cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Ustaz Abid Annuriyy

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
399
Obunachilar
+224 soatlar
+67 kunlar
+2130 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Penjajah kuffar meyakini bahawa umat akan menjadi hina dan lemah apabila tidak beramal dengan islam, lalu memasukkan aliran-aliran sesat yang menghancurkan aqidah muslimin, menghalang kemasukan ilmu dan aqidah yang sahih (salafiyyah). Mereka 1-mengekalkan pusat-pusat pengajian aqidah ilmu kalam (pondok-pondok asha’irah jahmiyyah mu’tazilah). 2-Kemudian, mereka memasukkan qadyaniyyah, baha’iyyah, tasawwuf falsafi, tariqat-tariqat sufiyyah batiniyyah, quburiyyah, shi’ah, ahbash dan sebagainya. 3-Membina sekolah-sekolah aliran secular liberal yang tidak mengajarkan tawhid yang sahih dan tidak menegakkan solat fardhu. 4-Mencetak pemimpin-pemimpin sekular yang berkiblatkan barat, yang mengikuti pengajian secular di barat 5-Kuffar mencipta system keselamatan dan ketenteraan jahiliyyah. 6-Kuffar memasukkan perlembagaan taghut dan undang-undang secular jahiliyyah agar umat islam tidak beramal dengan syariah Allah, hudud, qisas, ta’zir dan diyat. Penjanah kuffar memaksakan sistem kehakiman dan mahkamah secular, system pemerintahan demokrasi berparlimen jahiliyyah, kepuakan parti-parti jahiliyyah dan System pilihanraya yang dangkal. 7-Memasukkan system ekonomi ribawi berupa bank-bank ribawi. Dengan itu, umat islam kekal dalam kejahilan dan kesesatan tanpa sedar, sekaligus tidak beramal dengan ilmu dan islam dengan cara yang sebenar. Ditimpa penyakit al-wahn (cinta dunia, benci kematian dan benci perang di jalan Allah kerana Allah), lalu ditimpa kelemahan, pecah belah dan kehinaan.
Hammasini ko'rsatish...
Penjajah Merosakkan Tawhid dan Shariah
Hammasini ko'rsatish...
Antaranya: beragabung dan mentaati imam (khailfah), sekiranya ada. sekiranya tiada maka berwala' kepada alim sunni salafi. Hudhayfah bertanya, Apakah yang tuan perintahkan kepada saya, sekiranya saya menemui zaman itu? Rasulullah ﷺ berkata, “Hendaklah kamu melazimi (menyokong dan bergabung dengan) jamaah muslimin dan imam mereka.” (…al-hadith) (HR al-Bukhari dan Muslim). . Firman Allah, وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا۟ مَا يُوعَظُونَ بِهِۦ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا Dan sekiranya mereka melakukan apa yang diperingatkan dengannya nescaya itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan mereka di atas al-haqq. (al-Nisa’: 66). Dalam ayat ini (Allahu a’lam) ada isyarat agar bertahkim kepada Sunnah, jihad dan hijrah. Semua ini meneguhkan dan menyelamatkan. Amal salih terbesar selepas tawhid ialah menegakkan solat dengan sempurna, secara berjemaah, menunaikan zakat, bersedekah dan infaq di jalan Allah kerana mencari ridha Allah dan syurgaNYA serta tathbit (al-Baqarah: 265). Al-Imam Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurayrah, Rasulullah ﷺ bersabda, بَادِرُوا بالأعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ المُظْلِمِ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، يَبِيعُ دِينَهُ بعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا. “Bersegeralah melakukan amalan-amalan salih, sebelum datangnya fitnah-fitnah seumpama potongan-potongan malam yang gelap. Pada waktu pagi, seseorang itu beriman dan pada waktu petang dia menjadi kafir, atau pada waktu petang ia beriman dan pada waktu pagi ia menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan harta dunia yang sedikit.” (Sahih Muslim, hadith 118) Ini isyarat agar banyak beramal salih dan mengikuti syariah Allah, melazimi ilmu, hidup zuhd, zuhd terhadap dunia, mengurangkan kecintaan kepada dunia, mengagungkan Akhirat, agar iman teguh dan tidak rosak, tidak terjatuh ke dalam fitan. . Abid Annuriyy | Master of Shari'ah
Hammasini ko'rsatish...
Segera beramal salih,
Hammasini ko'rsatish...
Rasulullah ﷺ bersabda, “Ya Hudhayfah, pelajarilah kitab Allah, dan ikutilah apa yang terkandung di dalamnya.” (Sunan Abi Dawud, hasan). Dalam riwayat al-Nasa’ei, “…dan amalkanlah apa yang terkandung di dalamnya. 3 kali. Muncul fitnah-fitnah di atas pintu-pintunya ada pendakwah-pendakwah yang mengajak ke Neraka. Sekiranya kamu mati dalam keadaan kamu menggigit akar pokok, itu lebih baik bagi kamu dari mengikuti seseorang dari mereka.” (al-Nasa’ei, Fada’il al-Qur’an, al-amr bi ta’allum al-qur’an wa al-‘amal bih). Diriwayatkan dari Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah ﷺ bersabda, سَتَكُوْنُ فِتَنٌ يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيْهَا مُؤْمِنًا ، ويُمْسِي كَافِرًا ، إلَّا مَنْ أَحْيَاهُ اللهُ بِالْعِلْمِ “Akan muncul fitan, pada waktu pagi seseorang itu mukmin, pada waktu petang ia menjadi kafir, kecuali orang yang dihidupkan dengan ilmu.” (HR al-Darimi, Ibn Majah dan al-Tabarani).
Hammasini ko'rsatish...
Jalan selamat dari fitan (kesesatan) dan shahawāt (maksiat) sehingga bertemu Allah dengan tawhīd dan Sunnah . 1️⃣Mendalam ilmu tawhīd yang sahīh dan fiqh. Jangan sesekali seseorang itu menyangka ia telah memahami tawhid kerana itu adalah sebesar-besar kejahilan, tipudaya syaitan dan ghurur. 2️⃣Beramal dengan al-Qur'an, hadith dan ijmā' Sahabat (segera beramal solih)
Hammasini ko'rsatish...
Al-Hakim (321-405H) meriwayatkan dengan sanad hasan, ‘Abdullah ibn ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma berkata, يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَجْتَمِعُونَ فِي الْمَسَاجِدِ لَيْسَ فِيهِمْ مُؤْمِنٌ " [الحاكم، المستدرك على الصحيحين، كتاب الفتن والملاحم] " هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الْإِسْنَادِ عَلَى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ ، وَلَمْ يُخْرِجَاهُ . “Akan datang satu zaman, orang ramai berkumpul di masjid-masjid, tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang mukmin (dengan iman yang sahih).” (HR al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadith 8414 dan berkata, ini hadith yang sahih sanadnya menurut syarat al-Bukhari dan Muslim. Al-Zahabi mengatakan sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim). Hadith ini boleh difahami dengan dua tafsiran. Pertama, bermaksud tiada seorang pun yang bertawhid, bahkan semua mereka hakikatnya adalah kafir musyrik murtad walau zahirnya masih mendatangi masjid-masjid dan bersolat, atau hanya duduk-duduk berbual di masjid tanpa bersolat. Wal ‘iyazu billah. Realiti menunjukkan ramai manusia yang melakukan bid’ah, kufriyyat, shirkiyyat dan nawaqidh. Ada yang menganuti aqidah jahmiyyah, mengikuti quburiyyah, sufiyyah batiniyyah, rawafidh, capaliyyah, penyembahan terhadap guru zindiq walau guru itu menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal, mengikuti aqidah sekular, liberalism, pluralism, kalam dan falsafah dan lain-lain kesesatan. Mereka itu bukan mukmin, bukan muslim. . Kedua, seperti tafsiran al-Zahabi, iaitu tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang beriman dengan iman yang sahih sempurna, semuanya lemah iman, kurang iman, rosak, bercampur aduk dengan perangai-perangai nifaq, dan amalan-amalan keji. Allahu a’lam. Ini dalil bahawa terdapat ramai kaki ibadah dan kaki masjid yang sesat tidak boleh dipercayai. Bahkan muncul mufti-mufti gila, ustaz-ustaz huthalah (sampah) yang mengharuskan istighathah (meminta pertolongan ketika susah) dari orang mati, kubur, wali dan nabi. /
Hammasini ko'rsatish...
Yusuf ‘alayhis salam berdoa kepada Allah agar mematikannya dalam keadaan muslim (bertawhid) dan dapat mengejar lalu bersama orang-orang salih. : ۞ رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ (يوسف - 101)
Hammasini ko'rsatish...
Hatta nabi2 pun takut belaku syirik pada diri mereka, lalu memohon kekla dalam tawhid dan mati di atas tawhid
Hammasini ko'rsatish...
Allah berkata, وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ Tiada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang salih, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri sepenuhnya" (kepada Allah). (Fussilat 41:33) Ulama Sunnah itu pendakwah, wali dan kekasih Allah, dakwahnya bukan kepada dirinya sendiri, dunia, tokoh atau parti. Tetapi hanya kepada Allah, kitabNYA dan Sunnah NabiNYA. Beramal salih semampunya, tunduk berserah sepenuhnya kepada Allah dan agamaNYA. Dakwahnya dengan lembut, tegas, jelas, hikmah dan maw’izah yang baik. Jidalnya kepada penentang dengan ahsan (debat yang terbaik). Ia tidak kasar dan tidak keras hati. Bahkan banyak memaafkan, memohonkan keampunan untuk orang ramai dan mendengar pendapat yang jujur. /
Hammasini ko'rsatish...
Boshqa reja tanlang

Joriy rejangiz faqat 5 ta kanal uchun analitika imkoniyatini beradi. Ko'proq olish uchun, iltimos, boshqa reja tanlang.