Friends Of Shafiq Halim
Відкрити в Telegram
Malaysia Merdeka menyediakan ruang diskusi politik Malaysia yang terkini dan relevan. Kita akan membincangkan perkembangan politik semasa, menganalisis dasar-dasar kerajaan, serta mengupas isu-isu penting yang mempengaruhi negara.
Показати більше4 607
Підписники
+1124 години
+807 днів
+230 день
Триває завантаження даних...
Схожі канали
Хмара тегів
Немає даних
Виникли проблеми? Будь ласка, оновіть сторінку або зверніться до нашого support-менеджера.
Вхідні та вихідні згадування
---
---
---
---
---
---
Залучення підписників
липень '26
липень '26
+106
в 0 каналах
червень '26
+95
в 0 каналах
Get PRO
травень '26
+66
в 0 каналах
Get PRO
квітень '26
+7
в 0 каналах
Get PRO
березень '26
+25
в 0 каналах
Get PRO
лютий '26
+75
в 0 каналах
Get PRO
січень '26
+129
в 0 каналах
Get PRO
грудень '25
+43
в 0 каналах
Get PRO
листопад '25
+37
в 0 каналах
Get PRO
жовтень '25
+43
в 0 каналах
Get PRO
вересень '25
+41
в 0 каналах
Get PRO
серпень '25
+104
в 0 каналах
Get PRO
липень '25
+44
в 0 каналах
Get PRO
червень '25
+43
в 0 каналах
Get PRO
травень '25
+140
в 0 каналах
Get PRO
квітень '25
+612
в 0 каналах
Get PRO
березень '25
+449
в 0 каналах
Get PRO
лютий '25
+144
в 0 каналах
Get PRO
січень '25
+518
в 1 каналах
Get PRO
грудень '24
+3
в 0 каналах
Get PRO
листопад '24
+2
в 0 каналах
Get PRO
жовтень '24
+29
в 0 каналах
Get PRO
вересень '24
+5
в 0 каналах
Get PRO
серпень '24
+17
в 0 каналах
Get PRO
липень '24
+158
в 0 каналах
Get PRO
червень '24
+59
в 0 каналах
Get PRO
травень '24
+49
в 0 каналах
Get PRO
квітень '24
+41
в 0 каналах
Get PRO
березень '24
+49
в 1 каналах
Get PRO
лютий '24
+100
в 1 каналах
Get PRO
січень '24
+2 046
в 3 каналах
Get PRO
грудень '23
+3 286
в 1 каналах
| Дата | Залучення підписників | Згадування | Канали | |
| 17 липня | +8 | |||
| 16 липня | +12 | |||
| 15 липня | +44 | |||
| 14 липня | +38 | |||
| 13 липня | 0 | |||
| 12 липня | +1 | |||
| 11 липня | 0 | |||
| 10 липня | +2 | |||
| 09 липня | 0 | |||
| 08 липня | 0 | |||
| 07 липня | 0 | |||
| 06 липня | 0 | |||
| 05 липня | +1 | |||
| 04 липня | 0 | |||
| 03 липня | 0 | |||
| 02 липня | 0 | |||
| 01 липня | 0 |
Дописи каналу
| 2 | https://vt.tiktok.com/ZS9r17bWYXGFD-ysgAy
Jom live | 243 |
| 3 | https://www.facebook.com/share/p/18w93cp4DZ/?mibextid=wwXIfr
Dari dahulu, sejak BERSATU ditubuhkan, agenda utamanya adalah untuk mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Muhyiddin juga dipecat daripada UMNO kerana cuba menjatuhkan presiden parti bagi membuka laluan kepada dirinya sendiri.
Sebab itu, kita dapat melihat bahawa walaupun UMNO tewas pada PRU14 dan Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri, pengikut-pengikut Muhyiddin kemudiannya merancang untuk menjatuhkan Tun Mahathir bagi membolehkan Muhyiddin mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Dalam konteks hari ini juga keadaannya dilihat tidak banyak berubah. Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipecat, begitu juga pengikut-pengikutnya, kerana mereka dilihat menjadi penghalang kepada usaha mengembalikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Jadi, apakah sebenarnya perjuangan BERSATU? Adakah perjuangannya semata-mata untuk menjadikan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, sehingga akhirnya mengakibatkan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia? | 328 |
| 4 | https://www.facebook.com/share/p/1BYTmPG8oH/?mibextid=wwXIfr
Hari ini saya bersama sahabat-sahabat jentera Barisan Nasional ketika penamaan calon Perikatan Nasional. Insya-Allah, saya akan turut membantu jentera Barisan Nasional sepanjang PRN Negeri Sembilan, sebagaimana mereka turut membantu kita. Semoga kerjasama ini membawa kejayaan bersama. | 1 257 |
| 5 | https://www.facebook.com/share/p/19DBbh8A6a/?mibextid=wwXIfr
Konsep Wahdatul Ummah mengajar bahawa kekuatan sesebuah masyarakat terletak pada kesatuan, persefahaman dan kesediaan mengetepikan perbezaan demi matlamat yang lebih besar. Perjanjian Aqabah membuktikan bahawa persepakatan yang dibina atas kepercayaan dan tanggungjawab bersama mampu menjadi asas kepada kestabilan serta pembinaan sebuah masyarakat yang kukuh.
[Baca selanjutnya di Facebook Page]
Jom follow : https://t.me/MalaysiaMerdekaj | 1 272 |
| 6 | https://www.facebook.com/share/p/14gbLrUhPCs/?mibextid=wwXIfr | 419 |
| 7 | https://www.facebook.com/share/p/1GQMVbXJtY/?mibextid=wwXIfr | 600 |
| 8 | Немає тексту... | 2 015 |
| 9 | https://www.facebook.com/share/p/19Dr9kvwjs/?mibextid=wwXIfr | 1 003 |
| 10 | Benarkah DAP Melaka benar-benar berani menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka, sedangkan parti mereka turut menikmati manfaat daripada kedudukan dalam kerajaan?
Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, pernah mengumumkan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai menteri. Namun, sehingga hari ini, tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut.
Pada pandangan saya, tindakan dan pendirian DAP lebih banyak dipengaruhi oleh pertimbangan manfaat politik serta kedudukan dalam kerajaan berbanding prinsip perjuangan yang sering dilaungkan.
Sekiranya benar prinsip itu menjadi keutamaan, sudah tentu mereka tidak akan bekerjasama dengan parti yang sebelum ini mereka sendiri labelkan sebagai terpalit dengan rasuah dan merosakkan negara. Begitu juga, mereka sewajarnya tidak terus berada dalam sebuah kerajaan yang, pada pandangan mereka, gagal menangani beban yang ditanggung rakyat.
Rakyat berhak menilai sama ada pendirian yang diambil benar-benar berasaskan prinsip atau sekadar kepentingan politik. | 909 |
| 11 | Немає тексту... | 912 |
| 12 | https://www.facebook.com/share/p/17xDpNbFXv/?mibextid=wwXIfr
PN Perlu Kembali Menjuarai Isu Rakyat
Pada pandangan saya, Perikatan Nasional (PN) perlu kembali kepada asas perjuangannya, iaitu menjuarai isu-isu rakyat dan memahami denyut nadi masyarakat secara menyeluruh. Politik tidak boleh hanya berkisar tentang percaturan kuasa, sebaliknya mesti berpaksikan kepada kehidupan sebenar yang dihadapi oleh rakyat setiap hari.
Trend pengundian di Malaysia telah membuktikan bahawa rakyat cenderung memberikan sokongan kepada parti yang berjaya memperjuangkan isu-isu yang menyentuh kehidupan mereka, khususnya berkaitan kos sara hidup (bread and butter) serta masalah infrastruktur. Apabila sesebuah parti dilihat benar-benar membawa suara rakyat, keyakinan dan sokongan akan mula terbina.
Sejarah pilihan raya turut memberikan pengajaran yang jelas. Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus yang menjadi antara faktor mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat akibat peningkatan kos sara hidup dan harga barang. Ketika itu, pembangkang menjadikan isu tersebut sebagai senjata politik utama sehingga berjaya membentuk gelombang penolakan terhadap kerajaan.
Perikatan Nasional (PN) dan BN pula menerima tekanan yang ketara selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada kehilangan pekerjaan, kemerosotan pendapatan isi rumah serta peningkatan harga barang dan perkhidmatan. Keadaan tersebut turut mempengaruhi sentimen dan corak sokongan rakyat pada PRU15.
Justeru, sudah tiba masanya PN kembali memberikan tumpuan sepenuhnya kepada isu-isu yang benar-benar membebankan rakyat. Antaranya ialah kenaikan harga barang dan perkhidmatan, penyelarasan subsidi yang masih belum mencukupi, peningkatan kadar bil utiliti, masalah perumahan, peluang pekerjaan, pendapatan yang tidak seiring dengan kos sara hidup serta pelbagai tekanan ekonomi lain yang semakin menghimpit kehidupan rakyat.
Hakikatnya, gelombang rakyat tidak akan tercipta melalui retorik politik, polemik atau serangan terhadap lawan semata-mata. Gelombang itu hanya akan lahir apabila sesebuah parti benar-benar memperjuangkan kesusahan dan penderitaan rakyat, memahami denyut nadi mereka serta menawarkan penyelesaian yang praktikal, berkesan dan mampu mengembalikan keyakinan rakyat.
Sekiranya PN ingin kembali memperoleh mandat yang lebih kukuh pada masa hadapan, maka perjuangan untuk membela rakyat mesti kembali menjadi keutamaan. Di situlah kekuatan sebenar sebuah gerakan politik, dan di situlah juga lahirnya kepercayaan rakyat. | 1 982 |
| 13 | https://www.facebook.com/share/p/14hjApA9BqK/?mibextid=wwXIfr
Berdasarkan analisa saya, PRN Johor 2026 memperlihatkan perubahan ketara dalam landskap politik negeri.
Barisan Nasional (BN) terus mengukuhkan penguasaan apabila meningkatkan kemenangan daripada 40 kepada 48 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) berkurang daripada 12 kepada 8 kerusi selepas kehilangan lima kerusi kepada BN, namun berjaya merampas Puteri Wangsa daripada MUDA.
Perikatan Nasional (PN) pula mengalami kekalahan paling besar apabila kehilangan kesemua tiga kerusi yang dimenangi pada PRN Johor 2022.
Dari sudut sokongan pengundi, BN mencatat peningkatan undi paling ketara dengan pertambahan lebih 751,000 undi, sekali gus memperbesar majoriti di kebanyakan kawasan.
Sebaliknya, PAS dan BERSATU menunjukkan kemerosotan sokongan yang jelas. Berdasarkan kerusi yang ditandingi pada kedua-dua pilihan raya, jumlah undi PAS menurun 31.4%, manakala BERSATU merosot hampir 49.6%, dengan keseluruhan penurunan melebihi 52,000 undi.
Keputusan ini turut disokong oleh peningkatan jumlah calon yang kehilangan deposit. Seramai 5 calon PAS dan 9 calon BERSATU gagal memperoleh sekurang-kurangnya 12.5% undi sah, sekali gus mencerminkan penyusutan sokongan akar umbi di banyak kawasan.
Secara keseluruhannya, keputusan PRN Johor 2026 menunjukkan BN muncul sebagai gabungan paling dominan, PH masih mengekalkan pengaruh di beberapa kawasan bandar tetapi kehilangan sebahagian kerusi, manakala PN mengalami kemerosotan yang signifikan. | 1 840 |
| 14 | Немає тексту... | 918 |
| 15 | https://vt.tiktok.com/ZSXepLLSR/
Bahagian BERSATU Bukit Bintang Bubar | 2 591 |
| 16 | https://www.facebook.com/share/p/1BWFEgf3d5/?mibextid=wwXIfr
Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa seseorang yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000, serta tidak mendapat pengampunan, hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen.
Jika diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri, individu berkenaan turut hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.
Berdasarkan keputusan mahkamah hari ini, Chegubard pada asasnya tertakluk kepada kehilangan kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) selama lima tahun dari tarikh hukuman sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun, Perkara 48(4)(b) memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat rayuan atau apa-apa prosiding lain yang masih berjalan berhubung kes yang sama, kehilangan kelayakan tersebut ditangguhkan sehingga semua prosiding mahkamah selesai diputuskan.
Sehubungan itu, Chegubard masih layak bertanding dalam mana-mana pilihan raya selagi proses rayuan, termasuk di peringkat mahkamah yang lebih tinggi, belum dimuktamadkan. | 2 118 |
| 17 | https://www.facebook.com/share/p/1PX8MidnkC/?mibextid=wwXIfr l
Saya bersama barisan Jawatankuasa Penyelaras Parti Wawasan Negara Gombak semalam menghadiri Mesyuarat Pertama Majlis Tertinggi serta Majlis Makan Malam Parti Wawasan Negara.
Antara perkara utama yang diumumkan ialah kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) terhadap penggunaan nama dan logo Parti Wawasan Negara. Selain itu, parti turut mengumumkan hasrat untuk menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Bagi sistem keahlian pula, ia akan dilancarkan sempena Mesyuarat Agung Pertama Parti Wawasan Negara yang akan diadakan dalam masa terdekat. Semoga rumah baharu ini menjadi wadah yang membawa nafas baharu kepada seluruh pejuang nasionalis demi masa depan negara.
Selesai program, Presiden sempat menyentuh bahu saya sambil bertanya, “Azmin macam mana di Gombak?”
Saya hanya tersenyum lalu menjawab, “Dengar cerita, Azmin nak lari keluar Gombak.” | 1 133 |
| 18 | https://www.facebook.com/share/p/1BQQUx8tii/?mibextid=wwXIfr
Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Norman Daud, dinasihatkan supaya jangan biadap dengan warga FELDA dengan menggelarkan mereka sebagai “haram jadah”.
Siapa yang kamu mahu gelar “haram jadah” ini? Adakah ibu-ibu, ayah-ayah serta seluruh warga FELDA yang telah sekian lama menabur bakti kepada Negara?
Warga FELDA bukan sekadar kelompok masyarakat biasa. Mereka ialah golongan yang sanggup berkorban tenaga, masa dan kehidupan demi membuka tanah rancangan, membangunkan sektor pertanian serta menjadi antara penyumbang penting kepada pembangunan ekonomi Negara. Jasa mereka tidak wajar dipandang rendah, apatah lagi dihina dengan kata-kata kesat.
Rakyat mempunyai hak untuk bersuara dan menunjukkan reaksi terhadap perkara yang mereka tidak sokong. Dalam sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi, setiap individu bebas menyatakan pandangan tanpa perlu dipaksa menerima sesuatu pendirian politik.
Kamu tiada hak untuk memaksa rakyat menyokong pimpinan yang kamu sanjung. Lebih-lebih lagi, kamu juga tiada hak untuk menghina atau melabel masyarakat dengan gelaran yang tidak beradab hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan kamu.
Belajarlah menghormati perbezaan pandangan. Jangan sesekali biadap terhadap warga FELDA.
Shafiq Halim
Penyelaras Wawasan Negara
Parlimen Gombak | 861 |
| 19 | Patik merafakkan sembah menjunjung kasih atas keprihatinan serta kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam memelihara kesucian agama Islam dan memartabatkan syiar-Nya. Semoga Allah SWT terus mengurniakan keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta melimpahkan rahmat-Nya ke atas Negeri Selangor Darul Ehsan.
Ustaz Muhammad Zaim Shahir Bin Ahmad Shahir
Penyelaras Pemuda Wawasan Negara
Parlimen Gombak | 1 546 |
| 20 | https://www.facebook.com/share/p/1DFoEtGaLd/?mibextid=wwXIfr
Daulat Tuanku.
Patik dengan penuh takzim serta setinggi-tinggi junjungan kasih merafakkan sembah menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor yang sentiasa bersemayam di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT dalam memelihara kemuliaan syiar Islam, khususnya berhubung pelaksanaan Solat Jumaat.
Sesungguhnya, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku merupakan suatu amanah yang wajar dijunjung oleh seluruh rakyat, khususnya umat Islam di Negeri Selangor, demi memastikan institusi masjid terus dimakmurkan sebagai pusat ibadah, penyatuan ummah serta penyebaran ilmu dan akhlak.
Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
(Surah Al-Jumu’ah, ayat 9)
Ayat yang mulia ini memperlihatkan bahawa apabila berkumandang seruan Solat Jumaat, segala urusan perdagangan dan keduniaan hendaklah diketepikan bagi menyahut panggilan Allah SWT. Justeru, masjid sebagai rumah Allah merupakan tempat yang paling mulia untuk umat Islam berhimpun, memperkukuh ukhuwah serta menzahirkan syiar agama.
Rasulullah SAW juga bersabda:
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi junub, kemudian dia pergi ke masjid pada awal waktu, maka pahalanya seperti orang yang berkorban seekor unta……..”
(Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)
Hadis ini menggambarkan galakan yang amat besar agar umat Islam mempersiapkan diri sebaik-baiknya dan hadir ke masjid bagi menunaikan Solat Jumaat.
Di samping itu, Allah SWT turut berfirman:
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”
(Surah Al-A’raf, ayat 31)
Islam amat menitikberatkan adab ketika beribadah. Kebersihan diri, pakaian yang sopan dan kemas, ketenangan, kesopanan tingkah laku serta kekhusyukan hati merupakan antara tuntutan syarak yang mencerminkan penghormatan seorang hamba kepada Allah SWT ketika berada di rumah-Nya.
Patik berpandangan bahawa titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar pelaksanaan Solat Jumaat dimuliakan melalui pengimarahan masjid merupakan suatu pendekatan yang amat bertepatan dengan maqasid syariah dalam memelihara agama serta mengangkat martabat institusi masjid sebagai mercu tanda syiar Islam. Masjid bukan sekadar tempat mendirikan solat, bahkan menjadi pusat penyatuan ummah, penyampaian ilmu, kebajikan dan pembentukan masyarakat yang bertakwa.
Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
(Surah An-Nisa’, ayat 59)
Maka sewajarnya seluruh rakyat menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri dengan penuh taat dan hormat dalam perkara yang membawa kepada kemaslahatan agama, pemeliharaan syiar Islam serta perpaduan umat.
Akhir kalam, patik menyeru seluruh umat Islam agar bersama-sama mengimarahkan masjid, menghadiri Solat Jumaat dengan penuh adab dan tertib, mengenakan pakaian yang bersih, sopan dan kemas, serta menjadikan rumah-rumah Allah sebagai pusat kekuatan rohani dan penyatuan ummah. | 484 |
