Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 311 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 967,并在 马来西亚 地区排名第 2 350 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 311 名订阅者。
根据 13 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -125,过去 24 小时变化为 -1,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 4.21%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 687 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 14 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
16 311
订阅者
-124 小时
-247 天
-12530 天
帖子存档
16 311
Road tu STIFIn Parenting 21 Mac 2021...
Jemput meriahkan Live selama 3 Rabu berturut-turut
Event Khusus (PERCUMA):
1. Parenting Mengikut 5 Karektor Anak (Restream)
3 Mac 2021 (Rabu), 9,15 malam
2. Kesan Ilmu STIFIn Parenting dari Perspektif Anak Remaja dan Bapa Muda
10 Mac 2021 (Rabu), 9.15 malam
3. Pendekatan Sukses Parenting
17 Mac 2021 (Rabu), 9.15 malam
Di FB Page STIFIn Malaysia HQ
https://www.facebook.com/stifinmalaysiaofficial
16 311
5 tangki emosi ini saya cek setiap hari sekiranya ada tertinggal.
Material tu boleh sesekali dan bersebab (reward untuk anak/latih si anak), manakala 4 lagi tangki perlu konsisten setiap hari ok.
.....
Apakah 5 Tangki Emosi Anak Yang Kita Perlu Tahu dan Buat?
(1) Tangki perkataan yang baik dan mengesahkan
- pujian spesifik
- ayat / perkataan menenangkan, menggalakkan, mempercayai, sokong ideanya, validate emosi mereka walau emosi tak baik
.
(2) Tangki sentuhan selamat
- usapan (bahu dan belakang),
- pelukan (full dada to dada),
- ciuman di dahi/pipi.
.
(3) Tangki masa istimewa
- temankan mereka bermain di playground atau di rumah,
- solat
- makan bersama,
- dengar cerita mereka
- dating one to one dengan anak, dll.
.
(4) Tangki layanan yang baik, bukti dengan tindakan
- layan macam VVIP,
- senyum kepada mereka,
- pandang mata pabila mereka berbicara kepada anda.
.
(5) Tangki material bersesuaian
- ikut kemampuan,
- dan sesuatu yang mereka sukai, hargai dan layak terimanya
.
.
Jum sama-sama PENUHI nya untuk Diri, Pasangan dan Anak kita.
Kalau hari ni terlupa peluk anak (tangki sentuhan selamat), cepat cepat usaha peluk mereka nanti ya.
Terlupa puji mereka, usaha cari satu kebaikan atau apa jua untuk diberikan perkataan yang baik.
.
OLEH:
Maznah Ibrahim
t.mazn.me/chan
...........................
Webinar Premium Bagaimana Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta kini dibuka penyertaannya.
Silakan segera daftar ya (PERCUMA),
Berjumpa nanti 12 Mac, 9.30 malam insyaAllah.
Bantu saya sebarkan dan kongsi dengan sahabat handai dan kenalan.
Daftarnya di sini:
https://webinarv2.maznahibrahim.com/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t
16 311
Porgram Intro STIFIn (PIS), anjuran STIFIn HQ pada Sabtu ini, 6 Mac, seharian.
Sebaiknya test dulu STIFIn (boleh check mesin STIFIn terdekat), buat appoinment, test dan barulah pergi PIS ini. Boleh 'relate' dengan diri.
Senarai mesin yang ada di seluruh Malaysia boleh check di telegram STIFIn Malaysia:
t.me/STIFInMalaysia
16 311
Bahasa Cinta Anak, Mana Satu Dia Lebih Suka/Perlu/Dambakan?
Wahai anak-anak, ibu ayah sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk kamu.
Andai kata ibu ayah terlupa, mudahan ibu ayah akan cepat tersedar dan kembali kepada keseimbangan tangki emosi kamu ya.
...
Webinar Premium Bagaimana Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta kini dibuka penyertaannya.
Silakan segera daftar ya,
Berjumpa nanti 12 Mac, 9.30 malam insyaAllah.
Bantu saya sebarkan dan kongsi dengan sahabat handai dan kenalan.
Daftar di sini:
https://webinarv2.maznahibrahim.com/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t
16 311
BAGAIMANA PELIHARA SELF ESTEEM ANAK:
GUNA PERKATAAN POWER INI UNTUK BOOST MOTIVASI ANAK
.
Banyakkan guna perkataan-perkataan ini dalam percakapan harian anda dengan anak untuk kekalkan dan tingkatkan motivasi mereka, sekaligus cipta happiness dalam memori di sistem otak mereka.
.
🏆 Waah.. ANAK HEBAT ayah berjaya buat …..(xyz)...(roket kertas sendiri, basuh kasut sendiri, basuh pinggan sendiri)
.
🏆 MasyaAllah SUKAnyaaaa Mama bila ….(xyz).. (kakak berusaha kongsi mainan dengan adik, buat air susu sendiri, sikat rambut sendiri, ..)
.
🏆 You are a wonderfull child. Kakak dan abang adalah ANUGERAH TERHEBAT Mama/Ayah dapat dari Allah.
.
🏆 It’s okay. TAK APA buat silap, Abang/Kakak CUBA LAGI! Mama yakin lepas ni lebih baik.
.
🏆 BOLEH. NANTI abang jadi angkasawan yang seterusnya dalam Negara.
🏆 BOLEH. NANTI kakak jadi tukang masak terhandal dalam Negara dan dunia.
.
🏆 Anak KACAK/COMEL/SOLEH/SOLEHAH Mama ni tengah (xyz) (sikat rambut ke, lukis orang ke, berlatih matematik ke), mesti ramai suka sebab (kemas rambut tu, nanti pandai lukis macam orang betul, lama lama terror math).
.
▶ PERKATAAN yang BAIK BAIK beri EMOSI baik-baik juga.
Maka TINGKAHLAKU anak juga jadi baik-baik nanti 😉
.
▶ Kerana kata kata anda adalah DOA untuk anak.
.
CARE 🧡,
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
P/S Nantikan pembukaan Webinar Premium Percuma mengenai bagaimana mendorong anak dengan bahasa cinta, tak lama aja lagi 😍
16 311
Ibu Ayah Mahu Tenang Walau Keadaan Sekeliling Serabut?
Ini antara aktiviti atau amalan yang boleh dilakukan.
Fahami konsepnya dan boleh sesuaikan, ya 😉😊.
.
Saya menyedari ini pagi tadi semasa melakukan senaman harian saya, iaitu berjalan kaki sejauh 1.6 km iaitu 20 minit saja.
Ia make sense atau logik!,
Ia tak susah, mudah, asal lakukan dengan kerap (amalkan, sedikit tetapi konsisten),
InsyaAllah akan berhasil.
.
Caranya :
✅ Lakukan aktiviti fizikal dengan pergerakan yang laju,
✅ Namun ianya diserentakkan dengan pernafasan dalam atau perlahan, hingga ke perut.
*Cuba bayangkan saja, anda berjalan laju nak kejar kapal terbang / bas zaman budak sekolah dulu.
Nafas semput,
kemungkinan besar nafas tu sampai dada aja.
Hmm anda tahu kan, dalam terapi pernafasan, pernafasan yang terbaik ialah ke perut dan tiada tanda dada naik pun, hehe.
.
So semasa anda lakukan aktiviti fizikal dengan pergerakan yang laju tu,
Serentakkan dengan pernafasan perlahan.
Nak mudah observe kejadiannya dan berjaya,
Berjalanlah kaki saja secara laju (kaedah betul, tumit cecah dulu, dan kasut bersesuaian ya)
Sebab apa berjalan kaki laju adalah contoh senaman yang baik, sebab ia fokus satu pergerakan iaitu berjalan saja tanpa perlu fikir banyak (berbanding mungkin anda pilih kemas rumah nak kena strategise susun atur kategori semua).
.
✔Pilih 1 aja aktiviti yang laju dan berulang, (contoh selain jalan kaki ialah cuci lantai, mengemop, berus dinding bilik air, cuci pinggan/berus kuali),
✔Sambil buat aktiviti tu semua, anda amalkan bernafas panjang, dalam, ke perut, mulut tutup.
Nikmati oksigen itu. Bernafas In di hidung (👃) dan Out juga di hidung (👃).
* Lawan atau kontrakan dengan pergerakan fizikal.
Nah, Nanti, anda akan dapati perubahan ketara, walau havoc atau kecoh macam mana pun persekitaran anda, anak anak anda, suasana sekeliling anda, anda tetap kool / relaks / tenang aja hehehe. 😉😁😁😁
.
Tenang penting kan?
Ia ultimate emosi yang nak dicapai ramai manusia.
.
p/s Bila oksigen yang masuk cukup banyak,
otak pun boleh generate idea yang bernas dan baik.
Penting sekali, anda berupaya berfikiran positif dan beremosi positif kepada orang keliling anda, terutama anak anak dan pasangan.
.
Care ❤,
Maznah Ibrahim
.
*kongsikan dengan rakan anda yang perlukan ini
*jemput masuk ke channel telegram saya untuk sentiasa dapat info berterusan (psikologi anak dan positive parenting)
t.mazn.me/chan
16 311
Kitalah penulisnya....
Kepada 'skrip kehidupan' si anak...
Kitalah pengarahnya... yang mengarah situasi, momen, peristiwa melalui setiap perbuatan atau perilaku kita sendiri sehari-hari.
Kitalah pelakon utamanya juga... yang beraksi dan menghidupkan suasana di hadapan.
Kitalah pelakon sampingannya... kepada pelakon utama anak bila anak pula beraksi - gembira teruja, mahupun tantrum.....
.
.
Tuhan,
Bantu kami agar mampu mengawal segala tindakan kami, anggota badan kami, mulut, tangan, kaki, hati dan fikiran kami.....
Agar sedar, bijak dan kuat memilih... yang baik dan mampu mendokong amanah ini,
kerana karektor anak ini di tangan kami yang mencoraknya dan menulisnya, dan menjadinya mereka seperti menurut mahuMu ya Allah.
Moga jiwa si anak adalah jiwa manusia-insani yang empati dan berlaku ihsan selalu,
dengan kami yang sentiasa berusaha memahami dan mengasihani mereka.
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
16 311
Sebagai IbuBapa, Sejauh Mana Kita Cukup Redha dan Maafkan Anak?
===========================
Saya yakin, sahabat saya semua di sini pemaaf orangnya.
.
Percaya tak, anak kecil juga amat pemaaf. Namun kadangkala kita orang dewasa yang mudah simpan lama dan belum memaafkan orang, hatta anak sendiri, mungkin anda masih marah untuk beberapa jam atau hari lagi.
.
Semalam malam saya ada ter marah anakanda sulong saya, dalam keadaan saya amat mengantuk (balik hari dari Perlis-Putrajaya-Perlis).
.
Saya tersedar bila terbangun awal pagi dan teringat untuk minta maaf padanya sesegera mungkin.
.
Paginya bila dia dalam keadaan cukup segar dan sedar, saya minta maaf untuk insiden semalam.
.
Mukanya biasa aja, macam taknak maafkan, hehe 😁😓
.
Saya cakap lagi, betapa pentingnya memaafkan agar hati kita bersih, ringan dan boleh move on macamtu... dalam bahasa mudah saya bercerita.
.
Kemudian antara ayat saya tu macam kita akan teringat-ingat jika tak memaafkan orang, sukar nak ke depan lebih jauh.
.
Lepas tu dia kata, dia sebenarnya dah tak ingat dah, dia memang dah maafkan saya. (Adeh, mak eh 😄).
.
Saya pun puji dan ucapkan terima kasih, puji sebab dia boleh memaafkan dan terima kasih sebab memaafkan kesalahan saya.
.
Benarlah seperti saya selalu katakan, anak kecil emosinya ringan macam belon. Mereka amat suka main belon, dan beza orang dewasa tak kisah tak heran sangat nak main belon, kejar belon, kan? Sebab emosi anak kecil ringan macam belon dan emosi orang dewasa sarat berat macam sedepuk benda di atas tanah.
.
Kat sini ada satu cerita Human Kind kisah benar, bagaimana seorang ibu yang amat redha dan memaafkan pembunuh anaknya....
.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=157135151605132&id=128075747844406
.
Dan bagaimana ayat ibu ini amat menyentuh hati sesiapa mendengarnya... betapa positif pandangannya terhadap si remaja pesalah ini, sebagai seorang anak yang suci bersih, dan belum cukup aqalnya.
.
Ibu ini amat benar. Seorang anak remaja seperti itu masih muda, dan belum cukup matang untuk bertindak rasional. Beza seorang anak dengan seorang ibubapa iaitu orang dewasa, dalam sebarang tindakannya.
.
Memaafkan adalah kuncinya, agar anak ini boleh move on, jauh lagi.
.
Memaafkan juga adalah kunci perhubungan ukhuwwah sesama manusia, kerana jalinan ini perlu sarat dengan kasih sayang atas nama Rahman Pemurah dan Rahim Pengasihnya Allah, Pencipta kita.
.
Bagaimana kita boleh menyamakan diri kita dengan anak kita? Jika anak anda berusia 6 dan anda 36 tahun, beza 30 tahun asam garam dirasai tu, mana mungkin anda layak menyimpan hati, dendam dan menyalahkan si kecil itu, sedang Allah sendiri amat pengampun kepada hambaNya kita yang baaanyak sangat salahnya 😭
.
Key nya, jadilah seorang Pemaaf, kerana Allah Al Afuw amat pemaaf, dan sifat itu sudah ada dalam diri kita.
.
Saya merasakan, dan mempercayai, seorang anak, lagi kecil usianya, lagi kuat jati diri dan sifat Asmaul Husna Allah dalam dirinya.
.
Betapa seorang anak amat innocent, malah bijaksana jauh lebih smart dari kita, kerana kita banyak dipengaruhi judgement, hasil dari pengalaman lampau.
.
Betapa anak eczema saya jauh lebih berdisiplin dan penyabar dari saya, untuk mempelawa serta menyuakan makanan yang dia tidak boleh makan kepada saya, dan dia tetap berdisiplin tidak makan, kerana dia tahu dia akan kegatalan bila makannya.
.
Betapa hebat emosi dan kecerdikan anak kecil kita!
.
Kita? Banyak belajar dari mereka. Tentunya.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
.
Dah habis baca, pejam mata, cakap pada diri anda dengan penuh perasaan:
"Ya saya seorang ibu yang pengasih dan pemaaf".
16 311
Assalamualaikum
Selamat Pagi
Semoga semua urusan dan aktiviti yang kita rancang akan berjalan dengan lancar, baik dan berjaya hari ini.
Mulakan dengan niat dan perasaan yang positif.
Senyum selebarnya ya 😍.
Care ❤
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
16 311
The Parent Hut Podcast - Children Edition
Bagaimana nak bantu anak yang ada isu mula bercakap tidak benar?
.
https://open.spotify.com/episode/01qynKqNubRMhTueFPudRy?si=hwHRE8kRTAimBYKG25BUEw
.
.
16 311
Penulisan awal dulu ketika anak pertama usia 1.8 tahun, asbab sahabat wangi Pn Norhaini Sulaiman meminta menulisnya. Bagaimana mendorong anak untuk disiplin secara positif.
https://maznahibrahim.com/anak-makan-sepah/
16 311
Selamat bersedia ke sekolah nanti anak-anak.
https://maznahibrahim.com/persediaan-anak-ke-sekolah-setelah-cuti-lama-pkp/
16 311
Yang penting
kita mencuba dan terus mencuba,
berusaha dan terus berusaha.
Apa yang kita percayai kita terus perbuat,
Hasilnya Tuhan tetapkan bila masanya.
*dan tiada sesiapa yang berhak menjatuhkan self esteem kita ok (kecuali kita sendiri yang membenarkan orang lain melukakan hati kita)...
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
16 311
Yang penting
kita mencuba dan terus mencuba,
berusaha dan terus berusaha.
Apa yang kita percayai kita terus perbuat,
Hasilnya Tuhan tetapkan bila masanya.
*dan tiada sesiapa yang berhak menjatuhkan self esteem kita ok (kecuali kita sendiri yang membenarkan orang lain melukakan hati kita)...
CARE❤,
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
16 311
Bila Anak Kurang Dengar Kata, Cuba Cek Kita Berbicara Level Hubungan atau Fakta (Pemikiran)
Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik.
.
Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan.
.
.
Ibu: Abang ni janganlah pukul adik, adik tu kecil lagi.
.
Anak : Adik tu, dia kacau barang mainan Abang. Abang tak bagi. Mainan ni kan abang punya.
.
.
Nampak tak sesuatu di sini?
.
Anak mejawab pada logik pemikiran dan fakta si kecil, setara fakta si dewasa.
.
Fakta dewasa, cegah - jangan pukul adik sebab adik kecil, beza abang besar.
.
Fakta si kecil, adik salah sebab kacau mainan abang dan mainan itu abang yang punya.
.
.
Manusia tak kan selesai konflik, berbalah pabila cuba berlawan dengan fakta.
.
.
Sebab Manusia ni ada egonya.
.
Nak betul sentiasa. Dia betul.
.
Nak pertahankan idea pemikiran logik masing-masing.
.
Sekarang kita TUKAR.
.
Pindah ke level perhubungan.
.
Apa kekuatan perhubungan manusia?
.
Perasaan, ambil berat, niat baik, untuk pembinaan karektor jauh lagi, ke seluruh ummah. Generasi penerus kita.
.
.
Cuba begini.
.
Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik.
.
Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan.
.
Ibu: Skrip baru asertif.
.
✅Mulakan dengan diri Ibu, bukan point ke anak
✅Disusuli emosi kemanusiaan : bimbang atau risau. Ia ada unsur kasih sayang dan mendidik.
✅Diakhiri dengan solusi tindakan untuk si anak.
.
.
"Mama BIMBANG bila abang pukul adik, adik rasa SAKIT dan nanti besar sedikit adik pula akan pukul abang.
Sebab adik BELAJAR dari abang.
Mama tahu abang dan adik SAYANG satu sama lain (hypnoscriptkan mereka)
Mama YAKIN abang boleh jadi MODEL abang yang BAIK pada adik.
Abang cuma perlu bagitahu elok-elok kepada adik, "Adik, ini mainan abang. Boleh beri pada abang? Abang bagi ni nak? (ganti). (anak diajar skrip asertif kepada adik).
.
.
.
Hasil?
.
Comel sekali KN 2 tahun 1 bulan pula boleh bertahan sabar dan geram nya dan beri skrip asertif ke abangnya.
.
3 hari lalu,
.
di meja makan,
.
KN minta air (berebut air sejuk mereka ni, kebetulan satu saja, minta air sejuk kosong tapi kedai beri 1 air lain, air suam).
.
Abang Fateh tak beri sebab rasa itu air dia la kan. Dan sebab gaya KN minta tu macam nak nak juga. Keras. Mendesak.
.
.
Adik KN geram sangat (boleh lihat muka nya cebek menahan marah dan geram).
Adik KN diam. Dia bernafas dua kali.
Kemudian keluar skrip dia kepada Abang Fateh.
"Abang Ateh, boleh bagi adik air?"
😱
Abang bersinar mata, senyum suka dan terus kata :
"Boleh. Nah!".
Wah mak ayah terkesima lihat si kecil berupaya bernafas semasa marah dan tukar skrip selepas bernafas baik. Bernafas in hidung - out hidung tau ;)
.
.
Modelkan.
.
Budayakan.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Jemput ke telegram channel saya untuk perkongsian parenting dan psikologi anak anak
T.mazn.me/chan
#repost
#KN2tahunFateh5thn
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
