Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kanalga Telegramโda oโtish
Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
364
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
+37 kunlar
+230 kunlar
Postlar arxiv
๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐!
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐@๐๐๐๐๐๐
Hai warga Tuaran! Jom beramai-ramai meriahkan ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐๐ฌ๐@๐๐ฎ๐๐ซ๐๐ง anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ฅ๐, ๐๐ฎ๐๐ซ๐๐ง, ๐๐๐๐๐ก.
๐
14 November 2025 (Jumaat)
โฐ 9.00 pagi โ 11.00 malam
๐
15 November 2025 (Sabtu)
โฐ 9.00 pagi โ 10.00 malam
Ayuh! Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk sertai dan sokong pelbagai aktiviti yang akan dibawakan khas untuk orang Tuaran!
Ada aktiviti apa tu ya? Macam-macam, bah!
๐บ Jualan Usahawan Tempatan,
๐บ Pertandingan Busana Etnik
๐บ Pertandingan Memanah
๐บ Pertandingan e-Sukan
๐บ Pertandingan busana
๐บ Pemeriksaan Kesihatan
Cabutan bertuah dengan hadiah menarik juga menanti anda!
Masuk adalah percuma!
#KKDW
#MalaysiaMadani
#TaatSetia
#PejuangDesa
#MADANIBekerja
#SentuhanKasihDesa
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BZtb6Ht3d/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQ-p53wE2v4/?igsh=MXNqaGVucWplYzFhbg==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1988804392334881003?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ-xRdIkkZ5?xmt=AQF0lXdqEiz-vVNLAH8A1bDQK8Wmwyi12uGsIA3XOaDL_5sNlOHAVC4rqhITCx6zow7bzK3_&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โุฅููููุง ููููููู ููุฅููููุข ุฅููููููู ุฑููฐุฌูุนูููู
Sekembalinya dari Sabah, malam tadi saya telah menerima satu perkhabaran duka mengenai pemergian seorang sahabat baik saya, Allahyarham Datoโ Johari bin Mat yang kembali ke rahmatullah.
Saya sempat menziarahi jenazah di kediamannya dan menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Pemergian Allahyarham meninggalkan kekosongan yang besar kepada keluarga, sahabat serta seluruh rakan korporat yang pernah bersama beliau.
Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
โุฃูููููููู
ูู ุงุบูููุฑููููู ููุงุฑูุญูู
ููู ููุนูุงูููู ููุงุนููู ุนููููู
Al-Fatihah.
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17UPa3bQXa/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQ-gFWIklhF/?img_index=1&igsh=NnAzZHltYzZpZG16
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1988766376958550318?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ-gHEOEqFs?xmt=AQF0_QsKMRwAqenituckAVp6W-Amb_SmpTwcVi3h_BAgqNp93linChkik-dmynyvIQgXPeyc&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ง๐จ๐ฏ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐
Alhamdulillah, dalam tempoh tiga tahun ini banyak yang telah kita capai bersama. Keyakinan besar kerajaan kepada KKDW dengan peruntukan RM12.4 bilion bukan sekadar dana, tetapi simbol kepercayaan terhadap pentingnya pembangunan luar bandar sebagai nadi kemajuan negara.
Saya mahu seluruh warga KKDW dan agensi di bawahnya berani mencuba, berinovasi dan membawa sinar harapan kepada setiap komuniti desa yang menjadi amanah kita bersama.
#KKDW #DesaMADANI #PembangunanLuarBandar #InovasiDesa #MalaysiaMADANI
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSyth4ujG/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DQ9RuTYEiQE/?igsh=MWRxa21qZHl4b2dxdg==
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1BkZ6brrrH/
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐!
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐@๐๐๐๐๐๐
Hai warga Tuaran! Jom beramai-ramai meriahkan ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐๐ฌ๐@๐๐ฎ๐๐ซ๐๐ง anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ฅ๐, ๐๐ฎ๐๐ซ๐๐ง, ๐๐๐๐๐ก.
๐
14 November 2025 (Jumaat)
โฐ 9.00 pagi โ 11.00 malam
๐
15 November 2025 (Sabtu)
โฐ 9.00 pagi โ 10.00 malam
Ayuh! Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk sertai dan sokong pelbagai aktiviti yang akan dibawakan khas untuk orang Tuaran!
Ada aktiviti apa tu ya? Macam-macam, bah!
๐บ Jualan Usahawan Tempatan,
๐บ Pertandingan Busana Etnik
๐บ Pertandingan Memanah
๐บ Pertandingan e-Sukan
๐บ Pertandingan busana
๐บ Pemeriksaan Kesihatan
Cabutan bertuah dengan hadiah menarik juga menanti anda! ๐
๐ฅ Masuk adalah percuma!
#KKDW
#MalaysiaMadani
#TaatSetia
#PejuangDesa
#MADANIBekerja
#SentuhanKasihDesa
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1DEMLpZq3X/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQ8G7WtE7II/?igsh=MWtiZmlqcWJyM3EwNg==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1988475696747077829?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ8b7Fyj6CP?xmt=AQF0Wosh7Toh6jYBMtYEmPwF3ZJ8_lte83jsQLbz3PPgzvGiUL-eTuWBL9kpEcacZ5I_dXSG&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐จ๐ง๐ฌ๐ฎ๐ง ๐๐ข๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐๐/๐๐๐๐: ๐๐๐ซ๐ฌ๐ข๐๐ฉ ๐๐ข๐๐ ๐ & ๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ ๐-๐ฃ๐๐ ๐
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan mengenai Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 yang dijangka bermula esok, 13 November 2025 dan berterusan sehingga Mac 2026. Dalam tempoh ini, sebanyak lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan negara.
Hujan berpanjangan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran sungai, manakala tiupan angin timur laut yang kencang pula berpotensi menyebabkan laut bergelora serta kenaikan paras air laut di perairan Laut China Selatan.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, saya menyeru agar semua pihak khususnya di kawasan berisiko untuk sentiasa bersiap siaga dan peka terhadap amaran cuaca semasa yang dikeluarkan oleh MET Malaysia dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.
Kesiapsiagaan kita hari ini adalah perlindungan untuk hari esok. Elakkan kawasan berisiko dan utamakan keselamatan diri serta keluarga.
#METMalaysia
#SiagaBencana
#MonsunTimurLaut
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1au8btArZ4/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQ8WvD0kvlp/?igsh=bHJ3bTZ1Zm1ycDR6
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1988464340606026136?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ8WwmoD3Q-?xmt=AQF0ZfRAYg510dJ5WITfA0O6BPy41TxjZLFBWlV3vuT1xz08QdBcXT1xF_pfkTpe7o3-fmQ&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐จ๐๐ ๐๐๐๐๐ญ๐ฒ ๐๐จ๐ง๐ ๐ซ๐๐ฌ๐ฌ ๐๐๐๐: ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฌ๐๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐ข๐ง๐๐๐ค๐๐ง
Setiap hari, secara purata 18 rakyat Malaysia tidak pulang ke pangkuan keluarga akibat kemalangan jalan raya dan hampir separuh daripadanya adalah anak muda yang sedang membina masa depan.
Bagi saya, angka ini bukan sekadar statistik, tetapi tentang kisah kehidupan yang terhenti: tentang keluarga, impian dan masa depan yang sepatutnya masih panjang. Maka, setiap tindakan kita hari ini adalah ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa pada hari esok.
Dalam ucaptama saya di Road Safety Congress 2025 sebentar tadi, saya telah menegaskan bahawa keselamatan jalan raya bukan hanya tanggungjawab Kerajaan semata-mata, tetapi amanah bersama ibu bapa, guru, majikan, komuniti dan industri. Apabila semua lapisan masyarakat berganding bahu, kita bukan sekadar menegakkan undang-undang, tetapi membina budaya yang menghargai kehidupan.
Mendidik generasi muda menjadi keutamaan kita. Mereka bukan sekadar sasaran dasar, tetapi rakan perjuangan dalam membina budaya jalan raya yang lebih selamat. Dengan pendekatan baharu yang lebih kreatif seperti menggunakan teknologi, platform digital dan kempen yang dipimpin oleh anak muda sendiri, saya yakin mesej keselamatan akan lebih meresap ke jiwa generasi ini.
Insya-Allah, saya mengharapkan agar kongres ini menjadi titik mula kepada gerakan nasional yang lebih berani dan berkesan, agar Malaysia bukan sahaja memiliki jalan yang baik, tetapi juga rakyat yang berdisiplin, berhemah dan menghargai setiap nyawa di jalan raya.
#RoadSafetyCongress2025
#TransportExpoAsia2025
#FutureOnTheMove
#RancakkanMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1AD4PyVyKd/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQ6URfnEgiX/?igsh=M3J5dXhqanN4M3N4
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1988177451386892363?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ6US7JD9zm?xmt=AQF0mHtRDgHFT5pVV2iK7m9s4iPf7QWrTUvP-8vhjZNqqYaEWS57I24qoceX4JLeUm7MY9E&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ง๐จ๐ฏ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฌ๐, ๐๐๐ง๐ฒ๐ฎ๐ญ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐ง ๐๐๐๐
Tahun 2025 semakin menghampiri penghujungnya dan Alhamdulillah, saya bangga melihat tekad dan semangat seluruh warga KKDW serta agensi di bawahnya yang tidak jemu memperbaharui pendekatan dan berfikir di luar kebiasaan demi memajukan desa.
Setiap inisiatif yang telah kita laksanakan, daripada memperkasa pendidikan prasekolah hingga membawa produk desa ke pasaran antarabangsa, semuanya menjadi bukti bahawa setiap langkah yang diatur membuahkan hasil yang nyata.
Namun, sering saya ingatkan bahawa untuk mencapai kejayaan itu sukar, tetapi untuk mempertahankannya jauh lebih sukar. Justeru, saya tekankan agar kita semua terus berdisiplin, bekerja pantas dan berinovasi dengan keberanian.
Inovasi bukanlah slogan atau hiasan laporan semata-mata, seperti yang telah saya nyatakan sebentar tadi, ia mesti lahir daripada realiti setempat. Bagaimana dron memetakan sawah padi, analitik data meramal cuaca dan harga komoditi, platform e-dagang menghubungkan usahawan desa ke pasaran global dan tenaga boleh baharu menerangi kampung terpencil pada kos rendah. Semua ini sedang berlaku dan tanggungjawab kita ialah mempercepatkan pelaksanaannya agar manfaatnya dirasai seluruh rakyat.
Insya-Allah, jika semangat ini terus menyala, KKDW akan melangkah ke tahun 2026 sebagai kementerian yang lebih efisien, diyakini rakyat dan sentiasa dekat di hati warga desa yang kita santuni.
#HariInovasiKKDW2025
#KKDW #PejuangDESA
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1AdYbXS9BK/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQ6HsZiEraY/?igsh=MWxpZXY3b2x1dW5nYw==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1988149827411341444?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ6Huh7jymm?xmt=AQF0QiZHx_tuWMF0fJ0svxpRLHfVrEA25fqCtVjyfmxI2sfGTRrvmMlgbl_PkgrM1Han4mVe&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ซ๐ข๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐๐๐๐ก ๐๐ฎ๐๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐๐ข๐ โ ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ, ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐๐๐ก!
Pelancaran Jentera Barisan Nasional Sabah di Kota Kinabalu membuktikan semangat perjuangan BN di bumi Sabah kembali menyala dengan tekad, kesetiaan dan keyakinan yang tak pernah pudar.
BN akan terus mara membawa suara rakyat, mengangkat pembangunan negeri dan memperkukuh semangat perjuangan demi masa depan Sabah yang lebih gemilang.
Radu tatap radu, radu sampai menang!
#BarisanNasional #BNSabah #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSyqDEXys/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DQ4BSvMEy78/?igsh=aXdmbGV2cGhuOWQx
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/14R3JXpzkPm/
๐ฑYouTube:
https://youtu.be/-1eP9cqdutw?si=sCmZR8Nf5KN7Qhn1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐: ๐๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฅ ๐๐จ๐ง๐ฃ๐๐ค ๐๐๐ ๐๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ - ๐๐ก๐ข๐ง๐
Saksikan Agenda AWANI di Astro AWANI pada jam 9.00 malam ini di mana saya akan berkongsi pandangan mengenai bagaimana industri halal menjadi pemangkin utama dalam memperkukuh perdagangan antara Malaysia - China, serta potensi besar yang dimilikinya untuk terus menerajui pasaran global.
INDUSTRI HALAL LONJAK DAGANG MALAYSIA - CHINA
๐๏ธ 10 November 2025 (Isnin)
โฐ 9.00 malam
๐บ Astro Awani saluran 501
Siaran juga boleh distrim secara langsung melalui Live TV di astroawani.com atau aplikasi Astro AWANI.
#AgendaAWANI
#AstroAWANI
#HalalMalaysia
#MalaysiaChina
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1A3mMvXhvQ/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQ3sCc9E19n/?igsh=c3hrajB1d3V4bHg2
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1987807495042351598?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ3sD0vj51d?xmt=AQF0zwltxlkpWRYcMCzOqJqsD01IIkGhI3ojmUyV8f5wEP4OyoejQL8NswP7b9e3llcOrVZw&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐
๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ฏ๐๐ฅ ๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฌ ๐๐๐๐: ๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ข ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐ ๐๐ฅ๐ฆ๐ฎ
Saya kongsikan rangkuman Festival of Ideas Putrajaya 2025 yang menghimpunkan para pemikir, pelajar dan masyarakat untuk meraikan kekuatan ilmu serta idea dalam membina masa depan bangsa.
Ilmu adalah cahaya yang membentuk akhlak dan tamadun dan festival ini membuktikan bahawa kemajuan sebenar datang daripada minda terbuka, jiwa besar serta semangat belajar tanpa henti.
Semoga semangat Festival of Ideas ini terus menyalakan api keilmuan dan melahirkan lebih ramai pemikir yang akan memacu Malaysia menuju masa depan sebagai sebuah Nation of Knowledge.
#FOI2025 #FestivalIdeaPutrajaya #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSyVJLw6N/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DQ28DHxkxjJ/?igsh=MW9sb251NmNqcDNoaw==
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1LW87V7ekQ/
๐ฑYouTube:
https://youtu.be/kqPyBjzLyKA?si=y3EbY5LXJIWj0XLj
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ซ๐ข๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐๐๐๐ก ๐๐ฎ๐๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐๐ข๐: ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ, ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐๐๐ก!
Hari ini di Kota Kinabalu, saya telah melancarkan Jentera Barisan Nasional Sabah, menandakan bermulanya satu gerakan besar rakyat untuk membangkitkan semula kekuatan BN di bumi penuh harapan ini.
Dari lautan biru yang membanjiri dewan, saya melihat semangat luar biasa terpancar pada wajah setiap jentera. Tekad yang menyala, keyakinan yang membara dan keazaman yang lahir dari hati yang ikhlas berjuang. Inilah roh perjuangan sejati yang saya lihat jelas tidak pernah padam meskipun diuji masa dan keadaan.
BN telah menjadi nadi pembangunan dan kestabilan negeri ini. Dari jalan ke sekolah, dari desa ke bandar, semuanya hasil kerja dan keringat perjuangan yang berpaksikan kasih kepada rakyat.
Insya-Allah saya lihat hari ini, semangat itu kembali menyala! BN Sabah tampil dengan wajah baharu, tenaga baharu dan harapan besar untuk mengembalikan keyakinan rakyat serta membina masa depan Sabah yang lebih makmur dan bersatu.
Insya-Allah, kita akan terus mara dengan satu tekad - Radu tatap radu, radu sampai menang!
Demi rakyat, demi Sabah dan demi masa depan yang lebih gemilang di bawah panji Barisan Nasional!
#BarisanNasional
#BNSabah
#BikinBalikSabah
#DemiRakyatDemiSabah
๐ฑFB:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02E4hvynr8FaNRgQMSz4Tkd2dVEoQbosxEbb87P82Q3BzhmLPsxDyhioYzJvxr2Pgdl&id=100044617711053&mibextid=ZbWKwL
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DQ1dPkaku8H/?igsh=MTJ4d2NzdjF3aDYydg==
๐ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/1987494053609640390?s=46
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ1d9_VD3g3?xmt=AQF0FilH1rymTOUkJCdF0XU9yubc-NzBSR0ifEIaPzV8NIGYuomyn2JCR2nuSkg_yPy_W28Q&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Setiap perjuangan datang dengan cabaran, namun di sebaliknya tersimpan harapan.
Dengan perancangan rapi, kesatuan hati dan doa yang tidak putus, kita terus melangkah dengan yakin bahawa kemenangan milik mereka yang istiqamah.
#BarisanNasional #Sabah #BNSabah #UMNOSabah #RaduTatapRadu #DemiRakyatDemiSabah
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DQy95ABknFt/?igsh=MWd4d3lsMXV4MWw0eg==
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1CiM7sbsmk/
๐ฑYouTube:
https://youtu.be/Rpajq9A0O_U?si=bVO7bW-OBMLcwkMv
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Setiap perjuangan menghadapi pilihan raya memerlukan perancangan yang rapi, kesatuan hati serta doa yang tidak pernah putus.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengiringi langkah kita menuju kejayaan.
#BarisanNasional #Sabah
#BNSabah #UMNOSabah
#RaduTatapRadu
#DemiRakyatDemiSabah
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/16ULJxpGk5/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQyswKbEhyZ/?igsh=dm1nYWVvdXNlenBh
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1987105375456215075?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQysxmhjzdD?xmt=AQF0nC0NoXFDzTwb7HyR5Y9RR82XRVTE183__zWnTJj-QaXJexYSJf6vwpjz8ZJN22phOc4O&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐ ๐ก๐๐ซ๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐ ๐๐ญ๐๐ฌ ๐๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฃ๐ ๐ค๐ ๐๐ก๐๐ง๐ ๐ก๐๐ข
Lawatan kerja rasmi saya ke Shanghai telah pun berakhir dengan pelbagai hasil bermakna dalam memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan pendidikan TVET antara Malaysia dan China.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada RTM, BERNAMA, TV3 dan Astro AWANI yang telah turut serta, termasuk semua pengamal media tempatan atas liputan menyeluruh, pantas dan beretika sepanjang lawatan ini.
Liputan anda bukan sekadar menyampaikan berita, tetapi turut membantu menonjolkan kejayaan Malaysia dan kekuatan diplomasi ekonomi negara di mata dunia. Bersama menjulang nama Malaysia di pentas antarabangsa.
#MediaMalaysia
#Shanghai
#MalaysiaChina
#RancakkanMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17HXUksZLR/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQwZHmrki3k/?igsh=MXB5eDc3YzN0NDJvMg==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1986780900420387176?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQwZNdbj3Vr?xmt=AQF09AHw5n6LMde8YlXxkA7oblKECjZeO8u7pJg1FzHwJxF-qQbGyHSwHQxr5rDc7ZGAuScq&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ข๐๐๐ง๐ ๐๐๐๐ข๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฃ๐ ๐ค๐ ๐๐ก๐๐ง๐ ๐ก๐๐ข
Alhamdulillah, lawatan saya ke Shanghai hari ini diakhiri dengan sidang media penutup dengan menzahirkan kejayaan Malaysia dalam memperkukuh diplomasi ekonomi dan kerjasama dua hala dengan China, terutamanya dalam bidang perdagangan, industri halal dan pendidikan TVET.
Saya berkongsi beberapa keberhasilan yang diperoleh antaranya MIHAS@Shanghai 2025 mencatatkan jualan keseluruhan RM1.24 bilion dalam tempoh tiga hari pertama; MARAโShanghai Jiao Tong University (SJTU) yang menandatangani MoU pendidikan dan penyelidikan TVET berimpak tinggi; CIDB Holdings membuka Pusat Maklumat Binaan pertama di Shanghai bagi memudahcara eksport bahan binaan Malaysia; Forum IndustriโPendidikan TVET MalaysiaโChina memperkukuh jaringan latihan dan peluang pekerjaan anak muda; serta ACCCIM dan Port Klang Free Zone (PKFZ) memperluas jaringan perdagangan dan logistik antara Malaysia dan China.
Tentunya kejayaan ini membuka dimensi baharu kepada diplomasi ekonomi halal Malaysia yang membawa nilai, kualiti dan kepercayaan terhadap produk dan perkhidmatan negara.
Saya mengakhiri sidang media ini dengan menyatakan penghargaan kepada MATRADE, KKDW, MARA, CIDB, ACCCIM, PKFZ, Malawakil Malaysia di Shanghai, pihak KLN, Media dan semua agensi yang terlibat termasuklah wakil-wakil Kerajaan Negeri di atas komitmen bersama menjayakan misi ini.
#MIHASShanghai #MIHAS2025
#MATRADE #MITI #KKDW
#TVET #TVETMalaysia #MCI
#Shanghai #MalaysiaChina
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1Bqr7Ra9Sx/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQwT-lXEm8a/?igsh=MWRiMHMyeTA3bDZpYQ==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1986769441313730572?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQwUA0Vj1G0?xmt=AQF0xOG2w69ZqC3R8LTiVtYoLgeOAIPCHgWR-UzSXxLv6voKOKO4LS2rN30m0-moXUN-w0kN&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐ข ๐๐๐๐๐@๐๐ก๐๐ง๐ ๐ก๐๐ข ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐ข ๐๐๐ญ๐ ๐๐ฎ๐ง๐ข๐
Sebelum berangkat pulang ke tanah air, saya hadir sekali lagi ke MIHAS@Shanghai 2025 untuk melawat ke reruai pameran dan memberi kata-kata semangat kepada para pempamer agar mereka meneruskan misi meneroka peluang pasaran di China sehingga hari terakhir MIHAS pada 10 November 2025 nanti.
Saya yakin dan percaya, kehadiran MIHAS@Shanghai 2025 ini akan membuka lebih banyak peluang dagangan, padanan perniagaan dan jaringan strategik antara Malaysia-China untuk usahawan tempatan memasarkan produk, serta mempromosikan kelebihan halal yang inklusif dan berdaya saing di peringkat global.
Syabas kepada semua peserta dan agensi penggerak di bawah MATRADE, KKDW serta rakan-rakan strategik lain yang menjayakan misi ini. Teruskan membawa jenama Malaysia ke persada dunia dan menggapai kejayaan bersama.
#MIHASShanghai #MIHAS2025
#HalalMalaysia #IndustriHalal
#MATRADE #MITI #KKDW
#Shanghai #MalaysiaChina
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17h8L46cTJ/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQwNKWhkgSG/?igsh=MW4wYTYwM3J5b3VneQ==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1986754832364187909?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQwNUUED35P?xmt=AQF0JmunTMx4m-Ufn40cXsB3Q4fxuu4QJ-ETFAhdYL80cHRG2IqNaxgr0_AJVs_1fcYb7cK2&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Kita mulakan langkah dengan tekad yang sama membina semula Sabah yang lebih stabil, makmur dan sejahtera untuk semua.
Di bawah panji Barisan Nasional, seluruh jentera bersatu hati memastikan suara rakyat Sabah terus diperjuangkan dan agenda pembangunan tidak terhenti separuh jalan.
Inilah waktunya untuk kita bergerak semula
Demi Rakyat, Demi Sabah!
#BNSabah #DemiRakyatDemiSabah #BNComms #RaduTatapRadu
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1GA1hdm3Xx/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DQwEnzcko4V/?igsh=MWViYmI4cWluM2YzeA==
๐ฑX:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1986735826504667381?t=vVywS0wRQb7RQgy9uSHyIg&s=19
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQwEw8Oj6eC?xmt=AQF0kR605iIWHijoDnvHIncQXBa4ZIWFxFavf8ub-ojNbO7TKuS_-FqBsc_Du6GyFPQBLXg&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Endi mavjud! Telegram Tadqiqoti 2025 โ yilning asosiy insaytlari 
