uz
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Kanalga Telegram’da o‘tish

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Parenting Maznah Ibrahim analitikasi

Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 16 313 obunachidan iborat bo'lib, Oilalar & Bolalar toifasida 967-o'rinni va Malayziya mintaqasida 2 350-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 16 313 obunachiga ega bo‘ldi.

13 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -125 ga, so‘nggi 24 soatda esa -1 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 4.21% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining N/A% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 687 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 0 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 14 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Oilalar & Bolalar toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

16 313
Obunachilar
-124 soatlar
-247 kunlar
-12530 kunlar
Postlar arxiv
Road tu STIFIn Parenting 21 Mac 2021... Jemput meriahkan Live selama 3 Rabu berturut-turut Event Khusus (PERCUMA): 1. Parenti
Road tu STIFIn Parenting 21 Mac 2021... Jemput meriahkan Live selama 3 Rabu berturut-turut Event Khusus (PERCUMA): 1. Parenting Mengikut 5 Karektor Anak (Restream) 3 Mac 2021 (Rabu), 9,15 malam 2. Kesan Ilmu STIFIn Parenting dari Perspektif Anak Remaja dan Bapa Muda 10 Mac 2021 (Rabu), 9.15 malam 3. Pendekatan Sukses Parenting 17 Mac 2021 (Rabu), 9.15 malam Di FB Page STIFIn Malaysia HQ https://www.facebook.com/stifinmalaysiaofficial

5 tangki emosi ini saya cek setiap hari sekiranya ada tertinggal. Material tu boleh sesekali dan bersebab (reward untuk anak/latih si anak), manakala 4 lagi tangki perlu konsisten setiap hari ok. ..... Apakah 5 Tangki Emosi Anak Yang Kita Perlu Tahu dan Buat? (1) Tangki perkataan yang baik dan mengesahkan - pujian spesifik - ayat / perkataan menenangkan, menggalakkan, mempercayai, sokong ideanya, validate emosi mereka walau emosi tak baik . (2) Tangki sentuhan selamat - usapan (bahu dan belakang), - pelukan (full dada to dada), - ciuman di dahi/pipi. . (3) Tangki masa istimewa - temankan mereka bermain di playground atau di rumah, - solat - makan bersama, - dengar cerita mereka - dating one to one dengan anak, dll. . (4) Tangki layanan yang baik, bukti dengan tindakan - layan macam VVIP, - senyum kepada mereka, - pandang mata pabila mereka berbicara kepada anda. . (5) Tangki material bersesuaian - ikut kemampuan, - dan sesuatu yang mereka sukai, hargai dan layak terimanya . . Jum sama-sama PENUHI nya untuk Diri, Pasangan dan Anak kita. Kalau hari ni terlupa peluk anak (tangki sentuhan selamat), cepat cepat usaha peluk mereka nanti ya. Terlupa puji mereka, usaha cari satu kebaikan atau apa jua untuk diberikan perkataan yang baik. . OLEH: Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan ........................... Webinar Premium Bagaimana Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta kini dibuka penyertaannya. Silakan segera daftar ya (PERCUMA), Berjumpa nanti 12 Mac, 9.30 malam insyaAllah. Bantu saya sebarkan dan kongsi dengan sahabat handai dan kenalan. Daftarnya di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t

photo content

Porgram Intro STIFIn (PIS), anjuran STIFIn HQ pada Sabtu ini, 6 Mac, seharian. Sebaiknya test dulu STIFIn (boleh check mesin
Porgram Intro STIFIn (PIS), anjuran STIFIn HQ pada Sabtu ini, 6 Mac, seharian. Sebaiknya test dulu STIFIn (boleh check mesin STIFIn terdekat), buat appoinment, test dan barulah pergi PIS ini. Boleh 'relate' dengan diri. Senarai mesin yang ada di seluruh Malaysia boleh check di telegram STIFIn Malaysia: t.me/STIFInMalaysia

Bahasa Cinta Anak, Mana Satu Dia Lebih Suka/Perlu/Dambakan? Wahai anak-anak, ibu ayah sentiasa mahu berikan yang terbaik untu
Bahasa Cinta Anak, Mana Satu Dia Lebih Suka/Perlu/Dambakan? Wahai anak-anak, ibu ayah sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk kamu. Andai kata ibu ayah terlupa, mudahan ibu ayah akan cepat tersedar dan kembali kepada keseimbangan tangki emosi kamu ya. ... Webinar Premium Bagaimana Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta kini dibuka penyertaannya. Silakan segera daftar ya, Berjumpa nanti 12 Mac, 9.30 malam insyaAllah. Bantu saya sebarkan dan kongsi dengan sahabat handai dan kenalan. Daftar di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t

BAGAIMANA PELIHARA SELF ESTEEM ANAK: GUNA PERKATAAN POWER INI UNTUK BOOST MOTIVASI ANAK . Banyakkan guna perkataan-perkataan ini dalam percakapan harian anda dengan anak untuk kekalkan dan tingkatkan motivasi mereka, sekaligus cipta happiness dalam memori di sistem otak mereka. . 🏆 Waah.. ANAK HEBAT ayah berjaya buat …..(xyz)...(roket kertas sendiri, basuh kasut sendiri, basuh pinggan sendiri) . 🏆 MasyaAllah SUKAnyaaaa Mama bila ….(xyz).. (kakak berusaha kongsi mainan dengan adik, buat air susu sendiri, sikat rambut sendiri, ..) . 🏆 You are a wonderfull child. Kakak dan abang adalah ANUGERAH TERHEBAT Mama/Ayah dapat dari Allah. . 🏆 It’s okay. TAK APA buat silap, Abang/Kakak CUBA LAGI! Mama yakin lepas ni lebih baik. . 🏆 BOLEH. NANTI abang jadi angkasawan yang seterusnya dalam Negara. 🏆 BOLEH. NANTI kakak jadi tukang masak terhandal dalam Negara dan dunia. . 🏆 Anak KACAK/COMEL/SOLEH/SOLEHAH Mama ni tengah (xyz) (sikat rambut ke, lukis orang ke, berlatih matematik ke), mesti ramai suka sebab (kemas rambut tu, nanti pandai lukis macam orang betul, lama lama terror math). . ▶ PERKATAAN yang BAIK BAIK beri EMOSI baik-baik juga. Maka TINGKAHLAKU anak juga jadi baik-baik nanti 😉 . ▶ Kerana kata kata anda adalah DOA untuk anak. . CARE 🧡, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan P/S Nantikan pembukaan Webinar Premium Percuma mengenai bagaimana mendorong anak dengan bahasa cinta, tak lama aja lagi 😍

photo content

Ibu Ayah Mahu Tenang Walau Keadaan Sekeliling Serabut? Ini antara aktiviti atau amalan yang boleh dilakukan. Fahami konsepnya dan boleh sesuaikan, ya 😉😊. . Saya menyedari ini pagi tadi semasa melakukan senaman harian saya, iaitu berjalan kaki sejauh 1.6 km iaitu 20 minit saja. Ia make sense atau logik!, Ia tak susah, mudah, asal lakukan dengan kerap (amalkan, sedikit tetapi konsisten), InsyaAllah akan berhasil. . Caranya : ✅ Lakukan aktiviti fizikal dengan pergerakan yang laju, ✅ Namun ianya diserentakkan dengan pernafasan dalam atau perlahan, hingga ke perut. *Cuba bayangkan saja, anda berjalan laju nak kejar kapal terbang / bas zaman budak sekolah dulu. Nafas semput, kemungkinan besar nafas tu sampai dada aja. Hmm anda tahu kan, dalam terapi pernafasan, pernafasan yang terbaik ialah ke perut dan tiada tanda dada naik pun, hehe. . So semasa anda lakukan aktiviti fizikal dengan pergerakan yang laju tu, Serentakkan dengan pernafasan perlahan. Nak mudah observe kejadiannya dan berjaya, Berjalanlah kaki saja secara laju (kaedah betul, tumit cecah dulu, dan kasut bersesuaian ya) Sebab apa berjalan kaki laju adalah contoh senaman yang baik, sebab ia fokus satu pergerakan iaitu berjalan saja tanpa perlu fikir banyak (berbanding mungkin anda pilih kemas rumah nak kena strategise susun atur kategori semua). . ✔Pilih 1 aja aktiviti yang laju dan berulang, (contoh selain jalan kaki ialah cuci lantai, mengemop, berus dinding bilik air, cuci pinggan/berus kuali), ✔Sambil buat aktiviti tu semua, anda amalkan bernafas panjang, dalam, ke perut, mulut tutup. Nikmati oksigen itu. Bernafas In di hidung (👃) dan Out juga di hidung (👃). * Lawan atau kontrakan dengan pergerakan fizikal. Nah, Nanti, anda akan dapati perubahan ketara, walau havoc atau kecoh macam mana pun persekitaran anda, anak anak anda, suasana sekeliling anda, anda tetap kool / relaks / tenang aja hehehe. 😉😁😁😁 . Tenang penting kan? Ia ultimate emosi yang nak dicapai ramai manusia. . p/s Bila oksigen yang masuk cukup banyak, otak pun boleh generate idea yang bernas dan baik. Penting sekali, anda berupaya berfikiran positif dan beremosi positif kepada orang keliling anda, terutama anak anak dan pasangan. . Care ❤, Maznah Ibrahim . *kongsikan dengan rakan anda yang perlukan ini *jemput masuk ke channel telegram saya untuk sentiasa dapat info berterusan (psikologi anak dan positive parenting) t.mazn.me/chan

photo content

Kitalah penulisnya.... Kepada 'skrip kehidupan' si anak... Kitalah pengarahnya... yang mengarah situasi, momen, peristiwa mel
Kitalah penulisnya.... Kepada 'skrip kehidupan' si anak... Kitalah pengarahnya... yang mengarah situasi, momen, peristiwa melalui setiap perbuatan atau perilaku kita sendiri sehari-hari. Kitalah pelakon utamanya juga... yang beraksi dan menghidupkan suasana di hadapan. Kitalah pelakon sampingannya... kepada pelakon utama anak bila anak pula beraksi - gembira teruja, mahupun tantrum..... . . Tuhan, Bantu kami agar mampu mengawal segala tindakan kami, anggota badan kami, mulut, tangan, kaki, hati dan fikiran kami..... Agar sedar, bijak dan kuat memilih... yang baik dan mampu mendokong amanah ini, kerana karektor anak ini di tangan kami yang mencoraknya dan menulisnya, dan menjadinya mereka seperti menurut mahuMu ya Allah. Moga jiwa si anak adalah jiwa manusia-insani yang empati dan berlaku ihsan selalu, dengan kami yang sentiasa berusaha memahami dan mengasihani mereka. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Sebagai IbuBapa, Sejauh Mana Kita Cukup Redha dan Maafkan Anak? =========================== Saya yakin, sahabat saya semua di sini pemaaf orangnya. . Percaya tak, anak kecil juga amat pemaaf. Namun kadangkala kita orang dewasa yang mudah simpan lama dan belum memaafkan orang, hatta anak sendiri, mungkin anda masih marah untuk beberapa jam atau hari lagi. . Semalam malam saya ada ter marah anakanda sulong saya, dalam keadaan saya amat mengantuk (balik hari dari Perlis-Putrajaya-Perlis). . Saya tersedar bila terbangun awal pagi dan teringat untuk minta maaf padanya sesegera mungkin. . Paginya bila dia dalam keadaan cukup segar dan sedar, saya minta maaf untuk insiden semalam. . Mukanya biasa aja, macam taknak maafkan, hehe 😁😓 . Saya cakap lagi, betapa pentingnya memaafkan agar hati kita bersih, ringan dan boleh move on macamtu... dalam bahasa mudah saya bercerita. . Kemudian antara ayat saya tu macam kita akan teringat-ingat jika tak memaafkan orang, sukar nak ke depan lebih jauh. . Lepas tu dia kata, dia sebenarnya dah tak ingat dah, dia memang dah maafkan saya. (Adeh, mak eh 😄). . Saya pun puji dan ucapkan terima kasih, puji sebab dia boleh memaafkan dan terima kasih sebab memaafkan kesalahan saya. . Benarlah seperti saya selalu katakan, anak kecil emosinya ringan macam belon. Mereka amat suka main belon, dan beza orang dewasa tak kisah tak heran sangat nak main belon, kejar belon, kan? Sebab emosi anak kecil ringan macam belon dan emosi orang dewasa sarat berat macam sedepuk benda di atas tanah. . Kat sini ada satu cerita Human Kind kisah benar, bagaimana seorang ibu yang amat redha dan memaafkan pembunuh anaknya.... . https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=157135151605132&id=128075747844406 . Dan bagaimana ayat ibu ini amat menyentuh hati sesiapa mendengarnya... betapa positif pandangannya terhadap si remaja pesalah ini, sebagai seorang anak yang suci bersih, dan belum cukup aqalnya. . Ibu ini amat benar. Seorang anak remaja seperti itu masih muda, dan belum cukup matang untuk bertindak rasional. Beza seorang anak dengan seorang ibubapa iaitu orang dewasa, dalam sebarang tindakannya. . Memaafkan adalah kuncinya, agar anak ini boleh move on, jauh lagi. . Memaafkan juga adalah kunci perhubungan ukhuwwah sesama manusia, kerana jalinan ini perlu sarat dengan kasih sayang atas nama Rahman Pemurah dan Rahim Pengasihnya Allah, Pencipta kita. . Bagaimana kita boleh menyamakan diri kita dengan anak kita? Jika anak anda berusia 6 dan anda 36 tahun, beza 30 tahun asam garam dirasai tu, mana mungkin anda layak menyimpan hati, dendam dan menyalahkan si kecil itu, sedang Allah sendiri amat pengampun kepada hambaNya kita yang baaanyak sangat salahnya 😭 . Key nya, jadilah seorang Pemaaf, kerana Allah Al Afuw amat pemaaf, dan sifat itu sudah ada dalam diri kita. . Saya merasakan, dan mempercayai, seorang anak, lagi kecil usianya, lagi kuat jati diri dan sifat Asmaul Husna Allah dalam dirinya. . Betapa seorang anak amat innocent, malah bijaksana jauh lebih smart dari kita, kerana kita banyak dipengaruhi judgement, hasil dari pengalaman lampau. . Betapa anak eczema saya jauh lebih berdisiplin dan penyabar dari saya, untuk mempelawa serta menyuakan makanan yang dia tidak boleh makan kepada saya, dan dia tetap berdisiplin tidak makan, kerana dia tahu dia akan kegatalan bila makannya. . Betapa hebat emosi dan kecerdikan anak kecil kita! . Kita? Banyak belajar dari mereka. Tentunya. . Refleksi, Maznah Ibrahim. . Dah habis baca, pejam mata, cakap pada diri anda dengan penuh perasaan: "Ya saya seorang ibu yang pengasih dan pemaaf".

photo content

Assalamualaikum Selamat Pagi Semoga semua urusan dan aktiviti yang kita rancang akan berjalan dengan lancar, baik dan berjaya
Assalamualaikum Selamat Pagi Semoga semua urusan dan aktiviti yang kita rancang akan berjalan dengan lancar, baik dan berjaya hari ini. Mulakan dengan niat dan perasaan yang positif. Senyum selebarnya ya 😍. Care ❤ Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

The Parent Hut Podcast - Children Edition Bagaimana nak bantu anak yang ada isu mula bercakap tidak benar? . https://open.spo
The Parent Hut Podcast - Children Edition Bagaimana nak bantu anak yang ada isu mula bercakap tidak benar? . https://open.spotify.com/episode/01qynKqNubRMhTueFPudRy?si=hwHRE8kRTAimBYKG25BUEw . .

Penulisan awal dulu ketika anak pertama usia 1.8 tahun, asbab sahabat wangi Pn Norhaini Sulaiman meminta menulisnya. Bagaimana mendorong anak untuk disiplin secara positif. https://maznahibrahim.com/anak-makan-sepah/

Yang penting kita mencuba dan terus mencuba, berusaha dan terus berusaha. Apa yang kita percayai kita terus perbuat, Hasilnya
Yang penting kita mencuba dan terus mencuba, berusaha dan terus berusaha. Apa yang kita percayai kita terus perbuat, Hasilnya Tuhan tetapkan bila masanya. *dan tiada sesiapa yang berhak menjatuhkan self esteem kita ok (kecuali kita sendiri yang membenarkan orang lain melukakan hati kita)... Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Yang penting kita mencuba dan terus mencuba, berusaha dan terus berusaha. Apa yang kita percayai kita terus perbuat, Hasilnya
Yang penting kita mencuba dan terus mencuba, berusaha dan terus berusaha. Apa yang kita percayai kita terus perbuat, Hasilnya Tuhan tetapkan bila masanya. *dan tiada sesiapa yang berhak menjatuhkan self esteem kita ok (kecuali kita sendiri yang membenarkan orang lain melukakan hati kita)... CARE❤, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Bila Anak Kurang Dengar Kata, Cuba Cek Kita Berbicara Level Hubungan atau Fakta (Pemikiran) Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik. . Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan. . . Ibu: Abang ni janganlah pukul adik, adik tu kecil lagi. . Anak : Adik tu, dia kacau barang mainan Abang. Abang tak bagi. Mainan ni kan abang punya. . . Nampak tak sesuatu di sini? . Anak mejawab pada logik pemikiran dan fakta si kecil, setara fakta si dewasa. . Fakta dewasa, cegah - jangan pukul adik sebab adik kecil, beza abang besar. . Fakta si kecil, adik salah sebab kacau mainan abang dan mainan itu abang yang punya. . . Manusia tak kan selesai konflik, berbalah pabila cuba berlawan dengan fakta. . . Sebab Manusia ni ada egonya. . Nak betul sentiasa. Dia betul. . Nak pertahankan idea pemikiran logik masing-masing. . Sekarang kita TUKAR. . Pindah ke level perhubungan. . Apa kekuatan perhubungan manusia? . Perasaan, ambil berat, niat baik, untuk pembinaan karektor jauh lagi, ke seluruh ummah. Generasi penerus kita. . . Cuba begini. . Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik. . Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan. . Ibu: Skrip baru asertif. . ✅Mulakan dengan diri Ibu, bukan point ke anak ✅Disusuli emosi kemanusiaan : bimbang atau risau. Ia ada unsur kasih sayang dan mendidik. ✅Diakhiri dengan solusi tindakan untuk si anak. . . "Mama BIMBANG bila abang pukul adik, adik rasa SAKIT dan nanti besar sedikit adik pula akan pukul abang. Sebab adik BELAJAR dari abang. Mama tahu abang dan adik SAYANG satu sama lain (hypnoscriptkan mereka) Mama YAKIN abang boleh jadi MODEL abang yang BAIK pada adik. Abang cuma perlu bagitahu elok-elok kepada adik, "Adik, ini mainan abang. Boleh beri pada abang? Abang bagi ni nak? (ganti). (anak diajar skrip asertif kepada adik). . . . Hasil? . Comel sekali KN 2 tahun 1 bulan pula boleh bertahan sabar dan geram nya dan beri skrip asertif ke abangnya. . 3 hari lalu, . di meja makan, . KN minta air (berebut air sejuk mereka ni, kebetulan satu saja, minta air sejuk kosong tapi kedai beri 1 air lain, air suam). . Abang Fateh tak beri sebab rasa itu air dia la kan. Dan sebab gaya KN minta tu macam nak nak juga. Keras. Mendesak. . . Adik KN geram sangat (boleh lihat muka nya cebek menahan marah dan geram). Adik KN diam. Dia bernafas dua kali. Kemudian keluar skrip dia kepada Abang Fateh. "Abang Ateh, boleh bagi adik air?" 😱 Abang bersinar mata, senyum suka dan terus kata : "Boleh. Nah!". Wah mak ayah terkesima lihat si kecil berupaya bernafas semasa marah dan tukar skrip selepas bernafas baik. Bernafas in hidung - out hidung tau ;) . . Modelkan. . Budayakan. . Refleksi, Maznah Ibrahim. Jemput ke telegram channel saya untuk perkongsian parenting dan psikologi anak anak T.mazn.me/chan #repost #KN2tahunFateh5thn