fa
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

رفتن به کانال در Telegram

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
364
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+37 روز
+230 روز
آرشیو پست ها
𝟏 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈! 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐄𝐒𝐀@𝐓𝐔𝐀𝐑𝐀𝐍 Hai warga Tuaran! Jom beramai-ramai meriahkan 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐞𝐬𝐚@𝐓𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧 anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐥𝐚, 𝐓𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡. 📅 14 November 2025 (Jumaat) ⏰ 9.00 pagi – 11.00 malam 📅 15 November 2025 (Sabtu) ⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam Ayuh! Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk sertai dan sokong pelbagai aktiviti yang akan dibawakan khas untuk orang Tuaran! Ada aktiviti apa tu ya? Macam-macam, bah! 🔺 Jualan Usahawan Tempatan, 🔺 Pertandingan Busana Etnik 🔺 Pertandingan Memanah 🔺 Pertandingan e-Sukan 🔺 Pertandingan busana 🔺 Pemeriksaan Kesihatan Cabutan bertuah dengan hadiah menarik juga menanti anda! Masuk adalah percuma! #KKDW #MalaysiaMadani #TaatSetia #PejuangDesa #MADANIBekerja #SentuhanKasihDesa 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BZtb6Ht3d/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQ-p53wE2v4/?igsh=MXNqaGVucWplYzFhbg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1988804392334881003?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ-xRdIkkZ5?xmt=AQF0lXdqEiz-vVNLAH8A1bDQK8Wmwyi12uGsIA3XOaDL_5sNlOHAVC4rqhITCx6zow7bzK3_&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

photo content

‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ Sekembalinya dari Sabah, malam tadi saya telah menerima satu perkhabaran duka mengenai pemergian seorang sahabat baik saya, Allahyarham Dato’ Johari bin Mat yang kembali ke rahmatullah. Saya sempat menziarahi jenazah di kediamannya dan menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Pemergian Allahyarham meninggalkan kekosongan yang besar kepada keluarga, sahabat serta seluruh rakan korporat yang pernah bersama beliau. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. ‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ Al-Fatihah. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17UPa3bQXa/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQ-gFWIklhF/?img_index=1&igsh=NnAzZHltYzZpZG16 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1988766376958550318?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ-gHEOEqFs?xmt=AQF0_QsKMRwAqenituckAVp6W-Amb_SmpTwcVi3h_BAgqNp93linChkik-dmynyvIQgXPeyc&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 Alhamdulillah, dalam tempoh tiga tahun ini banyak yang telah kita capai bersama. Keyakinan besar kerajaan kepada KKDW dengan peruntukan RM12.4 bilion bukan sekadar dana, tetapi simbol kepercayaan terhadap pentingnya pembangunan luar bandar sebagai nadi kemajuan negara. Saya mahu seluruh warga KKDW dan agensi di bawahnya berani mencuba, berinovasi dan membawa sinar harapan kepada setiap komuniti desa yang menjadi amanah kita bersama. #KKDW #DesaMADANI #PembangunanLuarBandar #InovasiDesa #MalaysiaMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSyth4ujG/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQ9RuTYEiQE/?igsh=MWRxa21qZHl4b2dxdg== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1BkZ6brrrH/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

photo content

𝟐 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈! 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐄𝐒𝐀@𝐓𝐔𝐀𝐑𝐀𝐍 Hai warga Tuaran! Jom beramai-ramai meriahkan 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐞𝐬𝐚@𝐓𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧 anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐥𝐚, 𝐓𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡. 📅 14 November 2025 (Jumaat) ⏰ 9.00 pagi – 11.00 malam 📅 15 November 2025 (Sabtu) ⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam Ayuh! Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk sertai dan sokong pelbagai aktiviti yang akan dibawakan khas untuk orang Tuaran! Ada aktiviti apa tu ya? Macam-macam, bah! 🔺 Jualan Usahawan Tempatan, 🔺 Pertandingan Busana Etnik 🔺 Pertandingan Memanah 🔺 Pertandingan e-Sukan 🔺 Pertandingan busana 🔺 Pemeriksaan Kesihatan Cabutan bertuah dengan hadiah menarik juga menanti anda! 🎁 💥 Masuk adalah percuma! #KKDW #MalaysiaMadani #TaatSetia #PejuangDesa #MADANIBekerja #SentuhanKasihDesa 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1DEMLpZq3X/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQ8G7WtE7II/?igsh=MWtiZmlqcWJyM3EwNg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1988475696747077829?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ8b7Fyj6CP?xmt=AQF0Wosh7Toh6jYBMtYEmPwF3ZJ8_lte83jsQLbz3PPgzvGiUL-eTuWBL9kpEcacZ5I_dXSG&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐨𝐧𝐬𝐮𝐧 𝐓𝐢𝐦𝐮𝐫 𝐋𝐚𝐮𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩 𝐒𝐢𝐚𝐠𝐚 & 𝐀𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐚𝐠𝐚-𝐣𝐚𝐠𝐚 Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan mengenai Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 yang dijangka bermula esok, 13 November 2025 dan berterusan sehingga Mac 2026. Dalam tempoh ini, sebanyak lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan negara. Hujan berpanjangan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran sungai, manakala tiupan angin timur laut yang kencang pula berpotensi menyebabkan laut bergelora serta kenaikan paras air laut di perairan Laut China Selatan. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, saya menyeru agar semua pihak khususnya di kawasan berisiko untuk sentiasa bersiap siaga dan peka terhadap amaran cuaca semasa yang dikeluarkan oleh MET Malaysia dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa. Kesiapsiagaan kita hari ini adalah perlindungan untuk hari esok. Elakkan kawasan berisiko dan utamakan keselamatan diri serta keluarga. #METMalaysia #SiagaBencana #MonsunTimurLaut #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1au8btArZ4/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQ8WvD0kvlp/?igsh=bHJ3bTZ1Zm1ycDR6 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1988464340606026136?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ8WwmoD3Q-?xmt=AQF0ZfRAYg510dJ5WITfA0O6BPy41TxjZLFBWlV3vuT1xz08QdBcXT1xF_pfkTpe7o3-fmQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

photo content

𝐑𝐨𝐚𝐝 𝐒𝐚𝐟𝐞𝐭𝐲 𝐂𝐨𝐧𝐠𝐫𝐞𝐬𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 Setiap hari, secara purata 18 rakyat Malaysia tidak pulang ke pangkuan keluarga akibat kemalangan jalan raya dan hampir separuh daripadanya adalah anak muda yang sedang membina masa depan. Bagi saya, angka ini bukan sekadar statistik, tetapi tentang kisah kehidupan yang terhenti: tentang keluarga, impian dan masa depan yang sepatutnya masih panjang. Maka, setiap tindakan kita hari ini adalah ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa pada hari esok. Dalam ucaptama saya di Road Safety Congress 2025 sebentar tadi, saya telah menegaskan bahawa keselamatan jalan raya bukan hanya tanggungjawab Kerajaan semata-mata, tetapi amanah bersama ibu bapa, guru, majikan, komuniti dan industri. Apabila semua lapisan masyarakat berganding bahu, kita bukan sekadar menegakkan undang-undang, tetapi membina budaya yang menghargai kehidupan. Mendidik generasi muda menjadi keutamaan kita. Mereka bukan sekadar sasaran dasar, tetapi rakan perjuangan dalam membina budaya jalan raya yang lebih selamat. Dengan pendekatan baharu yang lebih kreatif seperti menggunakan teknologi, platform digital dan kempen yang dipimpin oleh anak muda sendiri, saya yakin mesej keselamatan akan lebih meresap ke jiwa generasi ini. Insya-Allah, saya mengharapkan agar kongres ini menjadi titik mula kepada gerakan nasional yang lebih berani dan berkesan, agar Malaysia bukan sahaja memiliki jalan yang baik, tetapi juga rakyat yang berdisiplin, berhemah dan menghargai setiap nyawa di jalan raya. #RoadSafetyCongress2025 #TransportExpoAsia2025 #FutureOnTheMove #RancakkanMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1AD4PyVyKd/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQ6URfnEgiX/?igsh=M3J5dXhqanN4M3N4 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1988177451386892363?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ6US7JD9zm?xmt=AQF0mHtRDgHFT5pVV2iK7m9s4iPf7QWrTUvP-8vhjZNqqYaEWS57I24qoceX4JLeUm7MY9E&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐃𝐞𝐧𝐲𝐮𝐭 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐊𝐃𝐖 Tahun 2025 semakin menghampiri penghujungnya dan Alhamdulillah, saya bangga melihat tekad dan semangat seluruh warga KKDW serta agensi di bawahnya yang tidak jemu memperbaharui pendekatan dan berfikir di luar kebiasaan demi memajukan desa. Setiap inisiatif yang telah kita laksanakan, daripada memperkasa pendidikan prasekolah hingga membawa produk desa ke pasaran antarabangsa, semuanya menjadi bukti bahawa setiap langkah yang diatur membuahkan hasil yang nyata. Namun, sering saya ingatkan bahawa untuk mencapai kejayaan itu sukar, tetapi untuk mempertahankannya jauh lebih sukar. Justeru, saya tekankan agar kita semua terus berdisiplin, bekerja pantas dan berinovasi dengan keberanian. Inovasi bukanlah slogan atau hiasan laporan semata-mata, seperti yang telah saya nyatakan sebentar tadi, ia mesti lahir daripada realiti setempat. Bagaimana dron memetakan sawah padi, analitik data meramal cuaca dan harga komoditi, platform e-dagang menghubungkan usahawan desa ke pasaran global dan tenaga boleh baharu menerangi kampung terpencil pada kos rendah. Semua ini sedang berlaku dan tanggungjawab kita ialah mempercepatkan pelaksanaannya agar manfaatnya dirasai seluruh rakyat. Insya-Allah, jika semangat ini terus menyala, KKDW akan melangkah ke tahun 2026 sebagai kementerian yang lebih efisien, diyakini rakyat dan sentiasa dekat di hati warga desa yang kita santuni. #HariInovasiKKDW2025 #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1AdYbXS9BK/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQ6HsZiEraY/?igsh=MWxpZXY3b2x1dW5nYw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1988149827411341444?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ6Huh7jymm?xmt=AQF0QiZHx_tuWMF0fJ0svxpRLHfVrEA25fqCtVjyfmxI2sfGTRrvmMlgbl_PkgrM1Han4mVe&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 — 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭, 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡! Pelancaran Jentera Barisan Nasional Sabah di Kota Kinabalu membuktikan semangat perjuangan BN di bumi Sabah kembali menyala dengan tekad, kesetiaan dan keyakinan yang tak pernah pudar. BN akan terus mara membawa suara rakyat, mengangkat pembangunan negeri dan memperkukuh semangat perjuangan demi masa depan Sabah yang lebih gemilang. Radu tatap radu, radu sampai menang! #BarisanNasional #BNSabah #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSyqDEXys/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQ4BSvMEy78/?igsh=aXdmbGV2cGhuOWQx 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/14R3JXpzkPm/ 📱YouTube: https://youtu.be/-1eP9cqdutw?si=sCmZR8Nf5KN7Qhn1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐖𝐀𝐍𝐈: 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐋𝐨𝐧𝐣𝐚𝐤 𝐃𝐚𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 - 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 Saksikan Agenda AWANI di Astro AWANI pada jam 9.00 malam ini di mana saya akan berkongsi pandangan mengenai bagaimana industri halal menjadi pemangkin utama dalam memperkukuh perdagangan antara Malaysia - China, serta potensi besar yang dimilikinya untuk terus menerajui pasaran global. INDUSTRI HALAL LONJAK DAGANG MALAYSIA - CHINA 🗓️ 10 November 2025 (Isnin) ⏰ 9.00 malam 📺 Astro Awani saluran 501 Siaran juga boleh distrim secara langsung melalui Live TV di astroawani.com atau aplikasi Astro AWANI. #AgendaAWANI #AstroAWANI #HalalMalaysia #MalaysiaChina 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1A3mMvXhvQ/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQ3sCc9E19n/?igsh=c3hrajB1d3V4bHg2 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1987807495042351598?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ3sD0vj51d?xmt=AQF0zwltxlkpWRYcMCzOqJqsD01IIkGhI3ojmUyV8f5wEP4OyoejQL8NswP7b9e3llcOrVZw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐅𝐞𝐬𝐭𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐨𝐟 𝐈𝐝𝐞𝐚𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐈𝐥𝐦𝐮 Saya kongsikan rangkuman Festival of Ideas Putrajaya 2025 yang menghimpunkan para pemikir, pelajar dan masyarakat untuk meraikan kekuatan ilmu serta idea dalam membina masa depan bangsa. Ilmu adalah cahaya yang membentuk akhlak dan tamadun dan festival ini membuktikan bahawa kemajuan sebenar datang daripada minda terbuka, jiwa besar serta semangat belajar tanpa henti. Semoga semangat Festival of Ideas ini terus menyalakan api keilmuan dan melahirkan lebih ramai pemikir yang akan memacu Malaysia menuju masa depan sebagai sebuah Nation of Knowledge. #FOI2025 #FestivalIdeaPutrajaya #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSyVJLw6N/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQ28DHxkxjJ/?igsh=MW9sb251NmNqcDNoaw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1LW87V7ekQ/ 📱YouTube: https://youtu.be/kqPyBjzLyKA?si=y3EbY5LXJIWj0XLj 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚: 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭, 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡! Hari ini di Kota Kinabalu, saya telah melancarkan Jentera Barisan Nasional Sabah, menandakan bermulanya satu gerakan besar rakyat untuk membangkitkan semula kekuatan BN di bumi penuh harapan ini. Dari lautan biru yang membanjiri dewan, saya melihat semangat luar biasa terpancar pada wajah setiap jentera. Tekad yang menyala, keyakinan yang membara dan keazaman yang lahir dari hati yang ikhlas berjuang. Inilah roh perjuangan sejati yang saya lihat jelas tidak pernah padam meskipun diuji masa dan keadaan. BN telah menjadi nadi pembangunan dan kestabilan negeri ini. Dari jalan ke sekolah, dari desa ke bandar, semuanya hasil kerja dan keringat perjuangan yang berpaksikan kasih kepada rakyat. Insya-Allah saya lihat hari ini, semangat itu kembali menyala! BN Sabah tampil dengan wajah baharu, tenaga baharu dan harapan besar untuk mengembalikan keyakinan rakyat serta membina masa depan Sabah yang lebih makmur dan bersatu. Insya-Allah, kita akan terus mara dengan satu tekad - Radu tatap radu, radu sampai menang! Demi rakyat, demi Sabah dan demi masa depan yang lebih gemilang di bawah panji Barisan Nasional! #BarisanNasional #BNSabah #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱FB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02E4hvynr8FaNRgQMSz4Tkd2dVEoQbosxEbb87P82Q3BzhmLPsxDyhioYzJvxr2Pgdl&id=100044617711053&mibextid=ZbWKwL 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQ1dPkaku8H/?igsh=MTJ4d2NzdjF3aDYydg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1987494053609640390?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ1d9_VD3g3?xmt=AQF0FilH1rymTOUkJCdF0XU9yubc-NzBSR0ifEIaPzV8NIGYuomyn2JCR2nuSkg_yPy_W28Q&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Setiap perjuangan datang dengan cabaran, namun di sebaliknya tersimpan harapan. Dengan perancangan rapi, kesatuan hati dan doa yang tidak putus, kita terus melangkah dengan yakin bahawa kemenangan milik mereka yang istiqamah. #BarisanNasional #Sabah #BNSabah #UMNOSabah #RaduTatapRadu #DemiRakyatDemiSabah 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQy95ABknFt/?igsh=MWd4d3lsMXV4MWw0eg== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1CiM7sbsmk/ 📱YouTube: https://youtu.be/Rpajq9A0O_U?si=bVO7bW-OBMLcwkMv 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Setiap perjuangan menghadapi pilihan raya memerlukan perancangan yang rapi, kesatuan hati serta doa yang tidak pernah putus. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengiringi langkah kita menuju kejayaan. #BarisanNasional #Sabah #BNSabah #UMNOSabah #RaduTatapRadu #DemiRakyatDemiSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16ULJxpGk5/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQyswKbEhyZ/?igsh=dm1nYWVvdXNlenBh 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1987105375456215075?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQysxmhjzdD?xmt=AQF0nC0NoXFDzTwb7HyR5Y9RR82XRVTE183__zWnTJj-QaXJexYSJf6vwpjz8ZJN22phOc4O&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐋𝐢𝐩𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐤𝐞 𝐒𝐡𝐚𝐧𝐠𝐡𝐚𝐢 Lawatan kerja rasmi saya ke Shanghai telah pun berakhir dengan pelbagai hasil bermakna dalam memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan pendidikan TVET antara Malaysia dan China. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada RTM, BERNAMA, TV3 dan Astro AWANI yang telah turut serta, termasuk semua pengamal media tempatan atas liputan menyeluruh, pantas dan beretika sepanjang lawatan ini. Liputan anda bukan sekadar menyampaikan berita, tetapi turut membantu menonjolkan kejayaan Malaysia dan kekuatan diplomasi ekonomi negara di mata dunia. Bersama menjulang nama Malaysia di pentas antarabangsa. #MediaMalaysia #Shanghai #MalaysiaChina #RancakkanMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17HXUksZLR/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQwZHmrki3k/?igsh=MXB5eDc3YzN0NDJvMg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1986780900420387176?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQwZNdbj3Vr?xmt=AQF09AHw5n6LMde8YlXxkA7oblKECjZeO8u7pJg1FzHwJxF-qQbGyHSwHQxr5rDc7ZGAuScq&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐤𝐞 𝐒𝐡𝐚𝐧𝐠𝐡𝐚𝐢 Alhamdulillah, lawatan saya ke Shanghai hari ini diakhiri dengan sidang media penutup dengan menzahirkan kejayaan Malaysia dalam memperkukuh diplomasi ekonomi dan kerjasama dua hala dengan China, terutamanya dalam bidang perdagangan, industri halal dan pendidikan TVET. Saya berkongsi beberapa keberhasilan yang diperoleh antaranya MIHAS@Shanghai 2025 mencatatkan jualan keseluruhan RM1.24 bilion dalam tempoh tiga hari pertama; MARA–Shanghai Jiao Tong University (SJTU) yang menandatangani MoU pendidikan dan penyelidikan TVET berimpak tinggi; CIDB Holdings membuka Pusat Maklumat Binaan pertama di Shanghai bagi memudahcara eksport bahan binaan Malaysia; Forum Industri–Pendidikan TVET Malaysia–China memperkukuh jaringan latihan dan peluang pekerjaan anak muda; serta ACCCIM dan Port Klang Free Zone (PKFZ) memperluas jaringan perdagangan dan logistik antara Malaysia dan China. Tentunya kejayaan ini membuka dimensi baharu kepada diplomasi ekonomi halal Malaysia yang membawa nilai, kualiti dan kepercayaan terhadap produk dan perkhidmatan negara. Saya mengakhiri sidang media ini dengan menyatakan penghargaan kepada MATRADE, KKDW, MARA, CIDB, ACCCIM, PKFZ, Malawakil Malaysia di Shanghai, pihak KLN, Media dan semua agensi yang terlibat termasuklah wakil-wakil Kerajaan Negeri di atas komitmen bersama menjayakan misi ini. #MIHASShanghai #MIHAS2025 #MATRADE #MITI #KKDW #TVET #TVETMalaysia #MCI #Shanghai #MalaysiaChina 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Bqr7Ra9Sx/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQwT-lXEm8a/?igsh=MWRiMHMyeTA3bDZpYQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1986769441313730572?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQwUA0Vj1G0?xmt=AQF0xOG2w69ZqC3R8LTiVtYoLgeOAIPCHgWR-UzSXxLv6voKOKO4LS2rN30m0-moXUN-w0kN&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐌𝐈𝐇𝐀𝐒@𝐒𝐡𝐚𝐧𝐠𝐡𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐭𝐚 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 Sebelum berangkat pulang ke tanah air, saya hadir sekali lagi ke MIHAS@Shanghai 2025 untuk melawat ke reruai pameran dan memberi kata-kata semangat kepada para pempamer agar mereka meneruskan misi meneroka peluang pasaran di China sehingga hari terakhir MIHAS pada 10 November 2025 nanti. Saya yakin dan percaya, kehadiran MIHAS@Shanghai 2025 ini akan membuka lebih banyak peluang dagangan, padanan perniagaan dan jaringan strategik antara Malaysia-China untuk usahawan tempatan memasarkan produk, serta mempromosikan kelebihan halal yang inklusif dan berdaya saing di peringkat global. Syabas kepada semua peserta dan agensi penggerak di bawah MATRADE, KKDW serta rakan-rakan strategik lain yang menjayakan misi ini. Teruskan membawa jenama Malaysia ke persada dunia dan menggapai kejayaan bersama. #MIHASShanghai #MIHAS2025 #HalalMalaysia #IndustriHalal #MATRADE #MITI #KKDW #Shanghai #MalaysiaChina 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17h8L46cTJ/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQwNKWhkgSG/?igsh=MW4wYTYwM3J5b3VneQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1986754832364187909?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQwNUUED35P?xmt=AQF0JmunTMx4m-Ufn40cXsB3Q4fxuu4QJ-ETFAhdYL80cHRG2IqNaxgr0_AJVs_1fcYb7cK2&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Kita mulakan langkah dengan tekad yang sama membina semula Sabah yang lebih stabil, makmur dan sejahtera untuk semua. Di bawa
Kita mulakan langkah dengan tekad yang sama membina semula Sabah yang lebih stabil, makmur dan sejahtera untuk semua. Di bawah panji Barisan Nasional, seluruh jentera bersatu hati memastikan suara rakyat Sabah terus diperjuangkan dan agenda pembangunan tidak terhenti separuh jalan. Inilah waktunya untuk kita bergerak semula Demi Rakyat, Demi Sabah! #BNSabah #DemiRakyatDemiSabah #BNComms #RaduTatapRadu 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1GA1hdm3Xx/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQwEnzcko4V/?igsh=MWViYmI4cWluM2YzeA== 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1986735826504667381?t=vVywS0wRQb7RQgy9uSHyIg&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQwEw8Oj6eC?xmt=AQF0kR605iIWHijoDnvHIncQXBa4ZIWFxFavf8ub-ojNbO7TKuS_-FqBsc_Du6GyFPQBLXg&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel