uk
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Відкрити в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 16 270 підписників, посідаючи 969 місце в категорії Діти та сім'я та 2 365 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 16 270 підписників.

За останніми даними від 23 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -121, а за останні 24 години на -3, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 5.56%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 2.43% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 904 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 395 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 24 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Діти та сім'я.

16 270
Підписники
-324 години
-377 днів
-12130 день
Архів дописів
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Selamat kembali ke fitrah, dan ingat, anak-anak fitrah lahiriahnya adalah baik dan suci, Kitalah yang mencorakkan dan membentuknya dari kacamata Tuhan yang sempurna. dan Maaf kan saya sekiranya ada salah silap kata dalam penulisan, reply mesej dan sebagainya. Saya doakan Aidilfitri kali ini memberikan suatu makna yang baik dan positif untuk anda dan keluarga. Bagi yang bukan Islam, Selamat bercuti panjang bersama keluarga tersayang, dan semoga semua perancangan aktiviti berjalan dengan baik :) Salam 1 Syawal 1439 H Maznah Ibrahim https://maznahibrahim.com/fitrah-anak-adalah-baik/

photo content

PERATURAN MARAH / ANGER RULES ------------------------------------------------------ Saya suka poster ini, ia sangat tepat. Ya, memang marah tidak salah, kerana ia hanyalah satu perasaan spontan dirasai bila trigger/ push the anger button in oneself. Cuma untuk anak-anak, penting untuk diingatkan kepada mereka, 'Marah adalah okay, cuma pastikan adik tidak : 1) cederakan diri 2) cederakan orang lain 3) rosakkan barang lain di sekitar Exactly peraturan yang sama di dalam PlayTherapy Room kami, "Adik boleh buat apa saja adik mahu dalam bilik ini, asalkan adik tidak cederakan diri, cederakan kakak, atau rosakkan barang di dalam bilik ini. Sesi masa istimewa kita 40 minit, dan kakak akan beritahu bila masa nak habis. Dan pasir, hendaklah di dalam kotak pasir sahaja". Clear rules, kanak-kanak akan rasa sangat selamat sebab tahu apa boleh apa tak boleh. Untuk anak semasa dia sedang show the tantrum, berada di situ, TIME IN, katakan kepada mereka, "Mak akan ada di sini untuk teman adik, pastikan adik selamat. Adik dah habis marah, boleh datang dekat Mak, okay?" Jika Mak nak TIME OFF diri, katakan, "Mak juga sangat marah macam adik. Mak akan pergi ke sana (cth bilik/dapur) untuk tenangkan diri mak sebab Mak taknak cederakan adik. Adik boleh teruskan keluarkan marah adik, Bila adik dah selesai, adik datang dekat Mak". - Anak tahu apa dia boleh buat, - Anak tahu mak dia berada di mana - Anak tahu mak dia pergi sebab nak make sure i) dia selamat sebenarnya dan ii) mak juga nak bertenang. Mesej Utama saya: 1) Marah adalah okay, tidak salah sama sekali 2) Cara ekspres marah sahaja ada OK dan ada Tak OK, pilih yang OK 3) Cara marah selamat di anggota badan, alternative ways, ada banyak, beza ikut individu, boleh kita pelajari dalam EHSABAR, untuk anggota spesifik individu. Refleksi, Maznah Ibrahim. *sumber gambar: Pinterest

Nak Raya Ni, Sepanjang Masa Dengan 'Anak Anak' Yang Ramai, Suasana Bukan Rutin, Akan Ada Banyak Kerenah Sebab Mereka Excited..... . "ALTERNATIF KEPADA SAYING NO" Usaha untuk guna alternatif yang lebih positif dan baik. 1. Berbanding berkata tidak/jangan, beritahu apa yang boleh atau yang kita mahu. Cth Jangan panjat, katakan "Turun, sayang, sofa untuk diduduk. (Nanti petang kita gi panjat kat playground)". Jangan sepak, katakan "Kaki untuk jalan atau lari bukan sakitkan badan orang lain". . . 2. Berbanding berhenti merengek, katakan "Tolong cakap betul-betul apa yang abang mahu, Mama akan lebih faham kalau abang cakap elok-elok" . . 3. Berbanding Mama takkan belikan X (apa yang anak nak sangat), katakan "Mama tak dapat belikan barang X, tapi apa kata mama beli yang Y ni atau kita buat Z sendiri 😍". . . 4. Berbanding Jangan sedih/marah-marah, tetapi katakan "Jika mama jadi abang, mama pun akan rasa sangat marah, tapi mama akan beritahu orang tu tak boleh rampas, minta elok-elok, .... bukan pukul dia". . . 5. Berbanding "Papa tak boleh main dengan adik sekarang", katakan "Boleh, kita main itu selepas Papa siapkan sikit lagi kerja ini, sementara tu adik jalan dulu / buat xxxxx dulu, ok. Adik ingatkan Papa kalau Papa terlupa. TQ Sayang!". . . . Beri ruang, alternatif solusi, bukan tutup terus. . Refleksi, Maznah Ibrahim.

photo content

Konsep 3 S dalam LUA (LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION) Saya Modify untuk Parenting Harian Kita 3S nya ialah: 1⃣ Sangka Baik 2⃣ Syukur 3⃣ Sabar Ia dari buku LUA, oleh Tn Zuhairi Nopiah (Terbitan PTS, boleh beli online ya) Sabar datang last Ia boleh jadi KPI kita, untuk usaha ikut 3 steps ini, setiap kali berhadapan kerenah anak-anak. STEPS 1) BERSANGKA BAIK. Sentiasa mindset bermula dengan niat hati ❤ dan minda yang baik dan positif, 2) kemudian SYUKUR, apapun syukur, walau benda baik mahupun yang kurang baik. Jika benda kurang baik, PERCAYA, yang Allah beri ganjaran mahupun ujian ini sebab nak ajar kita dan naikkan tingkat darjat kita aspek apa sahaja, emosi sabar, Ilmu dan, Skill. 3) SABAR dan let go. Menahan Marah dan Jadi Sabar adalah besar perjuangannya. Sentiasa ingat yang syaitan iblis amat dekat membisikkan amarah kepada para ibu bapa mithali semua kerana mahu anak-anak soleh solehah kita turun jatidiri dan estim diri pabila kita marah mereka dan tidak menyokong perkembangan mereka dengan baik. Let Go pula penting untuk tidak membenarkan atau membiarkan diri terusan dalam hati dan minda negatif (apply ilmu urus emosi cepat tepat efektif EHSABAR) . Contoh Aplikasi 3 S ini dalam satu situasi common. Anak-anak berdua ini bergaduh. Berebut dan tidak beralah. 1) Sangka baik = Ini proses / peringkat sangat manis, indah dan comel. Tiada adik beradik tidak bergaduh. Dari circle kecil adik beradik ini, di usia muda, di rumah kita sendiri, mereka belajar tangani konflik, beralah, sabar, negotiate dan berdamai. Mereka akan faham kelak bila besar nanti. Sangka baik yang si adik 2 tahun ini peringkat autonomi (mahu buat sendiri cara sendiri), egosentrik (dia sahaja betul) dan emotional brain usia 1.5-3.0 (cepat ekspres emosi dan sedang belajar urus emosi dirinya). Sangka baik si abang 5 tahun ini terkejut dengan sifat tega tegas dan beremosi si adik, dan bertahan / berperang seolah si adik sama usia dia 5 tahun, sama seperti kawan dia di sekolah 😀. Kat sini nak beri penjelasan berulang kepada si abang bahawa ini peringkat normal dan model lah sebaiknya kerana nanti adik akan matang dan rasional serta menjadi pendamping /peneman pejuang bersama nanti. Mujahid dan mujahidah. (Jika tak sangka baik, ada sahaja judgement silap, ganggu LUA ibubapa, tarikan aura negatif mendatangi maka sukar untuk ibubapa jadi positif semasa tangani kerenah anak-anak). Adik ni degil. Abang ni keras kepala. Kenapalah adik abang ni tak boleh berkongsi sama sama. . 2. Syukur = redha. Alhamdulillah anak-anak saya normal dan ini peringkat mesti dilalui semua ibubapa. Syukur anak anak ada emosi dan ada adik beradik untuk mereka berlatih sosialisasi di peringkat terawal di rumah saya. 3. Sabar = senyum tiga. 🤗😊 Lalui dan hadap sahaja dengan senyuman penuh sabar dan menyokong mereka. Usah dimarah anak belum matang ini namun terusan hypno script baik baik dan positif. InsyaAllah. Allah bersama orang yang sabar. Refleksi 3S, Maznah Ibrahim.

* yang belum dapatkan, boleh ke https://taknakmarahanak.com dan dapatkan diskaun 40% selagi promo masih ada.😊😍

photo content
+1

Sebenarnya Ebook saya ni boleh saja di print untuk jadi buku khas istimewa anda... Kredit untuk puan Mar Jie dari Terengganu dan ibu ibu lain yang print juga 👍👍👍 *Ramai pm tanya ada buku hardcopy tak. Saya menjawab maaf belum ada buat masa ni puan, namun puan blh saja print untuk jadi bahan buku hardcopy puan. *dan tiada paksaan dalam memiliki Ebook ini, ada kami refund duitnya bila tersalah faham ingatkan buku fizikal 😅. saya ok sahaja no harm untuk refund duit anda 😊 *dan kami ada email susulan untuk anda semua bagi support berterusan. ramai kata ia bermanfaat dan berterima kasih (love letters). Alhamdulillah. Juga tak kurang yang meluah dan bertanya soalan peribadi. InsyaAllah saya cuba menjawab customised ikut pertanyaan anda (mcm konsultasi one to one thru email). *di support group telegram, ada bertanya umum/ spesifik, dan saya cuba menjawab setakat mana saya tahu dan boleh. mudahan semua kita ibu ibu bapa dibantu Allah dalam melaksana amanah Nya dengan sebaiknya .. *anda semua ibu hebat, kepada anak anak hebat anda. ❤❤❤ Maznah Ibrahim

*6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir* اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي *1. Allahumma* *2. Innaka* *3. 'Afuwwun* *4. Tuhibbul* *5. 'Afwa* *6. Fa'fu 'Anni* Yang bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku." Dari Prof Dr Wan Maseri : (Jemput baca dengan penuh rasa di hati) Bicarahati selepas solat tasbih di bulan Ramadhan: Allahumma ya Rahman ya Rahim ya Sami', kami bersyukur kpMu ya Allah kerana mengizinkan kami utk rukuk dan sujud kpMu sambil bertasbih dan menyebut2 Nama2Mu. Tiadalah nikmat yg lbh besar berbanding dgn nikmat dpt memuliakanMu ya Karim dgn beribadah dan bertasbih kpMu dibulan yg mulia ini ya Karim. Allahumma ya Affuw ya ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil, maafkan kami, ampunkan kami dan terimalah taubat kami kerana sesungguhnya kami tidak dpt memujiMu sepadan dgn nikmat kurniaanMu kp kami, apatah lg kami sering lalai dlm mengingatMu dan kdg2 tersasar dlm dosa maksiat. Ya Quddus ya Jalil, sucikan hati kami dari segala kotoran agar kami dpt mendekatkan diri kpMu dan dpt sentiasa memujiMu. Ya Allah ya Quddus, Kami dtg disaat ini dgn kalimah Subhanallah utk mengungkap akan kesempurnaanMu ya Quddus ya jalil ya dzaljalaaliwalikram. Sesungguhnya setiap takdirMu ya Qodir ya Muktadir itu sempurna, tiada cacat cela dan kesilapan. Kami dtg disaat ini utk menyatakan kp Mu bahawa kami redha atas segala yg Engkau telah takdirkan buat kami. Ya Allah ya Hamid, kami dtg disaat ini kpMu utk memujiMu atas segala nikmat kuniaanMu kp kami sepanjg hidup kami sejak diciptakan sehingga saat ni. Terima kasih ya Allah ya Rahman kerana kurniakan kami kaki, tangan, mata, telinga dan seluruh anggota tubuh utk kami beribadat dan berbakti. Terima kasih ya nuur atas sinaran cahaya matahari Mu. Terima kasih ya muhyi atas udara yg bersih utk kami hirup. Kami pasti tidak akan mampu membilang nikmat2Mu kp kami. Ya Ahad ya Wahid ya Somad, kami dtg kpMu disaat ini utk mentauhidkan Mu dgn sempurna.pasakkan kalimah laailahailallah dan 99 Nama2 Mu ke dlm hati kami, sel2 tubuh kami, neuron2 otak kami agar kami sentiasa ingat kpMu dan tidak mensyirikanMu. Kami menafikan ada daya makhluq, tetapi semuanya dayaMu. Engkaulah ya Waaliy ya Wakil ya Baari' yg mengurus, mentadbir dan mengatur segala urusan makhluqMu setiap saat. Allahumma ya Kabir ya Mutakabbir, Engkau maha besar lg memiliki seluruh kebesaran di alam ni dan layak dibesar2kan kerana seluruh 7 lapisan langit dan bumi dlm genggamanMu. Dan kami ini hamba yg kerdil yg tidak punya apa2 pun, hanya meminjam segalanya dan menumpang di bumiMu buat sementara. Allahumma ya Rahman ya Rahim, rahmati kami semua di dunia hingga akhirat. Ya Salam, sejahterakan kami, ya Karim, muliakan kami di dunia hingga akhirat. Semperna Ramadhan yg mulia ini, ya Rahman ya Rahim ya hafiz ya muhaimin, bebaskanlah kami semua dari azab nerakaMu. Ya Rozzaq ya Baaqi ya karim, kurniakan kami semua syurga abadiMu yg mulia. Ya Waduud, di sepuluh akhir Ramadhan yg teristimewa ini yg Engkau kurniakan kp hamba2 yg mencari cintaMu yg hakiki, suci, mulia dan abadi, kurniakan kami cintaMu agar kami dpt mencintaiMu, merinduiMu, memujaMu dan berkorban utkMu. Kami ingin menghabiskan sisa2 usia kami sebg kekasih dan syuhada'Mu.

photo content

photo content

👆👆👆 Atas ni Post one year ago. Jika anak resah, emosi tak stabil, boleh juga ajak mereka jalan 20 minits, tengok perubahan emosinya (guna elemen fizikal / movement) Jika anak emosi tak stabil juga, meraung menangis, selain fizikal / movement, boleh juga ajak bersama tarik nafas 3 kali (guna elemen jantung - emosi - oksigen - ke otak), insyaAllah emosi akan lebih baik, stop menangis. Ini untuk usia 2+ ke atas bila dah boleh ikut arahan simple. Saya guna kaedah ini untuk anakanda pertama lelaki, Fateh masa usia 2++ emosi kuat, dan KN usia 2+ bila konflik dengan abang dan masa usia 3 ini bila detox eczema kegatalan teruk nya. Maznah Ibrahim.

photo content

For parents, Yang bimbang anak tak duduk diam, BerSyukur lah kerana otak mereka sedang aktif pabila bergerak. Sel2 berhubung orang kata hehe. Cuma nya untuk tingkatkan fokus, ia perlu dilatih. Sy nampak dalam solat. Dalam adab membaca Quran. Dalam solat, ada posture berdiri tegak, pergerakan mengikut tertib, dan tidak bergerak lebih 3 kali. Isunya, latih solat usia 7 dan pukul jika tidak solat di usia 10. Bermakna utk aktif bergerak usia 0-6 sangatlah fitrah. 3 tahun mencukupi untuk latih anak solat, maka tiada isu perlu pukul anak jika dilatih dengan baik dan positif selama jangka masa 3 thn itu, kan? Selain itu, untuk fokus boleh latih anak dengan exercise brain gym, dan banyak di YouTube. Its fun. Do it together with our Kids. Maznah Ibrahim.

photo content

ProjekBalangGembira ••••••••••••••••••••••••••••• Biasa buat balang kuih raya ? Ha kali ni jum buat "Balang Gembira Saya". . Kita tak tahu, bila masanya momen kecil indah ini akan boost emosi down anda. . Caranya semasa setiap hari, setiap momen kecil yang anda rasa best sesangat, *sekecil berjaya sedekah dan baca doa ikut steps DB Insyirah, *berjaya ceritakan kat anak cerita nabi, *momen lihat pertama kali anak anda di labour room, *anak ucapkan, "bersabar ya Mama", *suami berikan ucapan terima kasih syg sebab xxyyzz, *anak say terima kasih ibu buatkan air sedap abang untuk buka puasa, dan lainlain lagi, . tuliskan di jaluran kecil kertas itu, . tuliskan date, masa, perkara, emosi anda. cth, "Hari ini 2 Jun saya rasa syukur sangat sebab anak saya Fateh ucapkan "Bersabar ya Mummy" ketika Khairunnisa' mengamuk kegatalan, dalam keadaan dia mengantuk juga tu. Saya syukur dia ada sifat empati dan prihatin walau dia macam Thinking sangat, keras, namun ada kelembutan jiwanya. Semoga Fateh jadi pemimpin prihatin yg faham hati anak buah nanti". *Apa apa saja, asal ia happy moment untuk anda, pedulikan judgement orang lain, sebab tak da orang tahu, memori dan perasaan ini, milik anda. 2. Gulung dan masuk ke dalam balang. 3. Buka nanti-nanti, ambil satu secara rawak, bila emosi down, sunyi, bosan, rasa lost hope, dan sebagainya. Baca dan anda akan rasa best, syukur dan hidup bererti. ❤❤❤ . Maznah Ibrahim. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=923177567856828&id=477691842405405

Salam Nuzul Quran kepada semua. Moga cahaya quran sentiasa menerangi hidup kita, anak anak dan seluruh umat Islam. Fahami Al Quran dan perintah Nya, Jadikan Quran dan As Sunnah sebagai pegangan hidup kita selamanya. Jadikan Al Quran sebagai petunjuk, penjelasan dan pembeda antara Haq dan Bathil (2:185).

photo content

SAINS KEIBUBAPAAN ================== Ini buku asas mengenai Parenting. . Ia mengandungi maklumat saintifik dari kajian mengenai otak bayi dan keibubapaan. . Saya membacanya ketika belum berkahwin dahulu, asbab bekerja dengan kanak-kanak didera seksual, emosi, fizikal dan diabai, dan saya zero mengenai parenting. . Hanya tahu 'child development', 'human development', dan kaunseling dewasa, tapi bagaimana ibubapa menyokong perkembangan ini, saya tidak banyak tahu. . Kami beri ibubapa klien baca buku ini sebagai menyokong apa maksud kami dalam parenting, emosi dan anak-anak ini. . Selepas berkahwin, semasa mengandungkan Fateh, saya baca lagi. . Lain perspektif kerana memikirkan anak dalam kandungan. . Beri suami baca sekali. . Penting, kerana emosi ibu dirasai anak, sangat dekat dan terus dirasai si janin. . Sokongan suami kepada ibu penting, kerana emosi ibu disokong dekat dan utama oleh si suami, beri kesan kepada janin secara terus. . Tak ketinggalan hubungan bapa kepada si janin juga perlu dipupuk seiring. . Setelah dua anak, saya mahu baca lagi. . Timeline hidup kita, berbeza perspektif input dibaca berbeza pabila usia meningkat, seiring dengan ilmu, dan pengalaman hidup kita, kan. . Baca lagi, dan lagi. . Banyak dapat lagi dan 'relate' dengan suasana sebenar telah berlaku dan bakal berlaku. . Kerana menurut Sunderland, "Parenting is about parenting your child's brain". . Buku ini akan memahamkan kita mengenai otak awal bayi, bagaimana rangsangan dan respons persekitaran membentuk 'pattern' dalam otak bayi, dalam memahami persekitaran dunia terdekatnya. . Ia seterusnya membentuk karektor manusia dewasa ini, yang mana mereka inilah yang akan memimpin dunia! . Baiki atau bentuk sekarang, kerana mahu mudah kemudian. . Sama-sama bantu bentuk legasi generasi yang positif, untuk dunia yang aman sejahtera. . Ada juga penerangan mengenai 'Tangisan', Resah, Cemas, Separation Anxiety dll. . Contoh: Respons tangisan awal bayi perlulah bawah 15 saat. Bukan biarkan, kepercayaan nenek moyang jika tidak anak ini akan demand. . Mengapa respons segera? . Kerana bayi awal usia tidak mampu memanipulasi, hanya perlu dipenuhi keperluan asasi, iaitu layanan, perhatian, bagi membentuk rasa selamat dan percaya. . Rasa selamat dan percaya amat penting untuk bayi, 0-2 tahun. . Dapatkan dan baca ya buku ini. . Juga boleh speed reading sikit-sikit di www.parentingscience.com . 😉 Website ni saya rujuk bila nak fahami dan buat keputusan untuk Fateh dulu, sleep training method nak buat yang mana, toilet training nak start bila, sekolah nak masuk bila. . Refleksi, Maznah Ibrahim 28.9.2016