uz
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Kanalga Telegram’da o‘tish

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Parenting Maznah Ibrahim analitikasi

Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 16 269 obunachidan iborat bo'lib, Oilalar & Bolalar toifasida 964-o'rinni va Malayziya mintaqasida 2 367-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 16 269 obunachiga ega bo‘ldi.

22 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -122 ga, so‘nggi 24 soatda esa -4 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 5.48% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.43% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 891 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 395 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 23 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Oilalar & Bolalar toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

16 269
Obunachilar
-424 soatlar
-357 kunlar
-12230 kunlar
Postlar arxiv
Selamat Hari Bapa. Semasa kita kecil... Apabila kita takut, ayah ada. Apabila kita menangis, ayah ada. Apabila kita jatuh, ayah menghulurkan tangan. Apabila kita gembira, ayah turut tersenyum. Apabila kita melakukan kesilapan, ayah tetap ada untuk membimbing. Kadang-kadang kita hanya menyedari betapa pentingnya kehadiran seorang ayah apabila kita semakin dewasa. Rupa-rupanya, rasa selamat dalam sebuah keluarga bukan hanya datang daripada rumah yang dibina atau rezeki yang dibawa pulang. Ia juga datang daripada seorang ayah yang sentiasa memilih untuk hadir. Hadir ketika keluarga memerlukan perlindungan. Hadir ketika anak memerlukan keyakinan. Hadir ketika isteri memerlukan tempat bersandar. Dan mungkin itulah antara hadiah terbesar yang boleh diberikan oleh seorang ayah... Bukan kehidupan yang sempurna. Tetapi kehadirannya yang membuatkan keluarga berasa tidak bersendirian. Buat semua ayah, terima kasih kerana terus hadir walaupun tidak semua pengorbanan itu terlihat. Semoga Allah mengurniakan kekuatan, kesihatan dan keberkatan kepada setiap ayah. Selamat Hari Bapa. 🤍

photo content

Pernah tak kita tiba-tiba rasa tidak sedap hati? Cepat marah. Cepat terasa. Atau rasa serabut tanpa tahu kenapa. Hari ini saya ingin berkongsi satu perkara yang sangat mudah untuk dicuba. Apabila emosi mula terasa kuat, jangan terus mencari jalan untuk menghilangkannya. Sebaliknya, cuba berhenti seketika dan beri nama kepada emosi itu. Contohnya: "Saya sedang kecewa." "Saya sedang risau." "Saya sedang marah." Nampak macam perkara kecil. Tetapi kadangkala, apabila kita berjaya menamakan apa yang sedang kita rasa, fikiran menjadi sedikit lebih tenang. Kita tidak lagi hanya dibawa oleh emosi. Sebaliknya kita mula melihatnya dengan lebih sedar. Itulah langkah pertama sebelum kita memilih apa yang perlu dilakukan seterusnya. Semoga bermanfaat untuk diamalkan hari ini. 🌿 Jika topik seperti ini dekat di hati anda, saya jemput baca maklumat lanjut mengenai Webinar Payung Emosi di: 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/payung . .

photo content

Ramai orang fikir emosi perlu dikawal. Saya melihatnya sedikit berbeza. Kalau kita sedang memandu, lampu amaran pada dashboard menyala. Adakah perkara pertama yang kita buat ialah menutup lampu itu? Atau kita cuba faham apa yang sedang cuba diberitahu oleh kereta? Begitulah juga dengan emosi. Sedih, marah, takut, kecewa atau cemas bukan semestinya musuh. Kadangkala ia hanya sedang membawa mesej yang perlu kita dengar. Apabila kita terus menolak atau memendamnya, mesej itu tidak hilang. Ia cuma mencari cara lain untuk muncul. Sebab itu memahami emosi bukan bermaksud kita menjadi lebih emosional. Sebaliknya, kita belajar memberi respon yang lebih tenang dan lebih bijaksana apabila berdepan dengan cabaran kehidupan. Insya-Allah, itulah antara perkara yang akan kita terokai bersama dalam Webinar Payung Emosi. Kalau topik ini dekat di hati, saya jemput baca maklumat lanjut di sini: 👉https://webinar.maznahibrahim.com/payung Semoga Allah mengurniakan kita hati yang lebih tenang dan hikmah dalam setiap ujian yang dilalui.

photo content

Telefon kita selalu dicas. Bagaimana pula dengan diri kita? Malam ni mungkin ramai yang sedang membuat persiapan untuk esok. Telefon sedang dicas. Baju kerja dah siap. Beg pun mungkin dah dikemas. Semuanya supaya hari esok berjalan dengan lebih lancar. Tiba-tiba saya terfikir... Alangkah baiknya kalau kita juga sesekali memberi sedikit ruang kepada diri sendiri. Bukan kerana kita lemah. Bukan juga kerana kita tidak kuat. Tetapi kerana menjadi manusia itu memang meletihkan kadang-kadang. Setiap hari kita melalui pelbagai perkara. Ada yang menggembirakan. Ada yang menguji kesabaran. Ada yang kita simpan sendiri tanpa sempat bercerita kepada sesiapa. Sebab itu saya percaya, memahami emosi bukan bermaksud kita perlu mengubah siapa diri kita. Ia cuma membantu kita mengenali diri dengan lebih baik, supaya apabila berdepan dengan cabaran, kita mempunyai lebih banyak pilihan untuk menghadapinya. Insya-Allah, itulah antara perkara yang akan kita terokai bersama dalam webinar Payung Emosi nanti. Kalau rasa topik ini dekat di hati, saya jemput baca maklumat lanjut di bawah: KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/payung Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan mengurniakan ketenangan dalam setiap langkah yang kita lalui. 🤍

photo content

Salam Menyambut Awal Muharram 1448H. Esok cuti. Mungkin ada yang mengambil peluang untuk pulang bertemu keluarga. Mungkin ada yang merancang untuk berehat seketika daripada kesibukan harian. Dan mungkin ada juga yang sekadar menikmati masa bersama insan tersayang walaupun hanya sebentar. Apa pun perancangannya, semoga kita dapat menghargai momen-momen kecil yang sering terlepas dalam kesibukan kehidupan. Kerana kadangkala, ketenangan tidak datang daripada mempunyai lebih banyak masa. Tetapi daripada benar-benar hadir dalam masa yang kita ada. Sempena Awal Muharram ini, semoga kita juga diberi ruang untuk terus bertumbuh dan berhijrah menjadi versi diri yang lebih baik. Sedikit demi sedikit. Selangkah demi selangkah. Dan semoga tahun baru ini membawa lebih banyak keberkatan, ketenangan dan kebaikan dalam kehidupan kita. 🌿 Jika antara azam tahun baru anda adalah untuk lebih memahami diri, membina kesedaran emosi dan mengurus cabaran kehidupan dengan lebih baik, saya ingin menjemput anda menyertai webinar terbaru saya: ☂️ PAYUNG EMOSI Membina Coping Skills untuk Menghadapi Cuaca Kehidupan Maklumat lanjut >> https://webinar.maznahibrahim.com/payung Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.

photo content

photo content

Kita ajar anak pakai payung ketika hujan. Kita ajar anak pakai topi ketika panas. Tetapi berapa ramai antara kita yang pernah diajar apa perlu dibuat apabila hati sedang "hujan"? Apabila fikiran sedang berguruh? Apabila jiwa sedang dilanda ribut? Hakikatnya, setiap manusia akan melalui pelbagai "cuaca emosi" dalam kehidupan. Ada waktu kita berasa sedih. Ada waktu kita marah. Ada waktu kita takut, kecewa atau cemas. Kita tidak boleh menghalang semua emosi itu daripada hadir. Tetapi kita boleh belajar bagaimana untuk menghadapinya dengan lebih sihat. ☂️ WEBINAR PAYUNG EMOSI Membina Coping Skills untuk Menghadapi Cuaca Kehidupan Dalam webinar ini, Dr. Maznah Ibrahim akan memperkenalkan satu alat kreatif dan praktikal yang dinamakan Payung Emosi. Melalui konsep yang mudah difahami, peserta akan belajar: ✅ Mengenali "cuaca emosi" yang sering hadir dalam kehidupan ✅ Memahami fungsi sebenar emosi ✅ Mengenal pasti coping skills yang sihat ✅ Membezakan strategi yang membantu dan yang memudaratkan ✅ Membina Payung Emosi peribadi yang boleh digunakan berulang kali apabila diperlukan Kerana kadangkala apa yang kita perlukan bukanlah menghilangkan emosi... Tetapi mempunyai payung yang cukup kuat untuk melaluinya. 👨‍👩‍👧‍👦 Webinar ini bukan hanya untuk ibu bapa. Ia terbuka kepada semua orang dewasa yang ingin memahami dan mengurus emosi dengan lebih baik. Juga sesuai untuk remaja yang ingin membina coping skills yang sihat sejak awal. 📅 11 Julai 2026 (Sabtu) 🕘 9.00 malam 🎙️ Dr. Maznah Ibrahim (Kaunselor Berdaftar) Daftar di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/payung?utm_campaign=pyg-tc1 Yuran Early Bird RM49 sahaja p/s: Early Bird tamat 12 Jun, 11.59 malam.

photo content

Alhamdulillah ❤️ Saya sangat bersyukur menerima perkongsian ini daripada Puan Rina. Terima kasih kerana sudi bersama saya dalam sesi Webinar Oxygen Within. Saya gembira apabila sesi ini dapat memberi sedikit kelegaan dan ruang untuk memahami apa yang sedang berlaku dalam diri dengan lebih tenang. Semoga segala yang diperoleh sepanjang sesi menjadi asbab kepada lebih banyak ketenangan, kekuatan dan kebaikan pada hari-hari yang mendatang. Jika anda terlepas sesi ini dan ingin merasai pengalaman yang sama, rakaman Webinar Oxygen Within masih tersedia dan boleh ditonton pada bila-bila masa. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen Dr. Maznah Ibrahim . .

photo content

Korban Hati Ibu Ayah [Sempena Aidiladha] https://youtube.com/shorts/PaFRoSAZpiA?si=xxT1L5H7GHv28u41 .

Lagu untuk Ibu Ayah (Oxygen Within - Bernafaslah Ibu Ayah) https://youtube.com/shorts/UjbRF-v3t_Y?si=Zd98Kn7SAilF-TuO. .

Bila kali terakhir anda benar-benar berhenti... bukan untuk berehat. Tetapi untuk mendengar apa yang sedang berlaku dalam diri sendiri? Ramai ibu bapa sangat pandai menjaga orang lain. Tetapi dah terlalu lama menangguhkan diri sendiri. Teruskan saja. Tahan saja. Nanti okay lah. Sedangkan kadang-kadang... yang paling perlukan perhatian bukan anak dahulu. Tetapi diri yang dah terlalu lama kehabisan "oxygen". Malam ini kita akan melalui proses: >> Visualise >> Feel >> Process >> Reset Bukan sekadar memahami emosi. Tetapi mengalami sendiri proses melihat dan memprosesnya. Sesi akan bermula tidak lama lagi ❤️ 🕘 9.00 malam Jika anda masih berkira-kira untuk join, ini panggilan terakhir sebelum pintu webinar dibuka. >> https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen?utm_campaign=o2-tc21 . .

photo content

Ramai ibu bapa sebenarnya dah tahu: > jangan cepat marah > kena sabar > kena dengar anak Tetapi bila badan penat... bila kepa
Ramai ibu bapa sebenarnya dah tahu: > jangan cepat marah > kena sabar > kena dengar anak Tetapi bila badan penat... bila kepala terlalu penuh... bila emosi dah lama dipendam... reaction tetap keluar juga. Sebab itu malam ini dalam Oxygen Within, kita bukan fokus kepada menambah lagi teori parenting. Tetapi melihat apa yang berlaku dalam diri kita sendiri. Kerana kadang masalah sebenar bukan kurang ilmu. Tetapi terlalu banyak perkara yang belum sempat diproses. Oxygen Within Regulate Yourself, Reconnect Your Child Malam ini >> 9.00 malam Jika anda sudah daftar, jumpa malam nanti Jika belum, ini peluang terakhir untuk sertai sesi live kali ini. >> https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen . . .