uz
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Kanalga Telegramโ€™da oโ€˜tish

Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
364
Obunachilar
+224 soatlar
+37 kunlar
+230 kunlar
Postlar arxiv
๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐“๐š๐ก๐Ÿ๐ข๐ณ, ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ญ๐š๐ญ ๐“๐š๐๐›๐ข๐ซ ๐”๐ซ๐ฎ๐ฌ Saya memandang serius serta melahirkan kekesalan yang mendalam terhadap insiden-insiden yang tular baru-baru ini melibatkan keganasan terhadap pelajar institusi pendidikan agama, termasuk kejadian di Sabah dan rakaman penderaan fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz. Kerajaan menegaskan bahawa sebarang bentuk kekerasan, penderaan atau layanan yang mencabul maruah kanak-kanak adalah tidak boleh diterima sama sekali, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku dalam institusi yang sepatutnya menjadi medan pembinaan akhlak, ihsan dan kasih sayang. Perbuatan sedemikian bukan sahaja mencederakan mangsa, malah mencemar nama baik pendidikan Islam dan institusi tahfiz yang selama ini menjadi benteng pembentukan sahsiah ummah. Sehubungan itu, saya berharap tindakan undang-undang diambil secara segera dan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah, selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada, demi menegakkan keadilan dan mencegah kejadian seumpama ini daripada berulang. Walaubagaimanapun, saya menegaskan bahawa insiden terpencil ini tidak mewakili keseluruhan ekosistem pendidikan tahfiz negara. Majoriti institusi tahfiz, guru dan para asatizah telah melaksanakan amanah mendidik para pelajar dengan penuh dedikasi, hikmah dan tanggungjawab. Bagi memperkukuh perlindungan pelajar serta tadbir urus institusi tahfiz secara menyeluruh, kerajaan sedang mempergiat usaha ke arah pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0, yang dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun hadapan. Dasar ini akan memberi tumpuan antaranya kepada penguatkuasaan pematuhan undang-undang; pemantapan kurikulum dan model Pendidikan Tahfiz Kebangsaan; pemerkasaan modal insan dan tadbir urus institusi; peluasan laluan pendidikan serta kebolehpasaran huffaz. Dalam masa yang sama, bersempena Himpunan Huffaz 2025 dan Simfoni Dakwah Nusantara yang akan berlangsung pada 21 Disember 2025 di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan, Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) akan dilancarkan sebagai mekanisme penting untuk menyeragamkan standard kualiti institusi tahfiz, meliputi aspek tadbir urus, kebajikan pelajar, kualiti pengajaran, prasarana serta pematuhan perundangan, bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, berdisiplin dan berakhlak. Saya yakin langkah-langkah bersepadu ini akan menjadi asas kukuh dalam memulihkan keyakinan masyarakat, memperkasa institusi tahfiz secara berhemah serta memastikan pendidikan al-Quran terus berkembang dalam kerangka yang berperikemanusiaan, berperaturan dan berteraskan nilai rahmah. Moga ikhtiar ini menjadi asbab institusi tahfiz terus dimartabatkan sebagai medan melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan dihormati, seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan ummah dan pembangunan negara. #StandardPengiktirafanTahfizMalaysia #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1aSFn9r8N5/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DScIL4DEjh3/?igsh=Zmt5c2g2N2JsYzRn ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001943161737027598?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DScIN8cj2EL?xmt=AQF0VA1BHS4FU-2mB4hs6xzGNYBhBIUwSaxEnQe1DHTuza6YiAVA05jsWqDyUU9KFV26mj8&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‡๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ & ๐’๐ข๐ฆ๐Ÿ๐จ๐ง๐ข ๐ƒ๐š๐ค๐ฐ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š Insya-Allah, berbaki dua hari sahaja lagi, Masjid Tuminah Hamidi akan menghimpunkan para pencinta al-Quran dalam Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara, dengan pengisian istimewa bersama Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara. Saya mengalu-alukan kehadiran seluruh masyarakat untuk bersama-sama keluarga dan sahabat handai memanfaatkan majlis ilmu ini seperti ketetapan berikut: ๐Ÿ“… Ahad, 21 Disember 2025 โฐ 11.00 pagi โ€“ 4.30 petang ๐Ÿ“ Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Semoga pertemuan ini menjadi medan menyuburkan cinta terhadap al-Quran. Insya-Allah, kita bertemu di sana. โ€œ๐‘Š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐‘„๐‘ข๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘–, ๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘–๐‘›๐‘Ž ๐บ๐‘’๐‘›๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘–โ€ #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSPCcJL6Y/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DSbeVIHEuyD/?igsh=MTIwMnpjbDB1b3Yybw== ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/r/1GpmqqV9yt/ ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐‡๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ & ๐’๐ข๐ฆ๐Ÿ๐จ๐ง๐ข ๐ƒ๐š๐ค๐ฐ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š Antara pengisian menarik yang menanti anda: โœ… Ceramah agama oleh Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara โœ… Pameran kesenian al-Quran oleh Nasyrul Quran โœ… Qasidah dan selawat oleh Kumpulan Qasidah Soutul Mustafa โœ… Eksplorasi TVET Tahfiz oleh MTVET โœ… Jualan food truck dengan pelbagai pilihan juadah โœ… Pengisian rohani yang sesuai untuk seisi keluarga Semua dijemput hadir seperti ketetapan berikut: ๐Ÿ“… Ahad, 21 Disember 2025 โฐ 11.00 pagi โ€“ 4.30 petang ๐Ÿ“ Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Simpan tarikh ini dalam kalendar anda. Insya-Allah, kita jumpa di sana nanti. โ€œ๐‘Š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐‘„๐‘ข๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘–, ๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘–๐‘›๐‘Ž ๐บ๐‘’๐‘›๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘–โ€ #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1Ca2exuCxe/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DSbQG4xEqFS/?igsh=ZDFvZml6ZHNudGpm ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001819833009340772?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSbQIpvj_bU?xmt=AQF0CrrqWIRMXziHSJ9QbOm94DslYUHj2i7t28qNRa56UY3AdR0p1b17m-XYKyaFUilDiYlH&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Ketika meninjau keadaan banjir di sekitar UNIPSAS petang tadi, saya sempat singgah seketika di sebuah โ€˜food truckโ€™ yang sedang menyediakan makanan. Sempat saya bersembang dan menyantuni mereka yang berada di kawasan ini. Sempatlah juga masak nasi goreng ya, walaupun masih tak boleh lawan Dr. Ahmad Maslan. Namun di sebalik momen ini, hati saya benar-benar tersentuh. Dalam keadaan kawasan sekeliling yang dilanda banjir, masih ada rakyat yang cekal dan saling membantu dengan cara dan kemampuan mereka sendiri. Saya mendoakan semoga Allah SWT melindungi mereka, mempermudahkan urusan semua yang terjejas dan menggantikan setiap kesukaran dengan kebaikan yang lebih besar. Insya-Allah. ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1MzwDE1Nha/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DSZ6R03En2k/?igsh=cmNyZGlqdmtnZWV6 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001631096598073440?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSZ6TdjD6Bn?xmt=AQF0OSGvYJVXqugUNhhs6Bf9MGJ6lY41S_Q_w--pZpwrbOSvUNSI9E7OmJGghF25tyU6mI2B&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ ๐’๐ข๐ญ๐ฎ๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง๐ฃ๐ข๐ซ ๐๐ข ๐Š๐ฎ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง Petang ini, saya turun ke Kuantan, Pahang bagi memantau secara langsung situasi banjir yang sedang melanda negeri ini. Antara lokasi yang sempat saya lawati termasuk kawasan Sri Damai dengan menaiki lori MAN TGM 5 tan, memandangkan paras air yang tinggi telah menenggelami sebahagian laluan utama dan menyukarkan pergerakan kenderaan biasa. Saya kemudiannya meneruskan pemantauan ke kawasan sekitar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) menggunakan bot Sealegs Amphibious bagi membolehkan saya meninjau sendiri kawasan yang dinaiki air, sebelum singgah melihat keadaan di sekitar Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Saya turut melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Paya Besar. Ketika lawatan ini, seramai 640 keluarga dengan keseluruhan 1,484 mangsa sedang ditempatkan di PPS tersebut. Kecekalan dan semangat saling membantu yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat benar-benar menyentuh hati saya. Setiap lokasi yang dilawati memberikan gambaran jelas tentang cabaran yang sedang dihadapi oleh penduduk setempat dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini. Sehingga jam 7 petang tadi, Pahang merekodkan tujuh daerah terjejas banjir dengan 79 Pusat Pemindahan Sementara dibuka, melibatkan 3,983 keluarga dan seramai 12,053 mangsa. Saya mendoakan agar semua mangsa diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah, langkah kesiapsiagaan awal yang telah digerakkan oleh semua agensi berkaitan, termasuk pembukaan PPS lebih awal, penempatan aset dan koordinasi antara agensi, telah membantu memastikan proses pemindahan serta pengurusan mangsa banjir dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan terkawal. Insya-Allah, Kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa serta memastikan bantuan dan sokongan disalurkan dengan sebaiknya demi keselamatan dan kebajikan rakyat. #SituasiBanjir #NADMA #Kuantan #Pahang #KesiapsiagaanBencana ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1GDds6pQ8m/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DSZ0A13kvDi/?igsh=empxaWRnb2lwaHpy ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001617467492438431?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSZ0VTXj2KW?xmt=AQF09z-oT8flFGKZXY9P2y4VcZOYZmakQI0MmYpL41ExsiDuCTqUwItspkHayWI44KqVpx7Z&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Š๐จ๐ง๐ฏ๐จ๐ค๐ž๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐”๐๐“๐Œ ๐Š๐ž-๐Ÿ‘: ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ง๐  ๐‹๐ž๐ ๐š๐ฌ๐ข ๐Œ๐€๐‘๐€ ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐Œ๐จ๐๐š๐ฅ ๐ˆ๐ง๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š Sejak lebih lima dekad lalu, MARA telah berdiri teguh dengan satu keyakinan yang tidak pernah berubah iaitu pendidikan adalah tangga utama mobiliti sosial dan pemangkin masa depan bangsa. Daripada legasi itulah lahirnya Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), sebuah institusi yang dibina untuk menjawab tuntutan zaman dan realiti masa hadapan. Pagi tadi, saya berbesar hati menyempurnakan Majlis Konvokesyen UPTM ke-3 bagi Sidang Pertama di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur, meraikan kejayaan 2,075 graduan yang melangkah keluar dengan amanah untuk menyumbang kepada negara. Alhamdulillah, saya melihat UPTM kini sedang berada di landasan yang tepat. Pelancaran program Sarjana Muda Kecerdasan Buatan (AI), pensijilan profesional bagi sebahagian besar program, status Platinum ACCA serta kadar kebolehpasaran graduan mencecah 93.4% berbanding 91.5% pada tahun sebelumnya membuktikan pendekatan ๐‘Ž๐‘๐‘๐‘™๐‘–๐‘’๐‘‘ ๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘–๐‘›๐‘‘๐‘ข๐‘ ๐‘ก๐‘Ÿ๐‘ฆ-๐‘Ÿ๐‘’๐‘Ž๐‘‘๐‘ฆ ini benar-benar hidup dalam DNA UPTM. Kepada para graduan, hari ini bukanlah penamat sebuah perjalanan, tetapi permulaan amanah baharu. Bawalah nilai ๐‘‡๐‘Ÿ๐‘ข๐‘ ๐‘ก๐‘’๐‘‘, ๐ถ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘›๐‘”, ๐‘…๐‘’๐‘ ๐‘–๐‘™๐‘–๐‘’๐‘›๐‘ก dan ๐‘…๐‘’๐‘ ๐‘๐‘’๐‘๐‘ก๐‘’๐‘‘ ke mana jua anda melangkah. Gunakan ilmu untuk memberi manfaat, kerana kejayaan sebenar diukur pada sumbangan kita kepada masyarakat dan negara. Insya-Allah. #UPTM #MARA #KonvoUPTM03 #AmazingUPTM ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/17kS3zjx3T/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DSZUhNWEupd/?img_index=9&igsh=YjNuanFqaWZ3eGUy ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001548116743590002?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSZUqExj7Ss?xmt=AQF01WI5z44O1msTt7VIQsdN1vjCGfJHN2otVSIXvyV5q9gKIq4GjWWqLnHhKJS_qzoQwCA&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐„๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐ƒ๐ž๐ค๐š๐ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐…๐„๐‹๐‚๐‘๐€, ๐Š๐๐…๐ ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐‚๐š๐ญ๐š๐ญ ๐๐ซ๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ฌ๐ข ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB) merupakan sebuah koperasi yang telah melalui perjalanan panjang lebih empat dekad bersama peserta FELCRA di seluruh negara. Bermula sebagai gerakan berteraskan kebajikan, KPFB hari ini tampil sebagai koperasi matang yang diurus secara profesional dan berupaya menjana pulangan sebenar kepada ahlinya. Malam tadi, saya berkesempatan hadir menyempurnakan Majlis Makan Malam Mesyuarat Agung Perwakilan KPFB Kali Ke-43 sebagai penghargaan kepada kepimpinan, para perwakilan dan seluruh warga koperasi yang terus konsisten menggalas amanah membangunkan ekonomi peserta FELCRA. Alhamdulillah, berlandaskan prestasi kewangan yang stabil serta pengurusan yang berkesan, saya telah mengumumkan bahawa dividen berasaskan operasi KPFB bagi tahun kewangan 2025 ditetapkan pada kadar 15%. Ini merupakan bukti bahawa koperasi yang diurus dengan baik mampu memberikan pulangan yang adil dan mampan kepada ahlinya. Saya mendoakan semoga KPFB terus melangkah lebih jauh sebagai pemacu ekonomi koperasi peserta FELCRA serta mampu menjadi contoh kepada gerakan koperasi di Malaysia, insya-Allah. #KPFB #FELCRA #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1AUP2SnvYe/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DSYzyiKEv4S/?igsh=M2JkM2N0ajFvbTNk ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2001473761502204004 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSYzIV0jwyk?xmt=AQF0fYKrJP76A4xcbdHtxF6rC-EjE8pLF1hhegHk5gMrm953touUNiQzDHPlYmNFyVVRMn2A&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Ÿ‘ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐‡๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ & ๐’๐ข๐ฆ๐Ÿ๐จ๐ง๐ข ๐ƒ๐š๐ค๐ฐ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š Insya-Allah, tiga hari sahaja lagi, Masjid Tuminah Hamidi akan menjadi saksi pertemuan para pencinta al-Quran dalam Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara, yang turut akan diserikan dengan pengisian istimewa bersama Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara. Saya menjemput seluruh masyarakat untuk hadir bersama keluarga dan sahabat handai bagi menghayati majlis ilmu ini seperti ketetapan berikut: ๐Ÿ“… Ahad, 21 Disember 2025 โฐ 11.00 pagi โ€“ 4.30 petang ๐Ÿ“ Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Simpan tarikh ini dalam kalendar anda. Insya-Allah, kita jumpa di sana nanti. โ€œ๐‘Š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐‘„๐‘ข๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘–, ๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘–๐‘›๐‘Ž ๐บ๐‘’๐‘›๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘–โ€ #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1Df4TMEqG3/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DSYrdWkEnPS/?igsh=Z2w0ajBzZWM4azY4 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001457838573724065?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSYrwTzj28F?xmt=AQF0iY25E6TE0KJdvfLDb-WhXrI3sqWs6qpdiItgU-f9E2l5KhTGKpq1Da9f9dgEkvUFX6Q&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐€๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐ฃ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง: ๐Š๐ž๐ค๐š๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ฐ๐š๐ฌ๐ฉ๐š๐๐š ๐๐š๐ง ๐๐š๐ญ๐ฎ๐ก๐ข ๐€๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐๐ข๐ก๐š๐ค ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š Sehingga hari ini, negara masih berdepan situasi cuaca tidak menentu susulan Monsun Timur Laut yang sedang melanda, khususnya di beberapa negeri Pantai Timur. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan dan perkembangan ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh membahayakan keselamatan diri dan keluarga. Jangan ambil mudah risiko banjir, elakkan meredah air deras dan pastikan aspek keselamatan diutamakan. Dapatkan maklumat terkini hanya melalui saluran rasmi seperti MET Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Dalam masa yang sama, saya ingin mengingatkan para ibu bapa agar memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak, lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah yang akan bermula. Pastikan anak-anak tidak bermain di kawasan berisiko seperti sungai, parit, longkang besar atau kawasan yang dinaiki air, kerana kelalaian kecil boleh mengundang tragedi besar. Kepada calon-calon SPM yang masih menduduki baki peperiksaan sehingga 23 Disember ini, saya doakan agar kalian terus fokus dan menjaga keselamatan diri. Ibu bapa digalakkan merancang pergerakan anak-anak dengan teliti sekiranya perlu keluar rumah, terutamanya di kawasan yang terjejas banjir. Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Insya-Allah, dengan sikap berhati-hati, keprihatinan dan kerjasama semua pihak, kita dapat mengharungi musim ini dengan lebih selamat. Sumber: Malaysian Meteorological Department #SituasiBanjir #KesiapsiagaanBencana ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1A9Zt9ZKxN/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DSXMVr9Es5Y/?igsh=dG1mZmZxbWkwdWY5 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001248571434115444?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSXMWq_D5cU?xmt=AQF0rDSg4bSscgCV5wIJHAzchYz9s7FHxPzlzmeSUxJvJfm3pbt0oE5y47MOZW7haMhzCVMr&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐“๐•๐„๐“ ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง Saya kongsikan momen lawatan ke UniKL British Malaysian Institute (BMI) bagi meninjau inisiatif TVET berteknologi tinggi yang selari dengan keperluan industri semasa. Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan untuk melahirkan tenaga mahir yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. Insya-Allah. #UniKLBMI #TVETMalaysia #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSPuRwH9a/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DSWONmyEpAg/?igsh=dm05eXNoMG01Ym5i ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1GHfdAzz4m/ ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/_vbF8qOPhtk?si=5WSZ3ldPHF3zbrRS ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Ÿ’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐‡๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ & ๐’๐ข๐ฆ๐Ÿ๐จ๐ง๐ข ๐ƒ๐š๐ค๐ฐ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š Salah satu tarikan utama Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara pada kali ini ialah Pameran Nasyrul Quran yang menampilkan keindahan dan kehalusan seni berteraskan kalam Ilahi. Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan sahabat handai untuk sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini pada: ๐Ÿ“… Ahad, 21 Disember 2025 โฐ 11.00 pagi โ€“ 4.30 petang ๐Ÿ“ Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Simpan tarikh ini dalam kalendar anda. Insya-Allah, kita bertemu di sana nanti. โ€œ๐‘Š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐‘„๐‘ข๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘–, ๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘–๐‘›๐‘Ž ๐บ๐‘’๐‘›๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘–โ€ #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1MP435pbSu/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DSWGhIHEkD-/?igsh=MTdsdmh1MzhjaXRrNA== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001095061728321698?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSWGlKmjzci?xmt=AQF0Wy2hCvDzyqXFla9_swk_ng1aU_jBhdIMT1hHZ5kFdzV2I-qeBsaSJw0FzFBeyCaNzmo&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Semoga Allah SWT mempermudahkan setiap urusan kami dalam memikul amanah serta melaksanakan tanggungjawab kepada negara dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah. #BarisanNasional #KerajaanMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17eFWoaeFh/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DSU0JjKkoeY/?igsh=ZzRvZmFiZnRxeDMz ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000913955523584269?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSU0L2wD7Dy?xmt=AQF02BLwLgrKfO-GbjirLaNoNCQYri46nVHLFcjaFd5JgV54wTtxnJZKwSrkEoQf-yXJDuJv&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก & ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐ค๐š๐ง ๐“๐ฎ๐ ๐š๐ฌ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐Š๐š๐›๐ข๐ง๐ž๐ญ ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ Petang ini, YAB Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan penyusunan semula Kabinet Kerajaan MADANI sebagai langkah untuk terus memperkukuh tadbir urus, melancarkan pelaksanaan dasar serta memastikan keberkesanan Kerajaan dalam memenuhi keperluan rakyat dan masa depan negara. Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Jemaah Menteri yang baharu. Semoga amanah yang diterima ini dapat dipikul dengan penuh dedikasi demi kemajuan Malaysia. Khususnya, saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad atas pelantikan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi serta Datoโ€™ Sri Arthur Joseph Kurup sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Juga diucapkan selamat bertugas kepada Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang kini menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada barisan Timbalan Menteri yang turut menerima amanah baharu. Tahniah kepada Datoโ€™ Indera Mohd Shahar Abdullah yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohamad Alamin sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, serta Datoโ€™ Sri Abdul Rahman selaku Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Dikesempatan ini, setinggi penghargaan turut saya tujukan kepada para menteri yang telah menamatkan perkhidmatan mereka di Kementerian masing-masing. Sumbangan dan legasi yang ditinggalkan menjadi asas penting yang akan terus diperkukuh oleh kepimpinan baharu. Dalam Kerajaan, kesinambungan dasar dan semangat kebersamaan adalah kunci kerana matlamat kita tetap satu iaitu untuk membina sebuah negara yang lebih makmur, stabil dan sejahtera untuk semua rakyat Malaysia. Insya-Allah, dengan iltizam yang diperbaharui dan pasukan Kabinet yang diperkukuh, saya doakan agar kita dapat terus melangkah ke hadapan dan bersama memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1Bpu679KQY/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DSUrkkjEhBY/?img_index=2&igsh=dXVseTg5cGRpd2Ru ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000895048263823423?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSUrmkpjwXX?xmt=AQF0a14Ln6jSC4iAZS4aNhles7WB-_ZNPRFSee0NVzQxXwKxKFSaCE5WkcAa6_HsZdA9Gyag&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ง ๐€๐ ๐ž๐ง๐๐š ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š ๐๐ข ๐Œ๐„๐—๐‚๐‹๐”๐ ๐ค๐ž-๐Ÿ”๐ŸŽ Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam agenda pembangunan desa merupakan kunci utama kepada kemajuan luar bandar yang benar-benar berkesan. Hanya melalui kesepakatan yang kukuh di kedua-dua peringkat, kita mampu memastikan setiap dasar, perancangan dan peruntukan diterjemah menjadi hasil yang memberi manfaat langsung kepada rakyat di desa. Justeru, dalam Mesyuarat Penyelarasan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) ke-60 di Ipoh hari ini, kami meneruskan usaha memperteguh sinergi ini dengan membina rangka kerja yang lebih tersusun, inklusif dan berpaksikan keperluan sebenar masyarakat luar bandar. Saya telah menegaskan bahawa pembangunan desa hari ini tidak lagi boleh terhad kepada kerangka tradisi semata-mata. Aspek seperti TVET, pendidikan awal, industri halal dan pengurusan bencana kini telah menjadi sebahagian penting dalam ekosistem luar bandar. Oleh itu, saya telah meminta Exco-Exco Luar Bandar untuk memperkukuh kerjasama rentas jabatan di peringkat negeri, serta memainkan peranan lebih proaktif dalam membangunkan model pembangunan desa yang lebih efisien dan holistik. Untuk Belanjawan 2026, KKDW telah diperuntukkan sebanyak RM12.4 bilion, di mana RM7.788 bilion khusus untuk pembangunan desa. Ini termasuk RM2.5 bilion bagi pembinaan dan pembaikan jalan perhubungan desa serta RM700 juta bagi bekalan air bersih dan elektrik termasuk pemasangan solar di kawasan pedalaman. Pelaburan ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk menjamin kemajuan yang seimbang dan menyeluruh. KKDW juga akan terus memperkukuh pendidikan awal melalui pembinaan enam Taska dan Tabika KEMAS baharu serta pembekalan Smart TV kepada 10,800 kelas KEMAS di seluruh negara. Bagi pemerkasaan ekonomi desa, Kerajaan telah memperuntukkan RM150 juta bagi menyokong syarikat pemula strategik dan menaik taraf 365 premis MARA. Turut dipersetujui dalam mesyuarat kali ini adalah penggunaan Sistem e-Penghulu Negeri Perak akan diperluas ke seluruh negara bagi memperkemas tadbir urus di peringkat akar umbi. Ini merupakan satu langkah strategik ke arah digitalisasi pentadbiran luar bandar. Insya-Allah, dapatan dan cadangan dasar daripada MEXCLUB ke-60 ini akan menjadi input utama kepada Pelan Strategik KKDW 2026โ€“2030 yang bakal dilancarkan Februari depan. Dengan kesepaduan antara Persekutuan dan Negeri, saya yakin pembangunan luar bandar dapat digerakkan dengan lebih tersusun, berfokus dan berimpak tinggi demi kesejahteraan seluruh masyarakat desa yang kita santuni. #MEXCLUB #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1HgqE4aoJn/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DSUVOg6EiI-/?igsh=ZjByM25iYTJ6b3o4 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000845939242643483?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSUVZBVj0qg?xmt=AQF0es0N0yWDr7UZw_edJSdI0l0K0JcMWkPoilRCVNZ2RQWIyUg2PD4JrTgYj8U81-WIe91V&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Ÿ“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐‡๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ & ๐’๐ข๐ฆ๐Ÿ๐จ๐ง๐ข ๐ƒ๐š๐ค๐ฐ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š Insya-Allah, dalam beberapa hari lagi Masjid Tuminah Hamidi akan menjadi tuan rumah bagi Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara. Saya menjemput orang ramai, khususnya warga Bagan Datuk, Perak dan kawasan sekitar untuk hadir bersama-sama mengimarahkan majlis ini. Butiran program: ๐Ÿ“… Ahad, 21 Disember 2025 โฐ 11.00 pagi โ€“ 4.30 petang ๐Ÿ“ Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Simpan tarikh ini dalam kalendar anda. Insya-Allah, jumpa anda semua di sana nanti. โ€œ๐‘Š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐‘„๐‘ข๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘–, ๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘–๐‘›๐‘Ž ๐บ๐‘’๐‘›๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘–โ€ #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1CvjMwUbz4/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DST9MnBEnnw/?igsh=Z21tcWlmMzV2M3Y0 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000793078526070928?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DST9OP2j5N0?xmt=AQF0a6rSnf2ql_8GLmrMiB7DjKr_beuUtzufFwb41TUgpLJ4NzBIpN83H3uoyvYsjzjbBrrX&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐…๐ซ๐š๐ง๐œ๐ก๐ข๐ฌ๐ž ๐€๐ฐ๐š๐ซ๐๐ฌ ๐๐ข๐ ๐ก๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐š๐Ÿ ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐…๐ซ๐š๐ง๐œ๐š๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š Industri francais hari ini telah berkembang menjadi antara pemacu utama ekonomi moden Malaysia. Ia membuka peluang keusahawanan yang lebih tersusun, menyokong puluhan ribu pekerjaan dan membina mobiliti sosial rakyat melalui model perniagaan yang berdaya tahan dan berdisiplin. Malam tadi, saya berkesempatan menghadiri Malaysia Franchise Awards Night 2025 untuk menghargai sumbangan para usahawan francais, pemain industri serta institusi yang selama ini konsisten memperkukuh ekosistem francais negara. Kejayaan yang diraikan ini mencerminkan keyakinan terhadap jenama tempatan yang semakin matang dan bersedia bersaing di peringkat antarabangsa. Dengan lebih 2,060 perniagaan francais berdaftar di seluruh negara, sektor ini terus menunjukkan pertumbuhan yang meyakinkan walaupun berdepan cabaran kos dan persaingan global. Saya percaya, francais merupakan platform strategik untuk membawa jenama Malaysia menembusi pasaran serantau dan global, selari dengan sasaran RM100 bilion jualan menjelang 2030. Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima anugerah pada malam tadi. Terima kasih juga kepada Malaysian Franchise Association, PERNAS dan KUSKOP atas peranan berterusan dalam membina industri yang kukuh dan berdaya saing. Insya-Allah, Kerajaan akan terus menyokong industri francais sebagai antara pemangkin utama ekonomi dan masa depan keusahawanan negara. #MFA2025 #FranchiseAwards #PerniagaanFrancais #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1D3DUcqCsi/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DSTh9thEj6a/?img_index=5&igsh=bHl4ejBrb3Q5eTUz ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000732702438498405?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSThw53j9HG?xmt=AQF0BRiboTAt1sqAZgYfRAT5kLLNC5JI1BUsgNeP0hqI6Tpry5f08-Hjpm675VnDs1tGD7o&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐ž๐ง๐œ๐š๐๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฎ๐›๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐€๐’๐„๐€๐ ๐‘๐ฎ๐ซ๐š๐ฅ ๐ƒ๐ž๐ฏ๐ž๐ฅ๐จ๐ฉ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ & ๐ˆ๐ง๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐‚๐จ๐ฎ๐ง๐œ๐ข๐ฅ (๐€๐‘๐ƒ๐ˆ๐‚) Semasa menyampaikan Kenyataan Menteri di AMRDPE baru-baru ini, saya telah menyatakan komitmen Malaysia untuk memperkukuh kerjasama serantau demi memastikan komuniti luar bandar ASEAN menikmati peluang dan daya tahan yang setara. Justeru, Malaysia telah mencadangkan penubuhan ASEAN Rural Development & Innovation Council (ARDIC) sebagai platform bersama bagi menyelaras dasar, berkongsi kepakaran dan memacu inovasi demi masa depan desa yang lebih makmur di seluruh rantau. #AMRDPE #ASEAN #ARDIC #RuralDevelopment #KKDW #PejuangDESA #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSPf3At7U/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DSSOlq9Ej68/?igsh=MWExaWk0eWc5cGpwdQ== ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/r/1AT8mNW1UG/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐”๐ง๐ข๐Š๐‹ ๐๐Œ๐ˆ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐“๐•๐„๐“ ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข Saya telah mengadakan lawatan kerja ke UniKL British Malaysian Institute (BMI) untuk meninjau sendiri fasiliti latihan serta inisiatif TVET berteknologi tinggi yang sedang digerakkan di kampus ini. Alhamdulillah, saya bangga melihat komitmen UniKL BMI dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang elektrik, elektronik, semikonduktor, telekomunikasi dan bioperubatan elektronik. Dengan kadar kebolehpasaran graduan yang mencapai 97.2% pada tahun lalu, jelas sekali model latihan berpaksikan industri di sini sedang membuahkan hasil. Bersempena dengan lawatan ini juga, saya turut merasmikan Sustainable Energy Living Lab (SELL), bangunan net-zero/energy-plus pertama di Malaysia yang menjadi pusat latihan penting dalam teknologi tenaga boleh diperbaharui dan tenaga pintar di mana ianya selari dengan hala tuju negara ke arah peralihan tenaga masa depan. Apa yang saya lihat di UniKL BMI hari ini menambahkan lagi keyakinan saya bahawa TVET Malaysia sedang berada di landasan yang tepat untuk menghasilkan tenaga kerja kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan industri global. Insya-Allah, saya akan terus memantau perkembangan institusi TVET di seluruh negara agar ekosistem TVET Malaysia terus diperkukuh demi masa depan anak-anak kita. #UniKL #UniKLBMI #MARA #KKDW #TVET #TVETMalaysia #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17YuqfCGWs/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DSRygt6khKh/?igsh=MWRnNDI4eWlhdmlraA== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000488229108322587?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSRyuUfj03A?xmt=AQF07DLF6QDXsJ8tNfOD0YST-uAb3aaMrlUVme4NzRApp392OtCvEGQKqI7fjjOg5odFnPI&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‡๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ & ๐’๐ข๐ฆ๐Ÿ๐จ๐ง๐ข ๐ƒ๐š๐ค๐ฐ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š Saya menjemput orang ramai, khususnya warga Bagan Datuk dan kawasan sekitar untuk bersama-sama memeriahkan Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Majlis ini akan diserikan dengan pengisian istimewa bersama penceramah jemputan, Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara yang insya-Allah akan menyuburkan iman serta memperteguh semangat dakwah dalam kehidupan seharian. Jemput hadir beramai-ramai seperti ketetapan berikut: ๐Ÿ“… Ahad, 21 Disember 2025 โฐ 11.00 pagi โ€“ 4.30 petang ๐Ÿ“ Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Antara pengisian menarik yang menanti anda: โœ… Ceramah agama oleh Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara โœ… Pameran kesenian al-Quran oleh Nasyrul Quran โœ… Qasidah dan selawat oleh Kumpulan Qasidah Soutul Mustafa โœ… Eksplorasi TVET Tahfiz oleh MTVET โœ… Jualan food truck dengan pelbagai pilihan juadah โœ… Pengisian rohani yang sesuai untuk seisi keluarga Tema Pakaian โ€ขโ  โ Lelaki: Baju Melayu / Jubah Putih โ€ขโ  โ Wanita: Jubah Hitam Semoga kehadiran kita semua menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan Allah SWT. Insya-Allah, jumpa anda di sana. โ€œ๐‘Š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐‘„๐‘ข๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘–, ๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘–๐‘›๐‘Ž ๐บ๐‘’๐‘›๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘–โ€ #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/14PHFkShqka/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DSRit1zkk8t/?igsh=OHA2dXEzN2o1cWcz ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000453348353515843?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSRizyZDyZX?xmt=AQF03ufyYPfbWxtE8PlU9mmZpLOI0RK8hsDrgquG74vJDqEI3vJPFIxNpa-PYnO2v_1w_8Eq&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š Malam tadi, saya telah menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kali Ke-46 di World Trade Centre Kuala Lumpur. Dalam pertemuan bersama para pemain industri ini, saya telah menegaskan keperluan pelaksanaan saringan yang lebih tersusun terhadap kontraktor agar hanya mereka yang benar-benar aktif dan berkeupayaan terus diberi ruang dalam sektor pembinaan negara. Langkah ini adalah bagi mengelakkan persaingan tidak sihat yang akhirnya merugikan kontraktor sebenar dan menjejaskan kelangsungan industri secara keseluruhan. Saya juga menekankan bahawa kepercayaan terhadap sistem dan kementerian perlu diperkukuh supaya pelaksanaan projek dapat berjalan dengan lancar. Isu kelewatan projek harus dilihat secara adil dan menyeluruh, termasuk faktor pembayaran yang tertangguh, kerana kontraktor tidak mungkin dapat meneruskan kerja tanpa aliran peruntukan yang teratur. Kerajaan komited untuk memastikan ekosistem industri pembinaan yang lebih telus, berdaya saing dan mampan. Insya-Allah, melalui kerjasama erat antara Kerajaan, persatuan dan pemain industri, sektor pembinaan negara dapat terus diperkasa sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan rakyat. #PKMM #IndustriPembinaan #KontraktorMalaysia #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/16nLMX7Gff/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DSQ5glaEllC/?igsh=YWlzaG94eGx0aGM1 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000362760170033295?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSQ5kGgkrE_?xmt=AQF07UAxK9KpWmMtoYwIw5N1oSYFzmCWTiRwgLiMjPWTndx2v7esX8BeDiizN5zx0NCymWlO&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel