es
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Ir al canal en Telegram

Mostrar más
El país no está especificadoLa categoría no está especificada
362
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
Sin datos30 días
Archivo de publicaciones
𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝 𝐀𝐠𝐫𝐢𝐤𝐨𝐦𝐨𝐝𝐢𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐠𝐫𝐢𝐤𝐨𝐦𝐨𝐝𝐢𝐭𝐢 Setibanya saya di Dewan Sawit, MPOB Bangi petang tadi, saya disambut cukup meriah oleh para pelajar IPT dan anak-anak muda yang hadir menjayakan Majlis Peluncuran Program Skuad Agrikomoditi anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). Melihat semangat mereka, saya yakin semakin ramai generasi muda mula melihat sektor agrikomoditi ini sebagai bidang yang mempunyai masa depan yang besar. Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa sektor agrikomoditi hari ini perlu bergerak seiring dengan teknologi, inovasi, mekanisasi dan pembangunan industri bernilai tinggi yang mampu membuka lebih banyak peluang kepada anak muda. Sebab itu, saya mahu agenda TVET Pertanian terus diperkasa bagi melahirkan generasi baharu yang mahir dan mampu membawa sektor ini ke tahap yang lebih tinggi dan berdaya saing. Saya juga percaya Skuad Agrikomoditi yang saya luncurkan sebentar tadi mampu menjadi jambatan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang pertanian dan komoditi, di samping membawa lebih ramai belia mendekati sektor yang menjadi antara kekuatan utama ekonomi negara ini. Tahniah saya ucapkan kepada KPK. Insya-Allah, usaha memperkukuh sektor agrikomoditi akan terus digerakkan supaya lebih ramai anak muda melihat bidang ini sebagai kerjaya masa depan yang membanggakan. #Agrikomoditi #KPK #SkuadAgrikomoditi #TVETPertanian 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/14ZGaYNc5jz/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DYCP4q_ElNn/?img_index=14&igsh=aTZveGRzZnkzMDNu 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2052344226445451716?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYCQOZHjzh8?xmt=AQG0-0mWTwf2Z0nN0jloE-MkSFlgNDARYZlCidFHZ25ZuBdZFPfW8o3k65zUUymCze9vzlr4&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔-𝟐𝟎𝟑𝟎 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 Cabaran sosial masa kini semakin kompleks.. semuanya saling berkait dan sedang berlaku di depan mata kita. Kesejahteraan sosial hari ini bukan lagi berkisar soal bantuan atau kebajikan sahaja, tetapi soal keselamatan rakyat dan ketahanan keluarga. Sebab itu, saya percaya dasar sosial negara tidak boleh lagi bergerak secara terpisah atau menunggu sesuatu isu menjadi parah baru mahu bertindak. Semasa melancarkan Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 sebentar tadi, saya telah menggariskan tiga anjakan besar yang perlu diberi perhatian iaitu daripada bantuan kepada keberdayaan; daripada silo kepada satu ekosistem yang bergerak bersama melibatkan pelbagai pihak; serta daripada pendekatan reaktif kepada pencegahan supaya tindakan dapat dilakukan lebih awal sebelum sesuatu masalah menjadi lebih besar. Penghargaan saya ucapkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta semua pihak yang terlibat dalam merangka pelan tindakan ini secara bersama. Harapan saya, semoga segala usaha yang digerakkan ini benar-benar mampu memperkukuh kesejahteraan rakyat serta membina masyarakat yang lebih terlindung, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. #DasarSosialNegara #PTDSN20262030 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1GoFDwBb4H/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DYB3PzyErwF/?img_index=9&igsh=OTE1Z2R2dDlxbHV3 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2052290004316213749?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYB3UrWD6ni?xmt=AQG0xDGxqWmR_7JoHdIRSzOLpi5sMCpz-jXGafmkCgTgRySGlUHsrFL7g3Y_os0Si4FyFB15&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 Dalam merangka hala tuju pendidikan negara, kita perlu berani melakukan pembaharuan yang menyeluruh dan bermakna. Pendidikan bukan sekadar dasar, tetapi amanah besar dalam membina masa depan bangsa dan negara. #KongresPendidikanBumiputera #UMNO80Tahun #DuluKiniSelamanya 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS9bUDmVR/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DX_2Ol2yzTC/?igsh=MWozMHQ2dDByaXp0cg== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DPwdNNLAt/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐆𝐞𝐧 𝐌𝐀𝐑𝐀, 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 Saya kongsikan rangkuman Perhimpunan Kami Gen MARA yang berlangsung di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur. Suasana yang cukup meriah dengan kehadiran alumni, warga MARA dan keluarga besar ANSARA mencerminkan semangat kebersamaan yang kuat. Saya turut berkongsi pandangan mengenai hala tuju MARA agar terus relevan, mandiri dan berdaya saing hingga ke peringkat global. Insya-Allah, kekuatan jaringan ini akan terus membawa MARA melangkah lebih jauh ke hadapan. #ANSARAMalaysia #60TahunMARA #MARA #KKDW 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS9bLSmDL/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DX_nPCVSLbL/?igsh=MXB0YTNjbHRyYzQyYw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1SBD7vfyg4/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/s_46Fp8rtpU?si=i8jm7LezbhA0pNe8 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Saya banyak terbaca di media sosial kebelakangan ini, ramai yang bertanya sama ada perlawanan Piala Dunia 2026 akan disiarkan secara LIVE atau tidak. Alhamdulillah, seperti yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, RTM dan Unifi TV telah dilantik sebagai penyiar rasmi FIFA World Cup 2026 di Malaysia. Jadi, dah confirm rakyat Malaysia boleh saksikan Piala Dunia secara LIVE nanti. Sekarang tinggal satu soalan.. nak sokong pasukan mana? Kredit: BERNAMA #FIFAWorldCup2026 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1ay7TeoQeC/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DX_Zz3QkkhI/?igsh=MWJtdGJ1aDh2dGpsNQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051943835660702109?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX_Z8-Bj2Yh?xmt=AQF0_avD3ZaN2-N110UxTGnJfJufv2r7C6DO2l7r20B1zrFtutOGosqHwx157xVkloZfFoN3&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Saya kongsikan rangkuman hari keempat Sambutan 60 Tahun MARA di WTC Kuala Lumpur, semasa pelancaran Ekosistem Halal MARA serta meluangkan masa meninjau reruai usahawan. Saya amat bangga melihat usaha dan kesungguhan usahawan Bumiputera yang terus menghasilkan produk tempatan berkualiti tinggi dan berpotensi menembusi pasaran global. Insya-Allah, inilah kekuatan yang akan terus kita perkukuh. #60TahunMARA #MARA #KKDW #PejuangDESA 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS9qeoDv6/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DX-saFtSX01/?igsh=MXRraXNtano5Z2dyYw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/18HryHz6yu/?mibextid=wwXIfr 📱YouTube: https://youtu.be/HGWJAMqmlCw?si=hZx0pBgyFtMiC-zB 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐚𝐫𝐭𝐚𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 Pendidikan tahfiz perlu diberi tempat yang lebih bermakna dalam arus perdana negara. Insya-Allah, saya akan usahakan penubuhan Majlis Tahfiz Negara sebagai langkah memperkukuh peranan dan hala tuju pendidikan tahfiz secara lebih tersusun. Matlamat kita adalah untuk melahirkan generasi huffaz profesional yang bukan sahaja menguasai ilmu, tetapi turut mampu memimpin dan menyumbang kepada pembangunan negara. #PendidikanTahfiz #KongresPendidikanBumiputera #UMNO80Tahun #DuluKiniSelamanya 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS94TMhD7/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DX9T2K0yiSQ/?igsh=MXQwMGU5Nm5oZG11Ng== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DYMFTLYFh/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtube.com/shorts/est4hbReK1I?si=460SthqqWD2VadUX 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Saya sempat singgah ke HAVOC Food Festival di WTC melihat jualan makanan yang disediakan di sini. Memang banyak pilihan.. macam-macam ada 😄 Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir dan memeriahkan Sambutan 60 Tahun MARA ini. Sokongan anda semua sangat bermakna, terutamanya kepada usahawan tempatan yang berniaga di sini. Kalau kita buat lagi tahun depan okay ke? #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #MARA #KKDW 📱FB: https://www.facebook.com/share/1BNrhv6rMS/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DX9MlxZEipq/?img_index=3&igsh=M2l4dng1NGRlY3k1 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051633166511993251?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX9MnSZD3Lc?xmt=AQF0z_DpASxd3zc1V4aVbo9vqYpMLtLs2w1JvCJ5PBG5e8a7t2mZMxrlLGtgYC1cP5_jnZBV&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Usai program di Dewan Merdeka, saya sempat singgah ke Festival Muzik IPMA yang turut berlangsung di WTC KL sempena Sambutan 60 Tahun MARA. Kebetulan ada persembahan daripada kumpulan MARESMAF Wind Orkestra (MAWO), anak-anak hebat MRSM Ulul Albab FELDA Trolak. Seperti biasa.. persembahan mereka cukup memukau. Kualitinya bukan biasa-biasa, memang bertaraf antarabangsa. Inilah generasi MRSM yang cukup istimewa. Menghafaz al-Quran, cemerlang akademik.. dalam masa yang sama mampu menguasai muzik hingga menjuarai pentas dunia di Prague tahun lalu. Bangga saya melihat mereka beraksi. Inilah bukti bahawa MARA telah melahirkan generasi yang serba boleh, berdisiplin dan mampu membawa nama Malaysia ke peringkat global. Hebat anak-anak MRSM ni.. inilah Gen MARA! #MARA60Tahun #MenjunjungAmanah #MARA #KKDW 📱FB: https://www.facebook.com/share/1EHzfcCtfm/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DX9FtSvkqbL/?img_index=3&igsh=MWFrdTgyMXF5dHlkag== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051618286945857837?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX9FujrDwI7?xmt=AQF0bc1Ll4q3ru74sBErgoVbycPbqJuyhNSftIqNmq5mR09QmqX8PQZvZmPIPBNxq5mRcPpu&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐆𝐞𝐧 𝐌𝐀𝐑𝐀! Semasa melangkah masuk ke Perhimpunan Kami Gen MARA pagi tadi, saya cukup teruja melihat Dewan Merdeka WTC dipenuhi ribuan alumni, warga MARA dan keluarga besar ANSARA Malaysia. Semangat Gen MARA ini memang luar biasa.. rasa kebersamaan dan jati diri tu cukup kuat. Saya turut berpeluang berkongsi pandangan dalam sesi ‘Unplugged ANSARA’ bersama Presiden ANSARA, saudara Taufiq Hussien. Banyak perkara disentuh berkaitan hala tuju masa depan MARA, pengukuhan tadbir urus, agenda pendidikan serta usaha memperkasa keusahawanan di MARA. Apa yang saya tekankan, MARA perlu terus relevan untuk semua.. di bandar, perdesaan malah hingga ke peringkat global. Kita mahu MARA lebih mandiri dan bersedia untuk jangka masa panjang. Saya juga cukup teruja melihat keterlibatan aktif alumni ANSARA yang tampil dengan soalan, pandangan dan idea yang bernas. Inilah kekuatan sebenar MARA.. satu ekosistem yang kukuh dengan jaringan insan yang hebat. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir dan terus menyumbang kepada perjuangan ini. Semangat ini yang akan terus membawa MARA melangkah lebih jauh ke hadapan. #ANSARAMalaysia #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #MARA #KKDW 📱FB: https://www.facebook.com/share/14aEtWGT9mk/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DX8-0hzEpxn/?img_index=9&igsh=MXJ2bGRobHI1d2o5Yg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051602892507988312?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX8-2ctjzCd?xmt=AQF0eIAa0FayQAcXmcp6Hoed4WbViYSMpW1v_0eQJBEY8SrBvDJ62RF4Smn5tBzkQoael_ud&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Semasa saya melawat reruai usahawan petang tadi, saya dibawa ke reruai FELCRA untuk bertemu dengan Chik Ah. Pengusaha dodol yang pernah tulis surat kepada saya. Dapat juga saya bertemu dengan Chik Ah. Makin famous Chik Ah sekarang. Saya doakan semoga Chik Ah terus diberikan kesihatan yang baik dan perniagaan tradisi ini terus beroleh kejayaan. Aamiin. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1AoXAo4SLu/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DX61gBwkg2D/?img_index=1&igsh=MXM0NGo4OTB3Zjhmaw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051300912862515545?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX61haVDzKI?xmt=AQF094_cZAGyRPG-jSxXOz1ecqBgpVOsxxk1xsspuh6kstwRp_PhXqQR4ibomTQErr0lKbBG&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐄𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐮𝐤𝐚 𝐋𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 Dari Putrajaya, saya terus ke WTC Kuala Lumpur untuk bersama para usahawan MARA di sini dan menyempurnakan Majlis Pelancaran Ekosistem Halal MARA. Industri halal hari ini membawa makna yang jauh lebih besar. Ia menjadi simbol kepercayaan, kualiti dan integriti yang semakin diyakini di peringkat global. Saya mahu melihat usahawan Bumiputera berada di barisan hadapan, menguasai pengeluaran, inovasi dan pasaran halal antarabangsa. Justeru, hala tuju Ekosistem Halal MARA yang saya gariskan sebentar tadi memberi tumpuan kepada pengukuhan kepakaran halal, peluasan program bimbingan dan pensijilan, percepatan pendigitalan melalui MyHALAL MARA serta pembangunan ekosistem pendidikan keusahawanan halal yang lebih tersusun untuk melahirkan bakat baharu. Insya-Allah, langkah ini akan membuka ruang yang lebih luas untuk usahawan Bumiputera melangkah lebih jauh dan bersaing di peringkat global. #EkosistemHalalMARA #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #MARA #KKDW 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1D8rPMMTZg/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DX6ruG3EpOY/?img_index=9&igsh=MWdybjRraGV6a21weg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051279513208906218?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX6r9-4j0Md?xmt=AQF0XtM9aWp-M9FlY53C_vroiv60mCq_7JdvL-l4DaiJdF9spknbav8wdS49l0meVDp8H3I&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Alhamdulillah, MARA kini memasuki 60 tahun penubuhannya dalam menjunjung amanah memperkasa pembangunan masyarakat di negara ini. Ke hadapan, usaha memperkukuh tadbir urus, pelaburan strategik serta keupayaan berdikari akan terus menjadi keutamaan. Insya-Allah, MARA akan terus memainkan peranan yang lebih besar dalam membina generasi dan memacu kemajuan negara. #60TahunMARA #MARA #KKDW #PejuangDESA 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS9CM38Eq/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DX6mjZ5yeRI/?igsh=MTloMDU0NzZxa2JocQ== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/18X7JL6A2m/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/68_ano1UDd0?si=OXBEV1BAjAeb7KYj 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Selamat bersara, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar. Secara peribadi, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala khidmat, bakti dan kesetiaan Datuk sepanjang bersama saya dan keluarga besar KKDW. Hubungan saya dengan Datuk bukan baharu. Datuk pernah berkhidmat sebagai SUSK saya ketika saya menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri buat kali pertama, dan kemudiannya sebagai KSU di KKDW. Banyak perjalanan, cabaran dan kenangan telah kita lalui bersama dan semuanya akan kekal saya hargai selamanya. Mewakili seluruh warga Kementerian, terima kasih atas segala jasa Datuk dalam memastikan aspirasi KKDW untuk rakyat desa dapat diterjemahkan dengan sebaiknya, daripada perancangan dasar sehingga pelaksanaan di lapangan. Saya mendoakan agar Datuk terus dikurniakan kesihatan, ketenangan dan dipermudahkan segala urusan dalam fasa baharu ini. Terima kasih Datuk. Saya kongsikan video yang disediakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Segala bakti Datuk akan sentiasa dikenang. 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DX6gP_tSwFA/?igsh=MXJjd3M5dzJldHh4cA== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1UYKgBgLhQ/?mibextid=wwXIfr 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS9CFXdeP/ 📱YouTube: https://youtu.be/AJ9lbUl8S0E?si=ur97J1iXQ3vaGNH4 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐋𝐢𝐦𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐔𝐬𝐢𝐚 𝟏𝟎𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 Perjuangan ini tidak boleh dilihat hanya untuk hari ini sahaja.. tetapi untuk masa depan yang lebih jauh, menuju 100 tahun UMNO nanti. Kita mahu membina generasi Melayu yang kuat jiwanya, jernih akalnya dan tinggi akhlaknya. Generasi yang mampu memimpin, mencipta dan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Justeru, lima teras ini saya gariskan sebagai panduan untuk dua dasawarsa akan datang. Bukan sekadar untuk memperkukuh parti.. tetapi untuk melahirkan manusia yang berjiwa besar, berilmu dan bersatu dalam kepimpinan. #Konvensyen80TahunUMNO #UMNO80Tahun #UMNO #RumahBangsa #DuluKiniSelamanya 📱FB: https://www.facebook.com/share/1E1N4bVpx5/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DX6V0yVEip2/?igsh=MWU2eXpiNWJrZ3FmcA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051232976793432565?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX6WobvD9Jc?xmt=AQF0UJ_ZPaclPnVAb-IbJrXvpp4rkSNF6Nhc_nLPiZ8wbrd37GPJ34BVPtB7hE6ztIG-i6Q&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐊𝐊𝐃𝐖: 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 Semasa menyampaikan amanat dalam Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW pagi tadi, saya telah menegaskan bahawa ukuran kejayaan kini tidak lagi boleh dilihat pada jumlah projek atau peruntukan semata-mata.. tetapi pada perubahan yang benar-benar dirasai oleh rakyat. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kita perlu mempertahankan pendapatan rakyat desa dan pada masa yang sama membina ekosistem yang lebih kukuh. Di sinilah pentingnya Ekonomi Desa Nasional sebagai pendekatan baharu untuk mengangkat desa sebagai pusat nilai dan peluang pertumbuhan. Kita tidak boleh hanya membantu.. kita mesti membina sistem yang memberi peluang, pasaran dan nilai. Potensi desa sebenarnya besar. Jika disusun dengan baik, insya-Allah desa boleh menjadi enjin pertumbuhan baharu negara. Datuk Muhd Khair Razman telah meninggalkan legasi besar sepanjang menerajui KKDW. Banyak asas kukuh yang telah dibina dan ia akan terus menjadi asas kekuatan kepada kementerian ini. Hari ini, saya juga mengalu-alukan kehadiran Dato’ Sri Suriani Ahmad sebagai KSU KKDW yang baharu. Dengan pengalaman dan kewibawaan beliau, saya yakin KKDW akan terus dipacu dengan pendekatan yang lebih dinamik dan berimpak. Insya-Allah, dengan semangat Amanah, Zahir dan Hasil yang saya gariskan sebentar tadi, KKDW akan terus melangkah ke hadapan dalam mengangkat desa sebagai kekuatan masa depan Malaysia. #EkonomiDesaNasional #KKDW #PejuangDESA 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1LjD9EQ5Ct/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DX6J3zpkngL/?img_index=7&igsh=NWM3OThvNDFpMDho 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051205059946721326?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX6KDpej1v9?xmt=AQF0QX0HX8Ysi7fvhRCquxYhKyFkIY_EbnT_z2gW-8b9sXrnnSpGbmq2soNGzXyCjcraHlil&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐨𝐦𝐛𝐚 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Setiap detik kecemasan menuntut keberanian yang luar biasa. Dalam saat genting itulah, anggota bomba tampil ke hadapan tanpa ragu.. menggalas tanggungjawab demi melindungi nyawa dan harta benda rakyat. Bersempena Hari Bomba Sedunia yang disambut pada hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas komitmen, disiplin serta pengorbanan yang tidak pernah mengenal batas waktu. Saya mendoakan semoga seluruh warga bomba terus diberi kekuatan, perlindungan dan kecekalan dalam melaksanakan amanah yang cukup besar ini. Selamat Hari Bomba Sedunia. #JBPM #HariBombaSedunia 📱FB: https://www.facebook.com/share/1FTTTmMBEE/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DX54f53EhHf/?igsh=MTdkNXNsem91eXMwNg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051166914886668563?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX54ph8j1bP?xmt=AQF0swzjOafLZnQXNKwUzfW9OmY5MgoteE8y4kPQzitw5MNKlTAU3NocoqF7Ero3AYBJizo7&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐀𝐑𝐀 𝟔𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧: 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 Saya kongsikan rangkuman Sambutan 60 Tahun MARA yang berlangsung di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur. Enam dekad perjalanan ini membuktikan peranan besar MARA dalam mengangkat pendidikan, keusahawanan dan ekonomi Bumiputera. Insya-Allah, MARA akan terus menjadi pemangkin kepada masa depan generasi dan pembangunan negara. #MARA60Tahun #MARA #KKDW #PejuangDESA 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS9QSw937/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DX5xmpBSYJt/?igsh=MXU0ZmVuaGpxM3Zh 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/18ifrdUam1/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/GSV-f91BnKg?si=ayo8B85NPbf9P1O2 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧: 𝟑 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐔𝐌𝐍𝐎 Masa depan perlu dibina dengan keberanian untuk berubah dan kebijaksanaan menyusun langkah. Tiga agenda besar ini menjadi asas kita: 1. Rumah Bangsa 2. Musyawarah Nasional 3. Grand Collaboration Ini ikhtiar kita bersama untuk memperkukuh perjuangan dan membina masa depan yang lebih baik demi agama, bangsa dan tanah air. Insya-Allah. #Konvensyen80TahunUMNO #UMNO80Tahun #UMNO #RumahBangsa #DuluKiniSelamanya 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1c6r3yf5Tz/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DX5qCWOkh4d/?img_index=2&igsh=MXE1d3FneWd2MHZx 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051134857200476297?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX5qAwqk8V-?xmt=AQF0snIy5t8QecvJT3oSvGYXnXMIDXBBeQsltaHchoQ3o-3nQsY-rKH2X8rsCTi-uP0GzSk&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐀𝐑𝐀: 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 MARA bukanlah sekadar tentang sebuah institusi, tetapi tentang kisah anak desa yang diberi peluang, keluarga yang diangkat martabatnya, serta usahawan yang dibimbing sehingga berjaya. Inilah amanah besar yang terus dipikul dalam memastikan Bumiputera tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Dalam Majlis Malam Gala Persada MARA malam tadi, saya telah menegaskan bahawa MARA hari ini telah berkembang sebagai sebuah ekosistem pembangunan yang menyeluruh, merangkumi pendidikan, kemahiran, keusahawanan dan pelaburan strategik. Kejayaan seperti MRSM serta kebolehpasaran tinggi graduan TVET MARA yang kini mencecah 98% membuktikan bahawa pendekatan yang kita bina mampu melahirkan generasi yang seimbang, berilmu dan berdaya saing. Melangkah ke hadapan, MARA perlu bergerak daripada sekadar membuka peluang kepada membina penguasaan. Kita mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja menjadi penerima manfaat, tetapi pencipta peluang dan pemimpin masa depan negara. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua penerima Anugerah Persada MARA malam tadi, termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, alumni MARA yang menerima Anugerah Legasi Ikon Alumni MARA. Sesungguhnya perjalanan ini masih belum selesai. Enam dekad adalah asas.. dan masa depan adalah medan untuk kita melangkah lebih jauh. Teruskanlah "Menjunjung Amanah Rakyat". #GalaPersadaMARA #60TahunMARA #MenjunjungAmanah #MARA #KKDW 📱FB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0RXgEUBLUY4uS9GNvfvS8TkcBsDZbTQC3fP1t3gw3cQbDzdyynnLDEYv7u65CW5Yel&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DX5V01fEvrf/?igsh=b2RjNWpwd3RpMzN1 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2051090655582281814?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX5WCp3j1B-?xmt=AQF0l0xTon7IVEmWKzKPkrj5CF90mqjdtWrIvNOqTDMtB6iEDzB-Mwr2mSdXmv0Wbqf9lFJD&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel