Hypnotic Works Circle
Kanalga Telegram’da o‘tish
Nota, Program & Perkongsian berkenaan Dunia Bawah Sedar & Hipnosis Kejayaan - Master Rey
Ko'proq ko'rsatish784
Obunachilar
-124 soatlar
-17 kunlar
-530 kunlar
Postlar arxiv
Salam sukses buat semua. Semoga segala amal ibadah diterimaNya, sihat sejahtera dan bahagia.
ezy.la/belajar-hipnosis
Untuk yang sedang bergelut isu Anxiety. Boleh ikut latihan 7 hari Self Hypnosis di group Telegram khas kami ya.
Video dan nota sudah kami susun. Follow saja rutin latihan ikut turutan.
Sementara peluang masih ada, sahkan akses di sini
http://ezy.la/self-hypnosis
Semakin dewasa, kesedaran bahawa hidup ni bukanlah tentang menang, pujian dan pengaruh. Tapi tentang Tenang. Mahal nilainya. Syukurlah kalau masih diberi nikmat rasa tenang.
Siapa pernah bergelut dengan isu tekanan emosi, isu kejiwaan pasti tahu nilai tenang tu.
Tenang buat kita menang. Tenang buat kita waras dalam bertindak. Tenang bantu kita tersenyum dan tak mengalah walau sedang lalui ujian.
.
Jadual kami semakin padat dengan training dan sesi reprogram bawah sedar secara personal.
Ada pelbagai ragam isu yang klien lalui. Bahagia bila lihat kemajuan dan perkembangan positif mereka.
Namun, semua itu bukan magik. Ada prosesnya.
.
Semoga kalian semua yang membaca tulisan ini dalam keadaan baik-baik saja, tenang dan berjaya.
Insya-Allah ❤️
Dunia semakin tenat. Kita pula bakal lalui fasa krisis dunia dari peperangan yang berlaku.
Risau? Takut? Itu normal. Tapi jangan keterlaluan.
Tulisan ni bukan untuk buat anda takut dan risau.
Kita sendiri selama ini tak tahu pun esok nasib kita macam mana. Tapi Alhamdulillah elok saja lalui dan selesaikan apa yang perlu.
Apa lagi soal masa akan datang. Tiada siapa tahu.
Cuma, perlu bawa kepala otak dan jiwa sama. Perlu beringat, hati-hati dan belajar dari kesilapan lalu.
Itu tanda kita berakal. Bukan buat tak tahu saja. Kemudian mengeluh pula.
.
Saya terima banyak temujanji personal berkaitan Anxiety. Simpati pada yang laluinya sampai terkesan banyak benda dalam hidupnya akibat tiada kendalian diri.
Hipnosis yang kami perjuangankan ialah Hipnosis Kejayaan. Tentang bagaimana aplikasi Hipnosis dalam kehidupan untuk menghidupkan diri dan orang lain.
Menghidupkan ni bukan bermakna orang mati dihidupkan pula ya. Haha..
Maknanya, semangat, jiwa, seni atau kemahiran kendalian diri yang lemah dan mati perlu dibaiki dan dihidupkan.
Supaya kita dapat teruskan kehidupan dengan lebih baik dan berjaya.
Insya-Allah.
Lama rehat dari program publik. Ada hikmahnya.
Ada ke yang minat nak kumpul duduk sama belajar dan berlatih sama tentang seni Hipnosis yang ditakuti ramai ni?
Teruja nak berkongsi sama secara santai.
Selamat bersahur dan berpuasa ya sahabat Hipnotis sekalian.
Semoga semakin berlipat ganda amalan, tenang, sihat dan berjaya.
Jadikan Ramadan kali lebih bermakna. Manfaatkan dengan sebaiknya.
Insya-Allah ❤️
Otak hebat dalam membina cerita. Otak juga tak dapat nak bezakan antara nyata dan imaginasi.
Maka, manfaatkannya dengan baik dan betul.
Gunakan teknik mendorong yang hipnotik.
Mainkan wayang gambar atau cerita yang sesuai dengan apa anda mahu capai dan rasa. Ulang.
Insya-Allah, fokus dan tenaga anda akan bergerak ke arah mencapai hal tersebut.
.
Rahsia bagaimana kelola alam bawah sedar yang berkait dengan kemampuan otak ada dikongsi dalam panduan Magis Sebuah Fikiran.
Boleh juga ikut 30 hari rutin Hipnotik untuk Hipnosis diri di ezy.la/30hari-hd
Tengah santai dan banyak masa sampai tak tahu apa nak buat?
Gunakan soalan Hipnotik setiap hari setiap kali rasa kosong tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak capai apa.
Tanya pada diri,
"Apa yang menarik, hebat dan bermanfaat boleh dicapai lagi sekarang? Dan seterusnya?"
...
Ambil kertas dan alat tulis, tuliskan. Senaraikan. Susunkan. Apa saja yang mula menjalar keluar dari fikiran sesuai soalan tadi.
.
Dengan menulis, dorongan Hipnotik lebih tinggi. Berbanding hanya simpan dalam kepala dan tak menulis sama sekali.
.
Ada rutin menarik saya kongsi dalam rutin 30 hari Hipnosis diri berkaitan teknik menulis impian/matlamat.
Bila aplikasikannya, memang rasa berbeza dan tak ada masa untuk rasa tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak capai apa.
Insya-Allah hidup lebih produktif. Semangat dan fokus.
.
Nak tahu aplikasi mendorong bawah sedar dengan teknik menulis dan rutin Hipnotik lainnya, panduan dan videonya saya susun di sini
ezy.la/30hari-hd
Tidur Hipnosis lebih bermanfaat dan selamat berbanding Tidur 6 Saat.
Pernah saya pesan berkenaan rawatan/terapi tidur 6 saat. Risikonya tinggi. Bahaya. Sebab ia menyekat aliran darah dan oksigen ke otak.
.
Tapi ramai orang suka bila lihat kesannya. Orang jadi macam kejang, tertidur seketika dengan macam-macam gaya. Nampak wow.
Lagi-lagi bila yang kena tu jadi testimoni, caka
"Fuh rasa lega habislah.. Macam tidur lama!"
.
Wow factor begini memang hipnotik. Penonton ramai terhipnosis jadinya. Terpengaruh.
.
Itu biasa. Segelintir saja waras dan meneliti hal begini.
Sekarang pakar dah tegur. Dah berbunyi. Baru ramai sedar.
.
Kesedaran ini bagus. Supaya tak jadi mangsa hadap risiko besar kemudian hari.
.
Berbeza dengan tidur Hipnosis. Lebih sedar dan natural rehatkan fikiran dan diri. Rasa segar yang alami. Tiada kena tekan-tekan sekat urat atau aliran darah. Tiada pula ritual-ritual pelik.
Hanya manfaatkan fokus dan pernafasan yang lebih baik.
Diri terdorong untuk kendalikan fikiran sedar supaya bawah sedar di akses dengan baik.
Kesedaran lebih tinggi kerana sedar tentang hal yang kurang diberi perhatian.
.
Manfaat menarik, saranan atau sesuatu program baru yang diperlukan dapat di install ke bawah sedar dengan lebih baik.
.
Supaya menjadi kebiasaan baru pada diri, membangun daya gerak sesuai apa yang ingin dicapai.
.
Insya-Allah, boleh berkenalan dengan Hipnosis dan belajar asasnya sebagai pemula di ezy.la/belajar-hipnosis
Pilih panduan Hipnosis Diri dan latihan berkaitan Self Hypnosis disediakan.
.
Selamat berjaya! ❤️
Otak kita ni tak berhenti proses data dan ia sentiasa bekerja/digunakan.
Kata lain, tak ada cuti.
Zaman sekarang ramai orang masuk state hipnosis tanpa ia sedar. Setiap hari malah hampir setiap masa.
Iaitu melalui smartphone!
Tak boleh ke letak, tinggal atau abaikan hp tu kejap waktu tengah tak ada apa nak buat?
Misalnya, masa menunggu makanan siap. Tengah menunggu seseorang atau lainnya lagi.
Jika secara autopilot tangan sibuk mesti nak belek hp bila ada ruang sesaat tak buat apa-apa. Maknanya sudah ada program ketagihan atau kebiasaan yang lekat berkait hp.
Rasa janggal kalau tak buat apa-apa. Rasa janggal bila tak belek hp.
.
Ini apa saya sendiri setup dan latih programkan bawah sedar supaya otak tak terikat dengan hp.
Sudah lebih 7 tahun kebiasaan ini diamalkan pun.
1. Bila dikeramaian, latih fokus kesedaran tinggi. Fokus pada persekitaran. Lihat orang, aktiviti saat itu, nikmati makanan yang dimakan sampai habis, buka bicara santai dengan orang terdekat yang ada bersama.
2. Pergi masjid tinggal semua termasuk hp. Hanya bawa lesen dan kaf pengenalan saja.
3. Bila ke kedai makan atau sedang lepak santai rehat di kedai makan dengan rakan, lebih banyak fokus pada pemandangan dan persekitaran sementara menunggu hidangan/rakan. Kadang akan lihat satu perkara dengan fokus dalam 1-3 minit. Nampak macam termenung, tapi bukan.
4. Tak usik hp langsung waktu bekerja. Walau ada je ruang kejap untuk belek.
* Ini latihan Hipnosis diri melawan/berperang dengan kebiasaan gatal nak belek hp pada waktu-waktu begitu. Semakin berkali anda ulang buat, anda akan dapati otak jauh lebih fokus dan waras. Lebih tenang. Lebih baik-baik saja.
===
Kesan menarik dari latihan ini, buka smartphone hanya untuk perkara perlu. Terkawal. Tak kisah pun kalau tak belek. Guna gadget kurang 4 jam sehari.
.
Anda akan perasan, anda jadi Alien/Ganjil diantara ramai orang. Semua sibuk belek hp tapi anda santai saja tak sibuk gatal nak belek.
Ramai orang masuk ke zon Hipnosis tak terkawal saat belek hp. Anda tenang saja boleh fikir, pilih dan buat apa yang lebih perlu.
Belajar Hipnosis Diri secara formal di ezy.la/belajar-hipnosis atau ikut latihan 30 hari ini ezy.la/30hari-hd
Apa khabar dengan awal tahun 2026 anda?
Tahun ini tahun yang bagus untuk bermula dan membina sesuatu dengan lebih baik.
Belajarlah tentang kemampuan/potensi Otak. Kenal-kenal lah tentang Bawah sedar.
Tingkatkan ilmu Agama (tu memang kewajiban)
Ambil tahu tentang kesejahteraan jiwa/fikiran.
Mulakan rutin yang Hipnotik.
1. Makan yang baik dan betul.
2. Buat semakan kesihatan. Supaya sedar apa yang diri perlukan.
3. Aktifkan diri dengan senaman pagi.
4. Menulis! Ya, tuliskan tentang impian dan matlamat terkini. Sentiasa update.
5. Belajar atur nafas. Kawal emosi. Banyak bersyukur.
.
Minat nak belajar Hipnosis boleh mula dulu dengan Hipnosis diri sendiri sebelum nak Hipnosis orang lain.
Ikut je latihan 30 hari ni ezy.la/30hari-hd
Atau pilih je mana-mana panduan yang disenaraikan di sini ezy.la/belajar-hipnosis
.
Saya ada je. Senyap sikit sebab banyak kerja dan banyak perkara menarik sedang saya bina. Insya-Allah ❤️
Leluhur
Diam bukan tak ambil tahu. Tapi malas nak melayan hal begini.
Saya perhati dakwaan seseorang tentang buka aura, undang gerak dan interaksi dengan leluhur atau semangat lama sedang menaik, viral.
Memang cepat naik sebab orang kita ramai suka benda-benda mistik dan Sakti begini.
Dah 2026.. Masih kalut percaya dan terpesona dengan aktiviti paranormal dan kesaktian?
Nasihat saya, sudah-sudahlah. Ada banyak perkara yang lebih penting, jelas dan benar untuk kita belajar dan dikejarkan.
Overclaim dan dakwaan mereka berkaitan hal tadi tu berat ya. Nak sahkan pun tak dapat disahkan kerana ia hal ghaib. Berlapis-lapis. Undang banyak perkara tak jelas berbanding yang jelas. Mereka harus bertanggungjawab dengan apa yang mereka dakwa.
Kena pula masuk medsos. Orang ramai terdedah info begitu. Terpengaruh.
Mereka yang betul ahli dalam ilmu begitu pun tak sibuk dedah terbuka biasanya.
Saya tulis ni bukan bermaksud tak percaya hal ghaib atau merendahkan ilmu orang lain. Tapi atas peringatan supaya berpada dan hati-hati, terutama yang beragama Islam. Tak semua mistik itu mistik. Tak semua benda sikit-sikit Jin. Apa lagi kalau claim Roh orang lama dipanggil datang. Berat.
.
Siapa dah ikut Training Hipnosis, saya yakin anda dapat baca 'trick' dan prosesnya kan? Semoga anda sedar dan tak terpengaruh. Hehe.. 😄
.
Nak tahu leluhur diri bagai ni tak perlu buka aura dan undang semangat leluhur lama bagai.
Nak tahu susur galur keturunan lama anda senang saja. Melalui DNA dan teknologi khas. Dapat dia punya report/data terus macam ni: https://vt.tiktok.com/ZS56WbFcw/
Ini lebih selamat. Anda pun tak perlu lalui proses ritual aneh-aneh bagai. Insya-Allah.
.
Semoga bermanfaat ❤️
ezy.la/self-hypnosis
Bismillah. Tiba sudah 2026. Selamat tahun baru dan selamat berjaya semua.
Orang ramai sibuk layan dentam bentum dan bersesak di luar malam tahun baru.
Saya pilih untuk fokus buat kerja-kerja majukan diri.
Semoga tahun 2026 ni keadaan kita semakin luar biasa terbaik, sihat, sejahtera dan capai lebih banyak kejayaan.
Sabar, Senyum dan Syukur sentiasa guys ❤️
www.hipnotis.my
ezy.la/belajar-hipnosis
Genap dan bertambah sudah umur hari ini ❤️
Untuk hari lahir ini, bukan sambutan dan hadiah yang diharapkan. Cukup panjangkan kesyukuran dan memperingatkan diri tentang kematian.
Semoga sisa umur lebih berkah, sihat sejahtera, bebas dari segala hutang, capai lebih banyak hal baik dalam hidup dan jadi manusia bermanfaat.
Mohon maaf jika ada salah silap sepanjang kenal atau berurusan.
Terima kasih atas ucapan dan doanya anda semua.
Insya-Allah.
Genap dan bertambah sudah umur hari ini.
Untuk hari lahir hari ini, tak ada apa diharapkan selain ia memperingatkan tentang kematian.
Semoga sisa umur lebih berkah, bebas dari segala hutang, capai lebih banyak hal baik dalam hidup dan jadi manusia bermanfaat.
Mohon maaf jika ada salah silap sepanjang kenal atau berurusan. Insya-Allah.
Nak hidup produktif dan serba berkembang? Buat rutin ni,
1. Muntahkan isi fikiran kepada Tulisan
Ada caranya. Buat to do list harian. Tulis dekat kalendar untuk sebulan punya pun lagi bagus. Tak payah sibuk fikir kalau tak tercapai macam mana. Tulis dan set je dulu.
2. Belajar perkecilkan Impian besar jadi matlamat harian, bulanan, tahunan. Pecahkan prosesnya tu supaya masuk di akal. Kadang kita bukan tak boleh nak capai impian besar kita, tapi sebab nampak besar sangat sampai buntu dan tak realistik. Tak nampak macam mana nak mula ke arah tu.
3. Ulang cakap/cerita tentang perkara tu pada diri sendiri atau orang yang sama haluan. Ini bantu dorong bawah sedar terarah. Tenaga, fikiran dan tubuh akan bergerak ke arah merealisasikan hal tersebut.
Kesan biasa bila rutin perkara ni,
+ tahu-tahu banyak benda best boleh dicapai
+ tiba-tiba boleh pula buat itu ini
+ yang dirasakan mustahil awalnya tu boleh diusahakan
Insya-Allah.
Belajar Hipnosis ni belajar tentang seni bagaimana mendorong diri dan orang lain secara berstruktur
ezy.la/belajar-hipnosis
Sebesar apa pun cabaran hidup yang dilalui. Lebih besar lagi bantuanNya yang sentiasa mencukupkan kita.
Kadang kita merasa besarnya masalah yang kita hadap. Biasanya sebab bila kanta fokus kita hanya fokus pada masalah saja. Tidak difokuskan kepada besarnya nikmat dan pertolonganNya.
Insya-Allah jika kita mahu keluar dan selesaikan sesuatu isu. Pasti ada jalan dan kemudahannya. Adjust kanta fokus pada solusi. Fikiran dan diri akan bergerak ke arah sesuai yang kita fokuskan.
Tingkatkan kesedaran diri dengan perbanyak bersyukur. Aplikasikan Hipnosis diri untuk atur urus emosi dan fikiran supaya dapat dorong diri lebih terkendali.
Banyak keputusan, idea dan tindakan lebih teratur dapat dijana bila keadaan diri Hipnotik.
ezy.la/belajar-hipnosis
Ramai orang anggap kesusahan, kesulitan, keperitan itu adalah Ujian hidup. Sedangkan kekayaan, kesenangan, kelapangan itu juga adalah Ujian hidup. Malah ia lebih berat. Sebab ia tidak disedari dan sering dianggap bukan Ujian.
Tak hairanlah jika ramai hanyut bila menikmatinya. Sebab rasa bagai dah terlepas dari Ujian. Jadi lupa, lalai, leka.
Hanya segelintir saja yang bersyukur dan memanfaatkannya dengan baik.
Segelintir itu adalah mereka yang sedar dan bersyukur.
Mudah-mudahan kita adalah golongan yang segelintir itu.
Insya-Allah ❤️
ezy.la/belajar-hipnosis
Nak hidup tenang. Tak nak asyik bergelut dengan perasaan Resah gelisah tak tentu masa.
Ada isu Anxiety berlebihan?
Jantung berdebar. Takut dan risau itu ini. Rasa tak tenteram. Rimas kadang dengan diri sendiri. Tak selesa.
Nak ke kalau hal macam ni berkurang dan lebih terkendali?
Macam rakan-rakan atau klien kami yang dah bebas dari belenggu isu ni.
Dah boleh bekerja dengan baik. Dah boleh ke sini sana. Dah boleh bina bisnes. Dah boleh tersenyum tenang jalani aktiviti harian.
Kalau anda salah satu orang yang alami isu tadi dan berimpian nak diri lebih terkendali.
Boleh cuba aplikasi Hipnosis Kejayaan.
Pastikan anda rujuk dan dapatkan rawatan dari Pakar untuk tahu tahap dan kepastian isu anda.
Hipnosis dapat diguna sebagai alat bantu sokongan.
Saya ada sediakan bimbingan personal untuk proses Hipnosis Diri. Dari sesi tersebut anda akan dibantu urus semula program bawah sedar yang bersesuaian dengan isu yang anda alami.
Buat masa ni sesi atas talian saja menerusi aplikasi Zoom. Mudah.
Rakaman dan tools untuk Hipnosis diri disediakan.
Boleh baca dulu panduan ni: ezy.la/hipno-anxiety
Kemudian boleh follow 7 video untuk rutin Hipnosis Diri: ezy.la/self-hypnosis
Atau terus book sesi personal ni : ezy.la/hipnoterapi-kejayaan
Semoga usaha ini sedikit sebanyak membantu selesaikan isu yang anda geluti.
Hipnosis Halus
Tak nampak tapi diam-diam memakan diri dari dalam.
Itulah perbuatan kecil yang diulang setiap hari.
Misalnya, suka scroll medsos tiap kali ada ruang masa. Sikit-sikit scroll. Sikit-sikit buka medsos scroll video lagi dan lagi.
Mula-mula masa makan. Lepas tu masa kerja. Masa nak tidur malam layan lagi. Kata kejap, tapi tahu-tahu dah nak pagi.
Ingat nak tidur awal, rupanya baring awal tapi tak tidur-tidur.
Lama-lama, badan sakit-sakit. Stres makin menjadi-jadi. Gadget tak boleh nak tinggal. Rasa janggal. Rasa nak meninggal bila sehari tak usik gadget.
Ini realiti kini. Ramai.
Nampak biasa. Normal. Tapi tak sebenarnya. Dah jadi penyakit. Tu belum lagi mula muncul perangai pelik hasil dari apa ia tonton di medsos berulang kali.
Bawah sedar dah kena Hipnosis dengan perbuatan kecil yang berulang (rutin).
ezy.la/belajar-hipnosis
Hipnosis salah satu seni unik yang menakutkan dunia
Kerana kesannya langsung terus ke bawah sedar.
Bayangkan, dalam persembahan Hipnosis. Bila seorang subjek disentuh tiba-tiba tidur. Tiba-tiba ikut kata. Ada yang tiba-tiba jadi lupa nama sendiri. Berubah perilakunya sesuai apa di set oleh ahli Hipnosis.
Hal ini terlihat mistik, misteri dan magik.
Mungkin ramai rasa itu lakonan saja. Tapi orang yang melalui dan yang ada pada saat itu mengesahkan apa yang dilalui adalah nyata.
Ramai mula takut, mula keluar sangkaan dan teori tersendiri.
Bila tak dapat nak jelaskan, maka yang paling biasa orang ramai kata ialah,
Sihir! Pakai Jin!
😂
Menariknya, ramai pula percaya. Termasuk yang mengaku ahli Ruqyah atau perawat.
Ramai pula jadi takut bila tahu seseorang itu ahli Hipnosis.
Orang kita atau yang serumpun pula akan sependapat bahawa Hipnosis adalah Pukau!
Ini biasa.
"Kita akan takut dan akan memusuhi dengan apa yang kita belum ketahui."
Maka, perlunya mengaji. Belajar. Mengkaji. Meneliti. Dengan cara hadir belajar, mendengar dan membaca.
Insya-Allah, dapat jawapannya. Kenal prosesnya. Tahulah akhirnya apa itu Hipnosis.
Ada yang lebih perlu disedari dan ditakuti setelah faham Hipnosis.
Rupanya hipnosis itu luas sifat dan pengaruhnya. Penguasa dunia memanfaatkannya. Malah, banyak pengaruh sekitar yang dapat menghipnosis kita sepanjang hidup.
Jika tahu cara kerjanya. Kita lebih mudah untuk bawa diri bertenang. Mudah untuk tapis bentuk pengaruh yang cuba menembusi bawah sedar kita.
Paling bagus, kita sedar untuk Hipnosis diri sendiri dengan perkara yang perlu/sebaiknya.
Begitulah.
Buku format Pdf
https://hipnotis.onpay.my/order/form/hypnosis
Endi mavjud! Telegram Tadqiqoti 2025 — yilning asosiy insaytlari 
