ar
Feedback
Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

قناة بسيطة

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

إظهار المزيد
1 050
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-37 أيام
-1030 أيام
أرشيف المشاركات
Salam Jumaat! Al-Kahfi jangan lupa!✨

Kalau ada yang masih terjaga/baru bangun, jom solat sunat 2 rakaat and baca quran at least satu muka! Malam ni, malam ke 25✨

Kalau ada yang masih terjaga/baru bangun, jom solat sunat 2 rakaat and baca quran at least satu muka! Malam ni, malam ke 25✨

Dan hari ini pun saya send Pelangi Dan Cinta dekat penerbit. Doakan proses penilaian berjalan lancar dan semoga, kisah Pelangi Dan Cinta mendapat tempat dekat hati penerbit🫶✨ #PelangiDanCinta

Kita excited sama-sama okeiii 😚🫶 #biasiswacinta

Ehem... bolehlah tengok instagram Orabook publication heheheh! 😚🫶

Korang... dah get ready duit ke? 👀

Random #querencia Sepi. Tiada suara yang menemani melainkan angin lembut menampar wajah. "Zee." "Zhian." Serentak, mereka bersuara. Rasa sebak yang mula memenuhi relung hati dikawal sebaik mungkin. Oh Tuhan... adakah mereka akan mengingati sebak yang menyakitkan ini? Pertemuan terakhir ini... tak pernah dipinta atau dilangitkan kepada Tuhan. "Kita... akan jumpa lagi kan, Zee?" Punah. Hancur. Lebur. Soalan Zhian membuatkan hati Zee terasa ditikam pisau belati. Pertemuan apa lagi yang diharapkan sedangkan mereka berdua tahu, detik ini, saat ini, mungkin menjadi yang terakhir. "Saya... akan rindu awak, Zhian." Terus tumpah air jernih dari kolam matanya yang penuh. Sedari tadi Zhian cuba tahan kerana tidak mahukan perpisahan ini menjadi lebih menyedihkan. Namun, dia gagal. Rasa hampa yang mula berkampung, tidak mampu lagi dia bendung. "Doa saya, semoga cinta kita selalu ada."

Malam ni malam ke 23 ✨

"Islam itu mudah jadi jangan kita mempermudahkan lagi."

Random : #MAR "Ha..." "Ya?" "Can we start over? Saya tak rasa saya boleh lepaskan awak untuk kali kedua." Nabiha tahu dialah manusia yang paling tidak tahu malu sekarang. Selepas setahun dia mendiamkan diri dan lari atas alasan tidak bersedia mahu mendirikan rumah tangga, Nabiha tiba-tiba berkata hal yang gila. Adha yang tadinya khusyuk membaca surat khabar, kaku di tempatnya. Liur ditelan untuk mengawal debaran yang mula menggila. Nabiha sedar tak yang dia tengah buat Adha rasa nak putus nafas? Adha berdeham beberapa kali sebelum surat khabar yang dipegang, diletakkan di atas meja. Lalu, si jejaka memandang si gadis di hadapannya. Seronok pula tengok Nabiha takut-takut begini. Kepala menekur lantai, jemari disulam bersama, bibir pun kering. Adha tidak pernah tahu bahawa Nurin Nabiha ada sisi penakut seperti ini. Dah berani confess, kenalah berani hadap kan? "Angkat kepala, Bi." Menurut arahan, Nabiha angkat wajah dan memandang Adha. Jelas kelihatan di matanya, lelaki itu mengukir senyum sinis namun tidak bermaksud jahat. Sinis yang... menawan. Mata mereka yang saling menikam membuatkan Nabiha menelan liur berkali-kali. Kenapa dia macam boleh agak apa yang Adha nak cakap? "Apa yang membuatkan awak fikir yang saya, akan lepaskan awak kali ni?" Bingo!

🤍✨
🤍✨

Salam Jumaat! Al-Kahfi jangan lupa!✨

Review from one of my beta readers. Satu hal yang saya selalu syukurkan, ini. Jujur, saya tak reti nak berpuitis dalam penuli
Review from one of my beta readers. Satu hal yang saya selalu syukurkan, ini. Jujur, saya tak reti nak berpuitis dalam penulisan. Tapi, cara lain untuk saya pastikan pembaca hooked dengan cerita saya, melalui susunan plot. Alhamdulillah, Allah selalu mudahkan saya untuk susun perjalanan cerita yang ditulis. Tak rasa susah, tak rasa pening. Kalau ada yang kena tambah tengah² tu pun, saya boleh tulis dengan baik. Untuk Pelangi dan Cinta, saya bersyukur sangat² sebab 3/5 beta readers saya berikan feedback yang sangatttttt baik! 🥹🫶 Berdebar tunggu lagi 2 hshshsh 😌 Saya harap, penerbit akan terima PDC dan semoga setiap pembeli nanti merupakan pembeli serta pembaca yang tepat untuk menghayati kisah Diyyah dan Irsa 💜✨ #PelangiDanCinta

Semoga ada rezeki kalian untuk terbang ke dalam dakapan mereka yang ingin dipujuk, wahai pelangi dan cinta. 💜✨ #PelangiDanCinta

Lah, sad ending ke? #BEAST

Pesan ustaz irfan harini : Niatkan semua hal kerana Allah. Jadi, semua yang kita buat, akan selalu dengan iman. Duduknya kita dengan iman, berdirinya kita dengan iman tidur pun dengan iman. Sekecil-kecil perkara yang kita buat dan niat kerana Allah, kita dapat hal yang terbaik dah. 🤍✨

Sementara tunggu isyak hshshshsh! Bila dengar sound ni, terus teringat dorang. What if, Wafa dengan Eric tak putus? Agak², apa akan jadi dengan Eryna dan Adel? Jawapan saya, Adel akan mati dalam keadaan tak ada orang yang sayangkan dia. Eryna pula akan terus hidup dalam dendam ditinggalkan Zarul. So, perpisahan Eric and Wafa ni sebenarnya hikmah untuk Eryna dan Adel. Beza cinta yang Eric ada, sanggup belajar tentang Islam bila dia kenal Eryna padahal dia kenal Wafa dulu. Eric nak mencintai hal yang Eryna ada. Beza cinta yang Wafa terima selepas relakan Eric, dia dapat seorang lelaki yang terlalu tulus mencintai dia tak kira apa keadaan sebab lelaki tu, anggap Wafa sebagai dunia dia. Ah, i miss cinta series season 1. Doakan saya dapat tulis kisah haaim ain, wafa adel dan eric eryna dalam bentuk yg lebih sempurna 🫶✨

Sebelum berbuka, rasa mcm nak share pasal ni hshshshshsh! Saya tak nak ulas pape tapi saya minta doa semuanya, doakan saya un
Sebelum berbuka, rasa mcm nak share pasal ni hshshshshsh! Saya tak nak ulas pape tapi saya minta doa semuanya, doakan saya untuk selalu istiqamah tulis cerita2 yang beri pengajaran dekat orang yang membaca. Bila cakap pasal nafsu ni kan, bohonglah kalau saya tak tergugat. Bila tengok org cepat je femes, pernah terdetik dalam hati untuk try. Tapi Alhamdulillah, berkat doa kalian juga🤍 Cukup cerita2 yang saya tulis, sentiasa sampai dekat pembaca² yang tepat dan mampu dapat pengajaran yang cuba saya sampaikan. Semoga seketul miszhann takkan berhenti menulis sesuatu yang bila orang baca karyanya, pembaca akan rasa sedikit terpujuk🤍✨

Doakan BEAST boleh disiapkan sebelum bulan 8. Kalau sempat, boleh peluk Waail tahun ni jugakk hshshshs!