Hann's Lavenders 💜
Yopiq kanal
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Ko'proq ko'rsatish1 035
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-27 kunlar
-830 kunlar
Postlar arxiv
1 035
https://www.wattpad.com/1562967569 - Bab 2
https://www.wattpad.com/1563672083
- Bab 3
Double update petang ni, malam ni double lagi insya-Allah!
1 035
Harini takde update tau, saya cam barai gilers kerja harini HAHA! Esok tiga bab insya-Allah!
1 035
Doakan saya rajin update sampai tamat. Kalau dah lebih 3 hari saya tak update, paksa saya tau HAHAHA!
Nak jadikan ni latihan saya rajin menulis jugak sebab sekarang ni cam liat giler nak menulis😺
Tak harapkan apa-apa, semoga yang sudi baca boleh sayangkan Haaim dan Ain yang biasa-biasa ini 🫶🏻
1 035
Blurb :
Semesta menjadi saksi, tentang kita yang selamanya.
***
"Semua ni jadi sebab kau, Haaim Shah!"
"Kau yang suka dia, tetap aku ke yang salah?"
Hati Tengku Ain terluka parah apabila 'crush' yang dia puja sejak bangku sekolah, kini menjadi hatinya terluka parah. Tak cukup dengan itu, dipersalahkan pula Haaim Shah, anak jiran yang tidak tahu apa-apa.
Setelah Ain bergelar graduan universiti, dia mula membawa diri dan meneruskan perniagaan Tengku Amirah di negeri lain. Lama dia membawa diri tanpa sedar ternyata, ada hati yang sudah lama menunggunya di tempat yang sama.
"Kau pun nak game aku ke?" - Tengku Ain
"Kalau kau rasa semua ni game, kita tengok siapa kalah dulu." - Haaim Shah
"Hai, Ain. Lama kita tak jumpa kan?" - Khalid
Pertemuan semula dengan si pematah hati membuatkan Ain sesak. Dengan lamaran Haaim yang tiba-tiba lagi, dia pening! Tapi, Ain sudah janji bahawa dia takkan kecewakan orang tuanya lagi.
"Mulai hari ini, panggil saya abang."
"Lepas tu, kau nak panggil aku adik ke?"
1 035
https://www.wattpad.com/1562955354 - Prolog
https://www.wattpad.com/1562262672 - Bab 1
Revamp, dengan tajuk yang baru. Selamat membaca! 🫶🏻
1 035
PRELOVED NOVEL!
Vignette(Syud) : RM28
Kombo 00:00 & 01:00 (novel indo) - RM28
Kombo Aifa Batrisha(minah cengey&mamat dingin) - RM30 (single, RM18 per book)
Mencintaimu Bidadariku(Wararapunzel)- RM 28
HURT(Rehan Makhtar) - RM23
A Love To Kill(Farhah Aiddin) - RM23
Sawaddeekha, Captain! (Cik Mardiah)- RM20
Dia Imamku(Siti Rosmizah) - RM 30
Triligo Asrama (Muhammad Fatrim) - RM28 (RM10 per book)
Kombo MJ (The Unsung Hero & The One) - RM80 (RM35 per book)
Buku free : bayar postage saja.
Jika itu Takdirku (F.H.Y)
Tuan CEO KG dot com(Gee Azeez)
Imamku Lelaki Pendosa (Umie Nadzimah)
Dia... Bangladesh Mari?(liz haliza)
Akulah Si Heroin(Syu Ariani)
Assalamualaikum Hawa(Qistina Alya)
Shakespeare Jadian(Shaze Alma)
Suamiku Ex- Pensyarah(amydorry)
Novel lelong Miszhann :
Biasiswa Cinta - RM28
(ada 6 buah je)
Boleh chat @HanaHanisah untuk tengok condition buku yang menarik perhatian anda! Bantu saya kosongkan rak, banyak sangat buku tak terbaca hehe!
Terima kasih 🫶🏻
1 035
Maafkan saya, malasnya nak ambik gambar leklok🥲 but here the price list! Harga di bawah tak termasuk postage ya!
Semenanjung : RM8
Sabah/Sarawak : RM15
1 035
Saya tengah kemas rak buku, kemungkinan ada yang saya nak preloved dan novel BC ada saya nak jual dengan harga rendah sebab dah kuning2 sikit. So nanti saya update kat sini ya?
1 035
Kalau ada yang berminat untuk masuk slot bulan 8, can hmu dekat nombor tu ya!🫶🏻
1 035
This is the feedback from service beta reader saya! Alhamdulillah, if anyone yang berminat nak dapatkan servis beta reader saya, boleh chat nombor di bawah ya!
Untuk bulan 8, saya ambil 3 slot manuskrip sahaja memandangkan saya nak fokus menulis balik hehe!
1 035
Assalamulaikum semua, minta sedekahkan Al-fatihah untuk arwah paknjang saya yang menghembuskan nafas terakhirnya di bumi Madinah jam 4 petang Malaysia tadi ya🤍
1 035
Tahun pertama, selesai!✅
Alhamdulillah, nanti balik saya packing terus mana yang order buku dengan saya dan langsaikan postage yang tertangguh lama.
Insya-Allah, Posmen Cinta Revamp version akan mula bersiaran di wattpad pada 25/7/2025! Ain dan Haaim kembali menemui anda semua dengan nafas baru!💌
1 035
Last paper saya harini gais, doakan saya dengan kawan-kawan! Ketaq pala dah ni nak balik😭☝🏻
1 035
Random : After ending ; Pelangi Dan Cinta
Sebaik sahaja Irsa selesai mandi, telefonnya yang berada di atas meja berdering kuat. Nampak saja nama cinta hati terpapar pada skrin, terus senyum di bibir melebar.
"Assalamualaikum Cinta!"
"Irsa..."
Eh?
"Cinta, kenapa menangis ni? Okey tak?"
"Tak..."
"Kenapa ni sayang? Ada apa-apa berlaku ke?"
Khali sejenak.
"NAK BALIKKKK TAK NAK BELAJAR DAH SAKIT TELINGA DENGAR ORANG TARIK BEG NAK BALIK ORANG KAT SINI ADA LAGI SATU PAPER TAHU TAK?!"
Kemudian, terbahak-bahak Irsa ketawakan rintihan isterinya. Ha, nak sangat sambung belajar kan? Kenalah hadap hal-hal macam ini!
"Itulah, Irsa ajak balik, Cinta tak nak. Padahal, gap nak last paper tu seminggu kan? Jual mahal lagi."
"Ya, ya. Salah Cinta sebab jual mahal. Tapi... isy! Yang balik awal ni, paper tak banyak ke? Stress tahu tak? Dahlah bilik orang bawah sekali, memang hari-hari dengar bunyi orang tarik bagasi."
Tawa Irsa terlepas lagi apabila Diyyah tak habis-habis mengadu cerita itu ini. Haih, rindulah pula dekat isterinya yang comel ini!
"Ada berapa hari lagi tinggal sebelum last paper?" tanya Irsa.
"Lima, kenapa?"
"Uish, ingatkan nak habis dah. Hmm, takpelah kalau macam tu. Semangat ya, isteriku? Semoga dekan lagi sem ni!"
***
Esok petang.
Sudah jam tiga petang, baru perut berbunyi minta untuk diisi. Makanan pertama yang terlintas dalam kepala Diyyah... nasi ayam!
Diyyah hanya pakai baju t-shirt lengan pendek biasa, cardigan hitam, seluar tidur dan tudung sarung. Lantaklah senget benget pun, janji nak pergi bungkus makanan lepas tu balik!
Keluar sahaja daripada bangunan asrama, Diyya ternampak satu kereta yang dia sangat kenal.
"Cinta!"
Oh... ini bukan mimpi!
"Irsa!!!"
Tanpa hiraukan orang sekeliling, Diyyah terus berlari dan menerpa ke arah suaminya. Pinggang Irsa dipeluk erat, suka suka!
"Dah agak dah Irsa nak datang sebab Irsa tiba-tiba tanya lagi berapa hari Cinta nak last paper. Yeay, terima kasih!"
"Sama-sama, sayang. Mestilah datang, nak bagi semangat dengan cinta hati. Malam ni, kita tidur dekat hotel ya? Sampai hari exam Cinta, bolehlah Irsa teman Cinta study."
Bersinar-sinar mata Diyyah mendengar pelawaan Irsa. Kali ini, dia memang takkan menolak!
"Aip-aip captain! Nanti Cinta kemas barang-barang nak guna."
"Good wife! Ni, comot sangat ni nak pergi mana? Tudung senget, seluar pun seluar tidur."
"Hehe, nak beli makan je. Orang selalu makan dalam bilik. Lagi pun buat apa nak cantik-cantik? Beli makanan je pun."
"Kalau macam ni pun, Irsa dah rasa Diyyah cantik, macam mana tu?"
Isy, mulut manis betul!
1 035
https://youtu.be/yblOTl_XVII?si=WLLxPMVOxvz0Q6t7
Sebagai Alphanites tegar, korang kena dengar lagu P.Ramlee & Saloma ni sebab sumpah sedap gila tak tipu mesti sukaaaa😭❤️🩹✋🏻
