es
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Ir al canal en Telegram

Mostrar más
El país no está especificadoLa categoría no está especificada
364
Suscriptores
Sin datos24 horas
+27 días
+230 días
Archivo de publicaciones
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐊𝐨𝐬 𝐒𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 Seterusnya di Parlimen, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bagi meneliti dan membincangkan beberapa dasar utama dan hala tuju Kerajaan berkaitan inisiatif dan strategi dalam menangani isu kos sara hidup. Antara tumpuan utama yang dibincangkan ialah pelaksanaan Program TVET Tahfiz, hasil kerjasama pelbagai kementerian dan agensi termasuk KPT, KPM, JAKIM, MARA dan KESUMA. Melalui inisiatif ini, pelajar tahfiz dan pondok akan diberi akses kepada program kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Malaysian Qualifications Agency (MQA). Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran mereka, tetapi juga memperkukuh pendapatan komuniti Islam dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Mesyuarat turut meneliti isu kos tambahan persekolahan seperti tambang bas dan yuran PIBG yang membebankan ibu bapa berpendapatan rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia kini sedang menilai semula struktur perbelanjaan persekolahan serta meneroka kerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memperluas perkhidmatan bas percuma untuk golongan B40. Insya-Allah, melalui sinergi pelbagai pihak dan pendekatan berasaskan data serta realiti kehidupan rakyat, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh inisiatif penjanaan pendapatan, bantuan bersasar dan program intervensi harga demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. #NACCOL2025 #TVETTahfiz #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19y6dkiEEm/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQG3030El4V/?igsh=MTVrcXZ3NDdibHJjeQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1980937476748575150?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQG30DzD80U?xmt=AQF0hrO7hcNtHYTXyxI7PWLV0k22nc0_tR4NLSMsQIybLA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Selesai menyempurnakan Majlis Perasmian Global Skills Forum 2025 pagi tadi, saya terus ke Parlimen bagi mendengar Ucapan Penerangan Pendirian Kerajaan MADANI Berhubung Pemberian Khas Persekutuan kepada Sabah yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ucapan beliau menjelaskan dengan tuntas mengenai komitmen Kerajaan MADANI dalam menunaikan tanggungjawab perlembagaan terhadap Sabah serta memastikan setiap keputusan dibuat dengan berlandaskan undang-undang, prinsip keadilan dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Sejak awal pentadbiran, Kerajaan MADANI telah menunjukkan iltizam yang jelas dalam memperkukuh hubungan Persekutuan-Negeri, termasuk peningkatan peruntukan pembangunan dan pelaksanaan pelbagai projek strategik demi kesejahteraan rakyat Sabah. Saya yakin bahawa kesepakatan yang berteraskan kepercayaan dan saling menghormati antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus menjadi asas kepada kemajuan serta perpaduan Sabah dan Malaysia secara keseluruhan. Insya-Allah. #ParlimenMalaysia #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Aze2Zf8wu/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQGkZIRkvRx/?igsh=MXJiZ2Zqd3ZoenZzNw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1980894574135636345?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQGkYoQj3k3?xmt=AQF0yVsoYWHZB0sanMupqwO33GznIM0EQCNjCOUqu5YIEw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥 𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐭𝐢𝐫𝐚𝐟𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 Pagi tadi, saya berbesar hati merasmikan Global Skills Forum 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Ini merupakan edisi pertama Forum tersebut diadakan di luar Geneva, Switzerland sejak ia ditubuhkan oleh International Labour Organization (ILO). Lebih bermakna, forum ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah ILO, H.E. Mr. Gilbert F. Houngbo, bersama delegasi dari hampir 50 buah negara. Kehadiran mereka menjadi bukti pengiktirafan dunia terhadap komitmen Malaysia dalam memimpin agenda pembangunan kemahiran di rantau ini. Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya amat berbangga melihat Malaysia menjadi negara pilihan pertama bagi penganjuran Forum yang berprestij ini. Saya percaya bahawa dalam dunia yang sedang berubah pantas ini, 𝑠𝑘𝑖𝑙𝑙𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑛𝑒𝑤 𝑐𝑢𝑟𝑟𝑒𝑛𝑐𝑦. Kemahiranlah yang akan menentukan daya tahan, nilai dan masa depan sesebuah bangsa. Di bawah 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁 𝑌𝑒𝑎𝑟 𝑜𝑓 𝑆𝑘𝑖𝑙𝑙𝑠 (𝐴𝑌𝑂𝑆) 2025 yang dianjurkan bersempena dengan 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁-𝑀𝑎𝑙𝑎𝑦𝑠𝑖𝑎𝑛 𝐶ℎ𝑎𝑖𝑟𝑚𝑎𝑛𝑠ℎ𝑖𝑝 2025, Malaysia memberi tumpuan kepada penyelarasan antara pendidikan dan industri, pemerkasaan golongan muda serta pengiktirafan kemahiran rentas sempadan. Ini seiring dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk menjadikan TVET sebagai pemacu utama daya saing dan kemajuan ekonomi negara. Insya-Allah, Malaysia akan terus memperkukuh ekosistem TVET berteraskan ilmu, nilai dan kemahiran, agar tenaga kerja kita kekal relevan, beretika dan berdaya saing dalam dunia yang sedang berubah pantas. #GlobalSkillsForum2025 #ASEANYearOfSkills2025 #MyASEAN2025 #TVETMalaysia #ASEANTVET 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BVAQbyE17/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQGXMaoklsW/?igsh=YXkwMGhiMGdtdTdl 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1980865679361524138?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQGXNxJD1k6?xmt=AQF05zlqqdbwZaMItCMtB0knthL5vQ_cSUC7p1b71MzHCg&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐒𝐩𝐨𝐫𝐭𝐬 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐲 𝐄𝐱𝐩𝐨 𝟐𝟎𝟐𝟓 Ketika berlangsungnya ASEAN Sports Industry Expo 2025, saya berkesempatan meninjau beberapa reruai yang mempamerkan pelbagai inovasi dan teknologi sukan terkini dari dalam dan luar negara. Program seperti ini bukan sahaja mengangkat industri sukan sebagai pemangkin ekonomi baharu, tetapi juga memperkukuh hubungan serantau melalui semangat perpaduan dan kesukanan. #ASEANSportsIndustryExpo2025 #MyASEAN2025 #KBS #RancakkanMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSUsVoWmo/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQEojFzks2f/?igsh=MWtlamZvbGY0MjZ6bw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DK1ktgD3g/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮 Sempat meluangkan masa meninjau reruai usahawan tempatan dan antarabangsa di SME Venture @ASEAN 2025. Melihat sendiri kreativiti, inovasi dan semangat tinggi para usahawan ini benar-benar membanggakan. Inilah tenaga baharu yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi serantau. #SMEVentureASEAN2025 #PMKS #UsahawanMalaysia #OneASEANSME #MADANIBekerja 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSUs9k2cv/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQEhOL0kn2X/?igsh=aHJiNnVqaTR3amtq 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1Bf2FZt9cN/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐬𝐮𝐬𝐮𝐧 Petang ini di Parlimen, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW bagi memastikan hala tuju kementerian terus selari dengan matlamat dan aspirasi yang telah digariskan. Dengan hanya tinggal beberapa bulan sebelum kita melangkah ke tahun baharu, tumpuan utama perbincangan kali ini adalah untuk menyemak semula perancangan serta penyelarasan program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh semua agensi di bawah KKDW. Saya telah tekankan dalam mesyuarat bahawa baki masa yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya supaya setiap program yang dirancang berjalan lancar serta memberikan impak terbaik kepada masyarakat. Yang lebih penting, kita mahu memastikan tiada pertindihan pelaksanaan antara agensi dan setiap inisiatif dapat sampai tepat kepada kumpulan sasar. Insya-Allah, dengan sinergi dan kerjasama yang kukuh di peringkat kementerian dan agensi pelaksana ini, KKDW akan terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah kementerian yang berfokus, cekap dan relevan dalam memperkasa agenda pembangunan desa sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat. #MPT2025 #KKDW #PejuangDESA #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1FHpobPx4X/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQETAezEnmW/?img_index=1&igsh=MXNrbmFwc3F6M3Vwcg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1980574896364421175?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQETK4fj1Vy?xmt=AQF0s2NY-vlar6LHrLPv89gkxwnTpTvW7N5U5jSxntS08g&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐌𝐊𝐒 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐣𝐮 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) merupakan tulang belakang ekonomi negara di mana ianya sahaja telah menyumbang 39.5% kepada KDNK dan membuka peluang pekerjaan kepada jutaan rakyat. Justeru, kejayaan ekonomi Malaysia pada masa hadapan sangat bergantung kepada keupayaan kita dalam memperkasa sektor ini agar terus berdaya saing, inovatif dan mampan. Atas kepentingan itu, hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) Bil. 1/2025 di Kuala Lumpur bagi bersama-sama merangka dasar dan hala tuju baharu keusahawanan negara. Mesyuarat hari ini turut menyambut baik pengumuman Belanjawan 2026 dengan kemudahan pinjaman dan jaminan bernilai RM50 bilion bagi menyokong pertumbuhan PMKS dan koperasi di seluruh negara. Antara ketetapan penting yang telah diputuskan dalam mesyuarat sebentar tadi ialah pelaksanaan Strategi Kebangsaan Anti-Rasuah untuk PKS bagi meningkatkan budaya etika dan integriti dalam perniagaan. Pendekatan baharu ini akan memanfaatkan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) bagi mempercepat pelaksanaan inisiatif dan memastikan keberkesanannya kepada usahawan. Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh ekosistem keusahawanan negara melalui dasar yang inklusif, progresif dan berpaksikan integriti. Matlamat kita jelas iaitu untuk menjadikan PMKS sebagai pemacu utama ekonomi nasional dan serantau serta mewujudkan peluang lebih luas kepada rakyat selari dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) dan pembangunan Malaysia MADANI. #PMKS #DKN2030 #Keusahawanan #Belanjawan2026 #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BrSinxYpE/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQD-ai_ki5B/?igsh=ZGY0MTJmbmN4dGlw 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1980529683566633386?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQD-cCYDxkU?xmt=AQF0xYLTgvw9-FLL4VTRO5MKiD4QvkXeiEqZEgoboQa2Cg&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧, 𝐑𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢𝐚𝐧 Saya kongsikan momen ketika menghadiri rumah terbuka masyarakat India di Bagan Datuk sebuah kesempatan yang penuh makna untuk menyemai muhibah dan merapatkan silaturahim antara kita semua. Terima kasih atas sambutan mesra yang penuh keikhlasan. Semoga cahaya Deepavali kali ini terus menyinari hati dengan kebahagiaan dan keberkatan untuk seluruh rakyat Malaysia. ✨ #Deepavali2025 #BaganDatuk #MalaysiaMADANI #BaganDatukNombor1 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSUgmA2ty/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/15NA9Wrcx9i/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQCJGhfEusk/?igsh=MXJwaXBqcm45ZDV0aA== 📱YouTube: https://youtu.be/AruQ-LcxTH8?si=hPuU2NOJwy6D3V8s 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧, 𝐑𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢𝐚𝐧 Kalau semalam kita bersama dalam majlis penuh warna warni di dewan, hari ini pula saya berpeluang memenuhi undangan rumah terbuka masyarakat India di Bagan Datuk - menyambung silaturahim dan mengukuhkan muhibah yang telah lama terjalin. Inilah suasana yang saya nantikan setiap kali tibanya musim perayaan. Setiap senyuman, setiap hidangan, dan setiap salam yang dihulurkan mengingatkan saya bahawa kekuatan sebenar negara ini terletak pada kasih dan hormat antara kita semua, tanpa mengira kaum dan agama. Terima kasih atas sambutan yang mesra dan keikhlasan yang tidak pernah putus. Moga cahaya Deepavali kali ini menerangi hati dengan kebahagiaan, keharmonian, dan keberkatan buat seluruh rakyat Malaysia. ✨ Selamat Menyambut Deepavali 2025! ✨ #Deepavali2025 #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1K7YaNW2Vx/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQCCw_jEldU/?igsh=bG8xdXRob2dsaHE3 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1980257832726589581?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQCC_vJDxtG?xmt=AQF0xtTe-l0wQl9YYe4gsYk-uuy0UvOHssEDZsa_d39n7A&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐞𝐩𝐚𝐯𝐚𝐥𝐢 𝐃𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Saya kongsikan momen penuh makna bersama masyarakat India di Bagan Datuk dalam suasana Deepavali yang meriah, berwarna-warni dan penuh kasih sayang. Kegembiraan yang terpancar di wajah setiap yang hadir mengingatkan kita tentang indahnya Malaysia kepelbagaian yang dirai dalam semangat kekeluargaan dan perpaduan. Happy Deepavali! #Deepavali2025 #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1D9rdj8obL/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQA-3PDEuu1/?igsh=MXBmMDFraXM0ZzZvNQ== 📱YouTube: https://youtu.be/B18_FmSjbOg?si=XaQCx6CmS9lxhEns 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐃𝐞𝐞𝐩𝐚𝐯𝐚𝐥𝐢 Saya dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia khususnya kepada warga Bagan Datuk. Bersempena dengan sambutan Hari Deepavali pada tahun ini, marilah kita bersama-sama memperkukuh hubungan silaturahim dan terus memelihara keharmonian yang menjadi kekuatan Malaysia. Happy Deepavali. Deepavali Nal Valthukkal. #Deepavali2025 #MalaysiaMADANI #PerpaduanDalamKepelbagaian 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1C6t6Qegzk/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQAtIEzkvhD/?igsh=cjd4aDY3ZG1jYjZ1 📱YouTube: https://youtu.be/bVFKPWGD80U?si=qY1EPshhHMuCDTm2 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐞𝐩𝐚𝐯𝐚𝐥𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Petang tadi, saya pulang ke Bagan Datuk untuk bersama-sama meraikan Majlis Sambutan Deepavali 2025 bersama komuniti India di Parlimen ini. Saya amat terharu dan tersentuh hati melihat ribuan yang hadir, ada saya lihat tadi anak-anak kecil bersama ibu bapa, anak muda bersama orang tuanya dan ada juga sempat saya sapa katanya baru pulang ke kampung bagi merayakan perayaan ini bersama keluarga. Terima kasih buat semua yang dapat bersama dan juga semua yang telah menjayakan sambutan ini yang diatur penuh meriah. Semoga perayaan sebegini menjadi jambatan untuk kita terus memperkukuh hubungan kekeluargaan, menyemai semangat perpaduan dan kasih sayang sesama kita. Happy Deepavali! #Deepavali2025 #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1ExtkLUGF2/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DP_fV0UEiBy/?igsh=MXJuZHE3dm52cHJvcQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1979898418924544401?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP_fibID45Z?xmt=AQF0w6LJ7GhDu1kde0K9qVDfM2_vNPper5DTZQvtYreacA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐃𝐞𝐞𝐩𝐚𝐯𝐚𝐥𝐢 Kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia khususnya di Bagan Datuk, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2025 walau di mana jua anda berada. Dalam semangat Deepavali ini, marilah kita terus mengukuhkan perpaduan, memperkukuh semangat toleransi, hormat-menghormati dan kasih sayang yang menjadi asas kekuatan negara kita yang berbilang kaum dan budaya. Saya percaya, seperti cahaya pelita yang menyinari kegelapan, perpaduan rakyat Malaysia akan terus menjadi sinar yang membawa negara ini menuju masa depan yang makmur dan sejahtera. Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya. Semoga Deepavali kali ini membawa cahaya kebahagiaan dan kesejahteraan buat semua yang merayakannya. Happy Deepavali Deepavali Nal Valthukkal #Deepavali2025 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1FsT8ni7nf/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DP_ZBncEj97/?igsh=MXV6aG1ybGlsZTIwNQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1979884798471746019?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP_ZR8BD7FH?xmt=AQF0zDNfInuMrm17RQ-SlHCrmZdb5z1RrOZ1mUYeRrFkWg&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥: 𝐈𝐧𝐟𝐫𝐚𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮𝐫 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 Kerajaan kini merancang pembinaan pusat pemindahan kekal di kawasan tinggi, khususnya berhampiran sekolah dan dewan orang ramai, bagi memastikan keselamatan serta keselesaan mangsa bencana sepanjang tempoh pemindahan. Fasiliti ini akan dilengkapi dapur, bilik mandi dan kemudahan asas yang lebih selesa untuk kegunaan komuniti. Menariknya, dewan ini boleh dimanfaatkan sebagai kemudahan untuk sekolah dan penduduk setempat ketika tidak berlaku bencana, ini dapat memastikan setiap peruntukan yang dibelanjakan membawa manfaat berterusan kepada rakyat. #KesiapsiagaanBencana #NADMA #JPBP2025 #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSUVqc41Q/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DP_KA8vEuNv/?igsh=dXd6bTAwMmV4YzB6 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/14LTZiZQsxm/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫: 𝐒𝐞𝐫𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐃𝐮𝐠𝐚𝐚𝐧 Kerajaan menyalurkan lebih RM2.2 bilion bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi banjir di seluruh negara, termasuk RM460 juta kepada NADMA untuk pengurusan bencana secara menyeluruh. Langkah ini turut diperkasa dengan sistem amaran awal, penggunaan satelit GRIN dan sokongan pasukan radio amatur di kawasan berisiko. Pendekatan ini menggambarkan komitmen kerajaan memastikan keselamatan rakyat menjadi keutamaan bukan hanya ketika bencana melanda, tetapi melalui tindakan awal dan kerjasama seluruh masyarakat. #KesiapsiagaanBencana #NADMA #JPBP2025 #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSU4Em8tW/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DP-eLszEq7L/?igsh=Z284bnhzM2E2eWg0 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1HpnXyZT5k/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝟐𝟏ˢᵗ 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐆𝐮𝐚𝐧𝐠𝐱𝐢 𝐂𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧: 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐚𝐤𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 Saya kongsikan rangkuman Majlis Perasmian The 21st World Guangxi Convention di Kuala Lumpur simbol keakraban hubungan Malaysia–China yang telah terjalin lebih lima dekad. Saya menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama dalam pelaburan bernilai tinggi, tenaga hijau, pelancongan mampan dan industri kreatif demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara. Insya-Allah, semoga hubungan ini terus subur demi kemakmuran serantau dan masa depan Asia yang sejahtera. #21WorldGuangxiConvention #MalaysiaChina #Guangxi #MyASEAN2025 #RancakkanMADANI 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DP85AbDEo0M/?igsh=MXg3ZHQxOWU5NXIzcA== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1CGzUSArj9/?mibextid=wwXIfr 📱YouTube: https://youtu.be/DV0apXCPiD8?si=W-CslW4rV0bfoeGN 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐌𝐀𝐑𝐀 & 𝐒𝐞𝐦𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 Seterusnya, saya ke Putatan bagi bersama warga Sabah dalam Program Pemerkasaan Wanita MARA dan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI 2025 yang menjadi wadah penting dalam memperkasa golongan wanita serta memperkukuh semangat kenegaraan dalam kalangan rakyat, khususnya di Sabah. Kerajaan sentiasa komited memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada inisiatif keusahawanan yang inklusif. Melalui MARA, Kerajaan telah menyediakan sebanyak RM1,140,075.00 bagi geran pembangunan usahawan dan memperuntukkan RM34.5 juta bagi manfaat usahawan di seluruh Sabah. Peruntukan ini memberi tumpuan kepada aspek pembangunan, pembiayaan dan penyediaan premis perniagaan agar para usahawan dapat memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran. Melalui pelaksanaan program seperti KEB dan PuTERA35, Kerajaan berhasrat melahirkan lebih banyak syarikat Bumiputera yang berdaya saing sehingga mampu tersenarai di Bursa Malaysia. Ini seiring dengan aspirasi Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan berwibawa yang mampu menembusi pasaran global. Dalam masa yang sama, kita juga mahu melihat semua golongan masyarakat disantuni melalui pelbagai inisiatif keusahawanan termasuk golongan wanita yang menjadi tonggak utama keluarga dan ekonomi negara. Dengan permintaan produk halal yang semakin meningkat di peringkat global, usahawan mikro digesa merebut peluang ini, sama ada dalam bidang makanan halal, kosmetik, farmaseutikal dan pelbagai produk berpotensi tinggi yang lain. Saya percaya, dengan semangat gigih dan sokongan berterusan daripada Kerajaan, wanita dan usahawan Bumiputera akan terus memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda Malaysia MADANI yang berteraskan kemampanan, kesejahteraan dan kemajuan bersama. #PemerkasaanWanita #UsahawanWanita #MARA #KKDW #PejuangDESA #Sabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1MfqdJh8mL/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DP8ykJ_EvT-/?igsh=bHUxanp3OXZldjZq 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1979518575212970480?t=bryZHndj21OtMqwM24cpiQ&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP8y587D4kv?xmt=AQF0PIEXF7gcGheq5lK1WJTzaTrdQTEIFDW269IfINvlFg&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐒𝐩𝐨𝐫𝐭𝐬 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐲 𝐄𝐱𝐩𝐨 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮 Saya kongsikan rangkuman ASEAN Sports Industry Expo 2025 yang telah menjadi platform bagi mengangkat sukan sebagai jambatan penyatuan ASEAN serta pemangkin kemajuan ekonomi serantau. Saya percaya masa depan industri sukan akan terus diterajui oleh inovasi, semangat kesukanan dan kerjasama serantau yang kukuh demi masa depan yang lebih gemilang. #ASEANSportsIndustryExpo2025 #MyASEAN2025 #KBS #KitaSemuaTeamMAS #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DP8k-fxElsC/?igsh=cWZ0YzYwOTB4b3kx 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1AEKXiZR3H/ 📱YouTube: https://youtu.be/n9VoEoTEI6A?si=tdASYL6t0DOTozG4 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡: 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Saya amat teruja melihat semangat luar biasa anak muda Sabah, hadir bukan sekadar untuk bersuka ria, tetapi untuk bersatu, berbakti dan berinspirasi. Program PNG Tour @ Sabah: Mooda Desa X PNG membuktikan bahawa belia adalah barisan utama perubahan sosial di negeri dan negara. Aktiviti seperti Sabah Cultural Fun Run, pertandingan mewarna, persembahan budaya, sukaneka pantai dan Townhall Belia saya lihat pagi bukan sahaja menceriakan suasana, tetapi turut menyemai nilai perpaduan, kesukarelawanan dan kebersamaan nilai yang menjadi jiwa sebenar rakyat Sabah. Potensi generasi muda di Sabah amat besar. Mereka perlu terus digilap melalui pendidikan, latihan kemahiran dan peluang ekonomi yang inklusif agar mampu memimpin dan mencipta masa depan mereka sendiri. Anak muda Sabah mesti menjadi pemain utama pembangunan negeri, berani bermimpi besar, mencipta peluang, dan memimpin perubahan. Marilah kita bersama menggerakkan anak muda Negeri Sabah yang cemerlang demi melahirkan sebuah Malaysia yang gemilang. Demi Rakyat, Demi Sabah! #BeliaMADANI #SabahHebat #GenerasiMADANI #MalaysiaMADANI 📱FB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02iFTd89RjdL7ymJLTWKBR2YVhEfxt5i75BmFmL5KyFSdP6o2PjmvdaiMSGV1zZYVhl&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DP8JlbNEiE4/?igsh=MTh1Z2VsazM3Z2Nvbg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1979428479562305992?s=46&t=xnxPBqEzRbR0vA2ZZU4TMg 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP8J8mtj0wU?xmt=AQF0H7ZzYiEOlgEWpmk-UbaUFYbAS0chTeX0W07NFHsigg&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝟐𝟏ˢᵗ 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐆𝐮𝐚𝐧𝐠𝐱𝐢 𝐂𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧: 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐚𝐤𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 Malam tadi, saya hadir menyempurnakan Majlis Perasmian 𝑇ℎ𝑒 21ˢᵗ 𝑊𝑜𝑟𝑙𝑑 𝐺𝑢𝑎𝑛𝑔𝑥𝑖 𝐶𝑜𝑛𝑣𝑒𝑛𝑡𝑖𝑜𝑛 yang menghimpunkan delegasi dari Wilayah Guangxi, China ke Kuala Lumpur. Kehadiran mereka mencerminkan eratnya hubungan dua hala yang telah terbina selama lebih 50 tahun antara Malaysia dan China. Malaysia merupakan antara negara ASEAN terawal yang menjalin hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974. Hari ini, hubungan tersebut terus berkembang menjadi kerjasama strategik berimpak tinggi yang memberi manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara. Ini terbukti melalui nilai dagangan dua hala yang mencecah RM484.12 bilion pada tahun lalu, menjadikan China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut. Wilayah Guangxi pula memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung antara ASEAN dan China, membuka lebih banyak ruang untuk kolaborasi ekonomi dan pembangunan masa depan. Semasa berucap, saya telah mencadangkan tiga bidang utama kerjasama baharu yang boleh diperkukuh bersama iaitu pelaburan bernilai tinggi dalam elektronik, tenaga hijau dan pertanian, pembangunan pelancongan mampan termasuk penerbangan terus dan pelancongan mesra Muslim, serta pemerkasaan PKS dan bakat muda melalui inovasi digital dan industri kreatif. Insya-Allah, hubungan erat antara Malaysia dan Guangxi akan terus diperkukuh demi masa depan Asia yang lebih makmur, stabil dan sejahtera. #21WorldGuangxiConvention #Guangxi #MalaysiaChina #MyASEAN2025 #RancakkanMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BLz1YpnDp/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/p/DP8AoFmkrte/?igsh=MWIzdGw4cGQ5NGV1dQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1979409225983131994?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP8BSWYDyID?xmt=AQF0uteTY9kXThh2_iFlzdMO8ushrbGtHx9I12UufZw8JQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel