Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kanalga Telegramโda oโtish
Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
364
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kunlar
Ma'lumot yo'q30 kunlar
Postlar arxiv
๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง ๐๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ค๐
Saya kongsikan momen ketika berada di Melaka dalam Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Iftar Jamaie Mega bersama masyarakat setempat dalam suasana penuh kebersamaan dan keprihatinan.
Alhamdulillah, saya juga berkesempatan menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama masyarakat setempat serta para pelajar tahfiz Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka. Mudah-mudahan Ramadan kali ini terus kita hidupkan dengan ibadah, ukhuwah dan keberkatan.
#SantunanKasihRamadan
#Melaka
#PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSuNg8C2u/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DVlfeZ-S8-m/?igsh=NHV4Y2FmZndvMHAx
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1Ajs7ZRtU4/
๐ฑYouTube:
https://youtu.be/hwKmxZxCFT4?si=kr0dwAfgFNjGTXyR
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ค
Saya mengakhiri program di Bagan Datuk dengan Majlis Santunan Kasih Ramadan, berbuka puasa bersama masyarakat setempat, anak-anak tahfiz dan pelajar-pelajar dari Kolej FELCRA Seberang Perak.
Dalam majlis ini turut diumumkan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta-Peserta FELCRA Berhad Malaysia Tahun 2025 berjumlah RM302,912,987.00.
Tahniah saya ucapkan kepada FELCRA Berhad dan seluruh peserta. Semoga ia menjadi suntikan semangat untuk terus meningkatkan usaha dan memperkukuh ekonomi komuniti luar bandar.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada FELCRA Berhad selaku agensi pelaksana serta seluruh masyarakat Bagan Datuk yang hadir memeriahkan program hari ini.
Moga Ramadan ini terus membawa keberkatan dan mengeratkan lagi kebersamaan kita semua, insya-Allah.
#FELCRA #KKDW
#BaganDatuk
#Ramadan1447H
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1DEVW248R1/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DVlb--OEv_6/?igsh=MTlzMDgzNXd5dTBwNA==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030274942303141972?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVlcB-ED8ZO?xmt=AQF0BVlhqP1w0XtDri5kCpMQhsfr-7MV2aEbvSyCnkA1FEXFUyeejOs-D8FNHvhkH9GhjkQ&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐ฒ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ก๐ฒ๐โ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi saya dapat bersama masyarakat dalam Program Ihyaโ Ramadan melalui Majlis Sumbangan kepada Asnaf Parlimen Bagan Datuk di DUN Hutan Melintang dan DUN Rungkup.
Program ini setiap tahun menjadi antara momen yang saya nantikan kerana di sinilah kita dapat bertemu dan menyantuni masyarakat secara lebih dekat di bulan yang mulia ini.
Petang tadi, seramai 781 penerima di DUN Hutan Melintang dan 603 penerima di DUN Rungkup terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, OKU serta ketua isi rumah menerima sumbangan sempena Ramadan.
Bertemu mereka, bertanya khabar dan berkongsi sedikit rezeki dalam bulan yang penuh keberkatan ini sentiasa memberi makna yang tersendiri buat saya. Moga bantuan ini dapat meringankan beban mereka dan membawa sedikit kegembiraan kepada keluarga masing-masing sepanjang Ramadan ini, insya-Allah.
#IhyaRamadan
#BaganDatuk
#Ramadan1447H
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/17EQAZoG5y/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DVlVFL2krES/?img_index=6&igsh=eXVyNW8wb3N2MnFy
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030260191183388968?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVlVW6ZD07r?xmt=AQF0yZndOLmE0ifLucRSOivgJP4zwxXta8F3pryZJGe3si59MJx9Dug4r-5gUcxUffYkKCy2&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Dalam perjalanan ke program seterusnya, saya sempat singgah sekejap di MYDIN Mart Bagan Datuk.
Ramai juga yang datang membeli barang keperluan harian dan ada juga yang membeli untuk persiapan berbuka puasa.
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1Gi9TLFu6T/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.facebook.com/share/1Gi9TLFu6T/?mibextid=wwXIfr
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030231272451403924?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVlILV0j19o?xmt=AQF0EFA4FeSIZRKgWmkcJS7Ymg-Q1GYy9g8BzRco-zfjhMqY-8pWeFm_K0hTSiHB7psFyEzM&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ข๐ฐ๐๐ซ ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ฆ๐๐๐ก๐๐ง
Tadabur Dan Masanya Mengamalkan Al-Quran
Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia:
Ustaz Mohd Shukri Samsudin
๐ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSuNMydXy/
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1GM9DH87x5/?mibextid=wwXIfr
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ค๐ฎ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐๐๐ซ
Ramadan mendidik kita untuk bersabar dalam menjaga lisan, sabar menahan nafsu dan sabar dalam melaksanakan ibadah dengan istiqamah.
Sabar bukan kelemahan, tetapi kekuatan jiwa yang sebenar. Semoga latihan kesabaran sepanjang Ramadan terus kekal dalam diri kita walaupun selepas bulan mulia ini berlalu.
#RisalahTaalim17
#Ramadan1447H
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSuNFoR2J/
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/17reJaftDn/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DVk881XEoUG/?igsh=YmRuMWZzMXJ3Y3Vm
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2030208349170712940
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVk9Ew7D9lK?xmt=AQF0s7RgFtm2N5Kqj6k0_ybuVsunNvRjehaw2K90Ry6K1iSg2GHlpyembQrKlQkyTrLMeOZe&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ฅ ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐ข๐ฌ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ง ๐๐ก๐๐ญ๐๐ฆ ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐ข ๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ค
Saya meneruskan perjalanan ke Masjid Tuminah Hamidi untuk bersama masyarakat setempat dalam Program Ihyaโ Ramadan melalui Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Bagan Datuk.
Sebaik melangkah masuk ke ruang solat masjid ini, hati saya tersentuh melihat kehadiran jemaah yang memenuhi masjid untuk bersama-sama mengimarahkan program ini.
Bersempena sambutan Nuzul Al-Quran pada hari ini, suasana di masjid terasa cukup tenang dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca bersama oleh para jemaah.
Semoga keberkatan bulan yang mulia ini terus menyinari Bagan Datuk dan seluruh negara, insya-Allah.
#TadarusAlQuran
#MasjidTuminahHamidi
#BaganDatuk
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1apStF7bWm/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DVkl7L9ktXy/?igsh=dHRqZmlkbG5xbHNi
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2030156274802028801
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVkmSbcD-nA?xmt=AQF0BXKH9IAdyl6JEc74L9Xbp23Mxw-xTVAG7XnfKptgXtxedHhLIq92FWNaEB88Iy73wIrA&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฎ๐๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ ๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ค
Perjalanan saya di Bagan Datuk hari ini dimulakan di Simpang Masjid Al-Quroโ, menyempurnakan pelancaran laluan baharu hasil Projek Menaiktaraf Jambatan Sempit yang sekian lama menjadi antara laluan utama penduduk setempat. Alhamdulillah, jambatan lama yang uzur dan sempit kini telah digantikan dengan struktur baharu yang lebih selamat dan selesa digunakan.
Selain meningkatkan aspek keselamatan, projek ini juga membantu mengurangkan kesesakan trafik di sekitar Pekan Bagan Datuk, terutamanya pada hujung minggu apabila kawasan ini menerima kunjungan pelancong ke pelbagai lokasi tarikan seperti Masjid Tuminah Hamidi, Dataran Bagan Datuk, Taman Bunga Matahari dan Sky Mirror.
Projek bernilai RM2.1 juta ini dilaksanakan melalui pembiayaan Kerajaan Persekutuan di bawah RMK-12 dengan KKDW sebagai kementerian penyelaras dan JKR Malaysia sebagai agensi pelaksana. Menariknya, projek ini berjaya disiapkan lima bulan lebih awal daripada jadual asalnya dengan penjimatan sebanyak RM800,000.00. Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan.
Insya-Allah, kemudahan ini akan memberi manfaat kepada lebih 7,000 penduduk dari sembilan kampung sekitar serta terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan pelancongan di Bagan Datuk.
#KKDW #JKR
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1Kh8sRaJui/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DVkfbqHEmcL/?igsh=MTQ3ZzV0eDY1Z2Znbg==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030144751476035894?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVkhD0xD3Gn?xmt=AQF0ZfL97U9ZH9ai1vlQq8v7_-p3MF3EkGFZrpyFb7gvpLWc6Uj8EfAc0wxLQW3VhqPjxl1J&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐๐ง๐ ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ๐ค๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง
Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi saya dikurniakan kesempatan dan kesihatan untuk menunaikan solat tarawih di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah bersama penduduk setempat serta para pelajar tahfiz Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka.
Selain dapat beribadah bersama, malam ini turut diserikan dengan sambutan ulang tahun ke-14 Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka yang terus memainkan peranan penting melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berpegang teguh kepada Al-Quran.
Saya amat berbangga dengan pencapaian yang telah diraih oleh institusi ini. Semoga Imtiaz terus melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam pendidikan, tetapi juga membesar sebagai insan yang mencintai Al-Quran serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Mudah-mudahan segala usaha ini terus diberkati dan Imtiaz Ulul Albab akan melahirkan lebih ramai insan yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat.
#SMImtiaz #Melaka
#GenerasiUlulAlbab
#MembinaGenerasiAlQuran
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1HvixUMyto/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DVkHSqNkhU0/?igsh=cGxpYmV4NTQ5c2Zn
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030088716816208228?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVkHejVD1VF?xmt=AQF0ghOEWwWWgpo98XdpNLLf30YY9koEC0gDN-NYqzurxW-sGRjyA12dOgdIxYsjT50o1JLO&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง ๐๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ค๐
Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Iftar Jamaie Mega Kerajaan Negeri Melaka di Dataran Pusat Islam, Bukit Palah.
Kehadiran masyarakat setempat termasuk penggiat industri gig khususnya para rider yang hadir berbuka puasa bersama-sama jelas menggambarkan semangat kebersamaan dan keprihatinan yang terus subur dalam pelbagai latar masyarakat.
Program ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Melaka yang sentiasa dekat di hati rakyat dan tidak pernah melupakan tanggungjawab untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, antaranya peruntukan sebanyak RM11.9 juta sebagai bantuan persediaan Ramadan kepada golongan asnaf di negeri ini.
Ketika berucap, saya turut menekankan kepentingan menjaga kebajikan pekerja ekonomi gig yang kini menjadi sumber rezeki kepada ramai rakyat Malaysia. InsyaAllah, penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) nanti akan dapat memperkukuh perlindungan serta kebajikan golongan ini agar mereka tidak dipinggirkan, sebaliknya terus dihargai atas peranan penting mereka dalam ekonomi negara.
Semoga usaha berterusan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ini dapat memberi manfaat serta meringankan beban masyarakat, khususnya dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan ini. Insya-Allah.
#SantunanKasihRamadan
#Melaka
#PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1Ah9nwUmbY/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DVi5xu8Eh3s/?igsh=dWp4NzFqMHE3Mmpi
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2029918500614193269
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVi6F6TjzsS?xmt=AQF068FY40YoijpUeR0GKidf-HPNx35c44HxYKoH470aRQLZ8nzLf-m4v3Fmtz8Nd3XG7ho&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
UMNO membuka pintu Rumah Bangsa ini kepada sesiapa sahaja yang ingin kembali atau bersama keluarga besar parti ini.
Dalam semangat Ramadan yang mengajak kita untuk bermuhasabah dan memperbaiki hubungan, kita memilih untuk memandang ke hadapan dengan memperkukuh ukhuwah serta membina semula kekuatan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.
#UMNO
#UMNORumahBangsa
๐ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSu8dTJC1/
๐ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DViyGvvkjVg/?igsh=MXJ5d3c4NXJyaXl0Yg==
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/r/16yZcoaLLn/?mibextid=wwXIfr
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ฅ ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐๐๐๐
Al-Quran adalah mukjizat agung yang menjadi asas pembinaan tamadun dan kekuatan umat. Peristiwa Nuzul Al-Quran mengingatkan kita bahawa kebangkitan sesuatu bangsa bermula dengan ilmu, iman dan akhlak.
Firman pertama yang diturunkan, โIqraโโ, menegaskan betapa pentingnya ilmu sebagai teras kemajuan. Daripada wahyu inilah lahir generasi yang memimpin dunia dengan nilai, membangunkan masyarakat dengan keadilan, serta menegakkan kebenaran dengan hikmah.
Dalam kita mendepani cabaran semasa ketidaktentuan ekonomi, perubahan sosial dan ujian perpaduan, Al-Quran mesti terus menjadi pedoman. Ia bukan sekadar dibaca dan dihafaz, tetapi dihayati dan diterjemahkan dalam kepimpinan, pentadbiran serta kehidupan seharian.
Saya menyeru agar kita semua memperkukuh hubungan dengan Al-Quran, membentuk keluarga yang cintakan ilmu dan melahirkan generasi yang berintegriti, berakhlak serta berdaya tahan.
Semoga Nuzul Al-Quran 1447H ini memperbaharui tekad kita untuk terus memimpin dan membina berlandaskan petunjuk Ilahi.
#NuzulAlQuran
#Ramadan1447H
#MalaysiaMadani
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1AZc5zrPbE/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DVimFrfkoT7/?igsh=MXN4dHE2b3Y0NW9uaw==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029877421240127576?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVinTkrD4Kf?xmt=AQF0LwttVNwg4madyZOcMejxflcaqGGff44SrTX4gaUcrP6Qm9sfdmD4eGssypksFZi11VI&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐ก๐๐ฌ ๐๐๐ง๐๐ฒ๐๐ก ๐๐ข๐๐๐ซ
Dunia digital hari ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat. Seiring dengan perkembangan teknologi, cabaran baharu turut muncul termasuk ancaman jenayah siber yang semakin kompleks dan merentasi pelbagai sektor.
Petang tadi saya telah menghadiri Mesyuarat Khas Jenayah Siber yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim bagi meneliti beberapa aspek teknikal berkaitan kerangka perundangan serta usaha memperkukuh penguatkuasaan undang-undang siber di negara ini.
Insya-Allah, Kerajaan komited untuk memastikan Malaysia mempunyai sistem perundangan yang lebih komprehensif dan berupaya menangani cabaran keselamatan siber dalam era digital yang terus berkembang.
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1E39VqYXwJ/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DVimLWhErlv/?igsh=YWszdnk4bWI1Nnhx
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029875156538249372?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVimSYIj2Ev?xmt=AQF0PyEu_ZVeQPEmYOEQZa85HhirdyJWLjOJhkKTAd_0XhUG-fo1GWRIeZyvqlqWwe05iho&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ข๐ฐ๐๐ซ ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ฆ๐๐๐ก๐๐ง
Kuasa Gadget Cabaran Dan Peluang Dakwah
Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia:
Dr. Ahmad Salahuddin M Azizan
๐ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSuRp5tUW/
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1bMjcCrx2b/?mibextid=wwXIfr
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค ๐๐ข๐ฐ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐๐๐ซ
Puasa adalah perisai yang melindungi diri daripada dosa, kemarahan dan perbuatan sia-sia. Ia mengajar kita mengawal emosi serta menjaga tutur kata dalam setiap keadaan.
Apabila diuji dengan kata-kata atau provokasi, ingatkan diri bahawa kita sedang berpuasa. Didiklah jiwa untuk menang dengan kesabaran, bukan dengan emosi.
#RisalahTaalim16
#Ramadan1447H
๐ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSuRqT47n/
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1CLYsWrdL1/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DVicSdnkpmP/?igsh=MThmdGRxbGljejFxcg==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029853488671576317?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVicGkjD724?xmt=AQF0EYe7NG_p9XRQ-c6YWMONO3bWVRWyewvyaouIQkGr8_HOBmCT9ArYXlYrZeOd3_IXvRsn&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐
๐๐๐๐
FELDA mempunyai sejarah yang besar dalam pembangunan luar bandar negara. Ia telah mengubah kehidupan ratusan ribu peneroka dan keluarga mereka serta menjadi antara model pembangunan tanah yang berjaya di dunia.
Pagi tadi di Menara FELDA, saya telah mengadakan perjumpaan bersama barisan Pengurusan Tertinggi FELDA bagi membincangkan hala tuju institusi ini ke hadapan.
Dalam pertemuan ini, kami telah menyentuh beberapa perkara bagi memastikan FELDA terus kekal kukuh, berdaya tahan dan mampu menyesuaikan diri dengan cabaran masa depan, tanpa mengabaikan kepentingan peneroka yang menjadi tunjang kepada kewujudan FELDA sejak awal penubuhannya.
Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh FELDA agar ia kekal menjadi tonggak penting dalam agenda pembangunan luar bandar negara.
#FELDA
#SegalanyaFELDA
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1G7B3ktwP2/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DViTUj3EmNX/?igsh=aWk2eW5jcXZtaGFk
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2029833825875022078
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DViTi3HD2-j?xmt=AQF0IvGM082a5-ibl4jJLkkIbUE2l19DRHLW34qR0A_IMhs-QNmKBq34nj1P5NAaKR5_ct8&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
1. Sempena keberkatan Ramadan Al-Mubarak, bulan yang mengajak umat Islam bermuhasabah, memperbaiki hubungan dan memperkukuh ukhuwah, UMNO melihat kesempatan ini sebagai waktu terbaik untuk mempertautkan kembali tali perjuangan parti.
2. โ Hakikatnya, sesebuah parti tidak hanya bergantung kepada kekuatan struktur organisasi, tetapi terbina atas sokongan, dokongan dan kebersamaan seluruh ahlinya di setiap peringkat.
3. โ Atas semangat tersebut, UMNO membuka pintu Rumah Bangsa ini seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannya untuk kembali atau mana-mana individu yang mahu bersama dengan perjuangan ini untuk menyertai UMNO.
4. โ Dalam semangat Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan dan perbezaan yang lalu dimaafkan sepenuhnya, demi membuka lembaran baharu untuk memperkukuh kembali keluarga besar UMNO.
5. โ Sehubungan itu, Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin akan menyelaraskan proses ini dengan segera melalui tatacara yang bersesuaian menurut Perlembagaan UMNO.
6. โ Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah Subhanahuwataala dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan kelangsungan agenda perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair, serta memastikan masa depan yang lebih baik untuk rakyat dan negara.
AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
6 Mac 2026
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1DkLkMsAwB/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DVh9Kp9ErpG/?igsh=MTM4ZXBlN2dwb24zZQ==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029784759136911621?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVh8LzWjxcI?xmt=AQF03cjPg9hN47qcromun7j0PO2vYGxnXhKri2U8dv83_piD-UXtEFld6bg8XpT7YpIagdyK&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ณ๐ค๐ข๐ซ๐๐ก ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ญ: ๐๐ข๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐ญ๐ข
FOMO (Fear of Missing Out) vs Qana'ah
Penceramah:
Dr. Afif Farhi Othman
๐ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSuRdQfYB/
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1HpCZQYae7/?mibextid=wwXIfr
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐-๐๐ ๐๐๐
๐๐
Alhamdulillah, hari ini genap tiga dekad penubuhan Institut Kemajuan Desa (INFRA), sebuah institusi latihan di bawah KKDW yang sejak tahun 1996 telah memainkan peranan besar dalam membina kapasiti dan kepimpinan masyarakat luar bandar negara.
Sepanjang tempoh tersebut, INFRA telah melatih ribuan pemimpin institusi desa, wanita dan belia luar bandar serta usahawan komuniti melalui pelbagai program latihan yang memupuk kepimpinan, tadbir urus dan keusahawanan. Bagi saya, INFRA memainkan peranan besar dalam membentuk keyakinan, mengasah potensi dan memperkasa komuniti desa.
Dalam dunia pembangunan luar bandar yang semakin dinamik, peranan INFRA terus relevan sebagai pusat kecemerlangan pembangunan desa, hab kepimpinan komuniti serta pemangkin kepada agenda transformasi luar bandar negara. Ke hadapan, kita mahu INFRA terus memperkukuh latihan kepimpinan desa, memperluas program pembangunan modal insan serta melahirkan lebih ramai pemimpin komuniti yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing.
INFRA juga telah diberi mandat baharu bagi meneraju pemerkasaan modal insan pemimpin luar bandar melalui penganjuran program di peringkat Diploma dalam bidang pelancongan dan pengurusan yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Di samping itu, INFRA akan melaksanakan Program Eksekutif kepada pemimpin luar bandar secara kolaborasi strategik dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) serta program SKM Pengurusan Desa Tahap 4.
Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga INFRA dahulu dan kini, serta semua rakan strategik dan masyarakat desa yang telah bersama membina legasi institusi ini selama tiga dekad.
Selamat ulang tahun ke-30 INFRA. Teruskan membitara dan memaju desa demi masa depan luar bandar yang lebih gemilang, insya-Allah.
#JubliMutiaraINFRA
#INFRA30Tahun
#INFRAKKDW #KKDW
#PejuangDESA
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/188NrxvFQu/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DVhvSLPkqnY/?igsh=MWF6NGJtZHcxaXJ1bw==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029754494549119189?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVhvX6HD1Z2?xmt=AQF0R9lQPpTitm9VnSMsPpUNpJX-iyZGGMBIB_J5_oOqyUMP1smf6k6rYyxJDGCPxXii-lF9&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
*Tadarus Ramadan 1447H*
Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 15 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi Surah Al-Isra' ayat 1 sehingga Surah Al-Kahf ayat 74.
Qari:
1. Ustaz Mohd Shukri Shamsudin
2. Ustaz Muhammad Amir Haziq
3. Darius Hazreeq Bin Mohd Nor Azlan
Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah.
#TadarusRamadan
#Ramadan1447H
https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/videos/946863341104889
https://vt.tiktok.com/ZS9dM6r7W43cY-zof3H/
Endi mavjud! Telegram Tadqiqoti 2025 โ yilning asosiy insaytlari 
