Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kanalga Telegramโda oโtish
Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
364
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
+27 kunlar
+230 kunlar
Postlar arxiv
๐๐ข๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ง๐๐๐ค ๐๐๐๐๐ ๐ค๐-๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง ๐๐ข๐ซ๐๐ข ๐๐ข ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ
Alhamdulillah, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan akhirnya melabuhkan tirai di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan penuh kejayaan dan kebanggaan.
Malaysia sekali lagi membuktikan keupayaan sebagai tuan rumah yang berprestij dalam menguruskan sidang bertaraf dunia dengan lancar, tersusun dan penuh wibawa sebelum menyerahkan tanggungjawab kepengerusian kepada Filipina.
Sepanjang sidang ini, kita telah meniti pelbagai inisiatif besar dari memperkukuh perdagangan, teknologi, hingga kepada perpaduan sosial termasuklah penyertaan rasmi negara sahabat kita iaitu TimorโLeste sebagai anggota ke-11 ASEAN.
Penghargaan saya tujukan kepada semua petugas, sukarelawan, pasukan keselamatan dan semua pihak yang bekerja siang dan malam memastikan persidangan ini berjalan lancar. ๐๐ ๐๐๐ ๐๐ก, ๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ ! Semangat kerjasama anda telah menyerlahkan kebolehan Malaysia di pentas dunia.
Insya-Allah, dengan momentum ini kita akan terus memacu aspirasi Malaysia MADANI demi membina ASEAN yang inklusif, mampan dan sejahtera bersama.
#MyASEAN2025
#ASEAN2025
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/19tw1qYEhA/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQWiT-WEspz/?igsh=MWN2N3k3NmxtdmI3ZQ==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1983141781970747417?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQWiVrWj-g2?xmt=AQF0xz5i4t5MxYkznlLFeJy38sDkJr3GP3-EYkdHyGo08w&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐โ๐๐ข๐ฆ๐จ๐ซ-๐๐๐ฌ๐ญ๐ ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ซ ๐๐๐ง๐๐๐ซ
Saya meneruskan agenda di Sidang Kemuncak ASEAN pada hari ini dengan mewakili Kementerian saya, KKDW menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Republik Demokratik Timor-Leste yang diwakili oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama, TYT Dr. Bendito dos Santos Freitas.
MoU ini menandakan satu lagi babak penting dalam hubungan dua hala MalaysiaโTimor-Leste, khususnya dalam bidang pembangunan luar bandar. Ia juga merupakan kesinambungan daripada lawatan rasmi saya ke Timor-Leste pada Ogos tahun lalu, di mana Malaysia berkongsi pengalaman dalam melaksanakan program pembangunan desa yang menyeluruh, mampan dan berimpak tinggi.
Melalui MoU ini, kedua-dua negara akan bekerjasama dalam pelbagai bidang seperti pembangunan kapasiti dan modal insan, transformasi digital luar bandar, pembangunan sosioekonomi serta pertukaran ilmu dan kepakaran teknikal. Malah, Timor-Leste telah menghantar 10 pegawai Kerajaan dan pemimpin komuniti menyertai Program Latihan Antarabangsa INFRA pada September lalu yang merupakan satu langkah awal memperkukuh pertukaran ilmu antara kedua-dua negara.
Kerajaan Timor-Leste turut mengiktiraf kejayaan Malaysia sebagai model pembangunan desa yang komprehensif dan berjaya, manakala Malaysia melihat potensi besar Timor-Leste dalam sektor kopi serta minyak dan gas untuk diteroka bersama.
Insya-Allah, MoU ini akan membuka lembaran baharu dalam hubungan dua negara sekali gus meneguhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan di peringkat antarabangsa.
#MalaysiaTimorLeste
#MyASEAN2025 #ASEAN2025
#KKDW #PejuangDESA
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1FqDSDfh7h/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQWKRs8Elud/?igsh=eDdiazl4Y2Q1anA3
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1983088929613197794?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQWKTf_j-6e?xmt=AQF0YgGvX7PUlKTNJwkx_prqwJP-JMdGelGE1a_LpwLbXA&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฅ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐โ๐๐๐ฐ ๐๐๐๐ฅ๐๐ง๐
Awal pagi tadi, sempena penganjuran #ASEANSummit, saya berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri New Zealand, TYT Christopher Luxon.
Dalam pertemuan tersebut, saya menyambut baik hasrat New Zealand untuk menyertai Majlis Halal ASEAN (๐ด๐๐ธ๐ด๐ ๐ป๐๐๐๐ ๐ถ๐๐ข๐๐๐๐), sebuah platform penting yang bakal menyeragamkan piawaian halal serantau serta memperkukuh daya saing global industri halal.
Perdana Menteri Luxon menyatakan sokongan padu terhadap usaha ini, sambil menegaskan bahawa โโ๐๐๐๐ ๐๐ ๐ ๐ข๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ก ๐๐ข๐ ๐ก ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ ; ๐๐กโ๐ ๐ ๐ฃ๐๐๐ข๐ ๐ ๐ฆ๐ ๐ก๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐ ๐๐กโ๐๐๐ , ๐ ๐ข๐ ๐ก๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก๐ฆ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ข๐ ๐๐ฃ๐๐ก๐ฆ.โ
Ungkapan beliau cukup bermakna menggambarkan kesepakatan nilai antara Malaysia dan New Zealand bahawa halal bukan sekadar pensijilan, tetapi suatu sistem bernilai tinggi dan ekosistem ekonomi yang berpontesi besar.
Alhamdulillah, Malaysia terus memainkan peranan sebagai peneraju global dalam industri halal. Melalui pensijilan halal JAKIM dan rangkaian Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia yang diiktiraf di seluruh dunia, Malaysia kekal sebagai penanda aras utama standard halal antarabangsa.
Kerjasama ini turut sejajar dengan aspirasi untuk meningkatkan perdagangan dua hala MalaysiaโNew Zealand sebanyak 50% menjelang tahun 2030, sekali gus memperkukuh hubungan ekonomi dan diplomatik yang berasaskan persahabatan, nilai kemanusiaan, dan saling menghormati.
Insya-Allah, melalui diplomasi halal ini, Malaysia dan New Zealand akan terus mengorak langkah bersama membina jambatan kepercayaan, memperluas jaringan ekonomi, dan memartabatkan nilai-nilai sejagat yang menjadi tunjang kepada kesejahteraan dunia.
#HalalDiplomacy
#MalaysiaNewZealand
#MyASEAN2025
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1F8L2ZH4EM/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQV8jJSEsSe/?igsh=cDlrbXkydmFkdHFm
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1983058746395033629?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQV8mhdD8AW?xmt=AQF0TJjfd385psyVm9iUAPhSZZBpq7j9crKTUoZAmwFQWw&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ฒ๐๐ข๐ค๐ก ๐๐ซ. ๐๐๐ฆ๐ฆ๐๐ฆ ๐๐๐ข๐ ๐๐๐ซ๐ ๐๐ข ๐๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐๐๐๐ข๐ฌ
Pagi tadi di Parlimen, saya telah menerima kunjung hormat daripada Syeikh Dr. Hammam Said, tokoh ulama hadis terkemuka dari Jordan. Kehadiran beliau adalah sebagai tanda penghargaan atas usaha Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menterjemah sebanyak 3,200 hadis ke dalam Bahasa Melayu.
Dalam pertemuan ini, beliau turut menyarankan agar karya agung tersebut turut diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris supaya manfaatnya dapat dikongsi dengan masyarakat antarabangsa. Saya telah menzahirkan penghargaan dan komitmen untuk berbincang lanjut bersama DBP bagi merealisasikan cadangan ini.
Dalam ruang masa yang ada, saya juga berkesempatan untuk berkongsi usaha Kerajaan dalam memperkasakan institusi tahfiz di Malaysia melalui pendekatan TVET Tahfiz agar para huffaz bukan sahaja menguasai ilmu agama, tetapi juga kemahiran profesional dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Syeikh Dr. Hammam Said menyambut baik usaha ini dan menyifatkannya sebagai satu amanah besar yang wajib dipikul bagi melahirkan pemimpin umat yang seimbang antara iman dan ilmu.
Terima kasih saya ucapkan kepada Syeikh Dr. Hammam Said atas masa dan komitmen yang beliau berikan. Semoga hubungan keilmuan antara Malaysia dan Jordan terus diberkati dan memberi manfaat besar kepada ummah seluruhnya. Insya-Allah.
#TahfizMalaysia
#TVETTahfiz
#DewanBahasadanPustaka
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/19xUgVADoK/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQTUmmFEruc/?img_index=3&igsh=NDg5ejMyZWdsdDJ1
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1982689484954341620?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQTUvzzD4ls?xmt=AQF0MOAR2BONSAAzwUrAgh90DWkFne8wXKCCtVpH4xhABw&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ข๐ฅ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ข ๐๐ข๐ซ๐ข ๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐
Saya kongsikan rangkuman suasana penuh semangat di Himpunan Silat PESAKA Malaysia 2025 yang berlangsung di N9 Arena Nilai, menghimpunkan ribuan pesilat dari seluruh negara.
Seni silat bukan sekadar warisan ia madrasah kehidupan yang membentuk jati diri, mendidik tentang adab, keberanian dan maruah bangsa. Semoga silat terus subur dalam jiwa generasi muda sebagai simbol kekuatan dan perpaduan negara.
#FestivalSilatPESAKA2025
#PESAKAMalaysia
#SilatWarisanBangsa
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DQRnKY1EvN6/?igsh=MTF2YjN1MzI3ejh3cw==
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1BF6C3oEfT/
๐ฑYouTube:
https://youtu.be/_lJe5wYa4YQ?si=sJnqa6ohZ5xqIeS-
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Dari pentas ASEAN ke litar Sepang, saya hadir bersama ribuan rakyat Malaysia menyaksikan perlumbaan PETRONAS MotoGP Malaysia 2025.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan acara ini. Insya-Allah, it will be even better next year!
Ada siapa lagi yang turun Sepang tadi?
Kredit foto: KBSMalaysia
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1ZTYEpeF5u/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQRif4vErri/?img_index=6&igsh=amY3dHZ6bngweXMy
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1982438650517545393?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQRipfaD5Bx?xmt=AQF0kj9LT2s1U81ycmyg_FJo1yMu4Jm9wU9ef7Skkc0dIQ&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ก๐ ๐๐๐ญ๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐ฆ๐ข๐ญ
The opening of the 47th ASEAN Summit in Kuala Lumpur today marks a defining moment for Malaysia and for our region - a moment that reaffirms the enduring spirit of cooperation that is the heart and soul of ASEAN.
In his opening address this morning, Prime Minister Datoโ Seri Anwar Ibrahim reminded us that ASEANโs progress must be guided by fairness, inclusivity, and the welfare of future generations. His message reflects a truth that transcends politics, that our collective advancement must never lose sight of humanity and justice.
History was made when Timor-Leste was officially welcomed as the 11th member of ASEAN. Its admission completes the ASEAN family and embodies the spirit of unity and shared destiny that defines our region. We are proud that Timor-Leste now stands with us, journeying together towards peace, prosperity, and a common future.
This spirit of solidarity was further reflected in the Kuala Lumpur Peace Accord between Cambodia and Thailand, a historic achievement facilitated through Malaysiaโs quiet but steadfast diplomacy. It is a powerful demonstration that reconciliation remains the highest form of leadership and that peace can reshape the destiny of nations.
At the same time, Malaysia remains firm in its moral responsibility on the world stage. The Prime Ministerโs recent engagement with U.S President Donald Trump underscores our unwavering stance on the humanitarian crisis in Gaza - that true peace can never exist without justice and compassion.
As Malaysia chairs ASEAN, we also reaffirm our commitment to drive regional economic and technological transformation. Guided by the ASEAN Community Vision 2045, we are advancing the upgraded ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA), the ASEAN Blue Economy Framework, and the ASEAN Power Grid โ initiatives that will propel ASEAN towards a clean, sustainable growth. The creation of the ASEAN AI Safety Network (AI SAFE) further demonstrates our collective foresight in ensuring that technology serves humanity through ethics, governance, and accountability.
In an increasingly complex global landscape, Malaysia continues to play its role as a strategic bridge between ASEAN, the GCC, BRICS, and the G20, safeguarding ASEANโs centrality and relevance in global affairs. The presence of world leaders here in Kuala Lumpur is a reflection of ASEANโs standing as a stabilising, credible, and respected force in the Indo-Pacific.
As Malaysians, we can take pride in knowing that our nation stands once again at the centre of diplomacy, dialogue, and peacebuilding - hosting, facilitating, and inspiring cooperation that strengthens not only ASEAN, but the global community at large.
#MyASEAN2025
#ASEAN2025
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1VhYcufiJh/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQRMInIkh5M/?igsh=MTg2ZHJ3MzY1cHp0NA==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1982389339683197145?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQRMLxKj3yT?xmt=AQF0rPv-sEHV2SRRcorQ-Oc4k7XBLSMBs0y0zrbAXNNjwA&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ข๐ฆ๐จ๐ซ-๐๐๐ฌ๐ญ๐ ๐๐๐ก ๐๐ง๐ ๐ ๐จ๐ญ๐ ๐๐-๐๐ ๐๐๐๐๐
Sejarah baharu tercipta hari ini di Kuala Lumpur apabila Timor-Leste secara rasmi diterima sebagai negara anggota ke-11 ASEAN, bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Langkah bersejarah ini bukan sekadar memperkukuh keluarga besar ASEAN, tetapi juga membuka lembaran baharu dalam memperluas kerjasama serantau merangkumi ekonomi, pelaburan, pendidikan, serta transformasi digital.
Saya mendengar penuh teliti bait-bait ucapan Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmรฃo, yang menzahirkan tekad negaranya untuk berdikari sambil memperkukuh blok ASEAN. Ucapan beliau mencerminkan semangat sejati perpaduan dan kesepaduan Asia Tenggara yang menjadi nadi kepada ASEAN sejak penubuhannya.
Malah ketika saya berkunjung ke Timor-Leste pada Ogos 2024 yang lalu, saya sendiri menyaksikan potensi besar, semangat rakyatnya, dan kesungguhan kepimpinannya untuk melangkah maju bersama rantau ini.
Sekali lagi, tahniah kepada Timor-Leste atas kejayaan bersejarah ini. Tahniah juga kepada Malaysia sebagai tuan rumah dan Pengerusi ASEAN 2025, yang menjadi saksi kepada satu lagi detik bermakna dalam perjalanan serantau kita.
๐๐๐๐๐กโ๐๐, ๐ค๐ ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐ค๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐ด๐๐ธ๐ด๐ ๐น๐๐๐๐๐ฆ. ๐ฒ๐พ๐น๐ฑ
#TimorLeste
#MyASEAN2025
#ASEAN2025
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1FtszaFY1L/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQQvh3KkqWx/?igsh=MXY5bXdmbnhmMzBjbA==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1982326406802731091?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQQvj6wj25P?xmt=AQF0DeMNFxan2zcX36GZzJnXTY8btcx3dbzfyiutw__b6Q&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ซ๐๐ฌ๐ฆ๐ข๐๐ง ๐๐ข๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ง๐๐๐ค ๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐ ๐๐๐ง ๐๐ข๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ง๐๐๐ค ๐๐๐ซ๐ค๐๐ข๐ญ๐๐ง
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi negara ASEAN serta rakan dialog antarabangsa.
Kehadiran ramai pemimpin dunia di Kuala Lumpur hari ini mencerminkan keyakinan global terhadap peranan Malaysia sebagai peneraju serantau yang komited kepada agenda โ๐ผ๐๐๐๐ข๐ ๐๐ฃ๐๐ก๐ฆ ๐๐๐ ๐๐ข๐ ๐ก๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก๐ฆโ.
Seperti yang dizahirkan oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapan perasmian pagi tadi,
โ๐ฟ๐๐๐๐๐๐ โ๐๐ ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐ ๐ ๐๐๐ก๐ก๐๐ ๐๐ ๐๐๐ข๐ก๐๐๐, ๐๐ข๐ก ๐๐ก ๐๐ ๐ ๐๐๐ก๐ก๐๐ ๐๐ ๐โ๐๐๐๐.โ - keberanian untuk menentukan keutamaan, memperbaharui semangat ASEAN, serta merintis haluan yang setimpal dengan harapan rakyat serantau.
Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, beriltizam untuk memastikan setiap keputusan dan inisiatif yang digerakkan membawa manfaat besar kepada rakyat serantau, selaras dengan aspirasi ๐ด๐๐ธ๐ด๐ ๐ถ๐๐๐๐ข๐๐๐ก๐ฆ ๐๐๐ ๐๐๐ 2045.
Tahniah saya ucapkan kepada seluruh pasukan yang terlibat, khususnya rakyat Malaysia dalam memastikan persiapan dan perjalanan Sidang Kemuncak ini berjalan lancar. ๐๐๐ข โ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ข๐ ๐๐๐๐ข๐!
Sama-sama kita mendoakan agar segala urusan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 ini berjalan lancar dan membawa keberkatan serta manfaat besar buat Malaysia dan seluruh rantau ini. Insya-Allah.
#MyASEAN2025
#ASEAN2025
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/14RDDDDQzd6/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQQi8PzEpCl/?img_index=8&igsh=MTg5bTkzcXlxdmJoYg==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1982298736786333801?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQQjH3yj1mS?xmt=AQF0rpQAO2OnRP4kK4TgpKAaIm8rraDZNCwUihcBDo5Q_A&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐๐ ๐ฎ๐ก ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐โ๐๐ซ๐๐ณ๐ข๐ฅ
Saya kongsikan rangkuman Istiadat Sambutan Rasmi sempena Lawatan Rasmi Presiden Republik Persekutuan Brazil, TYT Luiz Inรกcio Lula da Silva di Putrajaya. Kehadiran beliau sebagai Tetamu Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 mencerminkan hubungan diplomatik yang semakin erat antara kedua-dua negara.
Lawatan ini membuka ruang kerjasama baharu dalam perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharui dan pendidikan seiring dengan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh jaringan antarabangsa serta mengukuhkan kedudukan negara di pentas global.
#MalaysiaBrazil #MyASEAN2025 #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DQQUS2NErEP/?igsh=MXRkM25vcDE0M2xlNQ==
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1GGakM3dUR/
๐ฑYouTube:
https://youtu.be/qR7HEy7OuHE?si=YDOEABj7xm54hq4N
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐ข๐ฅ๐๐ญ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐๐: ๐๐ข๐ฅ๐๐ญ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ญ๐ข ๐๐ข๐ซ๐ข & ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐
Dari Putrajaya, saya terus ke N9 Arena Nilai untuk bersama dengan ribuan pesilat dari seluruh pelosok tanah air dalam Majlis Perasmian Himpunan Silat PESAKA Malaysia 2025.
Saya amat teruja apabila melihat wajah-wajah muda yang penuh dengan keyakinan, disiplin dan rasa cinta terhadap seni persilatan. Keterlibatan anak muda dalam mengangkat seni pertahanan diri ini menjadi bukti bahawa silat terus hidup, berkembang dan disemai dalam jiwa generasi baharu.
Saya percaya bahawa silat adalah madrasah kehidupan yang mendidik tentang keberanian, adab dan kebijaksanaan. Ia menyatukan kekuatan dengan nilai kemanusiaan, menjadi benteng maruah bangsa yang terus subur dalam denyut perjuangan anak bangsa.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Datuk Wira Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), serta seluruh penggiat silat atas kejayaan menganjurkan himpunan gilang-gemilang ini. Teruskanlah usaha memperkukuh pendekatan yang membawa silat ke jiwa anak muda kita.
Insya-Allah, saya yakin seni silat akan terus subur menjadi benteng maruah dan simbol perpaduan negara, seiring hasrat kita melahirkan generasi yang berani berjuang, berilmu dan berakhlak tinggi.
#FestivalSilatPESAKA2025
#HimpunanSilatPESAKA2025
#PESAKAMalaysia
#SilatWarisanBangsa
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1FViT6pnkD/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQO3W75EsHv/?igsh=MWZweHcwNDRqbnlhdQ==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1982062167563325775?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQO3Zy3jxyO?xmt=AQF0XMnKO2D0-ZDiC4j-op75u93sQ-trYu7YKRJk-KwLdg&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐จ๐ ๐๐ฎ๐๐ญ ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฃ๐๐ฌ ๐๐ค๐ข๐๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฃ๐ข๐ซ ๐๐ข ๐๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐
Susulan perkembangan banjir yang kini menjejaskan beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Pulau Pinang, doa saya sentiasa mengiringi semua penduduk yang terlibat. Semoga anda semua dikurniakan kekuatan, ketabahan dan perlindungan daripada Allah SWT dalam menghadapi ujian ini.
Pasukan penyelamat dan agensi Kerajaan sedang digerakkan sepenuhnya bagi menyalurkan bantuan serta memastikan keselamatan penduduk di kawasan terjejas.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua petugas yang bertugas tanpa mengenal penat lelah.
Saya juga menyeru kepada semua agar terus mengutamakan keselamatan diri dan keluarga, patuhi arahan pihak berkuasa dan elakkan berada di kawasan berisiko tinggi. Jika diarahkan berpindah, bertindaklah segera demi keselamatan bersama.
Bersama-sama kita mendoakan semoga keadaan ini segera beransur pulih dan segala urusan penyelamatan serta bantuan dapat dilaksanakan dengan lancar. Insya-Allah.
Doa kami sentiasa bersama anda semua.
#SituasiBanjir
#Kedah
#Perak
#PulauPinang
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/19or6TmsFj/?mibextid=WC7FNe
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQOa6_Hkm_j/?igsh=MTI5ZG55NWdrMW52cw==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1982000221333930478?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQObRFsD8xS?xmt=AQF0F4IbVM2kzSSjzckUtCDYDfvaeTU94RmvFJnBvxRWmQ&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ฌ๐ญ๐ข๐๐๐๐ญ ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ฆ๐ข ๐ฌ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข๐๐๐ง ๐๐ซ๐๐ณ๐ข๐ฅ ๐๐ข ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐๐ฃ๐๐ฒ๐
Pagi tadi, saya bersama YAB Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim, serta barisan Jemaah Menteri menghadiri Istiadat Sambutan Rasmi sempena Lawatan Rasmi TYT Luiz Inรกcio Lula da Silva, Presiden Republik Persekutuan Brazil di Dataran Perdana, Putrajaya.
Lawatan rasmi ini amat bermakna kerana Presiden Lula da Silva hadir sebagai Tetamu Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
Kehadiran beliau sekali gus memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan Brazil, dua negara yang sedang pesat membangun yang berkongsi aspirasi bersama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, semikonduktor, sains dan teknologi, tenaga boleh diperbaharui, industri halal, pertanian, kesihatan serta pendidikan.
Insya-Allah, kunjungan ini juga akan membuka lembaran baharu kerjasama strategik Malaysia-Brazil, seiring dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperluas jaringan antarabangsa dan memperkukuh kedudukan Malaysia di pentas global.
#MalaysiaBrazil
#MyASEAN2025
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17ToT8tmCU/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQOKuqhkr8O/?img_index=6&igsh=ZnBwc2N3dmw3YjR6
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1981964083546173804?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQOK0rIj5B4?xmt=AQF02x_9tMOAVSlk0VOY4dkhgAn2fLb4iq2p5yXTGiS9yA&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ข ๐๐ข๐ฐ๐ ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐ง๐๐ค ๐๐ฎ๐๐ ๐๐๐๐
Saya memulakan pagi ini dengan menunaikan solat Subuh berjemaah bersama para peserta Sekolah Patriotik UMNO (Batch ke-3) di Yayasan Al-Falah.
Usai solat, kami teruskan dengan Daurah Pagi, sesi pengisian rohani yang memperkukuhkan semangat juang. Saya sempat berkongsi pengalaman sepanjang meniti jalan perjuangan yang penuh cabaran.
Selagi mana adanya generasi baharu yang menyambung legasi perjuangan ini, saya yakin selagi itulah UMNO akan terus bernafas. Di sini mereka bukan sekadar belajar sejarah perjuangan, tetapi membina jati diri agar matang, berprinsip dan berjiwa besar.
Di penghujungnya saya titipkan pesan, gunakanlah masa muda ini untuk menimba ilmu, memperkukuh iman dan menyumbang demi agama, bangsa dan negara.
#SekolahPatriotikUMNO
#AnakMudaUMNO
#JiwaPerjuangan
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17ccSthkZb/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQN76BEEjDu/?igsh=MWp6dXF5N3RsMGo3ZQ==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1981931414506680756?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQN75nNj6-u?xmt=AQF07e-ye0M3_QvF_qLoPhxsF205jIGcTyFJ4csQgc4qsg&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ ๐๐จ๐๐ฅ๐๐ง, ๐๐๐ญ๐ฎ ๐๐๐ฐ๐๐ฉ๐๐ง: ๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ๐๐ง
17 ๐๐๐ก๐๐๐๐ 2025 - ๐๐๐๐ 014/2025
Dalam kita mengejar pembangunan, membina kemajuan dan memperkukuh kestabilan, ada satu hakikat yang tidak boleh dilupakan bahawa setiap perkara dalam hidup ini adalah amanah, dan setiap amanah pasti akan ditanya di akhirat kelak.
Rasulullah SAW bersabda:
> ููุง ุชูุฒูููู ููุฏูู
ูุง ุนูุจูุฏู ููููู
ู ุงููููููุงู
ูุฉู ุญูุชููู ููุณูุฃููู ุนููู ุนูู
ูุฑููู ูููู
ูุง ุฃูููููุงููุ ููุนููู ุนูููู
ููู ูููู
ูุง ููุนูููุ ููุนููู ู
ูุงูููู ู
ููู ุฃููููู ุงููุชูุณูุจููู ูููููู
ูุง ุฃูููููููููุ ููุนููู ุฌูุณูุฏููู ูููู
ูุง ุฃูุจูููุงูู
โTidak akan berganjak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang: usianya โ bagaimana dia menghabiskannya; ilmunya โ apa yang dilakukan dengannya; hartanya โ dari mana dia peroleh dan ke mana dibelanjakan; tubuh badannya โ untuk apa ia digunakan hingga menjadi lemah.โ
(Riwayat at-Tirmidzi, hadis hasan sahih)
Hadis ini bukan sekadar peringatan ukhrawi, bahkan kerangka nilai kepimpinan dan pengurusan dalam Islam. Umur adalah masa yang merupakan sumber paling mahal yang tidak boleh dibeli semula.
Ilmu adalah cahaya yang hanya bernilai jika menerangi orang lain. Harta adalah ujian bukan hanya dari sudut halal sumbernya, tetapi ke mana ia mengalir. Dan tubuh adalah alat perjuangan yang akan menjadi saksi pada hari tiada lagi pembelaan.
Maka siapa pun kita pemimpin, rakyat, pelajar atau pekerja, kita semua akan ditanya: โApa yang kamu buat dengan segala nikmat yang Aku pinjamkan?โ
Lebih tinggi kedudukan, lebih berat hisabnya. Maka bagi kita yang diberi amanah memimpin baik di peringkat keluarga, masyarakat mahupun negara renungilah empat soalan ini setiap kali membuat keputusan.
Marilah kita sama-sama memperbaharui niat, meluruskan tindakan, dan menginsafi tujuan hidup ini. Setiap pagi yang kita bangun, setiap rezeki yang kita perolehi, setiap minit yang kita urus semuanya akan kembali kepada Allah.
Semoga dengan menyedari hakikat ini, kita semua menjadi insan yang bukan hanya dihormati di dunia, tetapi juga diselamatkan di akhirat kerana kita memimpin dengan takut, berkhidmat dengan kasih, dan hidup dengan amanah.
#RisalahJumaat014
#SayyidulAyyam
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSUcFUeud/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DQLvg4yklFc/?igsh=MXA5YWM0azd4MzUzbw==
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/17CDM3t4mc/
๐ฑX:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1981621413711908878?t=tEoxnK0x7AkdG-P_JlhitQ&s=19
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQLvICrj1CN?xmt=AQF0wYnDnUuo7b1Sj4HpqFdVhOaAC0OZfKAS60u7SxwEhw&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ข๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ง๐๐๐ค ๐๐๐๐๐ ๐ค๐-๐๐: ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐ข๐๐ฉ ๐๐๐ง๐๐ฆ๐ฉ๐ ๐๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ
Saya memulakan pagi Jumaat yang mulia ini dengan menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.
Mesyuarat hari ini antara lain menumpukan kepada perincian dan penyelarasan akhir persiapan negara menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober 2025 ini.
Alhamdulillah, segala persiapan berjalan lancar dan kini berada di fasa akhir pelaksanaannya. Insya-Allah, Malaysia telah bersedia sepenuhnya untuk menyambut kehadiran para pemimpin ASEAN dan rakan dialog antarabangsa dalam sidang kemuncak bersejarah ini.
Sama-sama kita doakan agar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ini berlangsung dengan jayanya, sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada dunia, disegani kerana wibawa, dihormati kerana kepimpinan. Insya-Allah.
#MyASEAN2025
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1Cuy77bLQN/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQLnGGCkqNZ/?igsh=NnVzbDB6b2J4NXc2
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1981604233138016360?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQLnP0AjzhR?xmt=AQF0yP63rIhhmiRVo9N_Hd8LBO2TWD65pgBUtJfwquYCEQ&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐ซ๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐ข๐ง๐๐ฆ๐ข๐ค ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ข๐ญ๐ ๐๐๐๐๐๐
Saya amat terinspirasi melihat semangat luar biasa rakyat Sabah, khususnya anak muda dan wanita yang menjadi nadi penggerak kemajuan negeri. Melalui program PNG Tour @ Sabah: Mooda Desa X PNG serta Program Pemerkasaan Wanita MARA, terserlah nilai perpaduan, kesukarelawanan dan keusahawanan yang menjadi tunjang kekuatan Sabah.
Kerajaan akan terus memperkukuh sokongan kepada anak muda dan wanita melalui pendidikan, latihan kemahiran dan peluang ekonomi inklusif agar mereka mampu memimpin perubahan, membina keluarga sejahtera dan menyumbang kepada kemakmuran negara.
Semangat gigih dan daya juang inilah yang akan memastikan masa depan Sabah terus gemilang dalam kerangka Malaysia MADANI.
#SabahMADANI #BeliaMADANI #PemerkasaanWanita
#MARA #KKDW #MalaysiaMADANI
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DQJrMTMklEi/?igsh=eWoycHdzdm10cDE5
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/19kLU4t6Bn/
๐ฑYouTube:
https://youtu.be/UE49XUdcohA?si=7nkFgTCTL17MhxYi
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ซ ๐๐๐ง๐๐๐ซ ๐๐๐ก๐๐ง๐
Hari ini, saya hadir ke bumi Pahang untuk merasmikan satu lagi projek di bawak inisiatif KKDW iaitu Jalan dan Jambatan dari Kampung Labu melalui Kampung Batu Balak, Jerantut ke Kampung Gemunchur dan Kampung Mela, Kuala Lipis, Pahang.
Projek dengan nilai keseluruhan RM192.5 juta yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah memberi manfaat besar kepada rakyat di dua daerah utama negeri Pahang di mana jarak perjalanan 60km dapat dipendekkan kepada 17km serta menjimatkan masa hampir 45 minit berbanding sebelumnya.
Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan JKR Negeri Pahang atas komitmen yang diberikan dalam memastikan projek ini disempurnakan dengan baik termasuk menyiapkan projek ini lebih awal daripada jadual asal.
Saya yakin kemudahan ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi luar bandar serta membuka laluan baharu bagi sektor pertanian, perdagangan dan pelancongan, khususnya dalam menghubungkan laluan strategik antara Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut hingga ke Tanah Tinggi Cameron Highlands melalui Kuala Lipis.
Semoga usaha ini mampu merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar serta berupaya untuk mencorakkan masa depan yang lebih sejahtera untuk seluruh rakyat dan generasi akan datang. Insya-Allah.
#KKDW #PejuangDESA
#Jerantut #KualaLipis
#Pahang #PahangFirst
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1M2QKbGLby/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQJd_AWktK2/?igsh=MWE2ZGR3eGh1YjR2Zg==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1981302734549897300?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQJeMuZjztv?xmt=AQF0CaFN7Jb2649bb_ql_89W_ln4_Be05FAOY3KjKAGCwg&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ฅ๐จ๐๐๐ฅ ๐๐ค๐ข๐ฅ๐ฅ๐ฌ ๐
๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ
Saya kongsikan rangkuman Global Skills Forum 2025 yang buat julung kalinya diadakan di luar Geneva, menghimpunkan pemimpin dan wakil dari hampir 50 negara bagi membincangkan hala tuju pembangunan kemahiran global.
Malaysia terus diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai peneraju agenda TVET dan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi di rantau ini.
Insya-Allah, komitmen ini akan diteruskan bagi memastikan tenaga kerja negara kekal relevan, beretika dan berdaya saing dalam ekonomi masa depan.
#GlobalSkillsForum2025 #ASEANYearOfSkills2025
#TVETMalaysia #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSUWRgMH3/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DQImB6ikgA-/?igsh=MXN4ZjRmZnVlaHgwcA==
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/19U8CGcoFi/
๐ฑYouTube:
https://youtu.be/-njljAAnLSs?si=hyAbNAEMoaDeEWWF
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐ญ๐๐ฆ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐๐๐ก
Saya kongsikan rangkuman sesi di Parlimen hari ini yang menegaskan komitmen Kerajaan MADANI memperkukuh hubungan PersekutuanโNegeri serta memastikan tanggungjawab terhadap Sabah terus ditunaikan selaras dengan semangat MA63.
Pembangunan Sabah akan terus diutamakan melalui pendekatan adil, inklusif dan berteraskan kesejahteraan rakyat.
#ParlimenMalaysia
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
๐ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSUt3FeSX/
๐ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DQHFSaCknE7/?igsh=MjkwbHFzMGc1ZzR4
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/r/1CLkuQaHyD/?mibextid=wwXIfr
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Endi mavjud! Telegram Tadqiqoti 2025 โ yilning asosiy insaytlari 
