Hann's Lavenders 💜
Yopiq kanal
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Ko'proq ko'rsatish1 035
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-27 kunlar
-830 kunlar
Postlar arxiv
1 035
Pra tempah dengan penerbit dah dibuka! Boleh ws kak sara untuk tempahan novel ya!
https://wa.me/60169242336
1 035
Biasiswa Cinta ditulis semasa saya pilih nak relakan cita-cita atas faktor keadaan semasa. Rasa macam, "Ah, aku kena buat sesuatu untuk betulkan keadaan dan pilihan aku, kena lepaskan cita-cita buat masa sekarang."
Macam mana Faid turutkan permintaan parents dia sedangkan jiwa dia nak kerja dalam bidang lain, macam mana Dura yang terpaksa bekerja untuk sara hidup sendiri walaupun dia teringin nak masuk kolej macam orang sebaya dia yang lain, saya cuba sampaikan sebaik mungkin yang cita-cita ni, kita boleh kejar bila-bila masa.
Dunia ni bukan perlumbaan. Kalau kita tengok orang sebaya kita dah ada macam-macam, jangan rasa diwn atau sedih. Tak semestinya kita lambat atau ketinggalan ke apa. Semuanya akan datang pada waktu yang tepat tanpa lambat atau cepat sesaat. Selalu pesan pada hati, Allah dengar dan akan selalu beri apa yang isi hati kita gemakan walau tanpa kita sedar.
Akhir sekali (untuk Biasiswa Cinta je of course hehe), terima kasih kepada kak sara hezra sebab percayakan saya yang masih banyak kurangnya ini untuk terbitkan manuskrip saya di bawah penerbitan orabook dan drramromance.
Semoga, Biasiswa Cinta sampai kepada pembaca yang memerlukan semangat dan pujukan jiwa!
#biasiswacinta
1 035
Alhamdulillah 'ala kulli haal!
Terima kasih Ya Allah sebab izinkan hana untuk terbitkan buku lagi. HUG bukanlah my best shot tapi melalui HUG, adanya rezeki Biasiswa Cinta. Faid Dura kena berterima kasih dengan Fadh Naaila! 🤣🫶
#biasiswacinta
1 035
Esok saya taip karangan ye. Selamat tidur semua, mimpi indah dan jangan lupa bangun qiamullail!
1 035
Tiber teringat, saja nak cite.
Ada 3 beradik dekat sekolah ni, nama depan dorang Megat. Last year 3 Megat ni ada darjah 6, darjah 4 dengan darjah 1.
I called them as Megat 1(darjah 6), Megat 2(darjah 4), Megat 3(darjah 1).
Saya tanya Megat 1, "Awak ada adik perempuan?"
Megat 1 pun jawab, "Ada."
Saya pun tanyalah, "Adik perempuan awak Megat jugak ke?"
Megat 1 pun mcm speechlees dengan apa yang ku katakan. "Kenapa adik perempuan saya Megat pulak, kak? Dia Puteri."😭
HAHAHAHA MANALAH AKU NAK TAHU MEGAT PAIR DENGAN PUTERI SEBAB TU AKU TANYAAAAA 😭😭😭😭😭😭😭
Sekarang ada Megat 2 dengan Megat 3 je. Rindu Megat 1 🥲😔
1 035
*usap kepala sendiri sebab berani cuba.
So... lambat lagilah kita dapat jumpa beban keluarga series in physical wkwkwkwkwk!
Doakan saya ada masa nak ubah apa yang patut sebelum 'hunting' rumah penerbitan yang betul² sesuai dengan Eudaemonia!
Mungkin akan revamp full, mungkin akan jadi ebook versi extended, mungkin akan terkubur je HAHAHAHAH!
Pape pun, ayuhlah fokus kelahiran Faid Dura duluuu! 😚🫶✨
1 035
Kalau ada yang masih terjaga/baru bangun, jom solat sunat 2 rakaat and baca quran at least satu muka! Malam ni, malam ke 25✨
1 035
Kalau ada yang masih terjaga/baru bangun, jom solat sunat 2 rakaat and baca quran at least satu muka! Malam ni, malam ke 25✨
1 035
Dan hari ini pun saya send Pelangi Dan Cinta dekat penerbit. Doakan proses penilaian berjalan lancar dan semoga, kisah Pelangi Dan Cinta mendapat tempat dekat hati penerbit🫶✨
#PelangiDanCinta
1 035
Random #querencia
Sepi.
Tiada suara yang menemani melainkan angin lembut menampar wajah.
"Zee."
"Zhian."
Serentak, mereka bersuara. Rasa sebak yang mula memenuhi relung hati dikawal sebaik mungkin.
Oh Tuhan... adakah mereka akan mengingati sebak yang menyakitkan ini? Pertemuan terakhir ini... tak pernah dipinta atau dilangitkan kepada Tuhan.
"Kita... akan jumpa lagi kan, Zee?"
Punah. Hancur. Lebur.
Soalan Zhian membuatkan hati Zee terasa ditikam pisau belati. Pertemuan apa lagi yang diharapkan sedangkan mereka berdua tahu, detik ini, saat ini, mungkin menjadi yang terakhir.
"Saya... akan rindu awak, Zhian."
Terus tumpah air jernih dari kolam matanya yang penuh. Sedari tadi Zhian cuba tahan kerana tidak mahukan perpisahan ini menjadi lebih menyedihkan.
Namun, dia gagal. Rasa hampa yang mula berkampung, tidak mampu lagi dia bendung.
"Doa saya, semoga cinta kita selalu ada."
1 035
Random : #MAR
"Ha..."
"Ya?"
"Can we start over? Saya tak rasa saya boleh lepaskan awak untuk kali kedua."
Nabiha tahu dialah manusia yang paling tidak tahu malu sekarang. Selepas setahun dia mendiamkan diri dan lari atas alasan tidak bersedia mahu mendirikan rumah tangga, Nabiha tiba-tiba berkata hal yang gila.
Adha yang tadinya khusyuk membaca surat khabar, kaku di tempatnya. Liur ditelan untuk mengawal debaran yang mula menggila.
Nabiha sedar tak yang dia tengah buat Adha rasa nak putus nafas?
Adha berdeham beberapa kali sebelum surat khabar yang dipegang, diletakkan di atas meja. Lalu, si jejaka memandang si gadis di hadapannya.
Seronok pula tengok Nabiha takut-takut begini. Kepala menekur lantai, jemari disulam bersama, bibir pun kering. Adha tidak pernah tahu bahawa Nurin Nabiha ada sisi penakut seperti ini.
Dah berani confess, kenalah berani hadap kan?
"Angkat kepala, Bi."
Menurut arahan, Nabiha angkat wajah dan memandang Adha. Jelas kelihatan di matanya, lelaki itu mengukir senyum sinis namun tidak bermaksud jahat.
Sinis yang... menawan.
Mata mereka yang saling menikam membuatkan Nabiha menelan liur berkali-kali. Kenapa dia macam boleh agak apa yang Adha nak cakap?
"Apa yang membuatkan awak fikir yang saya, akan lepaskan awak kali ni?"
Bingo!
