uz
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Kanalga Telegramโ€™da oโ€˜tish

Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
362
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kunlar
Ma'lumot yo'q30 kunlar
Postlar arxiv
Kerajaan umum bantuan tunai tambahan sebanyak RM75 juta bagi pengguna diesel: ๐ŸŒพ Insentif Pembajakan Pesawah (IPKP) Dinaikkan โœ… RM160 โžก๏ธ RM300 sehektar semusim membabitkan hampir 200,000 pesawah. Ikhtiar ini membabitkan dana tambahan sekitar RM40 juta. ๐Ÿ‘จโ€๐ŸŒพ Bantuan Interim BUDI Agri-Komoditi Dinaikkan โœ… RM300 โžก๏ธ RM400 bagi bulan April membabitkan lebih 200,000 penerima petani dan pekebun kecil dengan dana tambahan sebanyak RM20 juta sebulan. ๐Ÿš— Bantuan Interim BUDI Diesel Individu Dinaikkan โœ… RM300 โžก๏ธ RM400 bagi bulan April membabitkan lebih 150,000 pemilik kenderaan diesel di Semenanjung dengan dana tambahan RM15 juta sebulan. โ›ฝ๏ธ Kerajaan melonggarkan syarat permit khas bagi pembelian diesel melebihi 20 liter untuk kegunaan selain kenderaan. ๐Ÿšœ Secara keseluruhan, Kerajaan tampung RM7 bilion bantuan bahan api pada April 2026 bagi membantu rakyat dalam mengurangkan tekanan krisis tenaga global. โœ… Langkah ini memastikan operasi pertanian terus lancar, kos dapat dikawal, dan bekalan makanan negara kekal terjamin. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1FVNB5GTK1/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXJKXc-EtPI/?igsh=OGswNHNkdTIxZHVr ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2044309970213318692?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXJKn-dj-m0?xmt=AQF0YQIaYpY-kJfHN7Mwgb-crUYjHHY6ozfnpuvf1R8JZ5M7ne-GSouRfASbv6l6i0wVCjE&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] ๐๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐Ÿ’: ๐Š๐ž๐ฆ๐ฎ๐ง๐œ๐š๐ค ๐Š๐ž๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ง๐š๐ง ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ Tahukah anda, Pilihan Raya Umum ke-11 bukan sekadar mencatat kemenangan besar, malah menjadi simbol kemuncak kekuatan politik UMNO dalam menerajui Barisan Nasional. Di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, mandat luar biasa yang diberikan rakyat mencerminkan keyakinan tinggi terhadap kestabilan, kesinambungan dasar serta pendekatan kepimpinan yang sederhana dan inklusif ketika itu. Kemenangan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan kerajaan di Parlimen, malah mencatat antara dominasi politik terbesar dalam sejarah negara, mengatasi pencapaian awal Pilihan Raya Persekutuan 1955. Peristiwa ini kekal menjadi rujukan penting dalam memahami kekuatan mandat rakyat serta peranan kepimpinan negara. Barisan Nasional pernah mendapat keyakinan hampir menyeluruh rakyat Malaysia dan asas keyakinan itu boleh dibina semula melalui kestabilan, pengalaman dan agenda masa depan. #UMNO #80TahunUMNO ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/14biYmzgPwA/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXJD_kYEiWe/?igsh=MWIzZnozOGpoaXppMg== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2044296014769917999 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXJEKb2D38o?xmt=AQF0ujFUgG1lbmLVnHTolB1KE2Tc_T5dYBx5vLyUvpx16-YMTShg1Fy5uPN-ObEZRV0twJTo&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Setibanya dari Kuching, Sarawak, saya terus menuju ke Bukit Damansara untuk menziarahi sahabat saya, Datoโ€™ Sri Tajuddin Rahman di kediamannya. Di penghujung Syawal ini, suasana Aidilfitri masih terasa dan menjadi lebih bermakna apabila dapat menziarahi sahabat seperjuangan, bertanya khabar serta meluangkan sedikit masa bersama. Sama-sama kita mendoakan agar beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah. #UMNO #RumahBangsa ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/16eoSg73uU/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXHO6JUkqvB/?igsh=ZzFpY2xxeTRoeDBr ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2044038470390403095?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXHO_GhD35T?xmt=AQF0bEo51xzKDhtF95Iea5ae-bS5Y6RSVUPRYqY4wDHrqH4jeaxAi0Ck50Zn_YFDUEolMYG5&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ•๐Ÿ โ€” ๐ƒ๐š๐ฌ๐š๐ซ ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐š๐ซ๐ฎ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Februari 1971 menandakan permulaan satu fasa penting dalam sejarah pembangunan negara. Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak, dengan UMNO sebagai tunjang utama kerajaan ketika itu, satu pendekatan baharu diperkenalkan untuk menangani jurang ekonomi dan memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pelaksanaan dasar ini turut membuka ruang luas kepada pembangunan luar bandar menerusi FELDA, yang mengubah kehidupan puluhan ribu keluarga peneroka. Pada masa yang sama, Rukun Negara diperkenalkan sebagai panduan bersama dalam membentuk perpaduan dan identiti nasional. Satu era bermula, apabila pembangunan negara digerakkan dengan fokus yang lebih seimbang antara kemajuan ekonomi dan kestabilan sosial. #UMNO #80TahunUMNO ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1ck1fxXASD/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXHH2_UEgTJ/?igsh=NGdseWhoM3N5cHNo ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2044023599586259452 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXHH1u9jrBg?xmt=AQF0cF8qv9GmTF7Gbcjp6ZGHcnYamgJgqkEN-LAc8RLmQMrY8bWA348_Hs_SOl-Jr3glU3gH&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐๐ซ๐ž๐ฆ๐ข๐ž๐ซ ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค Saya meneruskan agenda saya pada hari ini dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi. Alhamdulillah, sempat bertukar pandangan bersama beliau mengenai pelbagai perkara, khususnya berkaitan pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Sarawak. Dalam pertemuan ini, saya juga telah menyerahkan nota rasmi penyerahan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bagi pihak KKDW. Insya-Allah, semoga hubungan baik ini terus diperkukuh dan memberi manfaat kepada rakyat. #Sarawak #KKDW #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1DpEFgMXpV/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXG9_ETErsL/?img_index=2&igsh=MTM4N3JhNzh5bGhxYw== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2044001269434724690?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXG-I94Dyr-?xmt=AQF0rlasw6RdiNgYjk7fJ7uiUhg6iETGBciK-YbZElXpAUDv8TNprgivjdU4GlzbctKrFIOA&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Di penghujung Syawal ini, dalam ruang masa yang ada di Kuching, saya mengambil kesempatan untuk menziarahi sahabat lama saya, Datuk Zainudin bin Hj Suut atau lebih mesra dengan panggilan Abang Din, bersama isterinya di kediaman mereka. Persahabatan kami sudah menjangkau lebih 30 tahun. Alhamdulillah, seronok dapat bertemu dan mengimbau pelbagai kenangan yang pernah dilalui bersama. Semoga ukhuwah ini terus kekal dan berpanjangan. Saya juga mendoakan agar Abang Din dan isteri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah. ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1AqBpvBo2V/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXGyYbIElxf/?igsh=MWhnZzY1dXF1cGM1bg== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2043975796264739264 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXGyiB0j7on?xmt=AQF0QbcfWLJPhSlr49QEhmN4wRK8DbP0qzRPGUgs7Kz5U1EdUotwNgNdSAaL3qBVYVjDIfyg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐๐€๐‹๐ ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฆ๐š๐ฌ ๐๐š๐ ๐ข ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐ž๐ฉ๐š๐ญ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐š๐ง Hari ini di Kuching, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bersama Kerajaan Negeri Sarawak. Langkah ini merupakan satu โ€˜game changerโ€™ yang digerakkan di peringkat pusat melalui KKDW bagi memastikan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar dapat diperkemas dan diselaraskan dengan lebih berkesan di negeri Sarawak ini. Bagi tahun 2026, sebanyak 80 projek baharu dan sambungan akan dilaksanakan dengan peruntukan RM141.87 juta di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Pendekatan ini memberi kelebihan dari segi penyelarasan di peringkat negeri serta kelancaran pelaksanaan di lapangan. Fokus kita adalah untuk memastikan rakyat luar bandar mendapat akses kepada bekalan air yang lebih baik dan menyeluruh. Ini bukan lagi soal projek, tetapi soal kualiti hidup rakyat. Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak atas kerjasama serta sokongan padu terhadap usaha ini. Insya-Allah, petang ini saya akan menyerahkan nota penyerahan projek kepada Premier Sarawak. Semoga segalanya dipermudahkan dan usaha ini terus diberkati. #Kuching #Sarawak #BekalanAirLuarBandar #BALB #KKDW #PejuangDESA ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/18TgWipdWs/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXGiWfFkpT7/?igsh=OGMwdWRwOXdobWR0 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2043940599712362619 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXGjKarDx0i?xmt=AQF0QTjb5hV7D4Mk4aCZlj5vpibk89mEfD01RWmGGewNY3g_Blq_tKqJFWViIEb4N66Ljvs&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐‚๐ก๐ข๐ญ๐ก๐ข๐ซ๐š๐ข, ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐•๐š๐ข๐ฌ๐š๐ค๐ก๐ข ๐๐š๐ง ๐•๐ข๐ฌ๐ก๐ฎ Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Tamil kepada masyarakat Tamil, Selamat Hari Vaisakhi kepada masyarakat Sikh, serta Selamat Menyambut Vishu kepada komuniti Malayalam di Malaysia yang meraikannya. Perayaan-perayaan ini mencerminkan keindahan kepelbagaian yang kita miliki sebagai sebuah negara. Inilah kekuatan Malaysia, apabila perbezaan diraikan dan menjadi asas kepada perpaduan yang kita bina bersama. Semoga hubungan antara kita semua terus harmoni, saling menghormati dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam melangkah ke hadapan, demi membina negara yang lebih maju, sejahtera dan makmur untuk semua. #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/18E2cQYfmN/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXGazrCElPp/?igsh=dmlrZjEzNmU1YnVz ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2043923937365766280 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXGa_rvj4IQ?xmt=AQF0IsWRpXLMILeVdBi5B0O4WWrW7WwUM2tRG73chOesm7vDkIWHCErMfQ0hshgg-w_HJOk&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Setibanya di tempat penginapan di Kuching, Sarawak.. saya disapa oleh seseorang dengan penuh mesra memberikan saya kek lapis, sago dan sesar unjur.. katanya dia baca posting saya sebelum ini. Memang sedap ye! Terima kasih. Saya amat menghargainya. ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSHbvqvSP/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DXErY3jEp7Y/?igsh=b2M5NGlrbXN0dTVi ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1D6NEe8fwL/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXErg7_j0Vh?xmt=AQF0_DbW6VbMH_yaHYAYGBlkL65kJx1R1PkjT9GuvOGN6pTmKjilYILjGARy_oue4JFvhncL&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ฒ๐š๐ฐ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ: ๐‘๐ฎ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ค๐š ๐’๐จ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐”๐ฆ๐ฆ๐š๐ก Hari ini saya menyerahkan watikah pelantikan kepada lima Pengerusi Teras Musyawarah Nasional yang akan memacu perbincangan dalam bidang kepakaran masing-masing merangkumi agama, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Bersama Tan Sri Abdul Ghani Othman selaku Pengerusi Musyawarah Nasional, kami turut meneliti perkara-perkara yang boleh digerakkan demi masa depan pembangunan ummah. Harapan saya agar Musyawarah Nasional ini menjadi satu platform yang menghimpunkan NGO Islam dan Melayu, ahli profesional, tokoh berpengaruh serta โ€˜opinion leadersโ€™ untuk berinteraksi, bertukar pandangan dan merumuskan solusi terbaik kepada cabaran yang dihadapi ummah hari ini. Semoga usaha yang sedang kita gerakkan ini menjadi medan menghimpunkan hikmah dan membawa manfaat yang besar, bukan sahaja kepada umat Melayu dan Islam, tetapi juga kepada masa depan negara secara keseluruhan. Insya-Allah. #MusyawarahNasional ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1EJHaCQjKd/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXEjGC8ksNP/?img_index=6&igsh=bjBvMXp1cDE1aWRk ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2043660970057404622?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXEjI6RD6-T?xmt=AQF0inLvmdNksksjS8eDyYVcyaWmZskN-32B-XrF4Z94QCj-DEj8qcra145elD4HJPaai5cm&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] TAHUKAH ANDA? ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ง๐š๐ฅ๐š๐ง ๐‘๐ฎ๐ค๐ฎ๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š Sempena 31 Ogos 1970, pengenalan Rukun Negara menandakan satu usaha penting dalam membentuk asas penyatuan rakyat Malaysia secara menyeluruh. Digubal sebagai pedoman kebangsaan, ia menjadi rujukan utama dalam membina masyarakat yang menghargai nilai kenegaraan, menghormati undang-undang serta mengamalkan kehidupan yang berteraskan adab dan tanggungjawab. Dalam menghadapi cabaran semasa, penghayatan terhadap prinsip-prinsip ini kekal relevan sebagai tunjang kepada kestabilan dan keharmonian negara yang berterusan. UMNO terus beriltizam untuk memartabatkan semangat yang terkandung dalam Rukun Negara, demi memperkukuh perpaduan nasional dan memastikan Malaysia kekal aman, bersatu serta berdaya tahan. #UMNO #80TahunUMNO ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/187hsedVCh/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXEVWlakiHa/?igsh=MWEyanlyaGg2OWd1cw== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2043630494315917720 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXEVUNrkoJB?xmt=AQF039r60Z7ooDsq0PdoOxI5wzET4mQR1HWKjvNs7K7g5tREe2V8K9_JTfO5AY7HmdsZleA&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐“๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข (๐‡๐‹๐‚) Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi (HLC) Program Malaysia My Second Home (MM2H) bagi membincangkan pendekatan strategik dalam memperkukuh daya tarikan pelaburan negara. Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha menyelaras dasar, memperkemas ekosistem serta memperkukuh penawaran Malaysia agar lebih kompetitif di peringkat serantau dan global. Dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar, pendekatan yang lebih tersusun dan berfokus amat penting bagi memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pilihan pelabur serta mampu menarik nilai pelaburan berkualiti tinggi. Insya-Allah, usaha berterusan ini akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur serta memperkukuh kedudukan ekonomi negara. #MalaysiaMADANI #Pelaburan #EkonomiNegara ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1CE1TGJRYe/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXD_UVNEgAf/?igsh=MTd3c2gyZXJsb3Yxaw== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2043582213359534524 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXD_oYND6_q?xmt=AQF06pzVPyc1zoeZqwbFSsWa6q01W6UyNlaXrlVN2kLb7zD2LweBVmBATkvSoX3ZoAkGwCQ&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Tak melepaskan peluang sekali lagi untuk ke โ€œmana lagiโ€ฆ? Melaka ler.โ€ Kali ini saya memenuhi undangan Rumah Terbuka YAB Ketua Menteri Melaka di Masjid Tanah. Memang meriah! Orang Melaka ni ramah-ramah belaka, tidak lokek dengan senyuman dan gelak tawa. Sempat juga bertegur sapa dan bertemu ramai yang hadir tadi. Terima kasih YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh atas jemputan serta layanan yang cukup baik. Juadah pun sedap belake. Ada orang Melaka yang hadir sama tadi? ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1AwvjCj7o8/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXCCdw8EuJX/?img_index=7&igsh=MWZ0b3Ntc2IzcXd6MQ== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2043307569461272933?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXCCnxnD4wH?xmt=AQF06kAQfEAwjbakGIqGwOoWZhHS-clPaf4qba0jWpJvnk8PisJsIIMyHKIpoLsLjEFZu1_5&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐“๐ข๐š๐ง๐ -๐“๐ข๐š๐ง๐  ๐Š๐ž๐ค๐ฎ๐š๐ญ๐š๐ง โ€“ ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐”๐Œ๐๐Ž Sepanjang lapan dekad, UMNO membentuk asas pembangunan negara melalui institusi, dasar dan inisiatif yang memperkasa rakyat serta memacu kemajuan nasional. Daripada FELDA, MARA hingga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Berhad, setiap usaha mencerminkan komitmen berterusan terhadap kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara. Inilah legasi pembangunan yang membina Malaysia hari ini. #UMNO #80TahunUMNO ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSHVUd1t2/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DXBy-nvjy34/?igsh=MXJibDI4YmthcmVuMQ== ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/18gvVHaDqf/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑYoutube: https://youtube.com/shorts/aVyG7Sr3lQE?si=OOf5lj8OxMRvIWIh

Dalam kita menikmati keindahan Syawal dengan jemputan rumah terbuka, alangkah lebih bermakna apabila kita dapat mengambil kesempatan juga menziarahi saudara-mara khususnya mereka yang uzur dan diuji kesihatannya. Hari ini, saya meluangkan sedikit masa menziarahi ibu saudara saya, Saleha binti Hj Radzuan di Kampung Sijangkang yang kini uzur. Saya juga sempat menjengah sepupu saya, Mohamad Kholil Hj Mugeni sebelum meneruskan kunjungan ke beberapa rumah terbuka. Alhamdulillah, adalah satu nikmat yang besar buat saya apabila dapat meluangkan masa walau seketika bersama keluarga dan sahabat. Semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah. Hari ini, anakanda semua banyak rumah terbuka? ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1DcTx1fG12/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXBmoC6Em6e/?img_index=5&igsh=MXg4ZzF3NDc3eXozMg== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2043246251043594399?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXBnVN3j9sc?xmt=AQF0ck0z6ZxhOIHNLQJXYwu5x0XbI19FzQNThuXLJ2cDvi1iPa2jy-LH2SXpnPM1E5BFr1G-&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ”๐Ÿ‘ โ€” ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 16 September 1963, lahirlah sebuah negara bernama Malaysia. Dari gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura, terbentuk satu kesatuan yang melangkaui sempadan, menghimpunkan kepelbagaian menjadi satu kekuatan. Di Stadium Merdeka, ribuan rakyat menjadi saksi, menyambut detik bersejarah yang menandakan bermulanya lembaran baharu. Inilah hasil kepimpinan dan kebijaksanaan pemimpin UMNO bersama rakan-rakan dalam Parti Perikatan, yang berjaya membina kesepakatan antara kaum serta merintis jalan ke arah pembentukan sebuah negara berdaulat. Dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, gagasan ini akhirnya menjadi kenyataan dalam menyatukan wilayah, memperkukuh perpaduan dan membina masa depan bersama. Malaysia bukan sekadar nama, tetapi simbol perpaduan, harapan dan masa depan untuk seluruh rakyatnya. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ #UMNO #80TahunUMNO ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17u7DxuFUi/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXBcrImknC-/?igsh=OWFjMXBhZnoyM3hn ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2043224540403393019 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXBdFIHj2ew?xmt=AQF0DE9ymWMWtz8rRCCmiR9XKzw0i3oCdxsJ07TDiQp6EKZACUnrqmFKCt_xQIKT3ZnRsq83&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Š๐„๐“๐„๐๐†๐€๐‡ ๐Š๐ž-๐Ÿ“๐Ÿ‘ Sejak diperbadankan pada tahun 1973, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah memainkan peranan yang besar dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat luar bandar di Terengganu. Banyak perubahan yang telah digerakkan dan hasilnya dapat dirasai oleh rakyat sehingga hari ini. Saya melihat KETENGAH mempunyai potensi yang sangat besar untuk terus melangkah ke hadapan, khususnya dalam memperkasa sektor eko pelancongan yang kaya dengan keindahan alam semula jadi serta keunikan warisan tempatan. Dengan perancangan yang tersusun dan pelaksanaan yang konsisten, saya yakin KETENGAH mampu menjadi antara pemacu utama pembangunan wilayah yang mampan, sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada komuniti setempat. Insya-Allah, saya mendoakan KETENGAH akan terus melakar kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan wilayah. #KETENGAH #KKDW #PejuangDESA #BersamaMembangun ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BFb8ozoWp/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXBO3_IEl3i/?igsh=bHhtOG9jejUzcHNm ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2043194131586138159?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXBPFm5D4aF?xmt=AQF0YvZnqSkS5TQb5MYPuORrUmse1zd5fByyVHgL1SeTWbLHx20ZkykoZ-jQuGTP_qLmTxho&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐Š๐ข๐ง๐ข ๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐ข ๐…๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ซ๐š๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง ๐Œ๐จ๐ง๐ฌ๐ฎ๐ง ๐€๐ค๐ญ๐ข๐Ÿ Untuk tempoh seminggu ke hadapan, MET Malaysia menjangkakan cuaca akan berada dalam keadaan lebih lembap, dengan potensi ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan kawasan, khususnya di barat dan pedalaman Semenanjung termasuk Johor dan Melaka, serta pedalaman Sabah dan Sarawak. Perubahan ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan cuaca panas yang kita rasai sebelum ini. Namun, beberapa kawasan di utara dan pedalaman Semenanjung masih berpotensi mengalami suhu yang lebih tinggi. Dalam masa yang sama, kita perlu lebih berwaspada kerana keadaan ini boleh membawa kepada hujan lebat, angin kencang dan ribut petir dalam tempoh yang singkat. Bagi Johor dan Melaka, pola cuaca dijangka melibatkan hujan dan ribut petir pada waktu pagi, petang dan malam bergantung kepada lokasi, dan ini memerlukan kesiapsiagaan semua pihak. Apa yang turut menjadi perhatian adalah paras air empangan di kedua-dua negeri ini yang masih berada pada tahap membimbangkan akibat taburan hujan yang tidak sekata sejak kebelakangan ini. Sehubungan itu, Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilaksanakan tertakluk kepada keadaan atmosfera yang sesuai, sebagai usaha meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan yang kritikal. Insya-Allah, kita akan terus memantau keadaan semasa dan melakukan ikhtiar terbaik bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta kelangsungan bekalan air sentiasa terjamin. #METMalaysia #KesiapsiagaanBencana #OperasiPembenihanAwan #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1L6q8Amu4J/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXBAhDTEsC3/?igsh=aHRneWdzbG1jOWRk ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2043162306176258109?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXBAemHDhe6?xmt=AQF0PmPuSLQDVEE6uWqByJjDi3DceM-rR530hsbliMPooOIOFX--o0hnONK7uUEBB0PmhyU&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Malam tadi saya bersama isteri sempat singgah ke Rumah Terbuka Parlimen Jelebu di Dataran Pertang. Ramai betul yang hadir yaa. Meriah sungguh. Seronok dapat jumpa dan beramah mesra dengan warga Jelebu. Terima kasih Datuk Seri Jalaluddin Alias atas jemputan dan layanan yang sangat baik. Semoga terus cemerlang berkhidmat untuk orang Jelebu dan Negeri Sembilan. ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1AptsE22ht/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXA3_4hEopd/?img_index=4&igsh=MXB5dzF1YTMwemo0bA== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2043143601312731516?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXA3-qBj1NP?xmt=AQF080s3BTev4jMNv0rqSgRZ0lPNwCJ0FqW1G_4umK1wcRB9aG4k-xw-STJWgcyo-2wPARYF&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Sempat berkunjung memenuhi jemputan rumah terbuka hari ini. Terima kasih atas jemputan serta layanan yang cukup mesra. Seronok dapat berjumpa dan beramah mesra dengan semua. ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/18RYSYtA5d/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DW_c6XykpEH/?img_index=7&igsh=MTdyeHJ1ODhjMXZ0bA== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2042943617342541854?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW_c8fvj1ak?xmt=AQF09XHz9CF6Ri4BtQ1k6hi_E4ODKStXXXGFzuLhT4ihj0XnV9j9I05puKI3FcaCkipKFxg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel