ar
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

الذهاب إلى القناة على Telegram

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
364
المشتركون
+224 ساعات
+37 أيام
+230 أيام
أرشيف المشاركات
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳, 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐞𝐭𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐔𝐫𝐮𝐬 Saya memandang serius serta melahirkan kekesalan yang mendalam terhadap insiden-insiden yang tular baru-baru ini melibatkan keganasan terhadap pelajar institusi pendidikan agama, termasuk kejadian di Sabah dan rakaman penderaan fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz. Kerajaan menegaskan bahawa sebarang bentuk kekerasan, penderaan atau layanan yang mencabul maruah kanak-kanak adalah tidak boleh diterima sama sekali, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku dalam institusi yang sepatutnya menjadi medan pembinaan akhlak, ihsan dan kasih sayang. Perbuatan sedemikian bukan sahaja mencederakan mangsa, malah mencemar nama baik pendidikan Islam dan institusi tahfiz yang selama ini menjadi benteng pembentukan sahsiah ummah. Sehubungan itu, saya berharap tindakan undang-undang diambil secara segera dan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah, selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada, demi menegakkan keadilan dan mencegah kejadian seumpama ini daripada berulang. Walaubagaimanapun, saya menegaskan bahawa insiden terpencil ini tidak mewakili keseluruhan ekosistem pendidikan tahfiz negara. Majoriti institusi tahfiz, guru dan para asatizah telah melaksanakan amanah mendidik para pelajar dengan penuh dedikasi, hikmah dan tanggungjawab. Bagi memperkukuh perlindungan pelajar serta tadbir urus institusi tahfiz secara menyeluruh, kerajaan sedang mempergiat usaha ke arah pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0, yang dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun hadapan. Dasar ini akan memberi tumpuan antaranya kepada penguatkuasaan pematuhan undang-undang; pemantapan kurikulum dan model Pendidikan Tahfiz Kebangsaan; pemerkasaan modal insan dan tadbir urus institusi; peluasan laluan pendidikan serta kebolehpasaran huffaz. Dalam masa yang sama, bersempena Himpunan Huffaz 2025 dan Simfoni Dakwah Nusantara yang akan berlangsung pada 21 Disember 2025 di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan, Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) akan dilancarkan sebagai mekanisme penting untuk menyeragamkan standard kualiti institusi tahfiz, meliputi aspek tadbir urus, kebajikan pelajar, kualiti pengajaran, prasarana serta pematuhan perundangan, bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, berdisiplin dan berakhlak. Saya yakin langkah-langkah bersepadu ini akan menjadi asas kukuh dalam memulihkan keyakinan masyarakat, memperkasa institusi tahfiz secara berhemah serta memastikan pendidikan al-Quran terus berkembang dalam kerangka yang berperikemanusiaan, berperaturan dan berteraskan nilai rahmah. Moga ikhtiar ini menjadi asbab institusi tahfiz terus dimartabatkan sebagai medan melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan dihormati, seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan ummah dan pembangunan negara. #StandardPengiktirafanTahfizMalaysia #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran 📱FB: https://www.facebook.com/share/1aSFn9r8N5/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DScIL4DEjh3/?igsh=Zmt5c2g2N2JsYzRn 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001943161737027598?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DScIN8cj2EL?xmt=AQF0VA1BHS4FU-2mB4hs6xzGNYBhBIUwSaxEnQe1DHTuza6YiAVA05jsWqDyUU9KFV26mj8&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐒𝐢𝐦𝐟𝐨𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 Insya-Allah, berbaki dua hari sahaja lagi, Masjid Tuminah Hamidi akan menghimpunkan para pencinta al-Quran dalam Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara, dengan pengisian istimewa bersama Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara. Saya mengalu-alukan kehadiran seluruh masyarakat untuk bersama-sama keluarga dan sahabat handai memanfaatkan majlis ilmu ini seperti ketetapan berikut: 📅 Ahad, 21 Disember 2025 ⏰ 11.00 pagi – 4.30 petang 📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Semoga pertemuan ini menjadi medan menyuburkan cinta terhadap al-Quran. Insya-Allah, kita bertemu di sana. “𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛𝑖, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑎𝑛𝑖” #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSPCcJL6Y/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DSbeVIHEuyD/?igsh=MTIwMnpjbDB1b3Yybw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1GpmqqV9yt/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝟐 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐒𝐢𝐦𝐟𝐨𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 Antara pengisian menarik yang menanti anda: ✅ Ceramah agama oleh Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara ✅ Pameran kesenian al-Quran oleh Nasyrul Quran ✅ Qasidah dan selawat oleh Kumpulan Qasidah Soutul Mustafa ✅ Eksplorasi TVET Tahfiz oleh MTVET ✅ Jualan food truck dengan pelbagai pilihan juadah ✅ Pengisian rohani yang sesuai untuk seisi keluarga Semua dijemput hadir seperti ketetapan berikut: 📅 Ahad, 21 Disember 2025 ⏰ 11.00 pagi – 4.30 petang 📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Simpan tarikh ini dalam kalendar anda. Insya-Allah, kita jumpa di sana nanti. “𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛𝑖, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑎𝑛𝑖” #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Ca2exuCxe/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSbQG4xEqFS/?igsh=ZDFvZml6ZHNudGpm 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001819833009340772?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSbQIpvj_bU?xmt=AQF0CrrqWIRMXziHSJ9QbOm94DslYUHj2i7t28qNRa56UY3AdR0p1b17m-XYKyaFUilDiYlH&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Ketika meninjau keadaan banjir di sekitar UNIPSAS petang tadi, saya sempat singgah seketika di sebuah ‘food truck’ yang sedang menyediakan makanan. Sempat saya bersembang dan menyantuni mereka yang berada di kawasan ini. Sempatlah juga masak nasi goreng ya, walaupun masih tak boleh lawan Dr. Ahmad Maslan. Namun di sebalik momen ini, hati saya benar-benar tersentuh. Dalam keadaan kawasan sekeliling yang dilanda banjir, masih ada rakyat yang cekal dan saling membantu dengan cara dan kemampuan mereka sendiri. Saya mendoakan semoga Allah SWT melindungi mereka, mempermudahkan urusan semua yang terjejas dan menggantikan setiap kesukaran dengan kebaikan yang lebih besar. Insya-Allah. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1MzwDE1Nha/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSZ6R03En2k/?igsh=cmNyZGlqdmtnZWV6 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001631096598073440?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSZ6TdjD6Bn?xmt=AQF0OSGvYJVXqugUNhhs6Bf9MGJ6lY41S_Q_w--pZpwrbOSvUNSI9E7OmJGghF25tyU6mI2B&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮 𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐊𝐮𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 Petang ini, saya turun ke Kuantan, Pahang bagi memantau secara langsung situasi banjir yang sedang melanda negeri ini. Antara lokasi yang sempat saya lawati termasuk kawasan Sri Damai dengan menaiki lori MAN TGM 5 tan, memandangkan paras air yang tinggi telah menenggelami sebahagian laluan utama dan menyukarkan pergerakan kenderaan biasa. Saya kemudiannya meneruskan pemantauan ke kawasan sekitar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) menggunakan bot Sealegs Amphibious bagi membolehkan saya meninjau sendiri kawasan yang dinaiki air, sebelum singgah melihat keadaan di sekitar Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Saya turut melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Paya Besar. Ketika lawatan ini, seramai 640 keluarga dengan keseluruhan 1,484 mangsa sedang ditempatkan di PPS tersebut. Kecekalan dan semangat saling membantu yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat benar-benar menyentuh hati saya. Setiap lokasi yang dilawati memberikan gambaran jelas tentang cabaran yang sedang dihadapi oleh penduduk setempat dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini. Sehingga jam 7 petang tadi, Pahang merekodkan tujuh daerah terjejas banjir dengan 79 Pusat Pemindahan Sementara dibuka, melibatkan 3,983 keluarga dan seramai 12,053 mangsa. Saya mendoakan agar semua mangsa diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah, langkah kesiapsiagaan awal yang telah digerakkan oleh semua agensi berkaitan, termasuk pembukaan PPS lebih awal, penempatan aset dan koordinasi antara agensi, telah membantu memastikan proses pemindahan serta pengurusan mangsa banjir dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan terkawal. Insya-Allah, Kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa serta memastikan bantuan dan sokongan disalurkan dengan sebaiknya demi keselamatan dan kebajikan rakyat. #SituasiBanjir #NADMA #Kuantan #Pahang #KesiapsiagaanBencana 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1GDds6pQ8m/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSZ0A13kvDi/?igsh=empxaWRnb2lwaHpy 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001617467492438431?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSZ0VTXj2KW?xmt=AQF09z-oT8flFGKZXY9P2y4VcZOYZmakQI0MmYpL41ExsiDuCTqUwItspkHayWI44KqVpx7Z&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐨𝐧𝐯𝐨𝐤𝐞𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐔𝐏𝐓𝐌 𝐊𝐞-𝟑: 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐨𝐝𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Sejak lebih lima dekad lalu, MARA telah berdiri teguh dengan satu keyakinan yang tidak pernah berubah iaitu pendidikan adalah tangga utama mobiliti sosial dan pemangkin masa depan bangsa. Daripada legasi itulah lahirnya Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), sebuah institusi yang dibina untuk menjawab tuntutan zaman dan realiti masa hadapan. Pagi tadi, saya berbesar hati menyempurnakan Majlis Konvokesyen UPTM ke-3 bagi Sidang Pertama di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur, meraikan kejayaan 2,075 graduan yang melangkah keluar dengan amanah untuk menyumbang kepada negara. Alhamdulillah, saya melihat UPTM kini sedang berada di landasan yang tepat. Pelancaran program Sarjana Muda Kecerdasan Buatan (AI), pensijilan profesional bagi sebahagian besar program, status Platinum ACCA serta kadar kebolehpasaran graduan mencecah 93.4% berbanding 91.5% pada tahun sebelumnya membuktikan pendekatan 𝑎𝑝𝑝𝑙𝑖𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑑 𝑖𝑛𝑑𝑢𝑠𝑡𝑟𝑦-𝑟𝑒𝑎𝑑𝑦 ini benar-benar hidup dalam DNA UPTM. Kepada para graduan, hari ini bukanlah penamat sebuah perjalanan, tetapi permulaan amanah baharu. Bawalah nilai 𝑇𝑟𝑢𝑠𝑡𝑒𝑑, 𝐶𝑎𝑟𝑖𝑛𝑔, 𝑅𝑒𝑠𝑖𝑙𝑖𝑒𝑛𝑡 dan 𝑅𝑒𝑠𝑝𝑒𝑐𝑡𝑒𝑑 ke mana jua anda melangkah. Gunakan ilmu untuk memberi manfaat, kerana kejayaan sebenar diukur pada sumbangan kita kepada masyarakat dan negara. Insya-Allah. #UPTM #MARA #KonvoUPTM03 #AmazingUPTM 📱FB: https://www.facebook.com/share/17kS3zjx3T/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSZUhNWEupd/?img_index=9&igsh=YjNuanFqaWZ3eGUy 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001548116743590002?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSZUqExj7Ss?xmt=AQF01WI5z44O1msTt7VIQsdN1vjCGfJHN2otVSIXvyV5q9gKIq4GjWWqLnHhKJS_qzoQwCA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐄𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐃𝐞𝐤𝐚𝐝 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐅𝐄𝐋𝐂𝐑𝐀, 𝐊𝐏𝐅𝐁 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐂𝐚𝐭𝐚𝐭 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB) merupakan sebuah koperasi yang telah melalui perjalanan panjang lebih empat dekad bersama peserta FELCRA di seluruh negara. Bermula sebagai gerakan berteraskan kebajikan, KPFB hari ini tampil sebagai koperasi matang yang diurus secara profesional dan berupaya menjana pulangan sebenar kepada ahlinya. Malam tadi, saya berkesempatan hadir menyempurnakan Majlis Makan Malam Mesyuarat Agung Perwakilan KPFB Kali Ke-43 sebagai penghargaan kepada kepimpinan, para perwakilan dan seluruh warga koperasi yang terus konsisten menggalas amanah membangunkan ekonomi peserta FELCRA. Alhamdulillah, berlandaskan prestasi kewangan yang stabil serta pengurusan yang berkesan, saya telah mengumumkan bahawa dividen berasaskan operasi KPFB bagi tahun kewangan 2025 ditetapkan pada kadar 15%. Ini merupakan bukti bahawa koperasi yang diurus dengan baik mampu memberikan pulangan yang adil dan mampan kepada ahlinya. Saya mendoakan semoga KPFB terus melangkah lebih jauh sebagai pemacu ekonomi koperasi peserta FELCRA serta mampu menjadi contoh kepada gerakan koperasi di Malaysia, insya-Allah. #KPFB #FELCRA #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1AUP2SnvYe/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSYzyiKEv4S/?igsh=M2JkM2N0ajFvbTNk 📱X: https://x.com/i/status/2001473761502204004 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSYzIV0jwyk?xmt=AQF0fYKrJP76A4xcbdHtxF6rC-EjE8pLF1hhegHk5gMrm953touUNiQzDHPlYmNFyVVRMn2A&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝟑 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐒𝐢𝐦𝐟𝐨𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 Insya-Allah, tiga hari sahaja lagi, Masjid Tuminah Hamidi akan menjadi saksi pertemuan para pencinta al-Quran dalam Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara, yang turut akan diserikan dengan pengisian istimewa bersama Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara. Saya menjemput seluruh masyarakat untuk hadir bersama keluarga dan sahabat handai bagi menghayati majlis ilmu ini seperti ketetapan berikut: 📅 Ahad, 21 Disember 2025 ⏰ 11.00 pagi – 4.30 petang 📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Simpan tarikh ini dalam kalendar anda. Insya-Allah, kita jumpa di sana nanti. “𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛𝑖, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑎𝑛𝑖” #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Df4TMEqG3/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSYrdWkEnPS/?igsh=Z2w0ajBzZWM4azY4 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001457838573724065?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSYrwTzj28F?xmt=AQF0iY25E6TE0KJdvfLDb-WhXrI3sqWs6qpdiItgU-f9E2l5KhTGKpq1Da9f9dgEkvUFX6Q&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐣𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧: 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐫𝐰𝐚𝐬𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐭𝐮𝐡𝐢 𝐀𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 Sehingga hari ini, negara masih berdepan situasi cuaca tidak menentu susulan Monsun Timur Laut yang sedang melanda, khususnya di beberapa negeri Pantai Timur. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan dan perkembangan ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh membahayakan keselamatan diri dan keluarga. Jangan ambil mudah risiko banjir, elakkan meredah air deras dan pastikan aspek keselamatan diutamakan. Dapatkan maklumat terkini hanya melalui saluran rasmi seperti MET Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Dalam masa yang sama, saya ingin mengingatkan para ibu bapa agar memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak, lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah yang akan bermula. Pastikan anak-anak tidak bermain di kawasan berisiko seperti sungai, parit, longkang besar atau kawasan yang dinaiki air, kerana kelalaian kecil boleh mengundang tragedi besar. Kepada calon-calon SPM yang masih menduduki baki peperiksaan sehingga 23 Disember ini, saya doakan agar kalian terus fokus dan menjaga keselamatan diri. Ibu bapa digalakkan merancang pergerakan anak-anak dengan teliti sekiranya perlu keluar rumah, terutamanya di kawasan yang terjejas banjir. Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Insya-Allah, dengan sikap berhati-hati, keprihatinan dan kerjasama semua pihak, kita dapat mengharungi musim ini dengan lebih selamat. Sumber: Malaysian Meteorological Department #SituasiBanjir #KesiapsiagaanBencana 📱FB: https://www.facebook.com/share/1A9Zt9ZKxN/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSXMVr9Es5Y/?igsh=dG1mZmZxbWkwdWY5 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001248571434115444?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSXMWq_D5cU?xmt=AQF0rDSg4bSscgCV5wIJHAzchYz9s7FHxPzlzmeSUxJvJfm3pbt0oE5y47MOZW7haMhzCVMr&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 Saya kongsikan momen lawatan ke UniKL British Malaysian Institute (BMI) bagi meninjau inisiatif TVET berteknologi tinggi yang selari dengan keperluan industri semasa. Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan untuk melahirkan tenaga mahir yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. Insya-Allah. #UniKLBMI #TVETMalaysia #MADANIBekerja 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSPuRwH9a/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DSWONmyEpAg/?igsh=dm05eXNoMG01Ym5i 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1GHfdAzz4m/ 📱YouTube: https://youtu.be/_vbF8qOPhtk?si=5WSZ3ldPHF3zbrRS 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝟒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐒𝐢𝐦𝐟𝐨𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 Salah satu tarikan utama Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara pada kali ini ialah Pameran Nasyrul Quran yang menampilkan keindahan dan kehalusan seni berteraskan kalam Ilahi. Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan sahabat handai untuk sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini pada: 📅 Ahad, 21 Disember 2025 ⏰ 11.00 pagi – 4.30 petang 📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Simpan tarikh ini dalam kalendar anda. Insya-Allah, kita bertemu di sana nanti. “𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛𝑖, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑎𝑛𝑖” #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1MP435pbSu/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSWGhIHEkD-/?igsh=MTdsdmh1MzhjaXRrNA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001095061728321698?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSWGlKmjzci?xmt=AQF0Wy2hCvDzyqXFla9_swk_ng1aU_jBhdIMT1hHZ5kFdzV2I-qeBsaSJw0FzFBeyCaNzmo&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Semoga Allah SWT mempermudahkan setiap urusan kami dalam memikul amanah serta melaksanakan tanggungjawab kepada negara dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah. #BarisanNasional #KerajaanMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17eFWoaeFh/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSU0JjKkoeY/?igsh=ZzRvZmFiZnRxeDMz 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000913955523584269?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSU0L2wD7Dy?xmt=AQF02BLwLgrKfO-GbjirLaNoNCQYri46nVHLFcjaFd5JgV54wTtxnJZKwSrkEoQf-yXJDuJv&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 & 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐠𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐚𝐛𝐢𝐧𝐞𝐭 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 Petang ini, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan penyusunan semula Kabinet Kerajaan MADANI sebagai langkah untuk terus memperkukuh tadbir urus, melancarkan pelaksanaan dasar serta memastikan keberkesanan Kerajaan dalam memenuhi keperluan rakyat dan masa depan negara. Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Jemaah Menteri yang baharu. Semoga amanah yang diterima ini dapat dipikul dengan penuh dedikasi demi kemajuan Malaysia. Khususnya, saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad atas pelantikan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi serta Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Juga diucapkan selamat bertugas kepada Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang kini menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada barisan Timbalan Menteri yang turut menerima amanah baharu. Tahniah kepada Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohamad Alamin sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, serta Dato’ Sri Abdul Rahman selaku Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Dikesempatan ini, setinggi penghargaan turut saya tujukan kepada para menteri yang telah menamatkan perkhidmatan mereka di Kementerian masing-masing. Sumbangan dan legasi yang ditinggalkan menjadi asas penting yang akan terus diperkukuh oleh kepimpinan baharu. Dalam Kerajaan, kesinambungan dasar dan semangat kebersamaan adalah kunci kerana matlamat kita tetap satu iaitu untuk membina sebuah negara yang lebih makmur, stabil dan sejahtera untuk semua rakyat Malaysia. Insya-Allah, dengan iltizam yang diperbaharui dan pasukan Kabinet yang diperkukuh, saya doakan agar kita dapat terus melangkah ke hadapan dan bersama memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1Bpu679KQY/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSUrkkjEhBY/?img_index=2&igsh=dXVseTg5cGRpd2Ru 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000895048263823423?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSUrmkpjwXX?xmt=AQF0a14Ln6jSC4iAZS4aNhles7WB-_ZNPRFSee0NVzQxXwKxKFSaCE5WkcAa6_HsZdA9Gyag&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐌𝐄𝐗𝐂𝐋𝐔𝐁 𝐤𝐞-𝟔𝟎 Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam agenda pembangunan desa merupakan kunci utama kepada kemajuan luar bandar yang benar-benar berkesan. Hanya melalui kesepakatan yang kukuh di kedua-dua peringkat, kita mampu memastikan setiap dasar, perancangan dan peruntukan diterjemah menjadi hasil yang memberi manfaat langsung kepada rakyat di desa. Justeru, dalam Mesyuarat Penyelarasan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) ke-60 di Ipoh hari ini, kami meneruskan usaha memperteguh sinergi ini dengan membina rangka kerja yang lebih tersusun, inklusif dan berpaksikan keperluan sebenar masyarakat luar bandar. Saya telah menegaskan bahawa pembangunan desa hari ini tidak lagi boleh terhad kepada kerangka tradisi semata-mata. Aspek seperti TVET, pendidikan awal, industri halal dan pengurusan bencana kini telah menjadi sebahagian penting dalam ekosistem luar bandar. Oleh itu, saya telah meminta Exco-Exco Luar Bandar untuk memperkukuh kerjasama rentas jabatan di peringkat negeri, serta memainkan peranan lebih proaktif dalam membangunkan model pembangunan desa yang lebih efisien dan holistik. Untuk Belanjawan 2026, KKDW telah diperuntukkan sebanyak RM12.4 bilion, di mana RM7.788 bilion khusus untuk pembangunan desa. Ini termasuk RM2.5 bilion bagi pembinaan dan pembaikan jalan perhubungan desa serta RM700 juta bagi bekalan air bersih dan elektrik termasuk pemasangan solar di kawasan pedalaman. Pelaburan ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk menjamin kemajuan yang seimbang dan menyeluruh. KKDW juga akan terus memperkukuh pendidikan awal melalui pembinaan enam Taska dan Tabika KEMAS baharu serta pembekalan Smart TV kepada 10,800 kelas KEMAS di seluruh negara. Bagi pemerkasaan ekonomi desa, Kerajaan telah memperuntukkan RM150 juta bagi menyokong syarikat pemula strategik dan menaik taraf 365 premis MARA. Turut dipersetujui dalam mesyuarat kali ini adalah penggunaan Sistem e-Penghulu Negeri Perak akan diperluas ke seluruh negara bagi memperkemas tadbir urus di peringkat akar umbi. Ini merupakan satu langkah strategik ke arah digitalisasi pentadbiran luar bandar. Insya-Allah, dapatan dan cadangan dasar daripada MEXCLUB ke-60 ini akan menjadi input utama kepada Pelan Strategik KKDW 2026–2030 yang bakal dilancarkan Februari depan. Dengan kesepaduan antara Persekutuan dan Negeri, saya yakin pembangunan luar bandar dapat digerakkan dengan lebih tersusun, berfokus dan berimpak tinggi demi kesejahteraan seluruh masyarakat desa yang kita santuni. #MEXCLUB #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/1HgqE4aoJn/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSUVOg6EiI-/?igsh=ZjByM25iYTJ6b3o4 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000845939242643483?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSUVZBVj0qg?xmt=AQF0es0N0yWDr7UZw_edJSdI0l0K0JcMWkPoilRCVNZ2RQWIyUg2PD4JrTgYj8U81-WIe91V&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝟓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐒𝐢𝐦𝐟𝐨𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 Insya-Allah, dalam beberapa hari lagi Masjid Tuminah Hamidi akan menjadi tuan rumah bagi Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara. Saya menjemput orang ramai, khususnya warga Bagan Datuk, Perak dan kawasan sekitar untuk hadir bersama-sama mengimarahkan majlis ini. Butiran program: 📅 Ahad, 21 Disember 2025 ⏰ 11.00 pagi – 4.30 petang 📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Simpan tarikh ini dalam kalendar anda. Insya-Allah, jumpa anda semua di sana nanti. “𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛𝑖, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑎𝑛𝑖” #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CvjMwUbz4/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DST9MnBEnnw/?igsh=Z21tcWlmMzV2M3Y0 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000793078526070928?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DST9OP2j5N0?xmt=AQF0a6rSnf2ql_8GLmrMiB7DjKr_beuUtzufFwb41TUgpLJ4NzBIpN83H3uoyvYsjzjbBrrX&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐅𝐫𝐚𝐧𝐜𝐡𝐢𝐬𝐞 𝐀𝐰𝐚𝐫𝐝𝐬 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐭𝐢𝐫𝐚𝐟 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐅𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐢𝐬 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Industri francais hari ini telah berkembang menjadi antara pemacu utama ekonomi moden Malaysia. Ia membuka peluang keusahawanan yang lebih tersusun, menyokong puluhan ribu pekerjaan dan membina mobiliti sosial rakyat melalui model perniagaan yang berdaya tahan dan berdisiplin. Malam tadi, saya berkesempatan menghadiri Malaysia Franchise Awards Night 2025 untuk menghargai sumbangan para usahawan francais, pemain industri serta institusi yang selama ini konsisten memperkukuh ekosistem francais negara. Kejayaan yang diraikan ini mencerminkan keyakinan terhadap jenama tempatan yang semakin matang dan bersedia bersaing di peringkat antarabangsa. Dengan lebih 2,060 perniagaan francais berdaftar di seluruh negara, sektor ini terus menunjukkan pertumbuhan yang meyakinkan walaupun berdepan cabaran kos dan persaingan global. Saya percaya, francais merupakan platform strategik untuk membawa jenama Malaysia menembusi pasaran serantau dan global, selari dengan sasaran RM100 bilion jualan menjelang 2030. Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima anugerah pada malam tadi. Terima kasih juga kepada Malaysian Franchise Association, PERNAS dan KUSKOP atas peranan berterusan dalam membina industri yang kukuh dan berdaya saing. Insya-Allah, Kerajaan akan terus menyokong industri francais sebagai antara pemangkin utama ekonomi dan masa depan keusahawanan negara. #MFA2025 #FranchiseAwards #PerniagaanFrancais #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1D3DUcqCsi/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSTh9thEj6a/?img_index=5&igsh=bHl4ejBrb3Q5eTUz 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000732702438498405?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSThw53j9HG?xmt=AQF0BRiboTAt1sqAZgYfRAT5kLLNC5JI1BUsgNeP0hqI6Tpry5f08-Hjpm675VnDs1tGD7o&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐑𝐮𝐫𝐚𝐥 𝐃𝐞𝐯𝐞𝐥𝐨𝐩𝐦𝐞𝐧𝐭 & 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐂𝐨𝐮𝐧𝐜𝐢𝐥 (𝐀𝐑𝐃𝐈𝐂) Semasa menyampaikan Kenyataan Menteri di AMRDPE baru-baru ini, saya telah menyatakan komitmen Malaysia untuk memperkukuh kerjasama serantau demi memastikan komuniti luar bandar ASEAN menikmati peluang dan daya tahan yang setara. Justeru, Malaysia telah mencadangkan penubuhan ASEAN Rural Development & Innovation Council (ARDIC) sebagai platform bersama bagi menyelaras dasar, berkongsi kepakaran dan memacu inovasi demi masa depan desa yang lebih makmur di seluruh rantau. #AMRDPE #ASEAN #ARDIC #RuralDevelopment #KKDW #PejuangDESA #MADANIBekerja 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSPf3At7U/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DSSOlq9Ej68/?igsh=MWExaWk0eWc5cGpwdQ== 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1AT8mNW1UG/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐔𝐧𝐢𝐊𝐋 𝐁𝐌𝐈 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 Saya telah mengadakan lawatan kerja ke UniKL British Malaysian Institute (BMI) untuk meninjau sendiri fasiliti latihan serta inisiatif TVET berteknologi tinggi yang sedang digerakkan di kampus ini. Alhamdulillah, saya bangga melihat komitmen UniKL BMI dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang elektrik, elektronik, semikonduktor, telekomunikasi dan bioperubatan elektronik. Dengan kadar kebolehpasaran graduan yang mencapai 97.2% pada tahun lalu, jelas sekali model latihan berpaksikan industri di sini sedang membuahkan hasil. Bersempena dengan lawatan ini juga, saya turut merasmikan Sustainable Energy Living Lab (SELL), bangunan net-zero/energy-plus pertama di Malaysia yang menjadi pusat latihan penting dalam teknologi tenaga boleh diperbaharui dan tenaga pintar di mana ianya selari dengan hala tuju negara ke arah peralihan tenaga masa depan. Apa yang saya lihat di UniKL BMI hari ini menambahkan lagi keyakinan saya bahawa TVET Malaysia sedang berada di landasan yang tepat untuk menghasilkan tenaga kerja kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan industri global. Insya-Allah, saya akan terus memantau perkembangan institusi TVET di seluruh negara agar ekosistem TVET Malaysia terus diperkukuh demi masa depan anak-anak kita. #UniKL #UniKLBMI #MARA #KKDW #TVET #TVETMalaysia #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17YuqfCGWs/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSRygt6khKh/?igsh=MWRnNDI4eWlhdmlraA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000488229108322587?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSRyuUfj03A?xmt=AQF07DLF6QDXsJ8tNfOD0YST-uAb3aaMrlUVme4NzRApp392OtCvEGQKqI7fjjOg5odFnPI&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐒𝐢𝐦𝐟𝐨𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 Saya menjemput orang ramai, khususnya warga Bagan Datuk dan kawasan sekitar untuk bersama-sama memeriahkan Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Majlis ini akan diserikan dengan pengisian istimewa bersama penceramah jemputan, Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara yang insya-Allah akan menyuburkan iman serta memperteguh semangat dakwah dalam kehidupan seharian. Jemput hadir beramai-ramai seperti ketetapan berikut: 📅 Ahad, 21 Disember 2025 ⏰ 11.00 pagi – 4.30 petang 📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Antara pengisian menarik yang menanti anda: ✅ Ceramah agama oleh Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara ✅ Pameran kesenian al-Quran oleh Nasyrul Quran ✅ Qasidah dan selawat oleh Kumpulan Qasidah Soutul Mustafa ✅ Eksplorasi TVET Tahfiz oleh MTVET ✅ Jualan food truck dengan pelbagai pilihan juadah ✅ Pengisian rohani yang sesuai untuk seisi keluarga Tema Pakaian •⁠ ⁠Lelaki: Baju Melayu / Jubah Putih •⁠ ⁠Wanita: Jubah Hitam Semoga kehadiran kita semua menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan Allah SWT. Insya-Allah, jumpa anda di sana. “𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛𝑖, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑎𝑛𝑖” #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk 📱FB: https://www.facebook.com/share/14PHFkShqka/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSRit1zkk8t/?igsh=OHA2dXEzN2o1cWcz 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000453348353515843?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSRizyZDyZX?xmt=AQF03ufyYPfbWxtE8PlU9mmZpLOI0RK8hsDrgquG74vJDqEI3vJPFIxNpa-PYnO2v_1w_8Eq&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Malam tadi, saya telah menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kali Ke-46 di World Trade Centre Kuala Lumpur. Dalam pertemuan bersama para pemain industri ini, saya telah menegaskan keperluan pelaksanaan saringan yang lebih tersusun terhadap kontraktor agar hanya mereka yang benar-benar aktif dan berkeupayaan terus diberi ruang dalam sektor pembinaan negara. Langkah ini adalah bagi mengelakkan persaingan tidak sihat yang akhirnya merugikan kontraktor sebenar dan menjejaskan kelangsungan industri secara keseluruhan. Saya juga menekankan bahawa kepercayaan terhadap sistem dan kementerian perlu diperkukuh supaya pelaksanaan projek dapat berjalan dengan lancar. Isu kelewatan projek harus dilihat secara adil dan menyeluruh, termasuk faktor pembayaran yang tertangguh, kerana kontraktor tidak mungkin dapat meneruskan kerja tanpa aliran peruntukan yang teratur. Kerajaan komited untuk memastikan ekosistem industri pembinaan yang lebih telus, berdaya saing dan mampan. Insya-Allah, melalui kerjasama erat antara Kerajaan, persatuan dan pemain industri, sektor pembinaan negara dapat terus diperkasa sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan rakyat. #PKMM #IndustriPembinaan #KontraktorMalaysia #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16nLMX7Gff/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSQ5glaEllC/?igsh=YWlzaG94eGx0aGM1 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000362760170033295?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSQ5kGgkrE_?xmt=AQF07UAxK9KpWmMtoYwIw5N1oSYFzmCWTiRwgLiMjPWTndx2v7esX8BeDiizN5zx0NCymWlO&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel