Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kanalga Telegramโda oโtish
Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
364
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
+27 kunlar
+230 kunlar
Postlar arxiv
๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐ข๐ณ ๐ญ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐๐๐ฉ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ง๐๐ง๐ ๐๐ง๐ข ๐๐จ๐ฌ ๐๐๐ซ๐ ๐๐ข๐๐ฎ๐ฉ
Seterusnya di Parlimen, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bagi meneliti dan membincangkan beberapa dasar utama dan hala tuju Kerajaan berkaitan inisiatif dan strategi dalam menangani isu kos sara hidup.
Antara tumpuan utama yang dibincangkan ialah pelaksanaan Program TVET Tahfiz, hasil kerjasama pelbagai kementerian dan agensi termasuk KPT, KPM, JAKIM, MARA dan KESUMA. Melalui inisiatif ini, pelajar tahfiz dan pondok akan diberi akses kepada program kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Malaysian Qualifications Agency (MQA). Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran mereka, tetapi juga memperkukuh pendapatan komuniti Islam dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Mesyuarat turut meneliti isu kos tambahan persekolahan seperti tambang bas dan yuran PIBG yang membebankan ibu bapa berpendapatan rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia kini sedang menilai semula struktur perbelanjaan persekolahan serta meneroka kerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memperluas perkhidmatan bas percuma untuk golongan B40.
Insya-Allah, melalui sinergi pelbagai pihak dan pendekatan berasaskan data serta realiti kehidupan rakyat, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh inisiatif penjanaan pendapatan, bantuan bersasar dan program intervensi harga demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
#NACCOL2025
#TVETTahfiz
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/19y6dkiEEm/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQG3030El4V/?igsh=MTVrcXZ3NDdibHJjeQ==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1980937476748575150?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQG30DzD80U?xmt=AQF0hrO7hcNtHYTXyxI7PWLV0k22nc0_tR4NLSMsQIybLA&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฎ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐๐๐ก
Selesai menyempurnakan Majlis Perasmian Global Skills Forum 2025 pagi tadi, saya terus ke Parlimen bagi mendengar Ucapan Penerangan Pendirian Kerajaan MADANI Berhubung Pemberian Khas Persekutuan kepada Sabah yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim.
Ucapan beliau menjelaskan dengan tuntas mengenai komitmen Kerajaan MADANI dalam menunaikan tanggungjawab perlembagaan terhadap Sabah serta memastikan setiap keputusan dibuat dengan berlandaskan undang-undang, prinsip keadilan dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Sejak awal pentadbiran, Kerajaan MADANI telah menunjukkan iltizam yang jelas dalam memperkukuh hubungan Persekutuan-Negeri, termasuk peningkatan peruntukan pembangunan dan pelaksanaan pelbagai projek strategik demi kesejahteraan rakyat Sabah.
Saya yakin bahawa kesepakatan yang berteraskan kepercayaan dan saling menghormati antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus menjadi asas kepada kemajuan serta perpaduan Sabah dan Malaysia secara keseluruhan. Insya-Allah.
#ParlimenMalaysia
#MADANIBekerja
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1Aze2Zf8wu/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQGkZIRkvRx/?igsh=MXJiZ2Zqd3ZoenZzNw==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1980894574135636345?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQGkYoQj3k3?xmt=AQF0yVsoYWHZB0sanMupqwO33GznIM0EQCNjCOUqu5YIEw&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ฅ๐จ๐๐๐ฅ ๐๐ค๐ข๐ฅ๐ฅ๐ฌ ๐
๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐๐๐๐: ๐๐๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ง๐ข๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
Pagi tadi, saya berbesar hati merasmikan Global Skills Forum 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Ini merupakan edisi pertama Forum tersebut diadakan di luar Geneva, Switzerland sejak ia ditubuhkan oleh International Labour Organization (ILO).
Lebih bermakna, forum ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah ILO, H.E. Mr. Gilbert F. Houngbo, bersama delegasi dari hampir 50 buah negara. Kehadiran mereka menjadi bukti pengiktirafan dunia terhadap komitmen Malaysia dalam memimpin agenda pembangunan kemahiran di rantau ini.
Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya amat berbangga melihat Malaysia menjadi negara pilihan pertama bagi penganjuran Forum yang berprestij ini. Saya percaya bahawa dalam dunia yang sedang berubah pantas ini, ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐กโ๐ ๐๐๐ค ๐๐ข๐๐๐๐๐๐ฆ. Kemahiranlah yang akan menentukan daya tahan, nilai dan masa depan sesebuah bangsa.
Di bawah ๐ด๐๐ธ๐ด๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐ด๐๐๐) 2025 yang dianjurkan bersempena dengan ๐ด๐๐ธ๐ด๐-๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐ ๐ถโ๐๐๐๐๐๐๐ โ๐๐ 2025, Malaysia memberi tumpuan kepada penyelarasan antara pendidikan dan industri, pemerkasaan golongan muda serta pengiktirafan kemahiran rentas sempadan. Ini seiring dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk menjadikan TVET sebagai pemacu utama daya saing dan kemajuan ekonomi negara.
Insya-Allah, Malaysia akan terus memperkukuh ekosistem TVET berteraskan ilmu, nilai dan kemahiran, agar tenaga kerja kita kekal relevan, beretika dan berdaya saing dalam dunia yang sedang berubah pantas.
#GlobalSkillsForum2025
#ASEANYearOfSkills2025
#MyASEAN2025
#TVETMalaysia #ASEANTVET
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BVAQbyE17/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQGXMaoklsW/?igsh=YXkwMGhiMGdtdTdl
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1980865679361524138?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQGXNxJD1k6?xmt=AQF05zlqqdbwZaMItCMtB0knthL5vQ_cSUC7p1b71MzHCg&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐๐๐ ๐๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ๐ฌ ๐๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ฒ ๐๐ฑ๐ฉ๐จ ๐๐๐๐
Ketika berlangsungnya ASEAN Sports Industry Expo 2025, saya berkesempatan meninjau beberapa reruai yang mempamerkan pelbagai inovasi dan teknologi sukan terkini dari dalam dan luar negara.
Program seperti ini bukan sahaja mengangkat industri sukan sebagai pemangkin ekonomi baharu, tetapi juga memperkukuh hubungan serantau melalui semangat perpaduan dan kesukanan.
#ASEANSportsIndustryExpo2025 #MyASEAN2025 #KBS #RancakkanMADANI
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSUsVoWmo/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DQEojFzks2f/?igsh=MWtlamZvbGY0MjZ6bw==
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1DK1ktgD3g/
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ญ ๐๐๐ฎ๐ฌ๐๐ก๐๐ฐ๐๐ง๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ง๐ญ๐๐ฎ
Sempat meluangkan masa meninjau reruai usahawan tempatan dan antarabangsa di SME Venture @ASEAN 2025.
Melihat sendiri kreativiti, inovasi dan semangat tinggi para usahawan ini benar-benar membanggakan. Inilah tenaga baharu yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi serantau.
#SMEVentureASEAN2025
#PMKS #UsahawanMalaysia
#OneASEANSME #MADANIBekerja
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSUs9k2cv/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DQEhOL0kn2X/?igsh=aHJiNnVqaTR3amtq
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1Bf2FZt9cN/
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ง
Petang ini di Parlimen, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW bagi memastikan hala tuju kementerian terus selari dengan matlamat dan aspirasi yang telah digariskan.
Dengan hanya tinggal beberapa bulan sebelum kita melangkah ke tahun baharu, tumpuan utama perbincangan kali ini adalah untuk menyemak semula perancangan serta penyelarasan program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh semua agensi di bawah KKDW.
Saya telah tekankan dalam mesyuarat bahawa baki masa yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya supaya setiap program yang dirancang berjalan lancar serta memberikan impak terbaik kepada masyarakat. Yang lebih penting, kita mahu memastikan tiada pertindihan pelaksanaan antara agensi dan setiap inisiatif dapat sampai tepat kepada kumpulan sasar.
Insya-Allah, dengan sinergi dan kerjasama yang kukuh di peringkat kementerian dan agensi pelaksana ini, KKDW akan terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah kementerian yang berfokus, cekap dan relevan dalam memperkasa agenda pembangunan desa sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat.
#MPT2025
#KKDW
#PejuangDESA
#MADANIBekerja
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1FHpobPx4X/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQETAezEnmW/?img_index=1&igsh=MXNrbmFwc3F6M3Vwcg==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1980574896364421175?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQETK4fj1Vy?xmt=AQF0s2NY-vlar6LHrLPv89gkxwnTpTvW7N5U5jSxntS08g&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐ข๐ ๐๐ซ๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ฃ๐ฎ ๐๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐๐ ๐๐ซ๐
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) merupakan tulang belakang ekonomi negara di mana ianya sahaja telah menyumbang 39.5% kepada KDNK dan membuka peluang pekerjaan kepada jutaan rakyat. Justeru, kejayaan ekonomi Malaysia pada masa hadapan sangat bergantung kepada keupayaan kita dalam memperkasa sektor ini agar terus berdaya saing, inovatif dan mampan.
Atas kepentingan itu, hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) Bil. 1/2025 di Kuala Lumpur bagi bersama-sama merangka dasar dan hala tuju baharu keusahawanan negara. Mesyuarat hari ini turut menyambut baik pengumuman Belanjawan 2026 dengan kemudahan pinjaman dan jaminan bernilai RM50 bilion bagi menyokong pertumbuhan PMKS dan koperasi di seluruh negara.
Antara ketetapan penting yang telah diputuskan dalam mesyuarat sebentar tadi ialah pelaksanaan Strategi Kebangsaan Anti-Rasuah untuk PKS bagi meningkatkan budaya etika dan integriti dalam perniagaan. Pendekatan baharu ini akan memanfaatkan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) bagi mempercepat pelaksanaan inisiatif dan memastikan keberkesanannya kepada usahawan.
Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh ekosistem keusahawanan negara melalui dasar yang inklusif, progresif dan berpaksikan integriti. Matlamat kita jelas iaitu untuk menjadikan PMKS sebagai pemacu utama ekonomi nasional dan serantau serta mewujudkan peluang lebih luas kepada rakyat selari dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) dan pembangunan Malaysia MADANI.
#PMKS #DKN2030
#Keusahawanan
#Belanjawan2026
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BrSinxYpE/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQD-ai_ki5B/?igsh=ZGY0MTJmbmN4dGlw
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1980529683566633386?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQD-cCYDxkU?xmt=AQF0xYLTgvw9-FLL4VTRO5MKiD4QvkXeiEqZEgoboQa2Cg&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฉ๐๐๐ฎ๐๐ง, ๐๐๐ฒ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฆ๐จ๐ง๐ข๐๐ง
Saya kongsikan momen ketika menghadiri rumah terbuka masyarakat India di Bagan Datuk sebuah kesempatan yang penuh makna untuk menyemai muhibah dan merapatkan silaturahim antara kita semua.
Terima kasih atas sambutan mesra yang penuh keikhlasan. Semoga cahaya Deepavali kali ini terus menyinari hati dengan kebahagiaan dan keberkatan untuk seluruh rakyat Malaysia. โจ
#Deepavali2025 #BaganDatuk #MalaysiaMADANI #BaganDatukNombor1
๐ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSUgmA2ty/
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/15NA9Wrcx9i/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DQCJGhfEusk/?igsh=MXJwaXBqcm45ZDV0aA==
๐ฑYouTube:
https://youtu.be/AruQ-LcxTH8?si=hPuU2NOJwy6D3V8s
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฉ๐๐๐ฎ๐๐ง, ๐๐๐ฒ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฆ๐จ๐ง๐ข๐๐ง
Kalau semalam kita bersama dalam majlis penuh warna warni di dewan, hari ini pula saya berpeluang memenuhi undangan rumah terbuka masyarakat India di Bagan Datuk - menyambung silaturahim dan mengukuhkan muhibah yang telah lama terjalin.
Inilah suasana yang saya nantikan setiap kali tibanya musim perayaan.
Setiap senyuman, setiap hidangan, dan setiap salam yang dihulurkan mengingatkan saya bahawa kekuatan sebenar negara ini terletak pada kasih dan hormat antara kita semua, tanpa mengira kaum dan agama.
Terima kasih atas sambutan yang mesra dan keikhlasan yang tidak pernah putus. Moga cahaya Deepavali kali ini menerangi hati dengan kebahagiaan, keharmonian, dan keberkatan buat seluruh rakyat Malaysia.
โจ Selamat Menyambut Deepavali 2025! โจ
#Deepavali2025
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1K7YaNW2Vx/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQCCw_jEldU/?igsh=bG8xdXRob2dsaHE3
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1980257832726589581?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQCC_vJDxtG?xmt=AQF0xtTe-l0wQl9YYe4gsYk-uuy0UvOHssEDZsa_d39n7A&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐๐ฉ๐๐ฏ๐๐ฅ๐ข ๐๐ข ๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ค
Saya kongsikan momen penuh makna bersama masyarakat India di Bagan Datuk dalam suasana Deepavali yang meriah, berwarna-warni dan penuh kasih sayang.
Kegembiraan yang terpancar di wajah setiap yang hadir mengingatkan kita tentang indahnya Malaysia kepelbagaian yang dirai dalam semangat kekeluargaan dan perpaduan.
Happy Deepavali!
#Deepavali2025 #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 #MalaysiaMADANI
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1D9rdj8obL/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DQA-3PDEuu1/?igsh=MXBmMDFraXM0ZzZvNQ==
๐ฑYouTube:
https://youtu.be/B18_FmSjbOg?si=XaQCx6CmS9lxhEns
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ฉ๐๐ฏ๐๐ฅ๐ข
Saya dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia khususnya kepada warga Bagan Datuk.
Bersempena dengan sambutan Hari Deepavali pada tahun ini, marilah kita bersama-sama memperkukuh hubungan silaturahim dan terus memelihara keharmonian yang menjadi kekuatan Malaysia.
Happy Deepavali.
Deepavali Nal Valthukkal.
#Deepavali2025 #MalaysiaMADANI #PerpaduanDalamKepelbagaian
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1C6t6Qegzk/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DQAtIEzkvhD/?igsh=cjd4aDY3ZG1jYjZ1
๐ฑYouTube:
https://youtu.be/bVFKPWGD80U?si=qY1EPshhHMuCDTm2
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐๐ฒ๐๐๐ง ๐๐๐๐ฉ๐๐ฏ๐๐ฅ๐ข ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐ง๐๐ข๐ ๐๐ข ๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ค
Petang tadi, saya pulang ke Bagan Datuk untuk bersama-sama meraikan Majlis Sambutan Deepavali 2025 bersama komuniti India di Parlimen ini.
Saya amat terharu dan tersentuh hati melihat ribuan yang hadir, ada saya lihat tadi anak-anak kecil bersama ibu bapa, anak muda bersama orang tuanya dan ada juga sempat saya sapa katanya baru pulang ke kampung bagi merayakan perayaan ini bersama keluarga.
Terima kasih buat semua yang dapat bersama dan juga semua yang telah menjayakan sambutan ini yang diatur penuh meriah. Semoga perayaan sebegini menjadi jambatan untuk kita terus memperkukuh hubungan kekeluargaan, menyemai semangat perpaduan dan kasih sayang sesama kita.
Happy Deepavali!
#Deepavali2025
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1ExtkLUGF2/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DP_fV0UEiBy/?igsh=MXJuZHE3dm52cHJvcQ==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1979898418924544401?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP_fibID45Z?xmt=AQF0w6LJ7GhDu1kde0K9qVDfM2_vNPper5DTZQvtYreacA&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ฉ๐๐ฏ๐๐ฅ๐ข
Kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia khususnya di Bagan Datuk, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2025 walau di mana jua anda berada.
Dalam semangat Deepavali ini, marilah kita terus mengukuhkan perpaduan, memperkukuh semangat toleransi, hormat-menghormati dan kasih sayang yang menjadi asas kekuatan negara kita yang berbilang kaum dan budaya.
Saya percaya, seperti cahaya pelita yang menyinari kegelapan, perpaduan rakyat Malaysia akan terus menjadi sinar yang membawa negara ini menuju masa depan yang makmur dan sejahtera.
Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya. Semoga Deepavali kali ini membawa cahaya kebahagiaan dan kesejahteraan buat semua yang merayakannya.
Happy Deepavali
Deepavali Nal Valthukkal
#Deepavali2025
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1FsT8ni7nf/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DP_ZBncEj97/?igsh=MXV6aG1ybGlsZTIwNQ==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1979884798471746019?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP_ZR8BD7FH?xmt=AQF0zDNfInuMrm17RQ-SlHCrmZdb5z1RrOZ1mUYeRrFkWg&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ฎ๐ฌ๐๐ญ ๐๐๐ฆ๐ข๐ง๐๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ค๐๐ฅ: ๐๐ง๐๐ซ๐๐ฌ๐ญ๐ซ๐ฎ๐ค๐ญ๐ฎ๐ซ ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ
Kerajaan kini merancang pembinaan pusat pemindahan kekal di kawasan tinggi, khususnya berhampiran sekolah dan dewan orang ramai, bagi memastikan keselamatan serta keselesaan mangsa bencana sepanjang tempoh pemindahan. Fasiliti ini akan dilengkapi dapur, bilik mandi dan kemudahan asas yang lebih selesa untuk kegunaan komuniti.
Menariknya, dewan ini boleh dimanfaatkan sebagai kemudahan untuk sekolah dan penduduk setempat ketika tidak berlaku bencana, ini dapat memastikan setiap peruntukan yang dibelanjakan membawa manfaat berterusan kepada rakyat.
#KesiapsiagaanBencana #NADMA #JPBP2025 #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSUVqc41Q/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DP_KA8vEuNv/?igsh=dXd6bTAwMmV4YzB6
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/r/14LTZiZQsxm/
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฌ๐ข๐๐ฉ๐ฌ๐ข๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐๐๐ง๐ฃ๐ข๐ซ: ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐๐๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐๐ฎ๐ ๐๐๐ง
Kerajaan menyalurkan lebih RM2.2 bilion bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi banjir di seluruh negara, termasuk RM460 juta kepada NADMA untuk pengurusan bencana secara menyeluruh. Langkah ini turut diperkasa dengan sistem amaran awal, penggunaan satelit GRIN dan sokongan pasukan radio amatur di kawasan berisiko.
Pendekatan ini menggambarkan komitmen kerajaan memastikan keselamatan rakyat menjadi keutamaan bukan hanya ketika bencana melanda, tetapi melalui tindakan awal dan kerjasama seluruh masyarakat.
#KesiapsiagaanBencana #NADMA #JPBP2025 #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI
๐ฑTikTok:
https://vt.tiktok.com/ZSU4Em8tW/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DP-eLszEq7L/?igsh=Z284bnhzM2E2eWg0
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1HpnXyZT5k/
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐หขแต ๐๐จ๐ซ๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐๐ง๐ ๐ฑ๐ข ๐๐จ๐ง๐ฏ๐๐ง๐ญ๐ข๐จ๐ง: ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ ๐๐๐ง๐ฃ๐๐๐ข ๐๐๐ค๐ฌ๐ข ๐๐๐๐ค๐ซ๐๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐-๐๐ก๐ข๐ง๐
Saya kongsikan rangkuman Majlis Perasmian The 21st World Guangxi Convention di Kuala Lumpur simbol keakraban hubungan MalaysiaโChina yang telah terjalin lebih lima dekad.
Saya menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama dalam pelaburan bernilai tinggi, tenaga hijau, pelancongan mampan dan industri kreatif demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.
Insya-Allah, semoga hubungan ini terus subur demi kemakmuran serantau dan masa depan Asia yang sejahtera.
#21WorldGuangxiConvention
#MalaysiaChina #Guangxi
#MyASEAN2025 #RancakkanMADANI
๐ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DP85AbDEo0M/?igsh=MXg3ZHQxOWU5NXIzcA==
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1CGzUSArj9/?mibextid=wwXIfr
๐ฑYouTube: https://youtu.be/DV0apXCPiD8?si=W-CslW4rV0bfoeGN
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ข๐ญ๐ ๐๐๐๐ & ๐๐๐ฆ๐ข๐ง๐๐ซ ๐๐๐ง๐๐ ๐๐ซ๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Seterusnya, saya ke Putatan bagi bersama warga Sabah dalam Program Pemerkasaan Wanita MARA dan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI 2025 yang menjadi wadah penting dalam memperkasa golongan wanita serta memperkukuh semangat kenegaraan dalam kalangan rakyat, khususnya di Sabah.
Kerajaan sentiasa komited memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada inisiatif keusahawanan yang inklusif. Melalui MARA, Kerajaan telah menyediakan sebanyak RM1,140,075.00 bagi geran pembangunan usahawan dan memperuntukkan RM34.5 juta bagi manfaat usahawan di seluruh Sabah. Peruntukan ini memberi tumpuan kepada aspek pembangunan, pembiayaan dan penyediaan premis perniagaan agar para usahawan dapat memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran.
Melalui pelaksanaan program seperti KEB dan PuTERA35, Kerajaan berhasrat melahirkan lebih banyak syarikat Bumiputera yang berdaya saing sehingga mampu tersenarai di Bursa Malaysia. Ini seiring dengan aspirasi Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan berwibawa yang mampu menembusi pasaran global.
Dalam masa yang sama, kita juga mahu melihat semua golongan masyarakat disantuni melalui pelbagai inisiatif keusahawanan termasuk golongan wanita yang menjadi tonggak utama keluarga dan ekonomi negara. Dengan permintaan produk halal yang semakin meningkat di peringkat global, usahawan mikro digesa merebut peluang ini, sama ada dalam bidang makanan halal, kosmetik, farmaseutikal dan pelbagai produk berpotensi tinggi yang lain.
Saya percaya, dengan semangat gigih dan sokongan berterusan daripada Kerajaan, wanita dan usahawan Bumiputera akan terus memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda Malaysia MADANI yang berteraskan kemampanan, kesejahteraan dan kemajuan bersama.
#PemerkasaanWanita
#UsahawanWanita #MARA
#KKDW #PejuangDESA
#Sabah
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1MfqdJh8mL/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DP8ykJ_EvT-/?igsh=bHUxanp3OXZldjZq
๐ฑX:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1979518575212970480?t=bryZHndj21OtMqwM24cpiQ&s=19
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP8y587D4kv?xmt=AQF0PIEXF7gcGheq5lK1WJTzaTrdQTEIFDW269IfINvlFg&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐๐๐ ๐๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ๐ฌ ๐๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ฒ ๐๐ฑ๐ฉ๐จ ๐๐๐๐: ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ญ๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ฎ
Saya kongsikan rangkuman ASEAN Sports Industry Expo 2025 yang telah menjadi platform bagi mengangkat sukan sebagai jambatan penyatuan ASEAN serta pemangkin kemajuan ekonomi serantau.
Saya percaya masa depan industri sukan akan terus diterajui oleh inovasi, semangat kesukanan dan kerjasama serantau yang kukuh demi masa depan yang lebih gemilang.
#ASEANSportsIndustryExpo2025
#MyASEAN2025 #KBS #KitaSemuaTeamMAS
#RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DP8k-fxElsC/?igsh=cWZ0YzYwOTB4b3kx
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1AEKXiZR3H/
๐ฑYouTube:
https://youtu.be/n9VoEoTEI6A?si=tdASYL6t0DOTozG4
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ง๐๐ค ๐๐ฎ๐๐ ๐๐๐๐๐ก: ๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐ซ๐๐ค ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
Saya amat teruja melihat semangat luar biasa anak muda Sabah, hadir bukan sekadar untuk bersuka ria, tetapi untuk bersatu, berbakti dan berinspirasi. Program PNG Tour @ Sabah: Mooda Desa X PNG membuktikan bahawa belia adalah barisan utama perubahan sosial di negeri dan negara.
Aktiviti seperti Sabah Cultural Fun Run, pertandingan mewarna, persembahan budaya, sukaneka pantai dan Townhall Belia saya lihat pagi bukan sahaja menceriakan suasana, tetapi turut menyemai nilai perpaduan, kesukarelawanan dan kebersamaan nilai yang menjadi jiwa sebenar rakyat Sabah.
Potensi generasi muda di Sabah amat besar. Mereka perlu terus digilap melalui pendidikan, latihan kemahiran dan peluang ekonomi yang inklusif agar mampu memimpin dan mencipta masa depan mereka sendiri.
Anak muda Sabah mesti menjadi pemain utama pembangunan negeri, berani bermimpi besar, mencipta peluang, dan memimpin perubahan.
Marilah kita bersama menggerakkan anak muda Negeri Sabah yang cemerlang demi melahirkan sebuah Malaysia yang gemilang. Demi Rakyat, Demi Sabah!
#BeliaMADANI #SabahHebat #GenerasiMADANI
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02iFTd89RjdL7ymJLTWKBR2YVhEfxt5i75BmFmL5KyFSdP6o2PjmvdaiMSGV1zZYVhl&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DP8JlbNEiE4/?igsh=MTh1Z2VsazM3Z2Nvbg==
๐ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/1979428479562305992?s=46&t=xnxPBqEzRbR0vA2ZZU4TMg
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP8J8mtj0wU?xmt=AQF0H7ZzYiEOlgEWpmk-UbaUFYbAS0chTeX0W07NFHsigg&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐หขแต ๐๐จ๐ซ๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐๐ง๐ ๐ฑ๐ข ๐๐จ๐ง๐ฏ๐๐ง๐ญ๐ข๐จ๐ง: ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ ๐๐๐ง๐ฃ๐๐๐ข ๐๐๐ค๐ฌ๐ข ๐๐๐๐ค๐ซ๐๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐-๐๐ก๐ข๐ง๐
Malam tadi, saya hadir menyempurnakan Majlis Perasmian ๐โ๐ 21หขแต ๐๐๐๐๐ ๐บ๐ข๐๐๐๐ฅ๐ ๐ถ๐๐๐ฃ๐๐๐ก๐๐๐ yang menghimpunkan delegasi dari Wilayah Guangxi, China ke Kuala Lumpur. Kehadiran mereka mencerminkan eratnya hubungan dua hala yang telah terbina selama lebih 50 tahun antara Malaysia dan China.
Malaysia merupakan antara negara ASEAN terawal yang menjalin hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974. Hari ini, hubungan tersebut terus berkembang menjadi kerjasama strategik berimpak tinggi yang memberi manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara. Ini terbukti melalui nilai dagangan dua hala yang mencecah RM484.12 bilion pada tahun lalu, menjadikan China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut.
Wilayah Guangxi pula memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung antara ASEAN dan China, membuka lebih banyak ruang untuk kolaborasi ekonomi dan pembangunan masa depan.
Semasa berucap, saya telah mencadangkan tiga bidang utama kerjasama baharu yang boleh diperkukuh bersama iaitu pelaburan bernilai tinggi dalam elektronik, tenaga hijau dan pertanian, pembangunan pelancongan mampan termasuk penerbangan terus dan pelancongan mesra Muslim, serta pemerkasaan PKS dan bakat muda melalui inovasi digital dan industri kreatif.
Insya-Allah, hubungan erat antara Malaysia dan Guangxi akan terus diperkukuh demi masa depan Asia yang lebih makmur, stabil dan sejahtera.
#21WorldGuangxiConvention
#Guangxi #MalaysiaChina
#MyASEAN2025
#RancakkanMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BLz1YpnDp/?mibextid=WC7FNe
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DP8AoFmkrte/?igsh=MWIzdGw4cGQ5NGV1dQ==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1979409225983131994?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP8BSWYDyID?xmt=AQF0uteTY9kXThh2_iFlzdMO8ushrbGtHx9I12UufZw8JQ&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Endi mavjud! Telegram Tadqiqoti 2025 โ yilning asosiy insaytlari 
