Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kanalga Telegramโda oโtish
Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
362
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kunlar
Ma'lumot yo'q30 kunlar
Postlar arxiv
๐๐ค๐ฎ๐๐ ๐๐ ๐ซ๐ข๐ค๐จ๐ฆ๐จ๐๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐๐ง๐ฃ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ ๐๐๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐๐ ๐ซ๐ข๐ค๐จ๐ฆ๐จ๐๐ข๐ญ๐ข
Setibanya saya di Dewan Sawit, MPOB Bangi petang tadi, saya disambut cukup meriah oleh para pelajar IPT dan anak-anak muda yang hadir menjayakan Majlis Peluncuran Program Skuad Agrikomoditi anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Melihat semangat mereka, saya yakin semakin ramai generasi muda mula melihat sektor agrikomoditi ini sebagai bidang yang mempunyai masa depan yang besar.
Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa sektor agrikomoditi hari ini perlu bergerak seiring dengan teknologi, inovasi, mekanisasi dan pembangunan industri bernilai tinggi yang mampu membuka lebih banyak peluang kepada anak muda.
Sebab itu, saya mahu agenda TVET Pertanian terus diperkasa bagi melahirkan generasi baharu yang mahir dan mampu membawa sektor ini ke tahap yang lebih tinggi dan berdaya saing.
Saya juga percaya Skuad Agrikomoditi yang saya luncurkan sebentar tadi mampu menjadi jambatan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang pertanian dan komoditi, di samping membawa lebih ramai belia mendekati sektor yang menjadi antara kekuatan utama ekonomi negara ini.
Tahniah saya ucapkan kepada KPK. Insya-Allah, usaha memperkukuh sektor agrikomoditi akan terus digerakkan supaya lebih ramai anak muda melihat bidang ini sebagai kerjaya masa depan yang membanggakan.
#Agrikomoditi #KPK
#SkuadAgrikomoditi
#TVETPertanian
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/14ZGaYNc5jz/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DYCP4q_ElNn/?img_index=14&igsh=aTZveGRzZnkzMDNu
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2052344226445451716?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYCQOZHjzh8?xmt=AQG0-0mWTwf2Z0nN0jloE-MkSFlgNDARYZlCidFHZ25ZuBdZFPfW8o3k65zUUymCze9vzlr4&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐ข๐ง๐๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ซ ๐๐จ๐ฌ๐ข๐๐ฅ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐๐ฌ๐ข๐๐ฉ๐ฌ๐ข๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ก๐๐๐๐ฉ๐ข ๐๐๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง
Cabaran sosial masa kini semakin kompleks.. semuanya saling berkait dan sedang berlaku di depan mata kita. Kesejahteraan sosial hari ini bukan lagi berkisar soal bantuan atau kebajikan sahaja, tetapi soal keselamatan rakyat dan ketahanan keluarga.
Sebab itu, saya percaya dasar sosial negara tidak boleh lagi bergerak secara terpisah atau menunggu sesuatu isu menjadi parah baru mahu bertindak.
Semasa melancarkan Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 sebentar tadi, saya telah menggariskan tiga anjakan besar yang perlu diberi perhatian iaitu daripada bantuan kepada keberdayaan; daripada silo kepada satu ekosistem yang bergerak bersama melibatkan pelbagai pihak; serta daripada pendekatan reaktif kepada pencegahan supaya tindakan dapat dilakukan lebih awal sebelum sesuatu masalah menjadi lebih besar.
Penghargaan saya ucapkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta semua pihak yang terlibat dalam merangka pelan tindakan ini secara bersama.
Harapan saya, semoga segala usaha yang digerakkan ini benar-benar mampu memperkukuh kesejahteraan rakyat serta membina masyarakat yang lebih terlindung, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
#DasarSosialNegara
#PTDSN20262030
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1GoFDwBb4H/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DYB3PzyErwF/?img_index=9&igsh=OTE1Z2R2dDlxbHV3
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2052290004316213749?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYB3UrWD6ni?xmt=AQG0xDGxqWmR_7JoHdIRSzOLpi5sMCpz-jXGafmkCgTgRySGlUHsrFL7g3Y_os0Si4FyFB15&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ข ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง
Dalam merangka hala tuju pendidikan negara, kita perlu berani melakukan pembaharuan yang menyeluruh dan bermakna.
Pendidikan bukan sekadar dasar, tetapi amanah besar dalam membina masa depan bangsa dan negara.
#KongresPendidikanBumiputera
#UMNO80Tahun
#DuluKiniSelamanya
๐ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZS9bUDmVR/
๐ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DX_2Ol2yzTC/?igsh=MWozMHQ2dDByaXp0cg==
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1DPwdNNLAt/?mibextid=wwXIfr
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ญ ๐๐๐ง ๐๐๐๐, ๐๐๐ค๐ฎ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง
Saya kongsikan rangkuman Perhimpunan Kami Gen MARA yang berlangsung di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur.
Suasana yang cukup meriah dengan kehadiran alumni, warga MARA dan keluarga besar ANSARA mencerminkan semangat kebersamaan yang kuat. Saya turut berkongsi pandangan mengenai hala tuju MARA agar terus relevan, mandiri dan berdaya saing hingga ke peringkat global.
Insya-Allah, kekuatan jaringan ini akan terus membawa MARA melangkah lebih jauh ke hadapan.
#ANSARAMalaysia
#60TahunMARA
#MARA #KKDW
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS9bLSmDL/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DX_nPCVSLbL/?igsh=MXB0YTNjbHRyYzQyYw==
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1SBD7vfyg4/?mibextid=wwXIfr
๐ฑYoutube:
https://youtu.be/s_46Fp8rtpU?si=i8jm7LezbhA0pNe8
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Saya banyak terbaca di media sosial kebelakangan ini, ramai yang bertanya sama ada perlawanan Piala Dunia 2026 akan disiarkan secara LIVE atau tidak.
Alhamdulillah, seperti yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, RTM dan Unifi TV telah dilantik sebagai penyiar rasmi FIFA World Cup 2026 di Malaysia.
Jadi, dah confirm rakyat Malaysia boleh saksikan Piala Dunia secara LIVE nanti.
Sekarang tinggal satu soalan.. nak sokong pasukan mana?
Kredit: BERNAMA
#FIFAWorldCup2026
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1ay7TeoQeC/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DX_Zz3QkkhI/?igsh=MWJtdGJ1aDh2dGpsNQ==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051943835660702109?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX_Z8-Bj2Yh?xmt=AQF0_avD3ZaN2-N110UxTGnJfJufv2r7C6DO2l7r20B1zrFtutOGosqHwx157xVkloZfFoN3&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Saya kongsikan rangkuman hari keempat Sambutan 60 Tahun MARA di WTC Kuala Lumpur, semasa pelancaran Ekosistem Halal MARA serta meluangkan masa meninjau reruai usahawan.
Saya amat bangga melihat usaha dan kesungguhan usahawan Bumiputera yang terus menghasilkan produk tempatan berkualiti tinggi dan berpotensi menembusi pasaran global.
Insya-Allah, inilah kekuatan yang akan terus kita perkukuh.
#60TahunMARA
#MARA #KKDW
#PejuangDESA
๐ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZS9qeoDv6/
๐ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DX-saFtSX01/?igsh=MXRraXNtano5Z2dyYw==
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/18HryHz6yu/?mibextid=wwXIfr
๐ฑYouTube: https://youtu.be/HGWJAMqmlCw?si=hZx0pBgyFtMiC-zB
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ญ๐๐๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ข๐ณ
Pendidikan tahfiz perlu diberi tempat yang lebih bermakna dalam arus perdana negara.
Insya-Allah, saya akan usahakan penubuhan Majlis Tahfiz Negara sebagai langkah memperkukuh peranan dan hala tuju pendidikan tahfiz secara lebih tersusun.
Matlamat kita adalah untuk melahirkan generasi huffaz profesional yang bukan sahaja menguasai ilmu, tetapi turut mampu memimpin dan menyumbang kepada pembangunan negara.
#PendidikanTahfiz
#KongresPendidikanBumiputera
#UMNO80Tahun
#DuluKiniSelamanya
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS94TMhD7/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DX9T2K0yiSQ/?igsh=MXQwMGU5Nm5oZG11Ng==
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1DYMFTLYFh/?mibextid=wwXIfr
๐ฑYoutube:
https://youtube.com/shorts/est4hbReK1I?si=460SthqqWD2VadUX
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Saya sempat singgah ke HAVOC Food Festival di WTC melihat jualan makanan yang disediakan di sini. Memang banyak pilihan.. macam-macam ada ๐
Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir dan memeriahkan Sambutan 60 Tahun MARA ini. Sokongan anda semua sangat bermakna, terutamanya kepada usahawan tempatan yang berniaga di sini.
Kalau kita buat lagi tahun depan okay ke?
#60TahunMARA
#MenjunjungAmanah
#MARA #KKDW
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1BNrhv6rMS/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DX9MlxZEipq/?img_index=3&igsh=M2l4dng1NGRlY3k1
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051633166511993251?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX9MnSZD3Lc?xmt=AQF0z_DpASxd3zc1V4aVbo9vqYpMLtLs2w1JvCJ5PBG5e8a7t2mZMxrlLGtgYC1cP5_jnZBV&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Usai program di Dewan Merdeka, saya sempat singgah ke Festival Muzik IPMA yang turut berlangsung di WTC KL sempena Sambutan 60 Tahun MARA.
Kebetulan ada persembahan daripada kumpulan MARESMAF Wind Orkestra (MAWO), anak-anak hebat MRSM Ulul Albab FELDA Trolak. Seperti biasa.. persembahan mereka cukup memukau. Kualitinya bukan biasa-biasa, memang bertaraf antarabangsa.
Inilah generasi MRSM yang cukup istimewa. Menghafaz al-Quran, cemerlang akademik.. dalam masa yang sama mampu menguasai muzik hingga menjuarai pentas dunia di Prague tahun lalu.
Bangga saya melihat mereka beraksi. Inilah bukti bahawa MARA telah melahirkan generasi yang serba boleh, berdisiplin dan mampu membawa nama Malaysia ke peringkat global.
Hebat anak-anak MRSM ni.. inilah Gen MARA!
#MARA60Tahun
#MenjunjungAmanah
#MARA #KKDW
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1EHzfcCtfm/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DX9FtSvkqbL/?img_index=3&igsh=MWFrdTgyMXF5dHlkag==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051618286945857837?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX9FujrDwI7?xmt=AQF0bc1Ll4q3ru74sBErgoVbycPbqJuyhNSftIqNmq5mR09QmqX8PQZvZmPIPBNxq5mRcPpu&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ง ๐๐๐๐!
Semasa melangkah masuk ke Perhimpunan Kami Gen MARA pagi tadi, saya cukup teruja melihat Dewan Merdeka WTC dipenuhi ribuan alumni, warga MARA dan keluarga besar ANSARA Malaysia. Semangat Gen MARA ini memang luar biasa.. rasa kebersamaan dan jati diri tu cukup kuat.
Saya turut berpeluang berkongsi pandangan dalam sesi โUnplugged ANSARAโ bersama Presiden ANSARA, saudara Taufiq Hussien. Banyak perkara disentuh berkaitan hala tuju masa depan MARA, pengukuhan tadbir urus, agenda pendidikan serta usaha memperkasa keusahawanan di MARA.
Apa yang saya tekankan, MARA perlu terus relevan untuk semua.. di bandar, perdesaan malah hingga ke peringkat global. Kita mahu MARA lebih mandiri dan bersedia untuk jangka masa panjang.
Saya juga cukup teruja melihat keterlibatan aktif alumni ANSARA yang tampil dengan soalan, pandangan dan idea yang bernas. Inilah kekuatan sebenar MARA.. satu ekosistem yang kukuh dengan jaringan insan yang hebat.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir dan terus menyumbang kepada perjuangan ini. Semangat ini yang akan terus membawa MARA melangkah lebih jauh ke hadapan.
#ANSARAMalaysia
#60TahunMARA
#MenjunjungAmanah
#MARA #KKDW
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/14aEtWGT9mk/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DX8-0hzEpxn/?img_index=9&igsh=MXJ2bGRobHI1d2o5Yg==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051602892507988312?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX8-2ctjzCd?xmt=AQF0eIAa0FayQAcXmcp6Hoed4WbViYSMpW1v_0eQJBEY8SrBvDJ62RF4Smn5tBzkQoael_ud&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Semasa saya melawat reruai usahawan petang tadi, saya dibawa ke reruai FELCRA untuk bertemu dengan Chik Ah.
Pengusaha dodol yang pernah tulis surat kepada saya. Dapat juga saya bertemu dengan Chik Ah. Makin famous Chik Ah sekarang.
Saya doakan semoga Chik Ah terus diberikan kesihatan yang baik dan perniagaan tradisi ini terus beroleh kejayaan. Aamiin.
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1AoXAo4SLu/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DX61gBwkg2D/?img_index=1&igsh=MXM0NGo4OTB3Zjhmaw==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051300912862515545?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX61haVDzKI?xmt=AQF094_cZAGyRPG-jSxXOz1ecqBgpVOsxxk1xsspuh6kstwRp_PhXqQR4ibomTQErr0lKbBG&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ค๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐ฅ ๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ค๐ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง ๐๐ ๐๐๐ฌ๐๐ซ๐๐ง ๐๐ฎ๐ง๐ข๐
Dari Putrajaya, saya terus ke WTC Kuala Lumpur untuk bersama para usahawan MARA di sini dan menyempurnakan Majlis Pelancaran Ekosistem Halal MARA.
Industri halal hari ini membawa makna yang jauh lebih besar. Ia menjadi simbol kepercayaan, kualiti dan integriti yang semakin diyakini di peringkat global.
Saya mahu melihat usahawan Bumiputera berada di barisan hadapan, menguasai pengeluaran, inovasi dan pasaran halal antarabangsa.
Justeru, hala tuju Ekosistem Halal MARA yang saya gariskan sebentar tadi memberi tumpuan kepada pengukuhan kepakaran halal, peluasan program bimbingan dan pensijilan, percepatan pendigitalan melalui MyHALAL MARA serta pembangunan ekosistem pendidikan keusahawanan halal yang lebih tersusun untuk melahirkan bakat baharu.
Insya-Allah, langkah ini akan membuka ruang yang lebih luas untuk usahawan Bumiputera melangkah lebih jauh dan bersaing di peringkat global.
#EkosistemHalalMARA
#60TahunMARA
#MenjunjungAmanah
#MARA #KKDW
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1D8rPMMTZg/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DX6ruG3EpOY/?img_index=9&igsh=MWdybjRraGV6a21weg==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051279513208906218?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX6r9-4j0Md?xmt=AQF0XtM9aWp-M9FlY53C_vroiv60mCq_7JdvL-l4DaiJdF9spknbav8wdS49l0meVDp8H3I&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Alhamdulillah, MARA kini memasuki 60 tahun penubuhannya dalam menjunjung amanah memperkasa pembangunan masyarakat di negara ini.
Ke hadapan, usaha memperkukuh tadbir urus, pelaburan strategik serta keupayaan berdikari akan terus menjadi keutamaan.
Insya-Allah, MARA akan terus memainkan peranan yang lebih besar dalam membina generasi dan memacu kemajuan negara.
#60TahunMARA
#MARA #KKDW
#PejuangDESA
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS9CM38Eq/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DX6mjZ5yeRI/?igsh=MTloMDU0NzZxa2JocQ==
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/18X7JL6A2m/?mibextid=wwXIfr
๐ฑYoutube:
https://youtu.be/68_ano1UDd0?si=OXBEV1BAjAeb7KYj
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Selamat bersara, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar.
Secara peribadi, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala khidmat, bakti dan kesetiaan Datuk sepanjang bersama saya dan keluarga besar KKDW.
Hubungan saya dengan Datuk bukan baharu. Datuk pernah berkhidmat sebagai SUSK saya ketika saya menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri buat kali pertama, dan kemudiannya sebagai KSU di KKDW. Banyak perjalanan, cabaran dan kenangan telah kita lalui bersama dan semuanya akan kekal saya hargai selamanya.
Mewakili seluruh warga Kementerian, terima kasih atas segala jasa Datuk dalam memastikan aspirasi KKDW untuk rakyat desa dapat diterjemahkan dengan sebaiknya, daripada perancangan dasar sehingga pelaksanaan di lapangan.
Saya mendoakan agar Datuk terus dikurniakan kesihatan, ketenangan dan dipermudahkan segala urusan dalam fasa baharu ini.
Terima kasih Datuk. Saya kongsikan video yang disediakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Segala bakti Datuk akan sentiasa dikenang.
๐ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DX6gP_tSwFA/?igsh=MXJjd3M5dzJldHh4cA==
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1UYKgBgLhQ/?mibextid=wwXIfr
๐ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZS9CFXdeP/
๐ฑYouTube: https://youtu.be/AJ9lbUl8S0E?si=ur97J1iXQ3vaGNH4
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ข๐ฆ๐ ๐๐๐ซ๐๐ฌ ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง
Perjuangan ini tidak boleh dilihat hanya untuk hari ini sahaja.. tetapi untuk masa depan yang lebih jauh, menuju 100 tahun UMNO nanti.
Kita mahu membina generasi Melayu yang kuat jiwanya, jernih akalnya dan tinggi akhlaknya. Generasi yang mampu memimpin, mencipta dan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Justeru, lima teras ini saya gariskan sebagai panduan untuk dua dasawarsa akan datang.
Bukan sekadar untuk memperkukuh parti.. tetapi untuk melahirkan manusia yang berjiwa besar, berilmu dan bersatu dalam kepimpinan.
#Konvensyen80TahunUMNO
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#DuluKiniSelamanya
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1E1N4bVpx5/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DX6V0yVEip2/?igsh=MWU2eXpiNWJrZ3FmcA==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051232976793432565?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX6WobvD9Jc?xmt=AQF0UJ_ZPaclPnVAb-IbJrXvpp4rkSNF6Nhc_nLPiZ8wbrd37GPJ34BVPtB7hE6ztIG-i6Q&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ง๐ฃ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ ๐๐๐๐: ๐๐๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ง ๐๐๐ค๐ฎ๐๐ญ๐๐ง, ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐
Semasa menyampaikan amanat dalam Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW pagi tadi, saya telah menegaskan bahawa ukuran kejayaan kini tidak lagi boleh dilihat pada jumlah projek atau peruntukan semata-mata.. tetapi pada perubahan yang benar-benar dirasai oleh rakyat.
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kita perlu mempertahankan pendapatan rakyat desa dan pada masa yang sama membina ekosistem yang lebih kukuh. Di sinilah pentingnya Ekonomi Desa Nasional sebagai pendekatan baharu untuk mengangkat desa sebagai pusat nilai dan peluang pertumbuhan.
Kita tidak boleh hanya membantu.. kita mesti membina sistem yang memberi peluang, pasaran dan nilai.
Potensi desa sebenarnya besar. Jika disusun dengan baik, insya-Allah desa boleh menjadi enjin pertumbuhan baharu negara.
Datuk Muhd Khair Razman telah meninggalkan legasi besar sepanjang menerajui KKDW. Banyak asas kukuh yang telah dibina dan ia akan terus menjadi asas kekuatan kepada kementerian ini.
Hari ini, saya juga mengalu-alukan kehadiran Datoโ Sri Suriani Ahmad sebagai KSU KKDW yang baharu. Dengan pengalaman dan kewibawaan beliau, saya yakin KKDW akan terus dipacu dengan pendekatan yang lebih dinamik dan berimpak.
Insya-Allah, dengan semangat Amanah, Zahir dan Hasil yang saya gariskan sebentar tadi, KKDW akan terus melangkah ke hadapan dalam mengangkat desa sebagai kekuatan masa depan Malaysia.
#EkonomiDesaNasional
#KKDW #PejuangDESA
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1LjD9EQ5Ct/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DX6J3zpkngL/?img_index=7&igsh=NWM3OThvNDFpMDho
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051205059946721326?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX6KDpej1v9?xmt=AQF0QX0HX8Ysi7fvhRCquxYhKyFkIY_EbnT_z2gW-8b9sXrnnSpGbmq2soNGzXyCjcraHlil&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐จ๐ฆ๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ซ๐ข๐ฌ๐๐ง ๐๐๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
Setiap detik kecemasan menuntut keberanian yang luar biasa. Dalam saat genting itulah, anggota bomba tampil ke hadapan tanpa ragu.. menggalas tanggungjawab demi melindungi nyawa dan harta benda rakyat.
Bersempena Hari Bomba Sedunia yang disambut pada hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas komitmen, disiplin serta pengorbanan yang tidak pernah mengenal batas waktu.
Saya mendoakan semoga seluruh warga bomba terus diberi kekuatan, perlindungan dan kecekalan dalam melaksanakan amanah yang cukup besar ini.
Selamat Hari Bomba Sedunia.
#JBPM
#HariBombaSedunia
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/1FTTTmMBEE/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DX54f53EhHf/?igsh=MTdkNXNsem91eXMwNg==
๐ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2051166914886668563?s=46
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX54ph8j1bP?xmt=AQF0swzjOafLZnQXNKwUzfW9OmY5MgoteE8y4kPQzitw5MNKlTAU3NocoqF7Ero3AYBJizo7&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง: ๐๐๐ง๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ค๐๐ง ๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก, ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง
Saya kongsikan rangkuman Sambutan 60 Tahun MARA yang berlangsung di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur.
Enam dekad perjalanan ini membuktikan peranan besar MARA dalam mengangkat pendidikan, keusahawanan dan ekonomi Bumiputera.
Insya-Allah, MARA akan terus menjadi pemangkin kepada masa depan generasi dan pembangunan negara.
#MARA60Tahun
#MARA #KKDW
#PejuangDESA
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS9QSw937/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DX5xmpBSYJt/?igsh=MXU0ZmVuaGpxM3Zh
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/18ifrdUam1/?mibextid=wwXIfr
๐ฑYoutube:
https://youtu.be/GSV-f91BnKg?si=ayo8B85NPbf9P1O2
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง: ๐ ๐๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฌ๐๐ซ ๐๐๐๐
Masa depan perlu dibina dengan keberanian untuk berubah dan kebijaksanaan menyusun langkah.
Tiga agenda besar ini menjadi asas kita:
1. Rumah Bangsa
2. Musyawarah Nasional
3. Grand Collaboration
Ini ikhtiar kita bersama untuk memperkukuh perjuangan dan membina masa depan yang lebih baik demi agama, bangsa dan tanah air.
Insya-Allah.
#Konvensyen80TahunUMNO
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#DuluKiniSelamanya
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1c6r3yf5Tz/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DX5qCWOkh4d/?img_index=2&igsh=MXE1d3FneWd2MHZx
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051134857200476297?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX5qAwqk8V-?xmt=AQF0snIy5t8QecvJT3oSvGYXnXMIDXBBeQsltaHchoQ3o-3nQsY-rKH2X8rsCTi-uP0GzSk&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐๐: ๐๐๐ฆ๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง๐ , ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐
MARA bukanlah sekadar tentang sebuah institusi, tetapi tentang kisah anak desa yang diberi peluang, keluarga yang diangkat martabatnya, serta usahawan yang dibimbing sehingga berjaya. Inilah amanah besar yang terus dipikul dalam memastikan Bumiputera tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
Dalam Majlis Malam Gala Persada MARA malam tadi, saya telah menegaskan bahawa MARA hari ini telah berkembang sebagai sebuah ekosistem pembangunan yang menyeluruh, merangkumi pendidikan, kemahiran, keusahawanan dan pelaburan strategik.
Kejayaan seperti MRSM serta kebolehpasaran tinggi graduan TVET MARA yang kini mencecah 98% membuktikan bahawa pendekatan yang kita bina mampu melahirkan generasi yang seimbang, berilmu dan berdaya saing.
Melangkah ke hadapan, MARA perlu bergerak daripada sekadar membuka peluang kepada membina penguasaan. Kita mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja menjadi penerima manfaat, tetapi pencipta peluang dan pemimpin masa depan negara.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua penerima Anugerah Persada MARA malam tadi, termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, alumni MARA yang menerima Anugerah Legasi Ikon Alumni MARA.
Sesungguhnya perjalanan ini masih belum selesai. Enam dekad adalah asas.. dan masa depan adalah medan untuk kita melangkah lebih jauh.
Teruskanlah "Menjunjung Amanah Rakyat".
#GalaPersadaMARA
#60TahunMARA
#MenjunjungAmanah
#MARA #KKDW
๐ฑFB:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0RXgEUBLUY4uS9GNvfvS8TkcBsDZbTQC3fP1t3gw3cQbDzdyynnLDEYv7u65CW5Yel&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DX5V01fEvrf/?igsh=b2RjNWpwd3RpMzN1
๐ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2051090655582281814?s=46
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX5WCp3j1B-?xmt=AQF0l0xTon7IVEmWKzKPkrj5CF90mqjdtWrIvNOqTDMtB6iEDzB-Mwr2mSdXmv0Wbqf9lFJD&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Endi mavjud! Telegram Tadqiqoti 2025 โ yilning asosiy insaytlari 
