es
Feedback
Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

Canal cerrado

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

Mostrar más
1 051
Suscriptores
-124 horas
-57 días
-830 días
Archivo de publicaciones
Maafkan saya, malasnya nak ambik gambar leklok🥲 but here the price list! Harga di bawah tak termasuk postage ya! Semenanjung
Maafkan saya, malasnya nak ambik gambar leklok🥲 but here the price list! Harga di bawah tak termasuk postage ya! Semenanjung : RM8 Sabah/Sarawak : RM15

Saya tengah kemas rak buku, kemungkinan ada yang saya nak preloved dan novel BC ada saya nak jual dengan harga rendah sebab dah kuning2 sikit. So nanti saya update kat sini ya?

Kalau ada yang berminat untuk masuk slot bulan 8, can hmu dekat nombor tu ya!🫶🏻

This is the feedback from service beta reader saya! Alhamdulillah, if anyone yang berminat nak dapatkan servis beta reader sa
This is the feedback from service beta reader saya! Alhamdulillah, if anyone yang berminat nak dapatkan servis beta reader saya, boleh chat nombor di bawah ya! Untuk bulan 8, saya ambil 3 slot manuskrip sahaja memandangkan saya nak fokus menulis balik hehe!

Assalamulaikum semua, minta sedekahkan Al-fatihah untuk arwah paknjang saya yang menghembuskan nafas terakhirnya di bumi Madinah jam 4 petang Malaysia tadi ya🤍

Tahun pertama, selesai!✅ Alhamdulillah, nanti balik saya packing terus mana yang order buku dengan saya dan langsaikan postage yang tertangguh lama. Insya-Allah, Posmen Cinta Revamp version akan mula bersiaran di wattpad pada 25/7/2025! Ain dan Haaim kembali menemui anda semua dengan nafas baru!💌

Last paper saya harini gais, doakan saya dengan kawan-kawan! Ketaq pala dah ni nak balik😭☝🏻

Random : After ending ; Pelangi Dan Cinta Sebaik sahaja Irsa selesai mandi, telefonnya yang berada di atas meja berdering kuat. Nampak saja nama cinta hati terpapar pada skrin, terus senyum di bibir melebar. "Assalamualaikum Cinta!" "Irsa..." Eh? "Cinta, kenapa menangis ni? Okey tak?" "Tak..." "Kenapa ni sayang? Ada apa-apa berlaku ke?" Khali sejenak. "NAK BALIKKKK TAK NAK BELAJAR DAH SAKIT TELINGA DENGAR ORANG TARIK BEG NAK BALIK ORANG KAT SINI ADA LAGI SATU PAPER TAHU TAK?!" Kemudian, terbahak-bahak Irsa ketawakan rintihan isterinya. Ha, nak sangat sambung belajar kan? Kenalah hadap hal-hal macam ini! "Itulah, Irsa ajak balik, Cinta tak nak. Padahal, gap nak last paper tu seminggu kan? Jual mahal lagi." "Ya, ya. Salah Cinta sebab jual mahal. Tapi... isy! Yang balik awal ni, paper tak banyak ke? Stress tahu tak? Dahlah bilik orang bawah sekali, memang hari-hari dengar bunyi orang tarik bagasi." Tawa Irsa terlepas lagi apabila Diyyah tak habis-habis mengadu cerita itu ini. Haih, rindulah pula dekat isterinya yang comel ini! "Ada berapa hari lagi tinggal sebelum last paper?" tanya Irsa. "Lima, kenapa?" "Uish, ingatkan nak habis dah. Hmm, takpelah kalau macam tu. Semangat ya, isteriku? Semoga dekan lagi sem ni!" *** Esok petang. Sudah jam tiga petang, baru perut berbunyi minta untuk diisi. Makanan pertama yang terlintas dalam kepala Diyyah... nasi ayam! Diyyah hanya pakai baju t-shirt lengan pendek biasa, cardigan hitam, seluar tidur dan tudung sarung. Lantaklah senget benget pun, janji nak pergi bungkus makanan lepas tu balik! Keluar sahaja daripada bangunan asrama, Diyya ternampak satu kereta yang dia sangat kenal. "Cinta!" Oh... ini bukan mimpi! "Irsa!!!" Tanpa hiraukan orang sekeliling, Diyyah terus berlari dan menerpa ke arah suaminya. Pinggang Irsa dipeluk erat, suka suka! "Dah agak dah Irsa nak datang sebab Irsa tiba-tiba tanya lagi berapa hari Cinta nak last paper. Yeay, terima kasih!" "Sama-sama, sayang. Mestilah datang, nak bagi semangat dengan cinta hati. Malam ni, kita tidur dekat hotel ya? Sampai hari exam Cinta, bolehlah Irsa teman Cinta study." Bersinar-sinar mata Diyyah mendengar pelawaan Irsa. Kali ini, dia memang takkan menolak! "Aip-aip captain! Nanti Cinta kemas barang-barang nak guna." "Good wife! Ni, comot sangat ni nak pergi mana? Tudung senget, seluar pun seluar tidur." "Hehe, nak beli makan je. Orang selalu makan dalam bilik. Lagi pun buat apa nak cantik-cantik? Beli makanan je pun." "Kalau macam ni pun, Irsa dah rasa Diyyah cantik, macam mana tu?" Isy, mulut manis betul!

Salam Jumaat! Al-Kahfi jangan lupa✨

https://youtu.be/yblOTl_XVII?si=WLLxPMVOxvz0Q6t7 Sebagai Alphanites tegar, korang kena dengar lagu P.Ramlee & Saloma ni sebab sumpah sedap gila tak tipu mesti sukaaaa😭❤️‍🩹✋🏻

Sebab baru tengok kpop demon hunters, lagu free sangatlah skyaria coded😔✋🏻

Hai korangg, tahu macam random but jemputlah like dan tinggalkan sedikit komen dekat vtt ni sempena pencalonan saya sebagai wakil kuatagh untuk Anugerah Belia Ansara hehe🥹🤍 https://vt.tiktok.com/ZSBpE1qyG/

Random : After ending; Pelangi Dan Cinta "Irsa." "Ya, Cinta?" "Boleh Cinta nak tanya something?" Daripada melihat buku bantuan mengajar kelas muzik esok, fokus Irsa beralih kepada Diyyah yang duduk di birai katil. Buku ditutup, lalu kaki melangkah ke katil. Punggung pun dilabuhkan di sebelah si isteri. Tanpa dipinta, tangan gebu Diyyah diraih lalu dielus lembut. Sejak mengandung ini, makin comel pula isterinya. "Cinta nak tanya apa?" soal Irsa dengan mata mereka yang saling bertemu. "Kalau kita tak pernah jumpa, apa akan jadi dekat kita? What will happen to me? Boleh ke Cinta dapat rasa semua kemanisan ni selepas apa yang Cinta lalui atau... Cinta akan tetap rasa terseksa sampai hujung nyawa? What if, kita tak pernah ditakdirkan bersama pun?" Soalan andaian bertubi-tubi itu dilontarkan dengan tenang namun Diyyah tidak dapat menahan sebak. Matanya mula berkaca-kaca, wajah tampan Irsa sudah kabur pada pandangannya. Tangan kasar Irsa naik hapuskan mutiasa jernih di hujung mata isterinya. Lalu, senyum nipis terbentuk. Kalau itu, perkataan mainan syaitan jika hati dilanda dilema. Tetapi dalam konteks soalan Diyyah ini, Irsa tidak rasa sebegitu. Mungkin, ada sesuatu yang bermain di dalam minda ratu hatinya. "Kalau pun kita ni tak ditakdirkan bersama, Irsa yakin yang Allah tu, dah ciptakan seorang lelaki yang tepat untuk jadi sandaran Cinta. Kalau kita tak pernah dipertemukan dan memang bukan jodoh, maknanya ada lelaki yang jauh lebih layak untuk berada di samping Cinta sebab Tuhan tu Maha Adil. Dia akan selalu adil dekat hamba-hambaNya yang kuat, termasuk Cinta. Dan apa yang Tuhan perkenankan tu sentiasa yang terbaik. Irsa ada dekat sini, sebab Irsa paling layak untuk Cinta. Same goes to you, sayang." Khali sejenak. "Kenapa ni? Ada apa-apa yang mengganggu fikiran?" Nafas berat dihembus sekali. Lalu, air mata yang ditahan tadi mengalir kembali. "Almost 2 years... tapi kenapa Cinta masih teringatkan orang-orang yang buat Cinta macam tak ada harga? Apa hak mereka nak ada dalam kepala ni sedangkan hanya derita yang diberi sepanjang Cinta hidup? Sakit, Irsa. Cinta rasa..." Tangan kanan naik lalu dibawa ke dada. "... sakit. Sakit kat sini macam nak mati."

Newaysss, Pesta Buku Penang and Perak tak lama lagi dah! Jadi orang utagha yang nak dapatkan Pelangi Dan Cinta atau Biasiswa
+1
Newaysss, Pesta Buku Penang and Perak tak lama lagi dah! Jadi orang utagha yang nak dapatkan Pelangi Dan Cinta atau Biasiswa Cinta, boleh dapatkan di booth Al-Qawwiy ya!🫶🏻

https://forms.gle/8cUh9x4uwPHobys86 Assalamualaikum! Saya open awal di sini dulu, boleh isi google form terus kalau berminat
+3
https://forms.gle/8cUh9x4uwPHobys86 Assalamualaikum! Saya open awal di sini dulu, boleh isi google form terus kalau berminat nak dapatkan PB atau dengan novel yang lain ya! Saya tak open order thru ws, kalau kalian yang di sini ada masalah dengan pengisian google form, boleh contact saya thru telegram @HanaHanisah ya! Selamat membeli🫶🏻

Pukul 3 petang okay!

Saya akan drop the link untuk order PB dekat sini dulu ya esok. After 24 hours, baru saya open public. Boleh add on novel2 yang lain juga kecuali PDC sebab dekat saya dah habis stoknya. HUG dengan BC masih available 🫶🏻

Revamp #PosmenCinta "Haaim!!!" Sudah... datang dah budak kecik ni. "Nak apa?" tanya Haaim malas-malas. Sudahlah orang tengah ulang kaji ini. Esok ada ujian matematik tahu tak? "Nah!" Ain hulurkan surat yang entah keberapa kali untuk bulan ini. Haaim pun dah lost count. "Lagi? Tak serik-serik ke? Bukannya dia reply surat kau pun." "Eh, suka hatilah! Cinta biar dikejar, jangan putus asa sebelum mengejar!" Haaim tahan geram. Minah ini, tak sewel... gila! Bab surat cinta ini, malaslah Haaim hendak masuk campur. Tapi... Dah kenapa dia pula yang perlu jadi posmennya?! "RM3." Mata Ain membulat. "Woi! Dah kenapa naik harga sampai macam ni sekali? Sebelum ni satu surat, kau ambik upah RM1.50 je tau?" "Sekarang ni, mana ada orang hantar surat pakai posmen. Aku ni je satu dalam sejuta jadi posmen kau. Apa salahnya aku naikkan harga? Lainlah kalau kau tak nak aku hantar surat ni dekat dia." "Isy, yalah! Nah!" Haaim tarik senyum menang. Yes!

Teaser sikitlah 🥰🤏🏻

😔🥹 bukan tak nak sambung, tapi saya nampak macam Beevi Aslan boleh pergi jauh(?) Memang sebelum ni niat saya nak habiskan d
😔🥹 bukan tak nak sambung, tapi saya nampak macam Beevi Aslan boleh pergi jauh(?) Memang sebelum ni niat saya nak habiskan dekat wattpad pastu baru fikir nak send dekat publisher tapi things happen and penerbit pun ada letak syarat tersendiri, maka saya rasa, ada baiknya saya tak habiskan di wattpad. Insya-Allah, bila tiba masanya, Beevi Aslan akan bertemu semua orang dalam versi yang terbaik! Doakan ya! Oh, dan saya akan gantikan cerita lain dekat wattpad tu. Lebih kepada... revamp story yang dri dulu nak revamp tapi tak revamp pun. And i think, update dekat wattpad may be the way untuk saya rajin revamp cerita tu. Ebooknya dah sedia ada, my first ever ebook berbayar😽🤏🏻 After final insya-Allah saya drop the bomb okay! 🫶🏻