ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку 👈

Hypnotic Works Circle

Hypnotic Works Circle

Открыть в Telegram

Nota, Program & Perkongsian berkenaan Dunia Bawah Sedar & Hipnosis Kejayaan - Master Rey

Больше
769
Подписчики
Нет данных24 часа
-57 дней
-630 дней
Архив постов
Usah biarkan diri anda berselubung ketakutan yang tidak jelas. https://vt.tiktok.com/ZSbmut1fK/

Sebab tu selama bawa Hipnosis dan Hipnoterapi kepada awam kami beri garis panduan, peringatan dan ketegasan soal bab campur aduk. Kami menolak bab hukum tarikan, tidak menyentuh dan membenarkan hukum energi / kuantum bagai. Kami fokus beri nilai berkaitan topik sedia ada saja. Tidak pula menyarankan melakukan atau mengamalkan yoga/meditasi. Dan kami tidak menggunakan agama, Al-quran untuk menjual seni Hipnosis atau menggunakan imej islamik untuk menaikkan diri. Kami tidak bersetuju dan mengecam para trainer atau yang claim sebagai guru/sifu Hipnosis yang membawa modul program dan konten mereka dengan istilah mistik, ajaib, energi, kuantum bagai. Sedangkan standard modul Hipnosis dan Hipnoterapi itu sederhana dan mudah saja. Tak ada campuran begitu. Mereka ini nak nampak Sakti dan Hebat. Dan pengikut/pelajarnya pula pun sama, jenis minat dan mahukan Keajaiban. Nak jadi orang Sakti. Disebabkan golongan beginilah, rosak usaha baik orang lain. Rosak usaha asal. Batas ilmu dan seni Hipnosis itu mudah saja. Sebatas fikiran dan tindakan. Tentang perilaku dan kebiasaan. Tentang seni berpengaruh yang mendorong. Jika faham struktur asasnya, anda akan sedar bagaimana orang-orang tak bertanggungjawab cuba mempengaruhi. Anda sedar untuk bagaimana mendorong diri supaya terarah kepada hal yang lebih baik. Tak mudah terpedaya dengan hal pelik-pelik. Insya-Allah. * Kalau nak belajar Hipnosis untuk jadi sakti, ada super power bagai. Maaf, kami tak ada program begitu. ezy.la/belajar-hipnosis

Lagu Hipnotik Santai - "Tenang Je!" Khas untuk mereka yang terlalu banyak fikir sampai pening kepala. Bawa-bawalah bertenang sekejap dan besederhana. Part 1: https://vt.tiktok.com/ZSqxmDg1W/ Part 2: https://vt.tiktok.com/ZSqxaQNQc/ Lagu penuh rasmi di Youtube. * Lagu motivasi dan dorongan untuk yang asyik down bagai dalam proses. Sikit masa kita kongsi.

Kadang yang rasa dirinya kebal dan tak boleh diHipnosis tu sebenarnya bukan tak boleh pun, tapi lebih kepada Belum. Sesuai ke
Kadang yang rasa dirinya kebal dan tak boleh diHipnosis tu sebenarnya bukan tak boleh pun, tapi lebih kepada Belum. Sesuai keadaan dan waktunya, ia tetap akan melalui Hipnosis jua. Paling sadis, ia tak perasan yang ia dah kena Hipnosis pun hampir setiap hari. Orang paling susah nak dipengaruhi adalah diri sendiri. Berikutnya adalah orang terdekat. Ramai orang sibuk nak pengaruh orang lain tapi lupa tentang diri sendiri. Cadangan saya, apa kata urus dan bantu dulu diri sendiri, hipnosis dulu diri sendiri sambil bantu orang lain juga. Insya-Allah. Akses je dekat sini, ezy.la/30hari-hd

Formula ringkas perjalanan menikmati Hipnosis == RAPPORT ↓ UNCONSCIOUS MIND ↓ TRANCE ↓ MIND–BODY CONNECTION ↓ SUGGESTION / PEMBELAJARAN ↓ PERUBAHAN == Langkah ini juga diperlukan untuk menikmati Hipnosis Diri sendiri. Sebab kuasa Hipnotik sebenar adalah bagaimana Hipnosis Diri Sendiri sebelum sibuk nak Hipnosis orang lain. Kerja kita sebagai Hipnotis bukan mengubah dunia atau orang lain. Tapi bagaimana kita mendorong kesedaran yang sesuai untuk proses tindakan sesuai perubahan yang diperlukan. Tiada magik. Melainkan sebuah proses yang perlu dinikmati. ezy.la/belajar-hipnosis

5 Akses Hipnotik Bawah Sedar Saudara sekalian. Semua manusia ada organ Otak dan tahap kemampuannya yang berbeza. Bergantung k
5 Akses Hipnotik Bawah Sedar Saudara sekalian. Semua manusia ada organ Otak dan tahap kemampuannya yang berbeza. Bergantung keadaan dan kebiasaannya juga. Untuk yang sering meneroka dan melatihnya, biasanya tahap kesedarannya jauh lebih baik. Berkembang pun lebih baik. Hidup ini ada likunya. Kadang bahagia dan menaik. Kadang tumbang tersandung menurun seketika. Janganlah berlama-lama termenung, bersedih dan berduka. Setiap kali mendung dan hujan tiba. Kesudahannya pelangi muncul. Kesuburan dan kesegaran tiba. Atur fokus dan manfaatkan kesedaran bawah sedar diri untuk urus diri. Biar lebih mudah raih ketenangan dan tindakan yang lebih baik. Tonton video sesi sementara masih ada di ezy.la/30hari-hd

"Kenapa ada orang tertipu dan ditipu..?" Sebab ia tak pandai. "Tapi ada orang yang pandai pun kena tipu juga. Macam mana?" Itu maknanya pandainya kurang. . Jadi, marilah kita terus belajar. Banyak membaca. Bukan untuk pandai. Tapi untuk kurangkan kebodohan yang ada. Insya-Allah. ezy.la/30hari-hd

Pada hari ke-2 dalam siri 30 Hari Hipnosis Diri, ini adalah topik penting sebelum perkongsian lebih mendalam ke dunia Hipnosi
Pada hari ke-2 dalam siri 30 Hari Hipnosis Diri, ini adalah topik penting sebelum perkongsian lebih mendalam ke dunia Hipnosis. Menariknya lagi, dengan memahami rahsia bagaimana mengakses ke wilayah bawah sedar ini, kita dapat mendorong diri untuk bagaimana memulihkan, membentuk atau membangunkan diri. Tonton dan aplikasikan rutin disediakan di ezy.la/30hari-hd

Ada 2 Rutin awal untuk Hipnosis Diri Kejayaan 1. Soalan Hipnotik 2. Rekod Kejayaan Hal ni nampak kecil dan remeh je. Tapi ben
Ada 2 Rutin awal untuk Hipnosis Diri Kejayaan 1. Soalan Hipnotik 2. Rekod Kejayaan Hal ni nampak kecil dan remeh je. Tapi benda kecil dan mudah macam ni lah beri kesan besar secara dahsyat. Macam mana cara aplikasikan dengan betul. Tonton videonya di ezy.la/30hari-hd

Cara untuk berubah itu sederhana saja. Aktifkan kuasa perubahan dalam diri dengan menjadi pelaksana. Bukan tunggu, nanti dan
Cara untuk berubah itu sederhana saja. Aktifkan kuasa perubahan dalam diri dengan menjadi pelaksana. Bukan tunggu, nanti dan berangan panjang. Dapatkan akses video dan panduan nota 30 hari Hipnosis diri hanya di ezy.la/30hari-hd

Manipulasi Kuasa Hipnotik Diri ezy.la/30hari-hd
Manipulasi Kuasa Hipnotik Diri ezy.la/30hari-hd

Akaun Telegram kalian ok tak? Pastikan urus dan setup elok bab keselematan. Jangan suka-suka tekan link pelik-pelik. Elak dari akaun kena hack. Perasan, ramai kenalan telegram ni profile pic dah lain macam. Lepas tu spam banyak mesej pelik-pelik dan send link bukan-bukan. Hati-hatilah. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan daripada kejahatan orang tak bertanggungjawab. Insya-Allah. ezy.la/belajar-hipnosis

Nak bina kebiasaan ni mudah kalau tahu caranya. Kebiasaan baru dapat dibentuk paling biasa 66 hari. Tanpa putus. Baru data tu dapat simpan rapi ke bawah sedar. Ada orang lebih cepat dari tu. Lain orang lain tahap pencerapannya. Tak kisahlah 22 hari ke 33 hari ke. Paling penting sebenarnya adalah konsistensi. Buat berterusan tanpa ada skip walau sehari. Kena buat, kena paksa, kena disiplin. Awal memang kena fokus, kena peka dan pastikan kebiasaan baru tu dilakukan. Lepas dah berjaya install ke bawah sedar. Kebiasaan baru tu dah jadi Autopilot. Secara bawah sedar, ia akan bertindak dengan sendirinya. Sehinggalah kelak bila rasa perlu diubah, maka ia boleh saja diubah. Buat semula proses install tadi. . Tu cara kerja semulajadi programkan diri. Dengan pengetahuan Hipnosis diri, proses ni dapat dipercepatkan sebenarnya. . Insya-Allah. ezy.la/belajar-hipnosis

Usah biar diri mudah dipengaruh keadaan semasa. Ramai orang terlalu terikut-ikut dan berubah-ubah cara bertindaknya. Susah konsisten. Hanya sebab apa orang kata dan apa orang akan kata. Takut dan terlalu risau. Fokus terganggu. Akhirnya jiwa pun nadi tak tenteram. Tiada kendalian diri sepenuhnya. Semua macam dikendali oleh orang lain pula. Baru senyap dan diam dari medsos seketika sudah tak senang duduk. Terikat dengan gadget dan medsos. Telan semua info yang tak ditapis sampai diri makin lama makin jauh dari matlamat/impian yang dihajatkan. . Apa kata ambil nafas yang dalam seketika. Dengarkan dan rasakan nafas masuk dan keluar. Dengarkan bunyi detak jantung sendiri. Seketika itu akan bantu bawa diri kepada keadaan hipnotik. Bawa diri mudah bertenang dan terkendali. Otak jadi lebih sedar dan waras. Dorong diri waras dalam buat keputusan dan tindakan. Renew semula niat dan tujuan hidup dan matlamat semasa. Itu antara cara Hipnosis Diri. Self Programming. Nak lagi superb, perbanyak berdoa. Hari Jumaat ni hari yang berkah. Didoakan kalian semua sihat sejahtera, bahagia dan peroleh nikmat tenang. Deras rezeki dan gembira sentiasa. . Pejam celik Jun sudah berlalu. Jadual kami padat dan tak berkesempatan untuk jalan sesi Hipnosis sebulan yang lalu. Julai ini kita sambung sesi Training dan Terapi seperti biasa. Untuk yang ambil pakej personal, nanti kami direct whatsapp anda untuk temujanji ya. Mana yang dah lupa, lama tak berlatih atau tercari-cari seni Hipnosis diri. Boleh je ke sini ezy.la/belajar-hipnosis

Salam sukses buat semua. Semoga segala amal ibadah diterimaNya, sihat sejahtera dan bahagia. ezy.la/belajar-hipnosis
Salam sukses buat semua. Semoga segala amal ibadah diterimaNya, sihat sejahtera dan bahagia. ezy.la/belajar-hipnosis

Untuk yang sedang bergelut isu Anxiety. Boleh ikut latihan 7 hari Self Hypnosis di group Telegram khas kami ya. Video dan nota sudah kami susun. Follow saja rutin latihan ikut turutan. Sementara peluang masih ada, sahkan akses di sini http://ezy.la/self-hypnosis

Semakin dewasa, kesedaran bahawa hidup ni bukanlah tentang menang, pujian dan pengaruh. Tapi tentang Tenang. Mahal nilainya. Syukurlah kalau masih diberi nikmat rasa tenang. Siapa pernah bergelut dengan isu tekanan emosi, isu kejiwaan pasti tahu nilai tenang tu. Tenang buat kita menang. Tenang buat kita waras dalam bertindak. Tenang bantu kita tersenyum dan tak mengalah walau sedang lalui ujian. . Jadual kami semakin padat dengan training dan sesi reprogram bawah sedar secara personal. Ada pelbagai ragam isu yang klien lalui. Bahagia bila lihat kemajuan dan perkembangan positif mereka. Namun, semua itu bukan magik. Ada prosesnya. . Semoga kalian semua yang membaca tulisan ini dalam keadaan baik-baik saja, tenang dan berjaya. Insya-Allah ❤️

Dunia semakin tenat. Kita pula bakal lalui fasa krisis dunia dari peperangan yang berlaku. Risau? Takut? Itu normal. Tapi jangan keterlaluan. Tulisan ni bukan untuk buat anda takut dan risau. Kita sendiri selama ini tak tahu pun esok nasib kita macam mana. Tapi Alhamdulillah elok saja lalui dan selesaikan apa yang perlu. Apa lagi soal masa akan datang. Tiada siapa tahu. Cuma, perlu bawa kepala otak dan jiwa sama. Perlu beringat, hati-hati dan belajar dari kesilapan lalu. Itu tanda kita berakal. Bukan buat tak tahu saja. Kemudian mengeluh pula. . Saya terima banyak temujanji personal berkaitan Anxiety. Simpati pada yang laluinya sampai terkesan banyak benda dalam hidupnya akibat tiada kendalian diri. Hipnosis yang kami perjuangankan ialah Hipnosis Kejayaan. Tentang bagaimana aplikasi Hipnosis dalam kehidupan untuk menghidupkan diri dan orang lain. Menghidupkan ni bukan bermakna orang mati dihidupkan pula ya. Haha.. Maknanya, semangat, jiwa, seni atau kemahiran kendalian diri yang lemah dan mati perlu dibaiki dan dihidupkan. Supaya kita dapat teruskan kehidupan dengan lebih baik dan berjaya. Insya-Allah. Lama rehat dari program publik. Ada hikmahnya. Ada ke yang minat nak kumpul duduk sama belajar dan berlatih sama tentang seni Hipnosis yang ditakuti ramai ni? Teruja nak berkongsi sama secara santai.

Selamat bersahur dan berpuasa ya sahabat Hipnotis sekalian. Semoga semakin berlipat ganda amalan, tenang, sihat dan berjaya. Jadikan Ramadan kali lebih bermakna. Manfaatkan dengan sebaiknya. Insya-Allah ❤️

Otak hebat dalam membina cerita. Otak juga tak dapat nak bezakan antara nyata dan imaginasi. Maka, manfaatkannya dengan baik dan betul. Gunakan teknik mendorong yang hipnotik. Mainkan wayang gambar atau cerita yang sesuai dengan apa anda mahu capai dan rasa. Ulang. Insya-Allah, fokus dan tenaga anda akan bergerak ke arah mencapai hal tersebut. . Rahsia bagaimana kelola alam bawah sedar yang berkait dengan kemampuan otak ada dikongsi dalam panduan Magis Sebuah Fikiran. Boleh juga ikut 30 hari rutin Hipnotik untuk Hipnosis diri di ezy.la/30hari-hd