uz
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Kanalga Telegramโ€™da oโ€˜tish

Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
362
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kunlar
Ma'lumot yo'q30 kunlar
Postlar arxiv
Berkesempatan ke Rumah Terbuka Aidilfitri di DUN Duyong, semalam. Saya lihat ramai betul yang hadir. Penuh Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit. Teruja saya dapat jumpa dan beramah mesra dengan orang Melaka yang datang. Terima kasih terima kehadiran saya. Tahniah YB Helmy. Semoga terus cemerlang memberi khidmat untuk orang Duyong. ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/18RFNZRBi8/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DW-HOJYknVV/?img_index=9&igsh=MTZ6aDk4OGxzYzNuaA== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2042755762116792632?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW-HeA4jzA3?xmt=AQF0-BIcq1yL-6ew62Y3I8TdEEqhNO5eEGLi4DEp3RpGAAl7-emuFNbVw9GTT2-GqCXd2h4&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Salam anakanda semua, Terima kasih atas komen dan pandangan semua dalam media sosial saya. Insya-Allah. Dalam ruang masa lapang yang saya ada, saya cuba balas semampunya. ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSHx7useX/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DW8m8yEEiD4/?igsh=MTQ1eXQwMjlwNjY4dQ== ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1Awj1C8YfD/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/ylfIv_yEKt0?feature=shared ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐๐š, ๐‡๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š Gunakanlah nikmat rezeki yang dikurniakan dengan penuh hikmah dan kesederhanaan. Elakkan pembaziran, utamakan keperluan, dan belanjalah mengikut kemampuan agar setiap rezeki yang diterima membawa keberkatan kepada diri, keluarga dan masyarakat. Kesederhanaan dalam berbelanja adalah kunci kepada kehidupan yang lebih tenang dan sejahtera. #RisalahJumaat #HidupSejahtera ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSHxPNqS7/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DW8LoGqSPi4/?igsh=N3p6bGp0bjdnM3d5 ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1CZE4GGjWd/ ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] ๐”๐Œ๐๐Ž: ๐Ÿ–๐ŸŽ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐‹๐ž๐ ๐š๐ฌ๐ข & ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง Tahukah anda, UMNO bakal mencecah 80 tahun pada 2026. Antara parti politik tertua di negara ini. Dengan sejarah yang panjang, UMNO telah melalui pelbagai fasa perjuangan dan perubahan landskap politik, mencerminkan pengalaman, ketahanan serta peranan penting dalam pembangunan negara. Seiring peredaran masa, usaha melahirkan barisan pelapis yang berwibawa amat penting bagi memastikan kesinambungan perjuangan dan kekal relevan pada masa hadapan. #UMNO #80TahunUMNO ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1NTFwnKoLv/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DW79ykSku79/?igsh=MWhocmU1cm9uMnVzbQ== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2042455939748675640 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW79uvOjsAl?xmt=AQF0RQLWoJ3Ujm5Y7sFSLSrYr6Iq6756QcN7vnLHiplMBa88UnSymW5aZMHX7e2HfKtL4WLW&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ• โ€” ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 31 Ogos 1957, sebuah tarikh yang terukir abadi dalam sejarah negara. Di Stadium Merdeka, tujuh laungan โ€œMerdeka!โ€ bergema, membelah langit dan menyentuh jiwa seluruh rakyat. Tanah Melayu akhirnya bebas. Merdeka tanpa setitis darah, hasil perjuangan, kesatuan dan kebijaksanaan pemimpinnya. Sebelas tahun selepas lahirnya UMNO, impian yang dahulu hanya harapan akhirnya menjadi kenyataan. Inilah detik sebuah bangsa berdiri sendiri, melangkah ke hadapan sebagai negara yang berdaulat, dengan semangat merdeka yang akan terus hidup selamanya. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ #UMNO #80TahunUMNO ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BFBaSD7Ht/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DW6W1GBklFb/?igsh=MWJyZDFzOTZidWJqZQ== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2042227292496449640 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW6WvCLjpKB?xmt=AQF0wmlGCEuFSg_4Egdyzm2oxr-LCYejo3RK5rhYD0tGTEhs0vSxpNOIj_Z15NKsm_l-m-3i&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐„๐‘๐ƒ๐€ ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ฅ ๐๐š๐ซ๐ค Saya kongsikan rangkuman projek pembangunan PERDA Halal Park dalam memperkukuh ekosistem industri halal negara. Usaha ini memberi tumpuan kepada pembangunan rantaian bekalan, penggunaan teknologi serta membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan termasuk di luar bandar. Insya-Allah, inisiatif ini akan terus memperkasa industri halal negara dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global. #IndustriHalal #PERDAHalalPark #PERDA #KKDW #PejuangDESA ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSHHbT73L/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DW6P7-ES9ds/?igsh=MTRlZ3dxMWdwNXhwbQ== ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1EX6Mh4rhY/ ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/8DuDGqYNkXQ?si=0RPOFx2U-naQCeYl ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š-๐๐ซ๐ฎ๐ง๐ž๐ข ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ง๐š ๐ƒ๐ฎ๐š ๐‡๐š๐ฅ๐š Saya telah menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Darussalam, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman di Putrajaya sebentar tadi, sempena lawatan kerja delegasi beliau ke Malaysia. Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang bermakna dalam memperkukuh kerjasama dua hala antara NADMA dan NDMC Brunei Darussalam, meliputi perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti serta latihan bersama. Saya turut berkongsi mengenai penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN) yang baru diluluskan oleh Jemaah Menteri sebagai langkah memperkemas penyelarasan di peringkat nasional, di samping usaha berterusan melalui Bulan Kesiapsiagaan Nasional dalam membudayakan kesiapsiagaan dalam kalangan rakyat. Dalam masa yang sama, Malaysia melalui pasukan SMART komited untuk terus menyokong Brunei dalam usaha mendapatkan pengiktirafan antarabangsa INSARAG, termasuk berkongsi kepakaran dalam operasi mencari dan menyelamat (USAR). Kami juga bersetuju bahawa latihan bersama serta penyelarasan rentas sempadan perlu terus diperkasa, termasuk pembangunan SOP yang lebih jelas bagi memastikan tindak balas yang pantas dan terselaras sekiranya berlaku bencana di kawasan sempadan. Insya-Allah, kerjasama erat ini akan terus diperkukuh, termasuk melalui Mesyuarat Bilateral NADMAโ€“NDMC yang dijadualkan berlangsung di Langkawi pada Julai nanti. #MalaysiaBruneiDarussalam #KesiapsiagaanBencana #NADMA #NDMC #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1AUfR8xrkJ/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DW57Tn8EuaG/?img_index=4&igsh=MXMzeGYyd2dsOHA5Mw== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2042165763579302161?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW57VfAD6Rz?xmt=AQF0bbHMo3a1-TI-hJYl1MnauQKd15PUj4qWc63Ju3PCXEUKUpf-xrN1lO2S0-K5thL6lizV&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‹๐š๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ง ๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ข๐ก๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ง ๐๐š๐ ๐ข ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐๐š๐๐š ๐Ÿ– ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Alhamdulillah, hasil daripada Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Perak semalam menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Hujan berjaya direkodkan di kawasan tadahan Empangan Bukit Merah dan Empangan Temenggor, dengan jumlah taburan yang signifikan antara 29.3 mm hingga 84.8 mm, sekaligus memberi kelegaan awal kepada paras air empangan yang sebelum ini terjejas akibat cuaca kering. Kejayaan ini membuktikan bahawa pendekatan berasaskan sains dan penyelarasan rapi antara MET Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia mampu memberi impak yang jelas dalam tempoh yang singkat. Hari ini, operasi diteruskan ke selatan tanah air melibatkan beberapa empangan utama di Johor dan Melaka. Di Johor, operasi memberi tumpuan kepada Empangan Machap, Upper Layang, Lower Layang, Lebam dan Pulai, manakala di Melaka melibatkan Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus. Insya-Allah, kita akan terus memantau keperluan dari semasa ke semasa dan memastikan setiap langkah yang diambil memberi impak terbaik kepada bekalan air, sektor pertanian serta kesejahteraan rakyat. Sama-sama kita memohon agar segala usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan dikurniakan hasil yang baik untuk semua. #OperasiPembenihanAwan #METMalaysia #TUDM #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1CPBzMoEky/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DW5sp8LEizd/?igsh=MWV3bWdiOTV4djU5ZQ== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2042135520738996579?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW5tluoD9ZP?xmt=AQF0Xy5u5TZx1_Ig9QYpkEtn0a7UuTheDv6u6Uw2-M5G8Cy6-CyN9emGerOWEtpkxHFWja5r&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐ƒ๐š๐ง ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข Saya kongsikan rangkuman ketika forum Voices of HER yang membincangkan peranan wanita dalam memperkukuh ekonomi negara. Usaha memperkasa wanita perlu terus diperkukuh agar mereka mampu berdaya saing dan memimpin. Insya-Allah, kita bina ekosistem yang lebih inklusif demi masa depan negara. #MalaysiaMADANI #PemerkasaanWanita #VoicesOfHER ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSHHd8ytc/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DW5oW_oEtV-/?igsh=bnVjNjlrZ3g4cTMw ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1CWuPiTZyY/ ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/99vGNM2jd8A?si=GrXVfBhVgTFUsNzP ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‰๐ž๐ฆ๐š๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐Œ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ง๐š ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š Alhamdulillah, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN) sebagai langkah penting dalam memperkukuh tadbir urus pengurusan bencana negara. Cadangan penubuhan MPBN ini telah saya lontarkan dan diperhalusi dalam Mesyuarat Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) terdahulu, selaras dengan hala tuju Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030, yang telah saya lancarkan pada tahun 2024. Saya melihat keputusan ini sebagai satu langkah kehadapan yang amat signifikan. Dalam dunia yang semakin tidak menentu, khususnya dengan bencana yang lebih kerap akibat perubahan iklim, pendekatan lama tidak lagi memadai. Kita perlu bergerak lebih pantas, lebih tersusun, dan memastikan tindakan di lapangan digerakkan tanpa kelompongan antara Persekutuan dan Negeri. MPBN akan menghimpunkan kepimpinan utama Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam satu platform tertinggi negara. Melalui mekanisme ini, keputusan dapat dipercepatkan, penyelarasan diperkuat, dan pelaksanaan di lapangan lebih tersusun. Saya juga ingin tekankan bahawa langkah ini akan terus memberi penekanan kepada kesiapsiagaan, pencegahan, dan pengurangan risiko bencana. Kita tidak boleh hanya bertindak selepas bencana berlaku, tetapi perlu memastikan kita sentiasa bersedia lebih awal. Insya-Allah, dengan pemerkasaan peranan NADMA serta kerjasama erat semua pihak, usaha ini akan memperkukuh keupayaan negara dalam menghadapi cabaran bencana, demi melindungi rakyat dan kepentingan negara. #MajlisPengurusanBencanaNegara #MPBN #NADMA #KesiapsiagaanBencana #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/18EMkTXe4e/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DW5gwR3ElmO/?igsh=YXlmY3ZjcmlzaWVj ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2042107403945308342?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW5g7PDD9Ch?xmt=AQF0PmVGMVVDmByNJMPNew_ohhSFNU_V0PMwgpxyYHY5TxI-G92GMEAITN4pwUrPlHnAbjv9&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ“ โ€” ๐Œ๐š๐ง๐๐š๐ญ ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 27 Julai 1955, menjadi titik penting dalam perjalanan menuju kemerdekaan. Dalam pilihan raya pertama negara, rakyat bangkit menyuarakan harapan mereka menginginkan sebuah tanah air yang bebas dan berdaulat. Keputusan yang tercipta cukup luar biasa: Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi, satu mandat besar yang mencerminkan kehendak rakyat. Dari kemenangan itu, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri, memikul amanah untuk memimpin langkah seterusnya ke arah kemerdekaan. Inilah bukti bahawa suara rakyat mampu mengubah sejarah dan menjadi asas kepada lahirnya sebuah negara merdeka. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ #UMNO #80TahunUMNO #Bangkitsemula ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1NDqV7Y1WX/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DW3x_bmkiuO/?igsh=MTJuYTVhOHc1emRjZw== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2041863883623952841 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW3x8ltAvjR?xmt=AQF0EbKBeNfRjoISWXz1ZLDGq2QkRiiW0iXJL3MBwkS3Fiv-FbrOHjLPqSqO4-77p2JWKS4&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Semalam, saya hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Tun Dr. Ling Liong Sik, seorang tokoh yang banyak berjasa kepada negara. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar yang turut dirasai seluruh negara. Jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang, merentasi masa dan generasi. Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini. ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSHmy8WQy/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DW3udR1Ekx2/?igsh=MWhvMTBza2tyZnNjZw== ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1CSQWrt8mC/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/Ptwx-kbSoF0?si=YwDC7yeOfq25X5Vk ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Alhamdulillah, Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang memasuki hari ketiga hari ini telah dilaksanakan dengan baik. Tumpuan operasi kali ini melibatkan kawasan tadahan Empangan Temenggor dan Empangan Bukit Merah di Perak, yang digerakkan oleh MET Malaysia dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia. Alhamdulillah, pasukan operasi juga telah selamat kembali ke pangkalan. Empat tangki bancuhan larutan garam digunakan, setiap satu mengandungi 200 kilogram natrium klorida yang dilarutkan dalam 1,500 liter air sebelum disembur ke dalam formasi awan kumulus menara di kawasan sasaran. Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas yang bertungkus-lumus memastikan operasi ini berjalan lancar. Sama-sama kita mendoakan agar setiap ikhtiar ini memberi kesan yang baik, khususnya dalam meningkatkan paras air empangan serta menjamin bekalan air untuk rakyat. Insya-Allah, pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa dan segala usaha akan diperkukuh demi kesejahteraan negara. Semoga setiap ikhtiar ini dipermudahkan dan diberkati. ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/17HGzAzGR4/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DW3rJ5VEn7L/?igsh=MTYxZjNsbnlmNG56eg== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041848756799467870?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW3rLmKD1oq?xmt=AQF0Vn29n5V4Kpdqm9y8fGATXNmwEHh0Q6wPqjZuF-YODcMRyvh2tiq3-0_s4WDI6MUWi5su&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ข๐ก๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ง Saya kongsikan rangkuman ketika meninjau pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi memastikan bekalan air terus mencukupi. Langkah ini dilaksanakan secara proaktif susulan cuaca panas yang memberi tekanan kepada paras empangan, khususnya di beberapa negeri. Insya-Allah, usaha ini akan terus diperkasa demi menjamin kesejahteraan rakyat. #OperasiPembenihanAwan #METMalaysia #NADMA #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSHaTssaW/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DW3PuzKyuDg/?igsh=ODBiNGdtMHRlczNx ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1HBL3uzWoS/ ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/5-7I42hXRwc?si=LPYFnmXi6Ui6Pc0d ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‹๐š๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ข๐ก๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ง ๐๐š๐ ๐ข ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐๐š๐ก Semalam saya telah hadir melihat persiapan Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dilaksanakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) di Pangkalan Udara Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) Subang yang telah mensasarkan kawasan tadahan Empangan Muda, Pedu, dan Ahning di Kedah, serta Empangan Timah Tasoh di Perlis. Susulan daripada itu, operasi telah bermula pada jam 3:00 petang di kawasan Kedah dan diteruskan di kawasan Timah Tasoh pada jam 3:40 petang. Teknik yang digunakan adalah semburan larutan garam ke dalam formasi awan kumulus menara dengan menggunakan pesawat C130-Hercules milik TUDM. Semasa operasi dijalankan, analisis meteorologi menunjukkan kehadiran awan konvektif dan kumulus menara yang sangat aktif di zon sasaran. Faktor keberkesanan operasi turut disokong oleh kandungan kelembapan atmosfera yang tinggi serta keadaan atmosfera yang tidak stabil, yang secara teknikalnya memacu pertumbuhan awan hujan dengan lebih cekap setelah proses pembenihan dilakukan. Berdasarkan data cerapan radar cuaca, aktiviti hujan mula dikesan di sekitar Empangan Timah Tasoh seawal jam 5:00 petang. Manakala di kawasan Empangan Ahning, hujan mula turun pada jam 7:30 malam dan berlarutan sehingga jam 9:00 malam. Secara keseluruhannya, liputan hujan telah berjaya merangkumi kawasan tadahan utama bagi semua empangan yang terlibat. Secara keseluruhannya, Operasi Pembenihan Awan pada 7 April 2026 dikategorikan sebagai berjaya. Data daripada stesen cerapan dan sistem MyRAE MET Malaysia menunjukkan taburan hujan yang signifikan: - Perlis: Mencatatkan antara 10 mm hingga 45 mm (jam 7:00 โ€“ 8:00 malam). - โ Kedah: Mencatatkan antara 6 mm hingga 57.4 mm (jam 7:00 โ€“ 10:00 malam). Kejayaan ini membuktikan bahawa pelaksanaan OPA dalam kondisi atmosfera yang sesuai adalah sangat efektif dalam menangani isu kekurangan air di kawasan tadahan kritikal. Operasi ini merupakan langkah intervensi bagi meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan yang terjejas akibat cuaca kering dan kekurangan hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Usaha ini memberi fokus kepada 11 empangan utama yang dalam kategori waspada, amaran dan kritikal melibatkan tiga (3) negeri di utara iaitu Perak, Kedah dan Perlis, serta satu (1) kawasan di selatan Semenanjung iaitu negeri Johor bermula 6 hingga 8 April 2026. Hari ini operasi akan diteruskan dengan mensasarkan kawasan tadahan Empangan Temenggor dan Bukit Merah di Perak. Saya percaya usaha bersepadu seperti ini membuktikan bahawa kesiapsiagaan, tindakan berasaskan sains serta ikhtiar berterusan mampu menjadi benteng utama dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan ketidaktentuan cuaca. Dalam masa yang sama, kita memohon agar segala usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan dikurniakan hasil yang baik untuk semua. Kerajaan akan terus memperkukuh pendekatan proaktif ini demi menjamin keselamatan bekalan air, kesejahteraan rakyat serta kelangsungan sektor pertanian negara. #OperasiPembenihanAwan #METMalaysia #NADMA #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1DxLs4jkCN/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DW2-prlEjRv/?igsh=cmczZGdsNGJyNnIz ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041750775643435045?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW2-1RaD44A?xmt=AQF0OvDwyXgHevztiockbDVdtp88QsJlCdAHEyAYggdGV6-jaCXSEXA11QH-FxhxH_WHmJRj&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Seperti biasa, sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri, saya akan bertemu dengan Menteri-Menteri daripada UMNO dan Barisan Nasional bagi berbincang serta memperhalusi isu-isu penting rakyat sebelum dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri. Semoga ukhuwah dan kebersamaan ini terus memperkukuh kesepakatan kita, agar setiap keputusan yang diambil benar-benar memberi hasil dan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih atas laporan keadaan cuaca pagi tadi. Insya-Allah, perkara ini akan saya sebutkan di dalam Mesyuarat Kabinet sebentar lagi. ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/186Z6W66uB/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DW2oOx-khBx/?igsh=aGpkaDRlcmYxaDlu ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041702117157855620?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW2olhlD6s6?xmt=AQF017uMicIXAD2SaMrDcqJ484o49T5wzMxWtlim4Z_AUyiqIvo-2htzDN8Wr4FIam1fLwm5&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Selesai menyempurnakan tugasan rasmi di Putrajaya, saya terus melangkah ke Kuala Lumpur bagi memberikan penghormatan terakhir kepada seorang tokoh yang telah banyak berjasa kepada negara, mendiang Tun Dr. Ling Liong Sik. Saya sempat bertemu ahli keluarga mendiang dan menyampaikan ucapan takziah secara langsung kepada mereka. Kehilangan ini bukan sahaja dirasai oleh keluarga, malah turut dirasai oleh rakyat seluruh negara. Secara peribadi, mendiang merupakan antara mentor saya di luar UMNO. Banyak perkara yang saya pelajari daripada perjalanan perjuangan beliau termasuk bagaimana hubungan antara UMNO, MCA dan MIC dibina atas semangat seperti sebuah keluarga. Nilai kebersamaan dan muafakat itulah yang saya bawa hingga ke hari ini dan menjadi asas kepada usaha kita untuk terus memelihara perpaduan dalam Barisan Nasional. Jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang, merentasi masa dan generasi. Pemergiannya hari ini pasti dirasai, bukan hanya dalam MCA dan Barisan Nasional, tetapi dalam sejarah perjalanan negara. Kepada seluruh ahli keluarga, saya doakan sekali lagi agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini. ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1B6UC3NPuo/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DW1AOc9Et1U/?igsh=aXB1YXQxb29xaG0x ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041473038756061451?s=46&t=xnxPBqEzRbR0vA2ZZU4TMg ๐Ÿ“ฑThreads: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041473038756061451?s=46&t=xnxPBqEzRbR0vA2ZZU4TMg ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ข๐ก๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š, ๐Ÿ๐Ÿ ๐„๐ฆ๐ฉ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐ƒ๐ข๐›๐ž๐ซ๐ข ๐“๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐š๐ง Setibanya saya dari Pulau Pinang, saya terus meninjau penyelarasan Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang digerakkan oleh NADMA bersama agensi berkaitan. Cuaca panas yang berlarutan ketika ini memberi tekanan kepada paras air empangan, khususnya di negeri-negeri utara. Justeru, langkah ini dilaksanakan secara proaktif bagi membantu meningkatkan taburan hujan dan memastikan bekalan air kekal mencukupi. Operasi yang berlangsung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 April 2026 ini memberi tumpuan kepada beberapa empangan utama di Kedah, Perlis, Perak dan Johor yang berada pada tahap waspada, amaran dan kritikal. Setiap pelaksanaan dibuat dengan penelitian teknikal yang rapi, daripada keadaan atmosfera sehinggalah kepada kaedah pembenihan yang digunakan bagi memastikan keberkesanannya. Ini adalah antara ikhtiar yang kita lakukan untuk menjamin kelangsungan bekalan air dan kesejahteraan rakyat. Insya-Allah, kita akan terus memantau keadaan serta mengambil langkah sewajarnya. #OperasiPembenihanAwan #METMalaysia #NADMA #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/18LLAUGpkn/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DW0pGi9EpPO/?igsh=djBlZWdkN2J5cjNl ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041422102277013537?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW0pIMkAtkb?xmt=AQF0ywbYNhPTwJwvE_L_SwTVpxLn0MUvB49bV5-Xpxb-ZdfAlJipxZ-rEwm5CK-YEEx4eyJm&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ฅ ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ฅ๐›๐š๐ ๐š๐ข๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค Usai menyempurnakan Majlis Pecah Tanah PERDA Halal Park, saya sempat melawat ke Kilang Al-Meswak Muโ€™min yang turut menjadi antara pemain penting dalam menggerakkan industri halal negara. Saya gembira melihat perkembangan ini. Kilang ini jelas menyahut seruan Kerajaan untuk mempelbagaikan produk halal yang tidak tertumpu kepada makanan dan minuman sahaja, tetapi turut merangkumi segmen lain yang mempunyai potensi besar di pasaran. Inilah arah yang kita mahu. Industri halal perlu terus berkembang dengan lebih luas, lebih inovatif dan mampu menembusi pasaran yang lebih besar. Insya-Allah, dengan kerjasama erat antara pemain industri dan agensi Kerajaan, produk halal tempatan mampu pergi lebih jauh. Ayuh kita terus sokong produk halal keluaran tempatan! #IndustriHalal #PERDAHalalPark #PERDA #KKDW #PejuangDESA ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1895EqAsEa/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DW0lrNUEuEk/?igsh=cTQ0aGJncnlrdGVz ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041414554027274382?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW0ltL1D4x3?xmt=AQF0XAo0hKXRFKm_h49smZIghMuCaJhmYTY4eiX7yJSeg1e9KazVPlL6M--T2U3ys45gTEw&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐„๐‘๐ƒ๐€ ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ฅ ๐๐š๐ซ๐ค ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐„๐ค๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ฅ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š Industri Halal Malaysia hari ini berada di landasan yang kukuh. Sistem pensijilan halal negara diiktiraf di lebih 50 negara dan terus menjadi penanda aras dunia. Ini merupakan pengiktirafan yang datang daripada komuniti antarabangsa sendiri. Namun, potensi sebenar industri ini jauh lebih besar. Pasaran halal global dijangka mencecah sekitar USD5 trilion menjelang 2030. Ini adalah ruang yang perlu kita rebut dengan strategi yang lebih tersusun dan berani. Dalam konteks ini, pembangunan PERDA Halal Park membawa pendekatan yang lebih menyeluruh. Kita melihat halal sebagai satu ekosistem lengkap merangkumi pengeluaran, teknologi, logistik dan akses pasaran global. Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia, saya melihat keperluan untuk kita memperluas rantaian bekalan, meningkatkan kecekapan pengedaran serta memanfaatkan teknologi seperti IoT dan โ€˜blockchainโ€™ bagi memastikan piawaian kualiti yang lebih telus dan diyakini. Sebagai Menteri KKDW, saya mahu memastikan usahawan luar bandar tidak ketinggalan dalam arus ini. Insya-Allah, PERDA Halal Park mampu membuka ruang kepada mereka untuk berkembang, meningkatkan kapasiti dan menembusi pasaran antarabangsa. Insya-Allah, dari sini kita akan melihat lahirnya lebih ramai usahawan yang mampu bersaing di peringkat dunia sekali gus mengangkat Malaysia sebagai kuasa besar industri halal global. #IndustriHalal #PERDAHalalPark #PERDA #KKDW #PejuangDESA ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/16kesZJL1i/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DW0ipfLEszK/?igsh=MTk4N2RnbHB5enRnOQ== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041407962728816717?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW0i3ALj_gJ?xmt=AQF0jnlBGf76j7UUe67u7n_9HhmVKuhGdY_Sr9LnnY5QyY9mOg-nXaeS4FvkdrOlNgm45IXY&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel