cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

UiTO Channel:Bid'ah Nusantara

Membicara amalan bidaah yg berlaku di nusantara. Pautan untuk di kongsi t.me/BidaahNusantara Channel rasmi t.me/UiTOSaluranRasmi Channel tazkirah t.me/tazkirah Channel Rektor t.me/BicaraCR

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
503
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-17 kunlar
-130 kunlar
Postlar arxiv
Repost from Kisah Ulama
Siapakah yang Paling Bagus Amalannya? Allah Ta'ala berfirman, {الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا} "Dialah Allah yang menciptakan adanya kematian dan kehidupan, untuk menguji siapa di antara kalian yang paling baik amalnya." (QS al-Mulk [67]: 2) Berkata al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah rahimahullahu--menafsirkan ayat ini: "Berkata al-Fudhail bin 'Iyyadh rahimahullahu, ﻫﻮ أخلصه ﻭﺃﺻﻮﺑﻪ . ﻗﺎﻟﻮا ﻳﺎ ﺃﺑﺎ ﻋﻠـي : ﻣﺎ ﺃﺧﻠـصه ﻭﺃﺻﻮﺑﻪ؟ ﻗﺎﻝ : ﺇﻥ اﻟﻌﻤﻞ ﺇﺫا ﻛﺎﻥ ﺧﺎﻟﺼﺎ ﻭﻟﻢ ﻳﻜﻦ ﺻﻮاﺑﺎ. ﻟﻢ ﻳﻘﺒﻞ . ﻭﺇﺫا ﻛﺎﻥ ﺻﻮاﺑﺎ ﻭﻟﻢ ﻳﻜﻦ ﺧﺎﻟﺼﺎ ﻟﻢ ﻳﻘﺒﻞ، ﺣﺘﻰ ﻳﻜﻮﻥ ﺧﺎﻟﺼﺎ ﺻﻮاﺑﺎ، ﻭاﻟﺨﺎﻟﺺ : ﻣﺎ ﻛﺎﻥ ﻟﻠﻪ، ﻭاﻟﺼﻮاﺏ : ﻣﺎ ﻛﺎﻥ ﻋﻠﻰ اﻟﺴﻨﺔ. Yakni yang paling ikhlas dan yang paling benar. Maka mereka berkata, "Wahai Abu Ali, apa yang dimaksud yang paling ikhlas dan paling benar?" Beliau menjawab, "Sesungguhnya sebuah amalan, apabila ikhlas tetapi tidak benar (tidak sesuai bimbingan Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam), maka amalan tersebut tidak diterima. Demikian pula apabila sebuah amalan benar, tetapi tidak ikhlas maka tidak diterima pula. Sampai amalan tersebut ikhlas dan benar. Ikhlas apabila seorang meniatkan dari amalannya hanya untuk Allah. Benar adalah yang sesuai di atas Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. [Sumber: Tafsir Ibnul Qayyim, jlid 1, hlm. 78] Kumpulan Kisah dan Quote Ulama:: https://telegram.me/kisahulama Versi website | https://ulamabertutur.web.id Channel Ulama Bertutur | https://www.youtube.com/@UlamaBertutur [berbagi hadits, menebar manfaat | https://t.me/berbagihadits]
Hammasini ko'rsatish...
00:58
Video unavailableShow in Telegram
𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗠𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗦𝘆𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗬𝗼𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲: https://youtube.com/shorts/K2Yfgu0dcBQ 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸: https://vt.tiktok.com/ZSFtBgy8y 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸: https://www.facebook.com/reel/1111551203397639 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺: https://www.instagram.com/reel/C50LnFvByRf 𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗳𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗗𝗜𝗦 🫱🏻‍🫲🏽 Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Va1s9U0HltYIiPyD5U14 Telegram: https://t.me/penaustazidrissulaiman Salurkan sumbangan anda kepada Surau melalui: BANK ISLAM No. Akaun: 12092010017971 SURAU AL HIDAYAH Semoga bermanfaat dan sebar-sebarkan. بارك الله فيكم.
Hammasini ko'rsatish...
videoplayback.mp42.86 MB
00:55
Video unavailableShow in Telegram
439022247_3817660818477474_2730616954125830505_n.mp410.24 KB
Amalan syaitan yang membawa pelakunya ke neraka, mustahil amalan sebegini dan fahaman sebegini membawa ke syurga dengan redhaNya.
Hammasini ko'rsatish...
Repost from @manhajulhaq
Mencari Wasilah dari Orang Saleh yang Sudah Mati Bukan Petunjuk Nabi... Allah ta'ala berfirman, أُوْلَئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا “Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari wasilah (jalan yang mendekatkan) kepada Tuhan mereka, siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah) dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah sesuatu yang (harus) ditakuti.” (QS. Al-Isra’: 57) ✍🏻 Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu 'anhu berkata, “Ayat ini turun mengenai segolongan orang Arab yang menghamba kepada segolongan jin, tetapi kemudian para jin tersebut masuk Islam, sedangkan orang-orang yang menyembah para jin itu tetap dalam penghambaannya (yang batil), dan tidak mengetahui keislaman para jin itu maka Allah mencela perbuatan mereka.” 🧷 Tafsir Al-Baghawi (5/101) Kini sekelompok orang mengajak manusia mencari wasilah dari orang-orang saleh yang sudah mati, padahal orang-orang saleh itu berlepas diri dari perbuatan mereka. #manhajulhaq
Hammasini ko'rsatish...
Repost from @manhajulhaq
Mengkeramatkan Kuburan Bukan Tradisi Muslimin Tapi Tradisi Ahli Kitab.. Dari Aisyah Ummul Mukminin radhiyallahu 'anha bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan, لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد "Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nashara mereka menjadikan kuburan para Nabi mereka sebagai masjid (tempat ibadah)." HR. Al-Bukhari (1390) dan Muslim (529) ✍🏻 Al-Imam Al-'Allamah Ahmad bin Ali Al-Maqrizi Asy-Syafii rahimahullah berkata, "Jika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah melaknat siapa saja yang menjadi kuburan para Nabi dan orang-orang saleh sebagai masjid yang dikerjakan shalat padanya, maka bagaimana lagi dengan kuburan yang dikultuskan sebagai sesembahan selain Allah?" 🧷 Ifadatul Mustafid (hlm. 73) Semoga Allah memberi tawfiq kaum muslimin kepada tauhid yang murni, Mengampuni dosa-dosa kita.. Dan menjauhkan kita semua dari tradisi kemusyrikan. #manhajulhaq
Hammasini ko'rsatish...
Repost from @manhajulhaq
Benarkah Wali Qutub Rajanya Para Awliya'? Syaikh Al-'Allamah bin Baz rahimahullah, "Di antara keyakinan absurd kalangan penganut tarekat shufiyah i'tiqad mereka adanya sebagian awliya' yang menjadi sekutu bagi Allah yang turut campur mengatur alam semesta. Mereka menamakan para awliya' itu dengan sebutan Wali Qutub, Wali Ghauts, Wali Autad dan nama-nama lainnya yang mereka ada-adakan sebagai ilah-ilah mereka. Keyakinan semacam ini termasuk kesyirikan yang paling jelek dalam hal rububiyyah. Dan keyakinan ini lebih fatal dari kesyirikan yang dianut orang-orang Arab jahiliah terdahulu, dimana mereka menyekutukan Allah dalam perkara ibadah bukan rububiyyah-Nya.." 🧷 Majmu' Fatawa (1/26) Rububiyyah yakni mengesakan Allah dalam penciptaan, pengatur alam, memberi rezeki, menghidupkan dan mematikan. Yakni hanya Allah semata yang Maha Pencipta, mengatur alam, memberi rezeki, menghidupkan dan mematikan. #manhajulhaq
Hammasini ko'rsatish...
Repost from @manhajulhaq
Photo unavailableShow in Telegram
فكيف به في هذا اليوم الذي فيه النساء يلبسن ويتحلين ابتداء، ويتجملن فيه بغاية الزينة مع عدم الخروج فكيف بهن في الخروج في هذا اليوم فتراهن يوم العيد على القبور متكشفات قد خلعن جلباب الحياء عنهن، فبدل لهم موضع السنة محرما ومكروها، فالمكروه في كونه أخرهم عن سرعة الأوبة إلى الأهل؛ لأنها السنة كما تقدم، والمحرم ما يشاهد الزائر من أحوالهن في المقابر على الصفة المذمومة المتقدمة، ثم انظر رحمنا الله وإياك إلى هذه المفاسد المذكورة كلها لم يقنع الشيطان Maksudnya: "Bagaimanakah halnya pada hari ini perempuan berpakaian dan berhias, awalnya mencantikkan diri mereka dengan perhiasan paling cantik tanpa menonjolkan diri mereka. Tetapi kenapa pada hari raya mereka keluar mendedahkan diri di kuburan, menanggalkan rasa malu dari diri mereka? Syaitan telah mengubah untuk mereka tempat sunnah sebagai haram dan makruh. Makruh - melewatkan diri dari bersegera pulang menziarahi tetangga, kerana ia sunnah sebagaimana telah disebutkan. Haram - apa yang disaksikan oleh penziarah kubur akan keadaaan perempuan dikawasan perkuburan atas sifat tercela sebagaimana telah disebutkan. Lihatlah (moga Allah mengasihi kami dan kamu) akan perkara mafsadah yang disebutkan tadi, setiap perkara itu masih belum memuaskan syaitan." Ibn al-Haj juga turut mengatakan ia adalah fitan yang menimpa ramai manusia. Alim-ulama hanya mendiamkan diri. Mereka sekadar manasihati tetapi tidak mengingkari perbuatan tersebut: وقد يفتتن بهن كثير من الناس، ويسكت لهن العالم وغيره ويعظونهن ولا ينكرون عليهن ذلك فإنا لله وإنا إليه راجعون Maksudnya: "Ramai orang telah ditimpa fitan (akan perbuatan perempuan tersebut), orang alim dan lain-lain berdiam diri akan perbuatan itu. Mereka menasihati perempuan tersebut tetapi tidak mengingkari akan perbuatan perempuan tersebut. Inna lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un." *Muhammad 'Abd al-Salam al-Nasiri* [wafat 1239H] Ulama Maghribi ini berkata dalam kitabnya al-Mazaya fima Hadatha min al-Bid'i Bi Ummi al-Zawaya: نص الفقهاء على أن زيارة القبور يوم العيد مكروهة، لأن العيد يوم سرور للمسلمين، وزيارة القبور تتنافى السرور المطلوب، لأن رؤيتها تورث الحزن Maksudnya: "Para fuqaha telah mencatatkan bahawasanya menziarahi kuburan pada hari raya adalah makruh, kerana hari raya hari untuk bergembira bagi orang Islam, (manakala) menziarahi kuburan menidakkan kegembiraan yang dituntut (dalam Islam), kerana menyaksikan (menziarahi) perkuburan itu menyebabkan kesedihan." Abu al-'Abbas al-Wansharisi [834H-914H] Kata ulama Algeria bermazhab Maliki ini di dalam kitabnya al-Mi'yar al-Mu'rib: تخصيص زيارة قبور القرابات في الأعياد بــدعـــة عظيمة إن كان الاعتقاد أن في ذلك اليوم زيادة على غيره من الأيام وان كان لتفرغه ذلك اليوم من اشغاله فوجد فرغة فلا باس بدلك نص عليه القاضي أبو الوليد بن رشد في "جامع البيان" في زيارة القرابة الأحياء في الأعياد وكذلك الأموات Maksudnya: "Mengkhususkan ziarah kubur kaum kerabat pada hari perayaan adalah bid'ah besar sekiranya mempercayai ia menambah (sesuatu yang baik) ke dalam agama berbanding hari-hari lain. Sekiranya pada hari itu beliau berkelapangan maka tidak mengapa beliau menziarahi kuburan sebagaimana dicatatkan oleh al-Qadhi Abu al-Walid bin Rushd dalam kitab "Jami' al-Bayan" mengenai ziarah kaum kerabat yang masih hidup dan mati pada hari raya." Sumber penulisan : Ustaz Khairul Ikhwan hafizahullah dengan sedikit suntingan. https://www.facebook.com/share/SARJKuNrRrTYgbcV/?mibextid=xfxF2i
Hammasini ko'rsatish...
Baru tengok video Izz Al-Qadiri macam biasa lah dengan React syok sendiri tu. Hakikatnya, kenyataan atau pendapat Dr MAZA mahupun Fulan seorang lagi tu tiada masalah pun kerana kedua nya nak bagitahu amalan sedemikian tiada dalil khusus menuntut melakukan ziarah pada hari raya. Namun, mereka berdua tidak juga mengatakan amalan sedemikian bid'ah mahupun pengamal nya sebagai sesat. Akan tetapi terdapat Pendapat sebahagian Ulama mazhab Maliki membidaah amalan Mengkhususkan Amalan Ziarah kubur pada Hari raya dan mengatakan ia Talbis syaitan pada manusia. Walhal, mereka bukan lah Wahabi. Ibn al-Haj al-Maliki [wafat 737H] Ulama bermazhab Maliki ini berkata di dalam kitabnya al-Madkhal: انظر رحمنا الله تعالى وإياك إلى مكيدة إبليس اللعين كيف يتبع السنن واحدة واحدة ويلقي لمن يقبل منه وسوسته حججا لترك تلك السنة واستعمال غيرها بما يظهر لهم أنه عبادة وهو في الباطن محرم بين، أو بدعة بينة، يرى ذلك ويعلمه من له نور Maksudnya: "Lihatlah (moga Allah mengasihi kami dan kamu) akan tipu daya iblis terkutuk bagaimana mereka (iblis) mengikuti sunnah satu-persatu dan melemparkan was-was sebagai hujah terhadap orang yang ingin mengamalkan sunnah, agar mereka (manusia) meninggalkan sunnah serta mengamalkan selainnya, kerana bagi mereka secara zahirnya ia adalah ibadat, walhal secara batinnya ia haram yang jelas, atau bid'ah yang jelas. Itulah hakikatnya dan hanya orang yang mempunyai nur mengetahuinya." Kata Ibn al-Haj, sunnah selepas solat hari raya ialah bersegera pulang menemui ahli keluarga atau jiran tetangga ketika 'Aid al-Fitr, atau bersegera menyembelih binatang sembelihan ketika 'Aid al-Adha: ألا ترى أن السنة قد وردت في العيد بإسراع الأوبة بعد الصلاة إلى الأهل، وما ذاك إلا لقطع تشوف الأهل لورود صاحب البيت وذكاة الأضحية إن كانت واجتماعهم وفرحهم بذلك في ذلك اليوم Maksudnya: "Tidakkah kamu lihat bahawasanya telah tercatat sunnah pada hari raya untuk bersegera kembali kepada tetangga selepas solat? Ia tidak lain untuk memastikan kesediaan menerima ketibaan tetangga (pada hari 'Aid al-Fitr) dan menyembelih binatang sembelihan (pada hari 'Aid al-Adha). Berhimpun dan bergembiralah mereka pada hari tersebut." Kata Ibn al-Haj, adalah sifat iblis menipu manusia sehingga manusia menganggap menziarahi kubur selepas solat hari raya adalah ibadah atau sunnah: ومن عادته الذميمة أنه لا يأمر بترك سنة حتى يعوض لهم عنها شيئا يخيل إليهم أنه قربة Maksudnya: "Dan diantara adat kebiasaan tercela iblis/syaitan ialah ia tidak menyuruh meninggalkan sunnah, sehinggalah ia menggantikan untuk mereka (manusia) sesuatu amalan dan mengaburi mereka bahawa ia adalah qurbah (amalan yang mendekatkan diri pada Allah)." Iblis telah mengubah pemikiran manusia dengan mengatakan menziarahi kuburan pada hari tersebut adalah amalan baik (sunnah) dan menambah kecintaan pada si mati: عوض لهم عن سرعة الأوبة زيارة القبور قبل أن يرجعوا إلى أهليهم يوم العيد وزين لهم ذلك وأراهم أن زيارة الأقارب من الموتى في ذلك اليوم من باب البر وزيادة الود لهم وأنه من قوة التفجع عليهم، إذ فقدهم في مثل هذا العيد، وفي زيارة القبور في غير هذا اليوم من البدع، والمحرمات ما تقدم ذكره في زيارة القبور Maksudnya: "(Iblis) telah menggantikan (amalan) untuk mereka agar segera menziarahi kuburan sebelum mereka pulang menemui ahli tetangga pada hari raya dan iblis telah mencantikkan amalan tersebut (sehingga) manusia merasakan amalan menziarahi kuburan saudara-mara yang telah mati pada hari tersebut sejenis amalan kebaikan, menambah kecintaan pada si mati kerana ia suatu ketekadan dialami oleh mereka (yang mana jika ditinggalkan) mereka tidak mendapat manfaat pada hari raya ini, (seakan) menziarahi kuburan selain pada hari raya ini adalah bid'ah, dan ia antara perkara-perkara haram sebagaimana telah dikemukakan mengenai ziarah kuburan." Kata Ibn al-Haj, ia menjadi makruh dan haram. Makruh apabila meninggalkan sunnah, iaitu melewatkan diri untuk tidak segera pulang menziarahi keluarga dan tetangga. Ia juga menjadi haram kerana pada hari raya lazimnya perempuan akan memakai pakaian tercantik dan berhias menonjolkan diri di kawasan perkuburan untuk tatapan orang ramai.
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
00:25
Video unavailableShow in Telegram
Ritual
Hammasini ko'rsatish...
427442053_719624913649670_8277958430281912357_n.mp41.35 MB
Dari Ibnu ‘Umar, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka.” (HR. Ahmad 2: 50 dan Abu Daud no. 4031. Syaikhul Islam dalam Iqtidho‘ 1: 269 mengatakan bahwa sanad hadits ini jayyid/bagus. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih sebagaimana dalam Irwa’ul Gholil no. 1269) Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari kakeknya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا “Bukan termasuk golongan kami siapa saja yang menyerupai selain kami” (HR. Tirmidzi no. 2695. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan). Kenapa sampai kita dilarang meniru-niru orang kafir secara lahiriyah? Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata, أَنَّ الْمُشَابَهَةَ فِي الْأُمُورِ الظَّاهِرَةِ تُورِثُ تَنَاسُبًا وَتَشَابُهًا فِي الْأَخْلَاقِ وَالْأَعْمَالِ وَلِهَذَا نُهِينَا عَنْ مُشَابَهَةِ الْكُفَّارِ “Keserupaan dalam perkara lahiriyah bisa berpengaruh pada keserupaan dalam akhlak dan amalan. Oleh karena itu, kita dilarang tasyabbuh dengan orang kafir” (Majmu’ Al Fatawa, 22: 154). Di tempat lain dalam Majmu’ Al Fatawa, beliau berkata, فَإِذَا كَانَ هَذَا فِي التَّشَبُّهِ بِهِمْ وَإِنْ كَانَ مِنْ الْعَادَاتِ فَكَيْفَ التَّشَبُّهُ بِهِمْ فِيمَا هُوَ أَبْلَغُ مِنْ ذَلِكَ ؟! “Jika dalam perkara adat (kebiasaan) saja kita dilarang tasyabbuh dengan mereka, bagaimana lagi dalam perkara yang lebih dari itu?!” (Majmu’ Al Fatawa, 25: 332)
Hammasini ko'rsatish...
02:30
Video unavailableShow in Telegram
434672388_216946568175454_6712246218983392595_n.mp46.77 MB
11:05
Video unavailableShow in Telegram
Saved by @download_it_bot Podcast yg bertajuk "Bahaya Pemikiran Radikal" oleh Ustz Engku dan Ustz Wadi. Jika saudara islam yg MELARANG saudara yg lain dari melakukakn amalan... | By Anonymous participantFacebook Podcast yg bertajuk "Bahaya Pemikiran Radikal" oleh Ustz Engku dan Ustz Wadi. Jika saudara islam yg MELARANG saudara yg lain dari melakukakn amalan bid'ah dan syirik dari sudut ilmiah, adakah dianggap radikal?? bahaya sungguh mereka ini Bagi menjaga ketulenan islam. Bid'ah sekecil mna pun wajib dilawan. Cinta Rasul smpi konsert bagai, maulid tiap2 tahun. Tapi Bohong tok guru!!🤌 Semoga kita dijauhkan dari pemikiran bgini. Harap pengikutnya sedar dan ustaz ini menimba lagi ilmu, bkn dgn talaqi gunung jerai atau habibiol. · اَللّٰهُ أَعْلَم‎
Hammasini ko'rsatish...
podcast_yg_bertajuk_bahaya_pemikiran_radikal_oleh_ustz_engku_dan.mp428.32 MB
Repost from Ustaz Abid Annuriyy
قال الإمام الفريابي (٢١٢ه‍) «مَن قَال: إنَّ اللَّه لِيسَ عَلى عَرشِهِ فَهُو كَافِر» البخاري ، خلق أفعال العباد ( ٢ / ٣٩ )
Hammasini ko'rsatish...
Repost from Ustaz Abid Annuriyy
Sufiyyah adalah Quburiyyah dan Turuqiyyah . Pada abad ke 6, sufiyyah mencipta amalan sesat quburiyyah, mawlid, bid’ah-bid’ah, khurafat-khurafat dan tariqat-tariqat. Muncul tariqat Rifa’iyyah di Iraq, tariqat Badawi dan tariqat Shazili di Mesir. Mereka itu majhul (tidak dikenali) dan meragukan. . Dikatakan tokoh-tokoh tersebut sebenarnya adalah pengintip dan talibarut Syiah Batiniyyah. Dalam diam, mereka mengangkat ‘Ubaydi pemerintah Shi’ah Fatimiyyah sebagai tuhan. . Tariqat sufiyyah adalah satu kelompok yang diasaskan dengan perintah Nabi kononnya, yang ditemui dalam mimpi atau secara yaqazah (jaga), kononnya untuk melakukan upacara tazkiyah (pembersihan diri) dan tarbiyah, ‘uzlah, zikir-zikir, wirid-wirid, dan qasidah-qasidah sehingga sampai kepada ma’rifat Allah. Mereka juga mendakwa tariqat itu diambil dari guru ke guru dengan sanad bersambung sehinggalah kepada ‘Ali ibn Abi Talib dan Abu Bakr sehingga kepada Rasulullah saw. . Menurut penganut agama sufiyyah, tariqat ‘Ali dan Abu Bakr itu akhirnya sampai kepada al-Junayd. Dari al-Junayd terpecah kepada 2 tariqat iaitu Khalwatiyyah dan Naqshabandiyyah. Agama Tariqat kekal dalam dua aliran ini sehingga muncul 4 wali besar (wali qutb), iaitu Ahmad ibn ‘Ali al-Rifa’ei, ‘Abd Qadir al-Jaylani, Ahmad al-Badawi dan Ibrahim al-Dusuqi. Dari 4 tariqat ini, muncul beratus-ratus tariqat. Setiap pemimpin agama tariqat mengangkat dirinya sebagai shaykh, ‘alim dan wali, menisbahkan dirinya kepada ahlul bayt secara dusta. . Semua tariqat mendakwa mereka mengikuti aqidah ASWJ mazhab Asha’irah Maturidiyyah atau Ahl al-Hadith. Mereka mendakwa mengikuti fiqh 4 mazhab. Mengikuti al-Junayd dan al-Ghazali. . Upacara tazkiyah dan tarbiyah dalam agama sufiyyah berkembang kepada bentuk yang lebih sesat, lebih bid’ah dan lebih buruk. Mereka mencipta tarian, beribadah dengan gendang-gendang dan tabla, nasyid-nasyid, lagu-lagu dan alat-alat muzik. Semua itu adalah munkar dan bid’ah. /
Hammasini ko'rsatish...
Ulama Ahli Kalam Bukanlah Ulama . Al-Imam al-Shafi’ei berkata, “Tidaklah manusia menjadi bodoh melainkan kerana mereka meninggalkan bahasa arab dan cenderung kepada bahasa Aristotle.” Bahasa arab adalah jelas dan tegas. Bahasa Aristotle adalah Bahasa batiniyyah, berbelit dan putar alam. . Ulama kalam (Jahmiyyah, Mu’tazilah, Kullabiyyah, Asha’irah, Maturidiyyah, Sufiyyah) adalah golongan jahil, tahrif dan zanadiqah, bukan ulama. Ini ijma’. Bagaimanakah mereka boleh dianggap ulama sedangkan mereka telah berpaling dari aqidah islam yang jelas dalam al-Quran, hadith sahih dan ijma’, lalu mengambil aqidah dari sumber lain, yakni dari ilmu kalam dan falsafah musyrikin, mimpi-mimpi, khayalan dan lintasan hati. ! . Termasuk Ahli Kalam sesat juga ialah ahli tasawwuf (sufiyyah dan turuqiyyah). Tasawwuf dan ahli tasawwuf hendaklah dijauhi kerana mereka itu bid’ah, sesat dan menyesatkan. . Antara buku-buku tasawwuf yang didalamnya terdapat kesesatan ialah buku-buku al-Ghazali, al-Hikam oleh Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari, Risalah Qushayriyyah, Qawa’id Tasawwuf oleh Ahmad Zarruq, Qut al-Qulub Abu Talib al-Makki, Dala’il al-Khayrat, buku-buku Jalal al-Din al-Rumi, Ibrahim Dusuqi, Ibn ‘Arabi, Ahmad Rifa’ei, ‘Abd al-Wahhab al-Sha’rani dan lain-lain. . Antara buku tasawwuf alam melayu ialah Minhaj al-‘Abidin, Sayr al-Salikin, Hidayah al-Salikin, dll. . Antara bahaya kitab-kitab tasawwuf ialah . -membawa kepada kerahiban, kebencian kepada dunia secara melampau dan meninggalkan dunia secara total kononnya kerana telah sampai maqam tajrid. -Penggunaan hadith-hadith palsu, -ibadah rekaan, zikir bid’ah dan selawat bid’ah, -serta pendewaan tokoh-tokoh sufiyyah melebih Nabi dan bahkan melebihi Tuhan. -Yang lebih bahaya membawa kepada syirik akbar hulul, ittihad dan wahdatul wujud yang merupakan kufr riddah. ASWJ cukup dengan kitab-kitab Zuhd dan Riqaq Ibn al-Mubarak, Ahmad ibn Hanbal, kitab Zuhd dalam kitab hadith Sunan Sittah, Zuhd Abi Dawud, Zuhd Ibn Abi al-Dunya dan semua karangan beliau, al-Zuhd oleh Waki’ ibn al-Jarrah (w197H), Hannad ibn al-Sari (w243H), Minhaj al-Qasidin, Maw’izat al-Mu’minin oleh al-Qasimi, Madarij al-Salikin, al-Jawab al-Kafi, Tariq al-Hijratayn, Lata’if al-Ma’arif, Riyadh al-Salihin, al-Targhib wa al-Tarhib al-Munziri, Akhlaq Hamalat al-Qur’an oleh al-Ajurri, Tazkiyat al-Nafs Ibn Taymiyyah, Hilyat Talib al-‘Ilm, al-Adhkar, al-Wabil al-Sayyib, Hisn al-Muslim. Buku tentang sejarah para tokoh antaranya Hilyat al-Awliya’, Sifat al-Safwah, Sayd al-Khatir (terdapat beberapa kesilapan), Tarikh Dimashq, Tarikh Baghdad al-Khatib, dan Siyar A’lam al-Nubala’. Tinggalkan tasawwuf dan tariqat sesat, agar tidak ditipu lagi. Kandas di dunia dan di Ākhirat. Tariqat sesat tujuan nya meninggalkan solat dan membawa kepada zina. Cukuplah dengan Al-Quran hadis dan mutiara salaf yang terkandung didalam nya ilmu zuhd, warak dan riqaq Penyakit pemarah dan panas baran wajib diubati. Jangan dibiarkan. Pemarah boleh menjadi penjenayah dan pembunuh. Baca kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab hadith zuhd dan riqaq, kitab-kitab tasawwuf yang telah ditahzib, menziarahi kubur agar hati menjadi lembut. Antara yang terbaik kitab Da'awat Sahīh al-Bukhari, Kitab Zikir Sahīh Muslim, Riyadh al-Sālihīn dan al-Azkār. Bawa diri berjalan-jalan, berdakwah ke tempat-tempat yang jauh In shāllāh, hati akan terubat
Hammasini ko'rsatish...
*MANDI SUNAT MALAM RAMADHAN* Antara salah satu amalan sunnah yang ditinggalkan oleh umat Nabi ﷺ di bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini ialah mandi sunat pd tiap² malam Ramadhan. Al-Imam Bajuri sebutkn… "Dan sisa mandi2 yang disunatkan telah disebutkan dalam kitab-kitab yang panjang pembahasannya. Di antaranya adalah membersihkan badan kerana hendak memasuki kota Madinah,... dan setiap malam di bulan Ramadhan. Imam al-Adzra’i pula hanya membataskam kepada orang yang hendak menghadiri berjamaah, sementara menurut pendapat yang muktamad tidak ada pembatasan dalam hal itu." _-كتاب حاشية البيجوري على شرح إبن قاسم الغزي (ج١ ص١٩٠)-_ # Amat rugi jika kita meninggalkannya kerana amalan ini hanya khusus di bulan ramadhan, tidak di bulan lainnya. Masuk waktu bermula bagi orang yng hendak mandi sunat ini ialah selepas maghrib dan sebelum isyak. Lafaz niatnnya, نَوَيْتُ أَدَاءَ اْلغُسْلِ اْلمَسْنُوْنِ لِيْ فِيْ هَذِهِ اللَّيْلَةِ مِنْ رَمَضَانَ لله تَعَالَى Artinya: Aku berniat menjalankan mandi yang disunnahkan kepadaku pada malam ini di bulan Ramadhan karena Allah Taala.
Hammasini ko'rsatish...
Repost from @manhajulhaq
✍🏻 Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah, ليس لأحد أن يضع للناس عقيدة ولا عبادة من عنده بل عليه أن يتبع ولا يبتدع ويقتدي ولا يبتدي "Tidak ada seorangpun yang diizinkan membuat akidah tidak pula ibadah yang bersumber dari akal pikirannya, bahkan yang diwajibkan atas seseorang adalah mengikuti petunjuk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan tidak mengada-ada dalam urusan agamanya, wajib meneladani jalan beliau shallallahu 'alaihi wasallam bukan dirinya yang memulai." 🧷 Majmu' Fatawa (11/490) #manhajulhaq
Hammasini ko'rsatish...
00:43
Video unavailableShow in Telegram
10000000_702268205398284_4988892348439977340_n.mp414.03 MB
Tokoh Sufi Bertaubat dan Menjadi Salafi OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi Ini sebahagian kecil daripada senarai panjang ulama-ulama yang bertaubat daripada aliran Asha'irah-sufi dan bergabung bersama-sama ulama Salafi. Syeikh Mahmud Shukri al-Alusi pada awalnya cenderung kepada tasawwuf dan pernah mengarang syarah ke atas sebuah qasidah memuji tarekat Rifa'iyyah. Kemudian beliau berubah menjadi seorang Salafi, membantah sufi, dan membela Ibnu Taymiyyah. Latar belakang Syeikh Muhammad b. al-Siddiq al-Zamzami sebagai seorang sufi tidak perlu dipertikaikan, kerana beliau adalah adik kepada Syeikh Abd 'Allah dan Ahmad al-Ghumari, dua tokoh sufi yang masyhur. Beliau juga kemudiannya berpegang kepada manhaj Salafi dan mengarang kitab menyerang ahli tarekat. Syeikh Taqiyy al-Din al-Hilali pula mulanya pengikut tarekat Tijaniyyah, lalu bertaubat dan menulis risalah mentahzir tarekat tersebut. Syeikh Muhammad Khalil Harras pula lahir dari rahim al-Azhar, menguasai ilmu kalam, mantiq, dan falsafah, dan asalnya terlalu memusuhi Ibnu Taymiyyah. Namun, dengan limpah kurnia Allah, tesisnya yang ditulis untuk menyerang Ibnu Taymiyyah akhirnya menjadi tesis yang mempertahankan beliau. Sesiapa membaca tahqiq dan ta'liq Syeikh 'Abd al-Nasir al-Malaybari ke atas kitab al-'Awa'id al-Diniyyah pasti dapat merasai betapa meluatnya beliau dengan Ibnu Taymiyyah dan Wahabi-Salafi. Sangat alim mazhab Shafi'i dan jika ada yang meraguinya, sila baca kitabnya yang bertajuk Awraq al-Dhahab fi Hall Alghaz al-Madhhab, lihat sendiri kedalaman ilmunya tentang mazhab Shafi'i. Namun, siapa sangka alim mazhab Shafi'i ini pun bertaubat dan memilih jalan Salafiyyah dan mengkritik aliran sufi dan madhhabiyyah. Jika bertaubatnya seseorang daripada sesuatu manhaj menjadi bukti kebatilannya, maka manhaj Asha'irah-sufi lebih aula untuk dibatilkan kerana nama-nama yang disebutkan ini jauh lebih alim, thiqah, dan soleh berbanding bekas Salafi Melayu itu. Gerakan PENA Malaysia Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).Boleh dapatkan KLIK DI SINI Source: https://gerakanpenamalaysia.blogspot.com
Hammasini ko'rsatish...
HIDUPKAN SUNAH MATIKAN BIDAAH (2) Wasiat Nabi ﷺ buat generasi akhir zaman pada kala berlaku banyak perselisihan dan perpecahan, kata baginda ﷺ: فَإنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّة الخُلَفَاء المَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِين تَمسَّكُوا بِها وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذ وَإيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَة وَكُلّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٍ. “Sesungguhnya barang siapa daripada kalian yang umurnya panjang maka dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada Sunahku dan Sunah para Khulafa al-Rasyidin sesudahku. Gigitlah ia dengan gigi geraham dan jangan sekali-kali kalian melakukan perkara yang baharu (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap perkara baharu ialah bidaah dan setiap bidaah ialah kesesatan.” [Sahih. Riwayat Abu Daud] Antara Sunah Nabi ﷺ: 1. Solat Menghadap Sutrah Sutrah ialah penghadang yang diletakkan di hadapan orang yang solat agar orang lain tidak lalu-lalang di antaranya dengan sutrah itu. Sabda Nabi ﷺ: لَا ‌تُصَلِّ ‌إِلَّا ‌إِلَى ‌سُتْرَةٍ، وَلَا تَدَعْ أَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْكَ، فَإِنْ أَبَى فَلْتُقَاتِلْهُ؛ فَإِنَّ مَعَهُ الْقَرِينَ. “Jangan kamu solat kecuali dengan menghadap sutrah, dan jangan biarkan sesiapa melewati di hadapanmu. Jika dia degil (tetap mahu lewat) maka perangilah dia kerana sesungguhnya terdapat bersamanya qarin (syaitan).” [Sahih. Riwayat Ibnu Khuzaimah] 2. MENUTUP MAKANAN PADA WAKTU MALAM ‌غَطُّوا ‌الْإِنَاءَ، وَأَوْكُوا السِّقَاءَ، وَأَغْلِقُوا الْبَابَ، وَأَطْفِئُوا السِّرَاجَ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَحُلُّ سِقَاءً، وَلَا يَفْتَحُ بَابًا، وَلَا يَكْشِفُ إِنَاءً. “Tutuplah bekas makanan dan minuman, kuncilah pintu dan padamkan api cahaya kerana sesungguhnya syaitan tidak membuka simpulan ikatan minuman, tidak membuka pintu ataupun menyingkapkan penutup bekas makanan dan minuman.” [Sahih. Riwayat Muslim] 3. MENYEBARKAN SALAM Sabda Nabi ﷺ: لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا، أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ؟ أَفْشُوا ‌السَّلَامَ ‌بَيْنَكُمْ. “Kalian tidak akan masuk syurga melainkan sesudah kalian beriman, dan kalian tidak beriman kecuali sesudah kalian saling berkasih sayang (antara sesama Mukmin). Mahukah kalian aku khabarkan mengenai sesuatu yang jika kalian lakukan nescaya kalian akan berkasih sayang? Sebarkan salam antara sesama kalian.” [Sahih. Riwayat Muslim] Allah jua pemberi petunjuk. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 16 Syaaban 1445H 26 Februari 2024 https://idrissulaiman.com ------------------- Ayuh imarah Surau dengan menyumbang melalui: BANK ISLAM No. Akaun: 12-092-01-001797-1 SURAU AL HIDAYAH
Hammasini ko'rsatish...
Repost from @manhajulhaq
✍🏻 Al-Imam Sufyan Ats-Tsawri (161 H) rahimahullah, إذا أحب الرجل الرجل في الله ثم أحدث حدثا ؛ فلم يبغضه عليه ؛ فلم يحبه لله “Apabila seseorang mengaku mencintai orang lain karena Allah, lalu orang yang dicintainya itu mengada-ada (bid'ah) dalam beragama, tetapi dia tidak membencinya maka sesungguhnya dia tidak mencintainya karena Allah." 🧷 Riwayat Ibnu Abi Hatim “Al-Jarh Wat Ta’dil” (1/52) sanadnya shahih #manhajulhaq
Hammasini ko'rsatish...
📚 Fawaid Pagi Hari Ini : *ADAKAH DALIL TENTANG KEUTAMAAN MALAM NISFU SYA’BAN (PERTENGAHAN BULAN SYA’BAN) ?!* _Saudaraku kaum Muslimin rohimakumulloh ...._ Ketahuilah, bahwa sebagian saudara kita kaum Muslimin mengagungkan apa yang mereka sebut sebagai *“Malam Nishfu Sya’ban”* (Pertengahan Bulan Sya’ban), dengan melakukan berbagai ritual ibadah tertentu , diantaranya dengan sholat malam dan amal-amal Ibadah tertentu yang lainnya. Tetapi masalahnya adalah, kita perlu bertanya : _"adakah dalil yang shohih yang menunjukkan tentang amalan tersebut ?"_ Tentang hal ini, sejauh yang kami ketahui, dalil-dalil yang dijadikan sandaran amalan pada Malam Nishfu Sya’ban ini, ternyata tidak ada yang shohih dari Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama tentang kedudukan hadits-hadits yang menerangkan tentang hal tersebut. *Al-Imam Abu Syamah* rohimahulloh berkata : _“Al-Hafidz Abul Khoththob bin Dihyah berkata dalam kitabnya *Maa Jaa-a Fii Syahri Sya’ban* : “Ahli Al-Jarh wa At-Ta’dil berkata : “Tidak ada keutamaan pada malam Nishfu Sya’ban yang dijelaskan berdasarkan hadits yang shohih…”_ ( *Al-Baa’its*, hal.33) *Al-Imam Ibnu Rojab* rohimahulloh berkata pula : _“Sholat pada malam Nishfu Sya’ban tidak ada dalilnya, baik dari Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam maupun para shahabat rodhiyallohu ‘anhum. Akan tetapi itu hanya merupakan tradisi peninggalan sebagian tabi’in dan fuqoha’ penduduk Syam.”_ ( *Latho’iful Ma’arif,* hal. 145) *As-Syaikh Abdul Aziz bin Baaz* rohimahulloh juga menegaskan : _“Yang menjelaskan tentang keutamaan/kemuliaan malam Nishfu Sya’ban hanyalah hadits-hadits dho’if, yang tidak boleh dijadikan sandaran atasnya. Adapun hadits-hadits yang menjelaskan tentang keutamaan sholat di dalamnya adalah hadits-hadits maudhu’, seperti yang diingatkan oleh mayoritas ahli ilmu/ulama.”_ ( *At-Tahdzir minal Bida’*, hal. 11) Demikianlah. Jadi, sandaran atau dasar yang dijadikan pegangan untuk mengamalkan ibadah tertentu di malam Nishfu Sya'ban itu, tidak ada satupun yang shohih dari Nabi Muhammad shollallohu alaihi wa sallam. Adapun dalil-dalil yang ada dan tersebar di tengah masyarakat kita, kebanyakannya adalah riwayat-riwayat yang dho'if (lemah) bahkan maudhu' (palsu) ! _Ingin bukti ?_ Berikut ini akan kami sebutkan sebagian hadits-hadits yang masyhur dan tersebar di masyarakat tentang keutamaan ibadah di malam nishfu sya’ban tersebut, tetapi semuanya DHO’IF (lemah) atau bahkan MAUDHU’ (palsu). *Pertama :* عن علي بن ابي طالب رضي الله عنه قال, قال رسول الله صلى الله عليه وسلم, اذا كانت ليلة النصف من شعبان, فقوموا ليلها وصوموا نهارها, فان الله ينزل فيها لغروب الشمس الى سماء الدنيا, فيقول الا من مستغفر فاغفر له, الا مسترزق فارزقه, الا مبتلى فاعافيه, الا كذا الا كذا, حتى يطلع الفجر (رواه ابن ماجه) _“Dari *Ali bin Abi Tholib* rodhiyallohu ‘anhu ia berkata, Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila tiba malam nishfu sya’ban, maka *sholatlah pada malam harinya dan berpuasalah pada siang harinya,* karena sesungguhnya Alloh turun ke langit dunia saat tenggelamnya matahari pada hari itu, lalu Dia berfirman : “Adakah yang meminta ampun kepada-Ku.., niscaya Aku akan mengampuninya. Adakah yang meminta rejeki kepada-Ku.., niscaya Aku akan memberinya rejeki. Adakah orang sakit…, niscaya Aku akan menyembuhkannya. Adakah yang demikian….. Adakah yang demikian…”, sampai terbit fajar.”_ *Penjelasan :* Hadits tersebut diriwayatkan oleh Imam *Ibnu Majah* dalam Sunan-nya no. 1388, dan *Al-Baihaqi* dalam Fadho’ilul Auqot (hal. 24), didalam sanadnya ada rowi bernama Abu Bakar bin Muhammad bin Abi Sabroh, seorang rowi yang dho’if berdasarkan kesepakatan para ulama. Al-Hafidz Ibnu Rojab Al-Hambali rohimahulloh berkata : _“Sanadnya dho’if.”_ ( *Latho’iful Ma’arif,* hal. 1423) Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rohimahulloh menegaskan : “Hadits ini maudhu’ (palsu).” ( *Silsilah Al-Ahaadits Ad-Dho’ifah wal Maudhu’ah*, no. 2123)
Hammasini ko'rsatish...
*Kedua :* قال النبي صلى الله عليه وسلم : يا علي, من صلى ماءة ركعة ليلة النصف من شعبان يقرا في كل ركعة بفاتحة الكتاب وقل هو الله احد عشر مرات, الا قضى الله له كل حاجة _Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Wahai Ali, barangsiapa sholat seratus roka’at pada malam nishfu sya’ban dengan membaca Surat Al-Fatihah dan Qul Huwallohu Ahad (Surat Al-Ikhlash) sepuluh kali pada setiap roka’atnya, maka Alloh akan memenuhi seluruh kebutuhannya.”_ *Penjelasan :* Hadits ini disebutkan oleh *Al-Imam Ibnul Jauzi* rohimahulloh dalam kitab beliau *Al-Maudhu’aat* (2/127-129), dan beliau berkata : _“Ini adalah hadits yang tidak diragukan lagi sebagai hadits Maudhu’ (palsu).”_ *Al-Imam Ibnul Qoyyim* rohimahulloh juga berkata : _“Diantara contoh-contoh hadits Maudhu’ (palsu) adalah hadits tentang sholat nishfu sya’ban…..”_ ( *Al-Manarul Munif,* hal. 98 no. 175). *Al-Imam Al-Iroqy* rohimahulloh juga berkata : _“Hadits tentang sholat nishfu sya’ban adalah bathil.”_ ( *Al-I’tibar fii Hamlil Asfar,* hal. 29, karya As-Suwaidi) Hadits tersebut juga dinyatakan sebagai hadits yang maudhu’ oleh para ulama lainnya, diantaranya *Al-Imam As-Suyuthi, Al-Imam As-Syaukani* ( lihat Al-Fawaid Al-Majmu’ah, hal. 51-52) dan *Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani* rohimahulloh dalam *Silsilatu al-Ahaadits Ad-Dho’ifah wal Maudhu’ah*, no. 522 dan 1452). Dan masih banyak lagi hadits-hadits yang semisalnya, semuanya tidak ada satupun yang shohih, wallohu a’lam. Oleh karena itu, *mengkhususkan malam nishfu sya’ban dengan ibadah-ibadah tertentu yang tidak disyari’atkan dalam agama ini adalah suatu kebid’ahan,* apapun bentuk ibadahnya. Apalagi setelah kita tahu bahwa ternyata keutamaan ibadah sholat lail pada malam nishfu sya’ban hanyalah berasal dari *hadits-hadits yang palsu.* _Wallohu a’lamu bis showab._ Semoga risalah yang ringkas ini, menjadi tambahan ilmu yang bermanfaat bagi kita semuanya. _Nas-alulloha At-Taufiq wal Istiqomah ...._ _(Insya Alloh akan bersambung dengan materi berikutnya, masih pembahasan tentang amalan seputar Nishfu Sya’ban. Semoga Alloh ta'ala memudahkan untuk menyusunnya)_ *Surabaya*, Rabu pagi yg sejuk, 11 Sya'ban 1445 H / 21 Pebruari 2024 M ✍ Akhukum fillah, *Abu Abdirrohman Yoyok WN Sby* Silahkan joint pada channel telegram kami : https://t.me/fawaidabuabdirrahman Atau link rekaman audio kajian kami : https://t.me/kajianabuabdirrahman Atau, untuk materi dakwah *BIMBINGAN MERAWAT JENASAH SESUAI SUNNAH*, silahkan joint di telegram kami : https://t.me/joinchat/AAAAAEuSTvJlbMh4YnPPvw Semoga bermanfaat bagi kita semuanya.
Hammasini ko'rsatish...
📚 Fawaid Pagi Hari Ini : *BID’AHNYA SHOLAT ALFIYYAH* Banyak diantara saudara kita kaum Muslimin yang penasaran dan bertanya : _“Apa yang dimaksud dengan *Sholat Alfiyah* itu ? Adakah dalil-dalil shohih yang meriwayatkannya ? Terus, bagaimana hukum mengamalkan sholat tersebut ?"_ Berikut ini akan kami sampaikan penjelasan yang ringkasnya saja tentang hal itu : Ketahuilah, sholat ini dinamai dengan *sholat Alfiyyah (yang artinya seribu)*, karena di dalam sholat ini dibaca surat Al-Ikhlas sebanyak seribu kali. Rinciannya : sholatnya dilakukan sebanyak *seratus roka’at,* setiap roka’at dibaca Al-Fatihah, lalu dilanjutkan membaca *Surat Al-Ikhlas sepuluh kali*, dan setiap dua roka’at kemudian salam. Demikian itulah yang dinamakan Sholat Alfiyyah, seperti yang digambarkan dan yang tersebut dalam kitab *IHYA’ ULUMUDDIN* (1/203) yang pupuler, karya Al-Imam Al-Ghozali rohimahulloh wa ghoffarohulloh (semoga Alloh merohmati beliau dan mengampuni kesalahan-kesalahan beliau) dengan pendapatnya yang salah dan keliru tersebut ! *Al-Imam Ibnul Jauzi* rohimahulloh juga menyebutkan tentang sifat sholat ini dan pahala yang akan diperoleh apabila seseorang melakukannya, dalam kitab beliau *Al-Maudhu’aat* (2/127-130), tetapi kemudian beliau berkata : _“Ini adalah hadits-hadits yang tidak diragukan lagi sebagai hadits *maudhu’ (palsu)*, dan kebanyakan para perowinya melalui tiga jalan yang semuanya majhul (tidak dikenal), ada yang sangat dho’if, sehingga hadits ini mustahil (untuk diamalkan).”_ (lihat pula *Al-‘Aali Al-Mashnu’ah* (2/57-60) karya Al-Imam As-Suyuthi, dan *Al-Qowaaid Al-Majmu’ah* (hal. 51) karya Imam As-Syaukani rohimahulloh) _(Catatan : Untuk mengetahui dalil-dalil tentang amalan sholat Alfiyah ini, dan juga penilaian para ulama tentang amalan ini, lihatlah pada tulisan kami pada Fawaid sebelum ini)_ _Dan ketahuilah, bahwa orang yang pertama kali membuat kebid’ahan ini adalah *Ibnu Abi Hamro’*, pada tahun 448 H. Dahulu, dia adalah orang yang sangat bagus bacaan Al-Qur’annya. Dia membuat bid’ah amalan sholat ini ketika dia mengimami sholat di Masjid Al-Aqsho di Palestina pada malam Nisfu Sya’ban. Kemudian ada orang yang ikut sholat di belakangnya, sehingga menjadi banyak, dan dilakukanlah sholat ini secara berjama’ah._ _Selanjutnya, pada tahun berikutnya, semakin banyak orang-orang yang ikut sholat di belakangnya. Sehingga, semakin tersebarlah secara meluas amalan ini, dan terus menerus diamalkan, sehingga dianggap menjadi perkara agama, padahal bukan !_ (lihat : *Al-Hawadits wal Bida’* (hal. 132), *Al-Baa’its ‘ala Inkaril Bida’* (hal. 124) dan yang lainnya) *Al-Imam Ibnul Qoyyim* rohimahulloh juga pernah berkata : _“Sholat ini telah diada-adakan (dibuat-buat) setelah 400 tahun (yakni setelah empat abad dari masa Rosululloh dan para sahabat beliau), dan tumbuh berkembang di Baitul Maqdis (Masjid Al-Aqsho), kemudian dipalsukanlah hadits-hadits tentang amalan sholat ini (yakni dibuatlah hadits-hadits palsu, untuk menjelaskan keutamaan dan tata cara amalan sholat ini, edt.).”_ ( *Al-Manarul Munif* (hal. 98), karya Al-Imam Ibnul Qoyyim rohimahulloh) *Al-Imam Abu Syamah* rohimahulloh juga berkata : _“Pada orang-orang awam (yakni kebanyakan orang-orang yang tidak berilmu agama yang mendalam), terdapat fitnah yang sangat besar..... (lalu beliau menyebutkan salah satunya adalah amalan bid’ah Sholat Alfiyyah ini, edt.). Syaithon telah menghias-hiasi amalan ini (sehingga nampak baik dan bagus), dan menjadikan amalan ini sebagai sesuatu yang (seolah-olah) berasal dari syi’ar-syi’arnya kaum Muslimin !”_ ( *Al-Baa’its ‘ala Inkaril Bida’,* hal. 124) Oleh karena itu, hukum mengamalkan sholat alfiyyah pada malam Nishfu Sya’ban ini adalah *BID’AH,* yakni membuat-buat atau mengada-adakan perkara baru dalam agama, yang tidak disyari’atkan oleh Alloh Ta’ala dan Rosul-Nya shollallohu ‘alaihi wa sallam, juga tidak pernah dilakukan oleh para Khulafa’ur Rosyidin, dan tidak pernah dianjurkan oleh para imam-imam kaum muslimin yang utama.
Hammasini ko'rsatish...
Apalagi, sandaran amalan ini hanyalah riwayat-riwayat yang dipalsukan atas nama Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam. (lihat *Majmu’ Al-Fatawa* (23/131-134) dan *Iqtidho’ As-Shirotil Mustaqim* (2/628) keduanya karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rohimahulloh, *As-Sunan wal Mudtada’aat* (hal. 148-149) karya Syaikh Muhammad Ahmad Abdis Salam, *Al-Ibda’ fii Madhohiril Ibtida’* (hal. 286-288) karya Syaikh Ali Mahfudz, *At-Tahdzir minal Bida’* (hal.1611) karya Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baaz rohimahulloh, dan lain-lain) _Wallohu a’lamu bis showab..._ Semoga Alloh subhanahu wa ta'ala senantiasa memberikan hidayah dan taufiq-Nya kepada kita semua, agar Istiqomah dalam mengamalkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, dan menjauhkan kita dari semua bentuk kebid'ahan dan penyimpangan dari syari'at agama yang benar ....... _Nas-alulloha As-Salamah minal Fitan ...._ *Surabaya*, Kamis pagi yg sejuk, 12 Sya'ban 1445 H / 22 Pebruari 2024 M ✍ Akhukum fillah, *Abu Abdirrohman Yoyok WN Sby* Silahkan joint pada channel telegram kami : https://t.me/fawaidabuabdirrahman Atau link rekaman audio kajian kami : https://t.me/kajianabuabdirrahman Atau, untuk materi dakwah *BIMBINGAN MERAWAT JENASAH SESUAI SUNNAH*, silahkan joint di telegram kami : https://t.me/joinchat/AAAAAEuSTvJlbMh4YnPPvw Semoga bermanfaat bagi kita semuanya.
Hammasini ko'rsatish...
5_6064270041270979285.mp32.75 KB
🔈💽 Mengkhususkan Malam Nisfu Sya'ban Dengan Ibadah Tertentu 🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله 📥 Pautan audio rakaman (02:20): https://drive.google.com/file/d/1r_X6xWSpqcRXkEoLlnom4vmQvfm0GJFm/view?usp=drivesdk 📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚 🌐 www.thoriqussalaf.com 🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
SAMBUTAN NISFU SYAABAN Tidak ada sambutan Nisfu Syaaban dalam Islam. Kerana syariat tidak mengkhususkan sebarang amalan pada sebelah malam ataupun siang 15 Syaaban. Hadis-hadis mengenai fadilatnya semua lemah, malah sebahagiannya palsu. Demikian ditegaskan oleh Syeikh Bin Baz dalam fatwanya dan dijelaskan oleh al-Hafis Ibnu Rajab dalam kitabnya Lataif al-Maarif. https://binbaz.org.sa/articles/24/حكم-الاحتفال-بليلة-النصف-من-شعبان Kata Imam al-Syaukani: “Hadis solat Nisfu Syaaban adalah batil.” [al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 51] Demikian menurut al-Hafis al-Iraqi. [Takhrij Ahadith al-Ihya, hlm. 240] Kata Imam al-Nawawi: الصَّلَاةُ الْمَعْرُوفَةُ بصلاة ‌الرغائب وهي ثنتى عَشْرَةَ رَكْعَةً تُصَلَّى بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ لَيْلَةَ أَوَّلِ جُمُعَةٍ فِي رَجَبٍ وَصَلَاةُ لَيْلَةِ نِصْفِ شَعْبَانَ مِائَةُ رَكْعَةٍ وَهَاتَانِ الصَّلَاتَانِ بِدْعَتَانِ وَمُنْكَرَانِ قَبِيحَتَانِ وَلَا يُغْتَرُّ بِذَكَرِهِمَا فِي كِتَابِ قُوتِ الْقُلُوبِ وَإِحْيَاءِ عُلُومِ الدِّينِ وَلَا بِالْحَدِيثِ الْمَذْكُورِ فِيهِمَا فَإِنَّ كُلَّ ذَلِكَ بَاطِلٌ. “Solat yang dikenali sebagai Solat al-Raghaib sebanyak 12 rakaat yang dikerjakan antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab di samping solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak 100 rakaat, kedua-dua solat ini ialah bidaah yang jelik lagi tercela. Jangan terpedaya dengan kedua-dua solat ini disebut dalam kitab Qut al-Qulub dan Ihya Ulumuddin di samping hadis yang dinyatakan dalam kedua-dua kitab ini kerana ia semua adalah batil.” [al-Majmuk, 4/56] Adapun riwayat sabda Nabi ﷺ: يَطَّلِعُ ‌اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا ‌لِمُشْرِكٍ ‌أَوْ ‌مُشَاحِنٍ. "Allah tabaraka wa taala turun kepada makhlukNya pada Malam Nisfu Syaaban lalu Dia mengampuni seluruh makhlukNya kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan." Ramai ulama mendaifkan riwayat ini sekalipun Syeikh al-Albani sendiri mentashihkannya. https://islamqa.info/ar/answers/140084/هل-صحح-الشيخ-الالباني-حديث-فضل-النصف-من-شعبان KESIMPULAN Tiada sebarang hadis atau athar bahawa Nabi ﷺ dan para Sahabat mengkhususkan amalan tertentu seperti solat, puasa dan doa sempena Nisfu Syaaban. Perbuatan menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan amalan tertentu secara berjemaah jelas merupakan bidaah, mengada-adakan amalan baharu dalam agama yang dilarang syariat. Adapun puasa pada tanggal 15 Syaaban maka ia termasuk dalam keumuman anjuran berpuasa pada Hari-hari Putih (13, 14 dan 15 hari bulan Hijrah). Daripada Allah jua kita memohon petunjuk. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 12 Syaaban 1445H 22 Februari 2024 https://idrissulaiman.com ------------------- Jom bantu imarah Surau dengan menyumbang melalui: BANK ISLAM No. Akaun: 12-092-01-001797-1 SURAU AL HIDAYAH
Hammasini ko'rsatish...
03:19
Video unavailableShow in Telegram
𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗜𝘀𝘂 𝗭𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗮𝘀𝗯𝗶𝗵 𝗕𝗮𝘁𝘂, 𝗞𝗮𝘆𝘂 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗬𝗼𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲: https://youtu.be/a_KJnn7vhVk 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸: https://vt.tiktok.com/ZSFjhYUoc 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸: https://fb.watch/qeyM4xbp_d 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺: https://www.instagram.com/reel/C3ZILc1svPg 𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗳𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗗𝗜𝗦 🫱🏻‍🫲🏽 https://t.me/penaustazidrissulaiman Salurkan sumbangan anda kepada Surau melalui: BANK ISLAM No. Akaun: 12092010017971 SURAU AL HIDAYAH Semoga bermanfaat dan sebar-sebarkan. بارك الله فيكم.
Hammasini ko'rsatish...
videoplayback.mp44.70 MB
HIDUPKAN SUNAH MATIKAN BIDAAH Wasiat Nabi ﷺ buat generasi akhir zaman pada kala berlaku banyak perselisihan dan perpecahan, kata baginda ﷺ: فَإنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّة الخُلَفَاء المَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِين تَمسَّكُوا بِها وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذ وَإيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَة وَكُلّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٍ. “Sesungguhnya barang siapa daripada kalian yang umurnya panjang maka dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada Sunahku dan Sunah para Khulafa al-Rasyidin sesudahku. Gigitlah ia dengan gigi geraham dan jangan sekali-kali kalian melakukan perkara yang baharu (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap perkara baharu ialah bidaah dan setiap bidaah ialah kesesatan.” [Sahih. Riwayat Abu Daud] Antara Sunah Nabi ﷺ: 1. Jalan Berkaki Ayam Sekali-sekala Dalam hadis: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ ‌نَحْتَفِيَ ‌أَحْيَانًا. “Nabi ﷺ memerintahkan supaya kami berjalan dengan berkaki ayam sekali-skala.” [Sahih. Riwayat Abu Daud] 2. Makan Dengan Tiga Jari Dalam hadis: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ ‌بِثَلَاثَةِ ‌أَصَابِعَ وَيَلْعَقُ يَدَهُ قَبْلَ أَن يَمْسَحها. “Rasulullah ﷺ makan dengan tiga jari dan menjilat tangannya sebelum mengelapnya.” [Sahih. Riwayat Muslim] 3. Sapu Muka dengan Tangan Selepas Bangun Tidur Dalam hadis: اسْتَيْقَظَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَجَلَسَ ‌يَمْسَحُ ‌النَّوْمَ ‌عَنْ ‌وَجْهِهِ بِيَدِهِ. “Rasulullah ﷺ bangun tidur lalu duduk seraya menyapu kesan tidur dari mukanya dengan tangannya.” [Sahih. Riwayat Bukhari] Allah jua pemberi petunjuk. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 07 Syaaban 1445H 17 Februari 2024 https://idrissulaiman.com ------------------- Ayuh sama-sama imarah Surau dengan menyumbang melalui: BANK ISLAM No. Akaun: 12-092-01-001797-1 SURAU AL HIDAYAH
Hammasini ko'rsatish...
https://www.kosmo.com.my/2024/02/15/hukum-melafazkan-niat-dalam-ibadah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hukum-melafazkan-niat-dalam-ibadah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan dalam kitab beliau Zaadul Ma’ad, I/201, ”Jika seseorang menunjukkan pada kami satu hadits saja dari Rasul dan para sahabat tentang perkara ini (mengucapkan niat), tentu kami akan menerimanya. Kami akan menerimanya dengan lapang dada. Karena tidak ada petunjuk yang lebih sempurna dari petunjuk Nabi dan sahabatnya. Dan tidak ada petunjuk yang patut diikuti kecuali petunjuk yang disampaikan oleh pemilik syari’at yaitu Nabi shalallahu ’alaihi wa sallam.” Dan sebelumnya beliau mengatakan mengenai petunjuk Nabi dalam shalat,”Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila hendak mendirikan shalat maka beliau mengucapkan : ‘Allahu Akbar’. Dan beliau tidak mengatakan satu lafadz pun sebelum takbir dan tidak pula melafadzkan niat sama sekali.” Maka setiap orang yang menganjurkan mengucapkan niat wudhu, shalat, puasa, haji, dsb, maka silakan tunjukkan dalilnya. Jika memang ada dalil tentang niat tersebut, maka kami akan ikuti. Dan janganlah berbuat suatu perkara baru dalam agama ini yang tidak ada dasarnya dari Nabi. Karena Nabi kita shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,” Barangsiapa yang melakukan amalan yang tidak ada dasar dari kami, maka amalan tersebut tertolak. (HR. Muslim). Dan janganlah selalu beralasan dengan mengatakan ’Niat kami kan baik’, karena sahabat Ibnu Mas’ud radhiyallahu ’anhuma mengatakan,”Betapa banyak orang menginginkan kebaikan, namun tidak mendapatkannya.” (HR. Ad Darimi, sanadnya shahih, lihat Ilmu Ushul Bida’, hal. 92) Sumber https://rumaysho.com/2588-hukum-melafadzkan-niat-usholli-nawaitu.html
Hammasini ko'rsatish...
Repost from @manhajulhaq
✍🏻 Dzun Nun al-Mishri (245 H) rahimahullah berkata, كما لا يجد العبد لذة الطعام عند سقمه كذلك لا يجد القلب حلاوة العبادة مع الذنوب "Sebagaimana jasad tidak akan merasakan lezatnya makanan dikala sakit begitupula hati tidak akan merasakan manisnya ibadah bila masih diiringi dosa-dosa." 🧷 Fat-hul Bari (1/51) al-Hafidzh ibnu Rajab Orang yang terbiasa dengan perkara haram maka dia tidak akan merasakan manisnya perkara yang halal. Gemar melakukan syirik dan bid'ah akan dicabut dari dirinya nikmat tauhid dan sunnah.. "Al-jazaa' min jinsil 'amal" yaitu balasan sesuai dengan perbuatan. #manhajulhaq
Hammasini ko'rsatish...
Tambah lagi, Nabi Musa a.s. berkata “KEMBALILAH KEPADA TUHANMU”, bukan “Kembalilah ke tempat munajatmu”. Jelas perbezaan antara kedua-duanya. Adakah ini juga bermaksud Nabi Musa a.s. mujassimah? SOALAN KETIGA: Daripada siapa Nabi Muhammad ﷺ terima pensyariatan solat fardu 50 waktu dan kepada siapa baginda ﷺ menghadap meminta supaya ia dikurangkan jika bukan Allah ﷻ? JAWAPAN HAZA: Ya memang daripada Allah. Di dunia, kita bercakap dengan seseorang, tidak melazimkan orang itu di tempat yang sama dengan kita. Maka kenapa kita hendak membatasi Allah dengan tempat kerana walaupun Nabi bermunajat dengan Allah di Sidratulmuntaha, tidak melazimkan Allah berada di situ. Hal yang sama berlaku ketika Nabi Musa berkata-kata dengan Allah di bumi, tidak bermaksud Allah berada dalam bumi. JAWAPAN KEPADA HAZA: Golongan Salaf tidak membataskan Allah ﷻ sama sekali. Sekali lagi, ini hanya menurut pola mantik Asyairah yang sempit. Allah ﷻ Maha Besar lagi Maha Luas. Mana mungkin Allah ﷻ terbatas, terhad atau tersekat, Maha Suci Allah daripada sebarang sifat-sifat kelemahan dan kekurangan. Tetapi pelik jawapan HAZA. Adakah beliau setuju Nabi ﷺ menghadap Allah ﷻ tetapi dalam masa yang sama Allah ﷻ tidak ada? Menghadap tetapi tidak menghadap? Musykil. SOALAN KEEMPAT: Dengan siapa Nabi ﷺ berbicara apabila menerima pensyariatan solat fardu lima waktu jika bukan Allah ﷻ? JAWAPAN HAZA: Soalan sama, tak relevan. JAWAPAN KEPADA HAZA: Ajaib. HAZA sedaya upaya memberi jawapan kepada tiga soalan pertama padahal ia hanya mukadimah untuk sampai ke kemuncak persoalan dalam permasalahan ini iaitu “Dengan siapa Nabi ﷺ berbicara apabila menerima pensyariatan solat fardu lima waktu jika bukan Allah ﷻ?” Ternyata jawapan beliau “Soalan sama, tak relevan.” Mungkin beliau tidak faham soalan. Persoalannya, suara siapa yang Nabi ﷺ dengar apabila baginda ﷺ berbicara dengan Allah ﷻ? Adakah Nabi ﷺ mendengar suara Allah tetapi dalam masa yang sama ia bukan suara Allah? Begitu? Beliau tidak jelaskan. SOALAN KELIMA: Dalam hadis Bukhari di atas, Allah ﷻ berkata “FirmanKu tidak akan berubah” sedangkan menurut Asyairah Allah ﷻ berkata-kata tanpa suara dan bunyi. Ini perkataan siapa jika bukan Allah ﷻ sendiri? JAWAPAN HAZA: Maksud "Firmanku tidak akan berubah" ialah penetapan solat 5 waktu bersamaan 50 waktu. Ia adalah ketetapan yang dibuat oleh Allah, bukan perkataan Allah yang tidak berubah. JAWAPAN KEPADA HAZA: Ini jawapan yang bukan jawapan. HAZA tidak menjawab soalan. Persoalannya, adakah kenyataan “FirmanKu tidak akan berubah” ialah perkataan daripada suara Allah yang didengar oleh Nabi ﷺ? Kerana apa yang pasti, menurut Asyairah, Allah ﷻ berkata-kata tanpa suara dan bunyi. [al-Insaf oleh al-Baqillani, hlm. 42, al-Tabsir oleh al-Isfarayini, hlm. 167] SAYA MENGATAKAN: Betapa kelirunya fahaman Asyairah. JAWAPAN HAZA: Asyairah tak keliru, tetapi geng mujassimah yang ghairah nak menyamakan Allah dengan makhluk sahaja yang keliru JAWAPAN KEPADA HAZA: Ini tuduhan buruk ke atas Salafi yang sama sekali tidak menjisimkan Allah. Malah tiada yang menggunakan perkataan ‘jisim’ di sini kecuali Asyairah. Hampir sahaja Asyairah yang menjisimkan Allah dalam benak mereka sehingga terkial mahu ‘tanzih’ menyucikan Allah ﷻ daripada sifat-sifat makhluk sehingga menafikan banyak nas Al-Quran dan hadis sahih yang dilihat ada penyerupaan Allah dengan makhluk. Walhal, tiada sama sekali penyerupaan Allah ﷻ dengan sifat makhluk dalam Peristiwa Israk Mikraj kecuali menurut faham mantik Asyairah dan sekutu Ahli Kalam yang lain. Salafi tidak sesekali menyamakan Allah dengan makhluk, bersesuaian dengan firmanNya ﷻ “Tiada yang serupa denganNya, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (42:11). Cuma pemikiran cangkat HAZA tidak dapat mencerap dengan baik fahaman Salaf al-Soleh lalu memfitnah dan menuduh apa yang jelas dinafikan oleh Salafi. Allah jua pemberi petunjuk. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 28 Rejab 1445H 09 Februari 2024 https://idrissulaiman.com -------------------
Hammasini ko'rsatish...
Boshqa reja tanlang

Joriy rejangiz faqat 5 ta kanal uchun analitika imkoniyatini beradi. Ko'proq olish uchun, iltimos, boshqa reja tanlang.