Random #JedAdaWidu
"Kalau aku cakap yang aku dah lama sukakan kau... kau akan terima aku tak?"
Widuri yang mendengar persoalan Jed itu mula tersedak air kelapa. Apa benda mamat ni tiba-tiba sangat?
"Kau ni, lama sangat ke single sampaikan nak suka aku?"
"Aku tak main-main, Widu. Aku memang sukakan kau."
"Heh! Ingat aku nak percaya? Kita berkawan sejak sekolah rendah, Jed. Jangan buat lawak boleh tak?"
"Then, kau boleh anggap aku sukakan kau sejak sekolah rendah, sejak pertama kali kita berjumpa."
Dahi Widuri berkerut-kerut kerana dia masih tidak percaya dengan apa yang Jed katakan. Ah, kenapa healing-beach- date mereka tiba-tiba berubah macam ni?
"Okey, kalau kau betul-betul sukakan aku, jawab soalan aku."
"Soalan apa?"
"Bagi satu sebab kenapa kau suka aku. Dulu, masa aku bercinta dengan Zafri, dia selalu kata dia suka aku sebab aku cantik. Kau? Kenapa kau suka aku?"
Jed terdiam.
Kenapa dia sukakan Widuri?
Buat pertama kalinya dia menerima soalan itu dan... Jed tiada jawapan.
"Tak ada," jawab Jed.
"See? Kau tak suka aku pun. Kau just sin---"
"Aku tak perlukan alasan untuk sukakan kau, Widu."
Laju Jed mencelah bicara gadis itu.
"Kenapa aku perlukan alasan untuk sukakan kau? Buatnya satu hari nanti benda yang aku suka dekat kau tu hilang, maknanya rasa suka aku tu pun akan hilang sama. Macam Zafri. Dia suka kau sebab kau cantik. Dia minta putus dengan kau sebab dia jumpa perempuan yang lebih cantik daripada kau. Kan?"
Cis! Sempat pula Jed ungkit pasal itu.
"Aku tak rasa macam tu. Aku selalu rasa kau cantik, Widu. Tak pernah sekalipun aku rasa kau tak cantik. Tapi, bukan tu alasannya kenapa aku sukakan kau. Aku suka kau sebab aku memang sukakan kau. Suka yang tiba-tiba, suka yang aku nak rasa sampai bila-bila. Dengan kau, aku selalu rasa berbunga-bunga. Bila aku dengan kau, aku rasa bahagia sangat-sangat, Widu. Kau mungkin tak nampak tapi bila kita berdua macam ni, hati aku rasa macam nak pecah sebab teruja sangat boleh ada dengan kau."
Terkelip-kelip mata Widuri mendengar bicara panjang lebar Jed. Buat pertama kali dalam sejarah mereka berkawan, baru kali ini Jed bercakap banyak macam pengetua yang bagi ucapan 'sepatah dua' kata.
Jed dah confess, aku kena buat apa?
Kena gelabahlah!