Hann's Lavenders 💜
Yopiq kanal
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Ko'proq ko'rsatish1 035
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-27 kunlar
-830 kunlar
Postlar arxiv
1 035
It's illegal untuk jadi semanis ini wahai anon😭🫶💜✨
Terima kasih sebab sudi menunggu saya yang momentum slow cam sloth sekarang ni🥹🤍
1 035
It's not saya lupa diri ke apa tau lepas HUG terbit dan BC akan terbit ni. Bangga jauh sekali😭😭😭
Sejak HUG terbit, saya selalu rasa insecure yang dahsyat dalam diri.
"Macam mana kalau orang tak suka?"
"Kalau tak laku, mesti takde sape nak terbitkan manuskrip aku."
"Ada ke orang nak baca buku penulis yang takde nama macam aku ni?"
And so many more yang membuatkan saya rasa nak give up, menghilang dan kejar balik cita² yang saya terpaksa drop tengah2 jalan atas sebab² tertentu🥲
Sebab tulah saya rasa otak saya slow skrg ni. Ebook pun tak mampu nak siapkan sbb rasa cam tak layak and yada yadalah. Penat tau tak bila kita nak tidur tapi otak macam tengah buat parti liar?🥲
The reason why saya pilih untuk menulis sebab saya nak cari terapi. But, i need to see the therapist because of writing.
Haih...
Ironi betul hidup ni😌
1 035
Wakakakakakakaka! Sabajap untuk yang peminat ebook ni😭😭😭
Saya bukannya tak release tau. Patutnya bulan 4 ni ada nak release ebook collab tapi dah BC nak terbit, saya kena utamakan yang ada kontrak dulu. Alhamdulillah partner combo saya pun sangatlah memahami untuk extend sbb kitorang dah plan dri last year 😭
Rezeki BC nak tubik dulu, manalah saya nak tahu🥹
Ebook dalam perancangan, tahun ni ada 5 :-
1. MAR
2. TY
3. FW
4. Takde tajuk lagi nak
5. Takde tajuk lagi part 2
Saya pun rindu nak keluarkan ebook tapi alhamdulilah, rezeki Allah nak bagi, ada juga rezeki buku fizikal.
Pasal pub lamar saya tu tak banyak pun tapi alhamdulillah, rezeki Allah nak kasi. Saya hanya ikut kemampuan je. Sekarang tengah kejar deadline IAC. Rasa macam nak letak dekat wattpad nanti. Patutnya awal bulan 2 hritu tapi masa tu tak banyak words lagi. Ni dah 30k+ words, bolehlah slow2 letak situ hshshsh!
Harap menjawab statement awak yang send ngl ni 🥹🫶
1 035
Pastu kan, rasa macam dah lama gila tak release ebook sampai kena attack beb HAHAHAHAHAH 🥲
1 035
Ni macam randomlah tapi bila saya pilih nak asingkan diri dengan phone untuk beberapa hari, tak on internet atau on social media terlalu lama, i found peace.
Rasa cam lama bethol tak rasa sunyi yang menenangkan macam tu hshshsh! Nak post dekat igs pun, rasa cam teragak2 sbb rasa cam lama tak spam pape 😭😭😭
Pape pun, dah boleh counting days untuk BC! Tak lama dah nak otw April ni😚🫶
1 035
Untuk pemenang 2 contest tu, sabtu nanti saya umum okey? Sorry sebab lama sangat🥹
1 035
Btw, hai haii! Rindulah nak spam sini wkwkwkwkw! Harini cam okey sikit sbb tadi terserempak dengan sorang budak ni dekat mall. I miss him😭
Rasa kosong ni ada sebab saya rindukan budak2🥲 Tak sabar nak bukak sekolah!
Finally, today i gain my energy sikit!🥰
1 035
Random #skyaria
"Knock knock!"
"Apa dia?"
Dingin.
"Knock knock!"
"Apa dia, Aria? Aku ada kerja lagi ni."
"Knock knock! Mahukan perhatian!"
Dengan selamba badaknya, Aria menyanyikan sebaria lagu itu. Tapi, dia tidak berbohong. Memang sekarang ni, Aria inginkan perhatian Sky.
"Nanti boleh tak? Aku sumpah banyak kerja sekarang ni."
Sky masih tidak melayan. Dia mahu siapkan kertas kerjanya malam ini juga. Lusa dah nak kena bentang,mahu dia tak gelabah?
Aria mencebik apabila sekarang ini, kertas kerja itu yang lebih menarik perhatian Sky.
"Isy kau ni! Suka hatilah! Nanti kalau kau tengok ulangan, aku bagi tahu dekat kau daripada A sampai Z apa yang jadi dekat episod tu!"
Bam!
Aria hempas pintu. Sky angkat kepala dengan dahi yang berkerut. Mata memandang kalendar di atas meja. Hari ini, hari isnin. Sekarang, pukul sepuluh malam.
"Ulangan?"
Jeda.
"Oh damn it!"
Lekas Sky bangun dari kerusi lalu pecut ke ruang tamu. Drama melayu Astro Ria dah start!
***
Sky kaki drama melayu😁🫶
1 035
Salam nisfu sya'ban, lavenders 💜✨
Semoga setiap amalan kita, diterima Allah. Malam ni, malam mustajab berdoa🤍🫶✨
1 035
Random #KeelAdaQai
"Keel..."
"Iya, sayang..."
"Orang nak baca buku..."
Melihat keadaan Qai yang sudah serupa orang tak mandi seminggu, terbit rasa kasihan pula. Tapi itulah, dah sakit macam ini pun, sibuk lagi nak baca buku.
"Nak baca buku apa?"
"Hikayat Sang Kancil!"
Keel tarik senyum. Buku itu diambil dari bilik bacaan. Kemudian, punggung dihenyak ke atas katil.
"Bangun kejap."
Keel betulkan kedudukan Qai. Ditarik bantal isterinya lalu dia tegakkan pada kepala katil. Disuruhnya Qai bangun dan bersandar pada bantal itu. Keel rapatkan jaraknya, sebelum dia menarik Qai masuk ke dalam pelukan. Kain untuk lap hingus yang Qai pegang sedari tadi diambil. Buku diberi.
"Nah, bacalah. Orang tunggu sampai awak tidur."
"Terima kasih!"
Seronok Qai membaca buku yang baru dia beli dengan tenang. Kedua-dua tangan pun boleh pegang buku tanpa halangan. Kalau hidung terasa gatal dan dia hendak bersin...
"Achooo!"
Laju tangan Keel membantu memicit-micit hidung isterinya untuk keluarkan hingus. Tanpa ada rasa geli.
"Bila awak nak tidur ni?"
"Sikit lagi. Orang nak habiskan bab ni."
Lagi, Keel tarik senyum. Sedar tak sedar, mereka berdua terlelap dalam keadaan itu.
1 035
Btw, i found peace bila membaca semula. Mental bajaku gi bercuti, saya bercuti dgn membaca🤣
1 035
Hello korang! Saya ada buat ig untuk review dan rant buku sebab cam semak semua nak compile dalam 1 akaun😭
Nak susun feed paling malas jadi saya buat keputusan untuk buka akaun ig baru. Jemputlah follow kalau sudi! Saya tengah rant cinta, untuk sekali lagi by kak lila vee! Sumpah emo ya. Gue stress🥲
1 035
Saya ni pelupa. Baru nak masukkan cerita wattpad dalam list contest surat. Maklumlah, semua anak tiri dekat situ HAHAHAHAHAH😭
1 035
Ni macam random tapi if only... saya tak serius menulis lepas spm dulu, maybe sekarang saya dah lepas iv kaunselor berdaftar dan tunggu result iv? Hshshshs! Banyak mnde berlaku hari ni dan persoalan what if always bergema dalam kepala otak. Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada sekarang cuma entah. Biasalah manusia, penak sikit hshshsh! 😭
I might take some rest kot sampai habis bulan 2 ni sebab mental bajaku macam tak nak beri kerjasama dengan saya. Mental bajaku tetiba kata dia nak gi bercuti untuk recharge jadi saya pun auto takde semangat nak hidup HAHAHAH!🥲
Saya akan schedule messages pasal giveaway and contest. Pemenang pula, kalau saya dah okey nak on media sosial, saya akan announce 28/2 tu. Kalau tak, awal bulan 3 saya announce pemenang ya🥹🫶
Jadi, yang mana nak join kuiz atau contest, jangan lambat2 tau! Kuiz tutup esok, contest tulis surat 20/2. Contest surat tu nanti saya akan baca lepas dah tutup😁
Macam tiber kan. Semalam huhu haha dengan korang, hrini tiber jiwa terbantai. Tu orang kabo, jangan suka sangat. Nanti nangis tak berlagu🥲
#oversharing
