan perbelanjaan kehidupan. 2.  Sumber nafkah hendaklah diperoleh daripada sumber yang halal dan diharuskan syarak. 3.  Pekerjaan yang paling baik ialah yang dilakukan dengan tangan sendiri juga perniagaan yang halal. 4.  Pekerjaan dengan tangan sendiri bermaksud pekerjaan yang dilakukan seseorang tanpa meminta-minta. Pekerjaan tersebut termasuk yang menggunakan tulang empat kerat seperti buruh, tukang, operator juga yang menggunakan kelayakan akademik seperti doktor, guru, pegawai tadbir dan yang lain-lain. 5.  Perniagaan yang baik bermaksud perniagaan atau perusahaan yang bersih dari penipuan dan kecurangan. Baik kecurangan timbangan mahupun kecurangan dengan menyembunyikan cacatnya barang yang dijual. *Selamat Hari Pekerja. Pekerja Kesuma Bangsa.* 01hb Mei 2024 22hb Syawal 1445H
Mostrar todo...
Hidayah itu mahal. ​Begitu juga dgn istiqomah, menjadi baik itu susah, namun, jauh lebih susah lagi bertahan dalam kebaikan. ​Kerana tidak setiap ​mereka yg tampak baik “berakhir husnul khotimah”, dan tidak setiap mereka yang tampak buruk “berakhir su'ul khotimah”. ​Semoga Allah selalu menetapkan hati ini di atas iman, Islam dan lstiqomah
Mostrar todo...
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR. NORHAFIZAH MUSA “ALLAH S.W.T. berbicara dengan penduduk -penduduk Syurga; “Wahai Ahli Syurga, lalu dijawab oleh penghuni Syurga, “Kami memenuhi panggilanMU Wahai Tuhan kami. Kebahagiaanlah kepada kami dengan panggilan daripadaMU”. Maka ALLAH bertanya kepada penduduk Syurga; “Adakah Engkau redha sekarang?” “Bagaimana kami tidak redha YA RABB? Sesungguhnya ENGKAU telah memberikan kepada kami sesuatu yang ENGKAU tidak pernah berikan kepada hamba-hambaMU yang lain.” Maka Allah pun menjawab, “AKU akan memberikan kepadamu yang lebih hebat lagi dan lebih baik daripada itu.”. “YA TUHAN kami, apakah lagi yang lebih baik daripada ini”? Maka ALLAH S.W.T. berfirman;” AKU halalkan untuk kalian keredhaanKU, maka AKU tidak akan murka kepada kalian selama-lamanya”. - HR Bukhari. *ULASAN USTAZAH* Satu pemberian yang terlebih baik kepada semua penduduk Syurga, iaitu ketika ALLAH mengatakan “Aku halalkan kepadamu, keredhaanKu dan tidak ada lagi kemurkaanKu kepadamu selama-lamanya. Inilah kemuncak kebahagiaan yang Allah berikan kepada kita yang bakal mewarisi Syurga. Renung - renungkan Ingatan buat diri sendiri. Semuga bermanfaat. Bi Iznillah.Fi Amanillah.Allahul Musta'an.Insya Allah. Aamiin. 🐿️🐿️🐿️🐿️🐿️🐿️🐿️🐿️
Mostrar todo...
Rawatlah ikhlasmu dan biarkan takdir memainkan perannya. Tidak perlu khawatir Allah tau lelahmu, Allah tau niatmu, perbanyak lagi sabarmu, perbaiki lagi ibadahmu, semoga Allah permudah jalannya. Habib Umar Bin Hafidz
Mostrar todo...