ar
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

الذهاب إلى القناة على Telegram

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
364
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
لا توجد بيانات30 أيام
أرشيف المشاركات
𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 Saya kongsikan momen ketika berada di Melaka dalam Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Iftar Jamaie Mega bersama masyarakat setempat dalam suasana penuh kebersamaan dan keprihatinan. Alhamdulillah, saya juga berkesempatan menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama masyarakat setempat serta para pelajar tahfiz Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka. Mudah-mudahan Ramadan kali ini terus kita hidupkan dengan ibadah, ukhuwah dan keberkatan. #SantunanKasihRamadan #Melaka #PejuangDesa #MalaysiaMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSuNg8C2u/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVlfeZ-S8-m/?igsh=NHV4Y2FmZndvMHAx 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1Ajs7ZRtU4/ 📱YouTube: https://youtu.be/hwKmxZxCFT4?si=kr0dwAfgFNjGTXyR 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Saya mengakhiri program di Bagan Datuk dengan Majlis Santunan Kasih Ramadan, berbuka puasa bersama masyarakat setempat, anak-anak tahfiz dan pelajar-pelajar dari Kolej FELCRA Seberang Perak. Dalam majlis ini turut diumumkan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta-Peserta FELCRA Berhad Malaysia Tahun 2025 berjumlah RM302,912,987.00. Tahniah saya ucapkan kepada FELCRA Berhad dan seluruh peserta. Semoga ia menjadi suntikan semangat untuk terus meningkatkan usaha dan memperkukuh ekonomi komuniti luar bandar. Terima kasih juga saya ucapkan kepada FELCRA Berhad selaku agensi pelaksana serta seluruh masyarakat Bagan Datuk yang hadir memeriahkan program hari ini. Moga Ramadan ini terus membawa keberkatan dan mengeratkan lagi kebersamaan kita semua, insya-Allah. #FELCRA #KKDW #BaganDatuk #Ramadan1447H 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DEVW248R1/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVlb--OEv_6/?igsh=MTlzMDgzNXd5dTBwNA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030274942303141972?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVlcB-ED8ZO?xmt=AQF0BVlhqP1w0XtDri5kCpMQhsfr-7MV2aEbvSyCnkA1FEXFUyeejOs-D8FNHvhkH9GhjkQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐡𝐲𝐚’ 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi saya dapat bersama masyarakat dalam Program Ihya’ Ramadan melalui Majlis Sumbangan kepada Asnaf Parlimen Bagan Datuk di DUN Hutan Melintang dan DUN Rungkup. Program ini setiap tahun menjadi antara momen yang saya nantikan kerana di sinilah kita dapat bertemu dan menyantuni masyarakat secara lebih dekat di bulan yang mulia ini. Petang tadi, seramai 781 penerima di DUN Hutan Melintang dan 603 penerima di DUN Rungkup terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, OKU serta ketua isi rumah menerima sumbangan sempena Ramadan. Bertemu mereka, bertanya khabar dan berkongsi sedikit rezeki dalam bulan yang penuh keberkatan ini sentiasa memberi makna yang tersendiri buat saya. Moga bantuan ini dapat meringankan beban mereka dan membawa sedikit kegembiraan kepada keluarga masing-masing sepanjang Ramadan ini, insya-Allah. #IhyaRamadan #BaganDatuk #Ramadan1447H 📱FB: https://www.facebook.com/share/17EQAZoG5y/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVlVFL2krES/?img_index=6&igsh=eXVyNW8wb3N2MnFy 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030260191183388968?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVlVW6ZD07r?xmt=AQF0yZndOLmE0ifLucRSOivgJP4zwxXta8F3pryZJGe3si59MJx9Dug4r-5gUcxUffYkKCy2&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Dalam perjalanan ke program seterusnya, saya sempat singgah sekejap di MYDIN Mart Bagan Datuk. Ramai juga yang datang membeli barang keperluan harian dan ada juga yang membeli untuk persiapan berbuka puasa. 📱FB: https://www.facebook.com/share/1Gi9TLFu6T/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.facebook.com/share/1Gi9TLFu6T/?mibextid=wwXIfr 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030231272451403924?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVlILV0j19o?xmt=AQF0EFA4FeSIZRKgWmkcJS7Ymg-Q1GYy9g8BzRco-zfjhMqY-8pWeFm_K0hTSiHB7psFyEzM&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 Tadabur Dan Masanya Mengamalkan Al-Quran Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Ustaz Mohd Shukri Samsudin 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSuNMydXy/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1GM9DH87x5/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐫 Ramadan mendidik kita untuk bersabar dalam menjaga lisan, sabar menahan nafsu dan sabar dalam melaksanakan ibadah dengan istiqamah. Sabar bukan kelemahan, tetapi kekuatan jiwa yang sebenar. Semoga latihan kesabaran sepanjang Ramadan terus kekal dalam diri kita walaupun selepas bulan mulia ini berlalu. #RisalahTaalim17 #Ramadan1447H 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSuNFoR2J/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17reJaftDn/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVk881XEoUG/?igsh=YmRuMWZzMXJ3Y3Vm 📱X: https://x.com/i/status/2030208349170712940 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVk9Ew7D9lK?xmt=AQF0s7RgFtm2N5Kqj6k0_ybuVsunNvRjehaw2K90Ry6K1iSg2GHlpyembQrKlQkyTrLMeOZe&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐍𝐮𝐳𝐮𝐥 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐓𝐚𝐝𝐚𝐫𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐭𝐚𝐦 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Saya meneruskan perjalanan ke Masjid Tuminah Hamidi untuk bersama masyarakat setempat dalam Program Ihya’ Ramadan melalui Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Bagan Datuk. Sebaik melangkah masuk ke ruang solat masjid ini, hati saya tersentuh melihat kehadiran jemaah yang memenuhi masjid untuk bersama-sama mengimarahkan program ini. Bersempena sambutan Nuzul Al-Quran pada hari ini, suasana di masjid terasa cukup tenang dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca bersama oleh para jemaah. Semoga keberkatan bulan yang mulia ini terus menyinari Bagan Datuk dan seluruh negara, insya-Allah. #TadarusAlQuran #MasjidTuminahHamidi #BaganDatuk 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1apStF7bWm/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVkl7L9ktXy/?igsh=dHRqZmlkbG5xbHNi 📱X: https://x.com/i/status/2030156274802028801 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVkmSbcD-nA?xmt=AQF0BXKH9IAdyl6JEc74L9Xbp23Mxw-xTVAG7XnfKptgXtxedHhLIq92FWNaEB88Iy73wIrA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐋𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Perjalanan saya di Bagan Datuk hari ini dimulakan di Simpang Masjid Al-Quro’, menyempurnakan pelancaran laluan baharu hasil Projek Menaiktaraf Jambatan Sempit yang sekian lama menjadi antara laluan utama penduduk setempat. Alhamdulillah, jambatan lama yang uzur dan sempit kini telah digantikan dengan struktur baharu yang lebih selamat dan selesa digunakan. Selain meningkatkan aspek keselamatan, projek ini juga membantu mengurangkan kesesakan trafik di sekitar Pekan Bagan Datuk, terutamanya pada hujung minggu apabila kawasan ini menerima kunjungan pelancong ke pelbagai lokasi tarikan seperti Masjid Tuminah Hamidi, Dataran Bagan Datuk, Taman Bunga Matahari dan Sky Mirror. Projek bernilai RM2.1 juta ini dilaksanakan melalui pembiayaan Kerajaan Persekutuan di bawah RMK-12 dengan KKDW sebagai kementerian penyelaras dan JKR Malaysia sebagai agensi pelaksana. Menariknya, projek ini berjaya disiapkan lima bulan lebih awal daripada jadual asalnya dengan penjimatan sebanyak RM800,000.00. Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan. Insya-Allah, kemudahan ini akan memberi manfaat kepada lebih 7,000 penduduk dari sembilan kampung sekitar serta terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan pelancongan di Bagan Datuk. #KKDW #JKR #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Kh8sRaJui/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVkfbqHEmcL/?igsh=MTQ3ZzV0eDY1Z2Znbg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030144751476035894?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVkhD0xD3Gn?xmt=AQF0ZfL97U9ZH9ai1vlQq8v7_-p3MF3EkGFZrpyFb7gvpLWc6Uj8EfAc0wxLQW3VhqPjxl1J&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi saya dikurniakan kesempatan dan kesihatan untuk menunaikan solat tarawih di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah bersama penduduk setempat serta para pelajar tahfiz Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka. Selain dapat beribadah bersama, malam ini turut diserikan dengan sambutan ulang tahun ke-14 Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka yang terus memainkan peranan penting melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berpegang teguh kepada Al-Quran. Saya amat berbangga dengan pencapaian yang telah diraih oleh institusi ini. Semoga Imtiaz terus melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam pendidikan, tetapi juga membesar sebagai insan yang mencintai Al-Quran serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Mudah-mudahan segala usaha ini terus diberkati dan Imtiaz Ulul Albab akan melahirkan lebih ramai insan yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat. #SMImtiaz #Melaka #GenerasiUlulAlbab #MembinaGenerasiAlQuran 📱FB: https://www.facebook.com/share/1HvixUMyto/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVkHSqNkhU0/?igsh=cGxpYmV4NTQ5c2Zn 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030088716816208228?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVkHejVD1VF?xmt=AQF0ghOEWwWWgpo98XdpNLLf30YY9koEC0gDN-NYqzurxW-sGRjyA12dOgdIxYsjT50o1JLO&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Iftar Jamaie Mega Kerajaan Negeri Melaka di Dataran Pusat Islam, Bukit Palah. Kehadiran masyarakat setempat termasuk penggiat industri gig khususnya para rider yang hadir berbuka puasa bersama-sama jelas menggambarkan semangat kebersamaan dan keprihatinan yang terus subur dalam pelbagai latar masyarakat. Program ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Melaka yang sentiasa dekat di hati rakyat dan tidak pernah melupakan tanggungjawab untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, antaranya peruntukan sebanyak RM11.9 juta sebagai bantuan persediaan Ramadan kepada golongan asnaf di negeri ini. Ketika berucap, saya turut menekankan kepentingan menjaga kebajikan pekerja ekonomi gig yang kini menjadi sumber rezeki kepada ramai rakyat Malaysia. InsyaAllah, penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) nanti akan dapat memperkukuh perlindungan serta kebajikan golongan ini agar mereka tidak dipinggirkan, sebaliknya terus dihargai atas peranan penting mereka dalam ekonomi negara. Semoga usaha berterusan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ini dapat memberi manfaat serta meringankan beban masyarakat, khususnya dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan ini. Insya-Allah. #SantunanKasihRamadan #Melaka #PejuangDesa #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Ah9nwUmbY/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVi5xu8Eh3s/?igsh=dWp4NzFqMHE3Mmpi 📱X: https://x.com/i/status/2029918500614193269 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVi6F6TjzsS?xmt=AQF068FY40YoijpUeR0GKidf-HPNx35c44HxYKoH470aRQLZ8nzLf-m4v3Fmtz8Nd3XG7ho&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

UMNO membuka pintu Rumah Bangsa ini kepada sesiapa sahaja yang ingin kembali atau bersama keluarga besar parti ini. Dalam semangat Ramadan yang mengajak kita untuk bermuhasabah dan memperbaiki hubungan, kita memilih untuk memandang ke hadapan dengan memperkukuh ukhuwah serta membina semula kekuatan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air. #UMNO #UMNORumahBangsa 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSu8dTJC1/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DViyGvvkjVg/?igsh=MXJ5d3c4NXJyaXl0Yg== 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/16yZcoaLLn/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐮𝐳𝐮𝐥 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 Al-Quran adalah mukjizat agung yang menjadi asas pembinaan tamadun dan kekuatan umat. Peristiwa Nuzul Al-Quran mengingatkan kita bahawa kebangkitan sesuatu bangsa bermula dengan ilmu, iman dan akhlak. Firman pertama yang diturunkan, “Iqra’”, menegaskan betapa pentingnya ilmu sebagai teras kemajuan. Daripada wahyu inilah lahir generasi yang memimpin dunia dengan nilai, membangunkan masyarakat dengan keadilan, serta menegakkan kebenaran dengan hikmah. Dalam kita mendepani cabaran semasa ketidaktentuan ekonomi, perubahan sosial dan ujian perpaduan, Al-Quran mesti terus menjadi pedoman. Ia bukan sekadar dibaca dan dihafaz, tetapi dihayati dan diterjemahkan dalam kepimpinan, pentadbiran serta kehidupan seharian. Saya menyeru agar kita semua memperkukuh hubungan dengan Al-Quran, membentuk keluarga yang cintakan ilmu dan melahirkan generasi yang berintegriti, berakhlak serta berdaya tahan. Semoga Nuzul Al-Quran 1447H ini memperbaharui tekad kita untuk terus memimpin dan membina berlandaskan petunjuk Ilahi. #NuzulAlQuran #Ramadan1447H #MalaysiaMadani 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1AZc5zrPbE/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVimFrfkoT7/?igsh=MXN4dHE2b3Y0NW9uaw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029877421240127576?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVinTkrD4Kf?xmt=AQF0LwttVNwg4madyZOcMejxflcaqGGff44SrTX4gaUcrP6Qm9sfdmD4eGssypksFZi11VI&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐒𝐢𝐛𝐞𝐫 Dunia digital hari ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat. Seiring dengan perkembangan teknologi, cabaran baharu turut muncul termasuk ancaman jenayah siber yang semakin kompleks dan merentasi pelbagai sektor. Petang tadi saya telah menghadiri Mesyuarat Khas Jenayah Siber yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi meneliti beberapa aspek teknikal berkaitan kerangka perundangan serta usaha memperkukuh penguatkuasaan undang-undang siber di negara ini. Insya-Allah, Kerajaan komited untuk memastikan Malaysia mempunyai sistem perundangan yang lebih komprehensif dan berupaya menangani cabaran keselamatan siber dalam era digital yang terus berkembang. #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1E39VqYXwJ/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVimLWhErlv/?igsh=YWszdnk4bWI1Nnhx 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029875156538249372?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVimSYIj2Ev?xmt=AQF0PyEu_ZVeQPEmYOEQZa85HhirdyJWLjOJhkKTAd_0XhUG-fo1GWRIeZyvqlqWwe05iho&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 Kuasa Gadget Cabaran Dan Peluang Dakwah Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Dr. Ahmad Salahuddin M Azizan 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSuRp5tUW/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1bMjcCrx2b/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤 𝐉𝐢𝐰𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐫 Puasa adalah perisai yang melindungi diri daripada dosa, kemarahan dan perbuatan sia-sia. Ia mengajar kita mengawal emosi serta menjaga tutur kata dalam setiap keadaan. Apabila diuji dengan kata-kata atau provokasi, ingatkan diri bahawa kita sedang berpuasa. Didiklah jiwa untuk menang dengan kesabaran, bukan dengan emosi. #RisalahTaalim16 #Ramadan1447H 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSuRqT47n/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1CLYsWrdL1/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVicSdnkpmP/?igsh=MThmdGRxbGljejFxcg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029853488671576317?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVicGkjD724?xmt=AQF0EYe7NG_p9XRQ-c6YWMONO3bWVRWyewvyaouIQkGr8_HOBmCT9ArYXlYrZeOd3_IXvRsn&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 FELDA mempunyai sejarah yang besar dalam pembangunan luar bandar negara. Ia telah mengubah kehidupan ratusan ribu peneroka dan keluarga mereka serta menjadi antara model pembangunan tanah yang berjaya di dunia. Pagi tadi di Menara FELDA, saya telah mengadakan perjumpaan bersama barisan Pengurusan Tertinggi FELDA bagi membincangkan hala tuju institusi ini ke hadapan. Dalam pertemuan ini, kami telah menyentuh beberapa perkara bagi memastikan FELDA terus kekal kukuh, berdaya tahan dan mampu menyesuaikan diri dengan cabaran masa depan, tanpa mengabaikan kepentingan peneroka yang menjadi tunjang kepada kewujudan FELDA sejak awal penubuhannya. Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh FELDA agar ia kekal menjadi tonggak penting dalam agenda pembangunan luar bandar negara. #FELDA #SegalanyaFELDA 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1G7B3ktwP2/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DViTUj3EmNX/?igsh=aWk2eW5jcXZtaGFk 📱X: https://x.com/i/status/2029833825875022078 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DViTi3HD2-j?xmt=AQF0IvGM082a5-ibl4jJLkkIbUE2l19DRHLW34qR0A_IMhs-QNmKBq34nj1P5NAaKR5_ct8&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓 1. Sempena keberkatan Ramadan Al-Mubarak, bulan yang mengajak umat Islam bermuhasabah, memperbaiki hubungan dan memperkukuh ukhuwah, UMNO melihat kesempatan ini sebagai waktu terbaik untuk mempertautkan kembali tali perjuangan parti. 2. ⁠Hakikatnya, sesebuah parti tidak hanya bergantung kepada kekuatan struktur organisasi, tetapi terbina atas sokongan, dokongan dan kebersamaan seluruh ahlinya di setiap peringkat. 3. ⁠Atas semangat tersebut, UMNO membuka pintu Rumah Bangsa ini seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannya untuk kembali atau mana-mana individu yang mahu bersama dengan perjuangan ini untuk menyertai UMNO. 4. ⁠Dalam semangat Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan dan perbezaan yang lalu dimaafkan sepenuhnya, demi membuka lembaran baharu untuk memperkukuh kembali keluarga besar UMNO. 5. ⁠Sehubungan itu, Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin akan menyelaraskan proses ini dengan segera melalui tatacara yang bersesuaian menurut Perlembagaan UMNO. 6. ⁠Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah Subhanahuwataala dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan kelangsungan agenda perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair, serta memastikan masa depan yang lebih baik untuk rakyat dan negara. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI 6 Mac 2026 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DkLkMsAwB/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVh9Kp9ErpG/?igsh=MTM4ZXBlN2dwb24zZQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029784759136911621?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVh8LzWjxcI?xmt=AQF03cjPg9hN47qcromun7j0PO2vYGxnXhKri2U8dv83_piD-UXtEFld6bg8XpT7YpIagdyK&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐚𝐳𝐤𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭: 𝐌𝐢𝐦𝐛𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 FOMO (Fear of Missing Out) vs Qana'ah Penceramah: Dr. Afif Farhi Othman 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSuRdQfYB/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1HpCZQYae7/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞-𝟑𝟎 𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀 Alhamdulillah, hari ini genap tiga dekad penubuhan Institut Kemajuan Desa (INFRA), sebuah institusi latihan di bawah KKDW yang sejak tahun 1996 telah memainkan peranan besar dalam membina kapasiti dan kepimpinan masyarakat luar bandar negara. Sepanjang tempoh tersebut, INFRA telah melatih ribuan pemimpin institusi desa, wanita dan belia luar bandar serta usahawan komuniti melalui pelbagai program latihan yang memupuk kepimpinan, tadbir urus dan keusahawanan. Bagi saya, INFRA memainkan peranan besar dalam membentuk keyakinan, mengasah potensi dan memperkasa komuniti desa. Dalam dunia pembangunan luar bandar yang semakin dinamik, peranan INFRA terus relevan sebagai pusat kecemerlangan pembangunan desa, hab kepimpinan komuniti serta pemangkin kepada agenda transformasi luar bandar negara. Ke hadapan, kita mahu INFRA terus memperkukuh latihan kepimpinan desa, memperluas program pembangunan modal insan serta melahirkan lebih ramai pemimpin komuniti yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing. INFRA juga telah diberi mandat baharu bagi meneraju pemerkasaan modal insan pemimpin luar bandar melalui penganjuran program di peringkat Diploma dalam bidang pelancongan dan pengurusan yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Di samping itu, INFRA akan melaksanakan Program Eksekutif kepada pemimpin luar bandar secara kolaborasi strategik dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) serta program SKM Pengurusan Desa Tahap 4. Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga INFRA dahulu dan kini, serta semua rakan strategik dan masyarakat desa yang telah bersama membina legasi institusi ini selama tiga dekad. Selamat ulang tahun ke-30 INFRA. Teruskan membitara dan memaju desa demi masa depan luar bandar yang lebih gemilang, insya-Allah. #JubliMutiaraINFRA #INFRA30Tahun #INFRAKKDW #KKDW #PejuangDESA 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/188NrxvFQu/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVhvSLPkqnY/?igsh=MWF6NGJtZHcxaXJ1bw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2029754494549119189?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVhvX6HD1Z2?xmt=AQF0R9lQPpTitm9VnSMsPpUNpJX-iyZGGMBIB_J5_oOqyUMP1smf6k6rYyxJDGCPxXii-lF9&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

*Tadarus Ramadan 1447H* Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 15 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi Surah Al-Isra' ayat 1 sehingga Surah Al-Kahf ayat 74. Qari: 1. Ustaz Mohd Shukri Shamsudin 2. Ustaz Muhammad Amir Haziq 3. Darius Hazreeq Bin Mohd Nor Azlan Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah. #TadarusRamadan #Ramadan1447H https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/videos/946863341104889 https://vt.tiktok.com/ZS9dM6r7W43cY-zof3H/