uz
Feedback

Firibgarlarga uchmang! Telemetrio bunday kanallarni topadi va belgilaydi 👉 Belgini ko‘rmoqchi bo‘lsangiz, obuna bo‘ling

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Kanalga Telegram’da o‘tish

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Parenting Maznah Ibrahim analitikasi

Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 15 717 obunachidan iborat bo'lib, Oilalar & Bolalar toifasida 960-o'rinni va Malayziya mintaqasida 2 316-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 15 717 obunachiga ega bo‘ldi.

03 Noyabr, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -141 ga, so‘nggi 24 soatda esa -3 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 3.84% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.06% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 603 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 324 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 04 Noyabr, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Oilalar & Bolalar toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

15 717
Obunachilar
-324 soatlar
-357 kun
-14130 kun
Postlar arxiv
photo content

POSITIVE PARENTING Keibubapaan positif adalah satu pendekatan keibubapaan yang kita percaya boleh menyokong perkembangan sihat anak secara menyeluruh, Hasil daripada berpuluh tahun kajian keibubapaan dan kesan kepada mental emosi anak dewasa nanti. Tidak perlu mengikut orang kebanyakan atau tok nenek kita, Jika kita rasa kurang selesa dengan cara sedemikian, Namun ada juga cara tok nenek kita yang betul, tepat, Maka kita teruskanlah  Cari info dari kajian terkini, contoh sumber dari scienceparenting dan kajian neurosains, Dan terapkan dengan cara keibubapaan diri anda dan suami. Nak short cut, boleh tanya pakar, Tetapi akhirnya ia tetap berbalik kepada ‘KEPERCAYAAN’ anda dan 'KEMAMPUAN' anda serta 'SITUASI SEMASA' anda. Contoh anda tahu memarahi anak dengan emosi negatif melampau adalah tak baik untuk anak kecil anda, Namun dengan situasi semasa anda berjauhan dengan suami, kurang sokongan, Mana mungkin anda tak terbabas, kan. Anda manusia biasa. Terima dan maafkan diri. Doa, ‘search’, amalkan walau sedikit, mana yang mampu dan terbaik yang boleh. Dan itulah keibubapaan positif versi anda. Tiada siapa layak ‘questionned’, sebab mereka tak berada di kedudukan anda. . . Maznah Ibrahim

MUSIM CUTI DAN TRAVEL, EMOSI MULA TAK TERKAWAL... . Cek keperluan asasi kita (Maslow Hierarchy), 2 paling bawah tu: . 1⃣. FISIOLOGI ✅ Makan - banyak jajan banyak sangat kah ? Anak lapar nasi, mak ayah pun, nak nak kurang sayur dan buah, lagi tak seimbang, otak kacau, buat hal, emosi meledak. - Caranya : Cari nasi dan lauk seimbang, legakan tekak, perut, otak. . ✅. Tidur - tidur adalah istirehat. Penat fizikal melampau, ibubapa pun mula marah-marah, kan bila anak buat kerenah. Anak pula dah tak rutin nap tidur siang, tidur merata di dalam kereta, di riba, di lantai rumah orang, otak kacau, mula buat hal (perangai). - Caranya : orang dewasa, jaga solat, solat tu sebelum perform kena ambil wudhu', insyaAllah jaga solat, energy kekal tahap baik. Bila bawa anak sekali, mereka juga akan dapat tempias aura baik ibubapa, dan juga basahkan badan (mandi bertukar baju) untuk fresh up. . ✅. Cuaca - panas berlebihan, orang ramai keliling, mandi sejukkan badan amat penting, bawa set baju tukar dan pampers. - Caranya : Mandi bersih diri di masjid sangat ok, masjid besar dan sejukk walau tengahari panas. Air mineral jangan lupa stok untuk minum kerap ya. . 2⃣. SAFETY Tengah ramai, di rumah orang, jarang ketemu, anak rasa tak biasa, tak secure. Senang buat hal bila di ruang tak biasa. Bawa mainan/barang kegemaran anak, untuk tambah rasa selamat tu. Ajar anak ingat yang Allah jaga, baca Al Fatihah sekurangnya sebelum ke mana-mana. Ingat rule sentuhan selamat, say No Run n Tell. Asertif beritahu tidak/jangan kepada perilaku tak suka, tapi elak pukul dengan fizikal kepada orang lain. . 3⃣. TANGKI EMOSI i. perkataan (cakap elok2, ucapkan penghargaan kepada mereka: thanks) ii. layanan/perbuatan (pandang mata, dengari keperluan mereka, senyum pada mereka) iii. sentuhan (peluk usap) iv. masa istimewa (masa one to one, dan all in one contoh di bawah) v. hadiah (benda material kecil habuan untuk mereka) . . °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° 3 Tips Mudah & Pantas Penuhi Tangki Emosi Anak Musim Cuti . cuba lakukan 3 steps ini dengan sepenuh hati😉 . 1) Pandang tepat mata nya, sama level . 2) sentuh bahu nya dengan sebelah tangan (sentuhan fizikal - boleh juga usap belakang/kepala sebentar) . 3) beri perhatian penuh tanpa berbelah bagi. dengar, angguk, respond. . . 30 SAAT (atau tak sampai pun, sebab anak dah habis bercerita, terkesima mak layan best macam raja/puteri), . TANPA celah atau bertanya atau menegur. . Full beri perhatian dengan dorongan minima suara (hmm, ooh, aaa, ahaa, oohh) jika tak tahan nak keluarkan suara juga 😂. . Tengok hasil. . Tangki emosi positif meningkat. . Anak gembira lain macam. . Anak mudah dengar kata, ikut kata, bekerjasama. . Mengapa? . Kerana anak rasa didengari, dihargai dan disayangi. Saya penting. . Yelah di celah-celah event orang dewasa banyak sangat, kan? . Rupanya suara hati kecil saya ini juga penting 😊😉😚. . . Refleksi, Maznah Ibrahim.

photo content

Baru buka pendaftaran dan sudah 10 orang mendaftar, memandangkan tempat terhad, segera buat keputusan dan daftar seperti tertera link whatsap nya ya 😊😘 Jumpa orang utagha yang positif dan awesome ❤, Seminar Golden Age Parenting kali kedua di Dr Nurhaya Yacob Lactation Center Penang. 17 Februari 2019 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2274996349434936&id=1681178608816716

Bila buat silap kat anak, . Cara kembali ke 'track' keibubapaan positif dan berhemah ialah: . 1⃣ solat sunat taubat - mohon ampun kepada Allah, sebab anak ni milik Allah, bukan milik kita, jadi minta maaf pada pemilik anak kita ini . 2⃣ dalam solat sunat taubat tu akui dosa / silap kita, dan azam tak mahu ulang lagi. . 3⃣ minta maaf pada anak kerana ibu ayah terlajak dan tersilap, minta anak bantu dengan mudahkan ibu/ayah, dengari kata ibu ayah dan lakukan apa ibu ayah minta selagi ia mematuhi perintah Allah dan Rasul. . Anda takkan terlambat, malah lagi semangat nak buat lebih baik, anak juga seperti tidak simpan rasa mendalam sakitnya akibat kesilapan ibubapanya ini. . Kita tak sempurna, Anak kita apatah lagi, Sama sama perbaiki diri. . ❤ Maznah Ibrahim

Jumaat yang barakah. Nantikan yang daftar untuk tahu awal, pelancaran Ebook Hypnoscript 😍 InsyaAllah ...

photo content

👆👆👆👆👆 Sudah dengar video ini ? Nanti akan dapat sedikit idea macam mana nak bantu anak dalam pengucapan harian terutama yang spesifik dengan isu si anak.😍 🤗🤗🤗 kongsikan dengan rakan dan pasangan anda ya.

Alhamdulillah banyak channel bahan bacaan terbaik dan positif untuk dunia keibubapaan kini. Pilih untuk baca yang baik dan penting sahaja. Masa itu emas! Terima kasih Bidadari.my https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1093480757493174&id=477691842405405

Repost : Alhamdulillah telah selesai dan berjaya ber FB live, Bagi tajuk 7 langkah : how to handle difficult situation with your child, namun terpecah 3 kali pula 😁, sebab siaran tergendala dan tak berapa handal nak live, 😊 . boleh tonton di link page ini, . 1) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=784139708427282&id=477691842405405 . 2) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=784153205092599&id=477691842405405 . 3) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=784164691758117&id=477691842405405 Jika tonton semuanya mungkin akan dapat maksud dan mesej yang saya nak sampaikan. . Silakan share. Oh ya, yang last tu ramai pula request nak personaliti anak/diri ikut jenis darah. . InsyaAllah akan masuk dalam list saya tu termasuk cadangan tajuk dari monkey survey. . Terima kasih kepada semua yang bersama dalam FB Live tadi ya. Moga sedikit sebanyak sahabat semua dapat idea dan input berkenaan bagaimana nak handle anak masa sukarnya/tantrumnya. Ikhlas, Maznah Ibrahim

ku t gatal nanti masa tidur. Lain kali mama mandikan mayya awal sedikit ya supaya mayya dapat tengok cerita mayya. Ok. Boleh tak lain kali mayya kene beritahu mama ye apa yang mayya rasa. Mudah mama nak faham. Tak perlu nangis nangis ye. Boleh tak princess mama? Mayya senyum dan kata "okay mama". Dealed. Alhamdulillah. Syukur. Nota kaki: Saya rasa lebih teratur, lebih mudah kaeal diri dan tenang. sistematik. Tahu kronologi perjalanannya bagaimana yang harus saya lalui ketika bersama anak. Lebih yakin dengan apa saya buat sebab dah ada guideline. 👍 Mudah dan ringkas. Yakin pada Allah. Usaha. Tawakal. Doa. 🔜 Esok kita buat langkah 6 & 7 untuk 'closing the case'. Ini optional (tak wajib) namun untuk pengukuhan dan untuk pastikan emosi mereka betul betul ok, digalakkan buat juga ya. ✌️ ❤️-mama yusuf mayya-❤️ ======= Syabas Ros, Saya galakkan Ros buat live video untuk sahabat lain berkenaan 7 Steps ini. Sebab bercakap explain tak sama cukup dan bestnya dengan menulis :) Maznah Ibrahim.

APLIKASI KES SEBENAR 7 STEP: TIME IN KENDALI TINGKAHLAKU ANAK MENCABAR. . Saya suka dengan sharing ini sebab, saya tak tulis on 3 layer otak tu, saya mention dalam sesi online coaching sahaja. (Juga dalam Ebook Saya TakNak Marah Anak Lagi Siri 2). . Benar, masa anak tak ok, mak tak ok, tak boleh apply step no 2-7, jadi begini caranya. . Repost. =============== 5.8.17 (ahad) ⚠️⚠️Kes: Sumayyah tidak mahu mandi tapi paksa rela mandi juga. 5 langkah terawal untuk Time In dengan anak yang sedang menguji kesabaran ibunya. ☑️ Langkah 1: Set Minda Kata positif, baik, yakin diri, sabar, tenang " Ok. Aku tenang. Aku tahu mayya menangis sebab tak puas hati kerana terpaksa mandi. Jadi sabar. Aku boleh handle mayya. " Selepas mandikan mayya, mayya menangis berterusan. Mama hanya pakaikan pampers dan biarkan mayya menangis kejap. Masih tantrum masa ni. Tenang tenang mama ye. Tarik nafas. Mama keluar sekejap. Mandi. Dan tak lama kemudian terdengar mayya panggil mama, mama. Yusuf pon datang ke bilik mandi bagi tahu yang adik nak mama. Ok. Good sign. Petanda mayya dah ready untuk dipujuk oleh mama. (Ni style mayya.) Selalunya kalau mama pujuk mayya awal awal memang tak jalan. Beri dia ruang untuk menangis dahulu. Nanti dia akan panggil mama. Masa tu lah mama akan pujuk dan dia ok. Mama pon peluk dan angkat mayya. Dan offer mayya. Nak "La Illah spin" ke? (Dalam posisi cradle, hayunkan mayya sambil zikir laillah...ha illallah..) mcm mcm ragam kan. Layan je la. Dia terus stop menangis. Puan maz kata, salah satu cara nk redakan emosi adalah dengan cara bergerak. Dukung anak kalau anak di posisi rendah di bawah. Ia memudahkan kita hentikan emosi sedih itu. Jadi, mama dukung dakap mayya sambil jalan dalam bilik. Mayya terus stop nangis. Mudah. Dah selesai mayya tenang. Mama beri buku stiker dan biarkan mayya main dahulu. Sebab waktu maghrib nak habis dah ni. Gegas segera solat. Mama beritahu mayya mama nak solat sekejap. Solat maghrib dahulu. Lepas solat baru mama buat step 2. Buat step ke 2 bila anak sudah rasional ya. Otak ada 3 level. i) Level 1. Bahagian bawah sekali. Ni masa anak rasa terancam, tak puas hati. Dipanggil "reptilian brain". ii) Level 2. Bahagian tengah. Bahagian ni digunakan ketika anak menunjukkan emosi mereka. "Emotional brain" Menangis,tantrum, sedih, merajuk, mengamuk, pukul, tendang, buang barang, etc. Jangan biarkan anak terlalu lama di level ini. Sebolehnya ubah mereka ke level 3 secepat yang mungkin. Dengan cara bergerak atau bernafas (teknik bernafas yang kita belajar) iii) Level 3. Bahagian paling atas. "Rational brain". Yes. Kita mahukan anak dalam situasi rasional. Anak boleh menjawab soalan kita. Baru masuk ke step 2. ☑️ Langkah 2: Dengar melalui telinga, mata dan hati Selepas itu, offer soalan "cepumas". Lepas mama solat. Mama duduk di sebelah mayya yang masih bermain dengan stiker nya. Mama tanya soalan pada mayya (walaupun sudah tahu tapi tetap tanya) " Mayya tadi marah sangat ye. Chba mayya beritahu apa yang mayya marahkan, mama nak faham. Boleh? " Pause. Tunggu anak jawab apa. (Ni kadang kala mama yang kene teka tau. Kalau mama sendiri tak tahu apa sebabnya. Mayya suka nak suruh mama teka. 😂 Nak perhatian. Kalau anak F suka begini. Huhu Ambil masa sket la nak tau punca. ) 3 kali mama tanya. Nasib Mayya jawab. Kalau tak mama kene teka lah. Huhu Mayya: Adik tak nak mandi. Adik nak tengok tv. (Isu sangat besar untuk si anak tau). ☑️ Step 3 Ulang semula apa dikehendaki oleh anak - highlight dan fokus pada emosi anak sebab mudah nak rasa hubungan bonding dengan si anak. Elak dari guna fakta. "... Ok. Mayya rasa marah dan geram ye sebab mayya kene mandi juga tadi..." ☑️ Step 4 Berempati dan mohon maaf dengan ikhlas. "Mama minta maaf ye mayya, kalau mama di tempat mayya mesti mama marah dan geram juga😔 sebab masa mama nak tengok tv ada orang kacau mama suruh mandi." ☑️ Step 5 Beri solusi Fokus pada solusi sahaja. Ada dua jenis solusi, solusi sementara (jangka masa pendek) dan solusi kekal (jangka masa panjang) "..okay mayya, badan mayya kotor ta

photo content

7 LANGKAH KENDALI SAAT SUKAR DENGAN ANAK [SIRI 1] . Saya gunakan ‘term’ ‘TIME IN’ - berhadapan dengan anak, bukan ‘TIME OUT’ – tinggalkan anak dengan aksi mencabarnya tanpa pemantauan. . Beza Time Out ialah, energy marah dia tidak diabsorb oleh manusia, di absorb (serap) oleh benda katakana dia baling barang dan sebagainya, . Kepuasan manusia ialah bila dia dapat lepaskan pada manusia, jika yang dia marah tu ialah manusia. Terutama ibubapa sendiri. . Banyak kes remaja/kanak-kanak/ orang dewasa sekalipun, saya dapati, punca kemarahan adalah kepada ibubapa sendiri. Bukan sedikit, tapi majoriti. . Contoh, marah kepada staf yang menuduh tak kemas barang elok-elok di pantry, hakikatnya ia trigger kerana banyak dikomen dikritik oleh ibu pasal tak kemas elok-elok barang dalam rumah. As simple as that, but BIG IMPACT kini, untuk mental health. . Ini 3 Manfaat Besar Bila Anda Buat 7 langkah Time In dengan anak saat sukarnya, walau ia hanya dalam 5-10 minit maksimum, TAPI kesan baik bertahun-tahun:- . 1) anak akan settled (selesai emosi tak puas hatinya) untuk saat itu, kelebihannya untuk masa depan di point ke dua, . 2) iaitu dia tak mudah trigger dan meletus shoot ke no.10 bila sensitiviti isu sama berulang, dia akan lebih cepat kool down. . Contoh mak ambil lambat lagi, marah kali ni no 6 sahaja berbanding jika tak ‘resolved’, marah dia shoot no 10/10 tu. . 3) Mengajar solusi dari perspektif ibu dan anak, untuk perubahan dan tidak berlarutan, ini skil yang anak boleh guna nanti dalam problem solving dengan rakan atau pasangannya kelak. Iaitu berhadapan isu/masalah, dan selesaikan segera tidak drag ke esok esok seterusnya atau berpuluh tahun (selesai 10 minit lebih mudah dari nak selesaikan isu terpendam 20 tahun) : . . Dari mana idea 7 Steps ini datang? . 7 Langkah ni saya biasa latih staf untuk komunikasi bagi kendalikan customer yang sukar. . Hakikatnya customer yang sukar ini memang sengaja testing staf sebab nak tengok sejauh mana tahap kesabaran kita, dan kedua, bila mereka boleh dikendali dengan baik, mereka boleh turn to jadi customer yang sangat loyal (setia), penyokong setia organisasi anda  . Saya modify untuk situasi dengan anak, yang mana saya selalu guna tanpa sedar dan saya share kan di sini. . Saya teringat nak modify untuk anak sebab bila staf saya berulang kali present 7 steps ini untuk kes berbeza, saya ternampak ia sesuai sekali untuk anak-anak kita sebenarnya. . Bersambung. Maznah Ibrahim.

photo content

Kita Sentiasa Ada Dua Pilihan . Jalan kebaikan untuk dijalani, Jalan keburukan untuk dijauhi. . Ingat pasal Entropi dan Parenting yang saya tulis, https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=806427102865209&id=477691842405405 Jika tak buat pilihan, tak buat apa-apa, Confirm mudah aja yang negatif akan masuk, akan menjadi, dan akan kuasai kita. . Sebab itu perlu ada intervensi (buat sesuatu), Barulah boleh jadi positif. . Berusaha, jika tak berusaha apa-apa, Pasti akan jadi negatif, kan. . Rupanya Tuhan sudah buatkan pilihan untuk kita, Bila yang buruk kita jalani dan yang baik kita jauhi, Kita akan rugi, Sebab buat apa yang bukan Tuhan suruh. . Contoh, sembang kosong, fikir kosong, tak buat apa-apa, biar sahaja, Duduk duduk saja pun akan rugi buang masa, Tak pilih channel tv, atau fb membaca, Confirm aja akan terbaca, terlihat yang buruk saja... . Jum, pilih yang baik untuk kita jalani✔✅👍😃 . Dan yang buruk dijauhi atau kata sebenarnya ialah Elak tidak buat / pilih apa-apa. Pilihlah yang baik saja. 😊 . Refleksi, Maznah

Mudahnya Anak Dengar Kata dengan Teknik 'Hypnoscript' Sharekan video ini kepada pasangan dan kenalan anda. https://facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/232861874300686

photo content